Anda di halaman 1dari 32

NEW STORY

REKAAN SEMATA-MATA
WRITER:CHEROL-LINNA
SINOPSIS
YANG TERAKHIR UNTUK MU.
Cerita ini mengisahkan tentang seorang wanita bernama Elda. Dia sudah bersuami
bernama Haris dan mereka sudah 5 tahun mendirikan rumah tangga, namun masih juga
tidak di kurniakan anak. Mereka tinggal bersama dengan ibu mertuanya. Ibu dan bapa
Elda sudah lama meninggal begitu juga dengan bapa mertuanya.
Ibu mertua Elda tidak suka kepada dia kerna masih belum dapat memberinya seorang
cucu. Namun Elda hanya bersabar menghadapi ibu mertuanya demi menjaga hati sang
suami.
Sebelum ini Elda dan Haris berkerja di pejabat yang berasingan. Tetapi sejak Haris
di naikkan pangkat sebagai manager dia malah memberhentikan Elda berkerja dengan
alasan menjaga ibunya di rumah.
Ibu mertua Elda ingin mengawinkan Haris dengan perempuan lain kerna Elda tidak
dapat memberikan dia seorang cucu. Elda hanya menurut kerna dia sangat menghormati
keputusan mertuanya lagi pula Haris kelihatan bersetuju dengan pendapat ibunya jadi
mahu tidak mahu dia hanya ikuti kemahuan ibu mertuanya dengan terpaksa.
Hingga akhirnya Haris berkhawin dengan Maya iaitu isteri kedua Haris yang sangat
jahat dan hanya mahukan wang dari Haris sahaja. Namun tiada siapa yang tahu kerna
tidak seorang pun percaya dengan kata-kata Elda. Mereka hanya mempersalahkan dan
menuduh Elda terus.
Tanpa di sedar Elda terkena kanser rahim dan tiada seorang pun tahu akan
penyakitnya itu apatah lagi suaminya. Dia tidak mahu membuat suaminya risau kerna
takut Haris tidak dapat melayan Maya demi mencapai kemahuan ibu mertuanya itu. Maya
perempuan yang sangat licik dan sentiasa mempengaruhi Haris untuk membenci dia
kerna ingin menyingkirkan dia dari rumah Haris.
Apakah rumah tangga Elda akan kekal untuk selamanya?.
Adakah Elda akan sembuh dari penyakitnya?.
Adakah mereka akan bahagia pada akhirnya?.

NEW STORY
REKAAN SEMATA-MATA
WRITER:CHEROL-LINNA
YANG TERAKHIR UNTUK MU.
PART 1
"Tahniah Haris kamu di naikkan pangkat sebagai manager di pejabat kita mulai hari
ini. Kalau kamu boleh memegang jawatan ini dengan lebih baik saya akan menaikkan
lagi pangkat kamu di perusahaan kita ini."
"Terima kasih banyak tuan. Baiklah saya berjanji akan melaksanakan tugas saya
dengan tekun. Tuan tidak perlu risau pada saya."
"Baiklah kalau begitu, selamat bertugas."
Haris sangat gembira setelah pangkatnya di naikkan sebagai manager di tempat
kerjanya. Dia sudah tidak sabar untuk memberitahukan khabar baik itu pada isteri
dan ibunya di rumah. Hari ini Haris awal balik dari kerja dan dia terus pulang ke
rumah. Setibanya dia di rumah dia masuk ke dalam dan kebetulan ibunya sedang
menonton tv di ruang tamu lantas dia memeluk ibunya. Boleh di katakan anak yang
manja Haris ni tapi sedikit agak keras kepala juga.
"Hai mamy, teka ni siapa mamy?."
"Haha.. sudah pastilah anak mamy. Haris kenapa awal balik hari ni?."
Haris melepaskan pelukan lalu duduk di samping ibunya. Dengan panjang lebar dia
menjelaskan khabar baiknya itu.
"Mamy pasti bahagia kalau dengar khabar baik dari Haris ni."
"Sebenarnya ada apa Haris. Cepat ceritakan pada mamy. Mamy sudah tidak sabar ni."
"Mulai hari ini, aku di naikkan pangkat sebagai manager di tempat kerja ku. Malah
tuan Haris mahu menaikkan lagi jawatan ku lebih tinggi dari yang sekarang jika aku
dapat melaksanakan tugas ku dengan baik."
"Wah! Tahniah anak mamy kamu memang luar biasa. Mamy bangga sama usaha kamu."
"Terima kasih mamy."
Tok..Tok..Tok..
Kedengaran pintu di depan rumah sedang di ketuk. Haris berjalan menuju ke pintu
lalu membukanya.
"Eh! Sayang kamu sudah pulang? Ayoh masuk."
"Eya sayang, terima kasih ya sudah di bukakan pintunya."
Mereka masuk ke dalam rumah dan Haris menyuruh Elda untuk duduk di dekat dia dengan
ibunya. Ibu Haris melihat tajam ke arah Elda saat dia menghulurkan tangan untuk
menyalam ibu mertuanya itu. Sampai sebegitunya dia benci pada menantu sendiri.
"Kamu lihat sendiri kan Haris isteri mu ini! Sepatutnya dia yang awal pulang ke
rumah untuk menyediakan makanan untuk kamu."
"Elda minta maaf mamy. Tadi banyak sangat kerja di pejabat jadi aku harus
menyiapkan tugas-tugas saya dahulu sebelum pulang ke rumah."
"Alahh! Itu hanya alasan kamu kan?."
"Elda tidak tipu mamy. Setiap hari kalau selesai saja kerja di pejabat, saya pasti
pulang ke rumah terus."
"Mamy sudahlah tu, Haris tidak mahu ada pertengkaran hari ini. Aku mahu kita sambut
ke naikkan pangkat aku."
"Apa sayang kamu di naikkan pangkat? Sebagai apa sayang?."
"Ya aku di naikkan pangkat sebagai manager di tempat aku berkerja sayang. Kamu
pasti bahagiakan?."
"Syukurlah kalau begitu, sudah pasti aku bahagia sayang. Kamu memang suami yang
terbaik untuk aku sayang."
"Thank you sayang. Muahh!."
Haris mengucup dahi isteri tercintanya itu dengan manja. Elda bergegas naik ke
tingkat atas untuk menukar pakaiannya.
Selesai sahaja dia menukar bajunya lantas dia turun ke bawa menuju ke dapur untuk
memasak. Dia ingin menyediakan masakan yang special khusus untuk mereka sempena
menyambut kenaikkan pangkat sang suami tercinta.
Sejam berlalu, Elda sudah pun selesai masak lalu memanggil Haris dan ibunya untuk
makan bersama.
"Sayang, makanan dah siap ni jom makan sama-sama ajak mamy ke sini sekali ya."
"Ya sayang, tunggu sekejap aku panggil mamy dekat atas dulu."
Lantas dia naik ke tingkat atas menuju ke bilik tidur ibunya. Dia mengetuk sambil
membuka pintu.
"Mamy jom makan, Elda sudah sediakan makanan tu."
Ibu Haris tidak berkata apa-apa. Dia ikuti jejak langkah anak tunggalnya itu
sehingga sampai di meja makan. Dia melihat banyak makanan tersedia di atas meja.
Namun reaksinya seperti sedang memikirkan sesuatu sambil melihat masakan Elda. Elda
menarik kerusi menjemput ibu mertuanya untuk duduk.
"Silakan duduk mamy, Elda minta maaf kalau masakan Elda tidak sesuai di hati mamy.
Tapi Elda sudah berusaha untuk masak yang tersedap untuk mamy dan untuk kamu
sayang."
"Ya iya lah tak sedap! Kerna yang masak sedap di rumah ini hanya bibik. Kalau kamu
yang masak memanglah tak sedap."
"Aduh mamy, kita kan belum makan makanannya sama ada tak sedap atau pun sedap. Cuba
mamy makan dulu. Mamy tidak boleh cakap macam tu pada Elda walau bagaimana pun dia
sudah berusaha masak makanan ini untuk kita semua."
Elda tidak merespon apa-apa dengan ucapan ibu mertuanya sebentar tadi. Kerna dia
sudah sangat kenal akan sikap metuanya itu bagaimana. Biarpun yang dia lakukan itu
betul tapi tetap saja salah di mata ibunya Haris.
Haris membacakan doa sebelum makan. Selesai saja berdoa mereka pun makan bersama-
sama.
-BERSAMBUNG-

NEW STORY
REKAAN SEMATA-MATA
WRITER:CHEROL-LINNA
YANG TERAKHIR UNTUK MU.
PART 2
Selesai sahaja mereka makan. Mereka duduk bersama di ruang tamu menonton tv. Haris
yang duduk di sebelah Elda merapikan kedudukan berhadapan dengan isterinya. Ibu
Haris hanya melihat gelagatnya dari sofa yang bersebelahan dengan sofa mereka
duduk. Mata Elda yang tadinya fokus ke arah tv kini beralih tatapan ke arah
suaminya. Dia sepertinya tahu kalau Haris mahu mengatakan sesuatu.
"Kenapa sayang tenung aku macam tu ada apa?."
"Sayang, ada sesuatu yang ingin aku sampaikan pada kamu."
"Apa itu sayang, kenapa macam serius sangat ni. Senyum sikit sayang."
Elda mencuit pipi suaminya. Meskipun dia tahu ibu mertuanya tidak suka melihat
kemesraan dalam rumah tangga mereka. Tapi dia tidak pernah berhenti untuk
membahagiakan Haris walau dengan cara apa pun.
"Oleh kerna aku sekarang sudah jadi manager. Aku mahu kamu berhenti kerja ya
sayang. Aku mahu kamu lebih menguruskan rumah tangga dan menjaga mamy di rumah. Dan
kamu harus banyak rehat kerna aku mahu mempunyai seorang anak dari kamu sayang."
"Tapi sayang ...
"Kamu ini isteri macam apa ya! Kalau suami sudah buat keputusan seperti itu kamu
harus dengar tidak ada kata tapi-tapi lagi."
"Bukan begitu mamy, saya kan kerja untuk membantu abang Haris saja. Bukannya niat
mahu melawan arahan abang Haris, tapi saya lebih selesa untuk berkerja. Saya lebih
senang hati dapat membantu abang Haris."
"Sayang gaji kamu itu rendah di sana. Aku sekarang manager, malah gaji ku lebih
dari cukup untuk menampung kita semua. Kalau kau tetap mahu kerja jangan halang aku
berkhawin lagi untuk mendapatkan keturunan."
"Apa khawin lagi sayang?! .. sampai begitu sekali."
"Wajar anak saya berkata seperti itu, kerna kamu tidak pernah mahu dengar apa yang
Haris cakap. Atau memang kamu mandul! Tidak boleh mengandung."
"Hmm.. ya sudahlah kalau memang tiada cara lain lagi. Aku hanya menurut kemahuan
kamu sayang."
Elda menahan tangisnya di dalam hati. Dia terpaksa menurut daripada tidak
menghormati keputusan suaminya itu. Ibu Haris juga malah menyokong dia untuk
berkhawin lagi sedangkan dia orang tua kenapa tidak dapat mengajarkan anaknya untuk
berfikir mencari jalan keluar masalah itu. Elda meninggalkan ibu dan suaminya di
ruang tamu dan naik ke tingkat atas lalu masuk ke dalam bilik tidur mereka. Dia
mencapai bantal peluk dan menarik selimutnya hingga ke punggung. Perlahan-lahan
matanya terlelap.
****
RINGG!!
Jam di atas meja make up Elda berdering menandakan pukul 7:00 pagi. Lantas dengan
sepantas kilat dia bangun mahu menyiapkan sarapan untuk suaminya.
"Aduh.. mamy pasti marah kalau aku tidak sempat buatkan abang Haris sarapan."
Sambil menuruni anak tangga Elda bercakap seorang diri kerna ibu metuanya pasti
membebel setiap pagi jika Haris bertolak kerja tanpa sarapan.
Setibanya dia di muka pintu dapur, dia berdiri terjegat di situ melihat Haris
sedang sarapan dan di temani oleh ibunya. Rasa serba salah menguasai dirinya lalu
perlahan-lahan dia melangkah menuju ke meja makan. Ibu Haris memandangnya sinis.
Pasti dia mahu mengomel Elda lagi.
"Beruntung ya kamu Haris, berkhawin dengan puteri di rumah ini!".
"Aku minta maaf mamy, kelmarin aku agak penatkan mungkin di sebabkan itulah aku
lewat bangun. Aku minta maaf ya sayang"
"Tidak apa-apa sayang, lagi pun bibik sudah sediakan sarapan seperti biasa. Jadi
aku tinggal sarapan saja. Lagi pula kamu kan harus banyak rehat mulai hari ni.
Masih ingatkan apa yang sudah aku cakap semalam?."
"Of couse sayang, kamu tak perlu risau aku akan banyak rehat lepas ni ,for you
dear."
"Promise ..?."
"Promise sayang.. dahlah tu pukul berapa dah ni? sayang belum bertolak kerja lagi.
Nanti terlambat pula."
Kebetulan Haris pun sudah selesai sarapan lalu Elda mengambil beg kerjanya Haris
dan berjalan seiringan dengan dia menuju ke pintu. Haris meminta diri untuk
bertolak kerja sambil melambaikan tangannya kepada Elda dari dalam kereta. Elda
membalas lambaian suaminya dan menunggu sehingga kenderaan Haris hilang dari
pandangannya.
DI PEJABAT HARIS.
Setelah beberapa minit berlalu kenderaan Haris pun memasuki kawasan tempat
kerjanya. Dia merapikan bajunya sambil keluar dari dalam kereta. Semua pegawai dan
kerani yang lalu-lalang di hadapannya mengucapkan selamat pagi pada dengan
panggilan tuan. Haris hanya mengangguk sambil tersenyum membalas ucapan mereka.
Haris berjalan menuju ke ruangannya. Setibanya dia di sana, dia terperanjat kerna
terlihat seorang perempuan sedang membersihkan ruangannya tanpa dia kenali.
"Maaf ya, kalau aku boleh tahu kamu ni siapa? Kamu cleaner bukan?."
"Eh bukan tuan, saya bukan cleaner. Saya berkerja di sini sebagai kerani peribadi
tuan."
"Ye ke? Kenapa tuan besar tidak bagi tahu aku dulu sebelum menerima kamu? Tuan
besar tidak berbincang pun dengan saya."
"Saya minta maaf tuan, kalau pasal itu saya tidak tahu. Tuan tanyakan saja hal ni
pada tuan besar."
Haris tidak berpuas hati lalu menekan tombol panggilan pada telepon yang tersedia
di atas mejanya.
Selamat pagi tuan, maaf kalau saya mengganggu.
Oh tidak sama sekali Haris. Ada apa itu?.
Perempuan yang di dalam ruangan saya ini apa betul kerani peribadi saya?.
Ya betul sekali. Saya sengaja carikan kamu kerani untuk membantu kamu dalam urusan
kerja sahaja.
Automatik dia yang akan mengatur jadual kerja kamu dan dia harus ikut kamu setiap
kerja di luar pejabat. Faham Haris?.
Ya faham tuan. Terima kasih banyak.
Sama-sama Haris.
Haris pun mengakhiri perbualannya dengan tuan besar. Dia kembali mengalihkan
pandangannya ke arah kerani barunya yang sedang mengemaskan kertas-kertas yang
berselerak di atas mejanya.
"Okey stop. Sekarang kamu duduk di hadapan saya."
"Ada apa tuan?." (Sambil duduk)
"Sila terangkan identiti kamu kepada saya. Yang lengkap ya?."
"Nama saya Maya Bin Jamal. Umur saya 24 tahun. Saya berasal dari kuala lumpur. Tapi
sekarang tinggal di kuotes kerani tuan."
"Oh.. okey .. status kamu apa?."
"Oh lupa.. saya masih bujang tuan."
"Okey bagus. Saya tidak mahu kalau kerani saya sudah bersuami takutnya kalau ada
fitnah menyebar. Kita ni berkerja dengan profesional jadi kemana saya pergi kamu
harus ikut. Faham!."
"Faham tuan, saya janji akan berkerja dengan profesional dan sepenuh hati."
"Baiklah, teruskan kerja kamu. Setelah itu kamu terangkan jadual kerja saya untuk
hari ini ya?."
"Baik tuan.. arahan di laksanakan."
Haris tersenyum melihat gelagat Maya yang sangat bersemangat untuk berkerja.
Kelihatan mereka sudah agak akrab padahal kenal saja belum sehari. Mereka ketawa
dan makan bersama di dalam ruangan Haris. Pintu bilik kerja Haris di ketuk dari
luar. Maya berdiri menuju ke pintu dan perlahan-lahan membukanya. Elda kehairanan
melihat Maya yang membuka pintu untuknya. Biasanya Haris yang bukakan dia pintu.
Tapi kali ini perempuan pula.
"Minta maaf cik, cik ni siapa? Kenapa cik ada dalam bilik kerja suami saya?."
'Apa suami?!.. jadi tuan Haris ni dah punya isteri ke?.' Kata hati Maya. Dia
mengelamun seketika tanpa menjawap soalan dari Elda.
"Hello cik?? .. kenapa tak jawap soalan saya tadi?."
"Oh.. maaf puan. Saya Maya kerani peribadi tuan Haris. Silakan masuk puan tuan
Haris sedang makan di dalam.
Maya menghulurkan tangan pada Elda sambil menjemputnya masuk. Elda tidak bercakap
apa-apa dia mahu hal ini di tanyakan langsung dengan suaminya. Elda memasuki
ruangan Haris dan menuju ke tempat Haris duduk.
"Good afternoon sayangku. Muaahh!."
"Good afternoon my honey. Kenapa tak bagi tahu kalau sayang mahu ke sini kan aku
boleh jemput di rumah saja."
"Eh takpe lah, lagipun sayang naik teksi je tadi bukannya jauh pun kan. Ohya
sayang, aku tadi masak nasi goreng favourite kamu. Sayang suka kan?."
"Aduh sayang, aku juga baru habis makan. Aku tak tahu kalau sayang mahu hantarkan
aku makanan ke sini."
"No.. no.. no.. kamu harus makan nasi goreng ini. Sayang dah penat-penat masak ni
tau, lepas tu dia tak mahu makan pula. Hargai sedikit perasaan aku susah sangat
ke?."
"Alololo.. okey kita makan sama-sama ya sayang. Dah tu tak paya lah nak merajuk
sangat."
-BERSAMBUNG-

NEW STORY
REKAAN SEMATA-MATA
WRITER:CHEROL-LINNA
YANG TERAKHIR UNTUK MU.
PART 3
Hati Haris tersentuh tatkala melihat riak wajah isterinya seperti tin kosong yang
sudah remuk. Mereka saling bersuap-suapan dengan gelak ketawa.
Wajah Maya yang dari tadi hanya melihat kemesraan mereka berubah seratus peratus
seperti cemburu. Lantas dia keluar dari bilik kerja itu tanpa meminta izin pun dari
Haris. Haris tidak menyedari kepergian Maya kerna dia sudah terbuai dengan Elda.
Jauh di sudut hati Elda merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan Maya. Tapi dia
hanya memendam perasaan itu. Bukannya menuduh tapi sebelum Nasi Menjadi Bubur dia
harus bertindak. Setelah selesai makan, Elda pun meminta diri untuk pulang ke
rumah.
"Okey sayang, aku mahu pulang ke rumah dulu kesian mamy di rumah seorang diri. Tadi
bibik minta izin ke pasar tapi tak tahu pula kalau dah balik ke belum tu."
"Orait sayang .. tq untuk nasi gorengnya ya. Hati-hati sayang."
"Muahh.."
Elda mengucup pipi suaminya sambil menghulurkan tangan mahu menyalam Haris. Haris
tersenyum bahagia melihat kelakuan isterinya itu. Setelah Elda sudah pergi dia
menoleh ke kiri kanan dan barulah dia tersedar bahawa Maya tidak berada di dalam
ruangan mereka. Dia duduk dan mencapai gagang telefon di atas mejanya lalu menekan
tombol panggilan. Sesaat berdering panggilannya pun di jawap.
"Hello Maya kamu di mana?. Ke ruangan saya sekarang."
"Baik tuan."
Dengan cepat dia berjalan menuju ke ruangan kerja Haris. Setibanya dia di sana
Haris sudah berdiri tepat di muka pintu dengan tangannya di masukan ke dalam kedua-
dua poket seluarnya.
Maya seperti acuh tak acuh di hadapan Haris. Boleh di katakan cari muka. Dia tunduk
dan tidak bercakap sepatah pun. Haris menyapa Maya dengan nada yang agak lembut.
"Maya kamu kemana tadi?."
"Oh.. takde lah tuan saya pergi ke tandas je."
"Habis tu kenapa tidak minta izin dulu? Main keluar begitu je."
"Maaf tuan.. saya sengaja tidak minta izin sebap tuan sibuk layan puan tadi."
Haris boleh menebak rasa cemburu Maya dari nada suaranya yang agak sinis. Tapi dia
tidak memperdulikan kata hatinya. Maya masuk dan meneruskan kerjanya.
***
Setelah Elda sampai di rumah, dia menghempaskan tubuhnya di atas sofa yang empuk di
ruang tamu.
"Huuuh.. penatnya hari ni! Buat itu buat ini lagi ,nak rehat pun payah kalau macam
ni."
Elda mengeluh seorang diri. Tiba-tiba ibu mertuanya berteriak dari tingkat atas
saat terlihat dia sedang baring di atas sofa sambil menuruni anak tangga.
"Eldaaa...!
Sejurus dia terdengar namanya di panggil,dia terus menoleh ke arah di mana suara
itu datang. Dia bergegas berdiri sambil membetulkan rambutnya yang sudah usang.
"Eya mamy ada apa?."
"Ada apa, ada apa! Kamu kan yang letak minyak di atas lantai bilik mamy? Mamy
sampai jatuh lagi tadi gara-gara kamu!."
"Mamy, bukan Elda yang letak. Kan tadi aku hantarkan makanan untuk abang Haris di
pejabatnya."
"Hah! Itu alasan kamu saja kan. Kamu letak minyak di sana dan lepas tu baru kamu
pergi kan!?."
"Aduh mamy, demi tuhan aku tidak sejahat itu sama mamy. Aku betul-betul tidak tahu
siapa yang letak minyak itu."
"Habis siapa yang letak kalau bukan kamu? Takkan bibik yang letak kan! Mengaku
sajalah sebelum aku beritahu hal ini pada Haris!."
"Mamy, saya betul-betul tidak tahu. Sedangkan saya baru saja sampai dari pejabat
abang Haris. Elda berani bersumpah mamy."
Tanpa menghiraukan Elda. Ibu mertuanya mencapai telefon bimbit lalu menelefon
Haris.
Elda kehairanan kenapa mertuanya bercakap seakan-akan berlakon di dalam talian
bersama Haris. Dia menangis teresak-esak dan merubah nada suaranya seperti sedang
menangis.
Ya mam.. kenapa tu? Kenapa mamy macam nangis ni? Mamy baik-baik saja kan my?
Mamy sangat tak baik kat sini Haris. Isteri kamu ini sudah berani meletakkan minyak
di atas lantai bilik mamy sampai mamy terjatuh."
Betul ke ni mamy? .. Elda baru saja balik ke rumah
tadi. Dia dah sampai ke?."
Dah sampai dah pun. Berani betul dia letak minyak kat bilik mamy. Sakit pinggang
mamy ni Haris.
Mamy tak mungkinlah Elda sejahat itu sama mamy.
Mamy dah di sakiti macam ni kau masih nak berpihak dengan isteri kau ke Haris? Mamy
kecewa sama kamu Haris.
Bukan macam tu mamy, okeylah nanti kalau masa kerja dah habis Haris terus balik
rumah. Biar Haris yang tanyakan pada Elda dulu.
TUTT.......
Panggilan di tutup oleh ibu Haris. Dia sakit hati kerna Haris tidak percaya dengan
kata-katanya. Dia merenung tajam tepat ke arah Elda. Elda hanya berdiri kaku dan
tidak berkata apa-apa.
"Dah puas pengaruhi anak saya hah! .. kau ingat ye aku boleh buat apa saja untuk
buat Haris benci pada kau."
Hati Elda sebak mendengar kata-kata ibu mertuanya sebentar tadi. Dia hanya melihat
langkah ibunya Haris pergi dari tempat itu. Elda duduk kembali di sofa lalu menutup
wajahnya dengan kedua belah tapak tangannya sambil mengeluh seorang diri.
'Cubaan apa lagi yang kau berikan ini ya Tuhan'.
****
Haris melihat jam di pergelangan tangannya sudah menunjukan pukul 6:30 petang.
Kebetulan masa kerja sudah habis. Seperti yang dia janjikan pada ibunya dia akan
terus balik ke rumah hari ini.
"Maya kamu balik dengan siapa, Kalau tak saya boleh hantarkan."
"Ehh .. tak pe lah tuan. Saya boleh balik sendiri lagi pun rumah pekerja dekat je
dengan pejabat."
"Okey lah kalau macam tu, saya pergi dulu. Esok jangan lupa sediakan fail-fail
penting untuk mesyuarat nanti."
"Baik tuan. Arahan di laksanakan."
Lantas Haris keluar dari ruang kerjanya. Dia mencapai kunci keretanya lalu
menghidupkan enjin dan mula beredar dari tempat itu.
Sesampainya dia di rumah, dia melihat ibunya di ruang tamu sedang menangis sambil
memulas-mulas pinggangnya. Haris dengan cepat membuka kasut lalu menghampiri
ibunya.
"Mamy kenapa lagi ni? .. pinggang mamy masih sakit ke?."
"Pinggang mamy masih sakit ni Haris. Kuat sangat mamy terjatuh kat lantai tadi.
Isteri kamu tu tak beri ubat pun kat mamy."
"Eelldaaaa.....!
Penat dan marah Haris bercampur baur. Dia tertekan saat terdengar aduan dari
ibunya. Dia memanggil nama Elda dengan nada yang agak kuat. Kebetulan Elda sedang
masak dia dapur. Tanpa di sengaja pisau yang Elda pegang terlepas dari genggamannya
kerna dia sangat terkejut saat terdengar suaminya memanggil dengan suara yang agak
kuat. Lantas dia keluar dan berjalan menuju ke ruang tamu.
" Ya Sayang ada apa, kenapa marah-marah ni?."
"Amboi, tanya kenapa pula ye. Betul ke kamu yang letak minyak atas lantai bilik
mamy tadi hari?!."
"Demi tuhan sayang aku tidak pernah buat macam tu pada mamy. Lagi pula apalah
untungnya kalau memang aku pelakunya. Sayang tolonglah percaya pada aku."
"Mana ada penjahat nak mengaku Haris. Kau tak payah percaya sangat dengan isteri
kau ni. Menantu macam apa kau ni?."
"Sekarang jujur dengan saya siapa yang letak minyak tu kat lantai!!."
"Percuma aku bagi tahu kamu sayang, kalau kamu tidak pernah percaya pada aku. Aku
tau mamy sengaja letak sendiri minyak tu kat lantai bilik dia kerna mamy mahu kalau
sayang tu benci kat Elda kan!!."
"Hey! Menantu tak tahu malu. Kamu tengok isteri kamu tu Haris. Dia sudah berani
menuduh mamy tanpa bukti."
"Sayang percaya pada aku. Tadi mamy kamu cakap dia boleh buat apa je supaya kamu
benci dengan aku sayang."
"Diamm!!! (PAAPP) ...
Tanpa di sedar Haris menampar pipi Elda dengan kuat sekali. Elda jatuh terhempas ke
lantai lalu pengsan. Haris menjadi panik saat melihat keadaan Elda yang sudah pucat
lesuh dan lemah longlai. Dia sendiri bingung mahu percaya ibunya atau pun Elda.
Ibu Haris tersenyum lebar saat Haris sudah berpaling darinya. Dia sengaja memancing
emosi Haris saat itu supaya dia bisa melakukan apa saja yang dia mahu.
"Sayang bangun please.. sayang bangun sayang!
Sayang aku minta maaf.. aku tak sengaja."
Haris mengangkat tubuh Elda yang masih belum sedarkan diri di pangkuannya lalu di
bawa ke bilik tidur mereka. Haris membiarkan Elda terbaring di atas tilam dan
menunggu sehingga dia sedarkan diri.
-BERSAMBUNG-

NEW STORY
REKAAN SEMATA-MATA
WRITER:CHEROL-LINNA
YANG TERAKHIR UNTUK MU.
PART 4
Keesokan paginya, Elda terjaga dari tidurnya namun dia merasa sakit di bahagian
pipinya. Dia melihat jam di atas meja sudah menunjukkan pukul 8:45 pagi. Lantas dia
teringat kembali kejadian semalam bahawa Haris sendiri yang menampar pipinya. Dia
menoleh ke kiri dan kanan katil namun Haris sudah tidak ada di sampingnya mungkin
saja dia sudah bertolak ke pejabat. Perlahan-lahan dia membawa tubuhnya untuk
bangun lalu pergi ke bilik air. Dia memandang ke arah cermin dan menatap sayu
wajahnya.
'Aku tak sanggup kalau sikap mamy tetap berterusan seperti itu. Aku juga tahu
kenapa mamy sejahat itu pada aku. Aku sedar kekurangan aku yang belum dapat
memberinya seorang cucu. Tapi asal mamy tahu aku juga sangat menginginkan anak tapi
mungkin masanya saja yang belum tiba.'
Tanpa Elda sedari, airmatanya jatuh membasahi pipi.
Dia sudah tidak dapat menahan perih di hatinya. Dia bergumul seorang diri di dalam
bilik air.
Setelah dia selesai mandi, dia turun ke bawah untuk sarapan. Perutnya sudah
berkeroncong sejak tadi lagi kerna semalam dia tidak sempat makan. Dia melihat di
sekeliling rumah namun sosok ibu mertuanya tidak kelihatan. Dia terus meluru masuk
ke dapur lalu bertanya pada pembantu rumah mereka.
"Selamat pagi Bik."
"Ehh .. puan sudah bangun ke? .. selamat pagi puan."
"Kalau saya dah di depan mata kamu, berarti saya dah bangunlah tu. Ape lah bibik
ni."
"Oh .. macam tu ke hihi .. Silakan sarapan puan."
"Terima kasih bik. Ohya bik mamy ke mana?."
"Puan mamy ikut dengan tuan Haris di pejabat puan. Kononnya, takut kalau puan
menyakiti dia lagi."
"Ya tuhan, sampai begitu sekali mamy berburuk sangka padaku. Bibik percaya kan
kalau bukan aku yang lakukan itu sama mamy?."
"Ya puan, saya juga curiga sedikit sama puan mamy sebab kelmarin semasa saya ke
pasar, tinggal puan mamy saja seorangan di rumah."
"Hmm.. Hati saya kuat mengatakan kalau mamy sendiri yang letak minyak tu atas
lantai bilik dia. Tapi mamy tak mahu mengaku pula."
"Dah lah tu puan, baik puan sarapan dulu. Tak usahlah nak fikir hal-hal yang tak
boleh sihatkan otak puan."
"Ishh... bibik ni haha .. jom temankan saya sarapan bik."
"Aduhh.. puan kan tahu kalau saya di sini hanya pembantu sahaja. Tidak layaklah
saya duduk di meja makan mewah seperti itu."
"Alahh.. bibik ni merepek je lah. Mari sini duduk dekat saya."
Elda menarik tangan pembantu rumah mereka lalu menyuruhnya duduk. Mereka berbual-
bual sambil makan sehinggalah mereka selesai sarapan.
****
DUA JAM BERLALU.
"Huuh! .. siap juga akhirnya masakkan aku untuk suami tercintaku."
"Wah! .. sedap bau masakkan puan ni. Untuk tuan ke?."
"Ya bik. Saya nak hantar makanan ni untuk tuan Haris. Kamu di sini jaga rumah ye
bik. Jangan ke mana-mana sebelum saya balik."
"Siap puan, arahan di laksanakan."
"Haha .. mengada lah bibik ni, okey lah saya pergi dulu ye bik. Da .. Da ..".
Seperti biasa, Elda akan menunggu teksi di hujung jalan. Dia melihat jam di telefon
bimbitnya sudah menunjukan pukul 11:00 pagi. Beberapa minit kemudian teksi pun
berhenti di hadapannya. Dia menaiki teksi itu dan memberikan alamat pejabat Haris.
Setibanya dia di pejabat Haris, dia bertanya pada kerani penjaga kaunter tidak jauh
dari tempat dia berdiri.
"Maaf cik, saya isteri kepada tuan Haris. Tuan Haris ada di ruangannya ke hari
ni?."
"Oh.. ada puan silakan."
"Ohya! Ibunya tuan Haris pun ada kat pejabat ni juga ke?
"Pagi tadi ada puan. Tapi dia dah keluar dengan Datin Grace tadi."
"Datin Grace tu siapa?."
"Datin Grace tu isteri kepada manager besar perusahaan kami."
"Oh.. baiklah terima kasih ye cik. Saya pergi dulu."
Elda berjalan sehingga dia tiba di muka pintu bilik kerja Haris. Kali ini Elda
tidak mengetuk pintu kerna dia mahu memberikan suprise untuk suaminya.
Alangkah terkejutnya dia saat pintu sudah terbuka luas. Dia berdiri kaku saat
melihat apa yang sedang berlaku di antara suaminya dengan Maya. Makanan yang
dibawahnya terlepas dan jatuh berterabur di atas lantai. Kemarahannya meletus kerna
tidak dapat menahan perasaan. Elda berteriak memanggil nama suaminya. Lantas Maya
menoleh ke arah Elda lalu melepaskan pelukkanya dari tubuh Haris. Wajah Haris pucat
seperti mayat. Dia berjalan mendekati Elda yang masih berdiri di muka pintu.
"Haris bin Jafaar!!. Apa semua ni?!."
"Maafkan aku Sayang, yang kamu nampak tu bukan seperti yang kamu fikirkan. Maya
hanya membetulkan kolar bajuku saja tak lebih dari tu."
"Kamu diam Haris! .. dengan cara apa lagi kau nak sakiti aku hah! Rasa tamparan kau
semalam saja belum pulih kau dah nak buat rasa sakit kat hati aku pula ke?!."
"Sayang aku minta maaf pasal semalam. Aku khilaf. dia cuma betulkan kolar aku je.
Janganlah salah faham dulu."
"Kau Maya!! Kau dah tahukan tuan Haris ni dah beristeri kenapa masih nak menggedik
pula. Mata aku tak salah tengoklah. Sejak kelmarin lagi aku dah ada felling yang
tak baik dekat kau ni. Kalau kau serius nak kerja stay at here, tapi kalau setakat
nak menggatal kau boleh berambus dari sini. Now!!."
Elda menudingkan jari telunjuknya ke arah pintu. Maya sangat tergamam tatkala
terdengar suara Elda sangat kuat lantas dia beredar dari tempat itu tanpa sepatah
kata. Kemarahan Elda sudah mencapai tahap gaban. Dia tidak menghiraukan orang
sekeliling yang sedang melihat kejadian itu.
"Baru hari pertama dia kerja dengan kamu pun aku dah tau dia tu simpan perasaan
dengan kamu Haris. Aku tak buta. Aku dah nampak semuanya. Betulkan kolar ke macam
ni ada bekas lipstik?!."
"Sayang dah lah tu. Malu orang nampak ni nanti kita bahas kat rumah ye."
"Berani buat berani tanggung Haris. Kau dah melampau! Selama ni aku hanya bersabar
hadapi sikap kau."
Tiba-tiba ibu Haris dan Maya timbul dari belakang Elda dan mendorongnya hingga
jatuh ke lantai. Maya hanya melihat perbuatan ibunya Haris terhadap Elda sambil
tersenyum sinis. Haris yang melihat tindakan ibunya itu lantas memarahinya.
"Auuch! Sakitlah."
"Mamy! kenapa mamy tolak Elda? .. sayang mari saya bantu kamu."
"Tak payah! Saya boleh bangun sendiri."
"Isteri kamu ni Haris dah gila ke ape hah!.. apa yang dia dah buat dekat Maya tadi.
Sampai Maya nangis-nangis tadi peluk mamy. Dia mengadu kat mamy kalau isteri kamu
ni dah tampar dia. Betul ke!."
"Betul puan Sukma, pipi Maya sakit sangat ni."
"Hey Maya!! Saya tak ada tampar kau lah. Kau jangan nak fitnah saya pula ye. Orang
ramai kat sini yang jadi saksi kalau saya tak ada sentuh kau pun.
Ada pun kau yang menggatal dengan suami saya."
"Memang patut pun Haris buat macam tu. Dia nak cari perempuan yang sempurna dan
boleh beri dia keturunan. Bukan perempuan mandul macam kau ni."
"Mamy! Mamy cakap apa ni. Malu lah orang ramai dengar kat sini."
"Takpa Haris. Biar semua orang dalam pejabat engkau ni tahu kalau isteri kamu ni
mandul."
Saat terdengar ibu mertuanya mempermalukan dia di depan ramai orang hati Elda
hancur berkecai dan airmata membasahi pipinya. Sambil menangis dia keluar dari
ruangan Haris. Haris mencapai pergelangan tangan Elda ketika dia mahu pergi. Namun
Elda melepaskan tangannya dari genggaman Haris. Dia keluar dari bilik kerja Haris
sambil menahan rasa sakit di punggungnya dan terus balik ke rumah. Setibanya dia
dirumah, dia masuk ke bilik dan mengunci pintu dari dalam lalu berteriak dan
menangis sekuat hatinya di dalam bilik.
-BERSAMBUNG-

NEW STORY
REKAAN SEMATA-MATA
WRITER:CHEROL-LINNA
YANG TERAKHIR UNTUK MU.
PART 5
DUA BULAN BERLALU.
Sikap Haris malah semakin acuh tak acuh pada Elda. Hubungannya dengan Maya juga
semakin serius. Elda tidak dapat berbuat apa-apa kerna dia sangat menyedari
kekurangannya. Apatah lagi harus bertikam lidah dengan ibu mertuanya dia sudah
letih. Tempatnya berharap untuk hidup bahagia sudah mulai menyatakan kalau akhir
hidupnya akan menderita. Dia rela melihat Haris berkhawin dengan Maya jika itu
adalah jalan yang terbaik untuk dirinya. Harapkan Haris lagi untuk meraih simpati
itu sudah tidak mungkin kerna sekarang dia lebih menyayangi dan menjaga Maya
walaupun mereka belum sah menjadi suami isteri. Hari demi hari Elda merasa semakin
terabai panggilan sayang biasanya keluar dari mulut Haris kini sudah tiada lagi.
Tinggal bibik sahaja lagi yang selalu memberinya semangat untuk tetap tinggal di
rumahnya Haris. Pernah terlintas di fikiran Elda mahu berkerja kembali akan tetapi
Haris berkeras menghalangi kemahuannya itu.
"Kenapa sayang halang saya untuk kerja. Sedangkan saya di rumah ni tak buat apa-
apa. Harapkan duit dari kau itu tidak mungkin kerna sekarang kau hanya peduli
dengan Maya."
"Tak perlu banyak cakaplah.. syukurlah saya masih izinkan kau tinggal kat rumah ni.
Makin lama aku makin muak tengok muka kau."
"Sampai hati sayang cakap aku macam tu. Kenapa kau lebih pedulikan Maya di banding
aku?! Sedangkan aku ni isteri kau Haris."
"Tak lama lagi Maya juga akan jadi isteri aku.. dan kau harus tahu itu. Dia yang
akan menjadi ibu dari anak-anak aku."
"Asal kau tahu Haris aku juga sedang berusaha untuk memberikan kamu anak.. tapi
kamu yang tidak pernah untuk menyokong saya. Untuk apa aku mempunyai anak jika dia
dapat bapa yang kejam."
"Kau boleh diam ke hah!. Jangan sampai kesabaran aku terlepas. Kau ingat itu!."
"Haris tunggu aku belum habis cakap!."
Haris menepis tangan Elda yang menahannya daripada pergi. Dia keluar dan menutup
pintu dengan agak kuat. Namun begitu, Elda tidak pernah berfikir untuk meninggalkan
suaminya. Dia lebih rela di hina dan di caci maki oleh ibu mertuanya. Apatah lagi
dengan Maya, dia selalu menghasut fikiran ibunya Haris untuk berkelakuan yang tidak
senonoh padanya.
Kedengaran suara ibunya Haris memanggilnya di depan pintu bilik mereka. Elda
berjalan ke arah pintu lalu membukanya.
"Kenapa lagi mamy?."
"Oh takde ape.. cuma nak bagi tahu kat kau kalau mulai hari ni kau tidur dengan
bibik di bilik pembantu.
Mata Elda membesar melihat ibu mertuanya saat mengucapkan tujuannya berjumpa dengan
dia.
"Tapi kenapa mamy? .. Untuk apa aku tidur di sana sedangkan aku isteri sahnya abang
Haris."
"Tak penting status kamu apa di rumah ini. Rumah ni hak milik aku jadi suka hati
aku nak buat apa. Ini keputusan saya jadi sila kemaskan baju-baju kau dan pindah ke
bilik yang sempit itu!."
"Sebenarnya salah aku ni apa ya sama mamy? Mamy sampai sejahat ini sama aku?."
"Salah kamu banyak! Jadi tidak perlu cari muka di sini. Berambus!!."
"Mamy apa lagi bisinh-bising ni. Kenapa lagi dengan Elda?."
"Kenapa kamu bilang Haris! Mulai hari ni mamy mahu dia tidur di biliknya bibik. Aku
tidak mahu kalau Maya jadi isteri kamu nanti dan dia kurang selesa bila terlihat
perempuan ni kat sini."
"Mamy tolonglah jangan pindahkan saya dari bilik ni. Bilik yang lain kan masih
banyak. Aku dan Haris banyak kenangan manis kat bilik ni."
Haris langsung melihat anak mata Elda yang memohon-mohon supaya dia tidak di
pindahkan bilik. Hatinya tersentuh ketika Elda bersujud di kaki ibunya apa lagi
bila Edla menyebut bahawa bilik itu banyak kenangan-kenangan antara dia dan Elda.
Jauh di sudut hati, ingin saja dia membelai rambut isterinya saat itu namun dia
takut jika ibunya memarahinya pula.
"Hello? Aunty.. mana agaknya orang dalam rumah ni ye?."
"Maaf puan, puan ni siapa? Main masuk-masuk saja macam tak ada sopan pula ye."
"Hey! Berani betul kau ni cakap aku macam tu ye. Kau tak kenal ke aku ni siapa
hah!."
"Baru je tadi saya tanya puan ni siapa kan?.. tuli ye puan."
"Ya ampun.. kau tu cuma pembantu di sini ya tak usah berlagak. Okey takpa aku akan
perkenalkan diri aku supaya kau tahu aku siapa. Aku puan Maya bakal isteri tuan
Haris dan bakal jadi majikan kamu nanti."
"Amboi.. tak payah nak mimpilah. Tuan Haris tu dah ada isteri. Lagipun tak
mungkinlah tuan Haris mahu perempuan tinggi diri macam puan ni."
"OMG... ini pembantu atau apa ya?.. mulut kau ni kurang ajar betul. Aku akan bagi
tahu tuan nanti padan muka."
"Cuba saja kalau berani. Kalau aku takde dalam rumah ni yang masak nanti puan tau.
Mahu ke kalau tangan tu calar balar nanti."
"Memang pembantu kurang ajar kau kan. Awas kalau kau berani nak kena-kena kan aku
ye."
Bibik ketawa setelah Maya sudah berlalu pergi. Barulah bibik tahu hal sebenar
kenapa Elda terus-terus di marahi oleh ibunya Haris. Dia bercakap seorang diri
sambil berjalan menuju ke dapur kembali.
"Mungkin sebab perempan tu lah puan mamy dan tuan Haris berubah? Tapi kurang baik
apa puan Elda ya kenapa tuan Haris mahu khawin lagi."
*****
"Mamy tak usahlah suruh Elda tidur kat sana. Biar je lah dia dalam bilik ni.
Lagipun bilik kat rumah ni kan banyak."
"Tapi Haris....
"Mamy sudahlah tu. Keputusan Haris muktamad takde tapi-tapi lagi.
"Betul tu aunty, aku lebih selesa dengan bilik yang baru daripada harus tidur di
bilik bekas isteri kamu yang mandul ni sayang."
"Maya? Sejak bila kamu datang ke sini. Dan untuk apa kau kemari?."
"Kenapa sayang? Kalau aku yang masuk harus kasih tahu kamu dulu ke? Kan rumah ni
nanti akan jadi milik saya juga sayang."
Hati Elda sangat sakit saat terdengar ucapan Maya sebentar tadi lantas dia berlalu
pergi dari mereka.
Hanya airmatanya saja yang berbicara sejak akhir-akhir ini. Namun apakan daya dia
hanya dapat bersabar.
-BERSAMBUNG-

NEW STORY
REKAAN SEMATA-MATA
WRITER:CHEROL-LINNA
YANG TERAKHIR UNTUK MU.
PART 6
Jam sudah menunjukan pukul 8:00 malam. Bibik dan Elda berasa agak letih kerana ibu
Haris menyuruh mereka memasak beberapa menu untuk makan malam bersama keluarga
Maya. Keluarga Maya sudah lama tiba dan mereka masih berbual-bual kosong di ruang
tamu, gelak ketawa dan kemesraan antara keluarga Maya dengan ibunya Haris begitu
renggang sekali. Sedang mereka menyediakan makanan-makanan itu di atas meja, ibu
Haris memanggil bibik dari arah ruang tamu. Lantas bibik keluar dengan pakaiannya
yang masih berbau hangit.
"Ya puan mamy ada apa?."
"Makanan sudah siap ke?."
"Sudah puan mamy. Puan Elda sedang menyusun makanan di atas meja makan puan."
"Baiklah kalau begitu, kamu balik lagi ke dapur dan sediakan jus epal juga ya."
"Baiklah puan mamy."
Bibik kembali masuk ke dapur untuk menyediakan jus epal yang di maksudkan oleh
ibunya Haris. Semua makanan pun sudah tersusun rapi di atas meja, Elda berjalan
menuju ke ruang tamu menjemput mereka untuk makan.
"Makanan sudah siap mamy, silakan."
"Ayoh silakan. Mari kita makan sama-sama. Maya Kamu duduk di sebelah Haris ya?."
"Of couse aunti.. hihi.."
Elda pun kembali masuk ke dalam dapur setelah mereka sudah duduk makan, tiba-tiba
Haris memanggil Elda lalu dia keluar dari dapur dan berjalan menuju ke sisi Haris.
Anak mata Maya menjeling tajam ke arah Elda.
"Maaf ada apa-apa lagi yang kurang? Biar saya tolong ambilkan."
"Tak ada Elda. Kamu duduk makan sekali ya."
"Apa! Sayang pelase! Ni hanya keluarga aku dan keluarga kamu saja yang makan
bersama. Dia langsung takde kena mengena."
"Maya keputusan di tanganku. Aku ketua rumah tangga dan aku harus berlaku adil.
Elda ni isteri sah ku sedangkan kau belum siapa-siapa aku."
"Haris .. takpa aku makan kat dapur je sama bibik. Kesian bibik kat dalam tak de
kawan makan."
"Sayang .. tapi aku juga akan jadi isteri kamu nanti. Aku berhak buat apa saja yang
aku nak dalam rumah ni."
"Walau bagaimana pun Elda ni adalah isteri ku. Kalau kau nak bantah silakan keluar
dari rumah saya."
"Haris! Kenapa kamu begitu kasar terhadap Maya. Tolong Kamu jaga sikit perasaan dia
tu. Kenapa sekarang kau malah membela perempuan ni pula. Mamy sakit hati sama kamu
Haris."
"Tidak ada tapi-tapi, Elda harus makan di sini bersama kita. Yang tak suka Elda
duduk makan sekali tu makan kat luar je. Maaf ya anti, angkel."
Ibubapanya Maya tidak merespon apa-apa. Mereka hanya berpandangan sesama sendiri
kerna hairan dengan sikap Haris yang tiba-tiba baik kepada Elda.
Kerana tidak mahu jadi isteri derhaka. Dengan senang hati dia duduk disebelah kanan
Haris manakala Maya pula duduk di sebelah kiri Haris.
****
Setelah mereka sudah siap makan. Keluarga Maya meminta diri untuk pulang. Lagi pula
sudah larut malam. Maya mencium pipi Haris sebelum memasuki perut kereta. Elda yang
turut bersama mereka di situ hanya melihat perbuatan Maya terhadap suaminya. Dia
tahu kalau Maya sengaja membuatnya cemburu tapi di dalam hati Elda sudah sangat
ikhlas jika mereka bersama nanti kerana dia pun berharap Maya dapat membahagiakan
Haris. Elda menutup matanya sambil bercakap di dalam hati.
'Aku tidak peduli walaupun harus nyawa ku yang bisa membuat mu bahagia suamiku.
Melihat mu bahagia saja aku sudah bahagia walaupun orangnya bukan aku. Kalau memang
ini satu-satunya jalan yang terbaik maka aku pasrah.'
"Sayang, kamu okey? Jom masuk tidur."
"Ehh .. mereka dah pergi ke?."
"Ya ampun.. mereka dah lama dah pergi sayang. Sayang ngantuk ye?."
"Ehh .. takpe lah saya masuk sendiri je. Nanti mamy nampak kamu dekat dengan saya
dia pasti marah besar tu."
"Mamy dah masuk tidur dah tadi. Jom sayang."
"Dah tepi lah aku nak lalu. Ingat jangan masuk bilik aku ye. Mamy dah bagi bilik
baru dengan kau kan."
"Sampai hati sayang nak asing bilik tidur dengan aku. Tak pe lah aku tidur kat sofa
je malam ni."
Haris mengedipkan matanya ke arah Elda. Sebenarnya Elda sangat rindu dengan pelukan
Haris apatah lagi saat mereka sedang bermanja-manja di dalam bilik mereka. Namun
semuanya berubah sejak Maya munculkan diri dalam rumah tangganya.
"Maafkan saya.. saya cuma takut nanti mamy tuduh aku yang izinkan kamu tidur dengan
saya. Kamu Harus dengar kata-kata ibu kamu."
"Ya sudahlah kalau begitu.. biar aku tidur kat sofa ni je lah."
Haris mencapai bantal empuk yang tersedia di atas sofa lalu meletakannya di bawah
kepala. Dia berpura-pura menutup matanya sambil menggigil kesejukan. Elda yang
masih berdiri di dekatnya berasa kasihan melihat suaminya tidur di situ. Dia
menghampiri suaminya dan duduk di sisi Haris lalu membangunkannya kembali.
"Sayang bangunlah."
"Bangun untuk apa sayang."
"Jom lah tidur kat bilik."
"Yes .. tunggu apa lagi jomlah."
Haris mencapai tangan Elda lalu membawahnya ke bilik mereka. Elda bingung dengan
sikap Haris kadang dia kejam kadang dia perhatian dan baik padanya. Dia hanya
melayan kerenah suaminya itu.
Setibanya mereka di dalam bilik Haris lantas menutup pintu dengan lampu.
"Haris kenapa tutup lampu tu. Saya belum siap betulkan lapis tilam ni lah."
"Dah tak perlu betulkan. Jom tidur."
"Ishh .. apa lah dia ni."
Kebetulan lampu meja itu berapa di sisi Haris. Elda perlahan-lahan merangkak di
atas tilam untuk menyalakan lampu itu kembali. Kerna sangat gelap Elda tidak
melihat apa-apa, dia merabah-rabah mencari lampu itu namun tidak berhasil.
"Haris tolonglah nyalakan lampu tu."
"Pergilah tidur sayang."
"Issh .. dah lah biar aku nyalakan sendiri."
Elda tidak tahu kalau dia sedang berada di atasnya Haris. Haris mencapai
pinggangnnya lalu merapatkan tubunya dengan Elda. Elda cuba melepaskan pelukan
Haris namun dia tidak bisa. Hati Elda berdegup kencang saat Haris mulai merabah
beberapa bahagian tubuhnya. Buluh roma Elda meremang kerna sentuhan Haris. Elda
terbuai dengan godaan Haris lalu membiarkan saja dia membuka baju yang melekat di
tubuhnya. Haris membisikan suara seksi nya di telinga Elda menambahkan lagi dia
untuk merelakan tubuhnya untuk melepaskan nafsu Haris.
"Give me please."
"Sudah tanggungjawap saya sebagai isteri untuk memenuhi kemahuanmu suamiku."
"Sure ..?."
"Yes sure.."
Haris langsung mengucup bibir Elda dan akhirnya mereka terbuai dengan keadaan itu.
Skip
RINGG....!! (8:30 pagi)
"Sayang jom bangun, jam 8 dah ni."
Elda mengesat kelopak matanya. Seluruh badannya terasa sakit. Haris mengalihkan
tubuhnya berdepan dengan Elda. Dia membelai rambut Elda perlahan dan menatap
wajahnya. Jauh di sudut hatinya tidak tega melihat Elda menderita. Dia teringatkan
bagaimana dia memperjuangkan cintanya kepada Elda sehinggalah mereka dapat bersama.
Tapi dia juga tidak mahu membuat ibunya kecewa kalau dia tidak berkhawin dengan
Maya.
"Haris kenapa tenung aku macam tu."
"Takde lah. Sayang ingat pasal semalam kamu sangat luar biasa."
"Ishh.. ada-ada jak lah dia ni. Badan aku terasa agak sakit lah."
"Macam mana tak sakit kalau kencang sangat semalam. Hahaha."
"Ishh.. dahlah tu.. nak mandi ni.."
Haris tersenyum melihat gelagat isterinya itu. Dia merasa sangat bahagia walaupun
Elda hanya terpaksa mengizinkan dia untuk tidur bersamanya.
-BSRSAMBUNG-

NEW STORY
REKAAN SEMATA-MATA
WRITER:CHEROL-LINNA
YANG TERAKHIR UNTUK MU.
PART 7
Beberapa minit kemudian, Elda pun selesai mandi. Setelah keluar dari bilik mandi
Haris sudah tidak ada lagi di dalam bilik. Mungkin saja dia takut kalau ibunya tahu
dia semalam tidur di biliknya. Elda memakai bajunya sambil bernyanyi. Teringat akan
kejadian semalam menambahkan lagi keriangan dalam hatinya. Dia sangat bersyukur
kerna Haris masih tetap membahagiakannya walaupun hanya sementara. Tiba-tiba
kepalanya agak terasa pening, lalu dia turun ke bawa sambil bersin dan batuk. Bibik
yang melihat kejadian itu datang menghampiri Elda.
"Puan okey ke ni? Mahu bibik temankan pergi klinik?."
"Takde lah bik.. mungkin cuma selesema je. Makan panadol je dah sembuh lah tu."
"Ya ke puan?."
"Iya .. ohya bik, siapa yang bising-bising kat dapur tu? Pekerja baru ye?."
"Ehh bukanlah, tuan Haris tu puan dia kata nak buatkan sarapan special untuk puan
hari ni."
"Alahaii dia ni .. ada-ada sajalah."
Belum sempat Elda melangkah masuk ke dapur, suara ibu mertuanya dari belakang sudah
berdehem.
Dia menjeling tajam ke arah Elda sambil berlalu masuk ke dapur. Elda perlahan-lahan
mengekori mertuanya sehingga sampai di meja makan.
"Hai mamy morning?."
"Morning anak mamy yang hensem ni."
"Mamy nak sarapan apa? Biar Haris tolong buatkan."
"Habis tu sarapan kat meja ni siapa punya? Kenapa nak buatkan mamy sarapan lagi
kalau dah ada atas meja ni."
"Mamy, itu Elda punyalah. Haris buatkan untuk dia."
"Apa! Perempuan ni.. Amboi dah macam puteri kat rumah ni ye tak pandai buat sarapan
sendiri."
"Haris, tak pe lah aku boleh buat sarapan sendiri. Sarapan ni untuk mamy je lah.
Nah mamy silakan sarapan. Achumm!!."
"Hey kalau nak bersin jauh-jauh sana. Tak habis-habis berjangkit kalau kamu yang
sakit tahu tak!."
"Sayang kamu sakit ke jom pergi hospital?."
"Tak perlu Haris aku cuma selesema biasa je. Dua tiga hari sembuhlah tu."
Elda memberikan sarapan yang dibuatkan oleh Haris kepada ibu mertuanya. Haris
sedikit risau melihat keadaan Elda dengan mukanya yang sangat pucat lesuh tapi dia
tidak boleh berbuat apa-apa kerna ibunya selalu melihat ke arahnya. Elda pun
menyediakan sarapannya sendiri dan duduk di kerusi tidak jauh dari meja makan.
Anak mata ibu Haris selalu menjeling ke arah Elda,
'sepertinya dia sedang memikirkan sesuatu' bisik hati Elda.
"Ohya Haris kamu tak kerja ke hari ni? Maya dah tunggu tu kat pejabat."
"Ya Haris kerja tapi jam 10:00 am nanti baru Haris bertolak mamy."
"Baiklah .. nanti sampaikan salam mamy untuk menantu kesayangan mamy ya?."
"Baik mamy."
Elda hanya memandang mereka berbual dari tempat duduknya. Dia agak sakit hati kerna
ibu mertuanya lebih menyayangi Maya sedangkan dia tidak pernah pun di perlakukan
sedemikian. Dia hanya mampu berdoa dan bersabar dengan segala kesakitan yang dia
hadapi.
'Kalau saja aku masih mempunyai orang tua pasti aku akan pergi dari rumah ini. Tapi
aku tidak mahu meninggalkan Haris kerna hanya dia orang yang masih ada rasa sayang
pada ku walaupun kadang dia terpengaruh dengan kelakuan mamy. Ya tuhan, perlipat
gandakanlah kesabaran hamba mu ini.'
****
"Haris kamu dah siap ke? Mari mamy hantar kamu ke depan."
"Sudah my.. tak perlulah mamy Haris pergi sendiri je. Bukannya budak sekolah
lagipun."
Haris mencapai kunci keretanya lalu berlalu keluar tanpa menunggu ibunya. Dia masuk
ke dalam perut kereta sambil menghidupkan enjin lantas dia beredar sebelum ibunya
datang kerna dia sangat malas dengan pesan-pesan ibunya untuk Maya setiap dia mahu
pergi kerja.
"Hariss!! Kenapa tak tunggu mamy. Mamy ada nak cakaplah!."
PON! PON!
Haris hanya membunyikan hon kepada ibunya. Dalam perjalanan ke pejabat, Haris
teringat kembali pada Elda. Dia bercakap sendiri di dalam kereta sambil memandu.
"Aku minta maaf sayang. Aku harus turuti semua kemahuan mamy kerna aku tidak mahu
mamy kecewa. Lagi pula aku ni anak satu-satunya mamy, aku hanya mahu lihat mamy
bahagia. Maafkan aku!." *****
Beberapa minit kemudian dia pun sampai di pejabat.Haris turun dari dalam kereta
sambil menarik nafas panjang. Dia meluru masuk ke dalam pejabat dan masuk ke
ruangannya. Rupanya Maya sudah tiba di pejabat sebelum dia sampai. Haris dengan
malasnya duduk di meja sambil memulakan kerjanya.
"Hai sayang, saya cantik tak hari ni?."
"Boleh lah." Haris hanya menjawap malas. Dia tidak menoleh pun kepada Maya.
"Maksud kamu aku tak cantik ke sayang?."
"Hmmm... ."
"Sayang cantik ke tidak?."
"Maya! Dalam pejabat urusan kerja bukan urusan cantik apa ke benda tu tak penting
lah! Baik buat kerja sekarang sebelum aku buat report untuk kau."
"Sayang beraninya you tinggikan suara pada I. Pasti isteri mandul mu itu kan yang
sudah mencuci otak sayang?."
"Kenapa bawa-bawa Elda pula! Maya saya tanya sekali lagi ye, kalau kau masih nak
kerja sila tutup mulut kau tu rapat-rapat. Malas aku dengar suara kau tu faham
tak!."
"Sampai hati sayang cakap aku macam tu."
Haris membiarkan Maya melayan perasaannya. Dia merasakan sejak akhir-akhir ini
simpanannya di bank sudah sangat kurang kerna Maya selalu minta beli ini dan minta
beli itu. Sedangkan Elda tidak pernah memintanya wang sebanyak itu kecuali dia yang
beri sendiri pada Elda.
****
Elda bernyanyi sambil menjemur pakaian di belakang rumah. Dia sebenarnya sudah
sangat penat apa lagi di bawah matahari yang sangat panas itu. Tapi dia menghibur
hatinya dengan bernyanyi membuatkan dia sedikit bersemangat. Tiba-tiba dia merasa
sakit di bahagian perutnya. Dia memulas-mulas perutnya namun rasa sakitnya masih
agak sama. Dia memanggil bibik sambil duduk di bangku yang tidak jauh dari tempat
menjemur kain.
"Bibik, tolong bawakan saya ubat gosok ke sini. Perut saya sakit sangat ni."
"Baik puan tunggu sekejap ya, bibik cari ubatnya dulu."
Beberapa minit kemudian bibik pun keluar sambil membawa ubat yang di maksudkan Elda
tadi. Lantas Elda menyapukan ubat itu pada perutnya yang sakit itu. Namun sakitnya
semakin bertambah. Dia hanya menahan sakit di perutnya itu tanpa memberitau bibik
kerna dia tidak mahu kalau bibik membuka mulut kepada Haris.
'Mungkin hanya sakit perut biasa saja. Sebentar lagi pasti tidak sakit lagi. Tapi
ini rasanya terlalu sakit dari biasanya.' Kata hati kecil Edla.
Bibik melihat dia sudah berpeluh-peluh menahan sakit perutnya. Tapi Elda menafikan
apa yang dia rasakan itu. Sebenarnya sudah sering dia merasakan perutnya sakit
seperti itu namun dia tidak pernah beritahu siapa-siapa. Lantas dia terfikir mahu
berjumpa ke doktor sebelum Haris pulang kerna takut jika dia merisaukan keadaannya.
"Nah ubatnya bik terima kasih ya."
"Puan okey ke ni? Tak mahu pergi ke doktor ke minta rawatan."
"Ishh.. bibik ni ada-ada saja lah. Saya sakit perut biasa saja lah. Sekejap lagi
sembuh lah tu."
"Okey lah puan.. kalau ada apa-apa bagi tahu je bibik ya?."
"Pasti bik jangan risau saya baik-baik je ni."
Elda menekan-nekan di bahagian perutnya yang sakit itu. Dia jalan terhendap-hendap
masuk ke dalam rumah sambil menahan sakit. Ketika dia mahu menaiki tangga untuk ke
tingkat atas, lantas ibu Haris memanggilnya. Perlahan-lahan dia berjalan mendekati
ibu mertuanya itu.
"Ada apa mamy?."
"Jalan pun dah macam pengantin. Tak boleh cepat sikit ke hah!."
"Maafkan saya mamy."
"Sini kamu ikut saya."
Ibu Haris mencapai pergelangan tangannya sambil menuju ke luar rumah. Elda
kehairanan kenapa ibu mertuanya membawa dia di depan rumah dengan matahari yang
sangat terik itu "Kenapa mamy bawah saya ke sini?."
"Kamu tanya kenapa? Kamu nampak kan bunga-bunga tu tak tersusun. Sampah pula di
merata-rata tempat. Pergi kamu bersihkan itu semua sejam dari sekarang!."
Elda melihat tidak ada satu pun sampah di situ. Dia menduga ibu Haris sengaja
menyuruhnya melakukan hal itu kerna ingin mengikis kesabarannya. Namun dia tetap
lakukan apa saja yang ibu Haris arahkan dengan rela hati. Dia mula membersihkan
halaman rumah dan menyusun pot-pot bunga dengan kemas dan rapi. Dia merasa perutnya
semakin sakit dan tidak dapat di tahan lagi. Bajunya sudah di basahi oleh peluh
kerna matahari sangat terik. Tekaknya terasa agak haus sekali tetapi ibu Haris
selalu mengawasi dia depan rumah. Kerna tidak dapat menahan sakit lagi, Elda
tersungkur ke tanah sambil menekan perutnya.
"Hey!! Sambung lagi kerja kamu itu."
"Tapi mamy perut saya sangat sakit. Saya dah tak boleh tahan ni. Boleh ke saya
berehat sekejap."
"Hahaha! Berehat kamu bilang?! .. selesai kan dulu kerja kamu itu baru kamu boleh
rehat. Faham!."
Bibik sakit hati ketika terlihat tindakan ibu Haris terhadap Elda yang begitu
kejam. Kalau saja mungkin Haris berada di rumah dia pasti tidak akan bekerja di
bawah matahari yang sangat panas itu.
Elda semakin tidak dapat bertahan. Bibik sangat kasihan melihat Elda terpaksa
berdiri untuk meneruskan kerjanya.
"Puan mamy biar saya tolong puan Elda saja kasihan kan dia sakit-sakit begitu tapi
tetap buat kerja."
"Alahh! Itu cuma alasan dia saja mahu cari muka sama anak saya."
"Tapi puan mamy, Puan Elda tu lagi sakit."
"Kamu diam! Kamu mahu saya berhentikan kerja di sini!?."
"Tidak puan mamy.. maafkan saya."
PON! PON!
Tiba-tiba kereta Haris memasuki halaman rumah. Ibu Haris panik saat melihat kereta
Haris sudah terpaking di depan rumah. Dia cepat-cepat masuk dan berpura-pura tidak
mengetahui kejadian yang Elda. Belum sempat Elda menoleh ke arah kereta Haris, dia
sudah jatuh pengsan. Bibik terus berlari mendekati Elda yang terbaring di atas
tanah.
"Puan Elda, bangun puan. Tuan, puan pengsan ni cepat bawah dia ke hospital tuan."
Mata bibik berkaca-kaca menahan airmata. Nampaknya dia sangat menyayangi Elda.
"Bibik kenapa ni? .. apa yang sudah terjadi?."
"Puan mamy...... ."
"Kamu mahu cakap apa bibik hah! .. kamu mahu menuduh saya ya! Saya dari tadi di
dalam tengok tv."
Ibu Haris lantas keluar memotong kata-kata bibik saat mahu menceritakan hal yang
sebenarnya.
"Sudahlah, mari saya bawa dia ke hospital. Bibik kamu jaga mamy ya di rumah. Jangan
ke mana-mana."
"Baik tuan."
-BERSAMBUNG-

NEW STORY
REKAAN SEMATA-MATA
WRITER:CHEROL-LINNA
YANG TERAKHIR UNTUK MU.
PART 8
Setibanya Haris di hospital, Dia terus memanggil beberapa jururawat di situ meminta
bantuan. Seorang doktor perempuan yang terdengar suara Haris bergegas menghampiri
Haris dan meminta jururawat tadi untuk mengambil katil bergerak.
"Doktor tolong isteri saya. Dia tiba-tiba pengsan tadi di rumah."
"Baiklah, Encik tunggu di luar biar kami yang menangani isteri encik."
"Terima kasih banyak doktor."
"Sama-sama."
Dua jam sudah berlalu, Haris mulai cemas kerana belum ada apa-apa khabar dari
doktor. Dia mundar mandir di depan koridor sambil melihat bilik di mana Elda di
rawat.
*****
Setelah Elda tersedar, Perlahan-lahan Elda membuka kedua kelopak matanya. Dia
melihat di sekeliling ada beberapa jururawat dan doktor di situ. Dia agak hairan
kenapa bisa berada di hospital.
'Pasti Haris yang membawa aku ke sini.' Kata hatinya.
Dia memanggil seorang jururawat untuk membantunya duduk dan kebetulan doktor yang
merawatnya belum keluar, Lantas dia bertanya kepada doktor bagaimana keadaanya.
"Doktor bagaimana keadaan saya, Saya baik-baik saja kan?."
"Sepertinya puan harus di rawat di hospital sahaja.
Penyakit puan ini sudah mencapai tahap 3. Kalau sampai ini merebak ke seluru tubuh
puan, itu boleh membahayakan nyawa puan."
"Apa membahayakan nyawa? Tahap 3?. Sebenarnya saya sakit apa doktor. Doktor
bergurau kan?."
"Saya tidak bergurau puan. Sekarang puan lagi menghidap penyakit kanser rahim.
Seperti yang saya katakan tadi kalau puan tidak di rawat sepenuh masa kanser itu
pasti merebak ke seluru tubuh puan."
Elda menutup matanya saat terdengar penjelasan doktor sebentar tadi. Airmatanya
jatuh setitis demi setitis di pipinya.
'Bagaimana aku dapat memberikan Haris seorang anak kalau penyakitku ini tidak akan
sembuh'. Elda berbisik di dalam hatinya dengan penuh kesedihan.
"Doktor suami saya sudah tahu ke pasal penyakit saya ni?."
"Belum puan. Kebetulan saya belum keluar sejak tadi kerana menunggu sehingga puan
sedar."
"Doktor tolong jangan bagi tahu suami saya, saya tidak mahu dia risau dengan
keadaan saya. Saya minta tolong sangat sama doktor ya jangan bagi tahu suami saya."
"Maaf puan. Pihak kami tidak pernah menyembunyikan setiap penyakit para pesakit
kami pada keluarga mereka. Kami menjalankan tugas kami dengan amanah."
"Saya mohon doktor, Tolong lah. Jangan bagi tahu suami saya pasal penyakit saya
ni."
"Hmm.. Baiklah puan." Dengan terpaksa doktor mengiyakan permintaan Elda.
"Terima kasih dok."
"Ya sama-sama. Tapi bagaimana dengan perawatan puan?."
"Tak boleh ke saya makan ubat kat rumah je doktor. Nanti kalau saya sering ke sini,
Suami saya pasti curiga."
"Sebenarnya boleh, tapi kalau setakat makan ubat tanpa perawatan sepenuhnya kami
tidak menjamin nyawa puan lebih lama lagi atau pun tidak. Pihak kami mahu merawat
puan di sini kerana ingin menjalankan pembedahan penyakit puan. Kalau lah puan
bersetuju."
Elda berfikir seketika. Dia bingung harus dirawat di hospital atau dia di rumah
saja. Tapi dia tidak mahu kalau sampai ada seorang pun yang tahu tentang
penyakitnya itu. Wajahnya agak kelihatan pucat dan matanya seperti orang yang tak
tidur seminggu.
'Aku sanggup korbankan apa saja untuk membahagiakanmu Haris. Aku tidak mahu kau
risau dengan keadaan aku sekarang. Aku mahu perkhawinanmu dengan Maya tetap
berlangsung. Aku akan bertahan sejauh mana aku dapat bertahan.' Luah Elda di dalam
hatinya. Airmata semakin deras membasahi pipinya.
"Bagaimana puan dengan saran saya sebentar tadi?."
"Hmm.. saya makan ubat je doktor. Saya tetap tidak mahu dirawat di sini."
"Kalau begitu saya akan beri beberapa ubat kepada puan dan pastikan ubat itu
teratur di makan. Ubat itu hanya penahan sakit saja. Jadi selama puan masih memakan
ubat yang saya bagi, penyakit puan masih agak terkawal sedikit dari merebak."
"Baik doktor. Saya janji akan makan ubat itu dengan teratur."
Doktor hanya mengangguk tersenyum membalas kata-kata Elda.
"Ohya dok, kalau saya boleh tanya. Apa saya masih boleh mengandung?."
"Mengandung?! Itu sangat mustahil. Puan tidak boleh mengandung dalam keadaan
seperti ini."
"Langsung tidak ada cara lain ke doktor?."
"Sudah pasti ada, tetapi risikonya sangat tinggi. Saat puan akan melahirkan, hanya
satu nyawa saja yang akan selamat. Antara puan atau kandungan puan."
"Kalau begitu, doktor harus tolong saya supaya bisa mengandung. Hanya dengan cara
itu yang dapat membahagiakan suami saya."
"Sungguh mulia hati puan ini. Masih tetap mahu membahagiakan orang lain sedangkan
sudah sakit tenat begini."
"Saya rela berkorban apa saja demi suami saya doktor. Saya harap doktor mahu
membantu saya."
"Pasti puan. Baiklah puan, saya keluar sebentar mahu mengambil beberapa helai surat
perjanjian untuk di tanda tangan dengan ubat yang puan mahu bawa balik nanti."
"Terima kasih banyak doktor. Tolong jangan beritahu suami saya ya."
"Baiklah puan. Saya tinggal dulu."
Lalu doktor itu keluar dan menutup kembali daun pintu. Lantas Haris berdiri saat
terlihat doktor sudah keluar dari bilik Elda. Mata yang sudah sangat mengantuk itu
di kesatnya sambil menghampiri doktor yang merawat Elda.
"Maaf doktor, bagaimana keadaan isteri saya? Kenapa dia boleh pengsan? Isteri saya
baik-baik saja kan doktor."
"Isteri encik baik-baik saja. Dia cuma terlalu penat dan perlu rehat yang
secukupnya."
"Boleh saya masuk ke dalam? Saya nak tengok isteri saya doktor."
"Maaf encik, untuk masa sekarang puan masih belum boleh di ganggu kerna dia sedang
berehat yang secukupnya."
"Hmm... Baiklah doktor. Pastikan isteri saya baik-baik saja ya dok."
"Ya encik, Saya tinggal dulu."
Doktor itu pun berlalu pergi. Haris duduk kembali di kerusi yang sudah di sediakan.
Di fikirannya sekarang langsung tidak ada lagi nama Maya. Dia hanya fokus
memikirkan keadaan Elda yang masih di dalam wad. Semalaman di hospital dia langsung
tidak tidur. Dia melihat jam di pergelangan tangannya sudah menunjukan pukul 2:45
pagi. Tidak lama kemudian, Haris melihat doktor kembali lagi masuk ke dalam bilik
Elda. Dan kira-kira setengah jam doktor pun keluar bersama Elda. Haris terus
berdiri menghampiri mereka.
"Sayang kamu tidak apa-apa kan?." Soal Haris dengan panik.
"Saya baik-baik saja Haris. Mari balik." Jawapnya ringkas.
"Okey kita pulang. Terima kasih ya doktor, Kami pergi
Dulu."
"Baiklah, semoga isteri kamu cepat sembuh ya."
"Amin.. ." Balas Haris pendek.
Haris memapah bahu Elda menuntunnya untuk berjalan. Dia membuka daun pintu
kenderaannya untuk Elda lalu membantunya masuk ke dalam perut kereta.
"Hati-hati ya sayang."
Elda hanya mengangguk perlahan. Dia menyandarkan tubuhnya sambil merenung ke luar
tingkap kereta Haris. Tiba-tiba wajah Haris menghampiri wajah Elda. Dia tersedar
lantas menolak tubuh Haris menjauh darinya.
"Kamu nak buat apa pulak?."
"Kenapa sayang tolak saya pula?."
"Habis tu kenapa nak dekat-dekat dengan saya."
"Saya nak tolong pasangkan tali pinggang je lah. Sayang fikir yang bukan-bukan
ye?."
Elda menahan rasa malunya. Wajah pucatnya membuatkan dia tidak ketara malu. Dia
hanya membuang muka dari suaminya.
"Dah lah tu, jom balik mengantuk sangat ni."
"Yalah, dah pukul 4:00 subuh dah ni. Okey kita bertolak sekarang."
Kenderaan mereka pun beredar dari kawasan hospital. Di sepanjang jalan, Elda hanya
mendiamkan diri dan tidak berkata apa-apa. Dia teringat akan kata-kata doktor di
hospital tadi.
'Walau dengan cara apa pun Haris tidak boleh tahu tentang penyakit aku ini.' Kata
hati kecilnya.
Dia memegang erat beg tangannya kerna semua ubat dan surat perjanjian itu ada di
dalamnya. Dia berfikir sejenak di mana dia mahu sembunyikan surat itu supaya Haris
tidak dapat membacanya.
****
"Sayang kita dah sampai."
"Eh .. dah sampai ke?."
"Ya lah, tu rumah kita yang besar tu tak nampak ke." Kata Haris bergurau.
"Nampaklah, siapa cakap saya tak nampak."
"Comel lah sayang ni kalau merajuk, senyum sikit sayang." Haris mencuit pipi mungil
isterinya sambil tersenyum.
Elda hanya menurut kata-kata suaminya. Haris membuka pintu lalu menggendong Elda
masuk ke dalam.
"Haris saya boleh jalan sendiri lah."
"Orang sakit mana boleh jalan. Sekali sekala macam ni kan romantis."
"Aduhh.. turunkan saya Haris."
Haris tidak mengendahkan permintaan Elda, Malah dia terus membawanya naik ke
tingkat atas. Haris membaringkan Elda di atas tilam dan menarik selimut hingga ke
paras bahunya.
"Selamat tidur sayang."
"Kamu tidur di mana?."
"Kat sebelah sayang lah, kat mana lagi?."
Elda tidak menjawap pertanyaan Haris. Dia langsung menutup matanya sambil memeluk
bantal yang berada di antara mereka.
-BERSAMBUNG-

NEW STORY
REKAAN SEMATA-MATA
WRITER: CHEROL-LINNA
YANG TERAKHIR UNTUK MU.
PART 9
"Sayang bangun, dah pagi ni."
Haris membangunkan Elda yang masih tertidur di sampingnya. Dia menetap wajah ayu
isterinya yang sedang terlena itu. Dia sangat merasa bersalah dengan kejadian yang
menimpah isterinya kelmarin. Kalau saja dia berada di rumah 24 jam pasti Elda tidak
akan sepenat itu. Ketebalan hati Haris luluh saat terfikir nasib Elda yang di benci
oleh ibunya.
Matanya mulai berkaca-kaca menahan tangis. Dia membelai rambut panjang isterinya
sambil meluahkan sesuatu.
"Aku minta maaf sayang, selama ini aku tidak bisa menjaga mu dengan baik.
Sebenarnya aku letih ikut semua cakap mamy, tapi di sisi lain aku juga tidak mahu
membuat mamy kecewa. Apa lagi aku ini anak satu-satunya mamy pasti aku mahukan yang
terbaik untuk mamy juga. Aku harap kamu faham posisi aku sayang."
"Ya aku faham, aku dah lama merestui hubungan kau dengan Maya pun."
Elda menjawap kata-kata Haris dengan matanya yang masih tertutup rapat. Lantas
Haris mengelap airmatanya. Dia terkejut kerna Elda tiba-tiba menjawap luahan
hatinya sebentar tadi.
Perlahan-lahan Elda membuka matanya dan tersenyum pada Haris.
"Sayang dah bangun ke sejak tadi?."
"Dah, tapi saja tak bangun nak dengar orang berdrama awal pagi ni."
"Pandai ye nak kenakan sayang, mari sini biar aku yang kenakan sayang pula."
"Haris janganlah, hahaha.. Berhenti Haris! Jangan!."
Mereka berkejar-kejaran di dalam bilik besar mereka itu. Ibu Haris terdengar akan
suara mereka yang agak kuat dari biliknya. Dia langsung keluar dan berjalan menuju
ke arah bilik Mereka.
TOK! TOK! TOK!
"Haris buka pintu ni!." dengan kasar ibu Haris mengetuk pintu sambil menyuruh Haris
membuka pintu.
"Sayang suara mamy ke tu?."
"Itu suara mamy Haris, Cepat buka pintu nanti dia marah pula."
"Haris open is door now!!."
"Ya mamy, sekejap."
Haris membuka pintu dengan baju tidur yang masih melekat pada tubuhnya. Ibu Haris
sudah menduga kalau Haris semalam tidur di bilik Elda.
"Jujur sama mamy Haris kamu tidur ke dengan perempuan ni semalam!?."
"Ya mamy, lagi pun apa salahnya. Elda ni kan isteri sah Haris. Tak baik kalau
jiran-jiran kita tahu kalau saya dan Elda tidur bilik berasingan. Nanti tak habis-
habis fitnah menyebar pula."
"Kau dah berani melawan mamy ya Haris. Mamy tidak mahu tahu, minggu depan
perkhawinan kamu dan Maya harus di laksanakan. Biar mamy sendiri yang turun
tangan!."
"No mamy please."
"Mamy hate to see you wife in this house!."
"Haris, kamu harus dengar apa yang mamy cakap. Aku dah lama ikhlas dengan hubungan
kamu."
"Tidak payah nak cari muka di sini. Haris kamu keluar! Kamu temankan mamy pergi
pilih baju pengantin tercantik untuk Maya."
"Hmm ... okey."
Haris menjawap malas. Dia sempat menoleh ke belakang sebelum menuruni tangga. Elda
menutup pintu dan masuk kembali ke dalam bilik. Dia menangis sekuat hatinya kerna
terdengar ucapan mertuanya sebentar tadi.
Tiba-tiba perutnya terasa sakit lagi. Lantas dia teringat akan ubat yang doktor
bagi padanya semalam.
*****
"Bibik masak apa hari ni?."
"Bibik masak apa yang patut je ni puan. Puan mamy belum ada bagi wang untuk ke
pasar."
"Ouh.. kalau begitu mari saya tolong bibik ya."
"Ehh.. tak payah lah puan, puan kan masih sakit. Orang sakit tidak boleh banyak
kerja. Harus rehat yang cukup ya puan."
"Bibik ni mengada sajalah. Saya dah sihat lah bik, kelmarin tu cuma terlalu penat
saja."
"Habis tu kenapa wajah puan tu pucat semacam je?."
"Saya pakai bedak tebal-tebal je ni. Takut kena matahari kan nanti hitam pula."
"Puan fikir saya tak tahu bezakan pucat dengan bedak ke?. Alahaii puan ni.. dah
lah.. duduk kat situ je jangan ke mana-mana."
Elda akur dengan permintaan bibik. Dia duduk di kerusi yang terletak tidak jauh
dari bibik.
Dia mencuri pandang ke arah luar mencari gelagat suaminya.
'Mungkin dah pergi dengan mamy.' Bisik hatinya sambil melihat ke arah ruang tamu.
*****
SEMINGGU BERLALU.
Akhirnya hari yang di tunggu-tunggu pun sudah tiba. Haris Terlihat sangat segak dan
tampan dengan baju pengantin yang sudah melekat di tubuhnya. Begitu juga dengan
Maya yang mengenakan baju pengantin termahal dari Rusia itu. Luasnya rumah mereka
di hiasi dengan bunga-bunga yang sangat cantik. Lantai rumah pun di taburi dengan
kelopak-kelopak bunga mawar berwarna merah yang sangat harum. Pelamin Maya dan
Haris yang agak mewah itu terserlah indah menghiasai latar belakang mereka berdua.
Orang ramai berbondong-bondong menghadiri majlis perkhawinan Haris dan Maya yang
sangat meriah itu. Semua makanan tersusun rapi di setiap meja yang di tempah dari
restoran termahal di kuala lumpur. Elda hanya melihat suaminya dari dalam dapur.
Ibu mertuanya tidak mengizinkan dia untuk keluar selama majlis itu masih
berlangsung.
'Selamat pengantin baru suamiku.' Kata hati Edla sambil mengelap airmatanya.
Tidak ada keceriaan sedikit pun pada wajah Haris saat bersanding dengan Maya. Tapi
ibunya memaksa dia untuk senyum. Majlis itu berlangsung sehinggalah larut malam.
Orang ramai sudah sangat mabuk, mereka menari dan bernyanyi di dalam rumah besar
Haris itu. Elda langsung tidak tidur kerna mahu melihat suaminya. Dia melihat Haris
yang sudah terlalu mabuk di bawah oleh Maya masuk ke dalam bilik. Mahu saja Elda
menolong Haris masa itu tetapi Maya sudah terlebih dulu datang darinya. *****
RINGG!! JAM 8:00 am.
Maya menghentikan alam jam yang tadinya berbunyi. Dia membelai-belai wajah Haris
yang masih tertidur di sebelahnya. Perlahan-lahan Maya merabah tubuh Haris mahu
menggodanya. Haris yang malas membuka matanya hanya menikmati godaan dari Maya itu,
lantas dia membalas merabah tubuh Maya. Mereka terbuai seketika dengan kejadian
itu.
"Ouchh! Nice honey." Maya memeluk erat tubuh Haris yang sedang berada di atasnya.
Haris membuka matanya saat terdengar suara Maya sebentar tadi. Dia menyangka yang
di tidurinya itu adalah Elda. Dia langsung baring kembali ke tilam sambil menarik
selimut hingga paras bahu. Dia melihat tubuhnya sudah tidak memakai apa-apa.
Bajunya bertempiaran di atas lantai.
"Why honey?." Maya berasa tidak puas hati. Dia memaksa Haris untuk melakukannya
lagi namun Haris tidak mengendahkannya.
"Sejak bila aku tak pakai baju ni? Kau yang buka ke?."
"Ya kenapa salah ke? Aku kan dah jadi isteri kau, aku bebas buat apa saja terhadap
kau sayang. Dah lupa ke kita baru khawin kelmarin."
"Hmm.. tak payah nak besar hati lah. Dah aku nak pergi kerja."
"What!? Sayang u tak nak bawa i pergi honeymoon ke apa ke? Kita kan baru khawin
kenapa nak pergi kerja pula."
"Kau je sendiri pergi honeymoon. Malas saya nak pergi dengan kau."
Haris keluar dari bilik dan langsung ke bilik Elda. Dia terus masuk ke dalam kerna
tidak mahu mengganggunya tidur.
"Morning sayang." Haris membisikkan selamat pagi di telinga Elda dengan nada suara
yang agak perlahan.
Melihat isterinya masih belum bangun juga, dia keluar dan pergi bawah.
"Hai anak mamy dah bangun ke? Maya mana?."
"Entah! Dalam bilik lagi kot."
"Kenapa tak bawa turun sekali, kan dapat sarapan sama-sama."
"Perempuan tak boleh di manjakan sangat. Elda saja boleh buat sarapan sendiri.
Takkan Maya tidak!."
Haris menarik kerusi dan duduk di sebelah ibunya.
Dia sarapan tanpa menunggu kedua-dua isterinya bangun. Dia tahu pasti Maya
bertingkah lagi kalau melihat Elda sarapan bersama mereka nanti. Itu lah dia
sarapan sahaja duluan.
-BERSAMBUNG-

NEW STORY
REKAAN SEMATA-MATA
WRITER:CHEROL-LINNA
YANG TERAKHIR UNTUK MU.
PART 10
Matahari sudah mulai tinggi. Ibu Haris berjalan ke sana dan ke mari mencari gelagat
menantu pertamanya. Dia mendongak ke tingkat atas dan menduga kalau Elda masih
belum bangun juga. Dia mengatur langkahnya menaiki anak tangga untuk ke tingkat
atas.
TOK! TOK! TOK!
"Hey perempuan kau tak bangun-bangun lagi ke hah! Dah pukul berapa ni masih nak
berdengkur juga ke?!."
Ibu Haris mendorong pintu bilik Elda dengan kasar, lalu menghampiri Elda yang masih
terbaring di atas tilam. Dengan kasar ibu Haris menarik selimut Elda dan
membuangnya ke lantai. Elda tersedar dan terus berdiri melihat ibu mertuanya yang
sedang marah di hadapannya.
"Kenapa mamy?."
"Oh.. tak de apa-apa, mamy cuma mahu tanya kamu kalau sekarang ni dah jam berapa
ya?."
Mata Elda terbeliak besar melihat jam di meja make up nya sudah menunjukan pukul 10
pagi. Dia tidak berani menjawap pertanyaan mertuanya kerna dia tahu kalau ibu Haris
sedang marah.
"Kenapa tak jawap hah! Hey perempuan sundal gatal, kau tahu kan di rumah ni kau
cuma menumpang! Sedar diri sikit boleh ke hah? Lepas makan tidur, lepas tidur pergi
makan macam tu?! Alahaii.. senangnya hidup engkau ye."
"Menumpang? Saya ni menantu mamy, kenapa mamy sanggup hina saya sekejam itu?
Sebenarnya apa lagi yang saya tak buat kat rumah ni, saya rasa semua kerja di rumah
ni saya buat dengan ikhlas malahan tanpa gaji pun."
PPAAPP!!
"Auhh!!." Elda meraung kesakitan lalu tersungkur ke lantai.
"Kamu sekarang berani melawan saya ya! Jangan pernah menunjukan kebodohan kamu di
sini. Saya boleh buat apa saja untuk membuat kamu pergi dari rumah ini!."
Elda menahan rasa tamparan ibu Haris di pipinya. Secara tiba-tiba penyakitnya
datang lagi. Dia memulas-mulas perutnya yang sedang sakit sambil membawah dirinya
untuk berdiri.
Haris yang terdengar jeritan Elda sebentar tadi bergegas ke bilik Elda mahu
memastikan keadaan isteri pertamanya itu. Maya juga tidak ketinggalan jejak mahu
melihat apa yang terjadi di biliknya Elda.
"Honey tu macam suara mamy dekat bilik Elda."
"Aduh .. mamy buat apa lagi pada Elda." Sambil masuk ke dalam bilik Elda.
"Isteri kamu ni makin lama makin kurang ajar sama mamy! Baru saja dia cakap kalau
kamu itu tidak pernah memberikan dia wang!."
Ibu Haris melontarkan tuduhan kepada Elda. Elda terkejut dengan tindakan ibu
mertuanya itu.
"Betul apa yang mamy cakap tu sayang?."
"Haris saya tak pernah cakap macam tu. Tolong percaya pada aku Haris."
"Orang jahat mana nak mengaku. jawap ya je kan senang."
"Saya takkan jawap ya sebab saya tak pernah cakap macam tu. Sayang, mamy yang
tampar saya tadi. Dia hina saya perempuan sundal dan hanya menumpang di rumah ni
je."
"Hey! Kamu jangan menuduh saya pula ye. Kalau dah salah mengaku je lah apa
susahnya?!."
"Elda saya tidak suka kamu menuduh mamy yang bukan-bukan apa lagi tanpa bukti. Kamu
dengar ya Elda, Hari ini kamu tidak boleh makan dan minum kecuali saya benarkan.
Ini denda kamu menuduh mamy tanpa bukti."
Elda terkejut dengan tindakan Haris yang begitu kejam terhadapnya. Hatinya hancur
berkecai meratapi nasibnya yang semakin malang itu. Sepertinya dia mulai terhasut
oleh ibunya. Maya tersenyum keriangan sambil mengolok kepada Elda.
"Kesian mamy kan sayang, Dia memang macam tu ke?."
"Ishh .. diamlah! Buat otak serabut je kamu ni."
"Sampai hati sayang cakap i macam tu."
"Daripada kamu buat bising kat situ, lebih baik tolong bibik masak je. Saya mahu
rasa masakan dari tangan kamu sendiri."
"Apa masak?! ." Kening Maya bertemu hujung ke hujung.
'Dia suruh aku masak pula, dah lah aku ni tak pandai masak.' Bebel Maya dalam
hatinya. Terpaksa dia menurut untuk mengambil hati Haris.
"Kenapa belum jalan lagi? Oh.. kenapa tak pandai masak ke?."
"Ehh .. siapa cakap tak pandai masak? Aku pandai masak lah."
"Okey buktikan kalau kamu memang pandai masak. Sejam dari sekarang. Go now!."
"Ya saya jalan la ni, Tapi kiss dulu." Maya mendekatkan pipinya pada wajah Haris.
"Jangan nak banyak songeh lah, kalau masakan kau sedap nanti baru aku bagi kiss.
Kalau tidak..! ."
"Kalau tidak kenapa sayang?."
"Kau makan yang kau masak nanti tu sampai habis ye biar kenyang perut kau."
'Ishh.. geram nye aku dengan mamat ni. Untunglah dia kaya kalau tak dah lama kau
sepak'. Maya melepaskan geramnya di dalam hati.
Maya bergegas pergi ke dapur. Dia melihat bibik sedang memotong sayur tidak jauh
dari tempatnya berdiri. Dia menghampiri bibik lalu menyapahnya dengan agak sombong.
"Hey! Bibik tahu ke makanan kegemaran Tuan Haris apa?."
"Puan kan isterinya, sepatutnya sudah tahu makanan kegemaran tuan itu apa."
"Eh.. berani menjawap ya kamu. Saya tetak mulut kamu baru tahu!."
"Puan ini beza sama puan Elda. Kalau puan Elda tidak pernah bercakap yang tidak
baik pada saya walaupun cuma pembantu di sini tapi dia menganggap saya seperti
keluarga sendiri."
"Hey! Sekarang yang bayar kau tu aku lah bukan dia. Dia dah tak ada duit sekarang.
Yang engkau nak bela sangat dia tu kenapa?."
"Puan jangan berfikir saya takut pada puan ya. Saya boleh mengadu pada puan mamy
keburukan kamu sebenarnya."
"Cuba saja kalau kamu berani buka mulut ya, aku akan merobek-robek mulut kamu itu."
'Tunggu saja. Satu hari pasti terbongkar semua kejahatan kamu itu.' Kata bibik di
dalam hatinya. Dia sangat geram dengan perangai majikan barunya itu.
SEJAM KEMUDIAN.
Haris melihat jam di pergelangan tangannya sudah menunjukkan pukul 12:00 tengah
hari. Dia pergi ke dapur untuk mengecek sama ada Maya berhasil memenuhi
permintaannya atau tidak.
"Maya kamu dah siap masak ke? Masa yang saya beri sudah cukup lama jadi sangat
mustahil kalau kamu masih belum siap masak untuk seorang makan sahaja."
"Hmm.. kejap lagi siap lah ni, sayang duduk dulu lah kat meja makan nanti saya
hantar ya sayang."
"Okey.. lima saat dari sekarang."
"Okey sayang." Maya bergerak agak cepat kerna kesuntukan masa.
Beberapa saat kemudian, dia keluar sambil membawa makanan yang di khas kan untuk
suami tercintanya.
Dia mengambil sudu dan garpu lalu menyuruh Haris untuk mencuba masakkan tersebut.
Kebetulan ibu Haris sedang bersama mereka di meja makan, dia hanya melihat mereka
dengan senyuman melebar.
"Hmm.... ."
"Bagaimana sayang, sedap ke?."
"Hmm... betul ke kau yang masak ni?."
"Betul lah, kenapa sayang tak sedap ke?."
"Ya tepat sekali, memang tak sedap!? Engkau masak apa ni Maya. Kau nak buat aku
mati cepat ke hah! Dah lah masin, Pedas sangat pula tu."
"Hah! Betul ke sayang? Pedas sangat ye, tak pe biar saya buat yang baru je."
"Tak boleh!! Kau mesti habiskan makanan ni sekarang. Kita dah buat perjanjian kan?
Kalau masakan kamu sedap saya akan kiss kamu. Tapi kalau tidak, kamu harus makan
sampai habis masakan kamu kan? Jangan pura-pura tak ingat."
"Mamy tengoklah sayang tu, sampai hati dia nak suruh Maya makan makanan yang pedas
macam tu."
"Siapa yang masak? Bukan kamu ke? Kenapa tak nak makan pula."
Haris tidak berselera untuk makan. Dia sangat lapar sebenarnya tapi masakan Maya
tidak masuk di tengkorokannya. Dia rindu dengan masakan Elda yang di jamahnya
setiap hari di meja makan. Dia mendongakkan kepalanya ke tingkat atas, serba salah
menyelubungi hatinya.
'Pasti Elda sekarang sudah sangat lapar dan haus. Dah lah dia sekarang sedang
sakit.' Bisik hati haris.
******
Elda berguling-guling di atas tilam menahan kesakitan. Dia mahu menelan ubat tetapi
tidak ada setitis air pun di dalam biliknya. Dia tidak menyangka kalau Haris
sanggup menghukumnya sedemikian.
'Tuhan selamatkan lah hambamu dari cubaan ini'
Kata hati Elda. Airmatanya berguguran membasahi pipi.
Haris mengalihkan fikirannya daripada terus berfikir pasal Elda. Kerisauan mulai
timbul tenggelam di dalam hatinya. Dia takut kalau sampai Elda pengsan lagi. Dia
menahan perasaannya untuk tidak peduli dengan Elda.
"Maya jom keluar."
"Keluar? Nak pergi mana sayang. Shopping?
"Ya, cepatlah."
Dengan gembira Maya mengambil beg tangannya lalu bergegas masuk ke dalam kereta.
TIGA JAM BERLALU.
"Hey Maya, bangun dah sampai ni. Angkat barang kau tu sendiri."
Maya mengesat kelopak matanya. Dia tertidur di sepanjang jalan balik ke rumah.
Mereka turun lalu masuk ke dalam rumah dengan hasil shopping Maya tadi.
"Wahh! Banyaknya barang. Mamy boleh tengok ke?."
"Boleh mamy silakan." Pelawa Maya.
Ibu Haris terkejut melihat beberapa untai emas dan juga kalung. Sedangkan dia tidak
pernah Haris belikan emas semahal dan sebanyak ini.
"Emas? .. ini kan mahal-mahal Haris. Untuk mamy tak ada ke?."
"Nanti Haris belikan untuk mamy ya. Haris penat nak tidur. Bye mamy."
Haris meminta diri untuk masuk ke dalam bilik sambil mencium pipi ibunya.
Langkahnya terhenti tatkala terlihay bilik Elda dari jauh. Dia mahu saja menjenguk
keadaan Elda tapi dia tetap mengawal perasaannya. Lantas dia masuk ke dalam bilik
dan menutup pintu.
-BERSAMBUNG-

NEW STORY
REKAAN SEMATA-MATA
WRITER:CHEROL-LINNA
YANG TERAKHIR UNTUK MU.
PART 11
"Semoga aku dapat bertahan di dalam bilik ini, aku harus berjuang untuk bahagiakan
Haris".
Luah Elda yang sudah tidak bermaya. Dia melihat jarum jam di atas meja sudah pukul
8:00 malam. Wajahnya pucat seperti mayat. Tekaknya terasa sangat kering dan sakit
kerana batuknya tidak berhenti. Dia memulas perutnya yang sedang berkeroncong
kelaparan di tambah lagi dengan penyakitnya yang sedang kumat. Di iringi juga
dengan airmata yang tidak henti-hentinya.
Sementara Haris dan yang lain berbual-bual sambil makan bersama di meja makan. Elda
hanya bisa mendengar gelak dan tawa mereka dari dalam bilik sahaja. Elda mencapai
gambarnya bersama Haris di atas meja. Dia membelai sambil mengusap gambar yang
sedang di peluknya tersebut.
TOK TOK TOK!
"Haris..? ."
Dengan senang hati Elda melihat ke arah pintu yang sedang di ketuk. Perlahan-lahan
dia berjalan membuka daun pintu, dia menyangka Haris yang mengetuk pintu rupanya
bibik yang sedang berdiri di hadapannya.
"Kenapa bibik datang ke sini? Kalau tuan tahu pasti kena marah."
"Seharian bibik tak nampak puan di bawah. Bibik dengar mereka bercerita tadi di
meja makan, kalau puan di kurung dalam bilik dan tidak di benarkan makan dan minum.
Sebab tu bibik ke sini bawa makanan dan air ni."
"Tak payah susah-susah bik. Saya baik-baik saja di sini. Nanti tuan Haris marah
kalau tahu kamu bagi saya makanan."
"Tapi puan, dari pagi sampai malam puan belum makan juga. Saya cuma tidak mahu
kalau puan tambah sakit. Sekurang-kurangnya puan dapat bertenaga sedikit bila sudah
makan."
Kata bibik yang sedang bersimpati kepada Elda. Dia sangat terharu akan Elda yang
masih tetap mengaku kuat sedangkan di lihat dari wajahnya saja sudah boleh tahu
kalau dia memang sudah tidak bermaya.
"Saya belum lapar bik, bawa saja makanan itu ke bawah kembali atau kamu makan saja
ya. Sudah pergi sana, nanti tuan Haris nampak."
"Kalau begitu puan ambil je air ni. Puan pasti belum makan ubat kan?."
Elda berfikir seketika. Bibik memalingkan kepalanya ke kiri dan kanan koridor. Dia
menarik nafas lega kerana tidak ada seorang pun melihat dia sedang berdiri di situ.
"Ambil lah puan tak ada yang nampak pun." Kata bibik memaksa Elda untuk mengambil
air yang masih berada di tangannya.
Elda mencapai botol air dari tangan bibik dan langsung menyuruhnya pergi. Elda
bergegas menelan ubatnya sambil meneguk air yang di beri bibik sebentar tadi.
"Syukur bibik bagi air tadi kalau tidak, dah lama saya mati di sini. Kalau saja
Haris mengalami hal yang sama pasti dia juga tidak akan sanggup." Luah hati Elda
sambil merenung botol air yang di pegangnya.
PRANGG!!!
"Saya dah cakap dia tidak boleh makan dan minum kecuali saya benarkan. Kenapa kamu
memandai nak bagi dia makan pula!."
Elda terdengar seperti bunyi pecahan piring kaca. Sangat jelas di telinganya suara
Haris menengking seseorang. Dia menduga pasti bibik yang di marahi oleh suaminya
itu. Mungkin saja Haris ternampak bibik tadi pergi ke biliknya.
"Siapa yang suruh kamu masuk di sana?!." Soal Haris pada pembantu rumahnya.
"Minta maaf tuan, saya tidak sengaja."
"Saya tak tanya pasal tu. Saya tanya siapa yang suruh kamu masuk di sana?!
Jawap! ."
"Tidak ada tuan, saya sendiri yang masuk ke bilik puan Elda. Saya cuma risau
keadaan puan tadi."
"Oh! Cuma risau ye.. jadi makanan ni untuk apa!." Haris menyepak nasi yang
bertaburan di atas lantai ke arah bibik.
Bibik hanya bersabar menghadapi sikap Haris. Maya pula menyampuk memarahinya.
"Makan makanan yang ada kat lantai tu. Benci saya nampak orang kampung macam kau ni
tau."
"Walaupun saya orang kampung tapi hati saya tidak sejahat puan!." Tengking bibik
kepada Maya. Kesabarannya tercabar saat terdengar hinaan dari mulut celupar Maya.
"Hey! Berani kamu menengking menantu saya hah! Kamu mahu di berhentikan kerja dari
sini!?."
"Tidak puan mamy, saya minta maaf."
"Sudah! Pergi sambung kerja kamu sana. Menyibuk hal orang saja."
Bibik pun meluru masuk ke ruang dapur. Di ikutkan hati, mahu saja Elda turun ke
bawah saat Haris memarahi bibik tadi. Dia sakit hati kepada Haris kerana bersikap
sedemikian.
'Dulu dia tak macam tu, kami semua di rumah ni baik-baik saja dan tidak pernah pun
dia bersikap kasar kepada bibik sebelum ini. Sepertinya Haris sudah mulai mengikuti
jejak mamy dan Maya. Aku sepatutnya lebih berhati-hati selepas ni.' Bisik hati
Elda.
Melihat kemarahan Haris sudah mulai redah, ibunya menghampiri dia sambil memegang
sehelai kertas.
"Surat apa ni mamy?." Soal Haris kepada mamynya.
"Kamu baca saja dulu Haris, kamu pasti happy baca isi surat itu." Sambil tersenyum
lebar menyuruh Haris membaca surat tersebut.
"SURAT PENGAKUAN CERAI........ what! Cerai sama siapa mamy?." Dahi Haris berkedut.
"Dengan siapa lagi? Buat apa lagi Elda di rumah ni. Kan kamu sekarang sudah ada
Maya."
Maya tersenyum girang sambil memeluk mertua yang sama liciknya itu.
"Betul tu sayang, buat apa lagi dia dalam rumah ni. Kalau setakat beri kamu
keturunan kamu jangan risau sayang, saya sihat dan tidak ada jangkitan apa-apa.
Jadi mustahil kalau saya tak mengandung. Betul tak mamy?." Kata Maya memancing
fikiran Haris.
"Tidak mamy, Haris tak akan ceraikan dia. Elda tidak ada keluarga dekat sini
kecuali kita."
"Biarlah dia, itu urusan dia. Kau nak peduli apa?." Kata Maya mendesak Haris.
"Cepat sangat kau buka mulut ye. Atau kau yang hasut mamy supaya saya ceraikan
Elda?."
"Kenapa sayang tiba-tiba peduli dia pula? Saya tak faham lah dengan kau ni."
"Mamy dengar ya, dan kamu juga Maya. Keputusan saya sudah bulat. Saya tetap tidak
menceraikan Elda."
"Mamy kecewa sama kamu Haris." Kata ibu Haris sambil memalingkan badannya dari
Haris.
"Tolong faham keadaan Haris mamy, Haris sudah turuti semua kemahuan mamy termasuk
menjadikan Maya sebagai isteri Haris. Harap untuk kali ini saja mamy tidak memaksa
Haris." Kata Haris sambil bersujud di depan ibunya.
Ibunya terpaksa akur akan keputusan Haris. Dia hanya mengangguk tanda setuju. Mulut
Maya ternganga melihat ibu Haris bersetuju dengan keputusan Haris. Dengan rasa
benci di hatinya, dia terus masuk ke dalam bilik lalu menutup pintu dengan agak
kuat.
Haris hanya melihat tingkah laku isteri keduanya itu. Dia merasa sangat jauh
perbezaan di antara Maya dan Elda. Dia mendongakkan lagi kepalanya ke arah pintu
bilik Elda yang berada di tingkat atas.
"Kamu tengok apa kat atas tu Haris, dah malam ni pergi tidur."
"Tak de lah mamy, mamy tidur je lah duluan Haris belum mengantuk lagi. Nanti Haris
masuk kalau dah nak tidur."
"Baiklah, kalau begitu mamy tidur dulu ya."
"Okey mamy, sweet dream."
Dia melangkah menaiki tangga ke tingkat atas sambil berjalan menuju ke arah bilik
Elda. Perlahan-lahan dia membuka pintu dan melihat Elda sudah tertidur lena.
'Pasti Elda sangat lapar sekarang.' Bisik hati Haris.
Kerana tidak dapat menahan perasaan, dia menutup pintu semula sambil mengesat
airmatanya yang sudah jatuh setitis. Dia pun masuk ke bilik Maya untuk tidur.
****
"Morning pagi sayang?."
Haris mengucapkan selamat pagi pada Elda sambil membuka pintu biliknya. Dia melihat
posisi Elda tidur tetap sama seperti yang dia lihat semalam. Dia membangunkan Elda
namun tidak ada respon darinya.
"Sayang kamu okey ke ni?."
Lantas Haris cemas dan merangkul tubuh Elda yang tidak bermaya itu.
"Kita pergi hospital ye sayang, kamu harus kuat." Kata Haris sambil menggendong
Elda menuju ke dalam kenderaannya.
"Haris kamu nak ke mana tu?." Laung ibunya dari luar rumah mereka.
"Haris nak bawa Elda kat hospital mamy, dia pengsan. Nanti bagi tahu Maya je kalau
dah bangun."
Haris memandu dengan agak laju kerana sangat risau dengan keadaan Elda yang masih
tak bangun-bangun juga. Beberapa minit kemudian mereka pun sampai di kawasan
hospital. Dia meamnggil doktor dan jururawat yang sedang bertugas di situ.
Kebetulan doktor yang merawat Elda hari tu limpas dan ternampak pada Elda di bawa
di atas katil bergerak. Dia langsung mengikuti jejak katil Elda sehinggalah sampai
di satu bilik.
"Kenapa lagi dengan puan Elda tu encik?."
"Saya tak tahu lah doktor, dia pengsan tiba-tiba je ni." Kata Haris bohong. Dia
cuba menutup kesalahannya daripada ketahuan.
"Tak pe encik, biar saya yang periksa dia. Sila tunggu di luar saja ya."
"Baiklah. Kata Haris sambil duduk di bangku.
'Kenapa Elda sejak akhir-akhir ini sering saja pengsan. Apa ada sesuatu yang dia
sembunyikan dari saya.' Bisik hatinya.
Tidak lama kemudian, Elda sudah sedarkan diri. Dia terkejut melihat sekelilingnya
seperti di dalam bilik hospital.
"Saya di mana ni? Siapa yang bawah saya ke sini?."
"Suami puan yang bawa ke sini. Katanya, puan tiba-tiba pengsan. Lalu dia bawah puan
ke sini."
"Aduhh, Haris ni tukar tebiat ke. Sekejap baik, sekejap jahat. Lepastu nak apa
lagi."
"Ohya puan, tahniah." Doktor menghulurkan tangannya pada Elda.
Elda menyambut saja salam dari doktor tersebut tanpa menetahui tahniah untuk apa.
"Tahniah kenapa puan?."
"Ya puan tahniahlah sebap ubat yang saya bagi berhasil dan puan sedang mengandung
sekarang. Kandungan puan baru masuk tiga minggu."
"Apa doktor?! Saya mengandung?? Betul ke? Saya tak mimpi kan dok?."
"Ya puan betul, tapi puan harus lebih hati-hati kerna penyakit puan sudah mulai
merebak."
"Tapu kandungan saya baik-baik saja kan?."
"Pasti puan tapi seperti yang saya katakan hari tu, kalau puan mengandung hanya
satu nyawa yang akan terselamat di antara puan atau pun kandungan puan."
"Tapi doktor tolong selamat kan kandungan saya ya, saya tidak peduli dengan nyawa
saya. Yang penting kandungan saya selamat nanti."
"Hmm... baiklah puan."
Doktor keluar meninggalkan Elda sendirian di dalam bilik pesakit.
"Encik Haris, Tahniah!."
"Tahniah kenapa doktor? Isteri saya baik-baik saja kan?."
"Ya sudah pastilah, Tahniah kerana puan Elda sedang mengandung sekarang."
"Doktor jangan bergurau dengan saya, saya tak percaya."
"Betul encik, ni hasil pemeriksaan saya tadi. Sila lah baca."
Haris sangat gembira melihat hasil pemeriksaan tersebut. Lantas dia masuk ke dalam
dan memeluk Elda. Elda tidak berkata apa-apa. Hanya airmatanya saja yang berbicara
saat itu. Dia sangat bersyukur kerna tuhan sudah mengabulkan doanya selama ini.
-BERSAMBUNG-

NEW STORY
REKAAN SEMATA-MATA
WRITER:CHEROL-LINNA
YANG TERAKHIR UNTUK MU.
SEMI FINAL
7 BULAN KEMUDIAN.
Kandungan Elda semakin matang. Dia juga kerap ke hospital untuk memeriksa kandungan
yang sudah berusia tujuh bulan lebih. Haris juga lebih tumpuhkan perhatian terhadap
Elda daripada Maya. Merasa terpinggir dari Haris, Maya mulai berbuat tindakan yang
tidak baik pada Elda kalau Haris tidak ada di rumah. Ibu Haris pula terkadang baik
kepada Elda terkadang tidak itu pun kerana hasutan dari Maya. Pernah juga Maya
menolak Elda dari tangga hingga jatuh ke lantai, syukurlah kandungan Elda kuat dan
dia tidak mengalami pendarahan yang teruk pun saat itu.
Haris memanggil Maya dari luar rumah. Sudah setengah jam dia berdiri di depan pintu
menunggu isteri keduanya itu.
"Maya cepat! Kenapa lambat sangat ni?." Teriak Haris dengan suara yang agak kuat.
"Ya sayang, tunggu kejap."
"Amboi.. dia suruh kita orang tunggu pula ye."
"Okey dah siap sayang. Cantik tak saya?."
"Ya cantik sangat, macam tong sampah tu."
"What! Sayang hina saya ke?."
"Ehh! Tak lah memang kenyataan pun dah masuk cepat. Jalan pun macam siput."
Maya pun masuk sambil melihat cermin di sisi kereta. Dia membetulkan make upnya
yang sudah terang benderang. Kenderaan mereka mula beredar dari kawasan rumah.
"Sayang, terima kasih sudi hantar saya shopping."
"Hmm... sama-sama."
Maya merangkul tangan kiri Haris dan menyandarkan kepalanya.
"Maya kamu nampak saya sedang memandu kan, lepaskan tangan saya."
"Kalau Elda yang buat macam tu dekat sayang, sayang tak marah pun kan? Salah ke
saya nak manja dengan suami sendiri."
"Nak bermanja pun biarlah bertempat. Macam mana nak drive kalau nak berkepit je."
"Giliran saya yang nak minta manja tak boleh. Kalau Elda pula bila-bila masa je pun
boleh."
Maya merajuk sambil melepaskan tangannya dari Haris. Hati Haris tersentuh saat
terlihat wajah muram Maya. Dia membelai rambut Maya sambil mengukir senyuman.
"Sorry.. Bukan nak pilih kasih tapi saya kan sedang drive, kalau ada apa-apa macam
mana?."
"Hmm... yelah." Jawab Maya ringkas.
*****
DI RUMAH HARIS.
Elda melihat ke kiri dan kanan luar biliknya. Dia keluar lalu turun ke bawah.
Biasanya ada orang di ruang tamu kalau dia turun, tapi kali ini tidak ada pula. Dia
masuk ke dapur sambil mahu membantu bibik masak.
"Bibik masak apa hari ni?."
"Bibik masak Kari ayam dan Ikan asam manis kesukaan puan mamy."
"Ohya! Bagus lah tu. Jadi mamy kat mana?."
"Mamy keluar sekejap tadi. Katanya dia mahu bank in wang."
"Ooh.. yelah. Tuan dengan puan Maya mana?."
"Mereka juga keluar puan. Tuan Haris temankan puan Maya shopping."
"Ohh.. untunglah Maya dapat keluar shopping setiap hari. Kalau saya ni duduk kat
rumah je 24 jam."
"Tak apa puan, yang penting tuan ambil berat sama kandungan puan."
"Hmm.. yalah bik."
PON PON PON!
Elda melangkah perlahan sambil meletakkan telapak tangannya di atas perut. Dia agak
iri hati melihat Maya yang sedang berjalan seiringan dengan suaminya berserta
barang shopping Maya.
"Sayang sejak bila kamu berdiri di situ?."
"Ehh.. baru je saya tolong bukakan pintu tadi. Masuklah."
"Terima kasih dah buka kan pintu. Ohya sayang kamu cakap tadi nak mandi sama-sama
kan? Jom."
Haris melirik ke arah Elda. Maya sengaja bercakap sedemikian di depan Elda untuk
membuatnya cemburu. Elda yang sudah terbiasa dengan keadaan itu hanya mengukir
senyuman. Dia meminta diri untuk ke dapur kembali lalu beredar dari tempat itu.
****
Selesai sahaja mereka mandi, mereka pun keluar lalu pergi ke meja makan. Kebetulan
ibu Haris baru balik dari bank dan dia sedang berehat di ruang tamu. Elda
menghampiri ibu mertuanya sambil menjemput dia untuk makan tengah hari.
"Jemput makan mamy." Pelawa Elda sambil mengukir senyuman manis di bibirnya.
Namun tidak ada respon dari ibu mertuanya.
Dia menarik kerusi lalu duduk di sebelah ibu Haris.
"Kalau orang kampung jaga jarak ya. Duduk jauh sikit." Kata ibu Haris dengan
sombong.
Elda pun berdiri kembali dengan perutnya yang buncit itu. Haris hanya melihat tanpa
membela Elda. Mereka pun makan di iringi gelak ketawa, sementara Elda hanya
mendiamkan diri di sudut meja.
"Sayang, malam ni kamu tidur dengan aku ya?." Kata Maya dengan suara manjanya.
Haris hanya mengangguk sambil mengukir senyuman. Ibunya tersenyum melihat kemesraan
di antara mereka.
*****
Keesokan harinya, seperti biasa Haris pergi berkerja. Awal pagi buta lagi dia sudah
bertolak tanpa sarapan. Katanya ada meeting penting di luar pejabat jadi dia tidak
sempat mengucapkan selamat pagi kepada isteri-isterinya.
Sorry sayang tadi tak sempat nak kejutkan kamu. Saya awal bertolak kerja tadi.
Jangan lupa sarapan ya. Kalau rasa perut sayang sakit ke call je okey.
Elda tersenyum membaca chat dari Haris. Dia memulas-mulas perutnya sambil
mengucapkan selamat pagi untuk baby di dalam perutnya. Perlahan-lahan dia berjalan
mencapai tuala di sudut dinding lalu pergi ke bilik mandi.
Beberapa minit kemudian dia pun selesai mandi. Dia turun ke bawah sambil mengelap
rambutnya yang masih basah dengan sehelai tuala kecil.
Sambil dia bernyanyi, dia melihat ke arah pintu yang sedang terbuka luas.
'Pasti Haris yang lupa kunci pintu ni balik. Kalau ada orang jahat masuk macam
mana?' Bisik hati Elda.
Ketika dia mahu menutup pintu, tiba-tiba dia terlihat Maya sedang berdiri di depan
pagar rumah mereka dengan seorang lelaki.
'Siapa lelaki itu? Untuk apa Maya berjumpa dengan lelaki lain di pagi buta macam
ni. Kalau cousin pun kenapa tak bagi masuk je.' Beribu soalan timbul di dalam
hatinya.
Dia terkejut saat ibu Haris menegurnya dari belakang. Ibu Haris berdiri di sebelah
Elda sambil melihat kejadian yang sama. Maya sama sekali tidak menyedari kalau
mereka sedang menyaksikan dia di situ.
"Siapa lelaki tu?." Soal ibu Haris kepada Elda.
"Saya juga tak kenal mamy, macam mana kalau kita tanya je kat Maya. Mana tahu
lelaki tu cousin dia ke kan." Elda memberi cadangan kepada ibu mertuanya.
Tapi hati kecil ibu Haris sangat kuat mengatakan kalau Maya ada hubungan special
dengan lelaki tersebut. Tiba-tiba mereka terkejut kerana terlihat Maya memberikan
wang sambil mengucup pipi lelaki itu. Tanpa berlengah lagi, ibu Haris mengajak Elda
menghampiri mereka berdua.
"Maya!! Siapa lelaki ni!! ." Perli ibu Haris terhadap Maya.
"Ehh! Sejak bila mamy dekat sini? ." Jawap maya dengan gugup.
"Saya tanya lelaki ni siapa! Tak penting sejak bila saya kat sini. Yang jelas saya
nampak kamu bagi dia wang dan mencium pipi dia kan! Jawap sekarang!."
"Emm.. mamy dia ni cuma orang minta derma je. Sebab tu saya bagi dia wang."
"Apa? Orang minta sumbangan? Hey Maya saya dah biarkan kau kawin dengan lelaki lain
lepastu kau dah tak anggap aku ni bukan sesiapa kau macam tu ke?." Celah lelaki itu
dengan marah.
"Ehh! Engkau cakap apa ni. Aku tak faham lah. Baik kau berambus dari sini!."
Elda masih ragu mahu percaya salah satu dari mereka. Sebab Maya sepertinya cuba
untuk mengelak daripada jujur.
'Tapi kalau memang lelaki tu hanya meminta derma takkan dengan wang sebanyak itu.'
Soal Elda di dalam hatinya.
Tanpa berlengah Elda pun mengajukan soalan kepada lelaki itu.
"Maaf ye encik saya nak tanya, sebenarnya hubungan kamu dengan Maya apa?."
"Saya suami dia, saya yang benarkan dia khawin dengan suami kamu dulu. Sebenarnya
semua ni hanya di rancang."
"Di rancang? Maksud kamu? ." Tanya ibu Haris pula tidak berpuas hati.
"Keluarga isteri saya ni dah tahu pasal rancangan kami sebenarnya. Pada awalnya,
Bapa mertua saya sengaja menyuruh dia untuk menjadi kerani peribadi di pejabat
suami kamu untuk menggodanya supaya dia dapat menjadi isteri kedua. Kami bersetuju
dia berkhawin dengan suami kamu dengan syarat, dia akan mengirimkan kami wang
setiap minggu untuk mencukupkan keperluan kami di rumah."
"Keperluan apa? Maya jadi selama ni kamu bukan anak orang kaya ke? Kamu cuma
jadikan kami bank untuk menanggung keluarga kamu yang susah tu kan!." Perli ibu
Haris dengan mengalihkan pandangannya tepat ke arah Maya.
Wajah putih mulus Maya berubah seperti api yang sedang membarah. Elda memberanikan
diri untuk bertanya sekali lagi kepada lelaki tersebut.
"Tapi kenapa kamu bersetuju dengan semua ni? Kamu tak ada rasa berdosa ke dah
hancurkan rumah tangga orang lain?."
Airmata Elda berguguran membasahi pipinya. Dia sangat kecewa dengan tindakan Maya
terhadap rumah tangganya. Kerana terlalu lama berdiri, tiba-tiba perutnya terasa
sakit. Namun dia hanya menahan kesakitan yang dia rasakan itu tanpa memberitahu ibu
Haris.
Sementara ibu Haris masih lagi bertekak pinggang dengan Maya di depan pagar. Maya
masih saja tidak mahu mengaku dengan perbuatan jahatnya itu. Bibik yang melihat
kejadian itu terus menghubungi Haris.
"Hey perempuan tua! Tak perlu nak kecoh sangat lah. Sekarang pun saya pergi dari
rumah ni saya tak menangis lah. Sebab saya dah jual semua emas-emas kau yang dalam
almari tu."
PAAPP!!
Tiba-tiba Haris muncul di depan ibunya lalu menampar pipi Maya dengan kuat hingga
dia jatuh tersungkur ke tanah.
"Sejak bila kamu di sini Haris?." Soal ibunya.
"Haris baru je sampai tadi. Bibik dah bagi tau semuanya dengan saya."
Elda sudah tidak dapat menahan perutnya yang sedang sakit itu. Wajahnya pucat dan
badannya lemah. Dia merasa tidak dapat bertahan lagi. Lantas dia memanggil Haris
dengan suara yang agak kedengaran.
"Haris perut saya sa.. kit ." Elda meraung kesakitan.
"Jangan nak berlakon kat sinilah perempuan bodoh." Jerit Maya sambil menolak Elda
dengan kuat.
Belum sempat Haris merangkul tubuh Elda, Maya sudah mendorongnya lalu terhempas ke
tanah.
"Auhh!! .."
"Apa kau dah buat ni hah! Kau berambus dari sini cepat! Atau aku call polis
sekarang!." Kemarahan Haris makin ke puncak.
Terdengar akan perkataan 'polis' Maya langsung membawa suaminya pergi dari tempat
itu.
Elda sudah tidak dapat berdiri lagi. Dengan sepantas kilat ibu Haris menerpah ke
arah Elda. Tangisannya pecah saat melihat darah di seluar Elda.
"Sayang mungkin kamu dah nak bersalin kot. Mari kita pergi hospital."
"Cepat Haris, darah dah banyak keluar tu." Kata ibunya.
Haris menghidupkan enjin keretanya dan terus beredar dari halaman rumah. Dia
memandu dengan agak laju kerana takut Elda tidak dapat bertahan di dalam kereta.
-BERSAMBUNG-

NEW STORY
REKAAN SEMATA-MATA
WRITER:CHEROL-LINNA
YANG TERAKHIR UNTUK MU.
FINAL
Kenderaan Haris memasuki halaman hospital. Dia memanggil jururawat yang sedang lalu
lalang di situ untuk meminta bantuan.
Seorang jururawat yang sering melihat Elda ke hospital sebelum ini menghampiri
mereka.
"Maaf encik, siapa nama pesakit ni?." Soal jururawat tersebut sambil mendorong
katil Elda masuk ke dalam wad bersalin.
"Dia isteri saya, nama dia Elda. Cepat nusre mungkin dia dah nak bersalin." Haris
mulai cemas melihat keadaan Elda yang sudah tidak sedarkan diri di atas katil.
"Kalau begitu encik dan puan sila tunggu di luar, biar kami laksanakan tugas dulu."
"Tolong selamatkan isteri saya ya nurse."
"Kami akan berusaha semampu kami. Sila doakan saja keadaan isteri tuan supaya bayi
di dalam perutnya baik-baik saja."
Beberapa minit kemudian, beberapa doktor pun mengerumuni Elda dengan peralatan yang
sudah tersedia lengkap. Salah satu doktor di antara mereka adalah doktor yang
merawat penyakit Elda sebelum ini.
"Kita kena masukkan dia dalam wad pembedahan. Pesakit ni bukan cuma mengandung
biasa, dia menghidap kanser rahim sudah tahap 4 sekarang ni. Kanser tu dah merebak
di seluru badan dia. Kita kena cepat bertindak sebelum bayi dalam perut dia lemas."
Oleh sebab kesuntukan masa, tanpa berlengah mereka mendorong katil Elda keluar
untuk pemindahan wad. Haris bertanya kepada salah seorang doktor yang sedang
mengekori para doktor yang lain di hadapan.
"Doktor isteri saya nak di bawa ke mana tu?." Tanya Haris kepada doktor itu dengan
perasaan cemasnya.
"Puan Elda harus dimasukkan ke dalam wad pembedahan sekarang untuk di operate.
Kalau tak bayi dalam kandungannya tidak akan terselamat."
"Lakukan yang terbaik untuk isteri saya doktor."
"Baiklah kami akan berusaha, saya pergi dulu."
Ibu Haris memeluknya untuk memberikan ketenangan kepada Haris. Airmata ibunya
berguguran membasahi pipi. Dia teringat akan kelakuannya terhadap Elda selama ini
yang begitu kejam.
"Mamy menyesal percaya kepada Maya dulu, semua perhiasan mamy di jual oleh Maya.
Sampai hati Maya buat macam tu pada mamy." Kata ibu Haris sambil menangis teresak-
esak.
"Sudah lah tu mamy, Nasi sudah menjadi bubur. Sekrang ni yang kita perlu fikir
ialah Elda, kita doakan dia supaya baik-baik saja kat dalam tu."
Ibu Haris hanya menganggukkan kepalanya.
Haris mundar mandir di luar bilik pembedahan, namun dia tidak melihat apa-apa dari
luar.
'Tuhan selamatkanlah isteri ku dan juga bayi dalam kandungannya.' Bisik hati Haris.
******
TIGA JAM KEMUDIAN.
Mata Haris sudah hampir terlelap. Dia sangat mengantuk dan penat. Tapi dia menahan
kantuknya kerana mahu menunggu Elda keluar dari dalam wad.
Haris melihat jam di pergelangan tangannya sudah menunjukan pukul 3:45 petang.
Tiba-tiba pintu wad di buka, seorang doktor keluar sambil menggendong bayi di
pangkuannya.Lantas Haris dan ibunya menghampiri doktor tersebut sambil tersenyum
riang.
"Doktor ini anak saya ke? Perempuan ke lelaki?." Soal Haris dengan gembira.
"Ya doktor ini cucu saya kan? Cucu mamy Haris." Kata ibunya sambil mencium pipi
gebu bayi itu.
"Ya mamy, ini cucu mamy." Jawap Haris pada ibunya.
"Tahniah encik Haris, anak encik perempuan."
"Wahh! cucu mamy perempuan, cantik dan comel lagi."
"Syukurlah, ya mamy memang tu cucu mamy pun."
"Doktor boleh saya gendong cucu saya?."
"Oh boleh. Pelan-pelan ya puan." Kata doktor itu sambil memberikan anak Elda kepada
ibu Haris.
"Cantiknya, sebiji macam muka mamy dia."
Haris mengesat airmata yang berlinang di kolam matanya. Dia sangat terharu sehingga
membuat dia mahu menangis.
"Isteri saya baik-baik saja kan doktor?." Tanya Haris kehairanan kerana Elda masih
juga belum di keluarkan dari wad pembedahan sejak tadi.
Kebetulan semua jururawat dan doktor yang masih di dalam tadi, keluar sambil
mendorong katil Elda.
Haris mengukir senyuman saat melihat katil Elda sudah di keluarkan. Tapi wajahnya
berubah saat dia melihat tubuh Elda di selimuti kain putih hingga ke hujung rambut.
Haris mendekati Elda sambil bertanya kepada doktor yang mengiringi Elda tadi.
"Kenapa doktor tutup wajah isteri saya? Kalau dia tak dapat bernafas macam mana?."
Soal Haris yang mulai bertindak di luar fikiran.
Dia membuka kain putih itu lalu mencuba untuk membangunkan Elda. Namun tidak ada
apa-apa respon dari Elda untuknya. Doktor yang merawat Elda pun menghampiri Haris
lalu menjelaskan semuanya.
"Doktor kenapa isteri saya tak bangun ni? Ouh.. atau ubat bius dia belum habis ya
kan dok? Kenapa doktor diam saja ni?." Soal Haris yang masih yakin kalau Elda akan
memberi respon untuknya.
"Puan Elda tidak akan pernah bangun lagi encik. Kami minta maaf, kami sudah
berusaha semampu kami tapi tuhan malah berkehendak lain. Puan Elda meninggal saat
kami menjalankan operation tadi. Sebenarnya, saya adalah doktor peribadi puan Elda
semasa dia masih hidup. Encik ingatkan hari tu masa puan Elda pengsan lalu di bawa
ke sini. Saat itu dia sudah menghidap kanser rahim tahap 3. Saya sudah
memperingatkan risikonya kepada puan Elda tapi dia tetap mahu mengandung, katanya
dia mahu membahagiakan encik dan puan sebelum dia pergi. Saya sudah sarankan beliau
untuk menjalankan operation kanser rahim tapi beliau tidak mahu dengan alasan takut
kalau kamu semua risaukan dia.
Kanser itu sudah merebak di seluruh tubuhnya, itulah alasan kenapa kami membedah
puan Elda tadi untuk mengelakkan bayi terjangkit. Sekali lagi kami minta maaf."
Dengan panjang lebar doktor itu menjelaskan kepada Haris.
Tangisan Haris dan ibunya pecah saat mendengar penjelasan doktor sebentar tadi.
Haris memeluk jasad Elda yang sudah tidak bernafas lagi.
"Tidak!! Kenapa sayang tak bagi tahu saya selama ni. Sayang dengar aku kan? Kamu
masih hidup kan!." Haris menjerit-jerit sambil menggoncangkan tubuh Elda.
Airmata ibu Haris jatuh berguguran ke lantai. Dia sangat menyesal dengan sikapnya
selama ini kepada Elda. Belum sempat dia meminta maaf, Elda sudah meninggalkan
mereka.
"Haris sudahlah nak, mungkin tuhan sudah merencanakan yang lebih baik untuk Elda."
Kata ibu Haris sambil menahan tangisnya.
"Tidak mamy! Elda tetap pulang bersama kita. Dia tidak boleh pergi. Dia tetap
isteri Haris mamy!." Haris masih tebuai dengan perasaannya yang masih merasakan
kehadiran Elda.
"Lebih baik kita uruskan mayat Elda dulu. Kita pulang ya nak. Kamu menangis sekuat
apa pun, tidak akan dapat mengembalikan nyawa isteri kamu."
Haris menangis sekuat hatinya. Apatah lagi teringat akan bayinya yang masih sangat
kecil itu. Dapat kah dia membahagiakan anaknya tanpa kasih sayang seorang ibu.
Mereka pun pulang ke rumah untuk menguruskan pengkebumian arwah Elda. *****
TUJUH TAHUN KEMUDIAN.
"Elda jangan main jauh-jauh ya? Omma tengok Elda dari sini je."
"Okey omma."
Elda sibuk bermain dengan patung beruangnya di taman mini samping rumah mereka. Ibu
Haris duduk di kerusi sambil meneguk secawan kopi. Dia tersenyum melihat cucunya
sangat seronok bermain dengan patungnya.
PON PON PON!
Elda berlari menuju ke arah kereta dady kesayangannya. Haris keluar dari dalam
kereta dengan senyuman yang terukir di bibirnya.
Haris memeluk Elda dengan penuh kasih sayang.
"Elda pelan-pelan lari tu nanti jatuh." Jerit ibu Haris kepada cucu tunggalnya itu.
"Dady dah balik kerja ke? Jom main dengan Elda."
"Ya sayang, Dady ganti baju dulu ye. Nanti dady datang balik."
Haris mengusap rambut Elda lalu masuk ke dalam untuk menukar baju. Beberapa minit
kemudian, dia pun keluar lalu duduk di sebelah ibunya.
"Bibik nanti tolong buatkan saya kopi ya?."
Bibik mengangguk lantas melaksanakan arahan Haris.
"Sudah tujuh tahun Elda meninggalkan kita, saya rindu sangat kat dia mamy." Luah
Haris kepada ibunya.
"Mamy juga rindukan Elda. Kita doakan saja supaya dia tenang di sana."
Elda yang terdengar perbualan mereka pun mencelah.
"Elda kat sini lah omma, kenapa? omma rindu kat saya ke? Hihihi."
"Ya sayang, omma sedang rindu dengan kamu. Dady pun rindu kan kamu." Kata Haris
mengalihkan perbualan mereka.
Haris menatap wajah anaknya yang sangat mirip dengan arwah isterinya.
Haris menikmati angin yang menerpah sambil mengalihkan pandangannya ke langit yang
biru dan luas itu.
'Angin sampaikanlah rinduku ini untuknya, katakan pada dia kalau aku tetap setia
sehingga akhir nafasku.' Bisik Haris dalam hatinya sambil tersenyum.
-TAMAT-

Anda mungkin juga menyukai