Anda di halaman 1dari 4

Wah, oh, Wah!

'" Mikraj memanjangkan lehernya menjenguk

Wah. Sesekali dia terbongkok-bongkok. Dia nampak Wah naik dari sungai, Sungai Perak. Kendatipun Wah
sudah lanjut usia, namun langkahnya tetap pantas dan teratur sekali laksana seorang primadona.

"Lama sampai?" aju Wah dan salam yang dihulur oleh tetamu dari Bukit Antarabangsa itu disambutnya
dengan pantas.

"Baru," Adam, anak tunggal Wah, segera menjawab.

Mereka mengekori Wah naik ke rumah. Tatkala anak tangga dipijak, pasti berkeriut bunyinya. Dahulu,
Adam pernah menyatakan hasratnya untuk membawa Wah tinggal di Kuala Lumpur, tetapi Wah menolak
dengan pelbagai alasan.

Gambaran ketidakselesaan jelas terbayang pada wajah Israk. Dia menjodong. Mujur gitar yang dibeli di
Buenos Aires dibawa bersama. Penghibur ketika waktu bosan. Siti Hawa yang memerhatikan tingkah
anak bujangnya itu hanya menggeleng. Geleng ibu bukan sebarang geleng. Israk yang dibesarkan di Perth
itu langsung tidak pernah menjejakkan kaki ke rumah Wah. Inilah pertama kali dia melihat Wah dari
dekat. Hidup Wah nampak berbeza daripada hidupnya. Baginya, pengajiannya dalam bidang korporat itu
tidak akan menjadikan hidupnya seperti Wah. Temperamen mengatasi segalanya.

"Adam, bawalah anak bini kamu ke dapur. Tadi, mak pungut buah-buahan, tu. Makanlah," kata Wah
dengan tenang sekali.

Mikraj mengintai Wah melalui langsir pintu bilik yang bergerak ditampar angin desa. Wah bersolat sebaik
sahaja azan selesai berkumandang. Wah orang alim kerana lahir dalam kalangan orang-orang alim.

"Wow, lawanya!" Mikraj berteriak ketika melihat isi buah durian yang keemas-emasan itu.

Seperti biasa pilihannya ialah 'kucing tidur'. Siti Hawa turut berebut dengan anak gadisnya itu. Tetapi,
yang tua biar beralah. Panjang umur, esok lusa boleh rasa. Israk tidak menyentuh walau sedikit pun
buah-buahan tempatan itu. Dia tidak berbangga merasai buah-buahan tempatan secara percuma, tidak
seperti di kota. Israk sugul. Matanya seolah-olah memperli keadaan sekeliling. Hidungnya pula mengejek
aroma buah-buahan di hadapannya.

"Israk, rasa ini," Adam menghulurkan sepulur durian.

Bertambah muaklah Israk. Dia menolak dengan baik. Maklumlah di hadapannya kini seorang wira
keluarga. Israk terpaksa berlakon untuk memenuhi kehendak wira itu.

"Dulu, buah dari kebun Wahlah yang menghantar pa menjadi seorang insan yang dominan. Pa bersyukur
kerana Dia Yang Maha Kaya menganugerahkan rezeki seperti ini. Kalau tidak sudah tentu muka pa ini
orang boleh jumpa di tapak binaan atau di ladang kelapa sawit." Adam bersuara untuk menyedarkan
Israk akan asal usulnya.

"Itu masalah pa. Sudah menjadi sejarah. Buat apa dikenang lagi."
"Kalau tidak kerana sejarah, kita tidak akan hidup. Contohnya, sejarah kemerdekaan negara kita ini. Jika
kita tidak mengambil iktibar daripadanya, tentu kita akan melakukan kesilapan yang stereotaip."

Wah keluar dari biliknya dengan wajah yang jernih akibat curahan wuduk. Persis Siti Hajarkah? Atau Siti
Maryam?

"Israk, jamahlah buah-buahan, tu dulu. Wah kutip semata- mata nak bagi kamu rasa." Lembut bicara
Wah memujuk cucunya itu.

Israk menggeliat menepis tangan berbelulang itu. Mikraj yang memerhatikan sejak lama diam membatu.
Pegun. Dia bagaikan gunung berapi pendam.

"Cekodok aje? Airnya pula macam air Sungai Kelang!" rungut Israk bagaikan tuan besar.

"Abang ni macam perempuan. Cerewet tidak semena-mena. Makan sajalah! Atau abang mati
kebuluran." Asap kemarahan dilepaskan sedikit demi sedikit.

"Buang masa saja tinggal di sini!" Bara kata-kata Israk itu memanaskan lagi telinga Mikraj.

Bersarang perasaan geramnya di dalam hati apabila Israk beredar. Lagak Israk menewaskan lagak orang
yang berlagak. Dia masih belum sedar daripada mimpinya. Agaknya kalau ditimpa musibah baru dia akan
sedar. Sudah terhantuk baru tengadah.

Israk menekan punat televisyen. Malangnya tiada apa-apa pada skrin. Kaca TV hitam sahaja. Israk
mencebik.

"TV pun rosak!" Sengaja ditinggikan suaranya seperti 'injak naik' yang menaikkan jumlah voltan arus yang
mengalir.

Dengan sopan kerusi ditolak ke bawah meja. Mikraj menapak ke ruang tamu seluas 4 m x 6 m itu. Mata
bundarnya memandang Israk yang mundar-mandir di situ. Bagaikan cacing kepanasan. Sesungguhnya dia
tidak serasi dengan situasi di situ, di rumah Wah, Kampung Sayong.

"Bukankah Wah lebih tua daripada kita. Lagipun dia nenek kita. Tentu orang cerdik seperti abang tahu
tanggungjawab!"

Israk melemparkan pandangan ke luar jendela. Daun pokok pisang melambai-lambainya seolah-olah
mengejinya. Dia mengetap bibir.

"Abang, kalau tanpa Wah, pa tidak lahir ke dunia. Sekali gus kita berdua pun tidak melihat dunia seperti
sekarang."

"Teori pembiakan manusia itu abang sudah tahu. Tak perlu diajar lagi!"

"Ini peluang bagi abang menyesal kemudian hari." "Kurang faham!"

rebutlah. Jangan pula abang


"Abang terlalu mengikut hati, atma, perasaan, jiwa, kalbu, garisah, naluri, dan sebagainya termasuk
nafsu! Sepatutnya abang yang memandu hati, bukan hati yang memandu abang!"

Israk menoleh ke arah Mikraj. Bengkak lagi hatinya dituduh sebegitu.

"Kurang faham!"

"Nafsu kekayaan! Kita tidak sebulu, abang."

Mikraj menuruni anak tangga dengan penuh hati-hati. Maklumlah rumah Wah sudah uzur. Hujan panas
berjaya ditangkis begitu juga dengan El Nino serta La Nina. Rumah inilah yang menyaksikan kehidupan
Wah yang sebenarnya sekali gus menyimpan sejuta rahsia hati Wah.

Tanggal 4 Oktober yang lalu beberapa orang dari Majlis Daerah datang ke rumah Wah. Mereka ingin
membeli rumah Wah untuk dijadikan satu daripada pusat pelancongan. Wah menolak kerana masih
berpegang pada amanah ibunya. Wah juga dibantu oleh Lebai Saleh dalam memberi alasan yang
munasabah agar pihak tersebut tidak berkecil hati.

Ketika Wah masih remaja (tidak seperti remaja pada masa kini), Lebai Saleh pernah bertakhta di hati
Wah. Tetapi mereka terpisah setelah Lebai Saleh mengaji di Mesir. Mereka berjumpa semula, tetapi
waktu itu Lebai Saleh sudah beristeri dan beranak tiga. Manakala Wah sudah menjadi milik Firdaus
Frank, anak buah Frank Swettenham. Wah wanita tabah. Sewaktu kandungannya masuk sembilan bulan
tiga hari, suaminya meninggal dunia, iaitu sebelum pa lahir. Wah memang cekal. Persis Siti Maryamkah
atau Siti Hajar?

Mikraj tersentak daripada lamunan yang melangit ketika Wah mengacannya. Mikraj mengusik Wah, Wah
memicit hidung Mikraj. Mikraj mengenyit mata, Wah memuncungkan mulutnya. Mikraj senyum, Wah
ketawa tetapi ketawa Wah cuma tiga dekah. Kata Wah jika ketawa lebih-lebih gelap hati jadinya. Intim
sungguh mereka berdua. Israk mengintai dari jendela. Perasaan cemburu tidak berputik sekelumit pun
dalam dirinya.

"Siapa tu, Wah?" tuding Mikraj ke arah insan mereka.

yang melintasi

"Man Bujal. Kawan kamu masa kamu berhingus dulu. Sekarang dia udah jadi doktor."

Mikraj naik hairan bin ajaib. "Doktor kurus melidi?" "Doktor kepada dirinya sendiri," jelas Wah sambil
tersenyum lalu ternampaklah seribu kedutan pada durja rahsia Wah.

“Itulah orang sini! Impian terkubur, cari jalan belakang!”

sampuk Israk dari atas.

"Abang, kawal mulut abang, tu!"

"Sudah, buat apa cari gaduh. Tak baik," pujuk Wah. "Sikap abang melampau, Wah."
"Jering tempoyak lagi!" rungut Israk.

Terkedu Wah mendengarnya. Hati Wah luruh sedikit. Wah berasa rendah diri serendah mutiara di lautan.
Dipandangnya al-Maidah di atas meja. Itulah yang dimakannya hampir saban hari. Israk sahaja yang tidak
mengerti.

"Abang jangan nak cari fasal dengan saya. Kalau abang tak gemar, makan rumput. Harap belajar saja
tinggi, tapi...."

"Tapi apa? Tapi aku bodoh?" Israk berang.

"Tengok tu. Membabi buta!" Mikraj mengherdik.

"Menyesal tinggal di sini." Israk berkawad meninggalkan dapur.

“Kalau menyesal, baliklah KL! Tahukah abang cari bas? Beranikah naik bot tambang?" sempat juga Mikraj
melepaskan peluru perli ke atma Israk.

Geram Israk memuncak. Dia mengganas dengan merentap langsir kuning raja Wah. Tupp! Dawai langsir
terputus dan langsir menjilat lantai kayu merbau itu. Wah memandang Mikraj dan langsir silih berganti.

"Abang tak mahu pergi kebun? Apa kata abang pergi sebelum abang jadi ahli korporat nanti," rayu
Mikraj.

"Tak perlu!" Israk mengayun kata-kata.

"Mengapa? Abang takut nyamuk? Agas? Atau seram dengan nyanyian cengkerik? Mengapa abang terlalu
berlagak akhir-akhir ini?" Suara Mikraj makin lama makin meninggi.

Israk menarik nafas dalam-dalam, dan berkata, "Mengapa kau terlalu menjaga tepi kain orang?"

"Saya kasihan melihat Wah. Abang menghina, mengeji, menyakiti Wah. Paha kanan tercubit paha kiri
turut berasa sakit. Abang sedar tak, Wah lebih tua daripada abang!” and

"Aku cukup pantang kalau diherdik oleh budak kecil!"

"Saya ajak pa dan ma bawa abang balik kampung semata-mata mahu abang mengenali Wah yang
membela abang sejak berusia satu hari lagi. Abang tahu, Wah benar-benar terhiris sewaktu atuk 'Perth'
bawa abang lari. Sejak itu abang langsung tak mengenali Wah. Saya mahu abang belajar erti kepayahan,
kekecewaan, dan ketabahan wanita. Wah orangnya seorang butir bicara Mikraj diiringi mutiara mata.

Anda mungkin juga menyukai