Anda di halaman 1dari 2

KELEBIHAN ILMU petikan Kitab Matlain al Badrain Dikata bagi orang yang alim, syafaatkan olehmu daripada anak

ak muridmu dan jikalau sampaisebilang-bilang bintang di langit sekalipun. Barangsiapa menolong akan orang yang menuntut ilmu diberi akan dia Allah suratnya (bukucatatan amal) dengan tangan kanannya (tanda orang dapat memasuki syurga). Barangsiapa kasih akan orang yang menuntut ilmu sungguhnya kasih ia akan anbiya (nabinabi)dan barangsiapa kasih ia akan anbiya adalah ia sertanya (bersamanya di syurga) dan barangsiapabenci ia akan orang yang menuntut ilmu maka sesungguhnya ia benci akan anbiya makabalasannya neraka jahannam. Bagi tholibun ilmi (orang yang menuntut ilmu) syafaat (orang yang dapat menolong orang lain dipadang mashyar) seumpama syafaat anbiya dan baginya pada syurga firdaus 10,000 istana. Danpada syurga khuldi 100,000 bandar daripada cahaya. Dan pada syurga mawa 30,000 darjatdaripda yakut yang merah dan baginya dengan tiap-tiap dirham yang ia belanjakan di dalammenuntut ilmu daripada bidadari sebilang-bilang bintang di langit dunia dan sebilang-bilangmalaikat. Barangsiapa berjabat tangan akan tholibun ilmi diharamkan Allah jasadnya atas api neraka. Barangsiapa menolong akan tholibun ilmi, ditulis akan Allah kepada orang itu kelepasan dari apineraka. Orang yang hadir pada jenazah tholibun ilmi diampunkan Allah akan dosanya. Barangsiapa belajar 1 bab daripada ilmu agama supaya dapat diamalkan dan kemudian mengajarorang lain adalah terlebih baik baginya daripada 1000 rakaat sembahyang. Barangsiapa yang ingin bebas dari neraka maka hendaklah ia melihat (mengambil pelajaran danamalkan) kepada orang yang menuntut ilmu dan yang mendengar ilmu. Apabila berjalan orang yang ingin belajar dan mendengar akan ilmu akhirat ke majlis ilmu,dituliskan bagi mereka setiap langkah ibadat setahun. Selama mana ia berjalan di atas bumi, makabumi itu memohon keampunan untuknya dan disaksikan oleh para malaikat bahawa mereka itumendapat pembebasan dari api neraka. Akan masuk syurga satu golongan dengan sedikit hisab di akhirat dengan sebab di dalam hatimereka ada sedikit kasih akan ulama dan akan masuk neraka satu golongan dengan mudahdengan sebab di dalam hati mereka ada benci yang sangat sedikit akan ulama. Barangsiapa kasih ia akan ulama, tiada ada disurat atasnya kesalahan selama ia hidup.

Barangsiapa yang menolong akan orang alim atau orang yang belajar ilmu akhirat sekalipundengan seteguk air maka ia peroleh pahala seperti ia membina akan kaabah 70 kali. Apabila lalu orang yang belajar ilmu pada satu kampung maka Allah tidak akan menimpakan azabke atas kubur di kampung itu selama 40 hari. Kata Hasan al Basri, tiada aku ketahui sesuatu yang terlebih baik daripada pergi berperang di jalan Allah kecuali pada orang yang menuntut ilmu .

Barangsiapa keluar dari rumahnya untuk mempelajari satu bab dari ilmu, dikelilingi akan dia olehmalaikat dengan sayapnya dan meminta ampun atasnya segala burung di langit dan binatang dipadang dan ikan di laut dan diberi pahala 27 orang siddiq. Pada hari kiamat Allah menghisab seorang hamba dan didapati ia melakukan banyak kejahatandari kebaikan. Lalu disuruh ia ke neraka. Apabila dibawa ke neraka, Allah bertanya kepadamalaikat Jibril adakah hamba itu pernah duduk di majlis orang alim di dunia dahulu, maka akuampunkan ia. Kata Jibril, Hai Tuhanku, engkau terlebih tahu akan keadaan hambaMu. Makafirman Allah, Adakah ia kasih akan orang alim?. Berkata Jibril, Tiada demikian. Firman Allah,Adakah ia pernah duduk makan bersama-sama orang alim walaupun sekali?. Jawab Jibril,Tiada. Firman Allah, Adakah namanya dan bangsanya sama dengan orang alim maka akuampunkan dia. Jawab Jibril, Tiada. Maka firman Allah, hai Jibril, ambillah tangannya danmasukkan ia ke dalam syurga maka bahawasanya adalah ia kasih akan seorang lelaki dan adalahlelaki itu kasih ia akan orang alim maka diampunkan ia dengan berkat lelaki itu. http://www.scribd.com/doc/104262936/Kelebihan-Ilmu-Matlain-Badrain

Anda mungkin juga menyukai