Anda di halaman 1dari 22

DIHF 5113

TAFSIR AL-QURAN III

TAJUK :
SURAH AL-WAQIAH
( 1-13)

DISEDIAKAN UNTUK :
USTAZ DON DANIAL B. DON BIYAJID
DISEDIAKAN OLEH :
MOHAMAD MUZAKKIR BIN ZAIDI
0816032

DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN & ALQIRAAT


SEMESTER 5 (2010/2011)
Isi kandungan

Muqaddimah……………………………..(1)
Sinopsis…………………………………..(2)
Ayat dan terjemahan…………………….(5)
Penamaan surah………………………….(6)
Hubungkait surah………………………..(7)
Tafsir dan penerangan…………………...(8)
Kelebihan………………………………..(19)
Sumber………………………………….
‫‪.MUQADDIMAH‬‬

‫الحم‪..‬د هلل رب الع‪..‬المين ‪،‬والص‪..‬ال ة والس‪..‬الم على خ‪..‬اتم المرس‪..‬لين ‪،‬وأفض‪..‬ل الخل‪..‬ق‬
‫أجمعين ‪،‬وعلى آله وأصحابه والتا بعين لهم بإحسان أجمعين‪.‬‬
‫فإن أفضل القرءان الكريم على س‪..‬ائر الكالم كفض‪..‬ل هللا تع‪..‬الى على س‪..‬ائر خلق‪..‬ه ‪،‬فق‪..‬د‬
‫جعل‪..‬ه هللا تع‪..‬الى إخ‪..‬ر رس‪..‬االته إلى األرض لهداي‪..‬ة البش‪..‬رية وإرش‪..‬ادها إلى الص‪..‬راط‬
‫المستقيم ‪.‬‬
‫فهو د ستور الدائم الءصالح الخل‪..‬ق ‪،‬وتش‪..‬ريع الس‪..‬ماء لهداي‪..‬ة األرض ‪،‬وحج‪..‬ة‬
‫الرسول صلى هللا عليه وسلم ‪.‬إنه منهج هللا تعالى الذين التص‪..‬لح الحي‪..‬اة إلى ب‪..‬ه ‪،‬وه‪..‬و‬
‫أيضا أساس سعادة البشرية فى الدنيا واألخرة ‪.‬‬
‫وأخيرا ‪،‬أقدم التقدير والشكر إلى األستاذ حسين قد فرغ أوقاتها الغالية حتى‬
‫أصدر هذاالعمل الذي بين أيدينا اآلن ‪،‬وجزاهم هللا خير الجزاء والوفاء ‪...‬أرجو هللا‬
‫تبارك وتعالى أن يجعل هذا العمل خالصا لوجهه الكريم ‪،‬إنه نعم المولى ونعم النصير‬
‫‪. .‬وصلى هللا على خير خلقه سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم‬

‫(‪)1‬‬
Sinopsis Surah Al Waqiah.

Sebagai mukaddimah, surah Al-Waqiah merupakan surah yang


ke-56 di dalam Al-Quran dan terletak pada juzuk ke 27 serta
terdiri daripada 96 ayat. Dinamakan Al-Waqiah kerana terdapat
lafaz pada ayat pertama surah ini yang bermaksud kiamat. Surah
Al-Waqiah ini menerangkan berkaitan hari kiamat iaitu
pembalasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-
orang kafir. Diterangkan juga penciptaan manusia, tumbuh-
tumbuhan, dan api sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya
hari kebangkitan.

 Huru-hara di waktu terjadinya hari kiamat


 manusia di waktu hisab (hari perhitungan) terbagi atas tiga
golongan, iaitu golongan yang segera menjalankan kebaikan,
golongan kanan dan golongan yang celaka serta balasan yang
diperoleh oleh masing-masing golongan;
 bantahan Allah terhadap keingkaran orang-orang yang
mengingkari adanya Tuhan, hari berbangkit, dan adanya
hisab;
 Al Quran berasal dari Luh Mahfuz.

(2)
AL WAQIAH
(HARI KIAMAT)
Surah makkiyah

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬

“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha


Penyayang.”

Abu Ishaq menceritakan dari ‘Ikrimah, dari Ibnu Abbas r.a, berkata
bahawa Abu Bakar berkata: “Ya Rasulullah, sesungguhnya engkau telah
beruban.”
Maka beliau s.a.w bersabda :

(( ‫))شيبتني هود والواقعة والمرسالت وعم يتساءلون وإذا الشمس كورت‬

“ Aku telah dijadikan beruban oleh surah Huud, Al waqiah, Al mursalat,


‘Amma yatasaa-aalun, dan Izasy syamsu kuwwirat.”

Demikian hadith yang diriwayatkan oleh At Tirmidzi dan ia


mengatakan: “hadith hassan gharib.”

‘Abdullah bin Wahb meriwayatkan dari ‘Abdullah bin Mas’ud, ia


berkata: “Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

(( ‫من قرأ سورة الواقعة كل ليلة لم تصبه فاقة أبدا‬.))

‘barangsiapa membaca surah al waqiah setiap malam, maka ia tidak


akan ditimpa kesusahan untuk selamanya.”*

 Dhaif, di dhaifkan oleh syaikh al-Albani dalam Dha’iiful jaami’ (no. 5773)

(3)
Abu zhabiyyah pun tidak pernah meninggalkannya. Demikian
pula yang diriwayatkan oleh Abu Ya’la dari Ibnu Mas’ud.
Imam Ahmad dari Samak bin Harb, di mana ia pernah
mendengar Jabir bin Samurah bercerita: “Rasulullah s.a.w
senantiasa mengerjakan solat seperti solat yang kalian kerjakan
sekarang ini, tetapi beliau meringankannya. Solat beliau itu lebih
ringan daripadas solat kalian. Dan beliau membaca surah al-
Waqiah dan surah-surah sejenisnya pada solat Subuh.*

*Tafsir ibnu kathir-jilid 9- jakarta- pustaka imam syafii-

(4)
(Ayat 1-13)

‫بسم اهلل الرمحن الرحيم‬


          
            
        
       
          
 
1. apabila berlaku hari kiamat itu,
2. tiada sesiapapun Yang dapat mendustakan kejadiannya.
3. kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan Yang ingkar), dan meninggikan
(golongan Yang taat).
4. (ia berlaku) semasa bumi bergoncang Dengan sebebar-benar goncangan.
5. dan gunung-ganang dihancur leburkan Dengan selebur-leburnya,
6. lalu menjadilah ia debu Yang bertebaran,
7. dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);
8. Iaitu puak pihak kanan; Alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?
9. dan puak pihak kiri; - Alangkah seksaNya keadaan puak pihak kiri itu?
10. dan (puak Yang ketiga pula ialah) orang-orang Yang telah mendahului (dalam
mengerjakan kebaikan di dunia), - Yang akan mendahului (mencapai balasan Yang
sebaik-baiknya di akhirat kelak);
11. mereka itulah orang-orang Yang didampingkan (di sisi Allah),
12. (Tinggal menetap) di Dalam Syurga-syurga Yang penuh nikmat.
13. (di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia Yang terdahulu;

(5)
PENAMAAN SURAH
1
) Surah ini diturunkan di Mekah, mengandungi 96ayat.
Dinamakan dengan surah Al-waqiah (Hari Kiamat) kerana pada
awal surah ini Allah Taala menegaskan bahawa: Apabila
berlaku hari kiamat itu, maka tiada sesiapa pun yang dapat
mendustakan kejadiannya.
Bagi menolak anggapan kaum kafir musyrik yang meragukan
Hari Akhirat , Allah Taala bentangkan berbagai dalil yang
membuktikan bahawa Hari Kiamat tetap akan berlaku, dan mula
berlakunya hari itu ialah semasa di dunia ini denga segala isinya
dihancurkan dan digantikan denga alam yang baharu ( Alam
Surat yang diturunkan selepas Surah Taala ini dinamakan
dengan Al-Waaqi’ah (Hari Kiamat), diambil dari perkataan Al-
Waaqi’ah yang terdapat pada ayat pertama. Di dalam surah Al-
Waqi’ah Akhirat ).
2) Surah Al-Waqi’ah (‫ )سورة الواقعة‬adalah surah yang ke-56
dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96
ayat. ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang
diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir.
Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan
api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari kebangkitan.

1
Pimpinan Ar-rahman daripada surah Al-waqiah, muka surat 1452 oleh Syekh Abdullah Basma̒eh.
2 http://blog.mixterr.com/kelebihan-membaca-surah-al-waqiah/
(6)
HUBUNG KAIT SURAH INI DENGAN SURAH SEBELUMNYA

1) Kedua-dua surah ini sama-sama menerangkan keadaan di


akhirat dan keadaan di syurga dan di neraka.
2) Dalam surah Ar-rahman diterangkan azab yang ditimpakan
kepada orang-orang yang berdosa dan nikmat yang
diterima oleh orang-orang yang bertakwa: dijelaskan
bahawa ada dua macam syurga yang disediakan bagi orang-
orang mukmin. Pada surat Al-waqiah diterangkan
pembahagian manusia di akhirat kepada tiga golongan;
iaitu golongan kiri, golongan kanan, dan golongan orag-
orang yang lebih dahulu beriman. Dan diterangkan pula
bagaimana nasib masing-masing bagi golongan tersebut.

_______________________________________
http://blog.mixter.com/kelebihan-membaca-surah-al-waqiah/

(7)
Tafsir Dan Penerangan Ayat 1-13
Al- Waqiah adalah salah satu nama hari Kiamat. Disebut
demikian kerana hari Kiamat itu pasti terjadi dan pasti ada.
:Sebagaimana yang difirmankan-Nya
( )   

15. maka pada saat itu berlakulah hari kiamat, -

 )    ( Dan firman Allah swt


Terjadinya kiamat itu tidak dapat didustakan (disangkal). “
Maksudnya, jika Allah sudah menghendaki kejadiannya, maka
tidak ada seorang pun yang dapat mengendalikannya dan
menolaknya. Dan makna ‘’ sebagaimana yang dikatakan
oleh Muhammad bin Ka’ab: “yakni, sudah pasti terjadi.”
Qatadah mengungkapkan: “tidak ada pengecualian, penolakan,
dan pengulangan.” Ibnu Jarir mengatakan: “kata ‘’
berkedudukan sebagai ‘mashdar’ seperti kata

َ‫ َوالْ َعافِيَة‬.
___________________________________________
.Tafsir ibnu kathir, juz 27

)8(
:Dan firman-Nya
( )“ (kejadian itu) ,merendahkan (satu golongan) dan
meninggikan (golongan yang lain).” Maksudnya, merendahkan
bebrapa kaum ke bahagian yang paling bawah sampai ke Neraka
Jahim, meskipun mereka dahulu ketika di dunia adalah orang-
orang yang berkedudukan tinggi dan terhormat. Dan
meninggikan kaum lainnya setinggi-tingginya sampai ke Syurga
Na’im yang kekal abadi, meskipun mereka dahulu ketika di
dunia adalah orang yang rendah. Demikianlah yang disampaikan
oleh al- Hasan, Qatadah dan lain-lain.
Firman Allah swt selanjutnya: (iza rujjatil ardu aja) “Apabila
bumi digoncangkan , sedahsyat-dahsyatnya.” Maksudnya,
digerakkan sekencang-kencangnya sehingga menjadi goncang,
baik luas mahupun panjangnya. Oleh kerana itu, Ibnu Abbas,
Mujahid, Qatadah, dan beberapa ulamak lainnya berkata tentang
firman-Nya: (izarujjatil ardu aja) “apabila bumi digoncangkan
sedahsyat-dahsyatnya,” iaitu jika bumi digoncangkan sedahsyat-
.dahsyatnya

.Tafsir ibnu kathir, juz 27

)9(
Dan firman-Nya: (wa bussatil jibalu bassa) dan gunung-gunung
dihancur luluhkan sedahsyat-dahsyatnya, maksudnya
diremukkan seremuk-remuknya. Dan demikian yang
dikemukakan oleh Ibnu Abbas,Mujahid,Ikrimah,Qatadah dan
lain-lain. Dan Ibnu Ziad mengungkapkan “ gunung-gunung
menjadi seperti yang difirmankan oleh Allah: (kathiba mahila)
.“ tumpukan pasir yang berterbangan”. Qs Al Muzammil :14

.Tafsir ibnu kathir, juz 27

)10(
Firman Allah: (fakanat habaa’ munbattha) “ maka, jadilah ia
debu yang berterbangan,” Abu Ishaq menceritakan dari Al
Harits dari Ali r.a : “ yakni, seperti debu-debu yang
dihamburkan, naik dan kemudian hilang, tidak ada sedikitpun
yang tersisa darinya.” “ikrimah mengemukakan: “ (munbattha)
”.bererti sesuatu yang diterbangkan dan dihamburkan oleh angin
Mengenai firman-Nya: (fakanat habaa’ munbattha) “ maka,
jadilah dia debu yang berterbangan,” Qatadah berkata : “ seperti
pohon kering yang diporak perandakan oleh angin.” Ayat ini
seperti yang semisalnya menunjukkan akan hilangnya gunung-
gunung dari tempatnya masing-masing, lenyap, dan porak
.peranda. Dan itu berlangsung bagai kapas yang diterpa angin
Dan firman Allah swt (wa kuntum azwajan thalathah) “ dan
kamu menjadi tiga golongan” Yakni pada hati kiamat, manusia
akan terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu: satu golongan yang
berada disebelah kanan A’rsy, mereka itulah orang-orang yang
keluar dari bahagian tubuh Adam sebelah kanan, buku catatan
amal perbuatan mereka diberikan pada tangan kanan mereka,
.dan mereka akan dibawa ke sebelah kanan pula
As Suddi mengungkapkan: “ mereka itu adalah para penghuni
.”syurga

)11(
Dan golongan lainnya berada disebelah kiri ‘Arsy, mereka itulah
orang-orang yang keluar dari bahagian tubuh Adam disebelah
kiri, dan akan diberikan buku catatan amal perbuatan mereka
pada tangan kiri dan mereka akan dibawa ke sebelah kiri.Mereka
itu adalah penghuni Neraka secara umum-semoga Allah
melindungi kita dari perbuatan mereka.
Adapun golongan yang paling dulu sampai di hadapan
Allah, mereka inilah yang paling khusus, lebih terhormat, dan
lebih dekat daripada orang-orang yang berada sebelah kanan
yang merupakan pemuka kepada mereka semua, dia antara
mereka adalah para Rasul, para Nabi, orang-orang yang amat
teguh kepercayaannya pada kebenaran Rasul (ash-shiddiiquun),
dan para Syuhada’ yang jumlahnya lebih sedikit dari Ash-
haabulYamiin.
Oleh kerana itu, Allah Ta’ala berfirman:

(ِ‫الْ َمْي َمنَة‬ ‫اب‬ ِ


ُ ‫َص َح‬
ْ ‫اب الْ َمْي َمنَة َما أ‬
ُ ‫َص َح‬
ْ ‫فَأ‬ )

“Yaitu golongan kanan.Alangkah mulianya golongan kanan itu

.( ‫اب الْ َم ْشأ ََم ِة‬‫ح‬‫َص‬


‫أ‬ ‫ا‬‫م‬ ِ ‫)وأَصحاب الْم ْشأَم‬
‫ة‬
ُ َْ َ َ َ ُ َْ َ
Dan golongan kiri.Alangkah sengsaranya golongan kiri
tersebut.

(12)
( ‫السابِ ُقو َن‬
َّ ‫السابِ ُقو َن‬
َّ ‫) َو‬

Dan orang-orang yang dahulu beriman, merekalah yang paling


dulu (masuk Surga).”
Demikianlah Allah telah membahagi ummat manusia menjadi
tiga bahagian di akhir surat pada saat mereka dihadirkan.
Demikianlah Allah menyebutkan mereka dalam firman-Nya ini.

)         


         
(    

“Kemudian, kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang


Kami pilih dia antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka
ada yang menzhalimi diri mereka sendiri dan diantara mereka
ada yang pertengahan dan di antara mereka ada juga yang lebih
dahulu berbuat kebaikan dengan izin Allah,” dan ayat
seterusnya.(QA.Faathir:32)
Hal itu berdasarkan salah satu dari pendapat mengenai
orang yang menzhalimi dirinya sendiri, sebagaimana yang telah
diuraikan sebelumnya.

(13)
Sufyanats-Tsauri menceritakan dari Ibnu ‘Abbas r.a mengenai
firman Allah Ta’ala: (ً‫ثَالثَة‬ ‫اجا‬
ً ‫َو ُكنتُ ْم أ َْز َو‬ ) “dan kamu menjadi
tiga golongan,” ia mengatakan. “Dan itulah yang terdapat dalam
Surah Faathir:
)        
         
(    

‘Kemudian, kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang


Kami pilih dia antara hamba-hamba Kami, lalu di antara
mereka ada yang menzhalimi diri mereka sendiri dan diantara
mereka ada yang pertengahan dan di antara mereka ada juga
yang lebih dahulu berbuat kebaikan.”’ (QS.Faathir:32)
Yazid ar-Raqqasyi menceritakan: “ Aku pernah
menanyakan kepada Ibnu ‘Abbas mengenai firman Allah
Ta’ala ( ً‫اجا ثَالثَة‬
ً ‫ُكنتُ ْم أ َْز َو‬ ) ‘Dan kamu menjadi tiga
golongan,’ ia mengatakan: ‘Yakni, menjadi tiga macam.”’
Imam Ahmad meriwayatkan dari ‘Aisyah , dari Rasulullah
, beliau bersabda:

(14)
“Tahukah kalian, siapakah orang-orang yang paling dulu
sampai kepada naungan Allah pada hari Kiamat kelak?’ Para
sahabat menjawab: ‘ Yaitu orang-orang yang jika diberi
kebenaran, mereka segera menyambutnya, dan jika ia diminta,
maka mereka akan memberikannya, serta mereka memberikan
keputusan kepada umat manusia seperti keputusan kepada diri
mereka sendiri.”’

Mengenai firman-Nya ( ‫السابِ ُقو َن‬


َّ ‫ن‬,َ ‫السابِ ُقو‬
َّ ‫“ ) َو‬Dan orang-
orang yang paling dahulu beriman, merekalah yang paling
dulu(masukSurga),” Muhammad bin Ka’ab dan Abu Harzah
Ya’qub bin Mujahid mengatakan: “Mereka itulah para Nabi .”
Sedangkan as-Suddi mengungkapkan. “Mereka itu adalah
Ahlu‘Illiyin (orang-orang yang berada di Illiyun).” Masih
mengenai firman-Nya: (‫السابِ ُقو َن‬
َّ ‫السابِ ُقو َن‬
َّ ‫“ ) َو‬Dan orang-orang
yang paling dahulu beriman, merekalah yang paling dulu
(masukSurga),” al-Hasan dan Qatadah mengemukakan: “ Yakni,
dari setiap ummat.” Al-‘Auza’i menceritakan dari ‘Utsman bin
Abi Saudah, bahwa ia pernah membaca ayat ini:

(15)
(‫السابِ ُقو َن‬
َّ ‫ن‬,َ ‫السابِ ُقو‬ َ ِ‫)أ ُْولَئ‬
َّ ‫ك الْ ُم َقَّربُونَ َو‬
Dan orang-orang yang paling dahulu beriman, merekalah “
yang paling dulu(masuk Surga), mereka itulah orang yang
didekatkan (kepada Allah),” kemudian ia mengatakan: “ Yakni,
orang-orang yang pertama kali pergi ke masjid dan orang-orang
yang pertama kali pergi(berjuang) di jalan Allah.” Semua
pendapat dan ungkapan di atas adalah shahih, kerana yang
dimaksud dengan as-saabiquun adalah orang-orang yang
bersegera untuk berbuat kebaikan seperti yang telah
diperintahkan kepada :mereka.Sebagaimana firman Allah
         
  

Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Rabb-mu “


”.dan kepada Surga yang luasnya seluas langit dan bumi
)QS.Ali ‘Imran133(

)16(
: Allah juga berfirman
     
      
          
   
Berlomba-lombalah kamu kepada (mendapat) ampunan “
dari Rabb-mu dan Surga yang luasnya seluas langit dan bumi.”
(QS.Al Hadiid: 21)
Oleh kerana itu, barangsiapa di dunia ini yang berlomba-
lomba menuju kebaikan, maka di akhirat kelak ia termasuk
orang-orang yang paling dulu mendapat kemuliaan, kerana
balasan itu sesuai dengan amal perbuatan; sebanyak engkau
berhutang, sebanyak itu pula dibayarkan. Oleh kerana itu, Allah
ِ ‫ك الْم َقَّربو َن يِف جن‬
‫َّات النَّعِي ِم‬ ِ‫أُولَئ‬
berfirman: ( َ ُ ُ َ ْ ) “Mereka
itulah orang yang didekatkan (kepada Allah). Berada dalam
Surga kenikmatan.

 -‫ بدون الجزء‬-‫ دار الفكر بدمشق‬-‫ تفسير الوسيط‬-‫األستاذ وهبت الزحيلي‬


)‫ه‬١٤٢٢ ‫طبعة األولى (محرم‬.
(18)

KELEBIHAN SURAH AL-WAQIAH


Diantara fadhilah-fadhilah membaca surat Al-Waqi’ah adalah:
1. Jika dibaca setiap malam sebagai wirid, maka tidak akan
tertimpa kepapaan.
Rasulullah bersabda :
Man qara’a suratal-Waqi’ati kulla lailatil lam tusibhu faqah,
wa suratul-Waqi’ati suratul-gina faqra’uha wa ’allimuha
aulada-kum.
Ertinya:
“Barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah tiap malam, maka
tidak akan menimpa kepadanya kepapaan. Dan surat Al-
Waqi’ah adalah surat kaya, maka bacalah dan ajarkanlah kepada
anak-anak kamu.”
2. Berkata Masruq: “Siapa ingin mengetahui cerita orang-orang
terdahulu dan orang-orang terkemudian, serta cerita ahli surga
dan ahli neraka, penduduk dunia dan akhirat, maka bacalah surat
Al-Waqi’ah”. (Tafsir Jamal, Juz IV halaman 269)

(19)
3. Imam Ja’far ra. berkata: “Barangsiapa membaca surat Al-
Waqi’ah pada waktu pagi ketika keluar dari rumahnya untuk
bekerja, atau untuk mencari kebutuhan. Maka Allah Ta’ala
mempermudah rezekinya dan mendatangkan hajatnya. Dan
barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah pada waktu pagi dan
petang, maka ia tidak akan kelaparan atau kehausan, dan tidak
akan takut terhadap orang yang akan memfitnah, sedangkan
fitnahannya kembali pada orang itu”. (Khazinatul Asrar Kubra,
hal. 360)
4. Disebutkan dalam Khawashul Qur’an, siapa yang membaca
surat Al-Waqi’ah sebanyak 41 kali dalam satu majlis, maka
didatangkan hajatnya, terutama urusan rezeki. Dan barangsiapa
membaca surat Al-Waqi’ah sesudah sholat Asar sebanyak 14
kali dalam satu majlis, maka didatangkan hajatnya, terutama
urusan rezeki. Aturan tersebut adalah mujarab. Jika
menginginkan datangnya rezeki dari Allah dengan tak terkira-
kira datangnya, maka bbacalah surat Al-Waqi’ah selama 40 hari
berturut-turut jangan terputus, dan setiap harinya dibaca 40 kali.

______________________________________________
http://blog.mixter.com/kelebihan-membaca-surah-al-waqiah/ Mujam,ma al-malik Fahd litabah al-mushaf as-
syarif madinah al-munawwarah p.o box 6262 kerajaan Saudi Arabia m/s 890

(20)

RUJUKAN:
 http://blog.mixter.com/kelebihan-membaca-surah-al-waqiah/ Mujam,ma al-malik Fahd litabah al-
mushaf as-syarif madinah al-munawwarah p.o box 6262 kerajaan Saudi Arabia m/s 890

.
 Tafsir ibnu kathir-jilid 9- jakarta- pustaka imam syafii-majelis ulama Indonesia.

 -‫ بدون الجزء‬-‫ دار الفكر بدمشق‬-‫ تفسير الوسيط‬-‫األستاذ وهبت الزحيلي‬
)‫ه‬١٤٢٢ ‫طبعة األولى (محرم‬.

Anda mungkin juga menyukai