Anda di halaman 1dari 10

Memori Seorang Tua

Pak Itam (bekas majistret) tinggal di sebuah kampung yang sedang pesat membangun dengan sektor perindustrian. Itu semua untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak muda yang tidak berminat lagi mengusahakan sawah atau pertanian.Bagi Pak Itam zaman sekarang bukan lagi berjuang untuk menentang penjajah (orang putih) tetapi zaman mengisi kemerdekaan.Pada zaman penjajahan dahulu Pak Itam seorang pejuang bangsa yang kental dan bebarapa kali merengkuk di penjara akibat mengkritik dasar British yang cekik darah terhadap orang-orang melayu. Pada hari itu Pak Itam sedang berada di atas kerusi malas tempat dia selalu membaca dan menelaah akhbar sejak dulu lagi bagi meniup semangat cinta akan tanah air ke jiwa masyarakat kampungnya. Pak Itam sedang memikirkan persiapan untuk merayakan hari ulang tahunnya yang ke 85. Dia rungsing kerana banyak kerja yang belum selesai tetapi nafasnya lega sedikit kerana dibantu Tuk Mat Sarjan Polis pencen. Tuk Mat amat menghormati Pak Itam seorang tokoh pejuang Melayu yang hebat. Kali ini Pak Itam akan mengadakan jamuan besarbesaran kepada semua orang yang mengenalinya. Bukan untuk berbangga tetapi ingin berkongsi pengalaman perjuangannya menetang Orang Putih dahulu. Darah kemelayuan yang dimiliki oleh Pak Itam sangat hebat tetapi kurang dihargai orang ramai. Dia akan mempamerkan surat dari isterinya Siti Norhidayah yang meninggalkannya bersama-sama dua orang anak tercintanya sewaktu dia merengkuk dalam penjara. Tuk Mat telah membereskan semua kerja yang diarahkan untuk menjayakan majlis yang akan diadakan oleh Pak Itam seperti menjemput tetamu, menyiapkan bahan pameran, bangsal menjamu selera dan tempat letak kereta. Hanya kepada Tuk Mat diharapkan dapat menyempurnakan majlis penuh makna itu, jika diharap kepada anak muda maka tak menjadilah. Tuk Mat sekeluarga telah banyak mambantu Pak Itam sejak dari dahulu lagi tanpa mengharapkan balasan. Pada waktu malam bulan purnama Pak Itam terlalu amat gembira kerana cita-citanya untuk menghimpunkan sahabat-handai, anak kampung Langat dan lain-lain akan diadakan esok. Persiapan sudah dijalankan dengan sempurna supaya majlis berjalan lancar. Pak Itam merasakan dirinya sangat kerdil dan sentiasa bermunajat kepada Allah terutama pada waktu malam. Malam adalah masa terbaik mendekatkan diri kepada Allah. Tiba-tiba Pak Itam mengingati kembali Siti Norhidayah, Izwan dan Nuryani Iman. Dia ingin sangat bertemu dengan anak isterinya yang telah lama terpisah kerana perjuangan. Pada keesokan harinya Pak Itam telah berpakaian lengkap berbaju melayu yang dijahit oleh isteri Tuk Mat untuk menyambut tetamu. Pelbagai gerai makanan seperti cendol, roti canai, rojak, buah-buahan telah siap sedia menyambut kedatangan tetamu. Maka ramailah penduduk kuala Langat yang datang menjemu, melihat pameran sejarah perjuangan negarawan Pak Itam sambil berhibur dengan persembahan A.Aziz H.M,kumpulan Teater Malininya, Zubir bergitar dari Pusat Kebudayaan UM, Cik habsah Ulik Mayang dan kumpulan Kopratasa yang medendangkan lagu bertemakan perjuangan Pak Itam membela orang Melayu di bumi tercinta suatu ketika dahulu. Hati Pak Itam agak hiba kerana tidak ramai orang yang dijemput seperti wartawan, ahli sejarah, pelajar-pelajar universiti dan anak isterinya tidak hadir. Kehibaan Pak Itam di pintu pagar turut dirasai oleh Tuk Mat, baginya orang sekarang mudah lupa jasa pengorbanan manusia seperti Pak Itam yang sanggup kehilangan keluarga semata-mata mahu melihat Orang Melayu tidak dipencilkan dibumi sendiri oleh penjajah. Tuk Mat sudah sedia menggantikan Pak Itam menyambut tetamu untuk memberi ruang kepada Pak Itam berehat dan solat zohor. Pak Itam menuju ke rumah untuk berehat dan solat, kehadiran tetamu pun beransur reda, gerai-gerai makanan juga kelihatan berehat begitu juga dengan kumpulan yang membuat persembahan. Tibatiba Rokiah (Kiah) memberitahu Tuk Mat, Pak Itam jatuh pengsang dan kaku tidak bergerak lagi. Semua hadirin membaca yasin dan suasana menjadi semakin pilu dengan berita kematian Pak Itam. Seketika selepas itu masuk seorang wanita tua menghampiri jenazah Pak Itam lalu dia duduk dihujung kakinya sambil meletak jambangan bunga Ros, selepas itu dia beredar dengan tenang meninggalkan Jenazah. Tuk Mat seorang sahaja yang tahu siapa wanita itu? Mungkin orang yang ditunggu-tunggu oleh Pak Itam sejak dari pagi tadi lagi isterinya Siti Nurhidayah.

Israk Maikraj memanggil-manggil Wah (nenek) setiba di kampung tempat dia dilahirkan dahulu bersama Israk (abang), ayah (Adam) dan ibunya. Wah muncul dari lembah Sungai Perak terus menyapa anak-cucunya yang sedang menunggu. Mereka naik ke rumah Wah yang uzur itu, jelas terbayang ketidakselesaan pada Israk. Wah menjemput mereka makan buah durian yang baru dikutip di kebun pagi tadi. Mikraj, abah dan ibu begitu gemarkan durian kucing tidur rasanya enak sekali. Israk enggan menjamah buah durian yang dihulurkan oleh Abah tetapi menolaknya dengan baik kerana menghormati bapanya. Pada masa itu Wah sedang solat dibiliknya sambil diperhatikan oleh Mikraj. Selepas itu Israk cuba memperkecil-kecilkan cenkodok dan air teh yang dihidangkan kepadanya oleh Wah. Mikraj marah dan tidak suka dengan sikap Israk, dia cuba menasihati Israk supaya menghormati Wah tanpa Wah siapalah kita. Rumah Wah ini sudah buruk tetapi masih boleh berlindung daripada panas dan hujan. Rumah pusaka itu dipertahankan oleh Wah walaupun ingin dibeli oleh Majlis Daerah untuk dijadikan pusat pelancongan. Lebai Saleh telah membantu Wah mempertahankan rumah itu. Sebenarnya Lebai Saleh menjadi buah hati Wah tetapi dia berkahwin selepas belajar di Mesir manakala Wah berkahwin dengan Firdaus Frank. Cerita hubungan Israk dan Wah yang tidak begitu rapat berpunca daripada tindakan atuk Perth yang melarikan Israk sejak kecil lagi. Wah sebenarnya yang menjaga Israk sejak berumur satu hari. Oleh itu Mikraj cuba mendekatkan abangnya dengan neneknya. Malangnya Israk suka mengada-maga, sering kali memaki, menyindir dan menyakiti hati Wah kerana menganggap orang tua itu tidak setaraf dengannya yang bakal menjadi seorang ahli korporat tidak lama lagi. Berbanding Mikraj, anak itu sangat menyanyangi Wah, dia sempat bergelak ketawa dan bersama-sama Wah ke kebun walaupun Israk menyombongkan dirinya. Mikraj mahu Israk menghargai pengorbanan Wah dan merapatkan hubungan dengan neneknya itu kerana Israk tidak tahu penderitaan dan keperitan hidup yang telah dilalui oleh Wah neneknya yang penuh dengan nolstagia itu. Bagi Mikraj Wah merupakan seorang wanita istimewa, mempunyai ketahanan jiwa yang hebat, berani dan berjaya menghadapi cabaran hidup dan kini keseorangan di kampung. Perkara ini sepatutnya disedari oleh Israk. Sepanjang hari semasa berada di rumah Wah, Israk amat tidak selesa dari segi makanan kerana dia dihidangkan nasi dan tempoyak dan ikan sungai. Dia juga tidak dapat menonton televisyen kerana Wah hanya ada sebuah TV yang sudah pun rosak. Israk mahu balik dengan segera ke Kuala Lumpur kerana tak sanggup berada di kampung yang serba serbi kekurangan itu. Jelas terbayang kesedihan pada wajah tua Wah, Mikraj tahu Wah benar-benar terasa akan kata-kata abangnya itu. Pada suatu pagi Israk terpaksa mandi di sungai kerana air paip di rumah Wah terputus bekalan. Mikraj telah mencabar abangnya supaya mandi di sungai dengan tanpa pengetahuan Wah kerana pagi-pagi lagi dia sudah ke tepi sungai seperti hari-hari biasa. Israk mencapai sehelai tuala lalu terus ke sungai tanpa mengetahui kawasan sungai itu amat dalam sekali.Mikraj terkejut tibatiba bayang-bayang abangnya tidak kelihatan lagi. Dia memanggil Wah supaya menyelamatkan Israk yang telah lemas di sungai itu .Biasanya tempat orang mandi di tebing sungai tepi rumah Lebai Saleh kerana di situ lebih selamat airnya tidak dalam sangat. Dulu Kakak Wah pernah lemas di tempat tersebut dan mayatnya ditemui penduduk sehari kemudian. Wah mencari-cari cucunya itu lalu lalu dilihatnya Israk hanya berpaut pada tali sauh yang sudah reput. Wah menghulurkan sebatang kayu menarik Israk sekuat-kuatnya ke tebing sungai walaupun tenaganya lemah namun dikuatkan juga demi cucunya yang tersayang. Akhirnya Israk berjaya diselamatkan, mulai saat itu sikap ego dan sombong Israk terhadap Wah telah berjaya dilenyapkan. Dia tidak memandang rendah lagi kepada Wah kerana telah insaf. Sewaktu makan malam Israk telah mengejutkan Mikraj kerana meminta jering dan tempoyak daripada Wah untuk disantapnya. Adam sangat gembira dengan perubahan yang berlaku pada anaknya itu.

PEMAIN CATUR
Uj mencabar adiknya Um untuk bertarung kehebatan bermain catur. Uj menuduh adiknya itu telah berlatih dengan bersungguhsungguh untuk menyaingi kehebatannya bermain catur. Um sentiasa merendah diri kepada abangnya itu, dia memberitahu tujuan dia berlatih dengan adik-adiknya yang lain iaitu Ul,Us Uk dan Ur adalah sekadar hendak meningkatkan lagi kemahiran dalam bermain catur. Um sebenarnya lebih memikirkan bagaimana cara untuk mengubati penyakit ibunya tetapi Uj menyerah saja perkara itu kepada doktor yang telah digaji oleh mereka merawat ibu. Um bukan seorang doktor nada kemarahan Uj tersembur juga akhirnya kepada Um. Um mendapat layanan dan didikan yang lebih sempurna berbanding yang lain kata Us. Uj berbangga dengan sejarah keluarganya yang lahir daipada keturunan yang tekenal sebagai pemain catur yang terhandal di dunia. Uj memberitahu keturunnannya berasal daripada moyang mereka yang bernama al-Hakam yang sangat hebat bermain catur berbanding Abu Bakar Yahya as-Suli tetapi namanya tenggelam kerana tidak pandai menonjolkan diri seperti as-Suli. Uj mengatakan permainan catur banyak menguji minda dan yang mula diperkenalkan oleh orang Arab ke Benua Eropah pada kurun ke-8 selepas menakluki semenanjung Liberia. Uj meneruskan lagi ceritanya tentang al-Hakam yang mengembara ke seluruh dunia untuk menyebarkan islam termasuk Tanah Melayu. Mereka adalah keturunan al-Hakam pemain catur yang amat disegani itu. Um mengakui dia tidak pandai bermain catur tetapi dam haji dan dam apit bolehlah dia mainkan. Bagi Uj itu adalah permulaan kepada permainan catur dan memilih Um sebagai pemyambung warisan itu setelah dia meninggal dunia. Menurut Uj, dunia catur zaman silam terbahagi kepada ashtapada, senet dan petteia. Di india dipanggil chaturaga pada kurun ke-5 Masihi, kemudian berkembang pula ke Parsi dan tanah Arab yang dikenali shatranj. Um perlu mengetahui sejarah permainan catur agar menjadi seorang pemain yang handal dan profesional suatu hari nanti. Um mulai tertarik dan lebih bersemangat dengan permainan catur apabila mendengar syarahan abangnya untuk mengembalikan maruah nenek moyang mereka yang terkenal sejak zaman-berzaman itu.Sebelum melatih adiknya Uj menguji kemahiran Um bermain dam haji mereka menyusun buah-buah catur, selepas itu memulakan permainan. Uj kemudiannya merangkul bahu Um kuat-kuat sambil megeluarkan kata-kata semangat Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama rangsangan itu diasak ke dada Um untuk memecahkan minatnya kepada permainan catur. Uk telah memberitahu Uj bahawa sekarang Um sedang menelaah buku besar dan tebal tentang permianan catur. Dia ingin mengkaji rahsia untuk berjaya sebagai seorang pemain catur. Uk mengatakan Um ingin menyaingi kehandalan abang Uj bermain catur. Um dikatakan ingin merampas gelaran yang dimiliki oleh Uj. Dengan gelaran IGM abang Uj memperlekehkan Um yang baru mendapat gelaran FM dengan menggunakan pengaruhnya. Uk menembah bahawa Um tidak sabar lagi menunggu abang Uj meyerahkan gelaran itu kepadanya menyebabkan dia seolah-olah ingin mencabarnya (abang Uj). Ekoran termakan kata-kata Uk itu abang Uj terasa dirinya tercabar dan mendesak Um mengadakan perlawanan secara terbuka di hadapan seluruh ahli keluarga dengannya. Oleh kerana tidak dapat menolak lagi Um menyahut cabaran tersebut, maka berlangsunglah perlawanan antara jurulatih dengan pelatih. Harapan untuk menang amat tipis disebelah Um. Perlawanan terpaksa dimulakan kerana Uj sudah bertekad untuk meneruskannya walaupun dinasihati oleh ahli keluarga supaya membatalkan hasratnya itu. Um mencapai buah-buah catur yang berwarna putih lalu direbut oleh Uj dan diberi buah yang hitam kepada Um. Permainan dimulakan Um dilihat menguasai permainan dan semua strategi Uj tidak menjadi. Uj menuduh Um menipu perlawanan dengan mengalihkan buah-buah caturnya ketika meneguk air sekejap itu. Sebenarnya Uj yang berbuat demikian kerana bimbang akan kalah dalam perlawanan itu. Um berehat seketika dan pergi membasuh muka. Apabila dia kembali semula ke meja perlawanan tempat duduk Uj masih kosong lagi, lalu dia duduk semula di kerusi. Tiba-tiba kakinya terkena asid yang diletakkan di bawah meja dan Um meraung menahan kesakitan yang maha hebat sekali. Seluruh ahli keluarga gempar. Ibu mereka amat sedih dengan peristiwa tersebut kerana dia tidak pernah mengajar anak-anaknya berkelahi atau bergaduh sesama sendiri. Tuduh menuduh kian hebat antara mereka di saat ibunya bertambah tenat. Um menuduh Uj meletakkan botol asid itu tetapi abang Uj pula mengatakan Um yang meletakkannya sendiri untuk memerangkap Uj tetapi senjata makan tuan. Akhirnya keluarga mereka berpecah kepada dua iaitu penyokong Um dan penyokong abang Uj. Sebaliknya Us, Uk dan Ul menafikan pengelibatan mereka dalam perbalahan tersebut.

MELLISA
Apabila balik ke biliknya, Mellisa berasa sangat menyesal kerana mengikut Farid ke pejabat surat khabar, tempat Syahid bekerja. Semasa di pejabat akhbar itu tadi hatinya mula diisi perasaan cinta pandang pertama kepada Syahid kerana perwatakannya hampir sama dengan Hisyam. Siapakah Hisyam dalam hidup Mellisa? Suara, bentuk rambut, warna kulit, tubuh, dan ketinggian Syahid amat menyamai Hisyham. Syahid menyapa Mellisa dan seingatnya dia pernah bertemu dengan Mellisa. Mellisa menidakkannya kerana dia cuma mengenali nama Syahid pada artikel dan rencana di akhbar sahaja. Farid kemudiannya meninggalkan Mellisa di bilik Syahid yang berbentuk kotak itu. Syahid meneruskan perbualan dengan Mellisa. Perbualan tersebut mengembalikan ingatan Mellisa kepada Hisyam. Apabila dipandang ke wajah Syahid Mellisa seolah-olah sedang berbual-bual dengan Hisyam. Mellisa bertambah berkenan kepada Syahid.Syahid mengajaknya keluar makan tengahari pada hari sabtu setelah dia menolak jemputan makan malam kerana rutin mingguannya mesti pulang ke Seremban untuk bertemu dengan ibu bapanya. Setelah selesai urusan di pejabat akhbar itu Mellisa dan Farid berjalan peluang ke tempat tempat penginapan mereka. Semasa dalam perjalanan itu Farid gundah kerana Mellisa menyepi seribu bahasa dan tidak banyak bercakap.Farid seorang pensyarah di Jabatan Sejarah telah menjadi rakan karib Mellisa sewaktu dia sedang mengambil Master dan kerap kali mereka bertengkar tentang sesuatu isu. Farid kadang-kadang akan mengalah dengan menganggap Melllisa ada fakta dan hujan yang boleh diterima. Mellisa diusik oleh Farid tentang pertemuannya dengan Syahid Cinta Pandang Pertama barangkali, dia hanya tersenyum payah untuk dijawab kerana hatinya secara tiba-tiba suka kepada Syahid. Setelah berehat di biliknya Mellisa terbaca sepucuk surat dari kawannya, kata-katanya sungguh hebat Langkah, rezeki, pertemuan dan maut adalah milik Tuhan. Tambahnya lagi cinta orang islam Cinta pada Allah dan cinta Rasul-Nya barulah cinta bangsa dan tanahair. Pesanan itu terlekat dalam hati Mellisa. Dia telah beberapa kali gagal dalam percintaan begitu juga yang bakal dialami oleh Syahid. Cinta sebenarnya hanya kepada Hisyam seorang sahaja, walaupun cinta itu berputik dan mekar semasa mereka masih kanak-kanak lagi. Fikiran Mellisa menerawang mengingati kembali sewaktu dia kecil dahulu, Hisyam pernah berkata kepadanya Nanti apabila aku sudah besar aku akan kahwin dengan kau.Mereka berdua pernah main masak-masak, Mellisa akan memasak dan dimakan oleh Hisyam. Apa sahaja yang dihidangkan Mellisa semuanya sedap bagi Hisyam. Apabila petang menjelma Hisyam akan pulang ke rumah setinggan yang terletak di belakang rumah Mellisa, dia menunggu sehingga Hisyam masuk ke rumahnya. Seketika kemudian Hisyam muncul kembali dengan berpakain baju melayu untuk ke masjid. Selepas itu barulah Mellisa masuk ke rumahnya. Dia sangat suka kepada Hisham. Melllisa sedar Hisyam sudah tiada lagi, kerana terbunuh bersama-sama ibunya dalam satu rusuhan kaum yang terburuk di negara kita iaitu Peristiwa 13 mei 1969. Umur Hisyam hampir 30 tahun sekiranya dia masih hidup. Peristiwa hitam itu berlaku di Jalan Petaling sewaktu dia dan ibunya pulang daripada meziarahi keluarga yang tinggal di hadapan Stadium Negara. Dia bercita-cita untuk menjadi seorang peguam dan tentera.Selepas peristiwa itu MAGERAN telah mengambil alih pemerintahan negara. Perintah berkurung dikuatkuasakan supaya tidak berlaku pembunuhan antara orang Cina dengan Orang Melayu. Dua minggu sebelum terkorban Hisyam telah menumbuk seorang budak Inggeris berumur 7 tahun iaitu kawan Mellisa sewaktu bapanya menjadi diolomat di London. Kini kawan ayahnya dulu itu datang ke Malaysia sebagai diplomat dan tinggal berdekatan rumahnya tetapi Hisyam tidak mengetahuinya. Mallisa sangat banggadengan kelelakian Hisyam itu dan dia berjanji akan mengahwini Mellisa apabila bekerja nanti. Hisyam pasti ibunya sangat berkenan kepada Mellisa dan akan mengajarnya tentang agama Islam. Mellisa tiba-tiba tersenyum seorang diri di biliknya kerana terhibur dengan perwatakan Hisyam yang dicintainya. Namum kegembiraannya terhenti bila terkenang Hisyam tidak akan kembali lagi setelah terkorban dalam peristiwa yang tragis itu. Hampir 15 tahun persoalan itu menghantui Mellisa, dia telah mengkaji punca-punca berlakunya peristiwa 13 Mei itu. Dalam tesisnya setebal 215 Mellisa mengumpulkan pelbagai dokumen dan menemubual seorang mangsa iaitu wanita cina yang berumur 40 tahun. Dalam peristiwa tersebut tunangnya telah terbunuh kerana dibunuh oleh orang-orang Melayu. Semasa menghantar Jamilah rakan sepejabatnya yang tinggal di kampung baru, tiba sahaja dimuka rumah setinggannya tunang perempuan cina itu diheret oleh sekumpulan pemuda Melayu dari dalam kereta itu. Lalu tunangnya dibunuh dan dia pun hampir dibunuh sama, jamilah telah berteriak memohon agar pemuda itu tidak melakukan sesuatu kepada rakannya itu. Walaupun tidak dibunuh kesan torehan di mukanya masih menjadi tanda kesengsaraan mereka pada masa itu. Kalau dia dan tunangnya tidak menghantar Jamilah pulang sudah pasti tidak berlau kejadian itu. Namun wanita cina itu berdendam kepada Jamilah sebaliknya dia pasrah dengan ketrntusn itu. Begitu jugalah nasib Hisyam dan ibunya tak mungkin dibunuh oleh orang cina di kampungnya kerana Hisyam sudah dikenali semua orang, setiap pagi dia bergerak dari rumah ke rumah untuk menjual nasi lemak dan kuih koci. Setelah perintah berkurung ditarik balik barulah penduduk kampung baru terasa kehilangan Hisyam yang setiap pagi datang menjaja ke rumah-rumah mereka. Setelah sekian lama membuat penyelidikan dan kajian maka Mellisa membuat rumusan kejadian peristiwa 13 Mei 1969 berpunca daripada Dasar Polarisasi Kaum yang diamalkan oleh Penjajah British. Orang putihlah mengasingkan kumpulan etnik di Malaysia mengikut ras seperti orang Melayu di kampung, Orang cina di bandar dan orang India di estet-estet. Mellisa pernah menyatakan hasrat kepada bapanya untuk bersekolah di sekolah Melayu tetapi bapanya tidak berani melanggar tradisi tersebut yang diamalkan oleh British di Tanah Melayu sejak dahulu lagi. Mellisa mengelarkan orang British sebagai setan putih. Mallisa teringat kembali kepada Hisyam yang marah kepadanya apabila dia ke rumahnya setelah Hisyam menghilangkan diri setelah menumbuk anak Inggeris itu. Mellisa menangis kerana terlalu sedih dengan tindakan Hisyam yang memarahinya itu. Hujan turun dengan lebatnya telah mengejutkan Mellisa yang masih terkenang peristiwa masa kecilnya itu bersama-sama Hisyam. Dia bangun untuk menutup tingkap biliknya itu yang dimasuki tempias hujan. Dulu setiap kali selepas hujan Mellisa akan berada di tepi tingkap untuk melihat keindahan alam sekitar selepas hujan yang cantik. Mellisa kumudiannya menerima panggilan melalui telefon oleh Syahid yang ingin berbual-bual dengannya. Mereka bertukar-tukar pandangan antara satu sama lain dalam perbualan tersebut. Syahid benar-benar rindukan Mellisa dan ingin bertemu lebih awal dari hari yang dijanjikan. Sebaliknya Mellisa tidak mahu melayan permintaan Syahid dan beranggapan cintanya itu tidak akan kekal lama kerana di dalam hatinya hanya Hisyam. Ganggang telefon diletakkan oleh Mellisa manakala Syahid terus mengharap. Apabila masuk ke bilik angan-angan Mellisa kembali semula kepada Hisyam. Dia teringat suatu ketika dahulu Hisyam pernah membawanya ke bendang untuk pergi ke pondok nenekya menunggu padi yang sedang masak daripada dimakan oleh burung. Mereka berdua berlari-lari keriangan ke sana ke mari. Hisyam membantunya melompat gelung besar untuk mendapatkan Atan yang sedang dikhianati oleh 3 orang budak nakal. Atan anak yatim piatu yang tinggal bersama-sama datuknya. Menurut Mellisa Atan seorang dudak yang baik hati dan suka membantu Hisyam. Atan telah lama menghilangkan diri entah ke mana setelah datuknya meninggal dunia. Mellisa juga teringat selepas kematian Hisyam hanya sekali sahaja dia turun ke kampung Hisyam terutama di kawasan bendang nenek Hisyam. Dia pergi ke pondok itu dan memeluk nenek dengan kuat sekali. Nenek menjemput Mellisa makan sama hidangan itu semasa Hisyam masih ada. Suasana menjadi sayu air matanya gugur membasahi pipinya kerana rindukan Hisyam. Setelah hari yang dijanjikan dengan Syahid itu tiba Mellisa mereka mengotakan janji tersebut. Nampaknya hubungan mereka amat akrab sekali seperti sepasang merpati terbang di langit lepas. Kemudian Syahid merasakan seolah-olah dia dipermain-mainkan oleh Mellisa yang pergi

meninggalkannya kerana mendapat panggilan untuk bertugas. Mellisa bertekad untuk mengabdikan dirinya kepada bangsa dan negara sejak dia mengetahui punca berlakunya tragedi 13 mei 1969. rakan-rakannya menganggap tindakan Mellisa memilih kerjaya sebagai tentera sebagai bodoh kerana dia mempunyai paras rupa yang cantik, sederhana tinggi dan potongan badan yang ingin dimiliki oleh ramai perempuan lain. Tetapi kalau bukan dia yang berkihdmat kepada negara ini siapa lagi. Syahid tidak tahu cita-cita Mellisa, dia cinta kepada Syahid tetapi biarlah 5 atau 6 tahun lagi untuk dia bertemu semula dan kalau ada jodoh mereka akan berkahwin. Bagi Mellisa lelaki sekacak Syahid cukup mudah didampingin oleh ramai wanita, jadi tak payahlah dia menunggu Mellisa. Hal ini kerana sebelum meninggal dunia Mellisa ingin melaihat negara dan rakyat negara ini dapat hidup dalam kedamaian, bersatu padu dan selamat sebagai satu bangsa merdeka serta berjaya. Mellisa berharap peristiwa 13 mei tidak berulang lagi sambil memeluk dengan erat kekasih sejatinya M16.

BIARKAN SAMUDERA
Amirah seorang mahasiswi yang sedang menuntut ini sebuah institusi pengajian tinggi di negara ini. Dia seorang anak nelayan yang miskin dan susah. Amirah juga tidak pernah mendapat kasih sayang daripada seorang ibu kerana ibunya meninggal dunia sebaik sahaja dia dilahirkan ke dunia. Dia hanya ada seorang ayah yang menjagA, memberi perhatian dan kasih sayang kepadanya. Dia juga mempunyai seorang kenalan bernama Hakimah iaitu sahabatnya semasa belajar di situ dan telah banyak membantu apabila Amirah menghadapi masalah. Hati Amirah telah dilanda dengan pelbagai masalah sehingga menggangu ketenangan jiwa dan pelajarannya. Penderitaan batinnya itu boleh disamakan dengan samudera yang sedang bergelombang dan bergelora yang kuat tetapi mulai mengecil apabila tiba di pantai. Ingatan Amirah kepada kehidupannya di perkampungan nelayan tidak boleh dihilangkan dengan mudah di saat dia ingin melupakan, saat itulah pula dia datang menerawang dan berlegar-legar dalam benaknya itu. Amirah mengatakan Samudera ialah khazanah kehidupan nelayan, manakala kesejahteraan dan keharmonian nelayan mengeksploitasi dan memanfaatkan khazanah itu akan menjamin kelangsungan dinamika keseimbangan ekosistem samudera. Fikiran Amirah terus mengingati kehidupan di kampungnya di mana setiap hari dia melihat gelombang ombak membadai pantai yang cantik itu. Hatinya menjadi sayu dan pilu sehingga air matanya pula seolah-olah akan gugur ke bumi. Tiba-tiba Hakimah mengajak Amirah keluar ke bandar kerana pada hari itu (sabtu) mereka cuti dan tiada kuliah. Mir ialah nama timbangan Amirah. Dia teringat kata-kata ayahnya sudah tidak ada apa-apa lagi yang tinggal buat kita Mir, segala-galanya kosong. Segala-galanya tidak bererti. Kata-kata itu benar-benar menghimpit perasaan Amirah, hatinya berasa pedih dan perih kerana hujung semester nanti dia akan pulang bercuti. Dimanakah dia akan tinggal, adakah di samudera kerana rumahnya telah dirobohkan oleh pihak pemaju yang akan menjadikan kampung itu sebagai pusat pelancongan. Ayah Mir menyatakan sekarang ini rumah-rumah penduduk kampungnya telah dirobohkan oleh pihak pemaju, kehidupan nelayan hampir musnah suatu ketika nanti. Mereka tidak berhak menuntut apa-apa daripada pihak pemaju kerana tanah itu tidak bergeran, pemaju hanya menjanjikan sederet rumah papan panjang sebagai ganti rugi kepada penduduk yang terlibat. Amirah tidak dapat menggambarkan perasaan ayah kerana dia dengan samudera sudah sebati dan tidak dapat dipisahkan lagi. Apabila muncul pusat pelancongan sudah pasti ayah tidak dapat membelah samudera lagi. Hakimah rungsing melihat keadaan Amirah yang menjadi pemurung, lemah dan tidak bersemangat berbanding dulu dia seorang mahasiswi yang berjiwa kental. Hakimah menasihati Amirah bertemu kaunselor kerana mengalami konflik jiwa yang hebat iaitu skizofrenia.Dia kelihatan tidak bermaya dan mempunyai sikap bosan terhadap hidup, dan mengabaikan pelajaran. Hakimah perlu membantu Mir kerana dia tiada siapa lagi untuk meminta bantuan. Ibu Hakimah telah memberikan hadiah satu bungkusan kain berwarna kepada Mir dan teringin sangat hendak berjumpa dengan Mir. Ibu Hakimah berpesan supaya Mir selalu bersolat mendekatkan diri kepada Tuhan. Mungkin dia sepatutnya membuang perasaan kesalnya jauh-jauh seperti samudera yang tidak pernah berehat daripada bergelora, yang berubah hanya pantai iaitu kehidupan bapanya. Tiba-tiba Amirah terdengar suara ayahnya yang menasihatinya supaya berusaha membina kehidupannya pada masa akan datang. Dia tidak mahu Mir terlalu memikirkan hidupnya kerana perkara seperti itu telah menjadi satu suratan takdir. Mir perlu menggantikan rumah yang telah dirobohkan itu, ayahnya tumpang bangga dengan kejayaam Mir nanti. Ayah Mir berpesan lagi supaya dia akan menjaga samudera jangan sampai dikhianati, boleh dibangunkan tetapi keasliannya mestilah dipelihara. Bermula dari saat itu semangat Amira telah pulih kembali. Hakimah amat gembira melihat perubahan yang berlaku kepada Mir. Dia sudah menjaga solatnya dengan baik dan berkata kepada Hakimah Hadiah ibumu ini akan kupakai lima kali sehari Amirah kelihatan tenang berada di atas sejadah itu.

IBU DAN CEPER


Pengarang menceritakan tentang ciri-ciri atau sifat-sifat sungai yang amat dicintainya yang dipanggil Sungai Ceper. Sungai Ceper lurus, panjang dan mengalirkan air yang jernih, pasir berbiji halus, batu-batu kerikil yang berkilat mengalir dan ikan-ikan bergerak cerdas.Sungguh menarik sungai Ceper. Sungai Ceper diibaratkan sama dengan ibu pengarang yang lincah bergerak ke mana-mana sahaja khususnya ke bendang / sawah untuk mencari rezeki. Begitu juga Sungai Ceper yang mengalirkan air setiap masa tanpa mengira penat dan lelah untuk keperluan orang ramai.Sungai Ceper juga membekalkan makanan seperti ikan, udang, ketam dan sebagainya. Pengarang pernah turun ke lubuk Sungai Ceper untuk menangkap ikan bersama-sama rakannya. Betapa seronoknya mereka pada masa itu. Ibu akan berehat dan tidur pada waktu malam sahaja, apabila siang dia akan ke sawah, menetak mengkuang, gotong-royong kenduri di rumah jiran, menziarahi jiran dan lain-lain. Begitu juga aktifnya Sungai Ceper, bezanya pada waktu malam Ceper tidak berhenti mengalir suaranya kedengaran semakin garang terutama sewaktu air pasang selepas hujan lebat turun, deruannya terdengar sampai ke rumah pengarang. Sungai Ceper pernah juga mengamuk apabila hujan lebat turun di hulu, airnya telah melimpahi tebing sehingga menenggelamkan bendang ibu. Ibu telah mengamuk dan marah kepada Ceper kerana semua pokok padi habis tenggelam dan mati. Suara ibu memarahi bapa yang tidak mempedulikan nasib padinya sama garangnya suara Ceper yang melimpahkan airnya ke petak-petak sawah ibu. Ibu akur dengan takdir tetapi terus mengusahakan semula sawah selepas Sungai Ceper tenang kembali. Ibu sekali lagi mengamuk dan memaki-maki Sungai Ceper kerananya sekali lagi pokok padi yang hendak mengeluarkan buah menjadi banyak yang hampa kerana air Sungai Ceper tidak boleh membantu langsung kali ini. Kemarau panjang menyebabkan air Sungai Ceper menjadi amat tohor, manakala petak-petak sawah menjadi kering kontang sehingga lembu terpaksa diheret ke Sungai Ceper untuk minum air. Ibu terpaksa menggunakan telaga untuk mendapatkan air bagi kegunaan harian dan tidak bergantung kepada Sungai Ceper lagi. Semua peristiwa itu berlaku sepanjang 40 tahun yang lalu semasa pengarang masih muda remaja dan ibunya masih boleh melahirkan zuriat lagi. Namun sekarang ibu sudah tiada lagi, kerja-kerja di bendang diambil alih oleh bapa manakala pengarang sudah berkahwin, beranak dan bercucu. Bezanya Sungai Ceper masih wujud namun tidak seperti dahulu lagi. Airnya kotor, ikan-ikan tiada lagi dan arusnya semakin lemah. Semua ini terjadi sepuluh tahun lalu setelah ibu jatuh di bendang kerana terpijak tunggul kayu lama sehingga membawa ke mati. Ibu lumpuh dan tidak mampu bergerak lagi manakala bapa turun ke bendang untuk usahakan sawah tinggalan ibu itu. Pada masa itu pengarang sudah mendapat dua orang anak dan dia bertuah mendapat seorang isteri yang tidak kekok dengan kerja-kerja di bendang. Bapa hanya menjadi perawat ibu di rumah kerana sudah uzur untuk ke bendang. Bebanan yang dipikul oleh pengarang masih ringan kerana bapa tidak lumpuh seperti ibu. Pernah sekali pengarang menengking ibu semasa membasuh beraknya menyebabkan ibu menangis dan kemudian ibu meninggal dunia. Sungai Ceper juga menjadi lumpuh seakan-akan lumpuhnya ibu. Arus Ceper juga semakin lemah sudah tidak mampu menghakis tebing dan mengorek lubuk lagi. Pada masa yang sama Sungai Ceper telah dijadikan tempat membuang sampah sarap, bangkai, plastik dan lain-lain oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Baunya amat busuk sekali. Kemudian bapa terjatuh dan meninggal dunia, Sungai Ceper tiada apa-apa tindak balas lagi. Aliran Sungai Ceper menjadi semakin lemah dan membawa bersama-sama bangkai-bangkai, sisa-sisa, hampas-hampas, keladakkeladak dan kahak-kahak yang berbuih serta berulat. Sekarang pengarang pun sudah tua hanya mampu menjaga cucu di rumah bersama-sama isteri, ibu bapanya sudah lama meninggal dunia. Anak-anaknya telah menggantikannya untuk mengusahakan sawah ibu. Walaupun kuat mereka bekerja, Sungai Ceper tidak kembali seperti dahulu lagi. Aliran sungai Ceper telah berhenti tidak mengalir lagi. Dahan pokok kayu ditebing Sungai Ceper tumbang ke dada sungai Ceper menyebabkan Ceper tidak berdaya lagi bergerak dan akhirnya mati seperti ibu kaku tidak bergerak lagi.

Pelayaran yang Penuh Peristiwa


Dalam antologi Harga Remaja, Prosa klasik Pelayaran Yang Penuh Peristiwa, watak utama Awang Sulung MerahMuda sebagai anak raja telah menyamar sebagai budak hitam yang comot sehingga dipandang hina oleh Tuanku Nakhoda Tua. Ketika dilanda ombak yang bergelora, seisi geliung (kapal) telah mabuk dan jatuh pengsan. Anak Tuanku Nakhoda Tua, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa telah meminta dayangnya Si Kembang Cina pergi memanggil Awang Sulung Merah untuk mengemudikan geliung itu. Atas bantuan Awang Sulung Merah, geliung itu dapat diselamatkan .Setelah tiga hari kemudian , ketika laut sudah tenang, jurumudi di geliung itu telah sedar lalu mencabut kerisnya dan menikam seekor ayam . jurumudi itu menunjukkan keris yang berdarah kepada Tuanku Nakhoda Tua lalu mengatakan bahawa dialah yang menyelamatkan geliung itu. Tuanku Nakhoda Tua yang baru sedar daripada mabuk itu turut mempercayai jurumudi itu dan berjanji jika geliung itu selamat tiba di tanah Jawa, puterinya akan dikahwinkan kepada orang yang menyelamatkan geliung itu.Beberapa hari kemudian, anak kapal diminta mengambil air dan kayu api. Anak kapal lain telah pergi ke pulau untuk mengambil air dan kayu bakau. Sebaliknya Awang Sulung Merah telah berkayuh ke tengah laut untuk mengambil air laut dan membawa balik batang nipah. Setelah itu Tuan Puteri minum air laut itu dan mendapati bahawa air yang masin itu telah bertukar menjadi air yang manis.Tuanku Nakhoda Tua menghimpun semua anak kapal lalu mengumumkan bahawa sesiapa yang berjaya menyelamatkan baginda, puteri baginda dan geliung itu daripada bajak (lanun) ketika meredah kawasan Laut Sekona Lingga itu dikahwinkan dengan puteri baginda .Ketika melintasi perairan Pulau Salah Nama, kumpulan lanun telah menyerang geliung itu. Semua anak kapal telah melarikan diri untuk menyelamatkan diri sendiri. Tuan Puteri menyuruh Si Kembang Cina untuk meminta bantuan Awang Sulung Merah. Awang Sulung Merah merajuk. Tuan Puteri pun menyuruh Si Kembang Cina menyediakan air limau dan sabun kepada Awang Sulung Merah. Setelah mandi, Awang Sulung Merah kelihatan kacak dan berseri-seri. Ketika lanun ternampak Awang Sulung Merah mereka mengenali penghulu mereka lalu meminta ampu. Semua lanun telah menyerahkan semua dinar emas kepada Awang Sulung Merah untuk melangsaikan hutang kepada Datuk Batin Alam. Semua lanun pun undur dari situ.Sekali lagi jurumudi itu mencabut kerisnya dan menikam ayam lalu mengatakan bahawa dialah yang mengalahkan bajak dan menyelamatkan geliung itu. Tuanku Nakhoda Tua berasa gembira lalu hendak mengahwinkan Puteri Dayang Seri Jawa dengan jurumudi itu. Tuan Puteri memarahi ayahandanya lalu menjelaskan keadaan yang sebenarnya. Akhirnya Tuanku Nakhoda Tua mengadakan kenduri secara besarbesaran dan mengahwinkan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dengan Awang Sulung Merah.Setelah beberapa ketika kemudian, geliung itu pun belayar hingga Negeri Pati Talak Terengganu. Bujang Selamat telah dititahkan oleh baginda untuk bertanya tentang tujuan kedatangan rombongan Awang Sulung Merah. Atas keizinan isteri, Awang Sulung Merah dan anak buah pun diundang ke istana Negeri Pati Talak Terengganu. Awang Sulung Merah dijemput bertaruh dalam sabung ayam. Setelah Awang Sulung Merah berseru-seru, ayam baginda Kinantan Suci telah berjaya menewaskan ayam Bujang Selamat.

MERAH SILU

Setelah beberapa lama berkahwin, Merah Gajah dan Puteri Betong memperoleh dua orang putera. Putera sulung bernama Merah Silu dan putera bongsu bernama Merah Hasum. Puteri Betong mempunyai sehelai rambut yang berwarna keemasan di tengah-tengah kepalanya. Puteri Betong memberitahu Merah Gajah bahawa mereka berdua akan berpisah jika Merah Gajah mencabut rambut tersebut. Pada suatu hari, ketika Puteri Betong sedang tidur Merah Gajah mencabut rambut keemasan itu walaupun telah beberapa kali dilarang oleh isterinya. Merah Gajah menyangka tiada apa-apa perkara yang terjadi jika mencabut rambut tersebut. Namun begitu, setelah rambut itu tercabut, darah keluar dari liang rambut dan apabila darah berhenti mengalir, Puteri Betong mangkat.Orang suruhan Merah Gajah telah menyampaikan berita tersebut kepada ayahanda Puteri Betong, Raja Muhammad. Raja Muhammad yang marah itu telah telah menyerang dan membunuh Merah Gajah. Bapa Merah Gajah, Raja Ahmad terlalu marah apabila mendapat berita tentang kematian anakandanya itu. Peperangan antara Raja Ahmad dengan Raja Muhammad pun berlaku. Askar daripada kedua-dua belah pihak banyak yang cedera dan mati. Raja Muhammad dan Raja Ahmad turut terkorban dalam peperangan tersebut. Tinggallah Merah Silu dan Merah Hasum serta saki-baki rakyat yang masih hidup. Mereka berdua telah membuat keputusan untuk meninggalkan negeri Semerlanga itu untuk mencari tempat tinggal yang baharu. Mereka telah tiba di sebuah negeri, iaitu Beruana dan membuka perkampungan di situ. Merah Silu mendapati bahawa terdapat banyak ikan di dalam sungai dan menyuruh orangnya membuatkannya bubu. Merah Silu menahan bubunya di hulu sungai itu. Keesokannya, Merah Silu melihat bubunya dipenuhi cacing gelang-gelang. Setelah beberapa hari bubunya dipenuhi cacing gelanggelang, Merah Silu menganggapnya sebagai rezeki yang dikurniakan Tuhan. Cacing gelang-gelang tersebut direbus di dalam kawah. Dengan takdir Tuhan, cacing gelang-gelang itu menjadi emas manakala buihnya menjadi perak. Merah Silu telah menjadi orang kaya. Merah Hasum hanya mendiamkan diri apabila diberitahu orang tentang kejadian tersebut.Pada suatu hari, Merah Silu mengarahkan askar-askarnya untuk menangkap dan menjinakkan kerbau jalang (kerbau liar). Merah Silu telah mengupah orang untuk membuat anderak (lubang untuk menangkap gajah). Kerbau-kerbau liar termasuk ke dalam lubang besar tersebut dijinakkan dengan mencucuk hidungnya. Merah Hasum telah mendapat berita tentang perbuatan Merah Silu menangkap dan menjinakkan binatang liar yang tidak disukai oleh orang ramai itu. Merah Hasum menyuruh seorang hamba menyampaikan nasihatnya kepada Merah Silu. Dalam nasihatnya, Merah Hasum berpendapat bahawa perbuatan Merah Silu itu tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat di samping memalukannya. Jika Merah Silu enggan menerima nasihatnya, Merah Silu perlu keluar dari negeri itu.Merah Silu membuat keputusan untuk meninggalkan negeri itu dengan membawa segala hartanya dan juga kerbau. Merah Silu sampai di hulu Sungai Pasangan dan simpang hulu Karang. Setelah beberapa lama tinggal di situ, Merah Silu terpaksa berpindah mencari tempat baharu kerana kerbau telah memakan tanam-tanaman penduduk di negeri itu. Merah Silu tiba di sebuah negeri yang bernama Buluh Telang dan berjumpa dengan Megat Iskandar. Merah Silu meminta izin untuk tinggal di negeri itu. Megat Iskandar membenarkannya dan memberitahu bahawa terdapat banyak tempat untuk kerbau mendapatkan makanan di negeri itu. Merah Silu amat gemar menyabung ayam sehinggakan orang yang kalah pun dibayar taruhannya. Hal ini telah menarik orang ramai untuk datang menyabung ayam dengan Merah Silu dan apabila mereka pulang, Merah Silu memberikan seekor kerbau. Orang yang menonton juga mendapat seekor kerbau.Megat Iskandar dan Megat Kedah merupakan kakanda Sultan Malikul-Nasar, raja di Rimba Jerlun. Megat Iskandar dan Megat Kedah dan semua rakyat menyayangi Merah Silu. Pada suatu hari, Megat Iskandar telah berbincang dengan para pembesar dan sekalian rakyat untuk menabalkan Merah Silu sebagai raja negeri itu kerana kekayaan dan keturunannya daripada golongan raja. Tun Aria Benong (hulubalang Sultan Malikul-Nasar) tidak bersetuju dengan pertabalan tersebut. Merah Silu tetap ditabalkan menjadi raja. Setelah Merah Silu menjadi raja, Sultan Malikul-Nasar datang menyerang negeri itu. Dalam peperangan itu, Sultan Malikul-Nasar terpaksa berundur ke Benua. Merah Silu terus mengejar dan menyerang Sultan Malikul-Nasar di Pertama Terjun, Gunung Telawas, Pekersang dan Kumat. Akhirnya, Sultan Malikul-Nasar tewas di Kumat dan semua rakyat dan askarnya lari bersembunyi. Salah seorang hulubalangnya, Tun Aria Benong telah lari ke Barus dan ditangkap oleh Raja Barus. Merah Silu ditabalkan menjadi raja di Rimba Jerlun.

Hikayat Indera Nata Indera Janaka, Si Batu Kembar dan Raja Rom, akhirnya mati dalam unggun api yang marak. Indera Nata dan kesemua tujuh orang puteri berasa gembira. Setelah kemangkatan Raja Rom, bonda Indera Nata, Tuan Puteri Cenderawati menceritakan bahawa Raja Rom sebenarnya ayahanda kepada Indera Nata. Ia menceritakan peristiwa yang telah berlaku menyebabkan ia terpisah dengan Raja Rom. Puteri Cendera Kesuma kemudiannya menghidupkan kembali aja Rom dengan batu hikmat Betara Gangga. Raja Rom yang hidup kembali diberitahu kisah sebenar yang berlaku pada Puteri Cendera Wati satu ketika dahulu. Raja Rom menyesal lalu berterima kasih pada semua.Indera Nata, kemudiannya berkahwin dengan empat daripada tujuh puteri itu. Apabila diketahui oleh ayahanda kesemua puteri itu, mereka ingin mendapatkan semua anakanda mereka. Ketujuh-tujuh raja tersebut kemudiannya datang untuk menyerang Indera Nata namun setelah melihat keperibadian Indera Nata yang terlalu elok rupa paras dan terlalu tinggi budi pekerti itu, mereka membatalkan hasrat tersebut.Raksasa berasa marah kerana anaknya, Si Batu Kembar telah terbunuh oleh Indera Nata. Ia menyerang dan banyak rakyat Rom yang dimakannya. Walaupun cuba dimakan dan dihempas, Indera Nata dengan berani dan gagah berjaya mengalahkan raksasa itu dan merantainya.Raja Rom dan kesemua tujuh raja berasa kagum dengan kehebatan Indera Nata. Indera Nata membenarkan kesemua tujuh puteri untuk kembali ke negara masing-masing tetapi mereka enggan berpisah dengan Indera Nata. Kesemua tujuh raja menerima hakikat tersebut dan bermohon kembali ke negara masing-masing.

Hikayat Khoja

Khoja Mamiun hidup bahagia bersama-sama dengan isterinya, Bibi Zainab. Dia adalah saudagar yang sangat kaya di negeri Ajam. Khoja Maimun diberitahu oleh Bayan bahawa tiga hari lagi ada saudagar ingin membeli sanbal. Terbukti tiga hari kemudian datanglah saudagar mencari sanbal. Oleh sebab semua sanbal sudah dibeli oleh Khoja Maiman, maka saudagar itu membeli sanbal daripada Khoja Maimun. Hasil keuntungan perniagaan itu digunakan untuk membayar harga burung bayan. Khoja Maimun juga membeli burung tiung betina. Burung tersebut diletakkan di dalam satu sangkar bersama-sama burung bayan. Pada suatu hari, ketika Khoja Maimun belayar untuk berdagang, Bibi Zainab termenung di tingkap. Tiba-tiba dia terpandang akan seorang anak raja yang kacak sedang menunggu kuda. Mereka saling berpandangan dan berbalas senyuman. Anak raja itu memintas jasa baik perempuan tua untuk mendapatkan Bibi Zainab dengan apa cara sekali pun. Bibi Zainab pula tidak menolak sebaliknya berpesan kepada perempuan tua yang dia akan berjumpa dengan anak raja pada sebelah malam. Burung tiung menasihati Bibi Zainab agar tidak curang kepada suami kerana azab perempuan menduakan suami akan dimasukkan ke dalam neraka jahanam selama seribu tahun. Burung tiung itu dihempas oleh Bibi Zainab lalu mati. Burung Bayan melengah-lengah Bibi Zainab daripada berjumpa dengan anak raja itu dengan bercerita tentang Hikayat Bayan. Bibi Zainab mendesak burung bayan agar bercerita dahulu sebelum dia berjumpa dengan anak raja itu. Setelah habis bercerita, bayan itu menyuruh Bibi Zainab berjumpa dengan anak raja itu. Tetapi malangnya hari sudah jadi siang. Pada hari yang berikutnya ketika Bibi Zainab bersiap-siap untuk berjumpa dengan anak raja itum burung Bayan mula bercerita tentang Hikayat Taif. Bibi Zainab mendesak Burung Bayan agar terus bercerita tentang hikayat tersebut. Setelah habis bercerita, Bayan menyuruh Bibi Zainab pergi berjumpa dengan anak raja itu tetapi malangnya hari sudah siang. Begitulah juga pada hari-hari yang berikutnya, apabila Bibi Zainab bersiap-siap untuk berjumpa anak raja itu, burung Bayan mula bercerita tentang pelbagai hikayat. Kebijaksanaan burung Bayan berjaya menghalang Bibi Zainab bertemu dengan anak raja. Akhirnya Bibi Zainab terhindar daripada perbuatan menduakan suaminya yang tiada di rumah pada ketika itu.

Melunas Rindu
Fuad ialah seorang pemuda yang berketurunan Cina dan beragama Islam. Selain nama Fuad, dia juga memiliki dua nama lain iaitu Joshua dan Abdul Halim. Ayahnya ialah Robert Lim yang berketurunan Cina dan berkahwin dengan Mariana yang berketurunan Melayu. Walau bagaimanapun, hidupnya penuh dengan liku kerana sejak kecil lagi dia tidak mengenali dan tidak mendapat kasih sayang daripada ibu dan bapanya. Dia dibesarkan oleh Peter Lim iaitu bapa saudaranya yang juga adik kepada Robert Lim iaitu ayah kandungnya yang sebenar. Selepas itu dia menjadi anak angkat kepada Pak Ismail dan Mak Salmah. Fuad berusaha untuk mencari kubur ibunya yang disangkanya sudah meninggal dunia Fuad yang telah diminta moral daripada Pak Ismail, Mak Salmah, Peter Lim, Swee Lan, dan Robert Lim sendiri memberikan bantuan untuk mengesan ibunya melalui cincin yang diberikan Robert Lim kepada Mariana. Selain itu, Fuad juga dibantu oleh Pak Said dan Pak Ngah Lias untuk mengesan kubur ibunya itu. Akhirnya Fuad mendapat maklumat bahawa ibunya tidak meninggal dunia dan masih hidup. Fuad telah ditawarkan sebagai guru sandaran tidak terlatih di Sekolah Menengah Seri Setia oleh Cikgu Abas. Setelah mempertimbangkan Fuad telah menerima tawaran tersebut. Di sekolah itu Fuad telah berkenalan dengan Farhana yang menjadi Ketua Panitia Bahasa Inggeris di sekolah yang sama. Fuad sentiasa memberikan komitmen yang tinggi terhadap tugasnya dan hubungannya menjadi semakin rapat dengan Farhana. Hubungan yang rapat itu akhirnya melahirkan perasaan cinta yang suci antara mereka berdua. Walau bagaimanapun, perasaan itu terpaksa diubah kerana hubungan mereka sebenarnya adalah sebagai adik-beradik daripada ibu yang sama tetapi berlainan bapa.Sementara itu Farhana menghadapi konflik dengan Cikgu Zamani di sekolah. Hal ini demikian kerana, Cikgu Zamani selalu mengkritik dan mengutuknya dengan pelbagai kritikan dan kutukan. Farhana pula mengatakan bahawa Cikgu Zamani tidak sepatutnya ponteng kelas dan tidak menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya. Sepatutnya cikgu Zamani melakukan tindakan yang selaras dengan perkara yang dikatakannya. Dia selalu mengatakan orang lain sahaja yang melakukan kesalahan dan kesilapan tetapi tidak menyedari bahawa dia sendiri melakukan kesalahan.Fuad pula menunjukkan keprihatinannya dengan mengambil berat terhadap Farhana. Sebagai contohnya, Fuad mengajak Farhana menaiki keretanya dan dia menghantar Farhana ke rumah ibu Farhana di Kuantan. Selain itu, Fuad juga menemani Farhana di hospital ketika ibu Farhana, iaitu Mariana yang diserang sakit lelah dimasukkan ke hospital. Ketika berada di hospital itulah Fuad mengetahui bahawa nama emak Farhana itu sama dengan nama ibu kandungnya selepas terpandang nama emak Farhana pada rekod catatan perubatan ibu Farhana.Fuad terpaksa menenangkan perasaan Farhana yang agak sukar menerima hakikat bahawa mereka berdua ialah adik-beradik. Fuad cukup bersedia untuk menerima hakikat itu kerana dia sudah biasa hidup dalam keadaan yang penuh dengan cabaran dan masalah. Ayah kandung Fuad juga mengesali perbuatan silamnya yang meninggalkan Mariana selepas tiga bulan berkahwin tanpa sebarang berita. Robert Lim memohon maaf daripada Pak Ismail, Mak Salmah dan juga Mariana atas kesalahan-kesalahannya itu. Fuad juga akhirnya menerima hakikat bahawa Robert Lim ialah ayah kandungnya, Mariana sebagai ibu kandungnya dan juga Farhana sebagai adik kandungnya.

Anda mungkin juga menyukai