Anda di halaman 1dari 8

PUTERI LAUT

Watak 1: Intan Sari

Watak 2 : ibu samron

Watak 3: Putera Kacak

Babak 1

(Muzik Sedih) Pada zaman dahulu, lahirlah seorang gadis cantik yang bernama Intan
Sari. Kecantikannya yang luar biasa membuatkan Intan Sari telah dibuang keluarga
ketika sudah berusia lima tahun. Intan Sari telah dibuang ke Laut bersama dengan
perahu kecil supaya dijaga oleh orang lain. Kini Intan Sari telah berada hanyut ke
dasar laut. Dia telah dibesarkan oleh seorang raksasa laut yang kejam namun baik
hati bernama Ibu Samron. Setelah beberapa tahun dibesarkan penjaganya berubah
sikap dan selalu mengarah Intan Sari untuk membuat kerja rumah. Intan Sari berasa
sedih kerana diperlakukan sedemikian.

(Suasana Di dalam Rumah)

Ibu Samron : Intan Sarii… dimana kamu ayuh segera bangun dari tempat tidur.

Tiada suara menyahut

Sekali lagi ibu samron menjerit memanggil memanggil intan Sari dengan nada yang
lantang..

Ibu Samron: INTAN SARI DIMANA KAMU..

Intan Sari: Ya saya disini ibu.

Ibu Samron: Ibu mahu keluar membeli barang, kamu jangan lupa kemaskan rumah.

Intan Sari: baiklah ibu (jawab intan sari dengan nada kepenatan)

Ibu Samron: Pastikan juga kamu kemaskan bilik saya serta membuang sampah
dibelakang rumah.

Intan Sari : Akanku siapkan segalanya untukmu ibu. (sambil tersedu-sedu)

Setelah ibunya keluar dari rumah, Intan Sari Segera menyiapkan tugasan yang
diberikan ibunya. Wajahnya yang cantik menjadi comot kerana terlalu banyak
membuat kerja hingga mengabaikan keterampilan dirinya. Intan Sari bertungkus
lumus menyiapkan segala kerja rumah kerana bimbang akan dimarahi oleh ibu
tirinya itu. Lalu Intan Sari pun bergerak ke belakang rumah untuk membuang
sampah.

(suasana dihadapan rumah)

Intan Sari menyapu rumah sambil merenungkan nasib dirinya yang malang. Dia
bertungkus lumus menyiapkan kerja tersebut agar selesai sebelum ibu tirinya
pulang. Intan Sari pun berasa penat lalu baring sebentar di pondok rumahnya.

Intan Sari: Aduh penat sungguh badanku, alangkah indahnya jika dapat tidur
sebentar.

(suasana semakin gelap kerana intan sari sudah tertidur)

Babak 3

(muzik terkejut)

Ibu Samron: Intan Sari, Intan Sari, ish bangunlah segera anakku yang tidak berguna.
Mengapa halaman rumah masih bersepah, wah, wah, wah ini rupanya kerja kamu
mencuri tulang sahaja. Cepat bangun.

Intan Sari: (bangun dalam keadaan terkejut) Maafkan saya ibu, saya keletihan…

Ibu Samron: Ah alasan, kamu sengaja mahu curi tulang, dasar anak pemalas..

Intan Sari: tetapi ibu..

Ibu Samron: Tiada tapi-tapi, sekarang kamu didenda tidak boleh keluar rumah mulai
hari ini.

Intan Sari: baiklah ibu (dengan nada sedih)

Intan Sari pun berasa sedih dan kembali meneruskan kerja rumahnya. Dengan
secara tidak langsung tiba perarakan asing tiba dihadapan rumah mereka.

(bunyi kendaraan kuda laut tiba diihapan rumah intan Sari)

Bunyi Asing: Perutusan, perutusan

Ibu Samron: Oi! Kamu tidak dengar ke bunyi pintu sedang diketuk. Pergi buka cepat!
Segera!!!

Intan Sari: Baiklah Ibu, maafkan saya.


Setelah membuka pintu, Intan Sari terkejut kerana ternampak sejumlah rombongan
dari istana. Dengan hatinya yang tertenya pelbagai kemungkinan, lantas Intan Sari
terus bertanya.

Intan Sari: Sebenarnya apakah hajat tuan hamba kemari.

Wakil Istana: Sebenarnya, kami semua ditugaskan oleh putera untuk untuk hadir ke
majlis tari yang akan diadakan pada minggu hadapan. Memandangkan
pengumuman sebentar tadi tidak terlalu jelas, jadi Tuan putera memerintahkan kami
untuk menjemput gadis pilihan hatinya hadir ke majlis pada minggu hadapan. Silalah
datang.

Lalu Ibu Intan Sari terus meluru ke hadapan rumah.

Ibu Samron: Apa jemputan majlis tari menari, adakah saya dijemput juga ?

Wakil Istana: Malangnya puan tidak tersenarai di dalam jemputan kerana Puan
terlalu tua dan bukanlah gadis yang muda.

Ibu Samron: Humph, kamu semua memang memandang rupa. Pergi kamu dari
halaman rumah saya. (sambil menghempas pintu)

Seluruh wakil istana tersebut terdiam dan hanya mendiamkan diri sahaja. Intan Sari
yang berada di hadapan rumah pun tersenyum malu kerana perbuatan ibu tirinya itu.
Lalu semua wakil istana tersebut meminta izin untuk mengundurkan diri dan
berharap Intan Sari hadir ke majlis tersebut.

Babak 4

(suasana di dalam bilik)

Hari pun makin berlalu dan Intan Sari baring di atas katil sambil masih memikirkan
majlis yang akan diadakan tiga hari lagi. (Muzik sedih) Intan Sari mengenagkan
nasib dirinya yang malang dan sikap ibu tirinya yang semakin berubah.

Intan Sari: Apalah malangnya diriku ini, Alangkah baiknya jika aku dapat pergi.
Betapa buruknya nasib diriku ini.. (sambil menangis tersedu-sedu).

(bunyi petir) suasana di laut itu pun semakin gelap dan pudar. Kelihatan seperti alam
pun bersimpati keatas Intan Sari kerannasibnya yang malang. Tiba kelihatan sebuah
lembaga putih yang berada di tingkap bilik menatap Intan Sari. Intan Sari amat
terkejut.

Intan Sari: Siapakah kamu? Mengapa berada di tingkap seperti hantu?


Lembaga misteri: Identiti saya tiada kena mengena dengan kamu. (sambil semakin
dekat ke Intan Sari)

Intan Sari: Tolong!!! Ibu.. selamatkan Intan (tiada siapa yang menyahut)

Lembaga misteri: Tiada siapa yang mampu membantu kamu buat masa sekarang.
Tetapi kamu jangan bimbang, kerana saya tidak akan mengapa-apakan kamu.

Intan Sari: Apa tujuan kamu datang ? (dengan ada takut)

Lembaga Misteri: HAHAHA (ketawa seram) sebenarnya saya datang kerana


mendengar rintihan kamu wahai intan sari.

Intan Sari: Apa? Bagaimana kamu boleh mendengar rintihan saya, addakah kamu
syaitan?

Lembaga Misteri: CUKUP (dengan nada lantang) jangan banyak tanya. Beritahulah
saya gadis perawan, adakah kamu ingin pergi ke majlis Putera raja di istana.

Intan Sari: ya saya teringin untuk berjumpa dengan putera raja. (dengan perasaan
tertanya-tanya)

Lembaga misteri: Saya boleh tunaikan permintaan kamu itu. Tapi ada syarat-
syaratnya. Kamu harus buat apa yang saya suruh.

Puteri Sari : Baiklah, wahai lembaga.

Lembaga Misteri : Sekarang, tutup kedua-dua mata kamu Sari.

Lembaga itu meminta Puteri Sari menutup matanya dengan kedua-dua belah
tangan.Kemudian, dia menyentuh Puteri Sari dengan tongkat saktinya. (muzik bibidi
boo)

Lembaga misteri :Dengan kuasa ajaib, tukarkanlah Puteri Sari menjadi gadis yang
paling cantik di dunia. Pakaian yang menawan hati, wajah yang jelita dan ekor yang
tampak berkilau. Bibidi bobidi boooooooooo.

(muzik Puteri Sari gembira) Serta-merta bajunya bertukar menjadi cantik. Rambut
dan mukanya juga cantik berseri. Dia juga menyerahkan sepasang kasut emas yang
cantik yang tidak pernah dibayangkan oleh Intan Sari selama ini.

Intan Sari: Wah! Cantiknya baju ini! Terima kasih wahai lembaga.

Lembaga Misteri: Kamu kelihatan amat menawan sekali. Kecantikan kamu tampak
berkilau. Tetapi,berjanjilah bahwa kamu akan menerima segala nasib yang akan
kamu tempuhi selepas ini sama ada baik atau buruk.
Puteri Sari : Saya berjanji. Terima kasih, wahai lembaga yang baikhati. Saya tak akan
lupakannya sepanjang hayat saya ini.!

Lembaga Misteri: Bergembiralah sayangku.

Lantas Intan Sari terus menyimpan bajunya untuk majlis yang akan datang. Intan sari
teriak kegembiraan dan tidur dengan nyenyak.

Babak 5

Apabila telah tibanya hari majlis tari menari tersebut Cinderella pun segera
menyiapkan dirinya untuk ke majlis tersebut dengan pakaian yang diberikan oleh
lembaga misteri tiga hari lepas.

Intan Sari: hmmm, walaupun ada pakaian yang cantik, pasti ibuku tidak
membenarkanku untuk pergi ke majlis tersebut.

Intan Sari baru sedar bahawa dia belum mendapatkan persetujuan ibunya untuk
pergi ke majlis tersebut. Dia dengan lantasnya memberanikan dirinya untuk meminta
izin ibunya.

Intan Sari: kali ini aku akan berkeras, aku akan tetap pergi ke majlis tersebut. (sambil
pergi ke bilik ibu tirinya)

(DI bilik Ibu Tiri)

Intan Sari: Se..se..selamat pagi i..ibuu, Intan nak beritahu sesuatu

Ibu Samron: Sudah Intan Sari, Ibu tahu niatmu, pergilah, Ibu izinkan. (sambil terbaring
di atas katil).

Intan Sari: baiklah terima kasih ibu. (sambil hairan)

Ibu Samron: (mendiamkan diri)

Intan Sari hairan kerana selalunya ibu tirinya tidak akan membenarkan Intan Sari
untuk keluar walaupun ke rumah jirannya. Mungkin mood ibunya pada hari ini baik
ataupun ada sesuatu yang tidak kena. Intan langsung membuat persiapan akhir dan
menunggu kenderaan dari istana untuk menjemputnya.

Babak 6
(muzik diraja) Kenderaan diraja pun tiba dihadapan rumah dan Intan Sari menaikinya
diiringi pengawal dengan hormat. Apabila dia sampai di depan pintu istana,
pengawal dengan hormat menyambut ketibaan nya. Dia diiringi dengan penuh
hormat ke dewan istana. Di situ, majlis tarian telah dimulakan. Semua orang yang
berada di dewan itu memandang ke arahnya.Mereka sangat hairan melihat seorang
gadis yang begitu cantik. Hadirin di situ terpesona dengan kejelitaan yang dimiliki
oleh Cinderella.Putera raja yang sedang khusyuk memandang Intan Sari terus
datang ke arahnya.

Putera : Siapakah kamu wahai gadis rupawan?

Intan Sari: Patik ialah Intan Sari, wahai Tuan Putera.

Putera: Wajahmu cantik bagaikan bidadari, sudikan adinda menari dengan saya?

Intan Sari: (sambil tersipu malu) sudah tentunya Tuan Putera.

(muzik tarian) Mereka menari sepanjang malam. Putera raja begitu tertarik dengan
kecantikan serta pesona yang dimiliki olehIntan Sari. Putera raja merasakan bahawa
dia sudahmenemui gadis idaman hatinya. Tiba-tiba (muzik suspend)

Lelaki misteri: Tuan Putera, tuan putera (menjerit dengan tergesa gesa)

Tuan putera: Mengapa wahai rakyatku, ambil lah nafas dahulu.

Lelaki Misteri: Ada khabar buruk tuanku. Ada salah seorang warga kita baru sahaja
meninggal dunia sebentar tadi.

Tuan Putera: Ini berita buruk, bagaimana kejadian buruk ini boleh berlaku semasa
hari bahagia saya

Lelaki misteri: Ayuh Tuan Putera kita kerumahnya.

Tuan Putera: baiklah saya akan ikut bersama rombongan diraja. Intan Sari, sudikah
kamu mengikuti saya.

Intan Sari: Baiklah Tuanku

Semua pasukan diraja dan Intan Sari berluru ke rumah orang yang meninggal dunia
tersebut. Setelah beberapa minit berjalan, Intan Sari sedar bahawa tempat yang
ditujukan itu ialah rumahnya.

Intan Sari di dalam hati: eh ini rumahku, jangan jangan ibuku…

Hatinya semakin gelisah apabila rombongan itu berhenti kerumahnya. Setelah tiba di
hadapan rumah Intan sari. Intan sari menjerit teriak.
Intan Sari: Ibu.. janganlah tinggalkan Intan..

Kedengaran suara Intan Sari teriak menangis dengan kuat memanggil ibunya yang
sudah tiada. Intan Sari meratapi kehilangan Ibunya di hadapan rumah. Intan Sari
menangis sambil tertunduk memandang tanah. Putera cuba memujuk Intan Sari,
namun tidak diendahkan Intan Sari.

Bunyi seolah olah ada orang menghampiri intan Sari.

Suara misteri: Intan bangunlah, ibu ada disini

Suara merdu tersebut membuatkan tangisan Intan berhenti seketika.

Intan Sari: Ibu.. benarkah itu ibu..

Suara Misteri: Ya ini ibu wahai anakku. Bangunlah berhenti berhenti menangis.

Intan Sari: Ibu.. rupanya kamu masih hidup (sambil memeluk ibunya)

Lalu putera itu pun menghampiri Intan Sari dengan sebentuk cicin.

Putera: Wahai Intan Sari, sudikah kamu menjadi pasangan saya. Sambil tunduk
dihadapan Intan Sari.

Intan Sari: Saya terima, (sambil keliru apa yang berlaku)

Lalu ibu samron pun datang dan menjelaskan situasi yang berlaku kepada intan Sari.

Ibu Samron: Sebenarnya, ini semua ialah rancangan kami untuk mengahwini Intan
bersama dengan Tuan Putera. Tuan Putera telah lama berkenan dengan kamu. Oleh
itu, ibu sengaja berpura-pura menjadi jahat kerana mahu mengajar kamu bersedia
hidup sendirian. Intan Sari, Ibu berbangga mempunyai anak yang baik seperti kamu.

(muzik happy ending) Putera raja itu memandang Intan Sari yang berada di situ.
Hatinya berkata gadis itu mempunyai hati yang mulia dan wajah yang cantik. Setelah
beberapa hari mempersiapkan majlis perkahwinan, Putera raja mengahwini
Cinderella dalam majlis yang gilang-gemilang. Akhirnya, mereka hidup bahagia
hingga ke hujung hayat.

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai