Anda di halaman 1dari 6

“Assalamualaikum,”Aliya memberi salam sejurus masuk ke rumah.

“Waalaikumusalam,mama ada dekat dapur.”Sahut Datin Shiela yang sedang sibuk di dapur.

Aliya terus meluru ke dapur sambil mengucup pipi mamanya.

“Mama masak apa hari ni?’Tanya Aliya kepada mamanya.

“Hari ni mama masak istimewa sikit.”Ujar mamanya sambil tersenyum.Namun hal ini menjadi
tanda tanya buat Aliya.Keningnya sedikit terangkat.

“Kenapa mama,rasanya hari ini tidak ada apa-apa yang istimewa.”Aliya sedikit hairan dengan
jawapan mamanya itu.

“Tadi abang kamu telefon mama,katanya dia dalam perjalanan nak pulang ke
Malaysia.”Mamanya memberitahu akan hal yang gembira itu kepada Aliya.

“Betul ke mama,rindunya Aliya dekat abang Haikal.Rasanya dekat tiga tahun juga kan dia kat
sana.”Aliya terus melompat gembira dengan perkhabaran itu.Dia memang rapat dengan
abangnya itu.

Aliya memberitahu mamanya bahawa dia mahu mandi dahulu.Dia naik di biliknya dengan hati
yang berbunga riang.Mengalahkan orang yang sedang bercinta lagaknya.

Tidak sampai sepulah minit,deruman kereta milik Datuk Hendry didengari Datin Shiela di
dapur.Dia terus meluru mendapatkan suaminya.

“Awal abang balik hari ni.”Tanya Datin Shiela yang hairan melihat kepulangan suaminya yang
begitu awal sekali.

“Bukan ke anak kita nak pulang hari ni,so I nak sambut dialah.Awak nak ikut sekali tak?”

“Mestilah,dah lama saya rindukan dia.”Ujar Datin Shiela sambil tersenyum lebar.

“Baiklah,awak pergilah bersiap-siap dulu.Dia pun akan sampai tak lama lagi.

Datin Shiela terus menuju ke kamarnya yang terletak bersebelahan dengan bilik
anaknya,Aliya.Sebelum masuk,dia sempat ke bilik Aliya untuk mempelawanya ke lapangan
terbang.Aliya menggangguk tanda setuju.

Setelah siap, Datin Shiela dan anaknya turun mendapatkan Datuk Hendry.

“Bang,jomlah kami dah siap ni.”Ajak Datin Shiela yang tak sabar-sabar mahu bertemu Haikal.

“Baiklah,kita naik kereta saya sajalah,besar sikit.”Datuk Hendry memberi cadangan.

Datin Shiela dan Aliya hanya menggangguk tanda setuju.


Tidak sampai setengah jam,mereka tiba di KLIA.Mereka segera pergi ke ruang menunggu.

“Mama papa,Abang Haikal lah.”Aliya yakin bahawa lelaki yang dilihatnya itu abangnya.Dia
kenal sekali gaya abangnya itu.

Dari jauh Haikal sudah melambaikan tangannya kepada keluarganya.

“Hello apa khabar?Mama, papa and you Aliya Endriana.”Haikal menegur mereka.

“Mohd Haikal Rafaiel,kamu dah tak pandai bagi salam ke.”Datuk Hendry menegur tindakan
Haikal yang tidak memberi salam dahulu.

“Op sorry,Assalamualaikum,mama,papa,Aliya sihat?Haikal tahu yang papanya marah kannya.

“Kami semua sihat.Haikal siapa sebelah kamu tu?”Sebenarnya dari tadi lagi Datin Shiela asyik
memandang perempuan di sebelah anaknya.Pakaiannya sungguh tidak sopan malah dari tadi
asyik menyentuh pipi dan badan Haikal.

“Lupa nak kenalkan,ini Marsha anak Tan Sri Hasyim yang terkenal tu.Kami sama-sama belajar
dekat UK dulu.”Haikal memperkenalkan Marsha kepada keluarganya.

Aliya sudah tidak tahan melihat kelakuan Marsha terhadap abangnya.Gatal punya
perempuan.Kutuk Aliya di dalam hatinya.

“Hai aunty,uncle.”Tegur Marsha tanpa bersalaman dengan Datuk Hendry mahupun Datin Shiela.

Datuk Hendry berasa cuak dengan kelakuan Marsha.Begitu juga dengan Datin Shiela.

“Jomlah kita balik,nanti kita berbual panjang di rumah ya.”Datin Shiela mencelah.

“Elok juga tu lagi pun dekat sini rasa panas.”Sebenarnya Datuk Hendry menyindirkan Marsha.

Haikal dan Aliya berjalan menuju ke kereta.Tiba-tiba Marsha datang dari arah belakang dan
menarik lengan Haikal.Mukanya ditarik panjang seolah-olah sedang merajuk.

“U nak tinggalkan I sorang ke dekat sini,I nak ikut U balik kalau tak I akan mengadu dekat
Daddy.”Ugut Marsha.Ia telah menyebabkan Haikal rasa keliru.Dia dapat merasakan bahawa
keluarganya tidak menyenangi kehadiran Marsha.

Aliya yang dari tadi menyaksikan kejadian itu merasa cuak dengan perangai Marsha yang
mengada-ngada.Dia meminta izin dan berlalu dari situ.Marsha hanya senyum sinis terhadap
Aliya.

“I rasa U patut pulang ke rumah dulu,lagipun mesti parent U dah tak sabar nak jumpa U.”Haikal
cuba memujuk Marsha supaya pulang ke rumahnya.Lagipun dia sudah muak dengan perangai
Marsha yang ingin bersama dia selalu.Bagai tiada ruang untuk dia bersendiri.
“I dah call mummy,dia pun sekarang ni ada Singapore,so mesti I kena stay sorang-sorang kat
rumah.bosan.”Pelbagai alasan yang diberikan Marsha.

“Ok,I tanya mama dulu.”Haikal sebenarnya takut kalau-kalau papa tidak izinkan.

“Ala mesti mama U setuju punya,I kan bakal menantu dia.”Tambah Marsha sambil memandang
galak ke arah Haikal.

Haikal hanya senyum sinis dengan kata-kata Marsha itu.

“Mama,boleh tak kalau kita ajak Marsha balik sekali,lagipun sekarang mummy dia ada dekat
Singapura,kasihan dia tinggal sorang-sorang.Pujuk Haikal kepada mamanya.

Datin Shiela memandang ke arah Datuk Hendry sebelu menggangguk tanda setuju.Datuk Hendry
hanya senyum kambing.

“Thank you mama,op tersasur sudah,aunty.”Marsha sengaja mahu membuat lawak namun
Haikal malu dengan perbuatannya itu.

“Sama-sama”Jawab Datin Shiela.

Di dalam perjalanan pulang hanya suara Marsha yang kedengaran.Haikal pula hanya
menggangguk dan menggeleng.Aliya yang berada di belakang hanya menjeling melihat telatah
Marsha yang menyandarkan kepala di atas bahu abang Haikal.

Apabila sampai di rumah, Orang gaji mereka,bibik Ainul terus datang untuk mengangkat bagasi
Haikal.

“Selamat datang tuan Haikal.Semakin kacak ya sekarang.”Puji bik Ainul kepada Haikal.

Haikal hanya tersengeh mendengar pujian bibiknya itu.

“Mana ada bik,biasa-biasa saja rasanya.Betul tak ma?”Tanya Haikal.Dia malu dipuji sedemikian.

“Betul juga,dari tadi mama perasan yang anak mama dah semakin handsome sekarang.”tambah
Datin Sheila.

“Semakin kembanglah lubang hidung Abang Haikal bila kena puji macam tu.”Ujar Aliya
Endriana.

Semua yang ada di situ ketawa.

“Jomlah kita masuk,apa pulak berborak dekat luar ni.”Datuk Hendry mencelah.

“Jom Marsha,jangan malu-malu,buat macam rumah sendiri.”Datin Shiela mempelawa Marsha


supaya dia tidak berasa malu.
“Ok aunty,dekat mana bilik saya?Ke sekali dengan abang Haikal?”Marsha cuba mengusik Datin
Shiela namun Datin Shiela tidak berasa lucu.Malah dia bertambah marah.

“Bik,tolong tunjukkan bilik Marsha.Dekat bilik orang gaji.”Datin Shiela cuba membuatkan
Marsha geram.Sinis sekali ayat Datin Shiela.

Marsha yang tadi tersenyum manis tiba-tiba masam mencuka.kaca mata hitam yang dipakainya
diletakkan di dalam beg tangannya.

“Non mari saya tunjukkan kamarnya.”Bik Ainul terus naik sambil menggangkat bagasi Marsha
yang berat bagai diisi batu.

“Ini kamarnya non.”Kata Bik Ainul menunjukkan bilik Marsha.

“Baiklah,letak beg aku dekat situ dan kau keluar.Cakap dekat semua orang yang aku tak
sihat.”Marsha berbicara dengan megah dan berlagak.

“Baik non.”Ucap Bik Ainul dan beredar dari situ.

Marsha tersenyum puas.

“Bik,Marsha mana?tolong panggilkan dia turun makan.”Arah Haikal.

‘Marsha bilang kalau dia lagi ngak enak badan.”Jawab Bik Ainul sepertimana yang disuruh
Marsha.

“Hai baru duduk sehari dah jadi puan dalam rumah ni ke?”Sindir Datuk Hendry.

“Mungkin dia letih kot sebab perjalanan jauh.”Haikal mahu membela Marsha.

“Kamu dengan Marsha ada apa-apa ke?Tan Sri Hasyim tu orang berpengaruh,hati-hati
sikit.”Pesan Datuk Hendy.Tan Sri Hasyim merupakan orang yang berpegaruh dalam bisnes.Dia
akan buat apa sahaja kalau ada yang cuba menjatuhkannya.

“Haikal,esok kita akan buat majlis kesyukuran sempena kepulangan kamu.Mama dah jemput
semua ahli keluarga dan kawan-kawan terdekat untuk datang.”Celah Datin Shiela.

“Mesti kak Izatul datang sekali kan.Tak sabar rasanya nak jumpa dia.”Aliya begitu rindu untuk
berjupa dengan sepupunya.

Dia sengaja mahu mengusik abangnya.Izatul parnah bercinta dengan abangnya sewaktu zaman
persekolahan dahulu.Keluarga Datuk Hendry sangat menyenangi Izatul kerana tatasusila baik
sekali.

“Betul juga dah lama betul dia tak datang.”Datin Shiela menambah.Haikal mula berasa rindu
dengan Izatul Nurain.Perangainya begitu berbeza sekali dengan Marsha.
Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu telah tiba.Ramai tetamu yang hadir pada hari itu.Marsha
pula sengaja berkepit dengan Haikal.Haikal mula merasa rimas.

“Marsha,kenapa dengan U ni.I rimaslah.”Marah Haikal.

“Haikal,berani U marah I,Biarlah semua orang tahu kalau I milik U.”Marsha mula menggatal
menyebabkan semua mata memandang ke arah mereka berdua.

“Assalamualaikum.”Izatul Nurain memberi salam kepada Haikal.

“Waalaikumusalam.”Jawab Haikal.

Matanya tidak terkelip apabila melihat Izatul Nurain di hadapannya.Sungguh cantik dia malam
ini dengan berbaju kurung warna merah jambu.Dia sekarang sudah bertudung.Marsha yang
berada di sebelah menarik muncung panjang apabila melihat cara Haikal memandang Izatul.

“Mak cik Shiela ada?”Tanya Izatul.

“Mama ada dekat dapur.”Jawab Haikal.

“Haikal,jom kita masuk dalam.”Tambah Marsha dengan menyandarkan kepalanya di atas bahu
Haikal.

“Malaslah I,kan tetamu ramai buat apa kita nak masuk pula.U tu patut tolong orang buat kerja
kat dapur.Saran Haikal.

“Saya masuk dulu ya.Nak jumpa pak cik dan mak cik.”Celah Izatul meminta izin untuk beredar.

“Izatul,awak apa khabar?”Tanya Haikal.

“Baik.”Jawab Izatul sambil tersenyum.

Marsha yang berada di tepi mula berdehem.Izatul tahu kalau Marsha sebenarnya marah.

Izatul terus ke dapur untuk berjumpa Datin Shiela dan Aliya.Tadi dia sudah pun berjumpa
dengan Datuk Hendry.

“Assalamualaikum.”Izatul memberi salam.Serentak yang berada di dapur memandang ke


arahnya.

“Waalaikumusalam,Izatul bila sampai?”Tanya Datin Shiela.

“Baru sahaja mak cik.”Jawab Izatul sambil tersenyum manis.

“Kak Izatul.”Aliya separuh menjerit apabila melihat Izatul.

“Aliya,apa khabar?”Ujar Izatul sambil memeluk Aliya.Sudah lama sekali mereka tidak
berjumpa.
“Sihat,akak?”Balas Aliya.

“Dah jumpa Abang Haikal?”Tanya Aliya.

“Sudah,siapa perempuan sebelah dia tadi?”Izatul juga hairan melihat wanita di sebelah Haikal
tadi.

“Itu Marsha,kawan abang masa dekat UK dulu.kitaorang tak suka diaa.Mengada-ngada.Aliya


tengok abang pun tak suka dia.Dia tinggal dekat sini sementara keluarga dia pulang.Kenapa akak
tanya?cemburu lah tu.”Usik Aliya.Aliya ketawa terbahak-bahak apabila melihat wajah Izatul
mula berubah merah.

“Mana ada,pandailah kamu ni.Macam mana belajar?”Izatul mengubah topik.

“Biasa sahaja,tak ada masalah.”Jawab Aliya.

Mereka berdua memang begitu setiap kali bertmu.Pelbagai cerita yang akan dikongsi bersama.

“Seronok nampak.”Celah Haikal yang tiba-tiba muncul.

“Sibuklah abang ni,mana Kak Marsha?”Aliya menjawab pertanyaan abangnya.

“Marsha ada dalam bilik,katanya bosan.”ujar Haikal.Dia sebenarnya senang tanpa


Marsha.Barulah dia boleh berbual dengan Izatul.

Anda mungkin juga menyukai