Anda di halaman 1dari 38

Guys jangan lupa petang ini bermula episod baru HORRORZONE 5 (kisah Uzair)...

permulaan sejarah uzair.. mesti ramai tak puas hati dengan ending horrorzone 4
yelah semua yang bantu danish dan nurul mesti mati. Tapi uzair dengan mudah boleh
tumpaskan ucop. Nak tau kenapa uzair mudah tewaskan ucop... kenalah baca kisah
uzair. Siapa sebenarnya uzair ni baru lah korang boleh tau kenapa uzair boleh
dengan mudah tewaskan si ucop ni.....

BLACK MAGIC (HORRORZONE 5)


BY ASLAN KIEDANG

PROLOG

_permulaan sebuah kesedihan_


Serangan dan pembantaian mula berkemuncak apabila kumpulan ilmu hitam dapat
mengetahui ada seorang bayi yang bersembunyi di balik perlindungan orang kampung.
Seluruh warga kampung cuba mempertahan kan kampung mereka tapi kesemua mati
dibunuh.
Mayat warga kampung mula bergelimpangan di serata tempat. Rumah² habis terbakar.
Mayat lelaki dan perempuan saling berdekatan. Pembunuhan beramaian itu hanya kerana
kumpulan ilmu hitam itu diperintahkan untuk memburu seorang bayi yang akan
membinasakan kumpulan mereka.
'Mustahil mereka boleh tahu kampung kita ni! Sedang kan kampung ini di pagar agar
mereka tidak dapat melihat!!!' Tegas bebe tua.
'Maafkan saya bebe... saya yang bersalah...' ujar rita.
'Apa maksud kau rita?' Soal bebe tua.
'S... saya beritahu rahsia ini pada suami saya....'balas rita.
'Kamu.....' balas bebe tua terkejut.
Satu tikaman menembusi dada bebe tua. Darah memercik ke wajah rita. Bebe tua dengan
pantas menumbuk dada ahli kumpulan ilmu hitam dengan kekuatan ghaibnya. Lantas bebe
tua menoleh ke arah rita.
'Bawak anak kamu pergi dari sini!!!!!' Jerit bebe tua.
'T.. tapi bebe!' Jerit rita.
'Jangan peduli kan aku! Selamatkan anak kembar kau rita...' balas bebe tua.
'Jangan biar dia terlepas!!!!!!' Jerit mahat.
'Baik ketua!!!' Balas mereka serentak.
'Kuzir... betul ke kau setia pada ketua kita dan ahli kumpulan kita...' soal mahat.
'Apa maksud kau.' Balas kuzir.
'Buktikan.' Balas mahat sambil menghulurkan parang.
Kuzir berjalan meninggalkan mahat. Mahat tersenyum puas apabila melihat kuzir bakal
membunuh isterinya sendiri. Sementara itu rita berlari meredah hutan di hadapannya
sampaii lah ke tebing yang tinggi. Kaki rita terhenti sambil mendukung anaknya.
'Anak makkk....isk...isk.' rita memeluk erat bayinya.
Bila di kenang dia terpaksa mengorban salah satu bayinya agar satu lagi mampu
diselamatkan. Rita menyesal semahu² kerana dia gagal menyelamatkan anaknya.
'Isk...uzair.. bila dah besar... mak harap uzair tak benci kepada mak... isk... mak
harap uzair mampu membesar tanpa sikit pun sifat dendam. Mak yakin satu hari nanti
uzair akan mampu menyelamatkan semua orang di sekeliling uzair.
Bayi yang di dukung kelihatan nyenyak tidur. Sedikit pun tiada renggek dari bayi
tersebut. Rita memeluk erat uzair. Dia terlalu sukar untuk meninggalkan uzair. Dia
menangis semahunya. Abang kembar uzair telah di sembunyikan di balik semak
berdekatan. Uzair pula di sembunyikan sejauh yang mungkin agar tidak ada ahli
kumpulan ilmu hitam menemui uzair.
'Mak sayang kamu dan abang kamu buat selama² nya.' Balas rita sambil mengucup dahi
uzair.
Rita menutupi uzair dengan dedaunan yang berselerakkan. Lalu dengan lantas dia
menanti suaminya yang juga merupakan ahli kumpulan ilmu hitam dan salah seorang
telah menyerang kampung mereka.
'Rita....' ujar kuzir sebaik muncul.
'Jangan mimpi kau akan dapat kedua anak kita.' Balas rita.
'A.. abang taknak bunuh rita.. abang sayang kan rita.' Balas kuzir.
'Jangan sayang saya... tapi sayang lah pada sang pencipta.' Balas rita.
'Serahkan uzair.. supaya abang mampu menyelamatkan nyawa sayang.' Balas kuzir.
'Isk... maaf bang.. saya lebih rela mati dari serahkan kedua anak kita pada
abang...isk' balas rita.
'Tak! Sayang dah salah faham!' Tegas kuzir.
'Takda yang salah faham abang...isk...' esak rita.
Tiba² mereka mendengar bunyi tangisan budak dengan pantas kuzir dan rita menoleh ke
arah suara tangisan tersebut. Terlihat salah satu anak kembar mereka ada bersama
mahat.
'Kuzir! Kau pilih isteri kau atau nyawa anak kau!' Tegas mahat.
'Bangsat kau mahat....' ujar kuzir.
Dengan pantas rita berlari ke arah suaminya. Parang yang dipegang suaminya
menembusi perutnya. Kuzir terkejut melihat rita bertindak sebegitu. Darah menyembur
ke muka kuzir.
'M..maaf bang... tapi anak kembar kita yang satu lagi dah mati... s.. saya jatuhkan
dia ke dalam gaung..' bisik rita.
'T... tapi sayang.. kenapa... kenapa macam ni.' Balas kuzir.
'S.. sebab saya nak jumpa anak kita bang...' balas rita sambil berundur setapak ke
belakang.
Dengan pantas rita melompat terjun dari tebing yang tinggi. Kuzir dapat melihat air
mata isterinya sebelum rita hilang dari pandangan.
'Tidakkkkkkk!!!!!!!!!!!!!' Jerit kuzir.
'Kuzir! Anak kau yang sorang ni nak aku tolong bunuh kan ke?' Soal mahat.
'Kau lepas kan anak aku mahat... jangan kau sentuh dia.' Balas kuzir.
'Tapi arahan ketua supaya aku menghapuskan keturunan kau." Balas mahat.
'Aku akan ajar dia supaya taat pada ketua kita.' Balas kuzir.
'Hehehahahaha! Mampu ke kau kuzir.' Soal mahat.
Dalam sekelip mata parang di tangan kuzir terletak di leher mahat. Ahli kumpulan
yang lain terkejut dengan tindakkan kuzir.
'Kau berani sentuh anak aku... aku bunuh kau.' Tegas kuzir.
'Hehehe.. k.. kau cuba nak mengkhianati ketua ke.' Ujar mahat.
Tiba² kepulan asap hitam menguasai kawasan mereka. Asap hitam itu kemudian
perlahan² membentuk satu entiti yang besar dan tinggi.
'Mahat!!!! Lepaskan anak itu... aku percaya pada kuzir...' balas suara ghaib
tersebut.
Kesemua mereka yang tunduk menyembah entiti tersebut terkejut mendengar arah ketua
mereka. Mahat dengan pantas berdiri sambil berjalan ke depan.
'Tapi macam mana kalau budak ini lah anak yang kita buru!' Tegas mahat.
'Mahat... aku yakin budak ini bukan anak yang kita buru. Beri kan kepada kuzir...'
ujar suara ghaib.
Kuzir mengambil kembali anak kembarnya dari mahat. Dia memeluk anaknya dengan erat.
Air matanya mengalir semahu² apabila dia memeluk anak kembarnya.
'Kuzir... ajar dia menjadi seorang yang kejam. Dan jangan tanam sifat kasih sayang
dalam.hatinya. dan mulai sekarang kita akan menyesatkan umat manusia mengunakan
jalan dari alam ini.... ' balas suara ghaib.
'Tapi jin keturunan islam akan terus menganggu kita! Apakah kita mampu menyekat
mereka!' Ujar mahat.
'Kuzir... kau jadi pemerintah baru pada alam ini.. ingat jangan satu pun yang
berbangsa islam mampu terlepas ke dunia sebelah... faham..' balas suara ghaib.
'Menurut perintah ketua.' Balas kuzir.
Mereka mula berjalan meninggalkan kawasan itu. Tanpa mereka sedar di sebalik pokok
ada seorang manusia yang sedang mengigil ketakutan. Kemudian manusia itu mendengar
suara esakkan tangis bayi. Manusia yang itu membawa pergi bayi itu sambil berdoa
semoga dia menemui jalan pulang dari dunia aneh ini.......
£bersambung£
BLACK MAGIC (HORRORZONE 5)
BY ASLAN KIEDANG
PART 1

Udin. Lelaki gila yang dipinggir kan oleh warga desa rambai. Dia sama sekali tidak
pernah di layan atau di lawati oleh warga kampung. Malah udin yang menjumpa budak
pun tidak pernah mereka mengendahkan.
Tahun demi tahun. Uzair kini mula membesar seperti anak remaja yang lain. Uzair
sedikit sebanyak ingin mengetahui latar belakangnya. Kerana sejak dari kecil uzair
sering di pinggirkan juga oleh rakan sebayanya kerana dia di anggap sebagai orang
gila. Mereka tidak tahu apa yang uzair nampak dan rasa.
'Bah... o abah..' panggil uzair.
'Ya kau nak apa budak?' Soal udin.
'Bah... abah jumpa uzair kat mana? Siapa mak bapak uzair?' Balas uzair.
'Mana aku tau? Mak kau semut kot... lepas tu bapak kau mungkin gajah kot...
diaorang kahwin lepas tu dapat kau.' Balas udin sambil tersenyum.
'Mak semut? Bapak gajah? Apa abah merepek ni?'soal uzair sambil tersenyum.
'Dah tu kau tanya aku kenapa? Apa kau ingat orang gila macam aku ni tau ke pasal
latar belakang kau.' Soal udin.
'Habis tu kenapa abah jadi gila?' Soal uzair.
'Heiii budak ni.. sesuka je cakap aku gila.. karang aku panggil lalat ni gigit kau
karang!'jerit udin.
'Lah... tadi abah juga yang ngaku abah gila... lps tu abah marah kat uzair pula.'
Balas uzair.
Udin tidak mengendahkan omelan uzair. Dia menyibuk bercakap dengan semut. Uzair
sedar dia di besarkan oleh udin yang di anggap gila oleh penduduk kampung rambai
ini. Tapi sikit pun uzair tak kisah sebab dia yakin semua yang terjadi atas
kehendak allah. Dia hanya mampu menerima dengan keterbukaan hatinya saja.
Uzair yang dalam perjalanan ke kedai di halang oleh to'ki dan rakannya. Mereka
mengepung uzair dengan muka bengis. Dari pemakaian mereka uzair yakin to'ki dan
rakan baru sahaja pulang dari sekolah.
'Weii anak orang gila.. aku nak tanya kau. Kenapa kau rapat dengan awek aku?' Soal
tok'ki.
'Awek kau? Siapa?' Soal uzair kembali.
'Heii kau ni karang... makan tapak kaki.' Ujar iqmal.
'Lah... apahal nak kena makan tapak kaki? Entah² korang yang gila kot?' Soal uzair.
'Biadap kau!!!' Tegas to'ki.
Baju uzair di rentap. Wajah to'ki dan uzair saling berdekatan. Uzair memandang
wajah bengis to'ki. Dia sikit pun tidak berkelip. Tiba² seorang gadis datang dan
menolak kedua mereka.
'To'ki kau dah kenapa?' Soal nurin.
'Nurin sayang... i cuma nak ajar si anak orang gila ni jangan kacau girlfriend
orang!.' Tegas to'ki.
'Siapa girlfriend kau? Eeewww... plese lah.. dah lah gangster kampung.' Balas
nurin.
'Sakitnya hati... nasib baik nurin comel.. kalau tak haishhh mampus budak gila ni
abang ajarkan.' Balas to'ki.
'To'ki... sedar sikit kita ni dah nak ambil spm. So plese lah jangan macam budak²
boleh tak. Kita ni tinggal sikit masa je lagi lepas tu kita semua akan mula masuk
ke alam dewasa... so plese jangan nak lebih².' Balas nurin.
To'ki kematian kata² dia meludah ke muka uzair dan berlalu pergi. Uzair hanya
tersenyum sambil mengesat air ludah di mukanya. Nurin membantu uzair untuk bangkit
kemudian mereka berjalan ke arah sungai berhampiran.
'Kenapa nurin nak kawan dengan uzair?' Soal uzair.
'Sebab uzair baik. Tak macam to'ki tu. Dahlah hitam.. tak hensem lagi tu. Perasan
lebih.' Balas nurin.
'Tapi kan to'ki di minati para gadis di desa rambai ini.' Balas uzair.
'Diaorang minat bukan sebab to'ki hensem... tapi sebab to'ki anak ketua kampung je.
Cuba kalau to'ki miskin. Mana mau nya diaorang layan.' Balas nurin.
'Hahaha...' gelak uzair.
'Oh ya uzair. Uzair tak cari ke mak ayah kandung uzair...' soal nurin.
'Uzair dah cari tapi gagal.... abah udin pun tak boleh nak bagitau siapa uzair
sebenarnya.' Balas uzair.
'Tapi uzair kan boleh berusaha mencari keluarga kandung uzair.' Balas nurin.
'Kalau uzair pergi dari kampung ini.. ini bermakna uzair akan tinggalkan abah udin.
Dia dah lah macam tu... takkan uzair nak tinggal kan dia. Karang ada yang atap
rumah orang dia makan.' Balas uzair.
'Hahahaha... sampai macam tu sekali... tapi betul juga kalau uzair pergi... nanti
mesti nurin sendirian.' Balas nurin.
'Hai... takkan lah nurin takda kawan? Kalau macam tu baik nurin duduk je ngan kami
senang jadi orang gila.' Balas uzair.
'Hahahah... bukan macam tu maksud nurin. Ada je kawan... tapi mereka tak macam
uzair... ' balas nurin.
'Maksudnya? Nurin nak jadi gila macam abah udin ke?' Soal uzair.
'Tak... bukan macam tu. Maksudnya.. bila nurin duduk ngan uzair nurin rasa tenang
je... yang nurin pelik...Baju ngan sluar uzair semua kotor... tapi bau badan uzair
mengalahkan to'ki..' jelas nurin.
'Kenapa busuk ke?' Soal uzair.
'Takkk.... uzair... bagi lah nurin habis kan cakap dulu.' Balas nurin.
'Hah... cakap lah.' Balas uzair.
'Bau badan uzair harum.... harum kasturi...' balas nurin.
'Merepek lah nurin.' Balas uzair.
Mereka ketawa bersama. Sementara di sebalik pokok sepasang anak mata memerhati kan
mereka. Lelaki itu kelihatan seperti terlalu marah pada uzair yang rapat dengan
nurin. Dia mencengkam sekuat yang boleh batang pokok itu
'Sial kau uzair.. memang nak mampos kau!'tegas lelaki itu.
Sementara di sana. Nurin dan uzair terdiam seketika. Kemudian nurin teringat akan
sesuatu. Dengan pantas nurin mengeluarkan seutas jam tangan pada dan di beri kepada
uzair.
'Apa ni?' Soal uzair.
'Selamat hari jadi uzair... nurin harap uzair jaga baik² jam ini ye.' Balas nurin.
Uzair terkejut. Lalu dia menerima dengan senyuman lebar. Uzair tak tau kenapa nurin
baik dengan dia. Tapi dia yakin nurin ikhlas berkawan dengan dia. Sementara itu di
satu kawasan tanah bergoncang dengan kuat. Mahat yang kini berusia hampir 60 tahun
masih sama muda seperti dahulu.
'Kenapa tanah bergegar ni?' Getus hati mahat.
'Mahat!!!!!!!!!!' Jerit satu suara ghaib.
'Ya ketua!'balas mahat sambil melutut.
'Dia masih hidup mahat!!!! Dia masih hidup!!! Hari ini merupakan hari kelahiran dia
mahat!!!! Makna nya kekuatan ghaib dia mula berkembang mahat!!!!!!!!!' Gema suara
ghaib itu.
'Maafkan aku ketua! Aku akan segerq menghubungi panglima kita untuk buru dia
sebelum jam 12 ini ketua.' Balas mahat.
'Panggil kuzir dan ady berjumpa dengan aku. Tapi ingat... jangan bagitau dia
tentang hal ini.' Balas suara ghaib tersebut.
'Menurut perintah ketua.' Balas mahat.
Mahat bangkit berdiri. Lalu dia menyeru salah satu orang kanan nya yang bernama
abbas untuk pergi ke alam sebelah dan mencari di mana budak itu berada. Abbas yang
mendengar dengan segera menurut perintah dan berjalan meninggalkan mahat.
'Heh... aku dah agak dah kuzir. Kau memang menyorokkan anak kau yang satu lagi tu
kan.' Bisik mahat sendirian.
Sementara itu di sebuah kawasan antara kampung rambai dan satu bukit. Terdapat
sebuah agam yang tidak mampu di lihat mata kasar manusia. Di sana kuzir yang sedang
duduk di kerusinya sambil menongkat kepalanya.
'Ayah berfikir kan apa?' Soal ady
'Tiada apa. Aku cuma terkenang sejarah silam aku.' Balas kuzir.
'Ayah juga mengajar aku supaya jangan di kenang sejarah silam. Kita harus kehadapan
sambil menjadikan diri kita yang terbaik.' Balas ady.
'Hm...' balas kuzir.
Pada masa yang sama nurin yang baru sampaii di rumah terkejut apabila ditegur oleh
ayahnya yang merupakan seorang imam di kampung rambai.
'Kamu dari mana nurin?' Soal pak abu.
'Nurin jumpa uzair tadi ayah. Hari ni hari jadi dia. Jadi nurin bagi dia jam
tangan.' Balas nurin.
'Iye.. baik hati sungguh anak ayah ni kan.' Balas pak abu.
'Yelah... ayah dan arwah ibu selalu pesan kat nurin supaya buat baik tanpa mengira
siapa pun orang itu.' Balas nurin.
'Hahahaha... alhamdullilah.' Balas pak abu.
Sementara di pondok udin. Uzair yang pulang melihat ayahnya sedang duduk di tangga
sambil menikmati cahaya matahari. Uzair yang pelik mendekati udin dan duduk di
sebelah udin.
'Tengok apa tu abah?' Soal uzair.
'Aku tengok matahari.' Balas udin.
'Kenapa nak tengok matahari?' Soal uzair.
'Sebab tiap kali aku duduk sini je waktu² macam ni mesti matahari jadi pemalu.'
Balas udin.
'Pemalu? Maksud abah?' Soal uzair.
'Hah! Kau tengok tu... matahari malu kan ngan aku!' Tegas udin.
'Erkkk!!!'terkedu uzair.
Uzair tak tau sama ada dia patut gelak ke atau tidak dengan jawapan yang diberi
oleh udin. Tapi yang pasti sekarang ini memang waktu matahari terbenam kerana hari
sudah jauh petang. Bukan sebab malu pada bapak angkatnya itu.
Malam itu uzair terkejut apabila seluruh pondok berbau harum. Uzair membuka matanya
perlahan². Dia melihat seorang lelaki tua berjubah putih bersih sedang berdiri di
sebelahnya bersama seorang gadis. Uzair hanya memandang lelaki itu di balik selimut
Buruknya saja.
Keesokkan paginya di sekolah nurin melihat to'ki dan iqmal tidak ada di dalam
kelas. Nurin hanya mengendahkan saja. Tiba² sekeping nota di temui di bawah meja
nya. Nurin mengambil dan membaca.
'Petang ni jumpa kat tempat kau dating semalam dengan anak orang gila. Abang akan
buktikan kasih sayang abang pada nurin. Dan abang yakin orang gila tu takkan kacau
nurin lagi.' Baca nurin.
Hati nurin mula tidak berasa enak. Dia bimbang akan keselamatan uzair. Nurin
khuawtir kalau to'ki mencederakan uzair. Nurin mula tak tenang memikirkan hal tu.
Sementara itu. Tubuh uzair dengan kuat terhempas ke tanah. Jam yang di hadiahkan
nurin kini di dalam genggaman to'ki.
'To'ki! Aku tak kacau kau... kau berikan lah jam aku balik..' ujar uzair.
'Tak kacau? Hai kau ni memang dasar anak orang gila! Aku dah cakap jangan kacau
nurin kau degil! Kau memang nak kena!' Jerit to'ki.
'Nurin tak kata pun dia milik kau!' Tegas uzair.
'Habis? Kau nak kata dia milik kau! Dasar gila!!!!' Jerit to'ki.
Satu pukulan tepat dilepaskan di wajah uzair sehingga uzair terjatuh ke dalam
sungai tersebut. To'ki dan iqmal membelasah uzair sepuas mereka. Uzair masih tidak
membalas.
'Lawan lah aku sial!!!! Lawan balik!!!' Jerit to'ki.
'A... aku tak nak lawan kau to'ki!' Balas uzair.
'Kalau macam tu kau lihat ni?' Balas to'ki.
Jam yang di hadiahkan oleh nurin di hempas kuat ke batu kemudian di pijak sehingga
hancur dengan to'ki. Nurin yang sampai terus berlari menolak to'ki dan iqmal.
'Kau dah kenapa to'ki! Kau ingat bapak kau ketua kampung kau boleh buli orang
lain!' Tegas nurin.
'Yang kau nak bela budak gila ni kenapa! Dah lah bapak gila!!!! Mak dia lagi malang
beranak kan dia!!! Jangan² mak dia pun gila sama macam si udin bapak dia!!! Sebab
tu dapat anak gila!!!' Jerit to'ki.
'Jaga mulut kau to'ki! Jangan sesuka hati kau nak hina orang!' Jerit nurin.
'To'ki....' tegur iqmal.
'Apahal!' Balas to'ki.
Iqmal menunjuk ke arah uzair yang berdiri semula. Kepala uzair menunduk pandang ke
bawah. Serta merta tiba² mereka mendengar bunyi ngauman harimau dan kicauan burung²
dengan meriah.
£bersambung£

BLACK MAGIC (HORRORZONE 5)


BY ASLAN KIEDANG
PART 2

'Kau ulang balik apa kau cakap?' Soal uzair sambil menunduk.
'Aku cakap mak kau gila... kahwin dengan udin gila dapat kau.' Balas to'ki.
Dengan pantas uzair mencekik leher to'ki sehingga to'ki terangkat sedikit ke udara.
Nurin dan iqmal terkejut melihat rupa uzair yang kelihatan begitu bengis. To'ki
meronta² untuk melepaskan diri. Namun genggaman tangan uzair begitu kuat.
'U..uzair... lepas kan dia uzair.' Ujar nurin.
'Kau siapa nak menghina mak aku?. Apa kau kenal mak aku!!!!' Jerit uzair.
Dengan kuat to'ki di campak sehingga tubuh to'ki terjatuh di dalam sungai. To'ki
cuba berdiri. Namun lututnya terlalu lemah untuk dia berdiri. Seumur hidup. Ini lah
pertama kali dia terasa takut sebegini.
'Cakap apa kau tahu tentang diri aku!' Tegas uzair.
'M..mana aku tau! Aku tak tau!!!' Balas to'ki.
Aaaaaauuuummm!!!
Seekor harimau putih bersaiz gergasi melompat dan mendarat pada bongkah batu di
tengah sungai. Iqmal yang melihat serta merta terjatuh di sana. Dia mengigil
ketakutan. Harimau putih itu berjalan seiring langkah kaki uzair.
'U..uzair... siapa awak sebenarnya...' tegur nurin.
Langkah kaki uzair terhenti. Dirinya yang tadi hilang kawalan. Kini kembali semula
pada asal. Serta merta harimau putih gergasi itu melompat ke dalam semak semula.
Uzair memandang ke arah nurin.
'N..nurin...' ujar uzair.
'Jangan dekati saya!!!!' Jerit nurin.
'Ah..' uzair yang terkejut.
'15 tahun dulu arwah ibu saya mati di baham oleh seekor harimau gergasi. Kini depan
mata saya harimau itu wujud.. tapi wujud bersama awak uzair.' Balas nurin.
'Nurin...' balas uzair.
'Jangan panggil saya!!!.. isk.. awak jelmaan syaitan yang pernah menghantui kampung
ini uzair!' Esak nurin.
Uzair terhenti langkahnya. Kemudian dia menunduk. Uzair berjalan melintasi nurin.
Di tengah antara dia dan nurin. Uzair sempat berhenti.
'Jadi apa beza kau dan yang lain nurin...' bisik uzair.
Nurin bagai tersentak mendengar perkataan yang di bisik uzair. Nurin menoleh
memandang uzair yang sedang melangkah meninggalkan dia. Uzair sedikit tidak menoleh
kepadanya. Sebaiknya dia berjalan meninggalkan nurin sendirian di sana. Nurin
menangis semahunya.
Uzair tiba di pondoknya. Dia hanya melangkah masuk ke pondok tanpa menghiraukan
udin yang seperti biasa melihat matahari. Uzair langsung tidak tahu siapa dia
sebenarnya. Air mata uzair mula mengalir dengan deras. Uzair menjadi sakit hati
kerana dia langsung tak tahu latar belakang sejarah dia.
Udin masuk ke pondoknya. Dia melihat uzair menangis. Dia duduk di hadapan uzair
sambil memandang wajah uzair.
'Kenapa kau menangis?' Soal udin.
'Kat mana abah jumpa saya...isk.' balas uzair.
'Kat hutan.' Balas udin.
'Sapa mak bapak saya.' Soal uzair.
'Mana aku tau? Kan aku dah cakap mak kau semut. Bapak kau gajah kot..hehehe' senyum
udin.
'Aku takda masa nak layan orang gila macam kau! Sejak umur aku kecil sampaii
sekarang umur aku dah mencecah 17 tahun! Kau asyik cakap mak aku semut bapak aku
gajah!!!!' Jerit uzair.
'Habis kau dah tahu aku gila kenapa kau panggil aku abah!!!' Tegas udin.
'Sebab kau yang besar aku!!! Kau mesti tahu latar belakang aku!!! Isk... aku nak
tau siapa mak dan ayah aku!!!!!' Jerit uzair.
Uzair merempuh pintu pondok dan berlari keluar dengan pantas. Terkejut dengan sikap
uzair. Udin segera bangkit dan mendekati pintunya.
'Oiii roboh pintu pondok aku!!!! Heheheh...' gelak udin.
Pada masa yang sama. To'ki yang balik ke rumah terus mencerita kan apa yang terjadi
dengan dia dan uzair. Setelah di soal dengan bapaknya. To'ki berbohong mengatakan
uzair cuba menyerang nurin. Lalu dia membantu.
'Berani budak gila tu menyerang anak aku!'tegas pak dollah.
'Sakit yah... dia cekik orang dia siap ludah muka orang.' Hasut to'ki.
'Bawa parang aku! Kumpulkan orang kampung! Malam ni aku akan selesaikan pekara ini
dengan si gila itu!' Tegas pak dollah.
Di surau kecoh pak dollah membawa parang bersama budak² nya. Pak abu serta anak nya
nurin yang mendengar apa yang di sampaikan oleh jemaah surau terkejut.
'Ayah... uzair tak salah ayah.' Balas nurin.
'Ayah faham... mari.' Balas pak abu.
Di atas bongkah sungai. Uzair menangis semahunya. Dia sedih kerana dia tidak tahu
latar belakangnya. Dia sebenarnya hendak tahu siapa dirinya. Kalau betul dia anak
yang di buang dia juga hendak tahu siapa mak ayah nya. Bagai mana rupanya.
'Kenapa kau menangis di sini uzair?' Tegur seseorang.
'Siapa kau?' Soal uzair.
'Aku tok bunta... aku sahabat ibu mu.' Balas tok bunta.
'Sahabat ibu? Makna nya kau tahu siapa ibu ku?' Soal uzair.
'Cukup kenal uzair. Aku dan ibu mu merupakan sahabat sejak dari dulu.' Balas tok
bunta.
'Siapa ibu aku! Kat mana dia sekarang ni?' Soal uzair.
'Mari aku tunjukkan.' Balas tok bunta.
Uzair bersama tok bunta berjalan ke tengah hutan. Uzair bagaikan merentasi satu
dimensi yang lain. Suasana hutan yang indah bunyi burung berkicauan dan angin yang
cukup harum bauannya.
'Kita kat mana?' Soal uzair.
'Ini lah tanah asal kau uzair.' Balas tok bunta.
'Tanah asal? Apa maksud tok?' Soal uzair.
'Kau bukan manusia uzair... bangsa kita lebih dikenali oleh manusia sebagai
bunian... sebab itu kau boleh tembus ke alam lain... malah perbezaan kekuatan kau
jauh beza dengan manusia seperti mereka.' Balas tok bunta.
'Uzair... selamat kembali.' Tegur seseorang.
Uzair yang terkejut segera menoleh. Kelihatan seorang gadis yang hampir sebaya
dengan nya berdiri tegak di belakangnya. Gadis itu menutup purdah semuanya. Cuma
anak mata mereka saja yang saling menatap.
'Uzair... ini anak aku. Mayang.. ' balas tok bunta.
'Apa khabar uzair... saya mayang.' Balas mayang.
'Khabar baik.' Balas uzair.
Tok bunta membawa uzair berjalan ke satu kawasan. Setiba di kawasan itu uzair
melihat sebuah kubur yang agak lama di sana. Uzair memandang wajah tok bunta dan
mayang dengan penuh tanda tanya.
'Kubur siapa ni?' Soal uzair.
'Ini lah kubur ibu kamu... rita.' Balas tok bunta.
'K...kubur ibu saya?' Soal uzair.
'Ya uzair. Ini kubur ibu kamu...' jelas mayang.
'Tapi sejak bila ibu aku mati...' soal uzair.
'Dulu ibu kau berkahwin dengan seorang manusia ini. Ibu kau jatuh cinta pada nya
saat ibu kau berada di alam manusia. Kaum kita menghalang pendapat ibu kau. Tapi
kerana terlalu sayang ibu kau berkahwin dengan pemuda itu. Sehingga lah kamu dan
abang kamu dilahirkan... pemuda itu telah bersengkokol dengan kumpulan ilmu hitam
yang menyembah berhala dan menyerang kampung ini. Semua keturunan bangsa kita mati
di bunuh. Ibu kau telah menyembunyikan kau di balik semak. Setelah kami datang
semua nya telah berakhir.... dan kami gagal mengesan kau.' Balas tok bunta.
'Kejup? Tdi tok kata saya ada abang kan. Mana abang saya?' Soal uzair.
'Apa yang kami tahu abang uzair telah menjadi salah satu panglima one eyes.' Ujar
mayang.
'One eyes? Jadah apa tu?' Soal uzair.
'Kumpulan ilmu hitam yang percaya pada bisikan syaitan. Mereka memuja dan
menganggun kan seekor iblis ini.' Balas tok bunta.
'Jadi apa maksud semua ini?' Soal uzair.
'Uzair... hanya kau mampu hentikan mereka.' Balas uzair.
'Kenapa mesti aku.' Soal uzair.
'Sebab ini lah takdir yang tertulis untuk awak uzair.' Balas mayang.
'Merepek. Aku nak balik.' Balas uzair.
Sementara di pondok. Udin dengan kuat terhempas ke tanah. Kepala udin mengalir
darah. Namun udin tetap tersenyum dan gelak. Pak dollah yang geram mengarahkan anak
buahnya memukul dan memijak udin.
'Aku nak korang buat sampaii dia tak ketawa lagi!' Tegas pak dollah.
Tubuh udin menjadi mangsa pijakkan dan kayu yang di hayun oleh anak buah pak
dollah. Dengan pantas pak abu dan nurin yang di temani jemaah surau menolak anak
buah pak dollah.
'Abu! Kau kenapa nak masuk campur! Anak si gila ni dah cedera kan anak aku.' Balas
pak dollah.
'Perlu ke kau buat macam ni? Apa kau dapat dollah. Kau ketua kampung!' Tegas pak
abu.
'Sebab aku ketua kampung aku taknak ada orang gila macam ni!' Tegas pak dollah.
'Kau tak siasat kau main tuduh si uzair! Anak aku dah cerita semua nya...' balas
pak abu.
'M..mana ada! Nurin kenapa nak bela si gila uzair.' Soal to'ki.
'Nurin tak menyebelahi sesiapa! Tapi kau dah melampau to'ki!!! Kau fitnah uzair!'
Balas nurin.
Jubah pak abu di tarik udin. Kemudian udin memandang pak abu dengan senyuman. Pak
abu seolah mengerti maksud udin. Lalu dia menepuk bahu nurin. Jemaah masjid
membantu udin berdiri.
'Uhukk!!!... hehehe.. dollah... kau dengan anak kau gila ea? Heheheh.' Gelak udin.
'Apa maksud kau?' Soal pak dollah.
'Mana boleh pukul orang macam aku. Berdosa tau.' Balas udin.
Sementara di balik pokok. Abbas masih menanti kemunculan mangsanya. Dari awal dia
menanti namun uzair masih tak muncul². Mahat muncul di belakang abbas.
'Apa mangsa dah muncul belum?' Soal mahat.
'Belum ketua. Dari aku dapat info. Lelaki gila itu yang membesarkan budak tu.'
Balas abbas.
'Heh.. manusia memang macam tu sikap mereka. Permata dalam sampah pun mereka tak
dapat kesan.' Balas mahat.
'Macam mana ketua?. Nak hapuskan ke orang gila ni?' Balas abbas.
'Bunuh je. Dia takda nilai.. mungkin ketua besar hanya terlalu bimbang.' Balas
mahat.
Abbas hanya tersenyum. Mulutnya berkumat kamit membaca mantera. Kemudian dia
menghembuskan ke arah parang yang di genggam oleh pak dollah.
Saat uzair sedang melangkah keluar. Tiba² tangan nya di tahan oleh tok bunta. Uzair
yang terkejut terus menoleh ke arah tok bunta.
'Kenapa?' Soal uzair.
'Anggota kumpulan ilmu hitam tengah mencari kau.' Balas tok bunta.
'Mana?' Soal uzair.
'Tu.' Balas tok bunta sambil menoleh.
'Mengarut lah.' Balas uzair.
'Jangan keluar uzair! Bahaya... awak belum boleh berdepan dengan dia!' Balas
mayang.
'Takda apa lah.' Balas uzair.
Tiba² uzair melihat wajah udin yang berlumuran darah. Uzair tanpa banyak cerita
terus masuk ke dunia dia semula. Mereka yang melihat uzair terus menoleh terkejut.
'Abah! Kenapa ni?' Soal uzair.
'Hehehe... budak gila ni dah balik?.. hehehahaha.' Gelak udin.
'Uzair... alang² kau dah ada kat sini.. pak cik nak tanya betul ke kau cuba nak
apa² kan nurin.' Soal pak abu.
'Saya masih waras pak abu. Saya belum gila nak rosakkan anak dara orang.' Balas
uzair.
'Dengar tu dollah. Jadi apa lagi kau nak?' Soal pak abu.
'Kau ingat senang je aku nak percaya cakap budak ni?' Soal pak dollah.
'Habis kau nak macam mana?' Soal pak abu.
'Aku nak mereka berambus!' Tegas pak dollah.
Belum sempat mereka berbicara tiba² tangan pak dollah bergerak sendiri. Parang di
keluar dan terus di tuju menuju ke arah uzair. Namum dengan pantas udin menolak
uzair ke tepi. Tikaman itu tepat mengenai dada udin. Darah membuak keluar.
'A... ayah..' tegur to'ki.
'M..macam mana... pa... parang aku boleh dengan sendiri.' Ujar pak dollah.
Udin rebah ke tanah dengan kuat. Uzair mendakap tubuh udin. Pak dollah yang panik
segera berlalu pergi. Uzair melihat abbas berjalan pergi sambil memandang dia. Pak
abu dan nurin berada di sisi udin. Situasi makin panik darah udin makin banyak yang
keluar.
'Abah tahan abah!' Tegas uzair.
£bersambung£

BLACK MAGIC (HORRORZONE 5)


BY ASLAN KIEDANG
PART 3

'Si...siapa abah kau..uhukkk!' Ujar udin.


'Abah...isk... abah tahan abah...isk..' bisik uzair.
'Hehehe... a... aku bukan bapa kau lah..uhukk.. k..kau bukan pun anak aku...' balas
udin.
'Jangan cakap macam tu udin...' balas pak abu.
'I.. imam... aku jumpa budak ni kat hutan...uhukk.. a.. aku kutip dia... mungkin
mak dia semut kahwin dengan bapak dia si gajah...uhukk' bisik udin.
'Tak!!!... saya takda bapa lain!! Abah sorang je abah saya..isk..' balas uzair.
'A... aku ni gila... m... mana ada perempuan nak kahwin ngan aku.. uhuk!!!
Uhukk!!!' Ujar udin.
'Tak!!!...isk... saya anak abah!!! Uzair anak abahhh!!!!' Jerit uzair.
Uzair mengenggam erat tangan udin. Orang gila ini lah yang membesarkan dia. Orang
gila ini lah yang menyuap dia makan. Orang gila ini lah yang menjaga dia. Malah
orang gila ini lah sentiasa menghiburkan dia.
'Abah!!!... uzair sayang abahhh!!!! Abah jangan mati!!!' Esak uzair.
'U.. uzair...' ujar udin.
'Ye abah... uzair ada kat sebelah abah ni...isk..' esak uzair.
'J... jangan simpan dendam. Ini suratan takdir allah pada aku...uhukk!!!... aku
yakin kau dah tahu siapa diri sebenar kau...uhukk... aku yakin kau dah tau takdir
kau...j..jangan sesekali lupa kan orang yang perlu bantuan kau uzair..uhukk.. aku
ini gila.. a... aku tak dapat solat.. tapi aku nak kau ingat...uhukkk!!... ingat
allah sentiasa perhatikan kita...' balas udin.
'Uzair ingat abah...isk... uzair takkan lupa..isk.' balas uzair.
Nurin sudah tidak mampu menahan air matanya. Dia menangis semahunya. Seumur hidup
dia kenal dengan uzair. Inilah pertama kali dia melihat uzair bersedih sebegitu.
Tanpa sedar pak abu juga mengalir kan air mata.
'A...aku ada satu rahsia nak bagi tau kau uzair...uhukkk!!!' Ujar udin yang makin
lemah.
'Isk... cakap lah abah...isk..' bisik uzair.
'M...m...mak kau semut... b...b..bapa kau...' balas udin.
'Isk... gajah.....isk...isk...' sambung uzair.
'He..hehhe.... terima kasih anggap aku abah walaupun aku gila...' balas udin.
Itu lah gurauan terakhir seorang insan gila yang bernama udin yang telah menjaga
uzair sejak uzair kecil. Lepas ni takkan dia mampu dengar gurauan insan yang dia
anggap sebagai bapa. Uzair menangis semahu² nya. Lepas ni takkan dia dapat dengan
gurauan² insan gila yang dia panggil abah.
Nurin dan ayahnya pak abu turut menangis atas kepergian nya satu insan yang
istimewa. Hujan turun dengan lebat. Jenazah udin di kebumikan. Hampir seluruh desa
menziarah kubur udin. pak abu mengusap² bahu uzair. Dia yakin uzair masih sukar
menerima kematian udin.
'Uzair......' tegur seseorang.
'Kau nak apa?' Soal uzair tanpa menoleh.
'Isk... a... aku datang sini nak minta maaf dengan kau uzair...isk... aku banyak
dosa ngan kau... ngan abah kau...isk..' esak to'ki.
'Dia dah maafkan kau... jadi apa guna aku nak marah kau to'ki... ' balas uzair.
'Maafkan aku uzair!!!! Aku merayu kau maafkan aku!!!' Esak to'ki.
'Isk.. aku nak dendam apa ngan kau... dia pun dah takda... walaupun dia gila...
tapi dia ajar aku supaya jangan berdendam...' balas uzair.
'Udin!!! Aku minta maaf!!!! Maafkan aku udin!!..isk..,' jerit to'ki sambil
mengenggam tanah kubur udin.
Uzair bangkit. Dia berjalan menghadap dengan nurin yang berdiri di sebelahnya.
Nurin hanya memandang uzair berjalan melintasinya. Terbit di hati nurin rasa
bersalah kerana mengatakan uzair adalqh syaitan.
'Uzair....' tegur nurin.
'Kenapa nurin?' Soal uzair.
'Ke mana awak nak pergi selepas ini.' Balas nurin.
'Ke tempat asal aku.' Balas uzair.
'Tempat asal awak? Awak memang asal dari sini uzair.' Balas nurin.
'Tak... ini bukan alam aku. Aku di sini kerana abah udin... sekarang arwah dah
takda. Jadi takda alasan syaitan seperti aku di sini.' Ujar uzair.
'Saya faham awak masih marah dengan saya uzair.' Balas nurin.
'Aku bukan pemarah nurin...' balas uzair.
'Kita akan jumpa lagi ke?' Soal nurin.
Uzair tidak menjawap pertanyaan nurin. Sebaliknya dia terus berjalan meninggalkan
nurin sendirian di bawah hujan. Nurin hanya memandang uzair pergi. Itu lah terakhir
kali nurin melihat uzair di hadapan matanya.
*************************
Langkah uzair terhenti pada belukar di belakang pondok. Uzair memandang kelibat tok
bunta dan mayang yang muncul berdepan dengan dia.
'Apa kau yakin dengan keputusan kamu ini uzair.' Balas tok bunta.
'Kalau kumpulan ilmu hitam ini menjadi puncanya... saya bersedia menghabiskan
mereka.' Balas uzair.
'Kalau macam tu mari lah uzair.' Ajak mayang.
'Ingat uzair... jika kau bersifat dendam.. kekuatan sebenar kau takkan dapat di
keluarkan.' Balas tok bunta.
'Aku tak kira... tapi dia dah berani membunuh satu² nya orang yang aku punya....'
balas uzair.
'Api kemarahan dan dendam takkan bawa kau ke arah kebaikkan...' ujar tok bunta.
Uzair tiba² teringat pesan arwah udin kepada nya. Dia terdiam sebelum memejamkan
matanya. Sukar untuk dia lupa apa yang arwah udin kata pada nya. Dia takkan lupa
dengan mudah saat arwah udin mati di tangan dia.
'Abah ada cakap jangan berdendam.... abah macam yakin aku akan balas dendam untuk
dia.' Ujar uzair.
'Kalau macam tu... kenapa kau nak dendam. Buang lah sifat dendam. Dan tanam kan lah
sifat pemaaf dalam diri kau... supaya kau boleh menjadi seorang yang bersifat
pemaaf....' balas tok bunta.
Baru sahaja uzair melangkah pergi. Nama dia di panggil oleh seseorang yang cukup
dia kenali. Uzair memandang ke belakang dan melihat nurin bersama pak abu sedang
melihat dia.
'Bunta....' ujar pak abu.
'Abu... lama tak jumpa.' Balas tok bunta.
'Jadi ini bermakna... uzair..' balas pak abu.
'Ya... uzair anak kepada rita...' balas tok bunta.
'Kau nak bawa dia pergi ke bunta.' Balas pak abu.
'Ya abu ... bahaya kalau dia berada di sini.' Balas tok bunta.
'Aku faham bunta... tapi beri lah anak aku masa untuk dia melihat uzair kali
terakhir.' Balas pak abu.
'Hm... aku mengerti abu... tapi jangan lama.. aku khuatir kalau kumpulan ilmu hitam
dapat mengesan keberadaan kami.' Balas tok bunta.
'Terima kasih bunta.' Balas pak abu.
Nurin melihat uzair. Air mata dia masih mengalir. Uzair mendekati nurin. Mayang
yang berdiri di sebelah ayahnya sekadar melihat nurin dan uzair.
'Betul ke uzair hendak pergi dari sini.' Soal nurin.
'Betul... ini bukan tempat aku.' Balas uzair.
'Tapi kan uzair dah janji akan terus jadi kawan nurin...isk' balas nurin.
'Aku perlu pergi nurin... aku tak boleh ada kat sini... aku harap kau tak lupa pada
aku.' Balas uzair.
'Uzair akan kembali?' Soal nurin.
'Biar masa yang menjadi penentunya.' Balas uzair.
Uzair mula berjalan meninggalkan nurin. Tok bunta dan mayang turut mengikut langkah
uzair. Perlahan² mereka berjalan meninggalkan nurin dan pak abu sendirian di sana.
Air mata nurin mengirim kepergian uzair.
'Nurin... biar lah uzair kembali ke tempat dia.' Balas pak abu.
'Tapi ini lah tempat uzair ayah...isk..' balas nurin.
'Tak nurin... uzair bukan asal sini... tapi ayah yakin dia pasti akan kembali.'
Balas pak abu.
'Tapi bila?' Soal nurin.
'Biar lah masa jadi penentuan... kita kena lah sabar menanti.' Balas pak abu.
Pada masa yang sama. Di satu kawasan. Gegaran makin kuat terasa. Mahat dan abbas
seolah dapat merasakan kemarahan ketua besar mereka.
'Kenapa ketua?' Soal mahat.
'Aku suruh bunuh budak tu!!! Kenapa bunuh orang yang takda nilai!!!'jerit suara
ghaib.
'Maafkan aku!' Ujar abbas.
Kepulan asap hitam mengelilingi abbas raungan dan jeritan abbas mula kuat
kedengaran. Mahat sedikit tidak berani menghalang hukuman yang di terima abbas.
Tubuh abbas seumpama mengecut dan rebah ke tanah.
'Mahat!!! Jangan sampaii kau pun kena macam ni!' Tega suara ghaib tersebut.
'Maafkan aku ketua!' Balas mahat.
'Pergi jumpa kuzir. Bantu dia takluk kampung rambai... ' balas suara ghaib.
'Baiklah ketua!' Balas mahat.
'Setelah semua desa tu bersujud pada aku... maka kelahiran aku bakal terjadi. Aku
akan bebas selama nya hahahahaha!!!!!!!'gelak suara ghaib tersebut.
'Menurut perintah ketua!' Tegas mahat.
Maka bermula lah penyerangan besar² terhadap penduduk desa rambai. Siapa yang masih
menganut agama islam akan di bunuh dan mayatnya di gantung di tengah desa sebagai
tanda amaran.
Kini desa rambai terbahagi kepada dua kumpulan. Yang mana mengikut kuzir akan
memakai jubah hitam yang menutupi kepala mereka. Dan yang mana masih taat pada
ajaran islam akan berlari bersembunyi terlebih dahulu.
Pembantaian terus berlaku sehingga bilangan yang setiap pada islam hanya sedikit
berbanding dengan yang mengikuti ajaran kuzir. Ramai yang berpaling selepas mereka
melihat ramai di antara rakan mereka mati di tangan kuzir anak beranak. Namun budak
yang di takutkan ketua mereka masih gagal di jumpai.
'Ayah....' tegur ady.
'Kenapa ady?' Soal kuzir.
'Aku masih belum puas bermain.' Balas ady.
'Maksud kau?' Soal kuzir.
'Betul ke kat sini ada budak yang di ramal oleh kebayan yang mampu membunuh ketua?'
Soal ady.
'Kebayan takkan silap meramal. Cuma kita takkan tau bila kita akan jumpa budak tu.'
Balas kuzir.
'Mereka terlalu lemah. Aku bosan berlawan dengan mereka.' Balas ady.
'Aku faham... jadi bunuh saja siapa yang kau mahu ady.' Balas kuzir.
'Oh... boleh ke?' Soal ady.
'Boleh ady... aku beri kau kebebasan untuk kau membuat apa sahaja pada penentang
ajaran kumpulan kita.' Balas kuzir tanpa perasaan.
'Baik lah... terima kasih ayah ku.' Balas ady.
Ady yang memimpin angkatan² tentera ghaibnya menyerang tempat persembunyian mereka
yang masih setia bersama islam. Benteng mereka yang terlalu lemah dengan mudah di
rempuh masuk oleh ady dan angkatan nya. Pembunuhan terjadi lagi. Bilangan orang
yang masih setia dengan islam tinggal terlalu sedikit. Ramai yang gugur dan ada
juga yang di tangkap.
'Kita terpaksa lari!' Tegas pak abu.
'Semua lari!!!!' Tegas nurin.
Kesemua mereka berlari meninggal kan kawasan mereka. Ady mengarahkan angkatan nya
berhenti dari terus mengejar mereka yang sedang bertempiaran lari.
'Hehehahahaha... rasakan lah... makin jauh kau lari makin seronok aku hendak
memburu kalian.' Balas ady.
£bersambung£

BLACK MAGIC (HORRORZONE 5)


BY ASLAN KIEDANG
PART 4

5 tahun kemudian....
Kini hidup mereka tak ubah seperti pelarian. Siang dan malam hidup mereka yang
ketakutan. Pak abu dan pak dollah sedang duduk di depan unggun api bersama anak²
mereka.
'Sampaii bila kau nak macam ni abu! Kita kena fikir kan nyawa mereka.' Balas pak
dollah.
'Maksud kau apa dollah?' Soal pak abu.
'Aku rasa seeloknya kita bersatu dengan kumpulan mereka.' Balas pak dollah.
'Bersatu dan mengkhianat agama kita. Macam tu pak dollah nak?' Soal nurin.
'Kau diam nurin! Kau perempuan... kau tak rasa apa yang kami lelaki ini rasakan.'
Balas pak dollah.
'Pak dollah kata saya tak rasa! Siang malam saya melihat rakan² kita yang sanggup
mati demi kita! Anak² kecil yang kehilangan mak bapak mereka! Apa semua itu saya
tak rasa!!!' Tegas nurin.
'Ayah... saya setuju dengan pak abu. Takkan kita nak menyerah ayah ... ' balas
to'ki.
'Kau pun nak bersama mereka ke? Hei to'ki... ayah buat macam ni sebab ayah taknak
kau mati!' Balas pak dollah.
'Apa salah nya kita mati syahid dari mati kerana takut di bunuh mereka.' Balas
to'ki.
Pak dollah terdiam. Dia hanya duduk menjeling anaknya. To'ki kini sudah berubah.
Sejak kematian udin 5 tahun lepas membuatkan to'ki mula berubah.
'Dollah... apa yang anak kau cakap tu betul. Mati syahid itu indah dollah... syurga
ganjarannya.' Balas pak abu.
Pak dollah hanya berdiam. Kemudian dia melangkah pergi meninggal kan mereka. To'ki
hanya melihat ayahnya berjalan meninggalkan mereka.
'Maafkan ayah saya imam... nurin..' ujar to'ki.
'Takpa to'ki... aku faham perangai ayah kamu tu.' Balas pak abu.
'Ya to'ki. Terima kasih lah kerana kau turut sama membidas idea ayah kau.' Balas
nurin.
'Aku sebenarnya masih bersalah pada 5 tahun lepas. Aku sentiasa berharap kesalahan
aku 5 tahun lepas telah di ampunkan oleh allah.' Balas to'ki.
'In shaa allah...' balas pak abu.
Pada masa yang sama. Di tempat kuzir. Kebayan mendekati ady yang sedang berdiri di
luar mengambil angin. Ady memandang ke arah perempuan tua tersebut.
'Apa kau nak?' Soal ady.
'Aku ada hadiah untuk kau... hehehehehe..' ujar kebayan.
'Apa dia?' Soal ady.
Kebayan menghulurkan kepada ady sebilah pisau belati yang kepalanya berbentuk naga
kepala dua. Ady mengambil dan melihat seni ukiran pada pisau belati tersebut.
'Cantik. Tapi kenapa kau nak bagi kat aku?' Soal ady.
'Ini lah salah satu hadiah atas kejayaan kau. Ketua yang beri kepada kau.' Balas
kebayan.
'Hm... baiklah aku terima.' Balas ady sambil berjalan.
'Hm....' dengus kebayan.
Perlahan² kebayan merubah fizikalnya menjadi perempuan muda dan cantik. Dia
memandang ady dari jauh. Kemudian dia kembali ke fizikalnya sebagai nenek² dan
berjalan meninggal kan kawasan itu.
Seekor burung gagak terbang dan hinggap di atas bahu kuzir. Burung gagak itu seakan
menyampaikan satu berita kepada kuzir. Kuzir hanya tersenyum. Kemudian dia
memanggil salah satu bentuk lembaga yang menyeramkan.
'Cari anak aku... kemudian ajak dia bersama kau untuk berjumpa dengan tali barut
itu. Dia ada bersama dengan pengikut abu.' Balas kuzir kepada lembaga tersebut.
Perlahan² lembaga itu hilang dari pandangan kuzir. Ady yang kebetulan sedang
berjalan di tempatnya terhenti seketika. Lembaga yang di utuskan ayahnya muncul di
hadapan ady. Lembaga itu seolah berinteraksi dengan ady tentang apa yang dipesan
ayahnya.
'Heh... orang tua tu... asyik sembang je... tau lah kalau gagal kali ini.' Balas
ady.
Sementara itu. Pak abu sedang khusyuk berzikir melihat wajah anaknya nurin yang
sedang lena tidur. Pak abu kesian kerana anak gadis nya terpaksa lalui semua ini.
'Ya allah... jika ini ujian kau pada kami untuk melihat sejauh mana keikhlasan
kami... aku rela mati demi agama mu ya allah... agar kelak aku dihimpun kan di
bawah satu panji nabi kami iaitu muhammad ya allah...' doa pak abu.
'Ayah... kenapa ayah menangis?.' Soal nurin yang terjaga.
'Takda apa nurin...isk..' balas pak abu.
Tiba² iqmal berlari ke arah mereka. Kelihatan iqmal seperti hendak menyampaikan
sesuatu pada mereka. Iqmal dengan pantas mendekati ke arah mereka.
'Tok!!!! Lari tok!!!!!' Jerit iqmal.
'Kenapa iqmal?' Soal pak abu.
'Kumpulan ilmu hitam telah menemui kawasan kita.' Balas iqmal.
'Apa! Macam mana mereka tahu?' Soal nurin.
'B...bapak to'ki tok! Dia lah yang menjadi tali barut selama ini!' Tegas iqmal.
Mereka bergegas ke sana apabila mengetahui apa yang diperkatakan oleh iqmal.
Sementara itu di sana to'ki masih sukar untuk mempercayai apa yang di lihatnya.
'Ayah.... kenapa ayah buat semua ini..' soal to'ki.
'Maafkan ayah... ayah buat macam ni kerana ayah tak nak mati lagi to'ki... tapi
to'ki boleh ikut ayah! Mereka akan jadikan kita angkatan mereka! Dan kita tak perlu
bersembunyi lagi!!!' Balas pak dollah.
'Apa ayah merepek ni! Ayah tau tak apa yang ayah dah buat ni!!!!' Balas to'ki.
'Ayah tahu! Dan ini untuk keselamatan kita to'ki! Jadi ayah tak rasa ianya menjadi
satu kesalahan.' Balas pak dollah.
'Ini bukan menjadi satu kesalahan... tapi menjadi satu dosa besar bersengkokol
dengan syaitan! Ayah sedar tak!!!!' Tegas to'ki.
'Habis kau nak mati bersama mereka ke! Kematian yang sia².' Jerit pak dollah.
'Sia² ayah cakap!!!! Kematian ini lah yang paling mulia! Mati pertahan kan agama
islam!!!' Jerit to'ki.
'Heh... islam?' Soal ady sambil tersenyum.
'Kenapa? Oh aku lupa syaitan macam kau mana tau islam kan?' Balas to'ki.
'Hehahahaha... kelakar lah anak kau ni dollah.' Ujar ady.
'Tuan ady... maafkan lah dia... dia masih mentah..' ujar pak dollah.
'Jangan minta ehsan dari syaitan ini untuk saya ayah!. Saya tak perlu ehsan dia..'
balas to'ki.
Dengan pantas kepala to'ki di tarik mendekati muka ady. Mata mereka saling
bertentangan. Walaupun ada sedikit ketakutan yang menerjah di dalam diri to'ki.
Tapi dia menepis perasaan itu. Dia bersedia untuk mati syahid.
'Kau memang berani budak.. berani sangat².' Bisik ady.
'Muka kau sama dengan seseorang yang aku kenal... tapi sikap korang jauh
berbeza...' balas to'ki.
'Heh... kematian kau bakal menjadi sia². Tapi bapak kau ni sibuk jadi pencacai kami
semata² nak kau hidup.' Balas ady.
'Apa guna aku hidup kalau orang lain menjadi korban untuk nyawa aku.' Balas to'ki.
'Hahahahaha!!!! Hebatnya bila kau berkata².' Gelak ady.
Dengan pantas satu tendangan di lepaskan tepat ke dada to'ki sehingga tubuh to'ki
tercampak ke belakang. Ady dengan pantas mengeluarkan pisau belati yang diberi oleh
kebayan kepada dia. Dengan pantas ady melompat ke arah to'ki sambil pisau di
hunuskan ke arah leher to'ki.
'Cakap... siapa yang akan menentu kematian kau... aku atau tuhan kau?' Soal ady.
'Allah....' balas to'ki.
'Siapa?.' Soal ady.
'Tuan.... saya merayu jangan bunuh anak saya... dia mentah lagi tuan...' rayu pak
dollah.
'Nampak tak... bapak kau merayu pada aku supaya jangan bunuh kau?. Macam mana kau
cakap tuhan kau boleh selamatkan nyawa kau?' Soal ady.
'Allah yang buat kau berhenti membunuh aku... bukan kau sendiri.' Balas to'ki.
'Baik kita lihat sekarang tuhan kau mampu menyelamatkan kau atau tak!!!' Jerit ady.
Pisau belati di angkat kemudian di hayun tepat ke arah leher to'ki. Pak dollah
menjerit² memanggil ady berhenti dari membunuh anaknya. Tapi jeritan pak dollah
tidak dihiraukan oleh ady. Nama ady di jerit sekuat hati. Dengan pantas pergerakkan
ady terhenti. Saat ady menoleh. Kelihatan nurin dan pak abu muncul dari belakang.
'Heh... muncul pun.' Ujar ady.
£bersambung£

BLACK MAGIC(HORRORZONE 5)
BY ASLAN KIEDANG
PART 5

'Ady... lepaskan dia.' Balas pak abu.


'Heh... muncul pun kau. Ingat kau taknak muncul.' Balas ady.
'Jangan kau cedera kan mereka ady.' Balas pak abu.
'Orang tua... kau tau tak kalau dia mati pun sama je. Korang semua tetap akan mati.
'Ady... aku tau kau budak baik ady...' balas pak abu.
'Yeke... aku memang budak yang baik...' balas ady.
'Ady... lepas kan mereka. Kalau kau nak sangat bunuh aku.' Balas pak abu.
'Ayah!!!' Tegas nurin.
'Pak abu tak boleh mati! Pak abu kena trus berjuang! Biar saya je yang mati.' Balas
to'ki.
'Kau gila ke to'ki! Aku ni bapak kau!!! Aku nak selamatkan kau. Buat apa kau nak
mati untuk orang lain!' Balas pak dollah.
'Buat apa aku ada bapak... tapi bapak aku hamba syaitan...' balas to'ki.
'To... to'ki...' balas pak dollah.
Pak dollah sedikit terkejut apabila mendengar apa yang di katakan anaknya. Pak
dollah seolah menyesal. Hakikatnya dia buat semua ini hanya untuk pastikan anaknya
selamat dari kematian. Tapi rupanya dia di benci oleh anaknya sendiri dengan
perbuatannya.
'Hahahaha!!! Derhaka nya anak kau pada kau orang tua oii!!!... kelakar gila!!!
Hahahahaha!!!' Gelak ady.
'Bunuh saja aku! Aku sikit pun tak gentar!' Balas to'ki.
'Suka hati aku lah nak bunuh siapa?. Lagipun korang memang akan mati. Sebab korang
dah kena kepung.' Balas ady.
'Kami bersedia mati dari mengikut ajaran kumpulan kau!' Tegas nurin.
'Ady... lepas kan mereka. Bunuh lah aku... aku yang korang cari.' Balas pak abu.,
Dengan pantas pak dollah memeluk ady dengan kuat. Ady terkejut dengan tindakkan pak
dollah. Mereka semua turut terkejut dengan apa yang pak dollah lakukan.
'Abu!!! Bawa mereka lari!!! Bawak anak aku sekali!!!!' Jerit pak dollah.
'Tapi dollah kau!' Balas pak abu.
'A... aku dah kecewa kan anak aku abu...isk.. bawalah dia lari dengan cepat.' Balas
pak dollah.
Dengan pantas mereka berlari. Iqmal membantu to'ki untuk berdiri. Lalu dengan
pantas to'ki berlari meninggalkan kawasan tersebut. Kini pak dollah telah di kepung
oleh ahli kumpulan mereka.
'Dollah...hahaha... apa kau buat ni?' Soal ady.
'Ma... maafkan aku ady!...isk... aku taknak anak aku kecewa dengan aku ady...isk..'
balas pak dollah sambil mengundur.
'Hahahah!!... takpa dollah.. aku faham... aku tau perasaan kau.' Balas ady.
'T...terima kasih tuan ady...' balas pak dollah.
Dengan pantas ady berpaling dan menikam perut pak dollah. Darah terus membuak²
keluar pak dollah rebah ke tanah sambil mengerang kesakitan.
'Urghhh!!!... k...kau kata kau maafkan aku...uhukk!!' Ujar pak dollah.
'Maaf... dalam kamus hidup aku tak pernah ada perkataan maaf!' Jerit ady.
Dengan pantas ady melompat ke arah pak dollah. Tubuh pak dollah di tikam beberapa
kali dengan ady tanpa henti. Darah memercik ke muka ady. Pak dollah terkulai dalam
keadaan nazak. Darah membuak² keluar dengan banyak. Ady bangkit dan memandang pak
dollah yang tengah nazak.
'Bangsat... berani kau pegang aku?..heh..' ujar ady.
Ady mengarahkan lembaga yang di seru kuzir untuk pergi memburu saki baki kumpulan
pak abu. Ady memerintahkan lembaga yang bernama rogon itu membunuh saja kesemua
mereka dan membawa mayat mereka kepada dia. Lembaga yang bernama rogon itu
berfizikal seperti manusia separa harimau dengan pantas berlari mengejar mereka.
'Tuan ady... adakah tuan mahu kami membantu rogon?' Soal rozie.
'Tak perlu. Kita balik je.' Balas ady.
'Mayat ni?' Balas rozie.
'Biar je dia mampos kat sini.' Balas ady.
Mereka berjalan meninggalkan pak dollah yang sedang nazak berlumuran darah itu
sendirian terbaring di tanah. Pak dollah cuba merangkak dalam kesakitan sambil
mengejar rogon yang jauh mengejar mereka.
'T... tolong j... jangan bunuh anak aku...isk..uhukk!!' Bisik pak dollah sendirian.
Bahu pak dollah di tepuk. Pak dollah di letak di atas ribanya. Pak dollah memandang
ke arah wajah pemuda tersebut. Tubuh pemuda itu berbau seharum kasturi.
'K...kau...isk...' esak pak dollah.
'Pak dollah... kenapa ni?' Soal pemuda tersebut.
'Ma...maafkan aku...isk.. aku tak sengaja bunuh udin dulu...uhukkk!!!' Balas pak
dollah.
'Saya dah lama maafkan pak dollah. Lagipun siapa saya nak terus hukum pak dollah.'
Balas pemuda itu.
'A... aku merayu... se... selamatkan lah anak aku!!!...uhukk!!! Isk... a.. aku
merayu...' balas pak dollah.
'Baiklah... saya janji akan selamatkan mereka semua.' Balas pemuda itu.
'T... terima kasih...' bisik pak dollah.
Tangan pak dollah terhempas ke tanah. Tubuh pak dollah terkulai tidak bernyawa. Pak
dollah telah meninggal di riba pemuda itu. Mayat pak dollah di letak dengan lembut.
Pemuda itu memandang wajah jenazah pak dollah yang kaku keras itu.
'Ya allah... kau tenang kan lah dia. Semoga rohnya di tempat kan di sisi orang²
yang beriman..' balas pemuda itu.
Ngggauuummmmm!!!!
Seekor harimau putih gergasi muncul di sisi kanan pemuda itu. Harimau putih itu
seakan menanti arahan pemuda tersebut. Pemuda itu bangkit berdiri dan memandang ke
hadapan.
'Buntat... pergi selamatkan mereka.' Arah pemuda itu kepada harimau putih tersebut.
Harimau putih gergasi yang bernama buntat itu dengan segera berlari ke arah tempat
pak abu dan yang lain berlari. Buntat seolah mengerti arahan yang di beri pemuda
tersebut. Kemudian pemuda itu meletakkan kedua tangannya ke belakang sambil tangan
kanan nya bermain tasbih. Dan dengan lafaz bismillah pemuda itu melangkah berjalan
mengikut arah buntat berlari.
sementara itu tubuh to'ki tercampak di serang lembaga rogon. Nurin cuba melindungi
ayahnya dari menjadi mangsa lembaga rogon. To'ki kembali bangkit dan cuba menyerang
lagi. Namun hasilnya tetap sama. Tubuh to'ki dengan kuat terhempas ke tanah.
'Aaarrrgghhh...!' Jerit lembaga rogon.
'Nurin!!! Jaga ayah kau bebaik!!!' Balas to'ki.
Lembaga rogon berdengus dengan kuat. Dia menunjuk taring² nya ke arah to'ki. Nurin
memegang parangnya dan bersiap untuk menyerang andaii kata rogon cuba meluru ke
arah mereka. Beberapa orang pemuda dan pemudi bersiap siaga melindungi nurin dan
pak abu.
Lembaga rogon dengan pantas berlari meluru ke arah mereka. Nurin mula mengenggam
kuat parangnya. Mereka mula sedikit goyah kerana kekuatan lembaga rogon itu mampu
membunuh mereka dalam sekelip mata. Tapi demi berebut mati syahid mereka gagahkan
kaki berdiri di baris hadapan.
Tiba² buntat datang dan merempuh lembaga rogon. Mereka yang melihat terkejut dengan
kemunculan buntat si harimau putih gergasi. Berlaku pergelutan antara buntat dan
lembaga rogon yang hebat.
'H..harimau ni... aku cam harimau putih ni!!!!' Jerit to'ki.
'Uzair!!!!' Jerit nurin.
Lembaga rogon di banting ke tanah dan di tekan dengan kaki depan buntat. Lembaga
rogon mengerang kesakitan. Muncul pemuda tadi di depan lembaga rogon. Pemuda itu
duduk di depan rogon sambil memegang kepala lembaga rogon.
'Uzair!!!!!!!!' Jerit mereka serentak.
Dengan lafaz bismillah dan beberapa potongan ayat al quran. Lembaga rogon lebur
menjadi bara akibat dibakar oleh uzair. Uzair berdiri di hadapan buntat. Kepala
buntat di usap dengan lembut sebelum buntat kembali berlari ke arah hutan
berdekatan dan hilang dari pandangan mata mereka.
'Uzair....' bisik pak abu.
'Ya allah... syukur kau hantar bantuan...' balas to'ki sambil terduduk.
Nurin bagai tidak percaya uzair muncul kembali di depan nya. Penampilan uzair jauh
berbeza dari yang dulu. Uzair yang kini lebih kemas dan bersih berbanding uzair
yang dulu selekeh dan serabai. Tapi hanya satu yang tak pernah berubah. Bauan badan
uzair yang berbau kasturi.
'Uzair.......' jerit to'ki sambil memeluk erat tubuh uzair.
'To'ki... ' balas uzair.
Nurin berjalan mendekati uzair. Uzair hanya tersenyum memandang nurin yang
mendekatinya. Nurin mengesat air matanya yang terus mengalir memandang uzair.
'Selamat kembali uzair ... isk.' Ujar nurin.
'Ya nurin. Aku dah kembali. Semangat kalian yang kuat mempertahan islam membuat aku
kembali semula ke sini untuk bantu kalian dalam peperangan ini.' Balas uzair.
'Syukur allah memakbulkan doa aku.. ' balas pak abu
'Syukur alhamdullilah.' Balas mereka serentak.
Bagai bergegar seluruh kawasan tersebut. Raungan dan jeritan suara ghaib jelas
kedengaran. Bunyi raungan seperti seekor raksasa juga jelas kedengaran di bangunan
kawasan itu. Mahat yang sedang memuja turut terkejut.
'A... apa dah jadi!' Tegas mahat.
'Dia dah muncul mahat!!! Ancaman untuk aku dah muncul!!!!!!!'jerit suara ghaib.
'A... apa..' balas mahat.
'Uzair dah muncul!!! Keturunan rita!!!!!!! Dia dah kembali!' Tegas suara ghaib.
Di tempat kuzir. Bayangan mahat muncul dalam bentuk asap tebal hitam. Kuzir yang
sedang duduk di kerusi hanya memandang bayangan mahat.
'Kuzir! Ancaman tuan gempita telah muncul!!!!'tegas mahat.
'Aku tahu. Aku kat sini boleh rasa kemunculan dia.' Balas kuzir.
'Persiapkan pengikut kita untuk hadapi dia!' Tegas mahat.
'Tak payah! Biar aku je yang hadapi dia!' Tegas ady.
'Ady...' ujar mahat.
'Aku takkan mengecewakan tuan gempita. Biar aku hapuskan budak tu.' Balas ady.
'Baiklah... kalau macam tu kau tunggu di pekan rambai aku yakin mereka akan rampas
kembali tanah mereka.' Balas mahat.
'Menurut perintah.' Balas ady.
Kuzir hanya memandang wajah anaknya ady. Ady kelihatan bersemangat hendak bertarung
dengan budak yang dikata kan handal itu. Kebayan yang berdiri di tepi hanya
mendengar saja perintah dan permintaan ady.
£bersambung£

BLACK MAGIC(HORRORORZONE 5)
BY ASLAN KIEDANG
PART 6

Malam itu uzair dan yang lain merancang untuk kembali ke kampung rambai. Mereka
ingin merampas kembali kampung mereka.
'Jadi apa plan kau uzair?' Soal to'ki.
'Pak abu dan yang lain tunggu di sini sementara aku dan to'ki akan ke kampung
rambai.' Balas uzair.
'Dua orang je? Itu terlalu berisiko uzair.' Balas pak abu.
'Ya uzair. Mereka juga ada orang kuat mereka yang di gelar panglima. Salah satunya
bernama ady.' Balas nurin.
'Kalau dengan uzair. Aku tak kisah aku yakin kita akan menang.' Balas to'ki dengan
bersemangat.
'Ini bukan masaalah menang atau kalah. Ini masaalah nyawa kalian boleh terancam
kalau berdua sahaja pergi.' Balas nurin.
'Aku taknak yang lain nanti terkorban. Sebab tu aku taknak korang pergi. Lagipun
musuh akan tau kalau bilangan kita terlalu ramai.' Balas uzair.
'Uzair... aku perlu buat apa?' Soal iqmal.
'Jaga pak abu dan nurin serta orang kampung. Aku yakin kau boleh.' Balas uzair.
'Baiklah...' balas iqmal.
'Kalau macam tu rancangan kau. Pak abu percaya. Harap kalian akan berjaya.' Balas
pak abu.
'Baiklah... malam ni kita rehat dulu.' Balas uzair.
Hari makin jauh malam. Nurin sukar untuk melelapkan mata. Dia keluar dan melihat
uzair sedang mengerjakan solat. Nurin duduk di hadapan unggun api yang masih
menyala dan memerhatikan uzair.
Selepas solat uzair melipatkan sejadahnya dan bangkit. Lalu uzair duduk dihadapan
nurin.
'Kau fikir kan apa?' Soal uzair.
'Entah. Tapi saya rasa macam selamat bila lihat awak kembali.' Balas nurin.
'Aku kembali sebab ada amanah arwah mak aku untuk aku.' Balas uzair.
'Apa tu?' Soal nurin.
'Aku kena cari abang kembar dan ayah aku yang masih hidup dan terjebak dalam
kumpulan sesat tu.' Balas uzair.
'Jadi mereka masih hidup. Awak kenal mereka ke?' Soal nurin.
'Tak. Tapi aku yakin jika aku berjaya melepasi di sini aku akan dapat jumpa mereka.
Firasat aku mengatakan mereka dekat dengan aku.' Balas uzair.
'Uzair... terima kasih.' Balas nurin.
'Untuk apa?' Soal uzair.
'Kerana kembali dan menyelamatkan kami.' Balas nurin.
'Hahaha... itu semua atas izin allah nurin...' balas uzair.
Sementara di satu sudut kawasan. Kebayan berubah menjadi seorang perempuan cantik
di hadapan kuzir. Kebayan atau nama sebenarnya Kartini berdiri di hadapan kuzir
yang sedang duduk di atas bangku.
'Ada apa kartini?' Soal kuzir.
'Kau tak bagitahu ady dia ada adik kembar ke?' Soal kartini.
'Hal yang lama aku malas nak ingat kartini.' Balas kuzir.
'Aku kesian melihat ady yang tak tau langsung dia ada adik kembar.' Balas kartini.
'Kartini. Aku suruh kau bantu ady bukan sebab untuk kesian kan dia. Aku nak dia
jadi kuat. Lagipun adik dia dah lama mati serentak dengan bini aku kartini.' Jelas
kuzir.
'Tapi kuzir...' balas kartini.
'Kau pilih kartini. Sama ada kau nak kembali pada mahat tuan asal kau ke atau kau
nak teruskan perintah aku.
'Baiklah. Aku minta maaf.' Balas kartini.
Kartini berubah menjadi nenek kebayan dan berjalan meninggalkan kuzir. Kuzir
melihat jari jemari nya dan serentak dengan itu peristiwa isterinya rita mati
membuatkan dia sedikit terganggu.
Siang itu seperti yang di rancang uzair dan to'ki berjalan menuju ke kampung mereka
semula. Suasana sunyi itu membuatkan mereka menoleh ke kiri dan kanan. Langkah
mereka terhenti sebaik melihat ady sedang duduk di sebuah bangku bersama 2 orang
yang berdiri di kiri dan kanannya dengan memakai jubah menutupi wajah mereka.
'Haiii... to'ki...' tegur ady.
'Bangsat kau! Kau bunuh bapak aku! Dasar iblis kau!!!' Jerit to'ki.
'Bawa kawan baru ke to'ki.' Balas ady.
'Kawan aku akan habiskan kau ady!!!' Jerit to'ki.
'Hahahaha!!!! Gila ahhh... macam power je kawan kau ni?' Balas ady.
Mata ady dan uzair saling berpandang antara satu sama lain. Kali ini naluri ady
kuat mengatakan pemuda yang hampir sama muka dengan dia ini bukan calang² orangnya.
'Akhirnya kau bawa orang yang mampu buat aku sedikit risau ye to'ki.' Balas ady.
'Kenapa... kau risau kau akan mati ke?' Soal to'ki.
'Hahahaha!!!! Aku risau mati? Kau merepek apa ni to'ki?' Soal ady.
Sekelip mata uzair sudah berada di depan ady. Ady yang terkejut dengan serangan
uzair dengan pantas mengelak. Bangku yang di duduk ady hancur terkena serangan
uzair. Ady melompat ke salah satu kedai di pekan rambai dan dia berdiri di sana.
'Wow! Hebatnya!!!' Balas ady.
'Maaflah. Aku tak reti nak bercakap banyak ni. Sebab aku dah lama cari kumpulan
korang ni.' Balas uzair.
'Jadi makna nya kau mengincah kami lah ye?' Soal ady.
Uzair melipat selendang yang menutupi separuh wajahnya. Ady sedikit terkejut bila
mendapati wajah dia dan uzair hampir sama. Cuma yang bezakan. Hanya lah tahi lalat.
Ady yang mempunyai tahi lalat di tepi bibir. Uzair pula tidak mempunyai tahi lalat.
'Hahahaha!!! Kenapa muka kita ni sama?' Soal ady.
'Mungkin kebetulan je. Yang pasti lepas musnahkan kau aku akan dapat jawapan aku
nak.' Balas uzair.
Dengan pantas uzair melompat ke arah ady. Tiba² muncul salah seorang pengikut ady
yang menyerang uzair secara tiba². Uzair yang menahan serangan itu tercampak dan
merempuh kedaii kecil di belakangnya dengan kuat.
Kedua pengikut ady berdiri semula di sisi kiri dan kanan ady. Melihat uzair yang
bangkit dari serpihan kedai tersebut. Ady ketawa terbahak².
'Maaflah... sebelum lawan aku... korang kena hadap dulu 2 orang kuli aku.' Balas
ady.
'Kenapa kau takut ke?' Soal to'ki.
'Aku takut? Jangan mimpi lah...' balas Ady.
'Habis tu kenapa kau tak nak lawan kami.' Balas to'ki.
'Hehehe... aku nak tengok korang mampu tak lepas dengan 2 orang ini dulu.' Balas
ady.
Kedua pengikut ady membuka jubah yang menutupi badan dan wajah mereka. Terkejut
to'ki dan uzair apabila melihat kedua tubuh lelaki tersebut. Tubuh mereka di lukis
satu simbul pemujaan. Malah ada beberapa mantera yang tertulis di segenap penjuru
tubuh mereka.
'Mantera kebal?' Soal uzair.
'Hehahahaha!!! Ya! Mereka tak mampu di jatuhkan langsung. Malah tiada senjata tajam
yang mampu melukai tubuh mereka!' Jerit ady.
'Bangsat... main kotor.' Bisik hati to'ki.
'Aku memperkenal kan 2 orwng pengikut setia aku yang bernama Awal dan Akhir!!!!'
Jerit ady.
Awal dan akhir hanya memandang ke arah uzair dan to'ki dengan wajah bengis mereka.
Uzair dan to'ki mula mempersiapkan langkah mereka. Dengan pantas awal dan akhir
melompat turun dan berjalan ke arah uzair dan to'ki.
'Jadi ini ke lawan kami?' Soal awal.
'Nampak macam mudah.' Balas akhir.
Dengan pantas awal menyerang to'ki. To'ki yang belum bersedia terkejut dengan
serangan awal. To'ki hanya mampu menahan setiap serangan awal. Satu tumbukkan tepat
mengenai bahagia muka to'ki sehingga to'ki tercampak ke belakang.
'Mudah.' Balas awal.
'Bangsat kau.' Balas to'ki.
Golok di belakang to'ki di keluarkan. Lantas to'ki membuka langkah untuk menyerang
awal. Awal yang melihat to'ki memegang Golok hanya ketawa dan berjalan mendekati
to'ki.
'Apakah kau yakin senjata kau mampan pada tubuh aku yang keras seperti besi ini?'
Ujar awal.
To'ki yang berang diperlekeh kan oleh awal dengan pantas melibaskan goloknya
beberapa kali ke arah awal. Seperti yang diperkatakan oleh awal. Golok to'ki gagal
mencederakan awal. Dengan pantas leher awal di cekik lalu di campak ke belakang
dengan kuat sehingga tubuh to'ki merempuh ke arah gerai kecil.
Melihat to'ki teruk dibelasah oleh awal. Uzair meluru ke arah awal. Namun tindakkan
uzair di halang oleh akhir. Akhir tersenyum memandang uzair. Kemudian dengan pantas
akhir melepaskan penumbuknya bertubi² ke arah uzair. Uzair mengelak setiap serangan
akhir. Dengan pantas uzair melilit tangan akhir dengan selendang di bahunyan
pergerakkan akhir terbatas.
Uzair dengan pantas menyerang pinggang akhir dengan lututnya beberapa kali kemudian
uzair menendang muka akhir sehingga akhir terseret ke tanah. Awal yang melihat
akhir hampir di tewaskan berlari ke arah uzair.
'Bangsat kau! Berani kau serang adik aku!' Balas awal.
'Bagus lah... abang awal... adik akhir. Kau yang awal mati adik kau yang terakhir
mati.' Balas uzair.
'Berlagak kau!!!!'jerit awal.
Awal yang menyerang uzair memberikan satu tumbukkan padu ke arah uzair sehingga
uzair mengundur beberapa langkah ke belakang. Awal cuba menyerang kepala uzair.
Namun uzair sempat mengelak dan cuba menyerang di kepala awal. Tapi tangan uzair
yang sakit apabila dia menyerang awal.
'Kenapa sakit tangan ke tu?' Soal awal sambil tersenyum.
'Kau jangan berlagak sangat lah.' Balas uzair.
'Heh... itu lah kenyataannya kan.' Balas awal.
'To'ki! Campakkan aku golok kau!' Tegas uzair.
To'ki dengan pantas mencampak goloknya ke arah uzair. Golok to'ki di sambut uzair.
Kemudian uzair membaca beberapa potongan ayat suci al quran dan di hembus ke mata
golok. Lalu dengan pantas golok tersebut di pasak ke tanah sebelum uzair membuka
langkahnya.
'Heh... salah tusuk ke?' Soal awal.
Ady memerhatikan tindakkan uzair. Kemudian dia mula melihat cara uzair bermain
golok yang ada di tangannya. Ady yakin uzair telah tahu cara nak mengugurkan ilmu
kebal awal. Ady yakin pertarungan ini akan menjadi lebih seronok dan menarik.
'Maju lah kalau kau yakin kau masih kebal?' Ujar uzair.
'Hahahaha!!!! Comfident nya kau!!! Baiklah!' Balas awal sambil berjalan.
Awal berjalan ke arah uzair. Dengan pantas uzair menyerang awal dengan goloknya.
Setiap serangan uzair tak mampu di lihat awal. Setiap hirisan uzair tepat mengenai
urat saraf utama awal. Bilah tajam golok tepat terhenti tepat di leher awal sambil
uzair membelakangkan awal.
'A... apa yang kau buat?' Soal awal.
Tiba² tubuh awal di penuhi dengan luka² kecil. Mereka yang melihat terkejut apabila
uzair berjaya melukakan badan awal yang sekeras logam itu.
'Game over.' Bisik uzair pada awal.
Sekali hirisan sahaja leher awal terbuka dengan luas. Darah memancut sehingga
terkena sedikit wajah uzair. Awal mengeluppur di tanah sambil menahan luka. Akhir
yang melihat awal tewas bagaikan tidak percaya. Ady mula bertukar menjadi wajah
serius. Dia turut tak sangka awal boleh di tewaskan dalam waktu sesingkat ini.
'M..mustahil!!!' Jerit akhir.
Uzair membiarkan akhir berlari meninggalkan nya. Tiba² kepala akhir di tekup dengan
tangan ady. Akhir meronta² sebelum kepalanya di pecahkan oleh ady dengan sekelip
mata. Uzair dan to'ki yang melihat kejadian itu terkejut sama sekali dengan
tindakkan ady.
'Pengecut tak dibenarkan dalam kumpulan ini.' Balas ady.
Ady berjalan dan berdiri tepat di hadapan uzair. Hanya beberapa langkah mereka akan
saling berdepan. Ady hanya tersenyum memandang uzair. Uzair pula kelihatan hanya
tenang memandang ady.
'Kenapa sampai kau bunuh dia?' Soal uzair.
'Kerana dia lari saat bertempur. Itu bukan sikap orang yang berani." Balas ady.
'Tapi dia dah menyerah kalah.' Balas uzair.
'Falsafah hidup aku takda erti menyerah kalah.' Balas ady.
'Apa pun alasan kau. Kau tak berhak cabut nyawa dia.' Balas uzair.
'Dalam hati aku dah mati erti belas kasihan. Jadi apa perlu kau pertikaikan.' Balas
ady.
Dengan serentak penumbuk mereka saling bertemu sehingga meletuskan angin yang
kencang. To'ki yang melihat turut terkejut dengan kekuatan mereka berdua dan tanpa
mereka berdua sedar mereka merupakan saudara kembar yang terpisah sejak kecil lagi.
'Hebat....' ujar ady.
'Hm...' pandangan uzair.
Kali ini tendangan mereka pula saling bertemu dengan serentak. Angin kencang turut
terjadi saat kaki mereka saling bertemu. Di sebalik pokok kartini yang berubah
menjadi kebayan hanya memerhatikan pertempuran 2 kembar tersebut.
'Menyedihkan... kedua kembar bertarung sesama sendiri.' Balas kartini.
£bersambung£

BLACK MAGIC (HORRORZONE 5)


BY ASLAN KIEDANG
PART 7

Nurin mula risau keselamatan uzair dan to'ki yang tidak muncul. Pak abu seolah
mengerti perasaan nurin dengan pantas bangkit dan mendekati nurin.
'Risaukan uzair ke?' Soal pak abu.
'Ya ayah. Nurin risau kan keselamatannya.' Balas nurin.
'Pergilah melihat keadaan dia. Mana tahu dia perlukan bantuan nurin ' balas pak
abu.
'Betul ke?' Soal nurin.
'Ya... pergi lah melihat keadaan uzair. Tapi pastikan iqmal ikut sekali.' Balas pak
abu.
'Mari iqmal.' Balas nurin.
'Baiklah.' Balas iqmal.
Mereka dengan pantas berlari meninggalkan pak abu. Mereka menuju ke arah pekan.
Sementara di sana pertempuran sengit antara uzair dan ady terjadi. Dengan pantas
ady menekan kepala uzair sehingga wajah uzair tepat ke tanah. Kaki uzair sempat
membalas serangan ady sehingga tubuh ady dengan kuat terhempas dan terseret di
tanah.
Kedua mereka berbalas serangan. Kekuatan mereka mengejutkan to'ki yang melihat.
Akhir sekali kedua mereka saling terkena serangan sehingga mereka berhenti
seketika.
'Hebat....' balas ady.
'Aku akan kalahkan kau dan aku akan cari abang dan ayah aku.' Balas uzair.
'Hahahaha! Kau punya cerita hampir sama dengan aku. Tapi kau takkan berjaya!' Balas
ady.
'Yeke... aku takkan menyerah!!!!' Jerit uzair.
Satu tumbukkan tepat mengenai wajah ady sehingga ady tercampak dan merempuh pintu
kedai di belakangnya. Uzair mengumpulkan semua tenaganya. Kemudian dia mula membaca
ayat² suci al quran lalu dia menyasarkan serangannya ke arah ady yang baru bangkit.
Ady yang terkena serangan uzair tercampak ke belakang dan terseret di tanah. Pada
masa yang sama kartini muncul dan menghenti kan pertarungan mereka. Uzair melihat
kartini memandangnya.
'Siapa kau?' Soal uzair.
'Kartini si nenek kebayan!' Jerit to'ki.
Pada masa yang sama nurin dan iqmal telah tiba di sana. Mereka melihat uzair
berdiri berhadapan perempuan cantik. Nurin mendekati uzair manakala iqmal membantu
to'ki untuk bangkit.
'Uzair. Sudah lah... dia tak larat hendak bertarung. Kau dah menang.' Balas
kartini.
'Apa kau merepek ni kartini! Aku belum kalah!!!!' Teriak ady.
'Ady... sudah lah... takkan kau sanggup nak bunuh dia.' Ujar kartini.
'Aku sanggup bunuh siapa yang halang cita² aku!' Tegas ady.
'Walaupun dia adik kembar kau?' Soal kartini.
Bagai tersentak mereka berdua bila mendengar apa yang ditanya kartini. Nurin dan
yang lain turut terkejut. Uzair dan ady saling berpandangan. Mereka masing² masih
kaku.
'A... apa kau merepek ni kartini?' Soal ady.
'Aku taknak korang berbunuh... aku tak sampaii hati ady...' balas kartini.
'Takkan dia abang aku?' Soal uzair.
Uzair dan ady masih kaku berdiri. Mereka tidak menyerang satu sama lain. Nurin juga
tidak percaya dengan apa yang di dengari nya. Terlalu sukar untuk mempercayainya.
Tak lama kemudian pak abu dan yang lain tiba di sana. Mereka mula berdiri di
belakang uzair.
'Katakan semua nya karut!!!! Bapak aku cakap dia dah mati masa mak aku mati!!!!!!'
Jerit ady.
'Tak ady... manusia yang menjaga adik kau.... ibu kau berbohong supaya adik kau tak
mati di bunuh oleh ayah kau.' Balas kartini.
'Bohong semua ini...' ujar uzair sambil terduduk.
'Korang memang adik beradik.... korang berdua kembar... sudahlah... aku sebenarnya
tak sampaii hati tengok korang berbunuh...' balas kartini.
'Kenapa kau tak bagitahu aku dari awal!!!!!!!!!' Jerit ady.
Tiba² kuzir muncul dari belakang. Asap mula berterbangan di tiup angin. Kuzir
memandang wajah uzair. Dia merindui anak kembarnya yang seorang itu. Tapi dia
terpaksa melepaskan rasa rindunya kerana dia yakin mahat sedang memerhatikan dia.
'Ady... berundur sekarang..' ujar kuzir.
'Betul ke dia adik aku yang ayah cakap dah mati berpuluh tahun dulu...' soal ady.
Kuzir hanya terdiam. Dia tidak memandang pun wajah uzair. Dia hanya merenung ke
tempat lain. Ady mula sakit hati apabila bapa dia tidak menjawap soalan nya.
'Jawap lah!!!!!' Jerit ady.
'Ya.....' balas kuzir.
Pak abu seolah perasan akan reaksi wajah kuzir. Dia seolah dapat merasakan kuzir
menahan air mata dari jatuh. Hakikat yang sebenar kuzir rindu pada uzair yang di
katakan mati oleh isterinya. Rupanya selama ini uzair hidup dan betul lah ramalan
yang mengatakan uzair akan menghapuskan kumpulan ilmu hitam.
'Ady... balik sekarang.' Balas kuzir.
'Tidak!!!!! Selagi aku tak dengar kebenaran!' Jerit ady.
'Kartini aku perintahkan kau bawa ady balik ke tempat kita.' Balas kuzir.
'Tidak selagi kau tak jawap soalan aku! Betul ke uzair yang kau suruh bunuh ini
adik kandung aku!!!!' Jerit ady.
'Kartini! Bawak ady balik.' Tegas kuzir.
Kartini membawa ady pergi walaupun ady memberontak beberapa kali. Akhirnya ady di
pengsan kan oleh kuzir. Kartini hilang bersama ady. Kuzir masih memandang wajah
anak nya uzair. Ingin saja dia berlari memeluk anak yang dirindui nya tapi dia tak
boleh bertindak kerana dia tahu mahat sedang memerhatikan dari jauh.
'A.... ayah...' ujar uzair.
'Jaga diri kau. Jangan sampai kita berjumpa lagi. Masa itu aku akan bunuh kau.'
Balas kuzir sambil berpaling.
'Kuzir! Aku tau kau rindu pada anak kau uzair ni.' Balas pak abu.
'Takda gunanya aku rindu pada budak yang bakal memberi ancaman pada kumpulan aku.'
Balas kuzir sambil membelakang kan mereka.
'Kenapa pakcik cakap macam tu uzair dari dulu mencari pakcik dan ady!!!' Jerit
nurin.
'Aku tak pernah minta dia cari aku...' balas kuzir.
'Sekurangnya pakcik fikirlah perasaan dia!!!' Jerit nurin.
'Aku takda perasaan pada dia. Uzair! Jangan sampai aku bunuh kau andai kita
berjumpa lagi. Ingat jangan campur urusan kami!' Jerit kuzir sambil mengalir air
mata.
'Saya akan tetap halang ayah!!!! Saya yakin satu hari kita satu keluarga akan
bersatu kembali! Itu amanah mak kepada saya.' Balas uzair.
'Hm... rita...' bisik hati kuzir sambil tersenyum.
'Saya akan selamatkan ayah dan abang dari sumpahan syaitan gempita!!!! Saya
janji!!!!' Jerit uzair.
Kuzir berjalan sambil membelakang kan uzair. Uzair hanya melihat ayahnya
membelakang kan dia. Uzair tak tau mana semangatnya hadir. Tapi dia yakin dia akan
selamatkan ayahnya dari cengkaman syaitan gempita yang akan bebas tak lama lagi.
Mereka hanya melihat kuzir menghilang di sebalik asap putih. Orang kampung mula
bersorak apabila mereka berjaya mendapatkan kampung mereka kembali. Pada masa yang
sama. Mahat telah mendengar semuanya. Dia hanya tersenyum. Dia yakin tuan gempita
pasti gembira bila mendengar apa yang dia sampai kan.
£bersambung£

BLACK MAGIC (HORRORZONE 5)


BY ASLAN KIEDANG
PART 8
Orang kampung mula berkerjasama membangunkan kampung mereka kembali. To'ki di
lantik menjadi ketua kampung bagi mengantikan posisi arwah ayahnya pak dollah yang
terbunuh saat menyelamatkan mereka.
Pak abu menarik nafas lega apabila mereka kembali semula ke kampung mereka.
Sementara itu uzair sedang duduk di pondok yang pernah mempunyai kenangan dia
bersama seorang insan gila bernama udin yang di anggap ayahnya sendiri.
Nurin berjalan mendekati pondok tersebut. Uzair pantas menoleh memandang ke arah
nurin. Nurin hanya tersenyum memandang uzair.
'Uzair... nak ikut nurin ke satu tempat tak?' Soal nurin.
'Mana?' Soal uzair.
'Adalah... kalau nak tahu uzair kena ikut nurin.' Balas nurin.
Uzair melangkah mengikuti nurin. Keadaan penerimaan orang kampung kepada uzair tak
seperti dahulu. Kini ke mana saja uzair pergi. Orang² kampung pasti menegur dia.
Kampung rambai kembali seperti sedia kala. Kali ini uzair amat diterima di kampung
mereka. Cuma yang membuat uzair sedih ialah. Abah udin. Dia tidak diterima
sepanjang hidup dia hanya kerana dia seorang manusia yang kurang waras.
Tapi uzair yakin. To'ki akan ubah pandangan orang kampung ini terhadap hamba allah
yang istimewa seperti arwah udin. Langkah mereka terhenti di hadapan pagar sekolah.
Uzair memandang nurin dengan wajah yang pelik.
'Kenapa kita ke sekolah?' Soal uzair.
'Nurin nak tunjuk uzair sesuatu.' Balas nurin.
'Nurin jangan macam². Kita belum kahwin.' Balas uzair.
'Ya allah uzair! Kenapa sampaii macam tu fikir nurin nak tunjuk uzair sesuatu.
Tempat kedudukan nurin dalam kelas.' Balas nurin
'Ooo cakap lah.' Balas uzair.
Nurin menunjukkan kelas nya dari tingkatan 1 sampai lah tingkatan 5. Apa yang
hairan kan uzair kedudukan nurin dalam kelas semuanya berhampiran tingkap.
'Kenapa kedudukan nurin semua sama je dari form 1 sampai form 5?' Soal uzair.
'Ini kerana nurin selalu nampak uzair berjalan kaki.' Balas nurin sambil tersenyum.
Kemudian nurin menunjukkan mejanya di kelas tersebut. Di meja nurin tertulis ukiran
nama uzair dalam bahasa jawi. Uzair memandang nurin. Wajah nurin bertukar menjadi
merah.
'Nurin?' Soal uzair.
'Ya... dari dulu nurin sukakan uzair. Cuma nurin tak berani nak cakap.' Balas
nurin.
Tiba² uzair teringat pesan tok bunta. Dia dan nurin tak boleh bersama. Ini kerana
dunia dan nurin amat berbeza. Uzair berdarah separa alam bunian dan separa manusia.
Lagipun tok bunta dan ingatkan uzair tentang peristiwa yang menimpa arwah ibunya
bersama ayahnya dulu.
'Maaf nurin... kita tak boleh ada rasa sayang.' Balas uzair.
'Takpa nurin faham. Cukup uzair tahu yang nurin sayang uzair je.' Balas nurin.
'Cukup² lah zaman romantik kau. Hari ini kepala kau aku akan bawa balik uzair.'
Tegur seseorang.
Mereka menoleh ke arah tuan empunya suara. Jelas berdiri di hadapan mereka seorang
lelaki yang hampir sebaya dengan mereka. Nurin kenal lelaki tersebut. Namanya
bazli. Tapi setahu nurin bazli ni meninggal kerana kemalangan sewaktu mereka sedang
menduduki peperiksaan.
'Bazli?' Soal nurin.
'Nurin kenal ke tuan empunya badan?' Soal uzair.
'Kenal sangat. Nama dia bazli... setahu nurin bazli dah 1 tahun lepas.' Balas
nurin.
'Jadi betul lah dia setan yang menyamar menjadi budak ni.' Balas uzair.
'Hehehehahaha!!! Aku di perintahkan membawa balik kepala kau kepada tuan gempita.'
Balas bazli.
'Oh yeke? Tuan kau ada bayar zakat kepala aku ke? Sesuka dia nak ambil kepala aku?'
Balas uzair.
'Erk!' Terkedu bazli hendak menjawap.
Dengan pantas satu tumbukkan uzair di lepaskan tepat ke muka bazli sehingga dia
merempuh kerusi dan meja yang tersusun di kelas tersebut. Uzair berdiri dan
memandang bazli yang terbaring kaku di lantai.
'Dia ni jin lemah. Selalu masuk ke dalam tubuh² mayat untuk memperdaya kan mangsa
nya.' Balas uzair.
'Uzair!!!!!' Jerit nurin.
Uzair yang terkejut segera menoleh. Lidah bazli melilit leher uzair. Lalu tubuh
uzair di banting ke dinding dengan kuat. Kemudian lidah bazli masuk semula ke dalam
mulutnya. Kulit muka bazli mula berlubang akibat di tumbuk oleh uzair tadi.
'Uzair!.. awak okay ke?' Soal nurin.
'Heh.. dasar jin lemah... ' balas uzair.
Selendang di bahunya di ambil dan di lilit ke tangan kanan nya. Lalu uzair membuka
langkah silatnya. Bazli mula mengeluarkan lidahnya yang panjang sehingga mencecah
lantai. Mata bazli bertukar menjadi putih semua nya. Kedua tangan bazli turut
memanjang sehingga menjejak ke lantai.
'Hahahaha!!!!' Ketawa bazli.
'Eww... kenapa hodoh sangat dia ni. Busuk pulak tu?' Soal nurin.
'Apa kau pernah tengok hantu mandi ke bodoh!' Soal bazli dalam nada gema.
'Aik? Marah pulak? Dia tanya je pun.' Balas uzair.
'Soalan tak kena! Soalan yang cukup bodoh!' Tegas bazli.
'Meh aku bagi soalan kat kau!' Jerit uzair sambil berlari.
Satu tumbukkan dilepaskan namun bazli berjaya mengelak. Kepantasan bazli membuatkan
uzair sedikit terkejut. Dengan pantas bazli membalas serangan dengan melibas tangan
nya yang panjang sehingga mencecah lantai itu ke arah uzair. Uzair yang menahan
tercampak ke belakamg sambil merempuh kerusi dan meja dalam kelas tersebut.
'Uzair!' Jerit nurin.
'Urghhh...' dengus uzair sambil bangkit.
'Hahahahah!!! Dasar manusia lemah! Kau bukan lawan aku!!!' Jerit bazli.
Sementara itu di satu kawasan kepulan asap hitam itu kini mula membentuk jasad
manusia. Cuma yang membezakan dia dari manusia lain ialah dia mempunyai tanduk dan
bersayap serta bertubuh kekar dan sasa.
'Selamat kembali tuan gempita.' Sujud mahat dan kuzir serta pengikut yang lain.
'Kuzir... apakah kau lupa pada pesan aku dulu...' ujar gempita.
'Bunuh anak kepada saya tuan.' Balas kuzir.
'Dah tu kenapa budak itu masih hidup. Kau tahu dia ancaman pada kita?' Soal
gempita.
'Maaf atas kesilapan saya tuan.' Balas kuzir.
'Sebenarnya kuzir tak sanggup nak bunuh uzair tuan. Sebab dia sayang anak dia tuan.
Sedang kan masa nak bunuh isterinya dulu pun dia teragak².' Balas mahat.
'Saya menafikan tuan!. Bagi saya kita kena tengok kemampuan apa yang uzir miliki
tuan supaya senang kita nak musnah kan dia.' Nafi dan jelas kuzir.
'Apakah itu berbaloi untuk kumpulan ini kuzir...' balas gempita.
'Saya yakin tuan. Lagipun manusia lebih mudah termakan hasutan tuan.' Balas kuzir.
'Jangan tuan risau. Saya dah hantar salah satu pengikut kita untuk membunuh uzair
dan membawa kepala dia kepada kita tuan.' Balas mahat.
Kuzir yang terkejut mendengar apa yang di katakan mahat segera berpaling dan
memandang mahat. Mahat yang sedar dirinya di pandang kuzir menjeling dan tersenyum
sinis kepada kuzir.
'Sudah... kalian pergi dulu.' Balas gempita.
'Terima kasih tuan!.' Ujar mereka serentak.
Saat keluar dari tempat gempat. Kuzir dengan pantas menekan leher mahat menggunakan
lengannya di dinding sehingga mahat tersandar ke dinding.
'Kau siapa nak masuk campur urusan aku.' Tegas kuzir.
'Hehehe... aku hanya menjalankan perintah tuan gempita supaya tidak gagal kali
kedua.' Balas mahat.
'Ini urusan aku. Bukan kau mahat!' Tegas kuzir.
'Well kita tengok je urusan siapa nanti hhehehe' balas mahat.
Kuzir berjalan meninggalkan mahat. Dia sedikit pun tidak menoleh kepada mahat.
Nampaknya mahat cuba hendak bermain api dengan dia. Dia takkan lepaskan mahat.
Tunggu saja masa. Mahat mesti kena dengan dia.
Pada masa yang sama di sekolah masih berlangsung pertempuran antara uzair dan
jelmaan bazli. Nampaknya uzair terlalu memandang rendah kepada kemampuan bazli.
Uzair kembali menyorok di belakang pintu kelas. Dia terpaksa bersembunyi
memandangkan mahluk itu hanya mengejar dia.
'Uzair!' Jerit nurin.
Tempat persembunyian uzair di rempuh oleh lembaga itu sehingga uzair tercampak ke
hadapan. Nurin mendekati uzair yang sedang membuka lilitan di tangan nya. Uzair
membaca beberapa ayat yang di ajar oleh tok bunta kepada nya. Dengan pantas
selendang di hayun ke lantai. Serta merta selendang uzair bertukar menjadi cemeti.
'A... apa yang terjadi.' Getus hati nurin.
Uzair melibas cemeti miliknya beberapa kali ke lantai dengan kuat. Serta merta
mereka mendengar bunyi ngauman harimau. Saat nurin berpaling dia melihat harimau
putih gergasi muncul di luar kelas. Jelmaan bazli mula berundur apabila melihat
buntat muncul sambil sedia menerkam ke arah dia.
'M...mana datang pulak harimau ni!!!!' Jerit jelmaan bazli.
Dengan pantas uzair melibaskan cemetinya ke arah jelmaan bazli saat jelmaan bazli
hendak berlari. Jerutan di leher membuatkan jelmaan bazli tidak mampu melarikan
dirinya lagi. Dengan pantas buntat membuka mulut dan membaham jelmaan bazli.
Selepas membaham jelmaan bazli. Buntat sendiri hilang dari pandangan.
Selendang yang bertukar menjadi cemeti kini menjelma ke bentuk asal. Uzair hampir
rebah ke lantai. Dia menggunakan sepenuh tenaganya untuk menentang jelmaan yang
bagi dia lemah. Nurin dengan pantas menyambut uzair.
'Uzair?. Awak okay tak?' Soal nurin.
'Aku okay... aku cuma nak berehat...' balas uzair.
'Mari kita pulang.' Balas nurin.
Nurin memapah uzair keluar dari kawasan kelas itu. Mereka mula berjalan menuju ke
pondok. Uzair memilih untuk tinggal di pondok itu dari tinggal di tempat lain. Bagi
uzair pondok itu merupakan salah satu kenangannya bersama arwah abah udin.
£bersambung£

BLACK MAGIC (HORRORZONE 5)


BY ASLAN KIEDANG
PART 9

Uzair berbaring sendirian di dalam pondoknya. Lampu pelita di pasang bagi menerangi
kawasan pondok tersebut. Kemudian uzair terdengar suara seseorang memberi salam.
Uzair menjengah dan melihat to'ki dan iqmal datang ke rumah nya.
'Kenapa to'ki?' Soal uzair.
'Nurin bagitau aku tadi korang di serang. Betul ke?' Soal to'ki.
'Em... tapi alhamdullilah... kami berjaya musnahkan benda tu.' Ujar uzair.
'Nampak pengikut kumpulan ilmu hitam takkan berdiam diri setelah mereka tahu kita
berjaya rampas kawasan mereka.' Ujar iqmal.
'Kemungkinan. Kita kena sentiasa bersedia. Uzair. Kau akan bantu kami kan.' Soal
to'ki.
'Dah semestinya. Aku akan terus bantu korang sampaii aku dapat berjumpa dengan
ketua mereka.' Balas uzair.
'Oh ya... sepanjang 5 tahun tu kau ke mana uzair?' Soal to'ki.
'Aku mengembara. Aku ingat kan ayah aku dan abang aku berada jauh. Rupanya dekat
skali slama ini.' Balas uzair.
'Tapi aku ada dengar orang kampung seberang hujung cerita kau ada masuk ke kampung
mereka.' Balas iqmal.
'Ya... aku tolong kawan aku. Danish nama dia. Tapi alhamdullilah dia dan isteri dia
dah okay.' Balas uzair.
'Hahahaha.. tapi apa pun aku patut berterima kasih kat kau.' Balas to'ki.
'Kenapa?' Soal uzair.
'Pasal kau berjaya membuat orang kampung memberi aku peluang untuk jadi ketua
kampung. Aku harap aku dapat ubah persepsi orang kita ni tentang insan istimewa
seperti udin." Balas to'ki.
Uzair hanya tersenyum. Dia memandang ke arah to'ki dan iqmal. Siapa sangka insan
istimewa seperti udin mampu membesar kan dia sehingga dia mampu mengetahui latar
belakang diri dia.
Sementara itu di tempat kuzir. Kartini membuka pintu besi. Kelihatan tangan dan
leher ady di rantai dengan kukuh sehingga sukar dia melepas kan diri. Mata ady
sebelah menjadi merah dan mempunyai gigi siung. Wajah ady juga mula berubah sedikit
seolah tubuh ady menjadi bentuk separa harimau separa manusia.
'Ady...' ujar kartini.
'Dia jadi macam ni bukan kerana salah kau kartini.' Balas kuzir.
'Tapi aku yang bersalah kuzir... sebab aku mencerita kan dia hal yang sebenar.'
Jelas kartini.
'Sungguh aku pun tak sangka yang anak aku masih hidup lagi. Aku tau rita
menyembunyi kan pekara sebenar kerana takut aku membunuh uzair.' Balas kuzir.
'Betul ke kau akan membunuh uzair?' Soal kartini.
'Hehahaha... entah lah kartini. Aku tak berani nak cakap. Biar lah masa menentu kan
nya.' Balas kuzir.
'Kuzir. Kau tak rasa ke kita ni salah?.' Soal kartini.
Kuzir memandang wajah ady yang di rantai. Sifat ady sebagai manusia mula hilang
separuh. Ady memandang kuzir tak ubah seperti seekor mangsanya yang menunggu untuk
dibunuh.
Sementara itu di tempat gempita satu lembaga datang dengan keadaan merangkak dan
berhenti di depan gempita. Gempita hanya melihat lembaga itu sehingga lah lembaga
itu menjelma menjadi seorang gadis yang cantik.
'Sudah aku agak itu kau nila.' Ujar gempita.
'Salam sejahtera tuan gempita. Saya telah menerima arahan dari guru saya untuk
berjumpa dengan tuan.' Ujar nila.
'Aku tau...' balas gempita.
'Guru yang mendengar tuan berjaya mendapat tubuh kekal segera menghantar saya untuk
membantu tuan.' Balas nila.
'Mana guru kau? Kenapa dia tak datang? Adakah dia tak ingin berjumpa dengan tuan
gempita yang telah pulih 70%.' Ujar mahat.
'Jaga mulut kau macam.' Balas nila.
'Wah... budak setahun jagung seperti kau boleh mengenali aku?' Soal mahat.
'Siapa tak kenal dengan orang seperti kau yang gemar tikam belakang.' Balas nila.
'Budak kurang ajar! Jaga mulut kau!!!' Tegas mahat.
'Sudah! Aku bukan mahu melihat korang bertengkar.' Balas gempita.
'Maafkan kami.' Balas mereka serentak.
Gempita berjalan dan membelakang kan mereka. Lalu pandangan gempita hanya tertumpu
ke unggun api. Sayap milik gempita kelihatan berlubang². Manakala sebelah tanduk
gempita juga patah.
'Aku takkan lupa peperangan aku dengan bebe beberapa tahun dulu... dia telah
menewaskan aku dan mengunci aku di dalam lautan... ' balas gempita.
'Maafkan saya tuan gempita andaii saya ada membuat tuan berkecil hati.' Balas nila.
'Takpa nila... kau kena tahu satu. Kumpulan ilmu hitam kita ini adalah untuk
menanti sang raja kita bangkit dan kita akan bersama² dia menghasut umat² islam.'
Balas gempita.
'Tapi tuan... saya risau jika kuzir bertukar pandangan. Bagaimana jika dia
mengkhianati kita?' Soal mahat.
'Kuzir.... hm...' bisik gempita.
Di pondok uzair sendirian dan memandang keluar. Tiba² uzair ternampak kelibat
mayang berdiri di balik pokok rambutan di hadapan pondok. Uzair mendekati mayang.
'Kenapa mayang ke dunia sini?' Soal uzair.
'Ayah meminta mayang memeriksa keadaan uzair.' Balas mayang.
'Abang okay. Mayang tak payah lah risau.' Balas uzair.
'Bagaimana dengan selendang yang ayah beri. Adakah ia berfungsi dengan baik.' Balas
mayang.
'Baik sekali mayang.' Balas uzair.
Aaaaarrrggghhhhhh
Uzair yang mendengar suara jeritan itu segera berlari mendekati arah itu. Melihat
uzair telah pergi. Mayang dengan pantas menghilangkan dirinya.
Uzair tiba di kawasan jeritan tersebut. Sekujur tubuh perempuan berlumuran darah
terbaring di rumput sambil wajahnya penuh dengan kesan torehan. Uzair mendekati
to'ki dan pak abu yang kebetulan ada di sana.
'Kenapa dengan mayat ni?' Soal uzair.
'Orang jumpa dia dah dalam keadaan terbaring.' Balas pak abu.
'Ini bukan kesan pisau. Sebab luka dia bukan lurus. Ini macam kesan cakar.' Jelas
to'ki.
'Takpa. Kita uruskan jenazah dulu... nanti benda lain pula yang amik kesempatan.'
Balas uzair.
Saat uzair berpaling. Mata dia tertacap pada seorang gadis bertudung putih dan
berselendang putih tanpa uzair sedar wanita itu adalah salah satu pengikut kumpulan
ilmu hitam yang bernama nila.
'Siapa tu?' Soal uzair.
'Mana?' Balas to'ki.
Nila telah hilang dari pandangan sebaik uzair berpaling semula. Hanya yang ada di
sana adalah kabus putih yang tebal. Uzair mula merasakan ada sesuatu yang tak kena
pada perempuan tadi. Kemunculan dia juga cukup misteri.
'Uzair? Kamu okay tak?' Soal pak abu.
'Saya okay pak abu.' Balas uzair.
Pada malam seterus nya seorang wanita yang berjalan sendirian di jalan sunyi terasa
seperti ada seseorang yang mengikutnya dari belakang. Apabila wanita itu menoleh.
Di belakangnya tiada sesiapa. Saat wanita itu kembali memandang ke hadapan. Dia
terkejut apabila nila berdiri di hadapannya.
'Assalamualaikum...kum...' ujar nila.
'Waalaikumm...' balas wanita itu.
Belum sempat wanita itu menjawap salam yang diberi. Wajah nila bertukar menjadi
sangat hodoh dan mempunyai gigi serta kuku yang tajam. Dengan pantas wanita itu di
terkam oleh nila.
**********************
Pada masa yang sama. Iqmal yang baru pulang dari warung terkejut apabila melihat
seutas beg tangan berada di jalan. Iqmal mencapai beg itu dan melihat ke kiri dan
kanan.
'Beg sapa ni?' Soal iqmal.
Darah menitik di atas beg. Iqmal yang terkejut cuba melihat ke atas. Kelihatan
wanita yang di serang nila tadi telah mati dalam keadaan tergantung dengan
terbalik. Muka wanita itu habis penuh dengan kesan cakaran dan berlumuran darah.
'Mayattttttttttt!!!!!!' Jerit iqmal sekuat hati.
****************************
To'ki dan pak abu serta di temani nurin datang ke pondok uzair. Mereka di jemput
naik sementara uzair sedang duduk bersandar di atas sejadah.
'Uzair. Malam semalam merupakan mangsa kedua.' Ujar pak abu.
'Ya uzair. Diaorang mula bertanya pada aku.' Balas to'ki.
'Itu adalah hantu kum². Kerja dia memang buru anak dara pun. Dia ni memang kejam.'
Balas uzair.
'Habis tu uzair. Kau boleh bantu tak?' Soal.to'ki.
'Aku cuba to'ki. Malam ni kita tunggu dia muncul. Tapi kita perlu kan seseorang
menjadi umpan.' Balas uzair.
'Biar aku jadi umpan.' Balas to'ki
'Dia takkan menyerang lelaki. Dia cuma menyerang perempuan.' Balas uzair.
'Kalau macam tu biar saya je jadi umpan.' Balas nurin.
'Gila kau! Bahaya tu!!!'tegas to'ki.
'Ya nurin. Jin jenis kum² ni takkan lepaskan kau kalau dia gagal dapatkan kau.'
Balas uzair.
'Habis. Takkan nak suruh yang lain menyamar.' Balas nurin.
Uzair dan yang lain terdiam. Jika di fikirkan takkan ada yang sanggup menjadi umpan
untuk tarik hantu kum² itu muncul. Tapi jika mereka gagal nyawa nurin bakal dalam
bahaya. Makna nya uzair hanya ada peluang sekali sahaja untuk musnahkan hantu kum²
ini.
'Dengar sini bebaik... kita hanya ada peluang sekali sahaja. Kalau tidak nyawa
nurin akan dalam bahaya.' Jelas uzair.
'Ok... patut kita buat sekarang ni?' Soal to'ki.
'To'ki dan pak abu... kalian memerhatikan nurin. Tapi ingat jangan terlalu jauh.
Sementara itu saya akan pastikan nurin selamat semasa dia menunggu di bus stop
simpang kampung kita ni. Masa hantu kum² tu muncul nurin awak fokus pada salam yang
di bagi. Kalau salam nya di belakang ada bunyi kum² jangan balas salam tu. Awak
terus lari.' Balas uzair.
'Baiklah saya faham.' Balas nurin.
'Ingat ye... peluang kita sekali je.' Balas uzair.
Gakkk.... Gakkk....
Tiba² mata mereka terpandang pada 2 ekor burung gagak yang bertenggek di dahan
pohon rambutan depan pondok uzair. Sementara itu di tempat gempita. Mahat telah
mendengar semua yang di perbincangkan oleh uzair dan rakan²nya. Mahat tersenyum
sendirian. Tanpa mereka sedar 2 ekor gagak itu adalah perantaraan mahat.
'Hehehehe... nak selamatkan gadis itu ye. Baiklah uzair... aku akan pastikan kau
mati malam ni. Sekali gus aku akan berjaya membuat tuan gempita memandang tinggi
pada aku dan kau kuzir.... kau akan menyesal kerana sentiasa mencabar aku. Hehehe.'
Gelak mahat sendirian.
£bersambung£

BLACK MAGIC (HORRORZONE 5)


BY ASLAN KIEDANG
PART 10

Suasana malam yang dingin membuatkan mereka sedikit kesejukkan. Hawa malam
membuatkan mereka juga terasa sedikit mengantuk. Pak abu melihat to'ki mula
terlelap di sebelahnya.
'To'ki. Kamu tidur ke?' Soal pak abu.
'Sorry tok imam... terlelap.' Balas to'ki.
'Apa punya ketua kampung lah kau.' Tegas pak abu.
'Huhuhu... sorry..' bisik to'ki.
Nurin mula kelihatan berjalan berseorangan di hujung kampung. Suasana yang sedikit
berkabus itu membuat kan nurin sedikit ketakutan. Mata nurin memandang kiri dan
kanan. Dia melihat suasana kabus itu memenuhi ruang mereka.
Pada masa yang sama. Uzair bersembunyi di balik pohon berhampiran bustop tempat
nila menunggu. Uzair mempersiapkan langkah nya untuk memastikan keselamatan nurin.
'Assalamualaikum²....' tegur seseorang.
Dengan pantas nurin memandang ke belakang. Seorang gadis berbaju dan berselendang
putih berdiri di hadapan nurin sambil tersenyum. Nurin yang baru hendak menjawap
salam tiba² teringat kata² uzair. Dengan pantas nurin melarikan diri. Nila hanya
tersenyum sebelum dia berubah menjadi satu jelmaan yang amat menyeramkan.
'Hehehehehahahahaha!!!!' Hilaian nila sambil terbang ke udara.
Tiba² dalam masa yang sama. Kawasan uzair menyorok di penuhi ratusan ekor burung
gagak. Bunyi burung gagak itu membuatkan uzair melompat ke belakang. Burung² gagak
itu dengan pantas berkumpul menjadi satu dan berubah ke bentuk fizikal mahat.
'Hehehehe... akhirnya aku berpeluang bersemuka dengan kau.' Ujar mahat.
'Siapa kau?' Soal uzair sambil mempersiapkan selendangnya.
Selendang yang di regang kan oleh uzair bertukar menjadi seutas cemeti. Uzair
melibas² cemetinya ke tanah dan sebaik hujung tali cemeti mengenai tanah letusan
kecil terjadi di sekeliling uzair. Kemudian uzair mempersiapkan langkah menyerang
mahat.
'Cemeti merah api... hehehe... tak sangka kau tuan empunya cemeti ini.' Balas
mahat.
'Aku takda masa nak bermain dengan kau. Kalau kau nak menyerang mari lah!' Tegas
uzair.
'Aku bukan nak menyerang kau. Tapi aku cuma melenggahkan kau uzair.' Balas mahat.
Uzair melibas cemetinya. Namun seakan menembusi badan mahat. Pohon di belakang
mahat yang terkena libasan sehingga pohon itu terbakar. Uzair sedar yang sebenarnya
bentuk asal mahat bukan berada di sini...
'Aku tau tubuh asal kau bukan ada pada sini mahat. Kau cuma gunakan sihir kau untuk
mengelirukan aku.' Balas uzair.
Satu libasan tepat mengenai seekor gagak yang hanya bertenggek pada pohon. Gagak
itu terbelah menjadi dua saat tali cemeti tepat mengenainya. Serta merta bayangan
mahat berterabur dan pecah menjadi gagak semula.
Uzair dengan pantas berlari meninggalkan kawasan itu.
Sementara itu. Langkah kaki nurin terhenti. Dia menemui jalan buntu. Nampaknya
uzair dan yang lain masih belum tiba lagi. Nila menjelma menjadi wanita cantik dan
berjalan mendekati nurin.
'Nak lari ke mana?' Soal nila.
'Nak pergi kedaii...errr...' balas nurin.
'Jangan nak lowyer buruk dengan aku.' Balas nila.
'Mana ada. A... apa kau nak hah?' Soal nurin.
'Aku ke mari untuk memburu mangsa² aku!' Balas nila.
'Apahal kau nak kacau kami?.' Soal nurin.
'Untuk menambah sakti diri ku. Hehehahaha.' Balas nila.
'Takkan sampaii nak membunuh orang yang tak salah?' Soal nurin.
'Hahahaha!!!! Mereka perlu berkorban untuk aku.' Balas nila.
'Kejam nya! Dasar setan!!!' Tegas nurin.
Nila berubah menjadi lembaga yang amat hodoh. Tiba² tali cemeti melilit tepat leher
nila. Nurin melihat uzair kini muncul di belakangnya. Nila meronta untuk lepaskan
diri. Namun lilitan yang kuat dan kemas itu membuat kan nila kesukaran.
'Kau tau tak apa akan jadi kalau aku dah dapat punca onar yang buat kat kampung
ni?' Soal uzair.
'Maafkan aku... cemeti merah api ini membuat aku kepanasan!!!' Jerit nila.
'Kau cakap sapa yang suruh kau datang sini?' Soal uzair.
'Pertinggi kumpulan kami!' Balas nila.
'Siapa!!!' Ujar uzair.
'G.... gempita!!!' Jerit nila.
'Siapa gempita? Cakap dengan aku!' Balas uzair.
'D... dia salah satu dari 3 syaitan yang menjadi ketua kami... dia yang kami
menurut perintah.' Ujar nila.
Dengan sekali libasan sahaja. Nila yang menjelma menjadi hantu kum² terbelah
menjadi dua sebelum terbakar. Pada masa yang sama pak abu dan to'ki berlari ke arah
mereka. Mereka melihat tubuh nila sudah mula terbakar dan hangus di jilat api.
'Siapa dia uzair?' Soal pak abu.
'Salah satu pesuruh ahli kumpulan ilmu hitam.' Balas uzair.
'Nampak nya mereka nekad nak menghapus kan kita.' Balas to'ki.
'Mereka mahu kan aku. Jadi aku rasa baik aku saja berdepan dengan mereka. Selagi
aku tetap di sini aku risau jika mereka membahayakan yang lain.' Balas uzair.
'Kamu jangan buat keputusan melulu uzair. Tindakkan kamu boleh membinasakan diri
kamu sendiri.' Balas pak abu.
'Habis? Takkan saya perlu libatkan yang lain pak abu?' Soal uzair.
'Aku faham uzair. Tapi apa kata aku ikut kau sekali?' Soal to'ki.
'Takpe. Biar aku je yang berdepan dengan mereka. Lagipun kau sebagai penganti ayah
kau... kau kena terus hidup to'ki.' Balas uzair.
Sementara di tempat kuzir. Gempita telah muncul dan berdepan dengan kuzir. Kuzir
yang menerima kedatangan ketuanya itu menyembah ke arah gempita.
'Kuzir... anak kau kini dalam perjalanan dan bakal berdepan dengan aku.' Ujar
gempita.
'Saya faham tuan. Saya takkan teragak² menghapuskan dia.' Balas kuzir.
'Hm... aku tau kau seorang yang setia pada aku kuzir.' Balas gempita.
'Terima kasih tuan.' Balas gempita.
Tiba² datang sekumpulan tengkorak manusia mendekati kuzir saat gempita sudah
berjalan keluar. Mendengar apa yang di perkatakan tengkorak itu kuzir terkejut.
Lantas dia bangkit dan berpaling ke arah lain.
'Kartini... aku mengkhianati aku... berani kau bawa lari ady dari aku.' Balas
kuzir.
Sementara itu di dalam perjalanan. Kartini terus menerus memapah tubuh ady yang
lemah. Mereka perlu mencari seseorang yang mereka yakin boleh melindungi ady dari
buruan gempita.
'K...kita nak ke mana kartini.' Soal ady.
'Kita akan selamat ady.. aku yakin dia mampu menyelamatkan kau.' Balas kartini.
'Si... siapa?' Soal ady.
'Uzair.... dia pasti akan bantu kau.' Balas kartini.
'Heh... kau kenapa tahu aku memang nak cari uzair?' Soal ady.
'Ady... kau membesar di depan aku ... malah kau menangis di depan aku juga. Jadi
aku tau apa yang kau fikir kan.' Balas kartini.
Tiba² kartini dapat rasakan kehadiran sesuatu. Dengan pantas dia menolak ady ke
tepi semak. Mereka bersembunyi di balik pokok. Ady dan kartini saling berpandangan.
Kemudian mereka melihat beberapa kepala berterbangan seolah sedang mengesan mereka.
'Nampaknya dia dah tau kau dah terlepas.' Ujar kartini.
'Bahaya ni... nampaknya kita kena lari secepat mungkin.' Balas ady.
'Tak kalau kita lari bersama dia lagi akan mudah mengesan kau.' Balas kartini.
'Habis apa rancangan kau?' Soal ady.
Kartini memandang wajah ady. Kemudian dengan pantas dia memeluk tubuh ady seerat²
nya. Tanpa sedar kartini mengalir kan air matanya. Dia berharap sangat uzair mampu
melindungi ady.
'Kar... kartini... jangan cakap kau nak...' ujar ady.
Tiba² tubuh ady bagai di tarik sesuatu. Dengan pantas ady kini jauh meninggalkan
kartini. Ady dapat melihat kartini berdiri keluar dari tempat persembunyian. Ady
menjerit² memanggil nama kartini. Namun kartini sedikit pun tidak mengundur ke
belakang. Sebaiknya kartini terus berlari ke arah beberapa penanggal tersebut.
'Kartini!!!!!!!!!' Teriak ady.
Penanggal² itu berjaya di musnahkan kartini. Belum sempat kartini menarik nafas
lega. Nama kartini di panggil dari belakang. Saat kartini menoleh. Dia terkejut
melihat seseorang berbadan tegap berdiri di belakang nya.
'Apa kau buat ni kartini? Kau dah lupa sapa yang menyelamatkan kau dulu?.' Soal
lelaki itu.
'Damak. Aku tau tu kau.' Balas kartini.
'Jawap soalan aku kartini. Kau cuba nak mengkhianat tuan gempita ke? Kau jangan
lupa dia yang memberi kita kekuatan ini.' Balas damak.
'Aku cuma nak mereka adik beradik bertemu damak.' Balas kartini.
'Hm... maafkan aku kartini. Arahan tuan gempita terpaksa aku turuti.
Dalam sekelip mata. Damak kini di hadapan kartini. Dengan pantas dia menyerang
kartini. Kartini yang belum sempat bersedia terpaksa menahan serangan dari damak.
Arrrggghhhhhhhhhhhh
Jeritan kartini jelas kedengaran di setiap pelusuk hutan. Tubuh kartini jatuh ke
tanah. Kartini tidak menyedarkan diri. Damak hanya memandang wajah kartini hendak
di bunuh tapi sahabat. Jadi kartini akan diserahkan kepada tuan gempita untuk
hukuman nya.
£bersambung£
BLACK MAGIC(HORRORZONE 5)
BY ASLAN KIEDANG
PART 11

Kartini di tolak di hadapan gempita dan mahat. Kartini yang sedikit gementar saat
berdepan dengan gempita segera menyembunyikan ketakutan nya itu. Gempita berdiri
dan memandang ke arah kartini.
'Kenapa kau buat semua ini kartini?' Soal gempita.
'Apa maksud tuan? Saya tak faham?' Soal kartini.
'Jangan ingat kami tak tau kartini... hehehehahaha... kau dah bawa ady lari dari
sini kan?.' Soal mahat.
'Jangan memandaii kata tanpa bukti mahat.' Tegas kartini.
'Aku memandaii ke? Atau kau yang masih cuba berpura² bodoh kartini?' Soal mahat.
'Kartini... kau jangan lupa aku yang selamatkan kau dahulu... malah aku yang beri
kau kekuatan ini.' Balas gempita.
'Mustahil saya hendak mengkhianati tuan?. Itu pekara mustahil untuk saya lakukan
tuan.' Balas kartini.
'Kalau macam tu kenapa kau bunuh penanggal yang aku hantar?' Soal mahat.
'Sebab penanggal yang kau hantar menyerang aku.' Balas kartini.
Damak mendekati kartini. Lalu dia bersujud di hadapan gempita. Gempita melihat
wajah damak. Dia mendekati wajah damak lalu dia menoleh mahat yang berdiri di
tepinya.
'Mahat... aku yakin ady tak jauh dari sini... cari ady... bunuh dia... tapi jangan
sampaii kuzir tahu mahat.' Balas gempita.
'Dengan senang hati tuan gempita.' Balas mahat.
'Damak.... bantu mahat mensempurnakan misi dia.' Balas gempita.
'Menurut arahan tuan.' Balas damak.
Mereka berjalan keluar dari tempat istirehat gempita. Tanpa mereka sedar seseorang
sedang bersembunyi di balik tembok. Mata itu memerhati langkah mereka. Kemudian ia
muncul di sebalik tembok tersebut.
'Kau nak sentuh anak² aku mahat.' Balas kuzir.
Sementara itu di desa rambai orang kampung menemui ady yang terbaring lemah. Dengan
pantas orang kampung bertindak mengepung ady dengan senjata mereka masing². Mujur
to'ki dan pak abu tiba. Mereka menghalang orang kampung dari bertindak lebih
agresif kepada ady. Kerana to'ki tahu ianya abang kandung uzair.
'Iqmal. Kau panggil uzair datang sini cepat.' Balas to'ki.
'B..baik!' Tegas iqmal.
Iqmal berlari ke arah pondok uzair. Dia dengan segera menyampaikan arahan to'ki
kepada uzair. Uzair yang mendengar apa yang diperkatakan iqmal dengan pantas
mengikut iqmal ke tempat tersebut.
Setiba di sana mereka melihat ady sedang bersandar di papan tanda kampung mereka.
Uzair terus mendekati ady. Dia bagai tidak percaya dia dapat bertemu lagi dengan
abangnya.
'Apa khabar abang?' Soal uzair.
'Aku nak tanya satu je?. Betul ke kau abang aku?' Soal ady.
'Saya yakin abang ni memang abang kandung saya!' Balas uzair.
'Tapi kenapa kita terpisah?' Soal ady.
'Saya tak pasti tentang itu. Tapi apa yang saya pasti... ayah kita cuba menyerang
ibu. Tapi saya yakin ayah takda niat nak bunuh ibu!' Tegas uzair.
'Ayah bunuh ibu.... jadi apa yang kartini bagitahu itu benar lah?' Balas ady.
'Tak... ayah takkan sampaii hati nak bunuh ibu. Saya yakin pasti ada sebab ayah
bunuh ibu.' Balas uzair.
'Apa alasan dia?. Selama ini dia menafikan kau hidup... dia ajar aku ke jalan
salah! Dia bawa aku ikut lembah jahanam dia! Bapa jenis apa dia!' Balas ady.
'Abang... saya yakin ayah ada sebab kenapa ayah buat semuanya macam tu.' Balas
uzair.
'A... aku hampir saja bunuh adik aku sendiri kerana dia...' balas ady.
'Ayah pun tak tau saya anak dia.... mungkin sebab itu dia suruh abang bunuh
saya...' balas uzair.
Ady terus merangkul leher uzair
Selama ini dia sangka kan dia bersendirian. Rupanya dia ada adik. Malah dia tak
sangka dia hampir bunuh adik kandung dia sendiri. Ady memeluk erat tubuh uzair. Dia
gembira sehingga menitis air mata.
'Alhamdulilah... ayuh kita semua pulang.' Balas pak abu.
'Aku yakin uzair pasti gembira.' Balas to'ki.
'Mesti lah aku gembira. Aku dapat jumpa abang kandung aku sendiri.' Balas uzair.
Langkah ady terhenti. Mereka turut memandang ke arah ady. Ady menoleh ke arah
uzair. Lalu dia memandang ke arah to'ki semula.
'To'ki.... aku minta maaf kerana membunuh ayah kau.' Balas ady.
'Dah lah... Kau tak salah pun ady. Aku yakin itu adalah takdirnya.' Balas to'ki.
'Tapi dia merupakan ayah kau. Mustahil kau tak marah to'ki. Kalau kau nak hukum pun
aku rela.' Balas ady.
'Ady... aku belajar dari adik kau. Dia juga pernah memaafkan aku atas kesalahan aku
dulu.' Balas to'ki sambil menepuk bahu ady.
Ady memandang wajah uzair. Kemudian ady melemparkan senyumannya kepada uzair. Uzair
kembali memapah ady. Dia sungguh terasa bahagia saat ini kerana dia berjaya menemui
abang kembarnya.
Tiba² darah memercik ke arah wajah uzair. Langkah mereka semua terhenti. Darah
terus menitik² ke hujung kayu. Perlahan² uzair menoleh. Diam tak terkata uzair
apabila melihat darah keluar dari mulut ady. Tubuh ady di tembusi sebatang kayu
yang panjang.
'Aaaadddyyyyy!!!!!!' Jerit uzair sekuat hati.
Tubuh ady jatuh ke tanah. Darah mula melimpah keluar dengan banyak. Mereka melihat
mahat dan damak muncul dari arah belakang. To'ki mencapai parangnya lalu dia
menghunus ke arah mahat dan damak.
'Bangsat kau orang ni!!!!'jerit to'ki.
'Heh... siapa yang menentang tuan gempita harus mati. Terutamanya pengkhianat.
Kepala ady di letakkan di riba uzair. Air mata uzair menitis ke wajah ady. Ady yang
dalam keadaan lemah terus menerus tersenyum ke arah uzair. Nurin duduk di sebelah
uzair sambil mengesat air matanya.
'He..he..he... uhukk!!.. akhirnya aku mati juga...u... uzair.' Bisik ady.
'Jangan merepek!!! Kau akan selamat!!!!' Jerit uzair.
'T.. tak uzair... i... ini lah balasan dosa² aku selama ini...' bisik ady.
'Jangan mengarut! Aku tak nak dengar kata² kau!!!!' Tegas uzair.
'Uzair.... uhukkk!!!.. kau kena janji... k.... kau kena hapuskan semua ahli
kumpulan ini uzair...u..uhuk!!! A... aku yakin kau berjaya.' Balas ady.
'Isk... tapi aku baru jumpa kau...isk... dah lama aku cari abang dan ayah... hari
ini aku baru jumpa... tapi..isk... kenapa cepat sangat kita kena berpisah...isk.'
esak uzair.
Nurin menitis air matanya. Kadang kala dia terfikir apakah nasib uzair takkan
pernah bertemu dengan kebahagiaan. Dia memandang ke arah uzair. Inilah kali kedua
dia melihat uzair begitu sedih setelah kematian abah angkat uzair yang bernama
udin.
'J.... jangan cakap macam tu... uhuk... dapat jumpa kau sesaat pun aku dah
bahagia....uhukk!!! Uhuk!!!... a... aku yakin orang beriman macam kau allah akan
berikan kebahagiaannya pada bila² uzair.' Balas ady.
'Isk... aku cuma nak keluarga kita bersatu...isk..' esak uzair.
'Ke... keluarga kita akan bersatu di akhirat kelak uzair... isk... uhuk.. m....
mungkin kau dan mak saja akan bersama... a... aku tak tau allah akan tempat aku di
neraka atau syurganya... a... aku minta maaf uzair...isk... maa... maafkan lah
aku...' esak ady.
'Ak... aku maafkan kau ady...isk...' balas uzair.
Ady tersenyum. Tangannya terlepas dari genggaman uzair dan terhempas ke tanah.
Uzair bagai terkejut. Tubuh ady terkulai tidak bernyawa di ribanya. Nurin hanya
mampu menangis apabila melihat uzair memanggil nama ady. Pak abu yang di sebelah
hanya menunduk. Ady kini telah pergi buat selamanya. Pertemuan dia dan uzair
berakhir di saat kematian dia......
Aaaaaaaaaaarrrrrrrgggggghhhhhhh
To'ki dan orang kampung yang menyerang mahat dan damak bagai terhenti apabila
mendengar raungan dan jeritan uzair. Mereka menoleh dan melihat uzair terus meraung
di sisi ady yang kini sudah tidak bergerak lagi.
'Binatang kau.......' getus to'ki.
Uzair bangkit sambil mengenggam selendangnya. Serta merta selendang uzair terbakar
dan menjadi cemeti yang merah menyala seperti api. Uzair berdiri dan menghadap
damak serta mahat dalam keadaan menunduk kan kepala nya.
'Hhahaha! Dah mampos pun pengkhianat tu?' Soal mahat.
'Tutup mulut kau syaitan... kau tak boleh kata dia pengkhianat.' Bisik uzair.
'Mahattttttttt!!!!!!!' Teriak seseorang.
Mereka yang mendengar jeritan suara itu dengan pantas menoleh ke arah pemilik
suara. Kelihatan wajah kuzir amat menakutkan sekali. Kuzir mengenggam erat parang
di tangan nya sambil merenung ke arah mahat dan damak.
'Aku dah cakap... jangan apa² kan anak aku...' bisik kuzir.
'Kuzir! Kau cuba nak menyerang aku? Itu bermakna kau mengkhianati tuan gempita.'
Ujar mahat.
'Gempita itu belakang kira mahat... tapi kau dah bunuh anak aku. Kau akan terima
balasan nya!' Jerit kuzir.
Mahat dan damak terkepung di tengah² kuzir dan uzair tanpa berlenggah terus
menyerang mahat. Mahat belum sempat berbuat apa² terus di rempuh kuzir. Manakala
damak terpaksa menahan libasan² uzair dengan cemetinya. Uzair terus menerus
menyerang damak tanpa henti. Orang² desa mula berundur ke belakang. Mereka tidak
berani hendak mara ke depan kerana risau tempias serangan mengenai mereka.
£bersambung£

BLACK MAGIC(HORRORZONE 5)
BY ASLAN KIEDANG
PART 12

Dengan kuat tubuh mahat di hempas ke tanah. Mahat cuba bangkit menyerang balas.
Namun ternyata mahat bukan tandingan kuzir. Dengan mudah serangan mahat di patahkan
oleh kuzir.
Kuzir menyerang mahat dengan kepantasan yang amat luar biasa. Sekali lagi mahat
rebah ke tanah sambil mulutnya berlumuran darah. Kuzir berhenti menyerang. Dia
berjalan mendekati mahat.
'K.. kau tau tak. Kalau tuan gempita tahu kau menyerang aku... kau pasti mati
kuzir!' Tegas mahat.
'Kalau macam tu kau bagitahu gempita yang aku lah bunuh kau.' Balas kuzir.
'N... nanti kuzir!!!!' Tegas mahat.
Krrrrrrrrraaaakkkkkkk
Kepala mahat di pulas sekali je. Tubuh mahat terkulai ke tanah. Kuzir mendekati
mayat ady yang terbaring di tanah. Pak abu dan nurin mendekati kuzir.
'Apa kau nak buat dengan jenazah dia kuzir?' Soal pak abu.
'Aku hendak semadikan dia abu.' Balas kuzir.
'Biarlah kami yang uruskan jenazah dia kuzir.' Balas pak abu.
'Apakah itu tidak menjadi keberatan buat kau abu.' Ujar kuzir.
'Tidak kuzir. Dia kan merupakan saudara kembar kepada uzair. Jadi takkan menjadi
masaalah di pihak kami untuk uruskan jenazah ady.' Balas pak abu.
'Kalau macam tu... aku serahkan kepada kau abu.' Balas kuzir.
'Kau hendak ke mana kuzir?' Soal pak abu.
'Aku harus kembali ke gempita abu. Dia tuan aku sampai aku mati.' Balas kuzir.
'Sudah lah kuzir. Kasihan kan lah uzair dia slalu mencari kau.' Balas pak abu.
'Tak abu. Kau takkan faham. Gempita mesti akan datang sini cari uzair abu.... aku
kena jumpa dia sebelum dia jumpa uzair.' Jelas kuzir.
'Jangan cakap kau hendak bunuh diri kau bersama dengan gempita.' Tegas pak abu.
'Kalau memang itu jalan yang terakhir abu.' Balas kuzir.
Tiba² langit bertukar menjadi gelap. Kilat sambung menyambung. Angin kencang bagai
menyapa seluruh desa rambaii. To'ki mengarah kan semua orang desa berundur
menyelamatkan diri. Mata pak abu dan kuzir memandang 2 orang yang terbang menuju ke
sini.
'Tak perlu cari aku gempita. Aku sedia datang bertemu dengan kau.' Ujar gempita
sambil turun bersama kartini.
'Gempita....' bisik hati kuzir.
Sementara itu pertarungan antara uzair dan damak masih berlangsung. Damak yang
dapat merasai kehadiran gempita dengan pantas undur beberapa langkah ke belakang.
Damak kelihatan sedikit gusar. Dia masih belum mampu melepaskan satu pun serangan
balas pada uzair.
'Bangsat... macam mana kau boleh sepantas ini.' Ujar damak.
'Hutang duit boleh di bayar. Hutang darah... harus di bayar dengan darah!' Tegas
uzair.
Dengan pantas uzair melibas tali cemeti nya tepat ke arah damak. Belum sempat damak
berbuat apa² tali cemeti itu terus membelit di leher damak.
Dengan kuat tubuh damak di hempaskan ke tanah beberapa kali. Kemudian uzair menarik
damak mendekatinya. Lalu uzair menumbuk muka damak beberapa kali sebelum damak
rebah ke tanah.
'Uzair! Awak nak bunuh dia ke?' Soal nurin
'Dia dah bunuh abang aku... mereka tak beri langsung aku peluang menikmati saat
bahagia... kenapa aku mesti hendak beri mereka peluang? Lagipun bukan selama ini
aku diburu oleh mereka ke?' Soal uzair.
'Tapi kalau awak bunuh dia... apa beza awak dengan dia uzair! Awak akan jadi sama
macam mereka.' Balas nurin.
'Kerana mereka... mak aku terbunuh. Kerana mereka juga aku terpisah dengan ayah dan
abang aku... dan kerana mereka juga aku hidup dalam buruan. Jadi apa salahnya aku
bunuh mereka agar hidup aku akan lebih tenang?' Soal uzair.
'Tapi itu bukan sikap awak uzair. Awak bukan pendendam...' ujar nurin.
'Ya... aku memang bukan pendendam... tapi mereka yang buat aku jadi begini.' Balas
uzair.
Serangan uzair terhenti. Dia teringat akan pesan udin kepadanya agar dia tidak
berdendam. Tubuh uzair mula mengigil. Dia berundur setapak demi setapak ke belakang
sebelum uzair melutut ke tanah. Dia hampir saja membunuh satu nyawa.
'Ke... kenapa kau takut ke?' Soal damak.
'A... aku.... aku bukan macam kau damak. Aku di amanahkan agar menamatkan kumpulan
ini. Tapi aku tidak di amanahkan bunuh manusia.' Balas uzair.
'Aku musuh kau! Amat terhina kalau kau bagi aku terlepas.' Balas damak.
'Maaf... aku tidak membunuh... kerana nyawa itu pemberian tuhan.' Balas uzair.
'Saat ini aku terasa seperti di hina... hehehehahahahaha!!!' Gelak damak.
'Bersyukur lah uzair tak membunuh kau walaupun kau dah membunuh abangnya.' Balas
nurin.
'Uzair. Aku terhutang kau satu nyawa.... andaii kata kita berjumpa lagi percayalah
aku akan membunuh kau.' Balas damak.
Damak berjalan meninggalkan uzair dan nurin di sana. Uzair hanya memandang. Tiba²
nurin memanggil uzair untuk melihat ke langit. Uzair memandqng ke langit. Kelihatan
sesuatu sedang menuju ke arah mereka dengan laju.
'Dia seperti menuju ke pekan.' Balas uzair.
'Jom uzair.' Balas nurin.
Saat benda itu tiba di pekan rambai. Satu letusan terjadi dengan kuat. Seluruh
pekan rambai bergegar kerana benda itu turun. Kepulan asap membuatkan mereka sukar
melihat. Bayang² seseorang mula muncul di tengah kawasan letusan itu.
'Kuzir... kau mengkhianati aku... macam mana aku boleh percaya pada lakonan kau."
Ujar suara itu.
'Gempita..... k... kau?' Soal kuzir.
Dengan pantas gempita meluru ke arah kuzir. Belum sempat kuzir berbuat apa.
Serangan gempita tepat meluru ke arah kuzir dan membuat kuzir tercampak ke belakang
dan merempuh rumah berdekatan. Pak abu dan to'ki yang melihat suasana itu dengan
pantas sepakat ingin membantu kuzir. Namun usaha mereka sia². Sebaik gempita
mengembangkan sayapnya. Kedua mereka tercampak dan merempuh pokok serta gerai kecil
berhampiran.
'Hahahahaha!!!! Apakah kau tidak merasa hina saat manusia membantu kau kuzir! Mana
kehebatan kau!' Tegas gempita.
'Jangan libatkan mereka gempita. Mereka sudah cukup menderita kerana memperjuangan
kan apa selama ini mereka lindungi.' Balas kuzir.
'Sejak bila kau pandai bermadah kuzir. Setahu aku kau tak pandaii bermadah kuzir.'
Balas gempita.
'Sebelum aku termakan godaan kau... aku manusia... tapi kau menghasut aku agar
mengkhianati isteri dan anak aku! Kau buat aku dalam penyesalan gempita!!!!!!"
Jerit kuzir.
Kuzir meluru ke arah gempita. Serangan di lancarkan tanpa henti². Gempita yang
diserang dengan mudah mengelak. Gempita melancarkan satu serangan tepat di dada
kuzir sehingga membuatkan kuzir muntah darah dan terhempas ke tanah dengan kuat.
Kemudian kepala kuzir di tendang oleh gempita sehingga kuzir terseret di tanah.
Uzair yang melihat ayahnya di serang oleh gempita. Dengan pantas uzair berlari
membantu ayahnya. Serangan uzair membuatkan gempita sedikit terkejut dan mula
berundur ke belakang sedikit. Uzair menyerang gempita dengan kencang sehingga
serangan uzair tepat mengenai dada gempita dan membuat kan gempita sedikit terundur
ke belakang.
'Kau jangan masuk campur.' Ujar kuzir.
'Tak... saya takkan biarkan ayah berdepan dengan dia sendirian.' Balas uzair.
'Ini urusan aku.' Balas kuzir.
'Urusan ayah urusan saya juga. Dia yang memecah belahkan keluarga kita. Jadi ini
bermakna saya juga punya urusan dengan dia.' Balas uzair.
' heh... anak yang degil. Andaii kata saat bertarung aku takkan sesekali bantu kau.
Ingat tu.' Balas kuzir sambil tersenyum.
'Ayah jangan pula menangis menjerit² minta saya tolong yr.' Balas uzair.
'Heh... kita tengok jr nanti sapa jerit panggil sapa.' Balas kuzir.
Bagaikan tidak percaya. Kuzir dan uzair bersatu menentang gempita. Si iblis yang
selama ini membuat kacau. Air mata nurin mengalir. Dia yakin saat ini uzair terasa
amat bahagia kerana berjaya berdiri di sebelah bapa kandungnya.
'Aku yakin... saat ini uzair pasti bersemangat kerana yang berdiri di sebelah dia
adalah ayahnya sendiri.' Ujar pak abu.
'Uzair!!!! Kalahkan dia sekali gus uzair!!!!' Jerit to'ki.
'Uzair... pasti kan awak menang..' doa nurin.
Sementara itu uzair dan kuzir yang berdepan dengan gempita hanya tersenyum melihat
reaksi gempita.
'Nampaknya kau memang nekad menentang aku kuzir.' Balas gempita.
'Aku akan pastikan kau terima dengan apa yang kau buat pada family aku gempita.'
Balas kuzir.
'Jangan kau lupa siapa yang bunuh bini kau kuzir.' Balas gempita.
'Ini lah yang di amanahkan ibu aku gempita. Dia nak aku dan ayah aku bunuh kau!'
Jerit uzair.
'Hahahaha.... kalian semua hanya sampah yang pandaii bercakap. Kalian bukan
tandingan aku!' Jerit gempita.
'Kqu bakal menyesal gempita' balqs mereka serentak.
£bersambung£

BLACK MAGIC(HORRORZONE 5)
BY ASLAN KIEDANG
PART 13 FINAL

Dengan kuat tubuh mereka berdua terhempas ke tanah. Uzair kembali bangkit untuk
menyerang gempita. Tapi tangan uzair di angkat lalu uzair di tolak dengan kuat
sehingga tubuh uzair terhempas ke arah rumah berdekatan.
'Ini ke kemampuan kau anak beranak!!!!' Jerit gempita.
'Uzair!!!' Teriak nurin.
'Bahaya nurin jangan ke sini!' Balas uzair.
'Bangsat kau gempita....' balas kuzir.
Kuzir meluru ke arah gempita. Lalu kuzir menyerang gempita dengan bertubi². Setiap
serangan kuzir berjaya di elak oleh gempita dengan mudah. Akhirnya gempita membalas
serangan kuzir dengan menyerang tubuh kuzir sehingga serangan itu berjaya membuat
kuzir terhempas ke tanah dan terseret beberapa meter.
'Ayah!!!' Jerit uzair.
'Kau lebih baik jaga diri kau. Jangan sibuk hal aku.' Balas kuzir.
'Ayah tak payah lah risau kan saya. Lebih baik ayah risau kan diri ayah.' Balas
uzair.
'Siapa kata aku risau kan kau?. Aku cuma tak boleh nak fokus kalau kau tak fokus.'
Balas kuzir.
'Hahaha... yelah ayah... mari kita tamatkan semua ini. Supaya urusan kita pula
boleh diselesaikan.' Balas uzair.
Mereka bergabung tenaga. Jelas kelihatan tenaga hitam dan putih mengelilingi tubuh
mereka berdua. Angin bertiup makin kuat. Dan akhirnya tenaga itu melilit ke tubuh
gempita yang sedang berterbangan di udara.
'Aaaarrgghhhh!!!! Apa ni!!!' Ronta si gempita.
'Gempita!!!! Ini akan menjadi pengakhiran kau!!!!' Jerit kuzir.
'Kuzir!!!! Kau takkan selamat dengan anak kau!!!! Kalian kena ingat! Masih ada 2
lagi sejenis dengan aku akan bebas kuzir!!!' Jerit gempita.
'Aku takkan lari! Aku bersedia berdepan dengan mereka gempita!!!!' Jerit uzair.
'Aaaarrrgghhhhh!!!!!!' Laung gempita.
Tubuh gempita bagai terserap ke bawah tanah. Laungan dan jeritan gempita mula
berkurangan dan akhirnya gempita ditimbusi tanah yang kembali menutup. Uzair dan
kuzir hanya berpandangan. Kemudian kuzir mula berjalan meninggalkan uzair
sendirian.
'Ayah nak ke mana?' Soal uzair.
'Itu bukan urusan kau uzair. Kau jaga je diri kau. Aku akan kembali bila tiba
masanya uzair.' Balas kuzir.
'Tapi ayah sekarang kan dah bebas. Apa kata ayah ikut saja kami?.' Balas uzair.
'Tak uzair. Kau kena tahu. Gempita hanya salah satu ketua dari bertiga di dalam
organisasi kumpulan ilmu hitam. Makna nya setelah gempita di kalahkan. Ini bermakna
ada 2 lagi yang tersisa.' Balas kuzir.
'Jadi ayah hendak ke mana?' Soal uzair.
'Jangan kau sibuk nak tanya pasal aku. Lebih baik kau persiapkan diri kau untuk
berdepan dengan kedua dari ketua kumpulan ini uzair.' Balas kuzir.
Uzair hanya terdiam. Kemudian kuzir mula menghilang di dalam kabus asap yang tebal.
Pak abu dan yang lain mula mendekati uzair dari belakang. Mereka memandang uzair
yang masih melihat ayahnya pergi.
'Uzair.' Tegur nurin.
'Ayah kau dah pergi ke? Kenapa dia tak nak bersama dengan kau?' Soal to'ki.
'Tak... dia tahu andaii kata kalau dia bersama aku... dia takkan dapat melindungi
aku secara diam². ' jelas uzair.
'Aku faham maksud ayah kau uzair. Aku yakin dia ada alasan dia buat macam tu. Ayah
kau akan sentiasa bersama kau uzair... percaya lah.' Balas pak abu.
'Em... saya yakin dia akan bantu bila saya dalam kesusahan...' balas uzair.
'Jom kita bangkitkan balik kampung kita bersama².' Balas nurin.
'Jom...' balas mereka serentak.
'Mak..... uzair dah jumpa ayah dan abang ady... uzair yakin mak pasti dapat
berjumpa dengan abang ady juga kan. Abang ady sempat menerima uzair sebagai adik
kembarnya mak... cuma ayah sahaja masih sukar menerima uzair.... tapi uzair yakin
ayah ada alasannya tersendiri. Uzair harap mak dapat tenang bersama abang ady di
alam sana mak. Uzair sebagai anak.takkan lupa mendoa kan mak dan abang ady. Mak
jangan lah risau pasal uzair. Sebab ayah ada bersama uzair. Walaupun ayah masih
belum mengaku uzair sebagai anak dia tapi uzair yakin ayah juga terima uzair sebab
itu ayah melindungi uzair dalam diam mak.'
'Uzair... awak termenung apa?' Soal nurin.
'Saja tengok matahari... nak tau sama ada dia malu atau tak dengan saya?' Balas
uzair.
'Hahahaha... sekarang kan memang waktu matahari terbenam.' Balas nurin.
'Tau... tapi itu lah jenaka arwah abah udin kepada saya.' Balas uzair.
'Awak rindu mereka ke uzair.' Balas nurin.
'Maksud awak?' Soal uzair.
'Yelah... abah udin... abang kembar awak ady.. awak rindu mereka ke?' Soal nurin.
'Ya... saya rindu pada mereka. Tapi saya kena sedar yang mereka telah tiada. Dan
saya akan sematkan setiap senyuman mereka dalam hati saya.' Balas uzair.
Dengan lembut. Tangan nurin di pegang uzair. Mata mereka bertentangan antara satu
sama lain. Nurin yang terkejut memandang uzair.
'Saya dah kehilangan semua senyuman yang saya hendak lindungi... jadi saya takkan
hilang senyuman yang bagi saya cukup indah... saya hendak lindungi senyuman orang
yang sentiasa menyayangi saya... senyuman orang yang tak pernah putus asa mencintai
saya.' Balas uzair.
'Uzair....' gugup nurin sambil mengalir air mata.
'Ya nurin... saya akan meminang awak... di hadapan pak abu... saya nak jaga awak
macam mana selama ini awak jaga saya.' Balas uzair.
'Em...' balas nurin sambil tersenyum.
Jauh di sebalik pohon besar kelihatan kuzir dan kartini juga berada di sana.
Kartini hanya tersenyum melihat kuzir tersenyum. Dia hanya memandang kuzir yang
tersenyum sambil memejam matanya.
'Anak aku dah besar rupanya...' bisik kuzir.
'Tuan kuzir.' Balas kartini sambil tersenyum.
'Aku restu hubungan mereka... kau ingat aku jahat sangat ke kartini? Heh... mungkin
cara dan jalan aku salah. Tapi demi kebahagian anak aku... aku relakan dia bersama
orang yang dia cinta.' Balas kuzir.
'Saya faham tuan!' Balas kartini.
'Lebih baik kita buat persediaan. Aku yakin dua iblis itu akan melancar kan
serangan mereka kerana gempita telah mati.' Balas kuzir.
'Baik tuan. Saya akan sentiasa bersama tuan!' Balas kartini.
Perlahan² mereka menghilang di asap kabus tebal. Kuzir sempat memandang ke arah
uzair bersama nurin. Dia yakin ini pilihan terbaik antara dia dan uzair. Biar lah
mereka menjaga jarak ini agar tiada yang mengancam keberadaan mereka. Samping itu
dia mampu melindungi satu² nya anak dia.
Uzair seakan dapat merasakan kehadiran ayahnya kuzir. Dia hanya diam dan memandang
ke depan saja. Dia sikitpun tidak berdendam dengan ayahnya. Dia yakin ayahnya pasti
ada alasan kenapa ia membuat sebegitu. Yang pasti buat sementara ini dia akan terus
tetap di sini demi menjaga mereka yang lemah.
Sementara itu di kawasan yang jauh dari.tempat mereka kelihatan 2 entiti berbentu
asap muncul dari 2 keranda. Satu asap membentu lelaki manakala satu lagi berbentuk
perempuan.
'Gempita telah di musnahkan.' Ujar si lelaki.
'Hahahaha... ini kerana gempita yang terlemah antara kita bertiga.' Balas si
perempuan.
'Nampaknya anak terpilih yang bakal musnah kan kumpulan kita memang benar² wujud.'
Balas si lelaki.
'Permainan baru bermula. Dia takkan mampu kalah kan kita. Dia hanya mampu tewaskan
si lemah itu je.' Gelak si perempuan.
'Siapa maksud kau?' Balas si lelaki.
'Gempita... lagipun si gempita layak di tewaskan. Kerana si gempita itu lemah je...
hahahahahahahaha!!!' Gelak si perempuan.
Gua itu mula bergema. Kelihatan asap hitam mula berkeluaran di serata tempat.
Gegaran kuat itu memeranjatkan semua binatang di hutan. Kebangkitan 2 raja dan ratu
iblis benar² terjadi..........
'Ayah...' tegur mayang.
'Ya mayang... ayah dapat rasakan... dia makin mula bebas... setelah kematian
gempita mereka akan bebas...' balas tok bunta.
'Tapi macam mana dengan uzair?' Soal mayang.
'Ayah yakin uzair mampu menewaskan mereka...' balas tok bunta.
Uzair! Sedarlah pertarungan kau belum berakhir. Peperangan kau dengan gempita
sebagai syarat pembukaan kepada peperangan sebenarnya. Raja dan ratu iblis akan
bangkit dan menyerang kau bila² masa je. Kau saja harapan mereka uzair... semoga
berjaya uzair.
£T.a.M.aT£

Anda mungkin juga menyukai