Anda di halaman 1dari 7

SURAH AN NABA’

Pengenalan

 Dinamakan an-naba’ (Berita Besar), diambil dari perkataan an-Naba’ yang terdapat
pada ayat 2 surah ini.
 Surah ini mempunyai 40 ayat dan diturunkan di Mekah.
 Ia merupakan surah yang ke 78 dan dan terdapat pada juzuk 30 di dalam al-Quran.
 Ahli Tafsir sepakat mengatakan yang dimaksudkan berita besar dalam surah ini
adalah Hari Kebangkitan.
 Dinamai juga Amma yatasaa aluun diambil dari perkataan Amma yatasaa aluun yang
terdapat pada ayat 1 surat ini.

Asbabun Nuzul Surah An-Naba

 Menurut riwayat Ibnu Abbas, ketika Al-Quran turun, orang-orang Quraisy sering
bertanya-tanya satu sama lain tentang berita yang terdapat di dalamnya. Diantara
mereka ada yang membenarkan dan ada pula yang mendustakan. Maka turunlah
Surah An-Naba’ ini.
 Berdasarkan kitab Lubabun Nuqul Fii Asbaabin Nuzul, Imam Jalaluddin As-Suyuthi
menyebutkan sebab turun surat An-Naba’ adalah, Ibnu Jarir dan Ibnu Abi Hatim
meriwayatkan dari Al Hasan yang berkata, “Ketika Rasulullah saw. di utus, mereka
(orang-orang kafir Quraisy) saling bertanya di antara mereka, lalu Allah swt.
menurunkan ayat ayat surah ini.”

Apakah berita yang dimaksudkan itu? Ulama beri 3 pendapat :

1. Kerasulan Nabi itu sendiri (betul ke nabi itu rasul)

2. Tentang kebenaran quran itu sendiri

3. Tentang hari kebangkitan (dan ini pendapat yang paling popular)


Tadabbur Ayat dalam Surah An-Naba’

Ayat 1-16

• Ayat-ayat tersebut yang bercerita tentang perselisihan manusiaberkaitan berita akan


datangnya Hari Kebangkitan tersebut dan kehidupan akhirat yang terjadi selepasnya.

• Rasulullah SAW datang dan menyeru kepada umatnya untuk berkhidmat pada ‘berita
besar’ yang semakin dekat itu. Tidak ada sesiapa yang tahu bila akan berlakunya hari
Kebangkitan, namun Rasulullah SAW menjamin bahawa hari itu pasti akan datang.

• Berita akan berlakunya Hari Kebangkitan adalah sebuah berita besar, bukan kerana
kedatangan hari itu sendiri, tetapi kerana akibat yang dibawanya.

• Dalam Islam, manusia dibangkitkan bukan untuk menjalani kehidupan di dunia untuk
kedua kalinya, tetapi untuk mempertanggungjawabkan semua perbuatannya semasa di
dunia.

Ayat 17-30

• Bahagian 2 menceritakan mengenai proses hari kiamat dan keterangan tentang


keadaan serta situasi hari kiamat.

• Berlaku kiamat setelah ditiup tiupan sangkakala yang pertama (as-Shur) :

-gunung ganang bertebangan, langit akan hancur dan semua makhluk akan mati.

• Pada tiupan kedua, manusia akan dibangkitkan dari kubur dengan serta-merta.

• Semua manusia akan diadili di padang masyhar sama ada beriman atau tidak.

• Allah mengancam manusia dengan neraka di mana semua orang sama ada beriman
atau tidak akan melalui titian sirat di atas neraka.

• Seksaan neraka sangatlah pedih di mana tidak ada air melainkan air yang panas
mendidih dan nanah. Ditafsir dalam ibnu katsir, air nanahnya busuk dan rasanya juga
sejuk yang menyeksakan.

Ayat 31-40

• Bahagian ini menceritakan mengenai nikmat-nikmat yang akan diperolehi oleh orang-
orang bertaqwa. Orang-orang yang berjaya mendapat tempat di syurga ialah :
1. Orang-orang yang bersegera dalam membuat kebaikan.
2. Orang-orang yang bersegera memohon keampunan dari Allah.

Pengajaran

 Mempersoalkan tentang kebenaran Al-Quran dan kandungannya adalah sikap orang


kafir yang mendustakan Hari Kebangkitan.
 Perhatikan alam untuk mendapatkan keyakinan akan wujudnya akhirat.
 Bersungguh-sungguh beramal di dunia walaupun tidak selesa.

SURAH AN NAZI’AT

Pengenalan

 Dinamakan An Naazi’aat yang bererti "malaikat-malaikat yang mencabut" berasal


dari kata An Naazi’aat yang terdapat pada ayat pertama surat ini.
 Surah An-Nazi’at mengandungi 46 ayat dan diturunkan di Mekah.
 Surah An Naziat merupakan surah ke 79 dan terdapat pada juzuk 30 di dalam al-
Quran.
 Surah An Nazi’at juga disebut dengan nama as-Saahirah yang diambil dari ayat 14.
dan dikenali juga sebagai surah Ath Thaammah yang diambil dari ayat 34.

Pengajaran

Tidak ada jalan keluar dari Kiamat ketika semua jiwa dimintai pertanggungjawaban,

- Pertarungan antara benar dan salah berakar dalam sejarah yang darinya kita perlu belajar di
mana harus berdiri dan bagaimana menavigasinya.

- Kita dikelilingi oleh tanda-tanda Allah dan setiap tanda dapat menuntun kita pada
kebenaran jika kita berkontemplasi dan berefleksi.

- Kiamat akan cepat dan mudah bagi mereka yang menyucikan diri untuk Tuhannya.

- Mereka yang tidak taat akan mendapat hukuman berat bagi mereka.

- Kiamat adalah kenyataan namun waktu tersembunyi dari semua ilmu.

https://www.slideshare.net/mfirdausharun/tadabbur-surah-an-naaziat-54278014
SURAH ‘ABASA

Pengenalan

 Dinamakan ‘Abasa yang diambil dari kata ‘Abasa yang terdapat pada ayat pertama
surah ini.
 Surah ‘Abasa mengandungi 42 ayat dan diturunkan di Makkah.
 Menurut riwayat, pada suatu ketika Rasulullah S.A.W menerima dan berbicara
dengan pemuka-pemuka Quraisy yang dia harapkan agar mereka masuk Islam. Dalam
pada itu datanglah Ibnu Ummi Maktum, seorang sahabat yang buta yang mengharap
agar Rasulullah S.A.W membacakan kepadanya ayat-ayat Al Quran yang telah
diturunkan Allah. Tetapi Rasulullah S.A.W bermuka masam dan memalingkan muka
dari Ibnu Ummi Maktum yang buta itu, lalu Allah menurunkan surat ini sebagai
teguran atas sikap rasulullah terhadap ibnu Ummi Maktum itu.

Pengajaran

 Al-Quran merupakan peringatan dan nasihat bagi orang yang berfikir.


 Dalam surah ini juga mengutuk sikap engkar manusia dan kekufuran mereka terhadap
nikmat Allah serta perbuatan mereka menolak petunjuk Allah.
 Begitu juga surah ini mengandungi tentang kekuasaan Allah s.a.w.t dan keesaanNya
dalam mencipta manusia, tumbuh- tumbuhan, menyediakan makanann dan minuman
kepada manusia.
 Surah ini diakhiri dengan gambaran tentang malapetaka besr hari kiamat, di mana
manusia melarikan diri daripada orang yang palng rapat dengannya, penjelasan
tentang kedudukan orang beriman yang mendapat kebahagiaan, dan orang kafir yang
mendapat penderitaan pada hari tersebut.

SURAH AL-MA’UN

Pengenalan

 Nama surah ini ialah al-Ma`un ertinya pertolongan. Nama ini diambil daripada
perkataan akhir ayat pada akhir surah.
 Menurut jumhur ulama surah ini diturunkan di Makkah dan termasuk dalam
kelompok surah-surah Makkiyyah. Menurut Ibn Abbas dan Qatadah, ia diturunkan di
Madinah. Ibn Abbas dalam riwayat yang lain menyatakan 3 ayat pertama diturunkan
di Makkah, 4 ayat selebihnya diturunkan di Madinah.
 Dr. Wahbah al-Zuhailiy (2007) dalam bukunya Tafsir al-Munir (Juzuk Amma),
menjelaskan secara terperinci tentang lima topik perbahasan utama dalam Surah al-
Ma’un.   Antaranya dinyatakan secara ringkas seperti  dalam gambar rajah berikut:

1. Golongan Pendusta Hari Pembalasan

2. Sifat-sifat Pendusta Hari Pembalasan

3. Kepentingan Menjaga Solat

4. Keikhlasan Tunjang Ibadat

5. Bantu membantu Asas Perpaduan

Pengajaran

 Allah swt mencela orang-orang yang mendustakan ad-Din.


 Orang yang mendustakan ad-Din adalah mereka yang suka mengherdik, menghalau,
menafikan hak, menindas dan menganiaya anak yatim. Bahkan suka meninggalkan
amal kebajikan.
 Orang yang mendustakan ad-Din tidak suka menggalakkan orang lain bersedekah
makan minum kepada golongan miskin; bersifat bakhil dan sering mengadakan
alasan-alasan untuk menolong orang.
 Musibah dan celaka besar terhadap orang yang melakukan tiga perkara (a) melalaikan
solat, (b) berbuat sesuatu dengan riya', (c) enggan menolong orang lain (walaupun
perkara yang mudah dan ringan).
 Lalai dalam solat membawa maksud – meninggalkan solat, jarang solat, solat di akhir
waktu, solat tergesa-gesa, solat dengan malas.
 Allah menyenaraikan empat sifat orang kafir / tidak beriman / hipokrit / munafik
yakni mereka (a) bakhil dan kikir; (b) meninggalkan / lalai dalam solat (c) bersifat
riya' (d) enggan memberi pertolongan dan zakat.
SURAH AL-KAUTSAR

Pengenalan

 Al-Kautsar yang bermaksud kebaikan atau membawa nikmat yang banyak.


 Dinamakan al-Kautsar kerana Allah SWT telah mengurniakan kepada Nabi
Muhammad SAW kebaikan yang banyak di dunia dan akhirat. Surah ini disifatkan
juga sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad SAW kerana ketika itu baginda
bersedih atas kematian dua orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa
saudaranya Abu Talib.
 Surah al-kautsar mengandungi tiga ayat sahaja dan diturunkan di Makkah dengan
membawa pengertian tentang sungai di syurga.
 Surah yang ke 108 dan terdapat pada juzuk 30 di dalam al-Quran.
 Menurut para ulama yang mentafsir surah ini, sungai di syurga bererti sebuah kolam
sungai yang diperbuat daripada batu permata yang begitu indah dan cantik. Manakala
rasanya pula lebih manis daripada madu, warnanya lebih putih daripada susu dan
baunya lebih wangi daripada kasturi.

Pengajaran

 Tiga perkara asas yang diceritakan di dalam surah ini ialah berkaitan:

1. Allah mengurniakan kepada Nabi Muhammad SAW kebaikan di dunia dan


akhirat.
2. Allah SWT memerintahkan Rasulullah dan umat baginda supaya sentiasa
mengerjakan solat dengan ikhlas dan menyembelih binatang korban sebagai tanda
syukur kepada Allah.
3. Perkhabaran berita gembira kepada Nabi Muhammad SAW
 Nilai setiap sesuatu perkara yang dilakukan oleh seseorang muslim adalah mengikut
ukuran Allah SWT dan bukan menurut ukuran manusia. Sebab itulah setiap amalan
yang kita lakukan dikehendaki dilakukan dengan seikhlasannya hanya kerana Allah.
Setiap perbuatan serta tindakan yang dilakukan hendaklah berpandukan kepada al
quran dan al hadis agar kita tidak terpesong dari ajaran agama yang sebenar.

Rangka Isi Kandungan Modul Fardhu Ain

1. Pengertian solat

2. Dalil pensyariatan solat

3. Hikmah pensyariatan solat

4. Golongan yang diwajibkan solat.

5. Syarat sah solat (internet)

6. Rukun Solat.

7. Waktu solat fardhu

8.Waktu yang dilarang solat

9. Perkara-perkara sunat dalam solat (haiat,ab’ad)

10. Perkara yang makruh ketika solat.

11. Perkara yang membatalkan solat.

12. Cara-Cara mengerjakan solat.

Anda mungkin juga menyukai