Anda di halaman 1dari 59

RANCANGAN: DRAMA BERSIRI KATARSIS

TAJUK: KAMI ANAK ATUK


EPISOD: 1

AMIN:
PIAH:
ATUK:

JH : Keluargaku Syurgaku, Siri baru dalam Katarsis. Adam, Anum dan


Amin anak yatim piatu. Ibu mereka meninggal dunia ketika
melahirkan Amin Se jak itu me reka tinggal bersama atuk dan nenek.
Kehidupan mereka tidaklah me wah tapi cukuplah seadanya. Sama-
samalah kita ikuti siri baru, hari ini KAMI ANAK ATUK karya
Rommia Rahman, Keratong, Pahang.

KB : SUASANA KAMPUNG

AMIN : Assalamualaikum Nek. Ooo Nek.

PIAH : Waalaikumsalam.. Ooo..Amin. Dah lama Amin tak datang ke rumah


Nenek. Nenek Amin sihat ke?

AMIN : Tak berapa sihatlah Nek. Semalam semputnya datang lagi. Kesian Atuk.
Jaga nenek tak tidur-tidur sampai ke pagi.

PIAH : La…minggu lepas kan dia baru keluar dari hospital. Tak ada kurang nya
ke?

AMIN : Tak adalah Nek. Atuk kata nenek dah tua. Susah nak sembuh.
Nek Piah, ni nenek suruh saya hantar jagung ni. Atuk baru je petik.

PIAH : Terima kasihlah. Nenek ni memang suka makan jagung. Tapi ye la, dah
tua-tua ni nak mengunyah jagung pun dah tak boleh. Gigi dah tak ada.

AMIN : Kalau macam tu, boleh buat bubur Nek. Sagat halus, bubuh santan, bubuh
gula sikit tapi jangan banyak Nek. Pergh!!..sedap. Nanti, Amin mintak
Atuk masakkan.

PIAH : Eh…tak payah lah, susahkan Atuk kamu. Nenek boleh buat sendiri kalau
Nenek nak.

AMIN : Atuk Amin pandai buat Nek. Sedap.

PIAH : Nenek tau. Atuk kamu tu semua dia pandai, sejak mak ayah kamu

1
meninggal, sekarang Nenek kamu pulak sakit…Atuk kamu tulah buat
semua kerja. Susah nak dapat lelaki macam tu Amin.

AMIN : Iyalah Nek. Kekadang Amin rasa Atuk tu macam Abah, Amin. Nek tau
kenapa Amin cakap macam tu?

PIAH : Tak tau. Kenapa?

AMIN : Iyalah Nek. Kawan Amin, Fifi, Azman, Kiman, Musa, Rayan semua ada
abah. Tapi Amin hanya ada Atuk aje. Kiranya Atuk tu macam abah
jugaklah.

PIAH : Tak sama, abah dengan Atuk .

AMIN : Tak nek….sama.

PIAH : Emmm….suka hati kamulah Amin. Amin sayang Atuk?

AMIN : Mestilah Nek.

PIAH : Kalau macam tu, Amin kena belajar rajin-rajin. Bila dah besar dapat kerja
bagus, boleh tolong Atuk. Jangan derhaka dengan Atuk. (TIBA-TIBA) Eh,
siapa tu?

AMIN : Itu Abang Kadir. Eh, kenapa tu Nek? Nampak macam cemas je.

KADIR: Amin!!!…Amin!!!

MUZIK

KESAN BUNYI : BACAAN YASSIN

ATUK : Sabarlah Amin..kita reda aje. Ni semua takdir Allah.

AMIN : (Teresak-esak) Baru sekejap Amin tinggalkan Nenek. Nenek suruh Amin
hantarkan jagung kat rumah Nek Piah. Rupa-rupanya Nenek dah tak nak
jumpa Amin lagi. Nenek dah pergi tinggalkan Amin. Agaknya Nenek tak
sayangkan Amin lagi.

ATUK : Apa yang Nenek suruh, Amin dah pun tunaikan. Jangan nangis lagi.
Tengok Kak Anum kamu tu. Tenang aje. Dia tu perempuan tau. Amin ni
lelaki. Orang lelaki mesti kuat.

PIAH : Macam Atuk Amin. Dah lama Atuk Amin jaga Nenek terlantar sakit. Dia

2
pergi kerana Allah sayangkan dia. Nenek dah tak da, tapi…Amin ada
Atuk, Kak Anum, Abang Adam dan Nek Piah. Kawan-kawan pun
ramaikan?

ATUK : Terima kasihlah Piah. Kamu banyak tolong aku. Tolong tengok-tengokkan
arwah bila aku ke kebun. Arwah dah tak da ni jangan pulak kau dah tak
datang-datang ke sini. Kesian dekat budak-budak ni.

PIAH : Jangan Abang risau. Selagi saya mampu, saya tolong bang. Abang tu
jugak jaga diri baik-baik. Sekarang ni budak-budak ni bergantung pada
Abang. Kalau abang sakit, susah nanti.

ATUK : Yelah, terima kasih Piah.

PIAH : Bang, mana Adam?

ATUK : Eh…tadi ada. (MENGELUH) hai….

PIAH : Jangan dia buat perangai lagi sudahlah bang.

MUZIK

K/B: SUASANA MALAM YANG SYAHDU

ATUK : (Selepas ssembahnyang) Assallamualaikum warahmatullah .


Assalamualaikum warahmatullah.
(Berdoa) Ya… Alllah ya Tuhan Ku , ampunilah dosa ku, ampunilah
dosa arwah isteri ku, anak-anakku. Tempatkanlah mereka bersama
orang-orang yang beriman. Aku mohon pada Mu ya Allah, berikan
aku kekuatan menghadapai segala dugaan Mu. Lindungilah cucu-cucu
ku dari segala kemungkaran. Berikanlah mereka petunjuk menjadi
insan yang berguna.

PIAH : Assalamualaikum……. Assalammualaikum.

ATUK : Amin… ya robbil alamin. (Pause) Walaikumsalam….Kamu Piah.

PIAH : Ni, bang saya nak hantarkan lauk. Budak-budak mana?

ATUK : Anum ke rumah Cik Leha. Menghantar baju katanya. Amin saya
suruh ke kedai sekejap. Beli garam. Macam mana nak masak kalau
tak ada garam. Adam pulak tak taulah ke mana perginya. Terima
kasihlah piah. Kerap sangat kamu ni hantar lauk. Kamu pun duduk
sorangkan. Disebabkan nak bagi kami, terpaksa pulak masak lebih.
Menyusahkan kamu aje.

3
PIAH : Tak ada susahnya bang. Saya ikhlas. Yelah mengenangkan budak –
budak tu. Abang pun tak berapa sihat sekarangkan, Anum yang
cakap ari tu.

ATUK : Demam rindu agaknya.

PIAH : Yelah, arwah baru je pergi. Nanti lama- lama tak ada lah terasa
sangat.

ATUK : Piah, aku ni tak bolehla ajak kau masuk rumah. Faham- faham
ajelah.

PIAH: Piah faham. Nanti nak makan, suruh Anum panaskan dulu lauk tu.
(EFEK BENDA JATUH) Eh! Apa yang jatuh tu bang?

ATUK: Entahlah, tak ada siapa kat atas rumah tu.

PIAH: Pintu belakang abang kunci?

JH: Bunyi apakah itu? Siapakah yang ada di dalam rumah Atuk?
Adakah cucu-cucunya dah balik. Tapi takkan ikut pintu
belakang. Ikuti kisah seterusnya KAMI ANAK ATUK minggu
hadapan Isnin 1.45 tengahari eksklusif di Klasik Nasional.

4
RANCANGAN: DRAMA BERSIRI KATARSIS
TAJUK: KAMI ANAK ATUK
EPISOD: 2

ATUK:
ADAM:
PIAH:
ANUM:
AMIN:

JH: Dalam siri yang lalu, Adam, Anum dan Amin kehilangan nenek.
Kini me reka tinggal be rsama Atuk. Ketika Nek Piah menghantar
lauk, kedengaran bunyi sesuatu yang jatuh dari dalam rumah.
Apakah bunyi itu? Ikuti siri ke 2, KAMI ANAK ATUK karya
Rommia Rahman, Keratong, Pahang.

MUZIK

K/B: RUMAH ATUK

ATUK: (Jerkah) Apa kau buat ni Adam?

ADAM : (GABRA) Tak ada apa apa Tuk. Atuk tak pergi surau ke?

ATUK : Abis kau selongkar barang-barang ni?

ADAM : Adam nak cari mancis lah Tuk.

ATUK : Cari mancis? (Menyeluk saku seluar Adam) Ni… ni apa ni. Bukan
Mancis?

ADAM : Er…er….

PIAH : (Laung) Bang, kenapa bang.

ATUK : Tak ada apa Piah. Kucing curi lauk.

PIAH : Saya balik dululah Bang.


ATUK : Terima kasih Piah. (PAUSE)Adam, barang apa lagi kau nak cari?
Dah tak ada apa-apa Adam. Semua harta nenek engkau dah jual.
Sejak pagi semalam engkau tak balik. Mana kau pergi? Nenek dah
tak ada Adam. Sekarang Adam kena tolong Atuk, jaga adik-adik.
Sampai bila Adam nak jadi macam ni? Tak adakah rasa sayang
Adam pada Atuk, pada adik-adik?

5
ADAM : (NANGIS) Adam tau nenek dah tak ada Tuk. Adam pun rasa
kehilangan nenek. Adam sayang Atuk, Anum, Amin.

ATUK : Atuk pun sayang Adam. Kalau Adam buat perkara yang tak betul
tentu Atuk marah. Atuk marah sebab Atuk sayang cucu-cucu Atuk.

ADAM: (ALIH TOPIK) Tuk, Adam lapar…..

ATUK: Ini Nek Piah ada bagi lauk. Adam mandi, nanti Atuk panaskan
lauk. Kejap lagi tentu adik-adik kamu balik. Kita makan sama-sama.

ADAM : Lauk apa Tuk?

ATUK : Atuk pun tak tengok lagi ni hah..

ADAM : Wah….. gulai ikan patin masak tempoyak.

ATUK : Gulai kesukaan nenek kamu.

ANUM : Assalamualaikum. Tuk ….. bau apa ni Tuk. Macam sedap ni Tuk.
Ha… mesti Nek Piah hantar lauk. Boleh makan sekarang Tuk?

ADAM : Hoi… mandi dululah. Busuklah.

ANUM : Alah.. siapa yang busuk? Kita dah mandilah sebelum ke rumah kak
Leha tadi. Kan Tuk?. Amin mana Tuk?

ATUK : Kejap lagi sampailah tu. Dah, Atuk nak panaskan lauk ni, lepas tu
Atuk nak goreng telur mata kerbau.

ANUM : Untuk Aminlah tu.

ADAM : Cucu kesayangan Atuk.

ANUM: Tuk, besok Anum kena ada dekat sekolah pukul 7.30pagi. Bas rombongan
bertolak pukul 8.00pagi. Nanti Atuk masakkan ayam sambal ye Tuk?

ADAM: Anak dara pemalas.

ANUM: Suka oranglah…sibuk je

ATUK: Hai…udah-sudahlah tu….

MUZIK

6
K/B: SUASANA KAMPUNG/NAIK BASIKAL

ADAM : Naiklah cepat.

ANUM : Nak naiklah ni. Sabarlah. Pasal nak marah- marah pulak.

ADAM : (MERUNGUT) Tak pasal-pasal pulak kena bawak kau.

ANUM : Tadi Atuk suruh o.k je. Tunjuk baiklah pulak. Abang ni tak ikhlas
tau.

ADAM : Hei.. jangan banyak cakaplah. Duduk betul-betul, kain tu.

ANUM : Abang ni busuklah. Berapa hari abang tak mandi ni?

ADAM : Ai… komplen pulak. Dahlah berat.

ANUM: Patutlah kayuh lambat. Lajulah sikit. Itu pun tak larat. Belum lagi bawak
guni padi macam Atuk tu…Lembiklah Abang ni…

ADAM: Kau kata aku lembik? Ok………(PECUT LAJU)

ANUM: Eh…eh…bang. Apa ni. Pelahan lah sikit. Janganlah goyang-goyang


macam ni. Nanti jatuh.

ADAM: Tau takut…hahahaha..

ANUM: Bang…tepi sangat ni Bang…jatuh nanti…ke tengah lah sikit.

ADAM: Ah…kau diamlah.

ANUM & ADAM: (JATUH) Argh!!!!!!!

ANUM: (MEMUKUL-MUKUL ADAM) Kan Anum dah cakap. Jangan bawak


laju. Tengok! Abis dah baju.

ADAM: (KESAKITAN) Aduh……

ANUM: Padan muka….Alamak….macam mana ni? tak dapatlah nak ikut


rombongan. Ni semua abang punya pasallah ni. (MERENGEK) abis
sekarang macam mana ni bang?

ADAM: Dah tak sempat dah. Balik je.

ANUM: (KECEWA) ha…..tak dapat pergi….

7
MUZIK

K/B: MALAM

ATUK: (NYANYI)….

ANUM: Tuk…

ATUK: Cucu Atuk dah bangun. (MENGUSIK) Agaknya Atuk nyanyi tadi sedap
sangat kot.(PUJUK) Hidup ni, apa yang kita nak tak semestinya kita dapat.
Walau kita rancang macam mana pun, kalau Allah dah tentukan macam
tu, macam tulah. Kita kena reda Anum.

ANUM: Atuk….(NANGIS, MANJA) Anum teringin sangat nak pergi Planetarium


Negara tu Tuk…tak sampai hajat Anum. Ini semua abang punya pasal.!

ATUK: Ye. Atuk tahu. Cita-cita Anum nak jadi saintis. Tak pa, nanti Atuk ada
duit, kita pergi. Kita bawak Nek Piah sekali.(PUJUK LAGI) Dahlah
tu….jangan sedih…

ANUM: Tuk…semalamkan, Anum mimpi Nenek. Nenek datang. Atuk pun ada
sekali. Tapi yang peliknya, dalam mimpi tu, Atuk mudalah Tuk.
Handsome….masa muda- muda dulu Atuk memang handsome yeh?

ATUK: Mestilah…sebab tulah Nenek nak kan Atuk. Nenek kamu masa muda
dulu, anak dara paling cantik dalam kampong ni. Macam Anum.

ANUM: Ye ke Tuk? Atuk….Atuk tau, kawan-kawan Abang Adam selalu kacau


Anum. Anum tak sukalah dengan kawan-kawan Abang Adam tu. Kalau
tengok Anum, semacam je. Anum pernah mengadu dengan Abang. Tapi
Abang kata Anum yang perasan.

ATUK: Ada diorang pegang-pegang Anum?

ANUM: Pegang-pegang tu tak adalah Tuk. Tapi buat bunyi-bunyi yang tak
senonoh tu adalah. Macam…….(SEBARANG ISYARAT)

ATUK: Ni yang Atuk tak suka ni. Atuk tak nak Abang Adam kamu pun ikut
perangai buruk macam tu.Tak ada adab!.

ANUM: Tuk…Anum tanya sikit boleh tak?

ATUK: Boleh. Tanyalah.

8
ANUM: Abang Adam ambik benda tu lagi ke Tuk? Anum rasa yelah Tuk….Hari tu
kan Anum nampak Abang dengan kawan-kawan dia layan benda tu dekat
bawah pokok tepi sungai.

ATUK : Layan?

ANUM: Alah…Atuk ni…Layan tu, hisab benda tulah Tuk. Lepas kena benda tu,
Abang lalok Tuk….. Cakap tah apa-apa. Takut Anum tengok. Dulu
Abang janji dengan Atuk tak nak buat hal lagikan? Tapi dia buat jugak
Tuk. Anum ada kat situ pun dia buat tak kisah je.

AMIN: (MENJERIT) Atuk!!!!!

JH: Kenapa Amin menjerit? Apa reaksi Atuk bila me ndengar aduan
Anum tentang Adam? Se jauh mana Atuk boleh bersabar dengan
cucunya itu? Ikuti, sambungan KAMI ANAK ATUK,Esok, 1.45 minit
tengahari, di Klasik Nasional.

9
RANCANGAN: DRAMA BERSIRI KATARSIS
TAJUK: KAMI ANAK ATUK
EPISOD: 3

AMIN:
ANUM:
ATUK:
ADAM:
LAN:

JH: Dalam siri yang lalu, ketika Atuk dan Anum sedang duduk berbual
di beranda rumah, mereka dikejutkan dengan jeritan Amin. Apa
yang telah terjadi? Ikuti siri ke 3, KAMI ANAK ATUK karya
Rommia Rahman, Keratong, Pahang.

K/B: SUASANA RUMAH

AMIN: (MENANGIS)

ATUK: Kenapa Amin?

AMIN: Tabung Amin hilang Tuk. Habis duit yang Amin kumpul.

ANUM: Amin simpan kat mana?

AMIN: Amin simpan dekat atas almari nilah.

ATUK: Cuba ingat betul-betul. Ntah- ntah Amin simpan dekat tempat lain tak?

AMIN: Tak Tuk. Memang Amin simpan dekat atas almari ni. Baru petang tadi
Amin masukkan duit.

ANUM: Mana pulak perginya.

AMIN: Ala Tuk…. Amin nak beli basikal Fifi. Fifi nak jual dengan
Amin. Fifi dah beli basikal baru. Amin dah janji dah dengan dia. Siapa
yang ambil duit Amin Tuk?

ATUK: Amin, Amin cari betul-betul dulu tabung tu.

AMIN: Tak ada Tuk. Memang dah tak ada. Amin dah cari dah.

ANUM: Abang Adam mana? Abang Adam !

MUZIK

10
ADAM: Adam tak ambik Tuk. Betul. Memang Adam tak ambik pun.

ATUK: Abis, kalau Adam tak ambik. Siapa lagi yang ambik? Ini bukan kali
pertama Adam. Dah banyak kali dah. Setiap kali Atuk tanya, inilah
jawapan kau. Tapi, akhirnya memang kau jugak yang ambik. Kau tak
nak mengaku lagi ?

ADAM: Atuk, sumpah Tuk. Kali ni memang Adam tak ambik pun. Betul !

ATUK: Betul kamu tak ambik?

ADAM: Betul Tuk…..bukan Adam yang ambik !

ATUK: Kalau kamu tak ambik….siapa?

ADAM: Adam tak tahu…

ATUK: Mana ada orang lain lagi , dalam rumah ni kita berempat aja.
Takkan Anum pulak yang ambik. Dan tak kan Amin mereka-reka cerita.

ADAM: Atuk, Adam tahu…Adam ni jahat. Adam selalu menyusahkan Atuk. Tapi,
kali ni betul-betul Adam tak buat Tuk. Kalau Adam nak, dah lama Adam
ambik. Bukan Adam tak tahu kat mana Amin letak tabung tu.

ATUK: (MERUNGUT) Hantu mana pulak yang ambik ni. Susah payah cucu aku
kumpul duit senang-senang je dia nak kebas. Kalau aku tau lah siapa yang
ambik, siaplah.

(ADAM BEREDAR)

ATUK: Adam! Kau nak ke mana pulak tu?

MUZIK

K/B: SIMPANG JALAN

ADAM: Hoi Lan! Apa yang kau buat hah?

LAN: Eh, kau ni apa hal . Datang tak dijemput , tak bagi salam
terus nak marah- marah. Rileks lah beb.

ADAM: Rileks? Banyak kau punya rileks.

LAN: Ek Eleh….

11
ADAM: Apasal kau curi tabung adik aku?

LAN: Apa? Aku kurang dengarlah. Kau ulang balik soalan kau tu.

ADAM: Aku tanya kau, kenapa kau ambik tabung adik aku? Kau pekak ke?

LAN: Aku ambik tabung adik kau? (KETAWA SINIS) Kau biar betul. Kau dah
siasat ke sebelum kau tanya aku?

ADAM: Eh, kau ingat aku ni bodoh? Hah? Aku dah tanya kawan-kawan kita yang
lain. Ada kawan kita bagi tau memang kau punya kerja.

LAN: Jadi? Kau nak buat apa dengan aku? Nak repot polis? Kau jangan lupa,
kau pun pernah buat kerja macam tu. Kalau kau repot polis, aku pun boleh
buat benda yang sama. Ha,….kalau kau masuk lokap, kesian Atuk kau,
kesian Amin…dan…yang paling kesian, si cantik manis Anumlah…tapi
takpe, aku boleh jaga Anum…hahaha…aku boleh tolong-tolong pegang-
pegang dia, sayang-sayang dia…

ADAM: Celaka kau!!!(BERTUMBUK)

LAN: (SAMBIL BERTUMBUK) Eh, Apa hal kau ni?

ADAM: Kau memang kurang ajar. Kau jangan berani nak kacau adik aku. Walau
pun aku macam ni, orang kata sampah masyarakat, tapi aku ada perasaan.
Aku sayang adik-adik aku. Kalau kau dah terdesak pun, kau cari lah
rumah orang lain. Kenapa mesti rumah aku?

LAN: Peduli apa aku. Yang penting, aku boleh layan

ADAM: Hah, ni layan kau. (BERTUMBUK LAGI)

ATUK: Hoi!!!!! (MENGUCAP PANJANG)


Berenti…berenti….sudah…sudah…sudah aku cakap.

LAN: Dia yang mulakan Tuk. Tiba-tiba je naik angin. Saya pun tak tau kenapa
Tuk. Atuk tengok ni. Berdarah bibir saya Tuk.

ATUK: Apa yang kau buat ni Adam? Lepas satu, satu hal kau buat. Menyusahkan
orang betullah kamu ni. (KE ARAH LAN) Mari Atuk tengok bibir kamu
tu Lan.

12
LAN: Tak pa, tak pa Tuk. Atuk kena ajar sikit cucu Atuk yang dah sewel ni.

ATUK: Lan, Atuk minta maaf bagi pihak Adam.

ADAM: Argh….pergi berambuslah kau.

ATUK: Adam, kenapa dengan kau ni? Dengan kawan sendiri pun kamu nak
bergaduh. Lepas ni, apa lagi?

MUZIK

K/B: TEPI JALAN KAMPUNG

LAN: Hai…banyak beli barang? Tak berat ker? Mari abang Lan tolong
bawakkan.

ANUM: Tak payah!

LAN: Hai, jangalah macam tu. Janganlah sombong sangat. Kita hidup ni mesti
berbudi bahasa. Kira abang Lan nak tolong bawakkan barang ni, budi
bahasalah ni. Budi bahasa amalan kita.

ANUM: Bukan ada udang di sebalik batu?

LAN: Itu pun ye jugak…hehehee….tapi tak salah kan? Lelaki diciptakan untuk
perempuan, perempuan diciptakan untuk lelaki…saling
memerlukan…lebih- lebih lagi perempuan macam Anum ni. Cantik, lemah
lembut, sopan santu. Kira pakej lengkaplah tuk buat isteri.

ANUM: Apa ni..jangan kacau lah. tak manislah orang tengok.

LAN: Alah, peduli apa dengan orang. Janji kita bahagia. Betul tak?

ANUM: Eh…apa ni pegang-pegang. Ish janganlah….

LAN: Marilah abang bawakkan. Berat ni.

ANUM: Tak payahlah…orang kata tak payah, tak payah lah. (TARIK MENARIK
HINGGA BARANG JATUH) Kan dah jatuh.

LAN: Tak pe-tak pe…biar abang tolong kutip.

ANUM: Tak payah!!

ADAM: Anum…apa hal ni? Kau layan budak ni buat apa?

13
ANUM: Anum tak layan dia pun bang. Dia yang kacau Anum.sekat-sekat jalan
Anum.

LAN: Siapa yang kacau? Aku cuma nak tolong. Tolong pun salah ke?

ADAM: Memang salah. Sebab kau ada maksud lain. Kau ingat aku tak tau? Dasar
mata keranjang.

LAN: Cakap baik-baik sikit Adam. Dendam kau tak abis lagi ke?

ADAM: Hei Lan! Aku bagi amaran dengan kau. Jangan sekali-kali kau kacau adik
aku. Anum! Jom balik.

LAN: Elah…..ingat orang heran sangat dengan adik dia. Tak pe….ada lori ada
bas…ada hari, aku boleh balas….

JH: Kata-kata amaran dari Adam menyakitkan hati Lan. Adakah Lan
akan te rus menyimpan dendam? Ikuti, sambungan KAMI ANAK
ATUK, Esok, 1.45 minit tengahari, di Klasik Nasional.

14
RANCANGAN: DRAMA BERSIRI KATARSIS
TAJUK: KAMI ANAK ATUK
EPISOD: 4

FIFI:
AMIN:
PIAH:
RADHI:
ANUM:

JH : Dalam siri yang lepas, Adam dituduh mencuri tabung Amin,


walaupun dia menafikan. Lebih menyakitkan hatinya, bila dia
mendapat tahu kawannya, Mazlan yang mencuri tabung itu.
Lantaran itu, hubungan Adam dan Mazlan mula renggang. Ikuti,
KAMI ANAK ATUK Siri ke 4 karya Rommia Rahman, Keratong,
Pahang.

K/B: PADANG

FIFI: Amin, macam mana? Jadi tak?

AMIN: Alah,…tak cukup duitlah… Tak pelah. Tak jadilah aku beli basikal kau tu.

FIFI: Aritu kau dah janji..Amat nak beli pun aku tak bagi, sebab aku dah janji
dengan kau. Alah, murah je aku jual.

AMIN: Aku tau tu. Tapi nak buat macam mana. Tabung aku hilang.

FIFI: Apa susah. Kau mintaklah dekat Atuk kau.

AMIN: Aku tak sampai hatilah Fifi. Kami orang susah. Bukan macam kau.

FIFI: Oklah, agak-agak berapa kau boleh bagi?

AMIN: Tak ada. Jadi tak bolehlah nak bagi berapa-berapa pun.

FIFI: Alah…ni yang leceh ni. Aku memang nak jual kat kau je. Aku kesiankan
kau. Aku tau kau suka basikal aku tu. Basikal lama kau tu pun selalu buat
hal kan?

AMIN: Memang pun. Macam- macam hal. Kejap kena betulkan rantai. Asyik

15
kendur je. Lepas tu, bila rantai dah elok, tayar pulak bocor. Yelah, tayar
dah botak.

FIFI: Oklah…macam nilah. Apa kata, kau pakai je basikal aku tu. Bila kau ada
duit kau bayarlah. Tapi kau jangan cakap dengan kawan-kawan kita yang
lain tentang hal ni. Rahsia, ok?

AMIN: Ish….nanti kalau mak kau tanya?

FIFI: Alah, Mak aku mesti tak kisah punye. Lagi pun memang asalnya aku nak
bagi je basikal ni dekat kau. Tapi kau kata tak nak percuma. Kau nak
bayar. Jadi sekarang ni, kau dah tak ada duit…kau ambik jelah.

AMIN: Ish…tak boleh Fifi..nanti Atuk aku tanya, apa aku nak jawab? Dia mesti
tak suka.

FIFI: Kenapa pulak?

AMIN: Walaupun kami orang susah, tapi Atuk selalu cakap, jangan meminta-
minta dekat orang lain. Kalau takde, buat cara takde. Bila ada rezeki nanti,
kami belilah.

FIFI: Jadi macam mana sekarang ni?

AMIN: Kau simpan jelah dulu basikal tu. Nanti aku kumpul duit balik. Dah cukup
aku belilah. Ntah…ntah aku boleh beli basikal baru dekat kedai.

FIFI: Abis, basikal aku ni kau tak naklah?

AMIN: Hehehehe……aku acah aje. Buat apa aku beli dekat kedai kalau aku boleh
beli yang lebih murah daripada kau. Elok lagi pulak tu. Cuma kalau nak
tukar pun, cat tu je.

FIFI: Eh…ok apa cat tu?

AMIN: Ok kau cakap? Takkan aku nak bawak basikal warna merah jambu.? Itu
warna orang perempuan. Eh, aku dah lambat ni.

FIFI: Eh, kau nak pergi mana?

AMIN: Kebun. Tolong Atuk petik jagung.

FIFI: Nak ikut.

AMIN: Ok, aku bawak kau. Kau duduk elok-elok……(BERCERITA SAMBIL

16
BASIKAL BERGERAK) Aritu….Abang Adam bawak Kak Anum , ntah
macam mana tersembam kat sawah…habis baju kena lumpur. Langsung
tak jadi pergi rombongan….

FIFI: Iya? Hahahaha….kesian Kak Anum… Lajulah sikit….

AMIN: Kau ni berat lah….beras jenis apa kau makan ni?

MUZIK

K/B: SUASANA KAMPUNG

RADHI: (SALAM)

PIAH: (JAWAB SALAM). Ha, dah sampai pun. Naiklah.

RADHI: Yelah Nek. Mak dengan Ayah kirim salam. Ish….dah lama betul saya tak
datang ke sini.

PIAH: Yelah…lepas aje kamu abis belajar di universiti, kamu terus mengajar di
Sabah. Dah jauh.. susahlah kamu nak balik. Syukurlah kamu ditugaskan
mengajar dekat kampong ni. Suka tak?

RADHI: Ish…mestilah suka Nek. Lebih- lebih lagi dapat duduk dengan Nenek.
Lepas ni dapatlah saya merasa masakan kampong. Dah lama saya tak
merasa rendang maman ayam kampong. Eh, itu bukan pokok sayur
maman ke Nek?

PIAH: Yelah, memang Nenek tanam.

RADHI: Wah…ini sudah baik…pucuk di cita, ulam mendatang. Dah kecur air liur
saya ni Nek.

PIAH: Yelah, besok Nenek masakkan. Ha…kamu besok tolong Nenek tangkap
ayam.

RADHI: Tak de hal Nek. Rendang maman ayam kampong punya pasal. Nek, bilik
air kat sebelah sana yeh?

PIAH: Yelah, mana lagi. Nenek memang suka bilik air dekat luar rumah.

PAUSE

ANUM: (MONOLOG) Alah… masa ni pulaklah rasa nak buang air, mujur bilik air

17
Nek Piah kat luar. (SAMBIL MENOLAK PINTU TANDAS)

(ANUM & RADHI SERENTAK MENJERIT ) Woi!!!!!!!Argh!!!!!!!

PIAH: Kenapa tu?

ANUM: Nenek!!!!!!!haaaa……..Anum tak tahu ada orang dekat dalam.

RADHI: Nek, saya lupa kunci pintu…. Malunya saya Nek.

ANUM: Eh…dia pulak yang malu. Kita lagi malu tau! Lain kali kuncilah pintu.
Tak senonohlah awak ni.

RADHI: (TERGAGAP) Awak….nampak ker?

ANUM: Nampak apa?

PIAH: Ha…sudah…sudah…(SAMBIL KETAWA).

ANUM: Siapa ni Nek?

PIAH: Cucu sedara Nenek. Baru datang dari Kedah.

RADHI: Saya Radhi. Saya baru akan mengajar di sekolah dekat kampung ni.

ANUM: Oh….Cikgu….

RADHI: Ye.

PIAH:: Eh….marilah naik. Nenek ada buat pengat pisang. Marilah kita makan
sama. Radhi ni pun baru sampai. Mesti lapar.

ANUM: Kejap Nek. Anum nak pergi bilik air kejap. (MULA BERJALAN &
KAKI TERSADUNG) Allah…maaf…tak sengaja

RADHI: Takpe…. baik-baik jalan tu…

MUZIK:

K/B: SUASANA MALAM DI KAMPUNG

ANUM: Salah ni dik…kan Akak dah cakap tadi.

18
AMIN: Salah lagi….penatlah Amin kira.

ANUM: Itulah…kan Akak dah kata, Amin kena hafal formula. Barulah senang nak
buat kiraan.

AMIN: Kak, boleh tak yang ni kita buat kemudian. Kepala Amin ni dah
peninglah… dah tak boleh masuk lagi ni…

ANUM: Amboi…kalau bab belajar cepat je kau pening ye. Tapi, kalau main, tak
ingat dunia. Kalau tak di jemput tak balik.

AMIN: Kak, Atuk dah tidur?

ANUM: Dah…

AMIN: Nape awal sangat Atuk tidur malam ni? Selalunya, lepas sembahyang
Isyak Atuk duduk dekat beranda tu. Atuk nyanyi. Suara Atuk sedap kan
Kak? Arwah Nenek pun cakap macam tu.

ANUM: Agaknya Atuk penat kot….

AMIN: Kesian Atuk….dah tua-tua pun kena kerja.

ANUM: Kalau Atuk tak kerja, macam mana Atuk nak sara kita? Sebab tu kita kena
rajin belajar. Balas jasa Atuk.

AMIN: Abis, Abang Adam?

ANUM: Abang Adam kan sekarang ni kerja. Tolong Pak Samad kutip sayur orang
kampung. Akak tengok Abang Adam dah berubah sikitlah Dik…

AMIN: Abang Adam tu…penagih ye Kak?

ANUM: Ish….jangan cakap macam tu…dulu adalah…tapi sekarang tak lagi kot.
Kakak pun tak berani nak sebut hal tu lagi. Adik tau, hari tu Akak ada
mengadu dekat Atuk pasal Abang Adam tulah. Lepas tu, akak tengok,
Atuk berubah betul. Jadi pendiam. Sedih sangat. Akak rasa menyesal
pulak.

AMIN: Apalah Abang Adam ni. Patutnya dia boleh jaga kita. Ini, harapkan Atuk
pulak.
ANUM: Amin….janji dengan Akak. Walau apa pun yang terjadi, kita adik beradik,
mesti jaga Atuk. Ikut nasihat Atuk. Jadi orang baik-baik.

AMIN: Amin janji Kak.

19
JH: Walaupun kehidupan Anum dan Amin serba kekurangan, namun
kedua beradik ini me mpunyai tekad dan azam untuk me rubah
kehidupan me reka dan me mbalas jasa Atuk. Ikuti, sambungan
KAMI ANAK ATUK, Isnin, 1.45 minit tengahari, Eksklusif di Klasik
Nasional

20
RANCANGAN: DRAMA BERSIRI KATARSIS
TAJUK: KAMI ANAK ATUK
EPISOD: 5

LAN:
IZMAN:
ADAM:
ANUM:

JH : Dalam siri yang lepas, Anum dan Amin bercerita tentang keluarga
me reka. Mereka berdua berharap agar Adam berubah dan me njadi
contoh sebagai Abang yang baik dan tonggak keluarga. Ikuti, `
KAMI ANAK ATUK Siri ke 5 karya Rommia Rahman, Keratong,
Pahang.

K/B: KEBUN SAYUR

LAN: Izman, tengok tu, sahabat kita. Bukan main rajin lagi dia. Kau ingat orang
macam dia tu boleh berubah ke?

IZMAN: Alah, bukan sehari dua kita kenal dia. Kita ayat dia sikit tentu lentok
punye….barang ni pengaruh dia besar tau. Sekali kena, dunia ana yang
punya…..

LAN: Aku pun tak sukalah spesis yang terus jadi baik ni.

IZMAN: Abis, apa kita nak buat?

LAN: Apa lagi…kasi ayatlah sama dia.

IZMAN: Tapi kau kan dah bergaduh besar dengan dia. Benjol bibir kau tu pun
belum hilang lagi. Heh….tak sangka betullah….kau macam ni punya
hebat pun boleh kena sebijik dekat mamat tu? Hahahhaa….

LAN: Alah, aku bukannya apa. Masa tu Anum ada. Bagi mukalah sikit dekat
abang dia. Kalau ikutkan aku, mampus aku kerjakan. Kurang ajar, dia
ingat dia hebat? Dulu, nak berasap pun aku tanggung.

IZMAN: Ai….marah nampak? Tak kan pandang aje. Aku nak tengok macam mana
kau nak ayat dia.

LAN: Jom….(PAUSE) (SAPA ADAM) Rajin nampak….

21
ADAM: Hah, kau…apehal?

LAN: Eh…rilekslah….kita kan kawan. Aku mintak maaplah pasal hari tu…

ADAM: Kau nak apa ni?

LAN: Kenapa kau sorang je buat kerja ni? Tak ada orang lain ke tolong?

IZWAN: Pak Samad mana? Oh…..lupa pulak….tauke…mana boleh kerja dengan


kuli….

LAN: Ish…apa kau ni, cakap macam tu ? Kita nikan kawan dia….kalau dia kuli,
kita ni apa?

ADAM: korang nak apa ni? Kalau takde hal, tolonglah jangan kacau aku. Aku
sibuk ni.

LAN: Alah….aku ni bukan apa. Kesian tengok kau. Kerja hari- hari, upah tak
seberapa.lepas tu langsung dah tak ada masa tuk kau lepak dengan kawan-
kawan. Kau tak bosan ke?...

IZMAN: Betullah. Jomlah…malam ni kita lepak tempat biasa nak? Takkan kau tak
teringin macam dulu?

ADAM: Takpelah, aku tak nak lagilah.

LAN: Eh, kenapa ni? Kau dah tak layan ke?

ADAM: Macam nilah, kalau kau anggap aku ni kawan kau, kau ikut nasihat aku.
Apa yang kita buat selama ni, memang salah. Kita merosakkan diri kita
sendiri.

IZMAN: Aku tak fahamlah…

LAN: Kau ni bodohlah. Itu pun kau tak faham. Betullah cakap Adam ni. Adam
ni nak kita berubah. Jadi orang baik. Kau takkan tak nak jadi orang baik?

IZMAN: Eh, kejap…kejap…kejap….kita ni, jahat sangat ke? Kita tak pernah
aniaya orang.

ADAM: Tapi, kitakan biasa pecah masuk rumah orangkan?

LAN: Alah….itu dululah Adam. Pasal tabung adik kau tu, aku janji aku akan
ganti balik. Aku pun tak taulah, macam mana aku boleh termasuk pulak
umah kau. Bukan apa, masa tu aku memang betul-betul tengah layan. Tapi

22
kan….kau betul-betul baiklah Adam. Kau langsung tak pecah rahsia. Itu
yang aku tabik spring dengan kau ni……oooo…satu lagi. Aku janji…aku
takkan kacau adik kau lagi…Anum.

IZWAN: Lan, chowlah Lan. Adam tengah sibuk tu. Kita jangan kacaulah. Ha,
Adam, kalau kau bosan…kau datang lepaklah kat tempat biasa. Kitorang
ade je kat situ. Ok?

LAN: K. Chow!!

MUZIK

K/B: SUASANA KAMPUNG

ANUM: Bang, ni kopi. Kenapa bang?

ADAM: Kaki Abang ni terseliuh sikit.

ANUM: Meh Anum tengok. Eh, bengkak ni bang. Dah berapa hari ni?

ADAM: Dah seminggu dah.

ANUM: Dah seminggu?....napa Abang tak cakap dengan Anum? Boleh Anum
tolong urut.

ADAM: Alah, Anum tu,….mana nak kisah pasal Abang. Abang terjengket-jengket
pun bukannya Anum nampak.

ANUM: Maaflah bang, Anum sibuk sikit .Banyak sangat kerja sekolah sekarang ni.
Abang pun keluar pagi balik petang..malam- malam baru jumpa.

ADAM: Aduh….pelan-pelanlah sikit. Kuat sangat tu.

ANUM : Itu pun sakit…dah pelahanlah ni (PAUSE) ….Abang, kalau Anum tanya
abang sesuatu abang marah tak?

ADAM: Nak tanya apa ? tanya ajalah…

ANUM : Petang tadi Anum nampak abang kat kebun tu…Anum nampak abang
dengan Lan dan Izman.

ADAM: Kenapa ?

ANUM: Abang tahu apa Anum nak cakapkan ? Hari tu abang dah gaduh dengan
dia sampai bertumbuk sebab dia kacau Anum. Tapi petang tadi nampak

23
abang elok aja berbual dengan dia. Anum kelirulah bang.

ADAM: Oh…itu…dia datang jumpa abang tanya kabar abang.Itu aja.

ANUM: Itu aja…tak kan tanya kabar aja bang. Anum ni risau kalau-kalau dia cari
pasal dengan abang lagi. Lan dengan Izwan bukan orang baik bang. Atuk
pun tak suka abang berkawan dengan orang macam tu.

ADAM: Anum jangan risaulah…abang kenal sangat dengan dia orang. Tapi dia
dah janji tak kan kacau Anum lagi. Kalau Anum jumpa dia ,Anum jangan
layan.

ANUM: Orang macam tu Anum memang tak percaya. Anum pun sejak dulu lagi
tak suka abang berkawan dengan dia. Abang carilah orang baik-baik kalau
nak berkawan tu.

ADAM: Hai..dah pandai nak nasihatkan abang ni.

ANUM: Anum sayangkan abang. Anum tak mahu hidup abang rosak kalau abang
salah pilih kawan. Mak ayah kita dah tak ada..kita hanya ada atuk. Atuk
pun dah tua. Sekurang kurangnya kita jagalah hati atuk.

ADAM: Abang tahu…abang ni selalu susahkan keluraga kita. Sebenarnya abang


tak ada niat macam tu tapi bila benda jahanam tu menguasai fikiran
Abang, abang hilang pertimbangan.

ANUM: Abang kena cuba bang…abang kena tolong diri abang sendiri. Bila abang
nak ambik benda tu ingatlah Atuk Anum..Amin..

ADAM: Entahlah….abang sayangkan semua tapi ada masanya abang lemah tak
sedar apa yang abang buat.

ANUM: Termasuk ambik tabung Amin.

ADAM: Yang itu memang bukan abang yang ambik..

ANUM: Habis siapa ?

ADAM: Dahlah Anum…cakap pun tak guna ..minta kopi tu…dah sejuk pun.

ANUM : Abang…janji dengan Anum abang jangan kawan lagi dengan Lan tu.
Anum rasa tak sedap hatilah bang. Dia mesti nak mengimpit abang lagi.
Benci Anum dengan dia.. Kalau dia tengok Anum macam nak telan.
Geramnya !

ADAM: Aduh !... kalau ya pun marah dengan Lan kenapa kaki abang pulak jadi

24
mangsa.

ANUM: Maaf bang….tak sengaja !

MUZIK

K/B: SIMPANG JALAN

IZMAN: Tak berjayalah rancangan kita. Dia betul-betul nak jadi baiklah..

LAN: Nak jadi baik ke nak terlungkup ke aku dah tak kisah tapi ada satu hal
yang aku tak puas hati ni.

IZMAN: Apa dia? Kau ni kalau ada yang kau tak puas hati memang hitam hati
kau? Cakaplah apa hal ?

LAN: Kau tahu tak… sekarang ni ada orang luar datang kat kampung kita ni.
Cucu sedara Nek Piah

IZMAN: Ooo…Cikgu tu.

LAN: Aku peduli apa . .Ingat cikgu tu besar sangat ke. Nak tunjuk lagak kat
sini.. Dia belum tahu aku siapa ?

IZMAN: Yang kau marah sangat dengan dia tu kenapa ? Oooo baru aku faham..Ini
kes cemburulah ni... aku selalu nampak Anum kat rumah Nek Piah. Eh…
tengok siapa tu… sebut aja nama dia ,dia dah terpacullah..Buah hati
kaulah. Apa lagi…layanlah…(CUBA …..)

ANUM: Eh…kenapa ni..kau orang nak apa. Jangan kacau aku….Tolong…tolong..


Abang !!!!!!...

JH: Bila syaitan menguasai fikiran, manusia hilang pertimbangan.


Apakah yang te rjadi kepada Anum? Ikuti kisah seterusnya
Keluargaku Syurgaku esok 1.45 minit tgh di Klasik Nasional.

25
RANCANGAN: DRAMA BERSIRI KATARSIS
TAJUK: KAMI ANAK ATUK
EPISOD: 6

RADHI
ANUM
ATUK
NEK PIAH

JH: Dalam siri yang lalu, perjalanan Anum telah diganggu oleh Lan dan
Izman. Apa yang mereka mahu? Ikuti KAMI ANAK ATUK diri ke 6
karya Rommia Rahman, Keratong, Pahang.

K/B: TEPI JALAN

ANUM: Setan kau !...Ah…( MELAWAN )

IZMAN: Dahlah tu Lan… nanti orang lalulah..aku chow dululah..

LAN: Woi… tunggu !..Tunggu aku!

IZMAN: Perempuan ni bukan sebarang perempuanlah..kuat dia melawan. Kita dah


lebih ni…Aku tak nak terlibat…(LAN DAN IZMAN BEREDAR)

ANUM: ( MENANGIS) Sial…sial…aku cakap dengan abang aku. Lelaki tak


guna!

K/BUNYI : KERETA BERHENTI

RADHI: Anum…kenapa ni ?

ANUM: Cikgu!!! Tolong saya cikgu..tolong saya!( TERUS NANGIS)

MUZIK

K/B: SUASANA KAMPUNG

PIAH: Kurang ajar punya budak…Nenek tahu budak tu memang jahat tapi tak
sangka pulak dia sampai sanggup mencabul kehormatan anak dara orang.

ANUM: Anum dah cakap dari dulu lagi Lan dan kawannya tu memang tak boleh
dipercayai tapi abang Adam masih lagi nak kawan dengan dia.

26
RADHI: Ketua kampung tak tahu ke nek..kenapa dibiarkan mereka tu buat onar
kat orang kampung.

PIAH: Dah tak boleh buat apa Radhi…dah keluar masuk penjara. Mak bapak
mereka pun tak boleh nak kawal anak sendiri inikan pulak kita,.

RADHI: Tak boleh dibiarkan Nek…

ANUM: Tentu cikgu boleh buat sesuatu…disebabkan mereka nama kampung kita
ni dikata dek orang. Malu orang kampong ni.

RADHI: Nek…walaupun saya bukan orang sini tapi saya rasa bertanggungjawab
dengan apa yang berlaku di depan mata saya. Saya tak kan biarkan nek

PIAH: Apa kau nak buat Radhi.Nenek tak nak kamu dapat susah nanti.

RADHI: Tak apalah nek…saya tak takut. Kalau kita tunjukkan kita takut mereka
akan jadi kaduk naik junjung!

PIAH: Anum…kamu kena bagitahu Atuk kamu Anum.

ANUM: Tolonglah nek…saya tak nak atuk tahu. Nek tak ingat dulu ada orang
kacau Mak…atuk ambik parang nak diparangnya orang tu. Jadi kes polis.
Tak mustahil Atok buat hal yang sama. Atuk Pantang anak cucunya
dikacau orang.

PIAH: Iya tak iya jugak… tapi tak kan kita nak biarkan budak dua ekor tu bebas
macam tu?

RADHI: Tak apalah nek.. mereka akan dapat balasannya. Tahulah saya apa saya
nak buat.

ANUM: Cikgu kena hati hati…

RADHI: Saya tahu… mari saya hantarkan Anum balik. Dah lewat petang ni. Risau
pulak atuk Anum nanti.

PIAH: Eloklah tu…hantar sampai ke pintu rumah…(MENGELUH) hai macam


macam haL
MUZIK.

K/B: SUASANA MALAM

ATUK: Anum, Anum buat apa dalam bilik tu? Dari tadi terperap aje. Dah lama
Atuk tak berbual dengan Anum. Em..Amin mana?

27
ANUM: Amin dah tidur Tuk.

ATUK: Awalnya dia tidur.

ANUM: Letih sangat agaknya. Petang tadi ada lawan bola katanya.

ATUK: (CUBA MENCUNGKIL) Anum, Anum tak sihat ke?

ANUM: Sihat Tuk.

ATUK: Tapi kenapa Atuk tengok macam tak sihat je? Yelah, dah lama Atuk tak
dengar suara manja cucu Atuk ni. Apa lagi gelak tawanya. Boleh Atuk
masuk?

ANUM: Masuklah Tuk. Maaflah Tuk, bilik Anum ni bersepah sikit.

ATUK: Boleh Atuk tanya sikit?

ANUM: Tanya?

ATUK: Anum ada masalah ke? Atuk perasan, Anum sekarang ni dah tak banyak
cakap. Kenapa? Kalau ada masalah bagitau Atuk. Jangan simpan dalam
hati.

ANUM: Tak adalah Tuk. Anum banyak kerja sekolah. Kadang-kadang sebelah
malam, Anum tengok kerja sekolah Amin. Amin nak masuk pertandingan
menulis esei tu Tuk.

ATUK: Esei? Apa esei tu?

ANUM: Esei tu macam karanganlah Tuk. Amin kata kalau dia menang boleh dapat
hadiah wang tunai 500 ringgit.

ATUK: Oh….tak adillah macam tu kalau Anum yang tulis.

ANUM: Eh, bukan Anum yang tulis. Amin yang tulis. Anum cuma tolong
semakkan aje. Tapi, Atuk tau tak? Amin tu ada bakat menulis.

ATUK: Apa ceritanya?


ANUM: Tajuknya, Keluargaku Syurgaku. Amin cerita pasal Atuk. Pasal cita-cita
dia nak balas jasa Atuk.

ATUK: Hehehe….cucu Atuk…..

ANUM: Amin cakap kalau dia menang dia nak beli basikal.

28
ATUK: Atuk tau, Amin memang dah lama sangat nak basikal. Atuk pun ada
jugak hajat nak beli. Tunggulah, ada rezeki untuk dia besok tu.

ANUM: Anum pun kesian jugak kat Amin. Yelah, diakan masih budak. Tapi nasib
baik dia faham keadaan kita ni. Dia tak pernah mendesak kita.

ATUK: Itulah baiknya cucu Atuk tu. Anum pun apa kurangnya. Atuk tau, Anum
pandai jaga diri, jaga nama baik keluarga kita. Kalau Anum ada masalah
dan perlukan bantuan, bagitau Atuk ye?

ANUM: Yelah, Tuk. Sayang Atuk.

MUZIK:

K/B: SUASANA KAMPUNG

RADHI: (SALAM). Tuk….

ATUK: (JAWAB SALAM) Oh…Cikgu….dari mana ni?

RADHI: Dari rumah. Ada hal sikitlah nak bincang dengan Atuk ni.

ATUK: Ha, kalau ye pun marilah naik dulu.

RADHI: Takpelah Tuk…kat bawah ni pun boleh.

ATUK: Kalau macam tu, yelah. (MELAUNG) Anum!!!

ANUM: Ye Tuk. Ada apa Tuk?

ATUK: Kamu tolong buatkan air untuk cikgu ni.

ANUM: Yelah Tuk.

ATUK: Ha, Radhi…apa hal yang kamu nak bincangkan tu?

RADHI: Macam ni Tuk, saya selalu nampak Anum tu jalan kaki ke sekolah.
Memanglah tak jauh, tapi…kadang-kadang tu bahaya jugak. Nek Piah
cakap, dulu ada kawannya jalan sekali. Tapi sekarang ni kawan dia tu dah
pindah sekolah lain. Atuk tak risau ke bila Anum jalan sorang-sorang tu?

ATUK: Risau jugak.

29
RADHI: Apa kata kalau Anum tumpang saya. Saya boleh ambik dia dekat rumah
Atuk ni.

ATUK: Tak menyusahkan kamu ke?

RADHI: Tak, alah…patah belakang sikit je. Bukannya jauh sangat. Lagi pun ada
budak lain jugak yang tumpang kereta saya tu. Daripada kosong, dapat
jugaklah saya tolong budak-budak ni.

ATUK: Alhamdulillah…..kalau macam tu terima kasih banyaklah Cikgu.

ANUM: Silalah minum Cikgu.

ATUK: Ha,…Num…ada berita baik ni. Cikgu Radhi ni nak tumpangkan Anum
pergi dan balik sekolah.

ANUM: hehehe….Anum tau Tuk…Anum yang suruh cikgu bagitau


Atuk.hehehe…Anum masuk dalam dulu ye Tuk. Ada kerja sikit.

ATUK: Yelah

RADHI: Tuk, Adam mana Tuk?

ATUK: Adam….rasanya ke kebun tadi. Belum balik lagilah tu.

RADHI: Macam mana dengan Adam sekarang ni Tuk?

ATUK: (MUSYKIL) Cikgu tau ke pasal Adam?

RADHI: Ye Tuk. Saya tau. Dengan saya Atuk tak payahlah berahsia. Saya faham.
Atuk sabar jelah.

JH: Siapa sangka, Cikgu Radhi amat prihatin terhadap Atuk sekeluarga.
Kini, Atuk bolehlah menarik nafas lega. Cuma kadang-kadang Atuk
masih me mikirkan Adam. Ikuti kisah seterusnya KAMI ANAK
ATUK esok 1.45 minit tgh di Klasik Nasional.

30
RANCANGAN: DRAMA BERSIRI KATARSIS
TAJUK: KAMI ANAK ATUK
EPISOD: 7

ANUM
ADAM
ATUK
FIFI

JH: Dalam siri yang lalu, hubungan Cikgu Radhi dengan keluarga Atuk
bertambah erat. Lebih-lebih lagi, apabila dia sanggup
menumpangkan Anum menaiki keretanya untuk ke sekolah. Bagi
Anum pula apa yang dilaluinya pe rlu diceritakan kepada Adam.
Bagaimanakah pene rimaan Adam? Ikuti KAMI ANAK ATUK siri
ke 7, karya Rommia Rahman, Keratong, Pahang.

K/B: SUASANA MALAM

ANUM: (MENINGGIKAN SUARA) Abang masih tak percaya lagi? Takkan


Anum nak mereka-reka cerita pulak?

ADAM: Abang percaya! Abang percaya ok!!! Abis siapa lagi yang tau?

ANUM: Cikgu Radhi.

ADAM: Atuk?

ANUM: Atuk tak tau. Kita tak boleh bagitau Atuk bang. Abangkan tau Atuk
sekarang selalu aje tak sihat. Anum tak nak Atuk susah hati. Sekarang ni,
pada Abang je Anum mengadu.

ADAM: Kurang ajar punya Lan. Dalam diam-diam dia tikam aku dari belakang.

ANUM: Apa kita nak buat bang?

ADAM: Anum nak Abang buat apa? Anum nak Abang belasah dia?

ANUM: Eh…jangan bang. Kalau jadi apa-apa kat Abang, siapa susah? Keluarga
kita jugak yang susah. Terutama, Atuk. Cuma, Anum nak Abang jangan
ada apa-apa hubungan lagi dengan dia. Orang macam tu memang tak
boleh percaya.

31
ADAM: Abang dah lama tak ikut dia….agaknya sebab Abang tak layan dia, dia
cuba nak sakitkan hati Abang, dia kacaulah Anum.

ANUM: Nasib baik Cikgu Radhi tolong bang. Anum rasa kita boleh percayakan
Cikgu Radhi.

K/B: ATUK BATUK BERDEHEM….

ANUM: (BERBISIK) Abang, Atuk. Abang kata tadi Atuk tak ada kat rumah. Atuk
dengar ke bang?

ADAM: Tak tau. Tak dengar kot………..

MUZIK

K/B: SUASANA KAMPUNG

ATUK: Semalam Atuk dengar, Adam cakap sesuatu dengan Anum…..Tak nak
kongsi dengan Atuk?

ADAM: Oh…cerita biasa je Tuk. Pasal Amin.

ATUK: Ambil berat jugak kau pasal adik-adik kau. Atuk ingatkan kau dah tak
ambik kisah.

ADAM: Ambik berat Tuk. Dia adik saya.

ATUK: Adam, sejak bila kau pandai berbohong dengan Atuk?

ADAM: Bohong? Atuk cakap apa ni?

ATUK: Atuk dah dengar apa yang kamu berdua bualkan. Kamu tak payahlah nak
berselindung lagi.

ADAM: (SERBA SALAH) Tuk…. Kami bukan sengaja tak nak bagitau Atuk. Tapi
kami risau kalau Atuk tau nanti Atuk akan buat macam dulu. Atuk tau
kan? Kes Mak dulu. Kami tak nak Atuk masuk penjara lagi.

ATUK: (SEBAK)……………. Kenapalah semua ni berlaku pada keluarga aku?


Aku tak pernah susahkan orang. Aku cuma nak cucu-cucu aku hidup
sempurna macam orang lain. Kalau nak terjadi apa-apa pada cucu-cucu
aku, aku sanggup jadi galang gantinya.(NANGIS) (SEMPUT)..

ADAM: Tuk….Tuk….kenapa ni Tuk..

32
ATUK: (SAMBIL SEMPUT)….Atuk…Atuk….

ADAM: Anum!!!!…Anum….!!!!

MUZIK

K/B: SUASANA KAMPUNG

FIFI: (SALAM) Amin….Amin…

ANUM: Fifi, cari Amin ke?

FIFI: Ye Kak.

ANUM: Amin belum balik lagi. Aktiviti Ko- Ko tak abis lagilah tu. Fifi balik awal
ke?

FIFI: Taklah Kak. Fifi dari sekolahlah ni. Amin tak datang Ko-Ko pun petang
ni.

ANUM: Biar betul. Tadi memang dia bersiap untuk ke sekolah. Dia pergi mana?

FIFI: Tak tahu. Tak apalah Kak. Fifi balik dulu.

ANUM: Eh, Fifi…basikal baru ye?

FIFI: Aah…ye…baru beli Kak.

ANUM: Cantik. Abis basikal lama mana?

FIFI: Ada kat umah. Nanti Amin dah ada duit, dia nak beli.

ANUM: Apa Fifi cakap? Adam nak beli basikal Fifi?

FIFI: Amin janji, bila ada duit nak beli basikal Fifi. Dia tak cakap dengan Akak
ke?

ANUM: Eh…aah…ade kot, . akak lupa.

FIFI: Takpelah Kak. Fifi balik dululah.

ANUM: Ha, yelah…baik-baik bawak basikal tu.

33
MUZIK:

ATUK: Anum….mari sini sekejap.

ANUM: Ye Tuk.

ATUK: Amin mana?

ANUM: Amin pergi padang. Nape tuk?

ATUK: Ni, Ambik ni….(HULUR DUIT)

ANUM: Duit? Duit untuk apa ni Tuk?

ATUK: Beli basikal Amin.

ANUM: Basikal?

ATUK: Atuk selalu nampak. Dia naik basikal Fifi tu. Kesian pulak Atuk. Jadi
Atuk dah kumpul duit. Rasanya cukup duit ni.

ANUM: Atuk ni macam tau-tau pulak.

ATUK: Tau apa?

ANUM: Sebenarnya Tuk, semalam Fifi datang. Dia ada cakap, basikal lamanya tu,
Amin nak beli. Tapi dia tak ada duit. Kata Amin bila dia dah cukup duit
nanti dia belilah. Agaknya, kalau tabung dia tak hilang hari tu tentu Amin
dah beli Tuk.

ATUK: Kesian cucu Atuk. Tapi dia tak nak basikal baru ke?

ANUM: Basikal Fifi yang lama tu Tuk, masih elok lagi Tuk. Jenama basikal tu
mahal Tuk. Anum rasa elok jugak Amin beli yang Fifi punya tu.

ATUK: Terpulanglah. Atuk tak kisah. Asalkan cucu Atuk dapat apa yang dia
mahu.

ANUM: Baiknya Atuk. Kalau Anum nak kan sesuatu, Atuk belikan tak?
ATUK: Anum nak apa? Nak bulan, bintang?

ANUM: Nak matahari…..hehehe…alah, Anum gurau jelah Tuk. Anum dah dapat
pun apa yang Anum nak.

ATUK: Apa dia?

34
ANUM: Kasih sayang Atuk. Heehheheh

ATUK: Anum, Sabarlah. Atuk harap, Anum tabah. Apa yang dah jadi tu semuanya
dugaan.

ANUM: Atuk cakap apa?

ATUK: Atuk dengar apa yang Anum dan Adam cakapkan hari tu.

ANUM: (SEDIKIT TERKEJUT) Atuk tau?

JH: Anum tak menyangka, Atuk tahu….Syukurlah…nampaknya Atuk


tenang mene rimanya…Bagaimana pula de ngan Adam? Bagaimana
tindakan Adam seterusnya? Ikuti sambungan KAMI ANAK ATUK
Isnin, 1.45 minit tgh Eksklusif di Klasik Nasional.

35
RANCANGAN: DRAMA BERSIRI KATARSIS
TAJUK: KAMI ANAK ATUK
EPISOD: 8

ATUK
AMIN
RADHI
LAN
IZMAN

JH: Dalam siri yang lalu, Atuk telah me ncuri dengar perbualan Anum
dan Adam. Tapi kali ni, Atuk tidak lagi terburu-buru.
Ikuti KAMI ANAK ATUK siri ke 8, karya Rommia Rahman,
Keratong, Pahang.

K/B: SUASANA KAMPUNG

AMIN: Terima kasih Tuk. Amin minta maaf sebab menyusahkan Atuk.

ATUK: Tak Amin, Amin tak menyusahkan Atuk. Atuk tau, basikal yang ada
sekarang ni selalu rosak….dah buruk…yelah, basikal tukan basikal Atuk
dulu-dulu.(BERSELOROH) Kalau tuannya pun dah tua, selalu sakit-sakit,
inikan pulaklah basikalnya…..Betul tak?

AMIN: Atuk ni….ke situ pulak…Amin tak kisahlah…

ATUK: Macam mana? Elok ke basikal tu? Amin tak kisah ke bukan beli basikal
yang baru.

AMIN: Ok Tuk. Atuk tak perasan ke, Fifikan selalu pinjamkan basikal tu dekat
Amin sebelum ni. Cuma yang tak bestnya Tuk, warna basikal tu warna
merah jambulah….nanti kawan-kawan lelaki Amin mesti ejek
Amin….Tapi takpe, Amin tengah kumpul duit ni, nanti bila dah cukup,
Amin tukarlah warna cat basikal tu.

ATUK: Takpelah, buat sementara waktu ni, Amin pakai jelah dulu basikal tu.
Kalau dah cukup duit, Amin nak cat warna apa?
AMIN: Biru gelaplah Tuk. .cantikkan? mesti sesuai…mesti nampak macam
baru…

ATUK: Tak kisahlah Amin warna apa pun. Janji Amin suka, dan yang penting
Amin senanglah nak pergi sekolah . Tak perlulah nak jalan kaki lagi. Jaga
elok-elok basikal tu.

36
AMIN: Ye Tuk. Amin akan jaga basikal tu macam Atuk jaga Amin selama ni.
Yelah, basikal tu hadiah daripada Atuk Aminkan?

ATUK: Hadiah yang tak seberapa Amin. Itu je yang Atuk mampu.

AMIN: Ish…Dah cukup hebat dah tu…Amin ingatkan bila tabung Amin hilang,
Amin dah tak boleh langsung dah beli basikal tu. Tapi akhirnya Atuk yang
sampaikan hajat Amin tu. (GEMBIRA) Seronoknya Tuk..

ATUK: Seronok…seronok jugak…ni kerja sekolah dah siap ke belum?

AMIN: Eh…aahlah Tuk…tadi cikgu bagi banyak sangat kerja sekolah.

ATUK: Ha sudah.. pergi buat kerja sekolah tu. Nanti tak sempat pulak siap. Kalau
tak faham, tanya Kak Anum tu.(BERSELOROH) Jangan tanye Atuk…
Nanti kot betul semua jawapannya….hehehe..

AMIN: Ish Atuk ni, buat lawak pulak…

MUZIK

K/B: WARUNG

RADHI: Boleh saya tumpang duduk?

IZMAN: Eh…..Takde meja lain yang kosong ke?

RADHI: Memang ada. Tapi, saya ada hal nak cakap sikit dengan kamu berdua.

LAN: (ACUH TAK ACUH) Ape hal?

RADHI: Tentang Adam.

LAN: Pesal dengan Adam? Apa hubungan kau dengan dia?

RADHI: Hubungan saudara seislam. Sama macam hubungan saya dengan awak
berdua.

IZMAN: Hai Lan, ini macam ada tak kena je. Kita ada buat salah ke? Ginilah
Cikgu…cikgu ni pendatang, tak usahlah cikgu sibuk nak ambil tahu hal-
hal orang kampong ni. Selama ni kampong ni takde masalah, atau cikgu
yang ada masalah?

LAN: Terus terang je Cikgu. Cikgu nak apa sebenarnya?

37
RADHI: Saya tau awak pernah berkawan baik dengan Adam. Dan saya tau jugak
latar belakang awak semua. Pasal pecah rumah orang, kacau anak dara
orang.

LAN: (MENGHENTAK MEJA)

IZMAN: Sabar Lan, Sabar ….

RADHI: Tolong jangan kacau Adam. Dia nak jadi baik. Sepatutnya kamu berdua
mencontohi dia. Susah ke nak berubah jadi baik?

IZMAN: Cikgu, saya tau cikgu ni seorang guru. Biasalahkan, kerja Cikgu, mengajar
. Itu kalau murid- murid di sekolah cikgu!!!tapi, kami ni tak perlu diajar.
Mak bapak kami dah cukup mengajar kami.

RADHI: Saya tahu….Kalau awak berdua nak terlentang ke terlungkup ke, itu hal
korang berdua. Tapi jangan libatkan Adam. Dia kawan saya.

LAN: Oh…sambil menyelam minum air.

IZMAN: Eh…sambil menyelam minum air? Aku tak pahamlah Lan.

LAN: Dia buat baik dengan Adam sebab ada udang di sebalik mee…Anum
tukan adik Adam. Hari- hari anta budak tu ke sekolah.. sekarang kau
faham?

IZMAN: Ooooo…pesal bengap betul aku ni…

RADHI: Saya tak nak buang masa. Banyak kerja yang lebih berfaedah yang perlu
saya buat. Saya datang ni cuma nak bagitau tolong jangan ganggu Adam.
Jangan fikir orang tak tahu apa yang kamu buat. Sepandai-pandai tupai
melompat, akhirnya jatuh ke tanah jugak. Assalamualaikum…

LAN: Sial!!!dia ingat, aku takut?

IZMAN: Sabar, sabar Lan….dia tu, kita boleh settle lah….takde hal lah.

MUZIK

K/B: PADANG SEKOLAH

RADHI: Eh Amin….Kenapa tak balik lagi. Kawan-kawan yang lain semua dah
balik.

38
AMIN: Eh…Cikgu..kenapa cikgu datang sini?

RADHI: Cikgu lalu tadi…nampak Amin..tu yang Cikgu singgah ni. Amin buat
apa?

AMIN: Tengok-tengok buku ni Cikgu.

RADHI: Wah…rajinnya.

AMIN: Bukan rajin Cikgu. Kadang-kadang dekat rumah takde masa.

RADHI: Ada yang Amin tak faham ke?

AMIN: Ada jugak Cikgu. Tapi nanti balik Amin tanya Kak Anum. Tulah, kadang-
kadang Kak Anum tu sibuk. Tak nak kacau dia

RADHI: Cikgu Malik ajar matematikkan? Macam mana dia ajar? Cikgu dengar ada
budak-budak kata dia garang. Betul ke?

AMIN: Yelah Cikgu…tapi, Amin tak kisah. Kalau Cikgu tak garang, budak-budak
suka main- main. Macam Cikgu Latifah. Kalau dia mengajar, budak-budak
suka buat bising. Tapi kalau Cikgu Malik, senyap sunyi. Takut..

RADHI: Kalau Cikgu yang mengajar?

AMIN: Cikgu Ok….budak-budak suka dengan Cikgu.

RADHI: Hai, nak bodek Cikgulah tu.

AMIN: Mana ada. Tapi Cikgu…saya ni lemah matematiklah Cikgu. Cikgu ajar
Sains. Boleh ke Cikgu ajar matematik?

RADHI: Boleh..kalau Amin tak faham boleh tanya Cikgu.

AMIN: Apa kata Cikgu buat kelas tusyen? Saya boleh ajak kawan-kawan yang
lain. Tapi tak nak kat sekolah lah Cikgu. Kat sekolah ramai… kat rumah
Cikgulah…umah Nek Piah..

RADHI: (MENGUSIK) Mmmm….berapa Amin boleh bayar sebagai upah?


AMIN: Kena bayar ke Cikgu? Alamak…..

RADHI: Mestilah…bayarannya, Amin kena…..belajar rajin-rajin dan lulus dengan


cemerlang…boleh?

AMIN: Oh…..Boleh..Amin janji. Bila nak mula Cikgu?

39
RADHI: Isnin depan, kita mula pukul lapan. Dekat umah Cikgu. Nanti Amin cakap
dengan kawan-kawan yang lain. Tapi ingat, cakap dengan Atuk dulu.

AMIN: Ok…Atuk mesti setuju punye…

MUZIK

K/B: TEPI JALAN

ATUK: Ha, Kamu… Nanti sekejap

IZMAN: Aaa…Tuk. Ade apa Tuk?

ATUK: Atuk nak tumpang tanya sikit ni. Kamu ada nampak Adam?

IZMAN: Adam?

ATUK: Ye. Dari semalam dia tak balik-balik. Kamu tau mana dia pergi?

IZMAN: Tak tahu Tuk. Saya pun dah lama tak jumpa Adam. Adam buat hal lagi ke
Tuk?

ATUK: Soalan tu aku patut tanya pada kamu jugak.

IZMAN: Eh…Atuk ni. Kenapa babitkan saya pulak?

ATUK: Aku tahu cucu aku tu…… tapi aku yakin, dia sedang berusaha untuk jadi
baik. Tinggalkan benda jahanam tu. Tapi…tidaklah aku kata dia dah baik
100%. Sebab kawan-kawannya banyak yang menjahanamkan bukannya
nak membimbing.

IZMAN: Tuk, tak payahlah nak berceramah pulak Tuk.

ATUK: Betul, kamu tak de jumpa dia?

IZMAN: Betul Tuk. Takde.

ATUK: Kalau macam tu, takpelah. Eh…sekejap…siapa kawan kamu yang selalu
dengan kamu tu? Budak yang botak tu?

IZMAN: Lan?...

ATUK: Ha, mana dia? Ntah..ntah…dia tau kot Adam kat mana.

40
IZMAN: Itu, saya kurang pastilah pulak Tuk. Tapi, Lan tu bukan boleh pakai Tuk.
Teruk….

ATUK: Hai….teruk??…apa yang teruknya. Abis? Yang kamu ke hulu ke hilir


dengan dia tu, ape hal?

IZMAN: (SUARA HATI) Ek eleh…orang tua ni…banyak cakap pulak.

JH: Terbakar hati Izman bila mendengar kata-kata Atuk. Kenapa semua
orang sibuk sangat nak ambil tahu pasal Adam. Hebat sangat ke dia?
Tapi…Adam pe rgi mana ye? Ikuti sambungan KAMI ANAK ATUK
1.45 minit tgh di Klasik Nasional.

41
RANCANGAN: DRAMA BERSIRI KATARSIS
TAJUK: KAMI ANAK ATUK
EPISOD: 9

PIAH
ADAM
ATUK
RADHI

JH: Dalam siri yang lalu, Atuk mencari Adam. Sudah dua hari Adam
tidak pulang ke rumah. Atuk bimbang kalau-kalau Adam masih lagi
dengan tabiat lamanya. Ikuti KAMI ANAK ATUK Siri ke 9, karya
Rommia Rahman, Keratong, Pahang.

K/B: KERETA MENDATANG DAN BERHENTI

RADHI: (SALAM)

ATUK: (JAWAB SALAM) Dah balik dah.

ANUM: Anum masuk dulu ya Tuk.

RADHI: Apa khabar Tuk? Atuk nampak macam tak sihat je. Ada masalah ke
Tuk?

ATUK: Adam tak balik-balik. Puas dah Atuk cari. Tanya kat kawan-kawannya,
semua tak tahu. Pak Samad pun tak tahu. Dah lama katanya dia tak ke
kebun.

RADHI: Mana pulak dia pergi?

ATUK: (KECEWA) Dia takkan jadi baik, dia dah buat balik. (BERISTIGHFAR)

RADHI: Mari kita duduk kat sini Tuk……. Saya faham apa yang Tuk rasa. Bawa
banyak bersabar ye Tuk. Saya pernah melalui keadaan macam ni dulu.
Abang saya Tuk, penagih tegar. Dah macam- macam usaha kami buat.
Habis wang ringgit, mak saya dah kering airmata dibuatnya.
Akhirnya.…… (TERHENTI)….

ATUK: Dia pilih benda jahanam tu jugak. Sekarang dia kat mana?

RADHI: Dah meninggal Tuk. Meninggal dengan aib. Kena Aids.

42
ATUK: (ISTIGHFAR) Sayangnya anak bangsa kita ni. Hidup berkiblatkan
najis. Bila dah terjerumus, susah nak patah balik. Ini yang Atuk takutkan
ni. Atuk tak sanggup tengok hidup Adam musnah.

RADHI: Jangan putus asa Tuk. Adam masih boleh diselamatkan.

ATUK: (SALAHKAN DIRI ) Dimana silapnya, Atuk didik Adam dan cucu-cucu
Atuk yang lain dengan penuh kasih sayang. Mana yang baik, mana yang
tidak. Tak sangka cucu yang Atuk tatang bagai menatang minyak yang
penuh terjerumus ke dalam kancah yang sia-sia. (DALAM EMOSI)

RADHI: Sabar Tuk…….

ATUK: Tolonglah Atuk Cikgu. Atuk dah kehilangan punca, tak tahu macamana
nak tolong cucu Atuk yang sorang tu.

ANUM: (LAUNG) Atuk…..Tuk, abang dah balik.

ADAM: (LALOK) Apa ni…kecoh-kecoh. Kita balik ah… Ada lagi


tak…..ha…..ada lagi (MEREPEK / CAKAP YANG BUKAN-BUKAN)

ATUK: (TEMPELENG) Tak guna punya budak.

RADHI: Atuk…. Tak guna Atuk pukul orang macam ni , Tuk.

ATUK: (MARAH) Habis kau nak aku tatang dia…. Nak aku belai dia. Ini
yang kau balas kat aku. (KECOH SAMBIL RADHI & ANUM
MELERAIKAN ATUK) Kau.. kau pergi dari sini. Aku tak nak tengok
muka kau. Pergi !!!!

MUZIK

PIAH: Dah bangun dia?

RADHI: Belum Nek, dia masih tidur lagi. Nek, saya kesian dengan Atuk. Kecewa
betul dia.

PIAH: Siapa yang tak kecewa. Bila cucu kesayangannya jadi macam tu. Sejak
mak ayah Adam tu meninggal dan baru-baru ni, isterinya meninggal,
dialah menggalas tanggungjawab ketua keluarga. Kerja siang malam
mebesarkan cucu tapi itu balasan yang dia dapat. Nek pun tak tahu nak
buat apa lagi. Ke pusat serenti dah. Ingatkan dulu keluar dari sana, boleh
jadi baik.

RADHI: Tak semudah itu nek. Kes Adam ni taklah seteruk abang saya dulu yang

43
sampai sanggup mencederakan mak dan ayah semata- mata nakkan duit
beli dadah. Saya yakin Adam masih boleh diselamatkan.

PIAH: Kau buatlah apa saja Radhi. Tolonglah Adam tu. Kaukan Cikgu. Tentu
kau ada cara macam mana nak tolong Adam.

ADAM: Nek.

PIAH: Ha.. dah bangun pun kau Adam.

RADHI: Macamana kau hari ni?

ADAM: Sakit-sakit badan.

PIAH: Penyakit yang kau cari sendiri. Radhi suruh dia mandi, lepas tu kita
boleh makan sama-sama.

RADHI: Adam, kau ingat tak apa yang terjadi semalam? Kau tahu tak, kau dah
hancurkan hati Atuk kau.

ADAM: Atuk …..(CUBA INGAT) Atuk halau aku…. Atuk pukul aku….

RADHI: Ingat pun kau. Lepas ni kau akan cakap kau insaf, kau menyesal bukan
(TINGGIKAN SUARA) Tak cukup Adam. Kalau segunung kesal kau
pun, orang susah nak percaya. Tak ada orang lain yang boleh tolong kau,
kecuali diri kau sendiri. Menangis….menangis!!! Itu yang kau tahu.
Kau ni anak jantan tahu tak? Kenapa kau lemah sangat, sampai
menghambakan diri kau dengan najis jahanam tu. Kau tak pernah fikir
perasaan orang lain, yang selama ini sayangkan kau?

ADAM: Aku tahu aku salah, tapi aku tak ada niat nak hancurkan hati orang yang
aku sayang. Aku tak terdaya…(TERUS MENANGIS)

MUZIK

K/B : DI SAWAH

PIAH: Berhentilah dulu bang, saya ada bawakan bekal ni ha. Pulut dengan ikan
masin.

ATUK: Terima kasihlah Piah, ingat jugak kau kat aku. Dah lama aku tak makan
pulut dengan ikan masin ni.
PIAH: Ada budak kat rumah tu yang suka makan pulut. Aku tanakkanlah.
Marah- marah pun, sayang jugak aku.

ATUK: Maafkan aku Piah, aku ni selalu menyusahkan kau.

44
PIAH: Tak susah mana pun bang. Kita orang tua ni lindung anak cucu, kalau
kita jalan tak betul, mereka apatah lagi. Biar pahit sekali pun, itu semua
dah jadi tanggungjawab kita. Takkan kita nak biarkan budak-budak tu
hidup tanpa arah tujuan. Anggaplah itu semua ujian daripada Allah.

ATUK: Manisnya bahasa kau Piah pujuk hati aku ni.

PIAH: Saya sayangkan keluarga Abang, arwah isteri abang dulu pesan pada saya
kalau dia dah tak ada, dia harapkan saya tengok-tengokkan keluarga
abang.

ATUK: Aku tahu. Kalau Adam tu menyusahkan kau, suruhlah dia balik.

PIAH: Dia tak nak balik bang. Abang pun dah halau dia. Abang tak ingat?

ATUK: Piah, kau pun tahukan, aku tak ada niat pun nak halau dia. Dia cucu aku.
Cucu kesayangan aku.

JH: Siapa yang tak sayang cucu. Atuk menghalau Adam kerana dia
terlalu kecewa dengan Adam. Adam pun kenalah faham. Takkan
Atuk cakap macam tu, dia nak me rajuk berpanjangan. Apa
kesudahannya, ikuti KAMI ANAK ATUK, karya Rommia Rahman,
Keratong, Pahang esok, 1.45 tengahari di Klasik Nasional.

45
RANCANGAN: DRAMA BERSIRI KATARSIS
TAJUK: KAMI ANAK ATUK
EPISOD: 10

RADHI
ADAM
ATUK
ANUM

JH: Dalam siri yang lalu, Adam tinggal di rumah Nek Piah setelah
Dihalau oleh Atuknya. Kesempatan itu digunakan oleh Cikgu Radhi
Untuk membimbing Adam ke jalan yang betul. Berjayakah usaha
Cikgu Radhi? Ikuti episod 10 KAMI ANAK ATUK karya Rommia
Rahman, Keratong, Pahang.

ADAM: Ramai jugak orang kat surau tu tadi, Cikgu. Ada pakcik tu cakap, sejak
Cikgu datang kat sini, Cikgulah orang muda yang paling setia ke surau
tu. Ramai yang memuji Cikgu.

RADHI: Apa yang saya buat tu kerana Allah. Mana yang baik, harap-harap Adam
boleh jadikan contoh, tapi bukanlah Cikgu nak cakap, cikgu ni baik.

ADAM; Memang hakikatnya, cikgu memang baik. Semua orang tau. Sebut aje
nama Cikgu, siapa yang tak kenal..

RADHI: Eh, warung kat kedai tu buka lagi tak? Kalau tidak bolehlah cikgu
Belanja minum.

ADAM: Kat kampung ni tak de warung buka sampai jauh malam. Kat bandar
lainlah cikgu. Cikgu ni…..(KETAWA MESRA)

RADHI: Adam suka Cikgu?

ADAM: Cikgu kan dah banyak tolong saya. Sepatutnya dari dulu lagi, kita jumpa
Cikgu.

RADHI: Kenapa Adam cakap macam tu?

ADAM: Ye lah kalau saya kenal dengan Cikgu dari dulu lagi, taklah saya
terpengaruh dengan jerat kawan-kawan saya tu.
RADHI: Lan dengan Izman? Kacang hantu tu?

ADAM: Bukan kacang hantu Cikgu tapi hantu raya. (KETAWA) Mereka bukan
nak menolong saya tapi nak menjahanamkan saya. Bila saya nak jadi
baik, dia pujuk saya balik. Kawan makan kawan.

46
RADHI: Begitulah kalau kita berkawan dengan orang baik-baik, kita akan jadi baik
tapi kalau kita berkawan dengan orang jahat, kita akan jadi jahatlah.
Sebab itu berhati- hati bila pilih kawan.

ADAM: Tapi saya tak puas hatilah Cikgu, Lan dan Izman tu bebas buat apa yang
dia suka. Pecah masuk rumah orang macam perkara biasa bagi dia orang.
Tak pulak tindakan diambil.

RADHI: Tak ada bukti Adam, walau pun kita tahu, itu kerja mereka. Tapi tak apa,
satu hari nanti mereka akan kena. Dia belum kenal siapa Cikgu Radhi.

ADAM: Cikgu nak buat apa?

RADHI: Adalah… (BISIK) Cikgu pakai pengintip. Pengintip yang tak


bertauliah.

ADAM: Wah…. Macam drama lah pulak. (KETAWA)

RADHI: Suka kamu ya…….em, Adam tak rindu Atuk?

ADAM: Atuk?…..em…..Atuk?

MUZIK

K/B: SUASANA KEBUN

ANUM: Subur-subur buah jagung kita ni Tuk, bila boleh dipetik?

ATUK: Dalam dua minggu lagi. Anum, tolong petik buah cili tu. Boleh kita jual
kat kedai.

ANUM: Eh… seronok tengok cili-cili ni Tuk. Harga cili kat pasaran mahal Tuk.

ATUK: Inilah hasilnya kalau kita berbudi dengan tanah.

ANUM: Pokok terung yang abang tanam ni pun dah berbuah. Tuk…. (ALIH
TOPIK) Atuk tak rindu kat abang? Dah dekat sebulan abang duduk kat
rumah Nek Piah.
Atuk tak nak pujuk abang balik ke?

ATUK: Atuk rasa buat masa ni, biarlah dia duduk kat sana. Kat sana ada Cikgu
Radhi. Dia selamat kat situ. Mudah mudahan dia jadi orang baik. Atuk
pun dah banyak kali jumpa abang kau kat surau tu. Alhamdullillah.

47
ANUM: Tuk, Cikgu Radhi tu baik kan Tuk? Dia selalu tolong Anum. Hari tu dia
kata kalau Anum ada masalah termasuk masalah duitkan Tuk, cakap aje
dengan dia, dia akan tolong.

ATUK: Baguslah.

ANUM: Atuk tak marah? Dulukan Atuk ada cakap, kalau ada orang lelaki yang
cuba nak buat baik dengan Anum, Anum kena hati-hati. Jangan cepat
percaya. Tapi hari ni Atuk cakap lain.

ATUK: Cikgu Radhi ni bukan macam lelaki lain. Kita dah kenal hati budi dia.
Dia datang kat kampung kita ni umpama satu rahmat bagi Atuk. Tengok
pengaruh dia pada abang Adam. Dulu abang Adam tu liat nak ke surau,
tapi sekarang hampir tiap malam dia sembahyang kat sana. Atas usaha
siapa tu, kalau bukan Cikgu Radhi!

ANUM: Bukan itu aja kan Tuk, adik Amin pun tuisyen dengan dia. Percuma Tuk.

ATUK: Anum pun sekarang ni tak payah jalan kaki ke sekolah. Sejak cikgu Radhi
sanggup tumpangkan Anum, siap ambik Anum depan pintu rumah lagi.
Tak hebat tu?

ANUM: Bukan Anum yang suruh, Anum nak tunggu dia kat simpang jalan tu tapi
dia sendiri nak ambik Anum kat rumah.

ATUK: Atuk pun perasan jugak. Sekarang ni, cucu atuk ni bukan main berseri-
seri lagi. (BERDEHEM)

ANUM: (MALU) Apa Atuk ni, malulah……

ATUK: (KETAWA PANJANG TIBA-TIBA TERPIJAK LUBANG….


TERSEMBAM)

ANUM: Tuk…..Tuk…..Tuk…. Ya…Allah…Tolong!!…….tolong!!

MUZIK

K/B: HOSPITAL

ANUM: Tuk, jangan banyak bergerak ya tuk. Atuk kena rehat. (MENANGIS)

ATUK: Kenapa Anum menangis. Atuk belum mati lagi.

ANUM: Kenapa Atuk cakap macam tu. Janganlah sebut pasal mati Tuk.

48
RADHI: Assalamualaikum Tuk.

ADAM: Tuk (SEBAK) Maafkan saya Tuk. Saya banyak menyusahkan Atuk.
Maafkan Adam ya Tuk.

ATUK: Apa khabar kau Adam. Masih marah lagi dengan Atuk ke?

ADAM: Saya tak pernah marah Atuk. Atuk marahkan saya pun sebab Atuk
sayangkan saya. Atuk nak saya jadi orang baik-baik tapi saya selalu
hampakan Atuk.

RADHI: Adam bukan macam dulu lagi Tuk. Saya yakin dia akan jadi cucu
kebanggaan Atuk.

ADAM: Saya tak boleh janji Tuk tapi saya akan cuba sedaya upaya saya.

ATUK: (SAMBIL MEMELUK TERHARU) Adam cucu Atuk. Atuk bangga


dengan kau. Kaulah pengganti Atuk untuk jaga adik-adik kau. Atuk
dah tua Dam. Atuk perlu bantuan Adam.

ADAM: (TERHARU) Tuk…

JH: Kasih sayang antara Atuk dengan Adam me mang tidak bole h
dipisahkan. Atuk berharap benar agar Adam boleh berubah. Itulah
harapan Atuk. Tapi bagaimana dengan dendam Lan dan Izman.
Ikuti KAMI ANAK ATUK karya Rommia Rahman, Ke ratong,
Pahang minggu hadapan Isnin 1.45 tenghari eksklusif
di Klasik Nasional.

49
RANCANGAN: DRAMA BERSIRI KATARSIS
TAJUK: KAMI ANAK ATUK
EPISOD: 11

LAN
IZMAN
RADHI
ADAM

JH: Dalam siri yang lalu, Atuk dan cucu-cucunya telah bersatu ke mbali.
Adam benar-benar telah berubah. Perubahan Adam tidak disenangi
oleh Lan dan Izman. Kenapa manusia suka hasad dengki sesama
manusia. Ikuti siri ke 11 KAMI ANAK ATUK karya Rommia
Rahman, Keratong, Pahang.

LAN: Ini tak boleh jadi, kita mesti buat sesuatu.

IZMAN: Susah Lan, selagi ada Cikgu Radhi, kita tak boleh buat apa. Aku pun rasa
tak sedap hatilah. Macam ada orang nak memerangkap kita. Kalau kita
tertangkap macam mana.?

LAN: Sejak bila kau jadi lembik ni? Baru kena jentik kat cikgu tu, engkau dah
gelabah. Dia tak boleh buat apalah. Dia orang luar.

IZMAN: Heh.. walaupun dia orang luar, pengaruh dia bisa tau. Sekarang ni dia dah
jadi orang kesayangan ketua kampung, tok imam.

LAN: Sial! Apa yang dia buat sampai orang kampung pandang tinggi sangat kat
dia?

IZMAN: Sejak dia datang sini aktiviti belia dah bergerak, dia boleh pengaruh
budak-budak ni pergi ke surau, bagi tuisyen pada budak-budak kampung,
jadi drebar budak-budak sekolah. Kau tak terfikir ke? Aku mengaku, aku
memang kagum dengan dia. Tak heran semua orang sayang dengan dia.

LAN: Kau sebelah mana ni? Tiba-tiba kau puji melangit kat dia. Ilmu apa yang
dia dah sembur kat engkau.

IZMAN: Bukan ilmulah Lan tapi ini kenyataan. Aku pun dah bosan hidup macam
ni Lan. Kerja kita ni tak ada lain, pecah masuk rumah orang, kacau anak
dara orang. Sampai bila?

LAN: Ai……. Kau dah insaflah ye. Kau dah tak nak geng dengan aku lagi
dah.

50
IZMAN: Kau masih kawan akulah Lan, aku tak lupa kawan. Cuma aku fikir satu
hari nanti, kita akan kena jugak. Kau tau kes Borhankan?

LAN: Pasal ragut tu.

IZMAN: Ye lah sebab terdesak dia sanggup meragut beg orang. Rupa-rupanya,
orang yang diragutnya tu emak saudara Hanif. Sekarang emak saudara
Hanif tu koma kat hospital. Dah seminggu dah, silap haribulan…gol.
Kalaulah perempuan tu emak saudara kau atau adik perempuan kau, apa
kau rasa?

LAN: (FED UP) Eh.. serabutlah..serabut.

IZMAN: Samalah jugak bila kita pecah masuk rumah orang, tiba-tiba kita terdesak
dengan tak sengaja, kita cederakan orang. Orang tu mati, ke tali gantung
lah kita.

LAN: Engkau ni, janganlah sampai fikir macam tu. Kita buat kerja ni cara
berhemah. Ada sikit kesedaran, kena bijak. Jangan jadi bodoh sampai
menyusahkan diri sendiri. (PAUSE) Jadi macam mana plan kita. Kau
dah janjikan?

IZMAN: Kena buat jugak ke?

LAN: Mestilah.

IZMAN: Tapi, Adam tak pernah menyusahkan kita, Cikgu Radhi tu pun tak pernah.

LAN: Tapi dia dah menyakitkan hati aku. Dia merampas Anum dari aku. Sekali
aku kata aku akan buat, aku tetap akan buat. Man aku minta tolong
sangat-sangat dengan kau. Kau pun jenis orang yang tahu membalas budi,
aku dah banyak tolong kau kan?

MUZIK

K/B: SUASANA KEBUN

RADHI: Boleh saya tolong petik jagung?

ADAM: Eh… Cikgu, tak sedar Cikgu kat belakang.

RADHI: Mana nak sedar, leka buat kerja. Ini baru namanya cucu Atuk.

51
ADAM: Ada apa Cikgu? Tentu cikgu ada hal cari saya, kalau tak takkan Cikgu
datang ke sini.

RADHI: Saja… nak jumpa, nak pastikan awak ni selamat. Manalah tahu kalau
ada penyagak-penyagak kacau awak, bolehlah cikgu buka langkah
taekwando cikgu ni (CUBA MENGAYAKAN)

ADAM: Janganlah Cikgu risau. Tak ada siapa yang nak kacau saya. Saya pun tak
takut pada sesiapa. Yang saya takut hanya ini, hati saya. Kalau-
kalau tak mampu mengawal ujian, tapi insyaallah berkat doa daripada
Atuk, Cikgu dan diri saya sendiri, saya kebal dengan semua tu..

RADHI: Bagus, inilah yang Cikgu nak dengar. Secara kebetulan, Cikgu ada masa
sekarang bolehlah Cikgu tolong petikkan jagung ni sama-sama. Jenuh
juga nak buat sorang-sorang ni.

ADAM: Kejap lagi Anum sampailah tu. Dia janji tadi nak tolong sekali.

RADHI: (HATI BERBUNGA) Iye…?

ADAM: Ai… cikgu macam dah lama tak jumpa, Kan hari-hari Cikgu bawa dia
naik kereta Cikgu ke sekolah.

RADHI: (MALU) Apa awak cakap ni.

ADAM: Setebal-tebal kulit jagung ni Cikgu, saya tahu isi di dalamnya. Penuh ke,
rongak ke atau langsung tak ada biji.

RADHI: Peribahasa mana awak kutip ni, pandai awak sekarang ye.

ADAM: Marah?

RADHI: Tak marah…… suka. (TELEFON BIMBIT BERBUNYI) Hello….. ya


saya. Bila? Awak pasti? Tak apa, setengah jam lagi saya jumpa awak.

ADAM: Siapa?

RADHI: Em……. Buah hati pengarang jantung.

ADAM: Cikgu ada buah hati?

RADHI: Ya…

ADAM: (SELAMBA) Saya ada jagung.

52
MUZIK

K/B: SUASANA MALAM/MENGINTIP RUMAH ORANG

LAN: Ai syeh……bila lagi orang ni nak tidur, jenuh kita tunggu kat semak ni.
Dahlah banyak nyamuk.(TAMPAR NYAMUK)

IZMAN: Entah entah nyamuk aedes, padan muka kita. Mujurlah kat kampong ni
tak ada kandang babi, silap hari bulan dapat selsema babi. Mampus kita.

LAN: Ish… kau ni mulut celuparlah, apa hal kau ni. Merungut dari tadi.

IZMAN: Aku rasa ada petanda tak baiklah.

LAN: Kau ni Man, jangan cakap yang bukan-bukanlah. Kita buat kerja ni kena
tenang, berhemah. Mana kasut Adam tadi, jangan kau lupa bawa pulak.

IZMAN: Ada ni ha, pasal nak aniaya orang kaulah orangnya.. Nasib kaulah Adam.
Sampai bila kita nak tunggu ni? Kalau tuan rumah tu tak tidur sampai ke
siang, kita nak tunggu juga ke?

LAN: Sabar ajelah, buat kerja ni kena bersabar sikit. Sabar kan separuh
daripada iman.

IZMAN: Hai ..(PERLI) Lan botak cakap pasal iman ?

LAN: (ALIH TOPIK) Eh…Man..Man…kau tengok. Dah gelap dah. Dah tiba
masanya. Ingat! Buat secara berhemah. Mana kasut Adam tadi?

IZMAN: Ade ni….cukup punya susah aku curi dekat masjid semalam. Kita
letakkan kasut ni dekat tangga, dah cukup bukti untuk kenakan Adam.
Kepala otak kau ni memang hantu

LAN: Ingat! Walau apa pun terjadi biar pecah di perut jangan pecah di mulut!
Jom. Ikut pintu belakang.

JH: Berjayakah Lan dan Izman mengenakan Adam? Adakah pepatah


yang menyatakan Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh
ke tanah juga berlaku kepada Lan dan Izman? Ikuti , Siri Akhir,
KAMI ANAK ATUK karya Rommia Rahman, Keratong, Pahang.
minggu hadapan Is nin 1.45 tenghari eksklusif di Klasik Nasional.

53
RANCANGAN: DRAMA BERSIRI KATARSIS
TAJUK: KAMI ANAK ATUK
EPISOD: 12

LAN
IZMAN
RADHI
ADAM
ANUM
AMIN
PIAH
POLIS

JH: Dalam siri yang lalu, Lan dan Izman telah pecah mas uk rumah orang
dan mahu menganiaya Adam. Berjayakah mereka? Ikuti siri akhir,
KAMI ANAK ATUK karya Rommia Rahman, Keratong, Pahang.

LAN: Lepaskan Aku!!!Lepaskan Aku!!

POLIS: Dah banyak kali kau buat kerja nikan? Ha, kau ingat kali ni kau boleh
lepas?

IZMAN: Lan, mati kita kali ni Lan…Aku dah cakap. Kau yang beria-ia….Cik…dia
yang paksa saya cik. Ini semua rancangan dia. Saya tak salah Cik.

LAN: Sial kau Man!!

POLIS: Sudah…jangan nak berdolak dalik. Konstabel, bawak ke balai. (PAUSE)


Encik Radhi, terima kasih atas kerjasama. Nanti datang ke balailah,
Buat repot.

RADHI: Baik, Tuan.

ADAM: Tak sangka Cikgu. Cikgu lebih dulu atur strategi untuk memerangkap Lan
dan Izman. Macam mana Cikgu tahu rancangan mereka?

RADHI: Macam cerita dalam drama, kena ada informer. Ah, Cikgu pun bukan tak
pernah buat kerja ni.
ADAM: Cikgu boleh dianggap Wira dalam kampong ni.

RADHI: Ish…takdelah…ini tanggungjawab Cikgu. Tanggungjawab bersama.


Adam pun boleh jadi wira. Kalau tidak pada orang kampong pun, pada diri
Adam sendiri. Adam fahamkan?

54
ADAM: Cukup faham Cikgu. Insyaallah, saya cuba jadi yang terbaik Cikgu. Saya
akan berusaha jauhkan diri dan tinggalkan benda tu.

RADHI: Bagus! Temankan Cikgu ke Balai.

ADAM: Baik Cikgu.

MUZIK

K/B: SUASANA KAMPUNG

ANUM: Betul Tuk. Ramai yang tengok Lan dan Izman kena tangkap. Semua tu
atas bantuan Cikgu Radhi.

ATUK: Syukurlah….kalau tak insaf lagi diorang tu, tak tahulah…. Mujur Adam
tak terlibat.

ANUM: Eh…terlupa pulak. Tadi Nek Piah ada bagi lepat ubi. Air pun Anum dah
buat. Nanti Anum ambilkan.

ATUK: (MONOLOG) Ya Allah, syukur alhamdulillah… kau lindungi


Cucu-cucu aku. berikanlah mereka petunjuk. Jadikanlah mereka insan
yang berguna.

ANUM: Tuk…ni kopi dengan lepat. Makanlah Tuk.

ATUK: Ai…cepatnya.

ANUM: Air dah siap buat Tuk. Tinggal nak bawak ke sini je.

AMIN: Tuk! Tengok ni Tuk. …seronoknya Tuk..

ATUK: Apahal nye ni Min, …Num?

ANUM: Amin, apa lagi. Cakaplah sendiri dengan Atuk.

AMIN: Amin dapat tempat pertama dalam pertandingan menulis esei….dapat 500
tuk…

ATUK: Ia????? Alhamdulillah…. Tahniah….cucu Atuk ni pandai.. Amin tulis


apa?

AMIN: Tulis pasal keluarga kita lah Tuk. Cerita benar. Tajuknya, Keluargaku,
Syurgaku. Amin tulis pasal Atuk, Abang Adam, Kak Anum, Nek Piah ,
Cikgu Radhi, Fifi….

55
ATUK: Wah…ramainya…

AMIN: Yelah Tuk…semua tu Amin anggap keluarga Amin. sebab tulah agaknya
Amin menangkan Tuk?

ANUM: Yelah, tapi jangan lupa. Hadiah tu bagi dua…., Kak Anum kan ada
tolong semakkan aritu….

AMIN: Bagi dua? Mana boleh. 10% bolehlah…

ANUM: 10%? Heh…(GURAU) kulukut!!!!

ATUK: Dah…dah…dah….(KETAWA BERSAMA) Amin, bahagian Atuk?

AMIN: Atuk pun nak?

MUZIK

K/B: SUASANA KAMPUNG- RUMAH NEK PIAH

RADHI: Apa Nek? Nak buat emping?

ANUM: Eh seronoknya Nek…dulu masa arwah Nenek ada, nenek selalu buat.
Bubuh kelapa, bubuh gula, bubuh garam aje pun sedapkan Nek?

PIAH: Sedap…. Padi muda.

RADHI: Bila nak buat ni Nek? Saya dah tak sabar ni Nek. Selalu beli je. Tak
berapa sedaplah Nek. Kalau yang kita buat sendiri…perghhhhh…

PIAH: Nek ni ada hajat. Nak buat….hari ahad ni… sebelah pagilah..tengahari tu,
kita buatlah doa selamat sikit….

RADHI: Boleh sangat tu Nek. Apa yang perlu kita sediakan Nek? Nak masak lauk
apa tengahari tu?

PIAH: Ayam dara Nenek tu adalah dalam 8 ekor. Kita buat rendang.
Sayur…petik je kacang panjang dekat belakang umah ni.

ANUM: Ha…Nek…semalam… Atuk tebang kelapa..sebab pokok kelapa tu dah


menghalang jalan. Apa kata kita masak umbut kelapa, Nek?

PIAH: Boleh sangat tu campur dengan udang kering….buat sambal belacan.

56
RADHI: Ha…dah ngam tu Nek…ramai ke kita nak jemput Nek?

PIAH: Kita panggillah jiran dekat-dekat. Keluarga Anum ni ha…

ANUM: Seronoknya Nek….nanti Anum cakap dengan Atuk.

PIAH: Atuk kamu dah tahu. Nenek dah cakap dengan dia semalam.

ANUM: Abang Adam?

PIAH: Dia pun dah tahu. Kebetulan dia ada sekali kat kebun semalam. Nampak
berisi badan abang kamu sekarang ni. Elok dia sekarang , tolong Atuk kat
kebun tu. Senang dah hati Atuk sekarang.

RADHI: Mudah- mudahan Nek….macam mana kita nak mula ni Nek? Apa yang
perlu saya buat ni?

ANUM: Saya pun Nek…

PIAH: Ha, Radhi tolong kupas kelapa dalam 20biji. Anum pulak…

ANUM: Anum tolong cikgulah Nek. Anum pun pandai kupas kelapa.

RADHI: Bagus jugak tu Nek. Saya pun ada banyak hal nak cakap dengan Anum ni.
Bolehkan Nek?

PIAH: Suka ati kamulah. Buat kat pangkin ni. Tu, Nenek dah longgokkan kelapa
tu.

RADHI: Bila masa Nenek kumpulkan kelapa ni?

PIAH: Dah lama dah kelapa ni kat situ. Kamu je yang tak perasan.

ANUM: Diam-diam Nenek dah rancang ye? Nek, mana parang Nek?

MUZIK

ATUK: Alhamdulillah…semua dah selesai…majlis kita sempurna. Terima


kasihlah Piah. Jemput kami. Dah lama aku tak rasa suasana gembira
macam ni. Cucu-cucu aku dapat berkumpul sama.

PIAH: Saya pun macam tu Bang. Seronok saya tengok budak-budak ni. Teringat
saya pada arwah. Kak Melah. Kalaulah arwah ada,…..(EMOSI)…..

ADAM: Nek…rendang Nenek tadi sedaplah.

57
ATUK: Siapa yang masak…

ANUM: Anum pun ada tolong Tok.

ADAM: Adam pun….hehehe…tolong cabut bulu ayam…

PIAH: Yelah….semua ada tolong

ATUK: Berkat kerjasama, tolong menolong. Semua kerja jadi mudah…


Cikgu… dari tadi senyap je.

PIAH; Mana tak senyap bang….tengah mengunyah lagi tu. Tak kenyang-kenyang
ke, Radhi.?

RADHI: (sambil mengunyah) Tadi makan sikit je Nek. Tiba-tiba teringin pulak nak
mengulang makan emping ni.

PIAH: Hantu emping budak ni….(SEMUA KETAWA)

ATUK: Jangan jadi hantu raya, sudah…kacang hantu ke….

PIAH: Eh, Amin mana?

ANUM: Tu….naik basikal dengan kawan dia tu.

ATUK: Amin, kalau dapat basikal……..

PIAH: Radhi……pukul berapa nak bertolak besok?

ATUK: Nak ke mana?

RADHI: Nak balik Kedah Tuk. Ada hal sikit.

ANUM: Tak cakap pun nak balik.

RADHI: Saje je tak nak bagitau…

ADAM: Oooo…nak berahsialah tu.

RADHI: Takdelah….

PIAH: Yang sebenarnye….Radhi ni, dah rindukan orang sana….dah lama sangat
tak balik.

ANUM: Orang sana?

58
PIAH: Iya….tunang dia….

ANUM: Tunang?

ATUK & ADAM: Oh….dah bertunang rupanya…..

ADAM: (MENGUSIK) Cikgu dah bertunang lah Num….

JH: Rupa rupanya cikgu Radhi dah berpunya. Mujurlah perasaan Anum
baru aja nak berputik terhadap Cikgu Radhi. Yang pasti Atuk dan
cucu cucunya telah mendapat sinar baru untuk me mulakan hidup
yang lebih sempurna. Bagi Adam kedatangan Cikgu Radhi benar
benar me mbawa seribu rahmat dalam kehidupan keluarganya…
seperti yang ditulis oleh Amin dalam eseinya KAMI ANAK ATUK

Demikian kisah KAMI ANAK ATUK karya Rommia Rahman


Keratong Pahang.

Yang me njayakan. Keluargaku Syurgaku ialah….

Jangan lupa ikuti kisah baru esok…………….

Katarsis dite rbitkan oleh Unit Drama Radio Kuala Lumpur.

59

Anda mungkin juga menyukai