Anda di halaman 1dari 13

TADABBUR SURAH ASH SHARH

‫ض‬ َ َ‫ي َأنق‬ ٓ ‫ ٱلَّ ِذ‬٢ ‫ك‬ َ ‫ك ِو ۡز َر‬ َ ‫ض ۡعنَا َعن‬ َ ‫ َو َو‬١ ‫ك‬ َ ‫ص ۡد َر‬َ ‫ك‬ َ َ‫َألَمۡ نَ ۡش َر ۡح ل‬
‫ ِإ َّن َم َع‬٥ ‫ فَ ِإ َّن َم َع ۡٱلع ُۡس ِر ي ُۡس رًا‬٤ ‫ك‬ َ ‫ك ِذ ۡك َر‬َ َ‫ َو َرفَ ۡعنَ ا ل‬٣ ‫ك‬ َ ‫ظَ ۡه َر‬
٨ ‫ٱر َغب‬ ۡ َ‫ك ف‬ َ ِّ‫ َوِإلَ ٰى َرب‬٧ ‫ص ۡب‬َ ‫ت فَٱن‬َ ‫ فَِإ َذا فَ َر ۡغ‬٦ ‫ۡٱلع ُۡس ِر ي ُۡس ٗرا‬
1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu ?

2. Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu ?

3. Yang memberati: tanggunganmu ?

4. Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu ?

5. Oleh itu, maka sesungguhnya bersama kesukaran : kemudahan,

6. Sesesungguhnya bersama kesukaran : kemudahan.

7. Kemudian telah selesai : maka bersungguh-sungguh berusaha .

8. Dan kepada Tuhanmu : memohon lah

Tafsir Al Maududi

َ ‫ص ۡد َر‬
١ ‫ك‬ َ َ‫َألَمۡ نَ ۡش َر ۡح ل‬
َ ‫ك‬
َ ‫ص ۡد َر‬
‫ك‬ َ َ َ‫ل‬
‫ك‬ ‫نَ ۡش َر ۡح‬ ۡ‫َألَم‬
dadamu bagimu Kami Bukankah
melapangkan

1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu dadamu ?

‫ نَ ۡش َر ۡح‬-nasyrah
Syarah – menerangkan, menjelaskan dan mempermudahkan kefahaman

Dalam konteks ayat ini Maududi kata – ada 2 makna.

1. Allah memberikan wahyu dan petunjuk Al Quran. Memahami dan menerima Islam
dengan mudah. Dalil dari surah al-an’am 125:

َّ َ‫ضيِّقًا َح َر ٗج ا َكَأنَّ َم ا ي‬
‫ص َّع ُد فِي‬ ِ ُ‫ص ۡد َرهۥُ لِِإۡل ۡس ٰلَ ۖ ِم َو َمن ي ُِر ۡد َأن ي‬
َ ‫ضلَّهۥُ يَ ۡج َع ۡل‬
َ ُ‫ص ۡد َرهۥ‬ َ ‫فَ َمن ي ُِر ِد ٱهَّلل ُ َأن يَ ۡه ِديَ ۥهُ يَ ۡش َر ۡح‬
١٢٥ َ‫س َعلَى ٱلَّ ِذينَ اَل ي ُۡؤ ِمنُون‬ َ ‫ٱل َّس َمٓا ۚ ِء َك ٰ َذلِكَ يَ ۡج َع ُل ٱهَّلل ُ ٱلر ِّۡج‬
125. Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia
melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki
untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-
olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan
azab kepada orang-orang yang tidak beriman.

2. Kelapangan dada dari kerisauan, bimbang dan memberi kekuatan, keyakinan untuk
menyampaikan Islam. Dalil Surah Toha: 25-26

٢٦ ‫ َويَس ِّۡر لِ ٓي َأمۡ ِري‬٢٥ ‫ص ۡد ِري‬ ۡ ِّ‫ال َرب‬


َ ‫ٱش َر ۡح لِي‬ َ َ‫ق‬
25. Nabi Musa berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku;

26. "Dan mudahkanlah bagiku, tugasku;

Allah memulakan surah dengan SOALAN.....BUKAN kah ? membawa maksud Allah pun
mengurniakan kelapangan dada kepada Rasulullah saw.

Bentuk soalan yang sama ditanyakan dalam Surah Ad-Dhuha yang membawa makna surah ini
adalah bersamaan dan berkaitan dari segi tema dan mesej.

Allah terus memujuk Nabi dengan penuh kemesraan dan memberi berita gembira pertolongan
Allah sentiasa bersama Nabi dalam kerja utama Nabi iaitu Dakwah. Ini juga memberikan
gambaran bahawa Surah ini turun ketika Nabi sedang menghadapi tekanan perasaan hasil
tentangan kafir Quraish. Surah ini turun pada tahap awal dakwah secara terbuka di Mekah.

Kerja dakwah akan ada penentangan dalam diri sendiri dan juga orang lain. Ini dikatakan
sunnahtullah.
Amat perlu bimbingan dan bantuan dari Allah. Maka amat perlu kita mendekati Al Quran dan
bertadabbur Al Quran kerana panduan dan bantuan Allah yang diberikan kepada Nabi juga
sebenarnya untuk kita turut ikuti sekiranya kita ingin bersama Nabi dalam kerja dakwah.

َ ‫ض ۡعنَا عَنكَ ِو ۡز َر‬


٢ ‫ك‬ َ ‫َو َو‬

َ ‫ِو ۡز َر‬
‫ك‬ ‫ك‬
َ ‫َعن‬ ‫ض ۡعنَا‬
َ ‫َو َو‬
bebanmu dari kamu dan Kami
turunkan

2. Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam).

Dalam ayat-ayat ini, Allah mengungkapkan bahwa Dia berkenan meringankan beban yang
dipikulkan kepada Nabi Muhammad dalam menunaikan penyebaran risalah-Nya.

Dengan masuk Islamnya beberapa orang pembesar Quraisy seperti Umar bin al-Khaththab,
Hamzah, dan lain-lain, Rasulullah merasa ringan melaksanakan tugasnya. Hal ini ditambah lagi
dengan datangnya perintah Allah untuk menyiarkan agama Islam dengan terang-terangan dan
adanya jaminan Allah untuk menolong beliau, sebagaimana firman-Nya:

Maka sampaikanlah (Muhammad) secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan


(kepadamu) dan berpalinglah dari orang yang musyrik. Sesungguhnya Kami memelihara engkau
(Muhammad) dari (kejahatan) orang yang memperolok-olokkan (engkau), (yaitu) orang yang
menganggap adanya tuhan selain Allah. Mereka kelak akan mengetahui (akibatnya). (al-hijr/15: 94-
96)

َ َ‫ي َأنق‬
َ ‫ض ظَ ۡه َر‬
٣ ‫ك‬ ٓ ‫ٱلَّ ِذ‬

َ ‫ظَ ۡه َر‬
‫ك‬ َ َ‫َأنق‬
‫ض‬ ٓ ‫ٱلَّ ِذ‬
‫ي‬
tanggunganmu/belakangmu memberatkan yang

3. Yang memberatkan tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam


melaksanakannya)?

Beban yang berat bermaksud Nabi amat risau, resah gelisah berada dalam kehidupan
masyarakat Jahiliyah yang telah rosak sistem, nilai, akhlak, ekonomi dan politik. Nabi tidak
tahu tahu apa penyelesaiannya sehinggalah Al Quran yang diturunkan memberi panduan dan
kejelasan matlamat hidup yang sebenar untuk keseluruhan manusia. Wahyu Allah memberi
keringanan ke atas apa yang ditanggung oleh Nabi.

Gambaran Nabi amat prihatin dengan keadaan masyarakat hingga memberi kesan pada
pemikiran, perasaan dan hati. Apakah kita merasa selesa dan aman tenteram hidup dalam
masyarakat pada masa kini ?

٤ َ‫ك ِذ ۡك َرك‬
َ َ‫َو َرفَ ۡعنَا ل‬

َ ‫ِذ ۡك َر‬
‫ك‬ َ َ‫ل‬
‫ك‬ ‫َو َرفَ ۡعنَا‬
sebutanmu bagimu dan Kami
tinggikan

4. Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu

Bermula dengan tomahan dan fitnah orang kafir Quraish terhadap nama Rasulullah saw
sebagai ahli sihir, orang gila, pemecah masyarakat namun dengan pertolongan Allah nama
mendapat tarikan dari rombongan kabilah yang mengunjungi Kaabah setiap tahun dan mereka
mereka tertarik mendengar AlQuran dan menerima Islam.

Nama Rasullah saw terus tinggi sehingga kini dan sehingga di akhirat. Sebutan nama Nabi
terus disebut setiap masa dan saat sebagai contohnya disebutkan bersama-sama dengan
nama Allah di dalam azan, iqamah, tasyahhud, khotbah dan zikir berselawat.

Dalam ayat ini diterangkan bahwa Allah mengangkat derajat Nabi Muhammad, meninggikan
kedudukan dan memperbesar pengaruhnya. Apakah ada kedudukan yang lebih mulia dari
kedudukan nubuwwah (kenabian) yang telah dianugerahkan Allah kepadanya? Apakah ada
yang lebih utama dari tersebarnya ke seluruh dunia pengikut-pengikut yang setia yang patuh
menjalankan segala perintah dan menjauhi segala larangannya.

Apakah ada sebutan yang lebih mulia dan dapat membanggakan hati daripada menyebut
namanya bersama nama Allah Yang Maha Pengasih, sebagai tanda kesempurnaan insani?
Sebutan mana lagi yang lebih mulia daripada sebutan yang dijadikan tanda pengakuan
kerasulannya dan pengakuan tersebut dijadikan syarat seseorang menjadi penghuni surga.

Selain dari itu, Nabi saw telah membebaskan umat manusia dari perbudakan, kebodohan, dan
kerusakan pikiran, serta membawa manusia kembali kepada fitrah yang menjamin kebebasan
berpikir dan berkehendak. Dengan demikian, manusia dapat menemukan yang hak dan
mengetahui siapakah sebenarnya yang harus disembah. Mereka kemudian bersatu dalam
keimanan dan beribadah kepada Allah Yang Maha Esa, sesudah mereka berada dalam
perpecahan. Beliaulah yang menyingkirkan awan-awan kegelapan dari mereka, serta
menerangi jalan yang harus ditempuh untuk menuju kepada kejayaan dan kebahagiaan.

PENGAJARAN AYAT 1 HINGGA AYAT 4


4. Kerja dakwah adanya tentangan yang memerlukan pengorbanan.

5. Al Quran perlu dijadikan panduan dan sumber meringankan beban dakwah

6. Keyakinan akan pertolongan Allah kepada yang betul insaf dan ikhlas dalam kerja
dakwah

7. Besar sungguh pengorbanan Nabi untuk umatnya. Amat sayang Nabi kepada umatnya
(ummati..ummati).

8. Apakah kita tidak merasainya semasa kita solat dan berselawat ?


9. Marilah kita memperbaharui semula tanggapan, persepsi, kecintaan kita kepada
Rasulullah saw.

TADABBUR ASH SHARH – SAMBUNGAN AYAT 5- 8


17 Nov 2021

‫َم َع ۡٱلع ُۡس ي ُۡس ًرا‬ ‫فَِإ َّن‬


kemudahan
‫ِر‬
kesukaran bersama maka
sesungguhnya

‫يسر‬ ‫عسر‬
5. Maka sesungguhnya bersama kesukaran itu kemudahan,

Dalam ayat ini, Allah mengungkapkan bahawa sesungguhnya di dalam setiap


kesempitan, terdapat kelapangan.

Jika difikirkan agak bertentangan bahawa kesukaran disertai dengan kemudahan,


kerana kedua-dua perkara ini tidak wujud bersama.
Tetapi perkataan "kesukaran bersama kemudahan" dan bukannya "kemudahan
selepas kesukaran" telah digunakan dalam erti kata bahawa tempoh kemudahan
begitu dekat dengannya seolah-olah ia adalah satu gabungan itu.
Ayat ini lebih menekankan kemudahan berbanding kesukaran kerana struktur
bahasa Arab menekan yang di akhir ayat.

Ayat ini mengandungi ‫ف‬


َ ِ
Maka selepas itu – maka selepas Allah lapangkan dada, buang beban, ringankan
masalah maka apa yang berlaku ialah satu prinsip sunahtullah itu bersama
kesukaran adanya kemudahan.

Ayat ini juga mengandungi ‫ِإ َّن‬


Sesungguhnya.....penegasan bahawa sungguh sungguh benar. Kerana akan ada
orang yang ragu, tak percaya, tidak dapat menerima bersama kesukaran itu ada
kemudahan

Ayat ini ada perbezaan yang ketara...mengapa tiada Al untuk kesukaran dan
kemudahan ?
‫ۡٱلع ُۡس ي ُۡس ًرا‬
‫ِر‬
Al – bermakna khusus, spesifik, nampak jelas, tidak banyak.
Bezakan perkataan Al Kitab dan Kitabun. Bezakan perkataan “Buku itu” dengan
“Buku”
Maka ini bermakna Allah memberitahu kepada kita sifat kesukaran yang kita hadapi
itu sebenarnya:

‫ۡٱلع ُۡس ِر‬


1. Tidak banyak, hanya satu
2. Kecil dan spesifik untuk kesukaran itu saja
3. Kesukaran tidak banyak, sehingga gelap masa depan dan hilang segalanya
4. Kesukaran itu jelas nampak dan tidak tersembunyi, lalu kita tahu dan sedar
kesukaran yang kita hadapi
5. Yang menghalang kita untuk terus berusaha atasi kesukaran ialah minda ,
persepsi, pemikiran, perasaan kita yang berkata kesukaran itu memang
sangat susah.

SEBENARNYA bersama kesulitan itu ialah ‫ي ُۡس ًرا‬ Yusro - kemudahan

Mengapa tidak Al-Yusro....kerana Allah memberi kemudahan yang;


1. Banyak....banyak jalan keluar, bukannya khusus, spesifik, bukan hanya satu
cara saja.
2. Luas penyelesaian untuk satu kesukaran yang kecil sebenarnya
3. Mengapa kita tidak nampak ? sebab kemudahan Allah amat banyak, ada
kalanya kita lalai tidak sedar Allah telah bagi penyelesaian dan kemudahan
yang banyak kepada kita.
4. Kemudahan yang ada itu pula tidak jauh tapi adalah dekat kerana struktur
ayat yang menekankan kemudahan.
5. Susunan ayat ....kita nampak kesusahan dulu, datang awal....di akhir baru
nampak kemudahan....sebab ayat akhir ialah kemudahan.
6. Fikiran kita asyik fokus dan memikirkan kesukaran yang satu itu sahaja,
padahal Allah sediakan penyelesaian yang banyak tetapi kita tidak nampak
dan tidak sedar.
7. Perasaan dan emosi kita terlalu susah hati terhadap kesukaran sahaja, tidak
keluar dari kotak perasaan dan pemikiran ke penyelesaian yang terbentang
luas seperti lautan.

Maka amatlah perlu mengubah MINDSET, mengubah EMOSI bila kita


menemui sesuatu kesukaran.

Nak ubah mindset dan perasaan seperti yang Allah kehendakki tidak boleh sekali
sebut sahaja,
Tetapi perlu diulang dan diulang. Ulangan memberi kesan kepada minda dan
perasaan.
Ulangan juga bermakna pujukan mesra.

Ayat ke 6

‫َم َع ۡٱلع ُۡس ِر ي ُۡس ٗرا‬ ‫ِإ َّن‬


kemudahan kesukaran bersama sesungguhnya
6. Sesungguhnya bersama kesukaran itu kemudahan.

Ayat ini adalah ulangan ayat sebelumnya untuk menguatkan makna yang
terkandung dalam ayat yang terdahulu. Bila kesulitan itu dihadapi dengan tekad
yang sungguh-sungguh dan berusaha dengan sekuat tenaga dan fikiran untuk
melepaskan diri darinya, tekun dan sabar serta tidak mengeluh atas kelambatan
datangnya kemudahan, pasti kemudahan itu akan tiba.
Maududi -
Ini telah diulang dua kali untuk meyakinkan Rasulullah bahawa masa susah telah
melalui pada masa itu tidak akan bertahan selama-lamanya, tetapi akan digantikan
oleh masa-masa yang baik dalam masa terdekat.

Kisah nasib dan musibah Nabi Yusuf dan Nabi Yunus mengandungi banyak ibrah.

Renungi juga perjalanan dalam kehidupan anda ketika menemui kesukaran dan
ketika diberi kelapangan dan kemudahan oleh Allah, bagaimana hilangnya
kesukaran itu ?

AYAT 7 DAN AYAT 8

َ ِّ‫ َوِإلَ ٰى َرب‬٧ ‫ص ۡب‬


٨ ‫ك فَ ۡٱر َغب‬ َ ‫فَِإ َذا فَ َر ۡغ‬
َ ‫ت فَٱن‬
Berbagai tafsiran Ayat 7 dan Ayat 8
7. (Maka apabila kamu telah selesai) dari salat (bersungguh-sungguhlah kamu) di
dalam berdoa.
8. (Dan hanya kepada Rabbmulah hendaknya kamu berharap) atau meminta
dengan merendahkan diri.

7. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan
sungguh-sungguh (urusan) yang lain,
8. dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.

7. Sesudah menyatakan nikmat-nikmat-Nya kepada Nabi Muhammad dan janji-Nya


akan menyelamatkan beliau dari bahaya-bahaya yang menimpa, Allah
memerintahkan kepadanya agar mensyukuri nikmat-nikmat tersebut dengan tekun
beramal soleh sambil bertawakal kepada-Nya. Bila telah selesai mengerjakan suatu
amal perbuatan, maka hendaklah beliau mengerjakan amal perbuatan lainnya.
Dalam ayat ini, Allah menegaskan agar Nabi Muhammad tidak mengharapkan .8
pahala dari hasil amal perbuatannya, akan tetapi hanya menuntut keredaan Allah
semata. Karena Dia-lah sebenarnya yang dituju dalam amal ibadah dan pada-
Nyalah
.tempat merendahkan diri dan mengharap keredhaan

Ayat 7

َ ‫فَِإ َذا فَ َر ۡغ فَٱن‬


‫ص ۡب‬
‫ت‬َ
maka kerja kamu maka
keraslah telah apabila
kamu selesai
‫نصب‬ ‫فرغ‬
7. Maka apabila kamu telah selesai , kerjakanlah dengan sungguh-sungguh.

1. Ayat arahan bersifat ACTION....bekerja kuat berterusan


2. Amalan perlu dimulakan, tidak cukup sekadar MINDSET dan PERASAAN
sahaja
3. TINDAKAN perlu dimulakan dan berulang kali terus berusaha
4. Kemudahan dari Allah akan datang bila kita MULA BERUSAHA dengan
perbuatan dan tindakan.
5. Tindakan dan usaha ini bersifat umum terbuka untuk semua perkara. Amal
Ibadat dan amalan harian dalam pekerjaan seharian
6. Terus berusaha bersungguh-sungguh untuk menemui kemudahan ada
bersama kesukaran
7. Learning by Doing adalah prinsip praktikal
Kisah ciptaan Thomas Edison, beribu kali trial and error.

‫ك فَ ۡٱر َغب‬
َ ِّ‫َرب‬ ‫َوِإلَ ٰى‬
maka kamu Tuhanmu Dan hanya
berharap
‫رغب‬ ‫ربب‬
8. Dan hanya kepada Tuhanmu maka kamu berharap.
Struktur ayat dan susunan kalimah yang menarik dan mendalam makna. Mengapa
dimulakan ‘Dan hanya ke atasNya” sepatutnya di belakang ayat. “Kamu perlu
mengharap kepada Tuhanmu”...adalah ayat biasa yang mudah difahami maksud
tetapi tidak tepat maksud yang Allah nak sampaikan.
Yang diutamakan ialah “Hanya Kepada Allah”.....Fokus utamanya ialah ‘Kamu
Menggantung Harapan”
..dan TIDAK MENGGANTUNGKAN HARAPAN atas asbab dan sebab serta faktor
yang lain selain Allah.
1. Menjelaskan selepas usaha bersungguh sungguh maka bergantung lah kepada
Allah.
2. Jangan menggantungkan harapan kejayaan dan kesenangan itu di atas usaha
dan kebolehan kita.
3. Ada kalanya usaha kita tidak ada kaitan langsung dengan kejayaan tetapi Allah
mahu kita berusaha dan jangan menggantungkan harapan kepada manusia dan
faktor-faktor lain selain dari Rahmat Allah. Kisah Perak KHANDAK..strategi Salman
Al Farisi – bina parit keliling Madinah – adakah kerana parit, kemenangan
diperolehi ?

4. Matlamat akhir kita ditimpa kesusahan, diminta berusaha mengatasinya dan


berdoa kepada Allah hanya sanya Allah nak beri Keredhaan Nya kepada kita. Mana
lebih hebat dan Agong serta kejayaan sebenar yang gemilang selain mendapat
Redha dan kasih sayang Allah. Masuk syurga bukan kerana amal kita, kebolehan
kita, pahala kita tetapi Rahmat dan Redha Allah semata-mata.

RAHSIA UNTUK BERJAYA KAEDAH ASH SHARH


MINDSET
1. Mentarbiyah MINDSET .....Sunggguh bersama kesukaran itu kemudahan
EMOSI
2. Menyerap dalam EMOSI ....Sunggih bersama kesukaran itu kemudahan
BERTINDAK LAH
3. Mulakan TINDAKAN....Learning by doing. Terus lakukan berulangkali.
BERDOA
4. Doa dan Pergantungan hanya kepada Allah untuk merebut Redha Nya

Surah Ash Sharah....ayat lapang hati untuk kita


menghadapi kesukaran dan meraih kejayaan
kehidupan di dunia dan akhirat.

. tamat 17 Nov 20212

Anda mungkin juga menyukai