Anda di halaman 1dari 36

# MyBossMyHusband

# by Dya Farisha
# Part 1~6+final chapter [Completed]
💖

Story By: Dya


Edited By: R. C. Babu
Cover By : R. C. Babu

Sinopsis:

Aviana seorang gadis lepasan SPM. Sambil menunggu keputusan peperiksaan, Aviana
mengikut sepupunya, Lily, ke bandar Kota Kinabalu untuk melamar pekerjaan di salah
sebuah syarikat terbesar di KK. Aviana diterima bekerja dan diberi tempoh percubaan
selama 3 bulan.

Tak disangka Aviana, CEO syarikat itu, Daniel, seorang yang tegas, pemberang,
bongkak dan ego.

Bermulalah kisah Aviana dengan bosnya yang garang dan jarang tersenyum itu.
Mampukah Aviana melenturkan hati Daniel?

Bila bertemu buku dengan ruas, apakah benih cinta akan berputik...? — with Dya
Farisa.
💖

MY BOSS, MY HUSBAND
Story By: Dya Farisa
Edited By: R. C. Babu
Cover By: R. C. Babu

Part 1:

Lily memerhatikan Aviana dari hujung rambut sampai hujung kaki. 'Apa bah dia pakai
ni? Dia mau pi beli ikan masin di pasar pilipin kaini?' ujarnya dalam hati. Lily
menggeleng sebal.

"Doiii... mandak, begini seja ko pakai hari pertama ko kerja? Ko teda baju lain
kaini?" —Lily

"Oklah bah ni. Dari saya nda pakai baju?" —Aviana

Dengan acuh tak acuh Aviana merapi-rapikan bajunya. 'Ahhh, pedulilah kerudut sikit.
Siapa juga yang tingu? Cincai mah,' hati kecilnya berkata.

"Astaga, mandak... pigi ko tukar tu baju, pakai yang Ok sikit. Tu muka jangan kasi
biar pucat. Kasi paitung sikit. Ko taukah tempat ko kerja tu bukan company biasa²?
Company luar dari biasa sudah tu! Bos dia lagi tu tu hot kusai. Silap sikit ko
ter... feeling lob² ni." —Lily

"Ishhh... bukannya saya pigi cari jodoh, Lily. Biar hot macam manapun, kalau kita
nda tau tu perangai macam mana, bagus kasi siring dulu tu lob². Kasi belah dua
supaya nda jadi tu feeling." —Aviana

Aviana mengenakan blaus corak bunga² kecil yang dipadankan dengan seluar hitam.
Simple tapi kemas. Rambut ikal mayangnya yang panjang paras pinggang dibiarkan
lepas mengurai, menyerlahkan lagi kecantikan semulajadinya biarpun tanpa secalit
solekan. Kulit mulusnya kuning langsat. Bibir mungilnya merah delima. Aviana
sememangnya seorang gadis muda yang memukau.

Setelah puas mengamati dirinya di cermin, Aviana menghela nafas seraya tersenyum.
Dia memeriksa jam tangannya dan tersentak lalu menoleh ke arah sepupunya, Lily.

"Alamak! Lambat sudah saya! Terlupa saya panggil Grab. Mataiii!" —Aviana

"Relaks ko, sudah saya tulung panggil. Siapa suruh ko berabis tingu cermin? Sampai
mau pecah sudah tu cermin terlampau kena tingu." —Lily

Aviana kelam-kabut menyambar beg tangannya dan bergegas ke pintu depan.

"Aih, mau pi mana ko tu?" —Lily

"Saya tunggu Grab di luar ja." —Aviana

"Bah, hati² ko. Bagus² jaga diri sana. Jangan ko terlampau gurangas, ko tu
perempuan."

Aviana tidak mengendahkan kata² Lily dan terus meluru keluar dari pintu.

******

Perlahan-lahan Aviana menarik nafas panjang sebelum melangkah masuk ke dalam


bangunan tersergam megah itu. Sedang Aviana menuju ke depan pintu lif, tiba-tiba
ada seseorang melanggar Aviana menyebabkan Aviana tersungkur.

'Hilang ayu saya sekijap. Kitai punya orang,' gerutu Aviana dalam hati sambil
perlahan-lahan berdiri.

"Lain kali jangan berdiri depan pintu lif macam tunggul. Orang mau limpas pun
susah." —Daniel

Merah padam muka Aviana menahan malu.

'Aik? Dia yang pigi langgar saya, lepas tu panggil saya tunggul lagi? Nanti, siap
ko,' getus Aviana dalam hati.

"Tiada pun kena tulis sini nda boleh berdiri depan lif. Sudahlah langgar orang, nda
pandai mau minta maaf lagi." —Aviana

Aviana berpaling untuk memandang Daniel dan mendadak terpaku. Dia menahan nafas
memerhatikan lelaki berpakaian segak yang sedang tercegat di depannya. Ketampanan
lelaki itu begitu memukau.

'Waduh... hensemnya macam Lee Min-ho owh. Kabak-kabak ginawo,' kata hati kecil
Aviana.

Aviana terkebil-kebil memandang Daniel macam cicak tertelan kapur, tersengih-sengih


sendiri.

'Lee Min-ho... my idol. Bagus saya pura-pura pitam laini,' ujar Aviana dalam hati.

"Woi, sekarang ni musim bunga kaini? Napa ko sengih-sengih kambing tengok saya
macam tu?" —Daniel

Serta-merta Aviana tersentak dari lamunan indahnya.

'Silaka ni lelaki, punyalah tombirang! Lesap terus muka si Lee Min-ho dari kepala
saya. Ini bukan si Lee Min-ho ni, ini tukang bikin minuman di kedai kupi Lee Min
Chow ni,' kata Aviana dalam hati.

Daniel mengerling ke arah Aviana dari atas sampai bawah. Aviana berusaha sedaya
upaya menahan rasa marahnya yang meluap-luap.

'Kalau diikutkan hati, bulih kena tompiling ni lelaki ni,' sungut hati kecil
Aviana.

"Di Sabah manada musim bunga owh? Musim kemarau sama hujan ja ada. Ko lahir di
Korea, meh? Ko sekarang ni di Sabahlah, bukannya di Korea." —Aviana

"Baguslah ko sedar juga di mana ko sekarang ni. Tapi yang baju ko tu bunga-bunga
apa kes?" —Daniel

"Eh, ko siapa owh mau tegur² saya? Bos saya pun nda bising saya pakai apa. Ko pula
yang mau sibuk² sana. Ceh!" —Aviana

Pintu lif terbuka dan Aviana cepat-cepat masuk dan menekan butang tutup sebelum
Daniel sempat menapak masuk.

"Woi!" —Daniel

"Tiwas ko sana, siapa suruh!" —Aviana

Aviana terkekeh kecil. Hatinya benar² sebal awal² pagi lagi sudah terserempak
dengan lelaki yang angin satu badan.

'Tiada angin tiada ribut, tup-tup-tup, kena tiup taufan pula. Minta² janganlah saya
terjumpa dia lagi,' kata hati kecil Aviana.

******

Maya mundar-mandir sambil balik-balik memeriksa jam tangannya. Staf baru lambat
setengah jam.

'Nasiblah bos besar belum sampai, kalau nda runtuh ni satu bangunan dengar suara si
bos yang garang tu,' ujarnya dalam hati.

Tiba-tiba kedengaran satu suara menyapa Maya.

"Sorry, Cik Maya saya lambat." —Aviana

"Nasib baik bos belum sampai, kalau nda habis ko kena cuci telinga nanti." —Maya

Aviana menyunggingkan senyuman lebar sehingga menampakkan gigi. Maya meraih buku
nota di mejanya dan menyerahkan pada Aviana.

"Erm... ni untuk apa ni, Cik Maya?" —Aviana

"Astaga, ko lupa sudah yang ko ni PA si Mr. Daniel? Ni buku nota untuk ko catit
semua appointment si Mr. Daniel supaya ko nda lupa." —Maya

"Wah, PA si Mr. Daniel pula saya? Dia tu CEO ni company. Biar betul...?" —Aviana

Sebenarnya Aviana langsung tak tahu-menahu tentang itu memandangkan dia tidak
dimaklumkan apa².

"Ya, buat sementara waktu ja, Aviana. Sementara ni company masih cari PA yang
betul-betul berkelayakan. So, ko ni kira tulung fill in tu position ja sekejap." —
Maya

Aviana tergamam. Tidak tahu hendak berkata apa.

Seterusnya Maya menerangkan tugas-tugas Aviana. Aviana mendengar dengan penuh


teliti, bertekad hendak melaksanakan tugasnya sebagai PA dengan baik. Dengan gugup
Aviana menunggu bosnya yang belum muncul-muncul. Tik-tok, tik-tok, bunyi jam di
meja kerja Aviana. Entah sudah berapa kali dia menguap bosan gara-gara tidak tahu
apa yang hendak dilakukan selain duduk menunggu di situ. Tiba², Aviana terdengar
suara lantang orang bising². Langsung Aviana kecut perut.

'Amaaa... garang juga ni bos ni? Mataiii... tapi macam familiar ja tu suara tu...'
ujar Aviana dalam hati.

Maya memanggil Aviana.

"Bah mandak, pigilah masuk di ofis si Mr. Daniel, kasi introduce diri ko tu." —Maya

"Takut owh saya. Macam garang ja si bos tu. Silap cakap nanti, nda pasal² saya kena
makan." —Aviana

Maya tersenyum mendengar kata-kata Aviana.

"Nda juga makan orang bos kita tu, mandak. Sama juga makan nasi dia tu macam kita."
—Maya

Dengan langkah longlai dan gementar, Aviana masuk ke ofis Mr. Daniel.

"Selamat tengah hari, Mr. Daniel. Saya Aviana Delison, PA baru..." —Aviana

Daniel mendongak untuk memandang Aviana. Dengan serta-merta matanya terbeliak dan
mulutnya terlopong tidak percaya.

"Kau?" —Aviana

"Kau?" —Daniel

Secara serentak Aviana dan Daniel berseru. Senyuman berseri-seri di wajah Aviana
lantas lekang akibat terkejut bukan kepalang. Kini wajahnya bertukar pucat-lesi.

'Aina, si tombirang pula ni. Ishhh, jangan ko bilang begitu, Aviana. Bos ko kamah
tu,' bisik hati kecil Aviana.

"Kau pula tadi tu di depan lif. Nda sangka owh." —Daniel

Aviana menundukkan kepala, tidak berani menatap muka Daniel. Jantungnya berdenyut
kencang lantaran cemas.

'Punyalah bikin malu? Awal² lagi sudah buat hal...' keluh Aviana dalam hati.

"Ko tingu tu lantai bikin apa? Macam tunggul saya bercakap sama ko ni sekarang!" —
Daniel

'Aik? Tunggul lagi? Kenapa bah dia suka betul sama tunggul ni?' sungut hati kecil
Aviana.

"Tiada pun saya bilang yang Sir ni tunggul. Saya tingu ni lantai sebab lawa bah,
Sir. Ada bintang-bintang lagi..." —Aviana
'Nah, terkeluar sudah gurangas ko, Aviana. Abisss... ni kalilah...'

Pakkk!!!

Daniel menghempaskan fail di mejanya yang menyebabkan Aviana tersentak ketakutan.


Sekalipun takut², senyum kambingnya tetap terukir di bibir.

"Kurusss... semangattt... nasib baik saya tiada sakit jantung owh, Sir. Kalau nda,
silap² mati sudah saya di sini. Sir mau tanggungjawab meh kalau saya mati?" —Aviana

Muka Daniel kekal serius, merah padam menahan marah. Aviana buat² tak tahu dengan
muka selamba.

Bersambung... — with Dya Farisa.


💖

STORY BY: Dya Farisa


EDITED BY: R. C. Babu
COVER BY: R. C. Babu

"Aviana!!!" –Daniel

Aviana dan Maya saling berpandangan buat seketika. Nama Aviana yang diseru lantang
membuatkan staf² lain ketakutan bila mendengar suara Daniel. Perlahan-lahan Aviana
menghayun langkah masuk ke ofis Daniel.

"Yes, bos? Lain kali panggil kuat sikit lagi bah bos, supaya bulih dengar sampai
saaana Tanjung Lipat." –Aviana

Aviana balas merenung Daniel tepat di mata. Sedikit pun Aviana tidak gentar.

'Manusia juga bah dia ni. Sama² juga makan nasi. Apa saya mau takut?' –Aviana
(dalam hati)

"Baru berapa hari kerja, tunjuk besar kepala sudah ko sana, arrr?" –Daniel

Aviana tersengih-sengih kambing seperti biasa. Daniel menjegil berang dan sengihan
Aviana kian melebar secara paksa.

'Uina, macam saya bulih nampak asap keluar dari telinga dia, owh. Kalaulah saya
bulih ambil gambar dia sekarang guna phone saya kan, bagus? Manatau dia pandai
bertukar jadi Incredible Hulk? Lepas tu saya boleh kasi viral... hehehee...' –
Aviana (dalam hati)

"Aviana, tulikah ko ni?" –Daniel

Hampir² lagi Aviana terloncat gara² tersentak.

'Kitaiii... suka betul bikin orang kena sakit jantung si Lee Min Chow ni!' –Aviana
(dalam hati)

"Kau ni, bos... kalau kepala saya besar, mana bulih angkat sudah... tunduk ja nanti
macam tu hantu dalam filem Jipun. Apa gia tajuk dia tu? Ahhh, The Ring!" –Aviana

Pakkk!!! Daniel menghempaskan fail di mejanya dengan geram.

'Punya bikin gorigitan ni perempuan ni! Saya pacik ko sana!' –Daniel (dalam hati)
Serta-merta Aviana terdiam. Kembang-kempis hidung Daniel, sedaya-upaya menahan
marah.

'Sikit² hempas fail! Sikit² hempas fail! Saya hempas tu fail di muka ko nanti, baru
ko tau! Biut terus hensem ko tu. Terpaksa ko guna Beauty Plus kalau mau berselfie
nanti...' –Aviana (dalam hati)

"Sorry, bos. Lain kali saya tidak akan buat bos marah lagi." –Aviana

"Saya mau ko kasi betul semua ni. Banyak betul salah ejaan. Ko ni belajar setakat
sampai atas pokok ja, kah? Mesti mau kasi siap hari ni juga sebab besok saya perlu
ni fail!" –Daniel

Dengan kasar Daniel menyerahkan fail itu kepada Aviana.

"Bah, keluarlah ko..." –Daniel

'Adihhh... kurang asam dia! Apa juga guna dia belajar tinggi² kalau biadab betul tu
mulut? Grrr! Relaks ko, Aviana. Kontrol tu ayu. Tiga bulan ja...' –Aviana (dalam
hati)

Perlahan-lahan Aviana mengambil fail itu dari tangan Daniel dan dengan longlai
melangkah keluar dari ofis Daniel.

Di luar ofis, Maya memandang Aviana dengan penuh simpati.

"Sabar ko, mandak. Bos kita memang begitu tu, angin satu badan." –Maya

"Bagus dia rajin² kentut supaya keluar semua tu angin dari badan dia." –Aviana

Maya tidak mampu menahan diri dari tergelak.

"Nanti meletup ni satu bangunan kalau dia balik² kentut." –Maya

Aviana tersenyum kecil kemudian mengeluh.

"Ni malam saya terpaksa mau stay back gara² mau kasi betul ni fail. Harap² dapat
kasi siap cepat." –Aviana

Maya menepuk-nepuk bahu Aviana untuk memberi dorongan.

'Kesian juga si mandak ni. Terpaksalah dia mau tahan hati ja sama si bos tu...' –
Maya (dalam hati)

******

Tepat jam sembilan malam, Aviana selesai menyiapkan kerjanya. Secara senyap dan
perlahan-lahan Aviana meletakkan fail itu di meja Daniel. Aviana mematikan lampu
dan merapi-rapikan apa yang patut.

Di luar bangunan ofis, sejak dari tadi Daniel memerhatikan Aviana menyiapkan
kerjanya tanpa disedari oleh Aviana.

'Kiut bah dia ni, tapi bontingal sama gurangas...' –Daniel (dalam hati)

Aviana keluar dari bangunan ofis dan mengatur langkah ke perhentian bas yang
berdekatan. Awal² tadi dia sudah pun menelefon Lily, memaklumkan bahawa dia
terpaksa bekerja sampai lewat malam. Lily menawarkan diri untuk menjemputnya pulang
ke rumah.
Daniel yang masih lagi memerhati, mendadak berasa kesal dan kesian pada Aviana.
Gadis sunti itu sendirian menunggu kenderaan di tempat sunyi malam² begini. Hati
Daniel yang sebeku ais mencair apabila mengamati wajah polos Aviana dengan teliti.
Sedar tak sedar, senyuman kecil menguntum di bibirnya.

'Innocent, but feisty little thing...' –Daniel (dalam hati)

Sedang Aviana leka menunggu Lily, tiba² ada sebuah kereta mewah berhenti tepat di
depannya. Pada mulanya, Aviana risau. Tak semena-mena, dia mula berpeluh sejuk dan
hatinya berdebar-debar gugup. Baru sahaja Aviana hendak menghayun langkah dari
perhentian bas tersebut, tiba² dia mendengar namanya diseru.

"Aviana!"

Dengan perlahan-lahan Aviana memusingkan badan dan tersentak bila mendapati orang
yang memanggil sebentar tadi itu ternyata bosnya yang garang.

"Bos bikin apa di sini?" –Aviana

"Ada barang tertinggal di ofis tadi, jadi saya patah balik. Meh, saya hantar kau
pulang. Bahaya kau saturang² di sini malam²." –Daniel

'Tau pun ko. Gara² ko lah saya berdiri sini sendirian malam², jahanammm...' –Aviana
(dalam hati)

Mahu tak mahu, Aviana tersenyum sumbing pada Daniel.

"Tidak apalah, bos. Kejap lagi cousin saya mau sampai sudah juga tu." –Aviana

"Jangan ko degil, Aviana. Ko nda takut kena gorolkah? Sunyi ni di sini..." –Daniel

Aviana langsung melihat-lihat ke sekelilingnya.

'Betul juga... gelap lagi ni...' –Aviana (dalam hati)

Cepat² Aviana masuk ke kerusi penumpang kereta Daniel. Sebaik sahaja menutup pintu,
tanpa sedar Aviana memegang lengan Daniel dengan cemas.

"Ehem... tu tangan bah, bulih kasi lepaskah?" –Daniel

Aviana terkebil-kebil, baru menyedari yang dia sedang mencekau lengan Daniel.

"Eh! Sorry, bos! Saya nda sengaja." –Aviana

Kelam-kabut Aviana melepaskan lengan Daniel sambil tersipu-sipu. Mukanya sedikit


merah padam menahan malu. Daniel sekadar mengerling tajam ke arahnya.

'Wah, ber'muscle' owh tangan dia... aummm... Apa bah yang ko pikir ni, Aviana?
Buduh!' –Aviana

"Bos, ko bukan perogol bah, kan?" –Aviana

Terbeliak biji mata Daniel mendengar soalan Aviana.

"Ko cakap apa, owh? Bolehkah ko kasi diam tu mulut ko?" –Daniel

"Ya, bos. Oops!" –Aviana


Lekas² Aviana menekup mulutnya dengan kedua belah tangan.

Sepanjang perjalanan, Aviana mendiamkan diri. Kedua-dua mereka langsung tidak


bersuara walau sepatah kata pun.

'Tiba² ja si bos ni jadi pendiam kunun. Selalunya kuat teriak orang sampai orang
pun terasa hati ni...' –Aviana

"Mana ko tinggal?" –Daniel

"Aih, bos... di rumahlah, takkan di kuburan..." –Aviana

Daniel mendengus.

"Owh... ingatkan di atas pokok." –Daniel

'Aina? Dia mau lawan sama saya bikin lawak bodoh kaini? Siap ko...' –Aviana (dalam
hati)

"Kalau atas pokok pun Ok juga bah tu, bos. Aman damai, tiada gangguan." –Aviana

"Di mana² pun tetap ada gangguan, Aviana." –Daniel

"Eh, bos! Silap jalan ko ni! Ini bukan jalan pigi rumah saya ni!" –Aviana

"Bah, siapa suruh ko? Tadi saya tanya, kau main² jawab. Penat saya ni, jadi ni
malam kau tidur ja di rumah saya..." –Daniel

"Apa? Stop di sini ja lah, bos. Lain kali saya nda mau sudah tumpang kereta sama
bos. Gilakah saya mau bermalam di rumah lelaki bujang!" –Aviana

"Manalah saya pandai bawa perempuan tidur di rumah saya, Aviana? Apalagi kalau staf
saya sendiri..." –Daniel

"Jadi? Hantarlah saya balik!" –Aviana

"Kita pi makan dulu, lepas tu baru saya hantar kau balik." –Daniel

Sungguhpun berat hati, namun Aviana sedikit lega.

'Gilakah mau ikut si Hitler ni balik rumah dia? Hell to the NO!' –Aviana (dalam
hati)

Daniel membawa Aviana singgah makan di Anjung Senja. Sebaik sahaja turun dari
kereta, Aviana menyusuli Daniel dari belakang. Di kejauhan, ada seseorang yang
sedang memerhatikan gerak-geri Daniel.

"Bah, apalagi? Duduklah. Takkan ko mau saya tulung tarik kerusi untuk ko?" –Daniel

Aviana akur dan melabuhkan punggungnya di salah satu kerusi. Hembusan dingin angin
malam membuatkan dia menggigil.

"Sejuknya. Bos bawa makan pun dekat² laut. Kuat lagi angin ni, sudahlah malam..." –
Aviana

'Patutlah dia ni selalu angin satu badan...' –Aviana (dalam hati)

Daniel berkerut kecil. Dia membuka jaketnya, kemudian perlahan-lahan bangkit dari
kerusinya mendekati Aviana, menyarungkan jaket itu di bahu Aviana. Mata Aviana
melebar.

"Nah, sekarang jangan bising sudah. Kejap lagi ko nda kesejukan sudah tu." –Daniel

Aviana tergamam, masih terkejut dengan tindakan Daniel sebentar tadi. Hatinya
mendadak berdebar-debar.

'Hmmm... wanginya jaket dia. Perfume apa dia pakai, arrr? Kan bagus kalau dia
gentleman macam ni? Hilang terus muka si Lee Min Chow. Ganti lagi balik pigi muka
si Lee Min-ho. Ohhh, Lee Min-ho... my hero... my idol... Ai lobiu! Lee Min-ho oppa!
Aina, kenapa jadi drama Korea sudah ni?' –Aviana (dalam hati)

Aviana khusyuk melayan lamunan indahnya. Fikirannya menerawang sehinggakan dia


tidak sedar yang dia sedang tersengih-sengih sendiri. Daniel perasan, tapi tidak
berkata apa². Diperhatikannya sahaja wajah Aviana yang leka melamun. Sedar tak
sedar, dia tersenyum sendiri.

'Comel bah gaya dia ni..." –Daniel

Daniel terus sahaja memesan makanan.

"Kenapa bos order makan nda tanya saya dulu?" –Aviana

"Sudah saya order, makan ja lah." –Daniel

"Ketam, udang, sayap ayam panggang, tom yam, milo panas... banyak juga ni, bos?
Bulih habis juga kaini?" –Aviana

"Kalau ko banyak cakap, mana pandai habis? Bah, makanlah, jangan tingu ja..." –
Daniel

Aviana memerhatikan sahaja Daniel menjamah makanannya sambil menelan liur.

'Nda sangka kurus² gitu, kuat makan...' –Aviana (dalam hati)

"Kalau ko tingu ja saya makan, ko bulih kenyang meh?" –Daniel

Cepat² Aviana menyumbatkan nasi ke mulutnya. Daniel menggeleng-geleng seraya


tersenyum.

"Makan pelan² bah. Nanti ko tersedak, siapa susah?" –Daniel

"Nda makan salah, makan pun salah..." –Aviana

Daniel sekadar membisu. Cukuplah mereka bertekak untuk hari ini. Matanya masih
mengamati Aviana yang menjamah makanannya dengan lahap dan berselera sekali.

'Punyalah cara dia makan, macam kebuluran bah. Langsung nda kontrol ayu ni.
Adeiii...' –Daniel

Daniel tersenyum buat ke sekian kalinya. Sedar tak sedar, ada sesuatu yang mula
berputik di hatinya...

Bersambung... — with RC Plain Jane.


💖

MY BOSS, MY HUSBAND
STORY BY: Dya Farisa
EDITED BY: R. C. Babu
COVER BY: R. C. Babu

Daniel menunggu Aviana di depan rumahnya. Lily balik² menjenguk ke luar, mengawasi
Daniel.

'Apa juga bah ni perempuan bikin lambat² ni? Dia paitung muka dia guna simen kaini?
Doiii...' –Lily (dalam hati)

"Cepatlah kau, moi! Mengaum nanti tu harimau di luar tu." –Lily

"Siapa suruh tiba² ja datang? Nda pun dia bagitau semalam yang mau bawa saya pigi
tingu tapak projek." –Aviana

'Tiba² ja muncul depan rumah orang kasi bunyi hon. Bikin panasss...' –Aviana (dalam
hati)

Daniel balik² memeriksa jam tangannya.

'Lambat juga dia ni. Kalau perempuan yang bersiap, kalah² tu puteri raja.
Jangan²... dia birak kali ni...' –Daniel (dalam hati)

Daniel mengeluh sebal sendiri dalam keretanya gara² lama menunggu batang hidung
Aviana yang tak nampak². Akhirnya Aviana muncul dari pintu dan terkedek-kedek
menghayun langkah ke kereta Daniel yang enjinnya masih dihidupkan. Senyum
kambingnya tersungging di bibir.

"Sorry, bos... lama kau tunggu..." –Aviana

Daniel merapatkan mukanya ke muka Aviana, dengan tatapan serius. Terkebil-kebil


Aviana membalas renungan mata Daniel.

'Lee Min-ho oppa... jal-saeng-gyeoss-eoyo (hensemnya ko ni)... Aih? Pandai


ber'trip' Korea sudah saya...?' –Aviana (dalam hati)

Dup-dap... dup-dap... degup jantung Aviana. Hembusan hangat nafas Daniel menyentuh
muka Aviana.

Daniel menghulurkan tangannya ke pipi kiri Aviana. Aviana semakin terkial-kial.

'Uina, pandai romantik pula si bos ni tiba². Dia terpikat sama saya kaini? Cantik
kali saya ni hari... bah, saya ada pakai lipstick sikit kan...' –Aviana (dalam
hati)

Rupa²nya Daniel mengambil sisa mee yang melekat di pipi Aviana dan mengunjukkannya
pada Aviana. Terbeliak lebar mata Aviana, lantas tersipu-sipu menahan malu.

'Bulih² saya nda perasan ada Maggi melekat di muka saya? Tulah bah nda check cermin
sebelum keluar tadi, cis!' –Aviana (dalam hati)

"Gara² ini ko lambat?" –Daniel

"Errr... sorry bos, lapar bei saya tadi. Saya..." –Aviana

Daniel mendengus jengkel dan memutarkan bola matanya.

'Punya sandi ni perempuan...' –Daniel (dalam hati)

"Sudah! Pi masuk kereta." –Daniel


"Ya, bos! Relaks ko..." –Aviana

Aviana tergesa-gesa masuk ke kerusi penumpang dengan riak muka merah padam dan
kebingungan. Sedar tak sedar, Daniel tersengih kecil memerhatikan Aviana sebelum
masuk ke kerusi pemandu.

Sepanjang perjalanan ke tapak projek, kedua-dua mereka saling membisu. Sesekali


Aviana mengerling ke arah Daniel yang sibuk menumpukan perhatiannya di jalan raya.

'Adeiii... awal² pagi lagi sudah kasi malu diri sendiri. Bongok ko ni, Aviana.
Nasib baik mee. Kalau dungot kah taik mata yang dia nampak tadi tu, mana ko mau
kasi tapuk muka ko, hah? Lain kali check tu muka di cermin, biar sampai tu cermin
pecah!' –Aviana (dalam hati)

Tanpa sedar, Aviana menghela nafas kuat². Daniel yang sibuk memandu berkerut dan
melirik ke arah Aviana, hairan.

"Ko kenapa?" –Daniel

"Teda, bos! Saya ambil aura... semangat! Semangat mau pigi tingu tu tapak projek."
–Aviana

Daniel memutarkan bola matanya sekali lagi.

Sesampainya di tapak projek, mereka turun dari kereta. Seorang lelaki yang tak
kalah tampannya dengan Daniel menghampiri mereka.

"Hai, Daniel." –Mark

"Hai, Mark. Kenalkan, ini PA saya, Aviana." –Daniel

Mark menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Aviana, tetapi Aviana tidak
menyambut huluran tangan Mark. Serta-merta wajah Mark berkerut hairan. Daniel
sekadar mengangkat bahu.

'Ini Mr. Mark ni pun bulih tahan juga hensem dia. Tapi masih nda lawan si boslah.
Si bos tetap pujaan hati. Bah, Lee Min-ho look-alike, kan?' –Aviana (dalam hati)

"Arrr... sorry, Mr. Mark. Bukan saya sombongkah apa, tapi saya ni memang segan bei
mau bersalam..." –Aviana

Mark tersenyum tanda faham. Mereka pun mula meninjau-ninjau kawasan projek
tersebut. Setelah agak lama berjalan dan berdiri, Aviana menghenyakkan punggungnya
dekat dengan tangga. Kakinya terasa sakit akibat melecet dan perutnya berkeroncong
lagi minta diisi.

'Odoiii... berapa lama lagi ni? Time lunch sudah ni. Terkerimpinglah saya kalau
macam ni...' –Aviana (dalam hati)

Aviana memicit-micit kakinya yang terasa lenguh dan pedih. Daniel mendekati Aviana
lalu duduk di sebelahnya.

"Tulah, lain kali kalau pi lawat tempat macam ni, jangan pakai high heels. Pakailah
kasut yang comfortable." –Daniel

"Bulihkah bos jangan bising? Sudahlah kaki saya sakit, kena bising lagi..." –Aviana

'Dosa meh orang mau bergaya sikit? Cis!' –Aviana (dalam hati)
"Meh, saya tingu." –Daniel

Tanpa menunggu jawapan, Daniel terus menarik kaki Aviana. Aviana tersentak kaget.
Tidak tahu hendak berbuat apa. Dengan perlahan-lahan dan hati² Daniel mula
menanggalkan kasut tumit tinggi Aviana. Muka Aviana naik merah padam.

"Jangan, bos! Mana tau bau kaki saya..." –Aviana

Daniel tidak mengendahkan kata² Aviana.

"Patutlah, melecet gia ni..." –Daniel

Aviana sekadar membungkam, tidak tahu apa yang hendak dikatakan. Dia hanya merenung
Daniel dengan mulut sedikit ternganga akibat terpegun. Mark yang dari tadi
memerhatikan gelagat kedua-dua mereka mendekati Daniel dan Aviana.

"What's wrong, Daniel?" –Mark

"Kaki si Aviana ni melecet sikit, Mark. Kami balik dululah. Lain kali baru kita
sambung survey balik ni site." –Daniel

Mark tersengih-sengih kecil penuh makna.

'Aih, sejak bila pula si Daniel pandai jadi gentleman ni? Jangan² ni cewek... hmm?'
–Mark

"Ok bah, no problem." –Mark

Perlahan-lahan Aviana berdiri dan cuba menyarungkan kasutnya semula, akan tetapi
mendadak Daniel menyambar kasut itu dari tangannya. Mark sekadar memerhatikan
sahaja tingkah laku Daniel seraya tersenyum.

Daniel membongkokkan badan sedikit, membuatkan Aviana terpinga-pinga kebingungan


sejenak.

"Naik di belakang saya, biar saya gendong ko." –Daniel

Aviana terlongo mendengar apa yang baru sahaja disuruh oleh Daniel lalu menoleh ke
arah Mark dengan muka teragak-agak. Mark mengisyaratkan padanya agar menurut sahaja
cakap Daniel.

"Ishhh, nda payahlah, bos. Saya masih bulih jalan bah. Bukan saya patah kaki kah
apa..." –Aviana

"Bulihkah ko jangan keras kepala?" –Daniel

Tanpa menunggu Aviana menjawab, Daniel langsung menggendong Aviana di belakangnya.


Merah padam pipi Aviana menahan malu di hadapan Mark.

"Kasi turun bah bos, saya ni berat..." –Aviana

"Nda juga ko berat macam besi, Aviana. Diam² ko, jangan terlampau bergoyang. Ada
nanti ni kena buang macam tu guni." –Daniel

"Sekijap bilang besi, pastu guni. Teda pendirian owh ko, bos." –Aviana

"Jangan ko banyak cakap, Aviana. Nda pasal² ko kena cium free nanti, ko maukah?" –
Daniel
"Yaiii..suka² mau cium anak orang..." –Aviana

"Nah, tau pun takut." –Daniel

Pecah ketawa Mark melihatkan gelagat mereka berdua. Tak sangka Daniel pandai
berseloroh begitu, walhal dia selalunya bengis dan panas baran.

"Daniel, merah sudah pipi Aviana tu macam kulit udang kena bakar." –Mark

"Patutlah macam ada bau terbakar. Rupa²nya ada udang bakar pula sini." –Daniel

'Kitai ko Lee Min Chow! Udang bakar? Bau saya macam udang, meh? Nanti ko! Kenapalah
ko bos!' –Aviana (dalam hati)

Tak semena-mena, Aviana menggigit bahu Daniel. Daniel terperanjat lalu tanpa
sengaja melepaskan Aviana.

Berdebup! Aviana terjatuh. Mark tidak sempat menyambut Aviana.

"Arrrggghhh!!! Odoiii... sakit...!" –Aviana

Aviana memegang tangannya yang sakit sedang Mark terburu-buru menghampirinya.


Daniel mengusap-ngusap bahunya yang digigit Aviana.

'Langsuir ni perempuan, pandai menggigit!' –Daniel

"Kau ingat saya udang bakarkah? Menggigit lagi tu!" –Daniel

Tiba² Aviana terasa hendak pitam. Penglihatannya berpinar-pinar. Kemudian semua di


sekelilingnya bertukar hitam. Aviana jatuh pengsan.

"Daniel... Aviana!" –Mark

Mata Daniel melayang ke arah Aviana yang tidak sedarkan diri dalam pelukan Mark.
Naik panik Daniel melihatkan muka Aviana yang pucat lesi.

"Daniel, apa lagi ko terkatung-katung sana tu? Meh kita bawa dia pi hospital!" –
Mark

******

Perlahan-lahan Aviana membuka mata, mengimbas ke sekelilingnya. Lily yang baru


sahaja sampai meluru masuk ke dalam wad Aviana.

Aviana menoleh ke sisi katil dan mendapati Daniel sedang duduk terlelap di kerusi.

'Aih, kenapa si bos di sini? Di mana saya ni? Apa yang happen?' –Aviana (dalam
hati)

"Bos?" –Aviana

Daniel tersentak kecil lalu terjaga. Dalam keadaan mamai dia melihat ke sekeliling
sebelum berpaling memandang Aviana. Ada sedikit kelegaan pada riak wajah Daniel.
Senyuman kecil terukir di bibirnya.

'Andu bah... kiut bah muka si bos kalau baru bangun tidur...' –Aviana

Sungguhpun masih kebingungan, Aviana membalas senyuman Daniel dengan sengihan


kambingnya.
"Aviana, ko sedar sudah pula..." –Daniel

"Kenapa saya di sini ni, bos?" –Aviana

"Tadi ko pengsan, jadi saya bawa ko pi hospital." –Daniel

"Kenapa ko bulih termasuk wad ni, mandak?" –Lily

"Saya pengsan bei, Lily. Tapi Ok sudah saya ni, jangan ko susah hati." –Aviana

"Macam mana juga ko bulih pengsan. Ko tu kan gurangas? Tiba² pula pandai pengsan?"
–Lily

"Penat bei saya berjalan pakai kasut tinggi, sudahlah tu... kelaparan lagi. Tulah
tu..." –Aviana

Merah padam Aviana menjelaskan pada Lily apa yang berlaku. Lily merenung tajam ke
arah Daniel yang duduk di sisi katil Aviana.

'Alamak, mak lampir mau membebel sudah. Bagus ko cakap something, Aviana.
Cepat...!' –Aviana (dalam hati)

"Errr...bos baliklah dulu. Mesti bos penat tu, kan? Lagipun ada juga cousin saya
sini sudah..." –Aviana

Mendadak Lily menoleh ke arah Aviana dan menjegil. Daniel menguap lesu, mengangguk
perlahan lantas berdiri.

"Nanti kalau ada apa², call ja saya. Jangan banyak kasi goyang tu tangan ko. Belum
baik lagi tu..." –Daniel

Aviana mengangguk faham sebelum Daniel beredar keluar. Lily berasa tidak puas hati.
Dia baru sahaja hendak memarahi Daniel atas kecuaiannya menyebabkan Aviana jatuh
pengsan. Lily membuka mulut hendak bersuara, tapi Aviana membesarkan matanya pada
Lily. Lily terus membatalkan niatnya...

Bersambung...😘😘😘 — with RC Plain Jane.


💖

MY BOSS, MY HUSBAND
Story By: Dya Farisa
Edited By: R. C. Babu
Cover By: R. C. Babu

PART 4:

Aviana diberi cuti sakit selama seminggu. Maya menggantikan tempat Aviana buat
sementara. Saban hari Maya dihambur dengan tengkingan serta herdikan.

'Adehhh... mau kerja pun tiada mood...' –Maya (dalam hati)

"Maya!" –Daniel

Maya tergopoh-gapah berlari apabila mendengar namanya diseru. Tercungap-cungap Maya


berdiri depan meja Daniel.

'Aduiii... mati pasal ampuslah saya ni...' –Maya


"Yang ko ni kenapa? Macam baru habis lumba lari ja...'' –Daniel

"Bah, tadi bos yang panggil, kan? Jadi gara² mau cepat, saya berlarilah...'' –Maya

'Tanya lagi, apalah? Talingung juga si bos ni.' –Maya (dalam hati)

"Takkan sampai kasut ko di tangan? Bukan sepatutnya di kaki, meh?'' –Daniel

Maya tersengih-sengih menayangkan gigi. Gara² hendak cepat, Maya menanggalkan kasut
tumit tingginya dan berlari masuk ke dalam ofis Daniel sampai terlupa hendak
mengenakan kasut itu balik.

"Mana sudah tu fail yang saya suruh ko semak tadi?'' –Daniel

"Ada bah sini, bos. Don't worry, sudah juga saya check banyak kali.'' –Maya

"Iya meh tiada masalah? Awas, kalau saya check nanti ada yang nda ngam, siaplah
ko!'' –Daniel

'Macam mana juga si Aviana tahan kena tiaw hari², arrr? Tahan tukul juga tu
perempuan tu?' –Maya (dalam hati)

"Ya bah, bos. Ready juga sudah saya ni mau kena tiaw.'' –Maya

"Pandai sudah ko mau menjawab, arrr? Si Aviana yang ajar ko kah ni?'' –Daniel

"Sorrylah, bos. Si Aviana tu bukannya cikgu pun mau ajar² saya...'' –Maya

Kata² Maya terputus di situ apabila Daniel merenung padanya dengan tajam.

"Kalau tiada apa² lagi, saya keluar dululah, bos.'' –Maya

"Bah, keluarlah. Tu pintu sentiasa terbuka kalau ko mau keluar, Maya.'' –Daniel

"Cakap bagus² salah, nda cakap bagus² pun salah. Betul²lah meroyan si bos ni.'' –
Maya

"Apa ko bilang tu? Cuba ko ulang balik?'' –Daniel

'Aina, terlepas cakap sudah saya...' –Maya (dalam hati)

"Teda, si Aviana ada cakap yang si bos ni handsome sama bergaya bah saya bilang
tadi tu.'' –Maya

"Iyakah? Dia ada cakap begitu? Betul meh?" –Daniel

Sedar tak sedar, Daniel tersenyum kecil. Maya mengerutkan dahinya. Belum pernah
dilihatnya Daniel tersenyum sedemikian rupa.

'Yaiii... kenapa sudah si bos ni? Ada bunga² cinta sudah kali sama si Aviana.' –
Maya

"Errr... bah, saya keluar dululah, bos..." –Maya

Daniel tidak menyahut, namun senyumannya masih tak lekang di bibir. Fikirannya
seakan-akan menerawang entah ke mana.

'Bikin seram owh tingu si bos macam ni...' –Maya (dalam hati)
Maya cepat² keluar dari ofis Daniel dengan seribu satu persoalan bermain di
benaknya.

'Ok juga kalau si bos ter'feeling' lob² sama si Aviana. Mana tau hilang terus
meroyan dia tu?' –Maya (dalam hati)

******

🎶Emang lagi syantik


Hei, sayangku, hari ini aku syantik
Syantik bagai bidadari
Bidadari di hatimu...🎶

Nada dering telefonnya membuatkan Aviana tersentak dari tidur, hampir² lagi
terjatuh dari katil. Buat seketika dia merenung skrin telefonnya dengan mamai.

'Siapa bah yang call tengah² malam ni? Ishhh... Eh, si Maya pula...' –Aviana (dalam
hati)

"Hi, Maya! Kenapa?" –Aviana

"Siou, arrr, call ko tengah² malam begini..." –Maya

"It's okay, bah. Kenapa toi?" –Aviana

"Anu bah, bulih ko turun kerja this Friday? Saya ada emergency bei, terpaksa mau
balik kampung..." –Maya

"Bulih bah, tiada masalah. Apa emergency ko di kampung, Maya? Minta²lah bukan apa²
yang serius..." –Aviana

"Ada family matters sikit. So, confirm ko turun kerja Friday, kan?" –Maya

"Confirm bah. Hati² ko drive balik kampung arrr, Maya?" –Aviana

"Thank you, mandak. I owe you one." –Maya

******

Dini harilagi Daniel sudah sampai ke ofis. Kesemua staf belum sampai dan
memandangkan Maya dan Aviana tiada, Daniel terpaksa menyiapkan kerja² yang
tertangguh sendirian tanpa bantuan.

Aviana perlahan-lahan melangkah masuk ke ofis Daniel untuk mengambil fail yang
belum siap ditaip Maya. Fail itu mesti disiapkan sebelum petang kerana Daniel ada
temujanji dengan Encik Haikal.

Aviana tercari-cari fail tersebut, namun tak jumpa².

'Gelap lagi ni. Bodoh juga, kenapalah saya nda kasi on lampau...' –Aviana (dalam
hati)

Sedang Aviana dengan selamba mengatur langkah hendak menghidupkan suis lampu, tiba²
bahu Aviana disentuh oleh seseorang dari belakang. Aviana terloncat gara²
terperanjat.

"Arrrggghhh...!!! Tolong... rogon!!!'' –Aviana

Sambil menjerit, Aviana mula menghayunkan tangannya, memukul-mukul dada 'hantu'


tersebut. 'Hantu' itu menahan kedua-dua belah tangan Aviana.

'Uina, tagap juga dada ni rogon ni?' –Aviana (dalam hati)

"Oi, Aviana, ini sayalah...'' –Daniel

Aviana berhenti memukul-mukul Daniel. Perlahan-lahan Aviana membuka satu matanya.


Daniel sedang merenung wajah Aviana yang kelihatan sedikit pucat.

'Sot² bah ni perempuan... tapi kiut...' –Daniel

"Sorry, bos, saya ingatkan hantu mana tadi...'' –Aviana

'Uina, seksi dada si bos. Bagus saya ambi chance ramas² dulu sekijap. Mm, wangi
lagi dia ni... omaigad...' –Aviana

"Kenapa ko turun kerja? Bukan ko masih cuti meh?'' –Daniel

Aviana tersentak dari lamunannya.

"Ok sudah tangan saya, bos, so saya turunlah kerja. Lagipun, boring bah di rumah,
bos, tiada bikin apa².'' –Aviana

"Apa kes ko masuk ofis saya curi² ni? Ko cari apa?'' –Daniel

Lama Aviana berfikir. Daniel menunggu jawapan dari Aviana.

"A-Anu bah... error... a-apa tu...'' –Aviana

"Sejak bila ko jadi gagap ni?'' –Daniel

"Saya kasi kemas meja bos baitu, banyak habuk...'' –Aviana

"Ko cari ni fail kah? Si Maya yang minta ko turun kerja tu, kan?'' –Daniel

Aviana menggaru-garu kepalanya dengan gelabah. Daniel terus merenung wajah Aviana,
membuatkan Aviana berasa tak tenteram.

"Bah, pigilah buat kerja ko. Atas meja ko ada banyak fail tu mau kena semak. Fail
yang ini biar saya sendiri kasi siap.'' –Daniel

Perlahan-lahan Aviana melangkah keluar dan menggeleng sebaik sahaja melihat fail
yang bertimbun-timbun di atas mejanya. Bermacam-macam jenis fail ada. Aviana
menyusun fail² tersebut dan menghidupkan komputer. Daniel tersenyum memerhatikan
Aviana dari ofisnya. Wajah mulus Aviana yang tanpa secalit pun solekan itu tetap
nampak cantik, boleh mencairkan hati mana-mana lelaki yang memandang.

Aviana menyiapkan kerja²nya yang tertangguh selama beberapa hari tanpa mengeluh
walau sedikit pun. Setelah selesai, dengan hati² Aviana membawa fail² tadi masuk ke
ofis Daniel untuk disemak semula.

"Bos, fail yang ini bos kena sain sama yang lain² ni mau kena check balik.'' –
Aviana

"Taruk ja sana, nanti saya check. Aviana, kalau Encik Haikal sampai karang, bawa
dia pigi bilik meeting.'' –Daniel

"Orait, bos!'' –Aviana


Daniel tertawa kecil mendengarkan jawapan Aviana.

Aviana keluar dari ofis Daniel dan kembali ke mejanya. Baru sahaja hendak duduk,
Aviana terperanjat sekali lagi apabila ada seseorang tiba² menyapanya.

"Kuda ko tarabang! Eh! Encik, ko ni cari siapa?'' –Aviana

Haikal tersenyum melihatkan gadis di depannya itu melatah. Telatah Aviana mencuit
hati lelakinya. Tiba² sahaja jantung Haikal berdegup kencang... dup, dap... dup,
dap...

'Comelnya ni cewek...' –Haikal (dalam hati)

Haikal memegang dadanya, menghembuskan nafas perlahan-lahan. Antara ramai²


perempuan, inilah pertama kalinya Haikal merasakan jantungnya berdegup pantas.
Senyumannya masih terukir di bibir. Aviana dengan kekok membalas senyuman Haikal.

"Murah senyuman betul Encik ni.'' –Aviana

"Saya memang suka senyum, lebih² lagi sama you.'' –Haikal

Aviana tersengih-sengih kambing.

"Iya meh? Encik ni, Encik Haikal kah?'' –Aviana

"Ya, saya. Nda payahlah panggil Encik, panggil ja Haikal. Nama you siapa?'' –Haikal

"Saya Aviana. Mehlah, saya bawa Encik pigi bilik meeting.'' –Aviana

Aviana mengatur langkah terlebih dahulu. Dari dalam ofis, Daniel memerhatikan
Haikal yang jelas berminat dengan Aviana.

'Ketara sangatlah, bro... '' –Daniel (dalam hati)

Sesampainya di bilik mesyuarat, Aviana berpaling memandang Haikal.

"Encik tunggu sekejap, arrr? Kejap lagi Mr. Daniel datang.'' –Aviana

Aviana meninggalkan Haikal dalam bilik mesyuarat. Dengan pantas Aviana mengatur
langkah dan tanpa sengaja terlanggar seseorang.

'Rogon mana lagi ni?' –Aviana (dalam hati)

"Mana ko taruk mata ko owh, perempuan?''

Bersambung... — with RC Plain Jane.


💖

My Boss, My Husband
By: Dya Farisa
Edited By: R. C. Babu
Cover By: R. C. Babu

PART 5:

"Sorry, Miss, saya nda sengaja...'' –Aviana

Aviana mengamati gadis di hadapannya itu. Rambut potongan bob, gaun seksi atas
lutut low-cut yang menampakkan lurah dadanya yang membonjol, muka disolek rapi,
kasut tumit tinggi 6 inci...

'Fuh, macam patung Barbie ja. Berapa tebal paitungan dia ni, arrr?' –Aviana (dalam
hati)

"Sudah langgar orang, baru mau minta maaf. Mata ko tingu mana owh time berjalan?" –
Marisa

Aviana tercengang mendengarkan nada kasar suara Marisa.

'Rupa macam model, tapi perangai kalah² rogon. Apalah...' –Aviana (dalam hati)

"Kenapa juga Miss mau marah² ni? Orang sudah minta sorry. Relakslah. Lagipun tiada
juga saya tingu Miss injured kah apa...'' –Aviana

Marisa membeliakkan matanya pada Aviana.

'Amaaa... mata tondoyutung! Bikin takut owh...' –Aviana (dalam hati)

"Hoi, ko jangan mau kurang ajar sana arrr, perempuan!" –Marisa

'Adihhh... sudahlah tu suara macam langsuir, berani² lagi mau teriak² anak orang
arrr?' –Aviana (dalam hati)

"Ko ni siapa owh mau teriak² saya? Berlagak betul!" –Aviana

Daniel yang kebetulan menuju ke bilik mesyuarat berhenti melangkah dan mengerutkan
kening apabila melihat Aviana berbalah dengan seseorang. Perlahan-lahan Daniel
menghampiri kedua-dua gadis itu. Marisa yang ternampak Daniel muncul, lekas-lekas
mendekati Daniel dan memaut lengannya.

"Sayang, ko tingu bah staf ko ni! Biadab betul, cakap pun nda sopan..." –Marisa

'Sayang?' –Aviana (dalam hati)

"Eleh, orang sudah minta maaf! Beginilah ni kalau orang tiada otak ni, bila sudah
up sikit mulalah mau temberang! Sayang, rupa ja cantik, tapi perangai..." –Aviana

"Kau!!!" –Marisa

Tiba-tiba, Marisa menerpa pantas ke arah Aviana tetapi ditarik oleh Daniel.

"Pigi ko balik. Saya busy bah ni sekarang. Hal kecil pun mau kasi besar².'' –Daniel

Marisa terkial-kial macam cicak tertelan kapur bila Daniel berkata begitu. Daniel
meninggalkan Marisa tercegat di situ. Dia malas hendak melayan karenah mengada-
ngada Marisa. Nanti tak tentu pasal, anginnya pula bertukar buruk.

"Apa jeling²? Pigilah balik.'' –Aviana

Marisa menjegil tajam ke arah Aviana sambil mengetap gigi sebelum berpaling,
melangkah pergi sambil menghentak-hentakkan kaki. Hatinya sakit tidak diendahkan
Daniel. Aviana sekadar tersenyum sinis dan menggeleng melihatkan gaya Marisa yang
kebudak-budakkan.

"Ehem!" –Daniel

Aviana tersentak lantas bergegas ke mejanya, berpura-pura sibuk. Daniel tersengih


dan sambung menghayunkan langkah ke bilik mesyuarat.
Selesai meeting, Daniel dan Haikal keluar dari bilik mesyuarat. Terbeliak mata
Daniel apabila melihat Aviana terlelap lena di mejanya, malu kerana Haikal ada
bersamanya ketika itu.

"Aviana!" –Daniel

"Kuda ko tarabang! Eh!" –Aviana

Aviana yang terperanjat disergah oleh Daniel, serta-merta terjaga kaget dan melatah
lalu duduk tegak dengan matanya terkebil-kebil lebar.

"Bulih² ko tertidur di ofis? Ko taukah Encik Haikal ada di sini?" –Daniel

"Ya, bos! Sorry, bos... semalam saya nda cukup tidur..." –Aviana

"Begitu panjang ko cuti, nda cukup tidur lagi? Apa ko bikin owh semalam?" –Daniel

Perlahan-lahan Aviana mengukir senyum kambing. Mukanya merah padam.

"Tingu drama Korea, bos. Si Lee min-ho..." –Aviana

"Lee min... Ko bikin apa tingu lelaki Korea yang suka pakai mekap?" –Daniel

'Deiii... padahal muka dia macam si Lee min-Ho ihhh...' –Aviana (dalam hati)

Haikal yang dari tadi memerhatikan gelagat Aviana, tertawa kecil.

'Kiut betul ni perempuan tau. Aduiii...' –Haikal (dalam hati)

Daniel mengerling ke arah Haikal yang khusyuk mengamati Aviana dengan penuh minat.
Mendadak Daniel berasa tidak sedap hati melihatkan cara Haikal memandang Aviana.

"Well, thanks sebab sudi bekerjasama dengan company kami, Encik Haikal." –Daniel

"Pleasures all mine, Daniel. Nampak gayanya, selalulah kita jumpa. Oklah, kalau
tiada apa² lagi, saya minta diri dulu.'' –Haikal

Sebelum beredar, Haikal sempat mengenyitkan mata pada Aviana. Mata Aviana melebar,
hairan.

'Yaiii... kenapa konon dia tu?' –Aviana (dalam hati)

Cepat² Aviana menundukkan kepala, merenung ke lantai dengan gelabah.

Daniel mengiringi Haikal ke pintu depan dan kembali ke meja Aviana sejurus
kemudian.

"Aviana, dari tadi ko buat kerja sampai tidak ingat mau pigi lunch. Kenapa ko nda
pigi makan ni?'' –Daniel

"Saya nda lapar, bos. Lagipun, ada lagi sikit kerja saya mau kasi siap. Besok kan
kita mau pigi melawat tapak projek?'' –Aviana

"Bukan ko kuat makan, meh? Time lunch break, pigilah makan dulu. Tingu? Gara²
ter'skip' lunch, ko jatuh pengsan di tapak projek tu...'' –Daniel

"Saya ingat juga tu, bos. Masalahnya, sekarang ni saya nda lapar. Bos pigilah
lunch, saya mau sambung bikin kerja sikit dulu.'' –Aviana
Sebaik sahaja berkata demikian, Aviana terus menyambung kerja²nya yang tertangguh
sebentar tadi. Tanpa berkata apa-apa, perlahan-lahan Daniel masuk ke dalam
ofisnya. Aviana mengemaskan fail² yang berselerak di atas meja nya, satu persatu
disusunkannya ke dalam kabinet.

******

Marisa tidak berpuas hati dengan layanan dingin Daniel terhadapnya dan mula
merancangkan sesuatu.

"Ko layan saya macam sampah arrr, Daniel? Tunggu ja, lama² ko jadi milik saya
juga...'' –Marisa

******

Daniel menghentikan keretanya di hadapan perhentian bas. Aviana yang baru hendak
duduk tersentak apabila mendengar namanya diseru. Perlahan-lahan Aviana memusingkan
badan dan terkejut apabila mendapati itu rupa²nya Daniel lalu mendekati kereta
Daniel.

''Mehlah saya hantar ko balik, Aviana." –Daniel

"Nda apalah, bos, mau sampai juga sudah bas tu kejap lagi.'' –Aviana

"Lewat sudah ni, Aviana. Ko nda takutkah sendiri² di sini? Meh, saya hantar
balik.'' –Daniel

Mahu tidak mahu, Aviana terpaksa akur dengan Daniel. Sepanjang perjalanan Aviana
hanya mendiamkan diri, mendengar suara radio yang dihidupkan.

"Kita singgah makan dulu, lepas tu baru saya hantar ko balik." –Daniel

'Cam dia tau² ja yang perut saya kruk kruk. Baiklah, rezeki jangan ditolak...' –
Aviana (dalam hati)

Aviana sekadar mengangguk. Daniel memberhentikan kereta di hadapan restoran Rasa


Sayang (restoran rekaan semata-mata, produk imaginasi si penulis😅).

Aviana membiarkan sahaja Daniel yang memesan makanan.

"Kenapa konon ko ni macam takut² ja?" –Daniel

"Takut si giuk datang, bos. Nda pasal² terbang nanti ni meja..." –Aviana

Daniel berkerut mendengar perkataan 'giuk'.

"Si giuk? Siapa tu?" –Daniel

"Yang datang tadi siang tu..." –Aviana

'Bah, abis cara dia berjalan macam giuk. Bukan main lagi berlenggang...' –Aviana
(dalam hati)

Berderai ketawa Daniel.

"Kenapa ko panggil Si Marisa giuk?" –Daniel

'Adehhh... ni perempuan arrr... ada² ja lawak dia.' –Daniel (dalam hati)


"Owh... Marisa pula nama tu si giuk tu..." –Aviana

Daniel menggeleng mendengarkan pertanyaan Aviana.

"Bos... si Marisa tu GF bos kah?" –Aviana

"Ishhh, manada? Bukanlah!" –Daniel

Aviana berkerut.

"Hairan juga? Panggil sayang, sekali bukan GF..." –Aviana

"Bukan saya yang panggil dia sayang. Dia saja tu yang melebih-lebih." –Daniel

"Biasalah tu... si giuk mau minta perhatian bah tu..." –Aviana

Daniel tersenyum memerhatikan wajah Aviana.

'Lucu sama ceria bah perangai dia ni. Jauh beza betul sama perangai si Marisa yang
gila shopping, sombong sama bikin meluat tu...' –Daniel

Bersambung...

Selamat membaca kio... minta maaf kalau part ni nda berapa best... penulis sama
tukang edit diserang penyakit malas... 😅😘🤭😘
💖

Story By: Dya


Edited By: R. C. Babu
Cover By : R. C. Babu

PART 6:

Aviana melaksanakan tugasnya seperti biasa. Daniel agak sibuk sedikit sejak
bekerjasama dengan Haikal dan jarang ada di ofis.

Apalagi, alangkah seronoknya Aviana. Mood pun sentiasa ceria tidak mendengarkan
pekik lolong Daniel.

'Barulah siok mau kerja. Tiada tu bos gurongit di sini...' –Aviana (dalam hati)

"Wahhh... mood bagus ni. Aman damai sikit kita bila si bos tinggi darah tu kerja di
luar." –Maya

Pecah ketawa Aviana mendengarkan perkataan tinggi darah.

"Gila, kalaulah si bos dengar, habis tercabut telinga kita dua nanti dengar dia
membebel kalah² tu mak lampir." –Aviana

Sedang asyik mereka bersembang, tiba² ada seseorang menyampuk perbualan.

"Bukan main lagi kamurang mengumpat arrr?"

Aviana dan Maya serentak menoleh ke belakang. Rupa²nya sejak dari tadi Marisa
terpacak di situ mencuri dengar perbualan tanpa disedari oleh Aviana dan Maya.
Marisa merenung tajam pada Aviana.

"Happy nampak? Sukalah tu bos tiada? Senang sikit mau curi tulang..." –Marisa
'Adihhh... ni giuk ni arrr. Sembarangan ja tu mulut itik dia. Suntik botoks kaitu?'
–Aviana (dalam hati)

"Miss ada nampak kami curi tulang, meh? Kami bual² kosong, tapi ni tangan ni tetap
bergerak bikin kerja. Mana miss nampak kami curi tulang ni?" –Aviana

Maya tidak mampu menahan sengihan mendengarkan jawapan berani Aviana terhadap
Marisa. Melihatkan Maya tersengih, Marisa langsung menjegil berang pada Aviana.

"Berani ko lawan cakap saya arrr? Ko mau kena buang kerjakah?" –Marisa

'Bohhh, pandai² konon mau buang kerja. Yaiii...' –Aviana (dalam hati)

"Miss bos saya, meh? Apa juga saya mau takut? Sebab apa?" –Aviana

"Depan ko ni bakal isteri bos ko, jadi saya pun ada hak mau pecat kau!" –Marisa

'Punyalah temberang ni giuk! Bukan ih girlfriend bos, cakap sampai ke langit lagi.'
–Aviana (dalam hati)

"Ya, meh? Saya peduli apa? Bukan sini saja bah tempat saya boleh kerja. Banyak lagi
tempat lain, kenapalah cuci² piring ja. Lagipun miss tu belum kahwin sama si bos.
Janganlah pandai² mengaku bakal isteri kalau belum tentu menjadikah nda. Bikin malu
ja kalau nda jadi." –Aviana

'Nah, ambil ko jurus bibiran si gurangas. Tiwas, siapa suruh?' –Aviana

Dengan marah Marisa mengangkat tangannya hendak menampar Aviana, tetapi dihalang
oleh seseorang.

"Hoi! Kalau ko datang sini gara² mau kacau staf saya ja, bagus ko balik!" –Daniel

Kebetulan Daniel muncul tepat pada masanya.

Aviana dan Maya tersentak bila Daniel meninggikan suaranya. Tidak sangka Daniel
semarah itu, membuatkan darah Aviana serta-merta menyirap.

Belum pernah Daniel seberang begini. Kalau marah sekali pun, air mukanya tidak
sebengis singa kelaparan.

'Amaaa... bikin takut owh muka si bos. Macam mau baham orang ja. Ni kalilah...' –
Aviana (dalam hati)

"Lepaslah! Kenapa tiba² saya yang ko marah? Tu staf sayang yang kurang ajar, nda
sedar diri!" –Marisa

Daniel mengetapkan rahangnya seraya menjegil pada Marisa.

"Pigilah balik! Sudahlah fikiran saya tengah serabut, kau lagi bikin hal. Balik!" –
Daniel

Tiba² Daniel menyambar tangan Aviana dan menarik Aviana keluar dari ofis. Buat
seketika, Maya terkial-kial bagaikan cicak tertelan kapur menyaksikan adegan yang
baru sahaja berlangsung di depan matanya, lalu mengangkat kedua-dua belah bahunya.

Marisa meluru keluar mengejar Daniel di belakang. Tercungap-cungap Aviana menyusul


langkah kaki Daniel.
'Amaaa... ampus... ampus...' –Aviana (dalam hati)

"Daniel, stop!" –Marisa

Aviana berhenti melangkah, tetapi Daniel terus menyeret Aviana menuju ke kereta
yang diletakkan tidak jauh.

Belum pun sempat Marisa menghampiri kereta Daniel...

Vroommm...!

Daniel memecut laju. Tanpa sedar, Aviana yang ketakutan duduk di sebelah mencengkam
lengan Daniel.

"Ama... bos, saya masih single lagi ni, bos. Belum puas lagi hidup di dunia ni.
Tolonglah jangan bawa laju²..." –Aviana

'Nda tercapailah impian saya mau jumpa si Lee Min-ho satu hari nanti. Huhu...' –
Aviana

"Bos, kalaupun bos mau mati, janganlah bah bawa kawan. Saya nda rela, bos..." –
Aviana

Daniel tergelak kecil lalu memperlahankan kelajuan. Tidak lama kemudian, Daniel
memberhentikan kereta di tepi jalan. Lama Daniel berdiam diri. Cuma hembusan
nafasnya saja yang kedengaran di cuping telinga Aviana.

"Sorry, bos, lain kali saya tidak akan lepas cakap lagi macam tadi..." –Aviana

Daniel mengeluh keras.

"Marisa sudah melampau. Saya dengan dia cuma kawan, tidak lebih dari tu. Sikit lagi
ko kena tampar oleh si Marisa tadi," –Daniel

"Aaah, hal kecil ja pun. Paling² pun sakit sikit ja. Ndalah juga sampai masuk
hospital bah..." –Aviana

Daniel berkerut.

"Sakit sikitkah, banyak... bagi saya si Marisa tetap melampau." –Daniel

Perlahan-lahan Daniel menghidupkan semula enjin kereta dan meneruskan pemanduan.


Sepanjang perjalanan, Aviana sekadar mendiamkan diri.

Daniel berhenti singgah di sebuah kafe dan mengajak Aviana masuk ke dalam. Seorang
pelayan datang mengambil pesanan.

Sesudah memesan minuman, Aviana dan Daniel kedua-duanya membatu buat seketika.

'Adehhh, macam janggal ja rasa ni.' –Aviana (dalam hati)

Tak semena-mena, Haikal masuk ke dalam kafe. Bibirnya menyungging senyuman sebaik
sahaja terpandang wajah Aviana yang sedang duduk bersama Daniel. Perlahan-lahan
Haikal mengorak langkah menghampiri meja kedua mereka.

Aviana yang menyedari kehadiran Haikal, cepat-cepat menundukkan kepala, cuba


menyorokkan wajah kelatnya. Daniel yang perasaan akan perubahan riak wajah Aviana,
langsung menoleh untuk melihat ke belakang.
'Ishhh, dari mana juga dia tiba² muncul ni? Kebetulan pula. Kacau daun betul...' –
Aviana (dalam hati)

"Nda sangka kita terjumpa di sini. Mmm... sorrylah kalau mengacau..." –Haikal

'Tau takpe. Pi lah main jauh². Pura² buat nda tau lagi...' –Aviana (dalam hati)

Aviana kurang senang melihatkan Haikal turut ada di situ. Cara Haikal merenungnya
di ofis hari itu membuatkan dia berasa tak sedap hati.

"Ndalah. Bah, mehlah join sama²..." –Daniel

' Erggghhh... tidakkk... jangannn... mataiii...' –Aviana (dalam hati)

Aviana rimas bila Haikal tak putus² merenungnya, sampaikan dia hendak meneguk
minumannya pun malu².

'Kena tundul lah biji mata dia tu lama². Apalah... meninguk orang ja. Cam ja ada
emas di muka saya ni...' –Aviana (dalam hati)

Daniel akhirnya perasan yang Haikal asyik mengamati Aviana. Cepat-cepat Daniel
menghabiskan minumannya agar dapat mengajak Aviana beredar.

"Lepas ni ko mau pi mana, Haikal?" –Daniel

"Ada kerja lagi yang saya mau kasi siap. Ko mau pi mana pula?" –Haikal

"Lunch time habis sudah, jadi kami balik ofis dululah. Masih kerja lagi ni
sekarang. Bah Oklah, Haikal. Kami gerak dulu arrr..." –Daniel

Aviana menyusul Daniel di belakang, tetapi tiba² pula Haikal berada di sebelah
Aviana, sengaja merapat-rapatkan diri dengan Aviana. Aviana berasa gelabah lantas
cepat-cepat menghayun langkah mendahului Haikal.

Tak semena-mena, Aviana tersandung hilang keseimbangan. Daniel cepat² memeluk


pinggang Aviana rapat² sehinggakan Aviana boleh merasakan hembusan nafas Daniel di
wajahnya. Perlahan-lahan Aviana menelengkan kepalanya ke sisi, merasakan pipinya
merah padam akibat malu dan segan.

Dengan perlahan-lahan Daniel melepaskan pelukannya di pinggang Aviana. Jantungnya


berdebar-debar kencang.

'Adihhh, kenapa ni arrr? Macam mau pecah pula rasa ni jantung ni...' –Daniel (dalam
hati)

"Sorry... nda sengaja... terpeluk..." –Daniel

"S-saya bah tu yang cuai..." –Aviana

"Macam ngam jadi couple ja kamurang ni?" –Haikal

"Mana boleh bos bercinta sama pekerja dia, Encik Haikal? Punyalah jauh beza, macam
langit sama bumi. Siapalah saya ni? Memang nda ngamlah bah..." –Aviana

"Kalau sudah jodoh, takkan mau tolak, kan?" –Daniel

Mata Aviana serta-merta melebar mendengarkan kata² Daniel itu. Pipinya semakin
merah padam. Jantungnya tiba² berdegup pantas.
'Amaaa... apa ni kabak² ni? Takkanlah...' –Aviana (dalam hati)

Haikal tersenyum penuh makna. Dia mula dapat mengagak yang Daniel mula menyimpan
perasaan terhadap Aviana...

Bersambung...

Sorry gia, mood writer ke laut. Busy bikin order kuih raya... 😔😔😔
💖

My Boss, My Husband
Story By: Dya Farisa
Edited By: RC Plain Jane
Cover Modified By: RC Plain Jane (from Google images)

The FINAL Chapter:

"Bos, kenapa bawa saya pigi rumah bos ni?" –Aviana

"Ko tulung kemas rumah saya. Kasi bersih² arrr, jangan ada habuk tertinggal." –
Daniel

'Aiii? Tiba² pula si kuranga ni mau kasi jadi saya orang gaji. Silaka!' –Aviana
(dalam hati)

"Ehhh, tapi saya bukan maidlah bos. Saya P.A mah, adakah pula jadi maid?" –Aviana

"Kalau saya yang suruh nda kira di ofis kah, di mana, ko ikut ja sebab saya yang
bayar gaji ko." –Daniel

'Kitai punya bos. Suka² ja suruh ini itu. Ni mau kena tompilingan kaling ni!' –
Aviana (dalam hati)

Aviana mengetap bibirnya dengan geram.

"Ok ja bah, bos. Apa juga kalau setakat kemas² rumah ja? Bukan besar betul pun
rumah bos ni." –Aviana

Daniel langsung menjegilkan matanya pada Aviana. Aviana tersentak kecil.

'Amaaa... punyalah macam tondoyutung tu mato. Saya tundul tu satu kali, baru ko tau
sana. Ishhh, tapi nanti nda somboi sudah, tiada pula saya bikin cuci² mata.' –
Aviana (dalam hati)

"Bah, jadi kemas² rumah ja? Celana katak bos nda mau minta tulung cuci?" –Aviana.

Sekali lagi Daniel melontarkan jegilan mautnya pada Aviana, dan buat kesekian
kalinya Aviana tersentak lantas cepat² menundukkan kepala.

Aviana mula mengemas dari tingkat atas sampailah ke tingkat bawah. Hari minggu
begini Aviana sepatutnya berehat, tetapi terpaksa bekerja lebih masa.

Kini Aviana mula membersihkan bahagian dapur yang ternyata tidaklah sekotor mana.
Sang bos sengaja menyuruh Aviana mengemas rumahnya seharian, manakala batang hidung
Daniel langsung tidak kelihatan di mana-mana.

Bukan main penat lagi Aviana. Sekujur badannya habis terasa lenguh.

'Cisss, bagus rehat sekijap. Silap sikit bulih patah-mematah tulang korimping ni
asyik membersih ja macam orang gaji.' –Aviana (dalam hati)

Aviana melabuhkan diri ke sofa dan memasang TV. Rumah Daniel dibuatnya macam rumah
sendiri. Sedar tak sedar, Aviana terlelap. Keadaan jadi terbalik pula. Bukan Aviana
yang menonton TV, sebaliknya TV yang menonton Aviana yang rancak berdengkur.

Daniel yang baru sahaja sampai tersenyum saat terpandang wajah Aviana yang sedang
nyenyak tidur. Perlahan-lahan Daniel mendekati...

Daniel duduk di depan Aviana, mengamati wajah Aviana lama-lama. Tidak semena-mena,
Aviana berdengkur keras lalu berkalih, membuatkan Daniel tersentak. Beberapa helai
rambut Aviana jatuh menutupi wajahnya.

'Ainaaa... pandai berdengkur maut pula ni perempuan ni. Mataiii... nasib baik tidak
kobihis.' –Daniel (dalam hati)

Daniel tergelak kecil, lantas perlahan-lahan menghulurkan tangan lalu menyeka


juraian rambut yang menutupi wajah Aviana. Wajah Aviana ditenungnya lagi lama-lama.

'Cantik bah dia ni. Baru sot-sot lagi tu perangai...' –Daniel (dalam hati)

Semakin lama Daniel merenung wajah Aviana, semakin hatinya semacam dicuit perasaan
halus dan mesra. Mendadak jantungnya berdegup kencang.

Dub-dab... dub-dab...

Daniel memegang dadanya.

'Aduh, perasaan apa bah ni? Nda pernah-pernah saya rasa begini sebelum ni...' –
Daniel (dalam hati)

Sekali lagi Aviana melepaskan sedengus dengkuran keras yang singkat seraya
terkebil-kebil membuka matanya. Alangkah terkejutnya Aviana apabila melihat Daniel
sedang duduk sangat rapat dengannya.

"Eh, mak ko meletup! Aiii, bos lama sudah sampaikah?" Aviana terpinga-pinga, masih
agak mamai.

Lantaran terkejut melihatkan Aviana yang tiba-tiba sahaja terjaga, Daniel kelam-
kabut bangkit untuk berdiri, tapi tak semena-mena tersandung dan tumbang ke atas
badan Aviana. Mata bertentang mata, tak ubah bagaikan adegan dalam filem Hindustan,
ataupun drama Korea? Hurmmm...🤔

Agak lama juga mereka saling terpaku merenung satu sama lain begitu. Perlahan-lahan
Daniel mengangkat tangannya ke wajah Aviana. Jantung Aviana berdetak kencang.
Dibiarkan sahaja tangan Daniel menyentuh pipinya. Aviana sekadar membisu seribu
bahasa, sementara matanya tidak lepas dari memandang wajah tampan Daniel.

'Lee Min-ho oppa... yaiii! Ketara bah terlebih tingu drama Korean, adehhh...'
Aviana (dalam hati)

"Ko orang pertama yang berani melawan cakap saya. Sudahlah tu, perangai pun sot-
sot. Tapi ko juga orang pertama yang bikin jantung saya berdegup kencang. Belum
pernah lagi saya rasa begini sebelum ni. Apa sudah kau buat sama saya ni, Aviana?"
–Daniel

Aviana balik-balik menelan air liur yang tiba-tiba terasa pahit di kerongkongnya,
Nafasnya terasa sesak, sukar untuk bernafas. Aviana cuba untuk menolak Daniel,
namun tubuh Daniel sedikit pun tidak berganjak. Hembusan nafas Daniel yang tidak
menentu kian terasa dekat.

Wajah Daniel semakin rapat sehinggakan bibir mereka nyaris bersentuh. Aviana jadi
tidak keruan. Degupan jantungnya semakin laju..

"Saya tingu ko ni biasa-biasa ja pun, tapi boleh bikin jantung saya kabak-kabak. Ko
mesti mau tanggungjawab ni, Aviana..." –Daniel

"Bos, bolehkah bercakap jauh-jauh sikit tu muka? Sama bolehkah ko turun dari badan
saya, bos? Berat bah ko, terlampau banyak dosa kali..." –Aviana

Pecah ketawa Daniel di situ mendengarkan kata-kata Aviana. Daniel segera duduk dan
berdepan dengan Aviana. Aviana membetulkan duduknya, kemudian merenung wajah
Daniel.

"Jangan tingu saya macam tu, Aviana. Tambah-tambahlah saya sayang sama ko ni lama².
Takut nda dapat kawal diri ni nanti..." –Daniel

"Apa maksud bos ni? Cuba gia terus-terang supaya saya faham." –Aviana

"Saya ni bukan jenis yang romantik, Aviana. Tidak pandai berbunga-bunga bahasa,
tidak pandai bersweet-sweet. Yang saya tau marah ja selalu, bikin orang takut sama
saya. Biar saya terus-terang sekarang daripada menyesal di kemudian hari." –Daniel

Daniel menarik nafas panjang dan menghembusnya perlahan lahan.

Aviana gementar menunggu kata-kata seterusnya dari Daniel. Jantung Aviana berpacu
kencang.

Dub-dab... dub-dab...

Daniel mengambil tangan Aviana dan merenung mata Aviana dalam-dalam. Aviana
langsung menundukkan kepala, tidak berani melawan renungan mata Daniel.

"Please, dengar apa yang saya mau cakap ni. Saya tidak akan ulang balik-balik,
cukuplah satu kali ja." –Daniel

Daniel sekali lagi menarik nafas panjang, sementara Aviana menunggu dengan penuh
sabar.

'Apa bah yang dia mau cakap ni? Bikin saspen betul...' –Aviana (dalam hati)

"Aviana, saya tidak tau sejak bila... tapi saya rasa saya sudah jatuh hati sama ko,
Aviana..." –Daniel

Aviana kehilangan kata-kata, fikirannya mendadak jadi kosong.

"I love you, Aviana. Saya tidak minta ko jawab sekarang. Biarlah ko fikir dulu.
Bila sudah dapat jawapan, barulah ko bagitau. Saya tidak akan paksa ko terima saya.
Kalaupun ko tolak, saya faham juga mungkin ko sudah ada pilihan lain..." –Daniel

Setelah meluahkan kesemuanya, Daniel langsung meninggalkan Aviana terkatung-katung


di ruang tamu. Daniel takut mendengarkan jawapan Aviana. Seandainya ditolak, alamat
kecewalah Daniel.

******

Selama berminggu-minggu Daniel menyibukkan diri, Aviana semakin merindukan Daniel.


Daniel tidak ke ofis dan kesemua kerja² Daniel, dikendalikan oleh Aviana.
Pada hujung minggu, Aviana keluar berjalan-jalan di pusat membeli-belah lantaran
bosan asyik terperuk di rumah. Lagipun, kebetulan sepupunya balik ke kampung.
Aviana masuk ke sebuah butik dan leka memilih-milih pakaian. Tiba-tiba Aviana
ternampak seseorang yang membuatkan dia terperanjat.

"Sayang, saya mau beli yang ni. Cantik, kan?" –Marisa

"Bah, belilah kalau berkenan." –Daniel

Cepat-cepat Aviana meluru keluar. Tanpa sengaja Aviana terlanggar seseorang,


menyebabkan Aviana tersungkur.

"Sorry, Miss. Saya tidak sengaja..." –Laura

"Tidak apa, saya yang tidak hati-hati. Miss Ok juga bah, kan?" –Aviana

Daniel yang baru keluar dari butik perlahan-lahan menghampiri Aviana dan Laura,
lantas menyapa Aviana.

"Hai, Aviana. Ko bikin apa di sini, sis?" –Daniel

"Yang ko pula ni bro, sama siapa datang sini?" –Laura

"Marisa..." –Daniel

"Excuse me, saya chow dulu arrr..." –Aviana

Aviana mempercepatkan langkah kakinya, sementara Daniel berlari mengejarnya di


belakang. Laura pelik melihatkan perilaku abangnya itu. Tinggallah Marisa sendirian
di dalam butik, tidak menyedari bahawa Daniel sudah pun keluar.

"Aviana, berhenti...!" –Daniel

'Adehhh... apa bah dia makan ni? Punyalah laju berjalan...' –Daniel (dalam hati)

Langkah kaki Aviana kian tangkas, sementara Daniel pula tidak putus asa mengejar
Aviana. Orang-orang di sekeliling mula memandang ke arah mereka yang seakan bermain
kejar-kejar. Ada yang sampai menggeleng kepala.

Langkah kaki Aviana beransur-ansur terhenti, menyebabkan Daniel mendadak hilang


keseimbangan lalu tersungkur di depan Aviana. Ada beberapa orang di situ yang
mentertawakan gelagat mereka berdua.

Aviana diam-diam menahan ketawa sambil membantu Daniel untuk bangun.

"Kenapa bos bubut saya ni?" –Aviana

'Dui bahhh... sian somboi. Tergolek macam bola...' –Aviana (dalam hati)

"Kenapa ko lari?" –Daniel

'Bukan larilah, berjalan ja pun. Tapi macam lipas kudunglah...' –Aviana

Aviana mati akal, tidak tahu bagaimana hendak menjawab soalan Daniel.

"Ko jeleskah ni?" –Daniel

Aviana masih membungkam, mengetap bibir bawahnya.


"Jeles tu tandanya sayang, tau? Jadi ko sudah ada jawapanlah ni?" –Daniel

Lantaran lama menunggu jawapan dari Aviana, Daniel mundur selangkah ke belakang,
kemudian selangkah lagi, semakin menjauh dari tempat Aviana berdiri. Aviana
kehilangan kata-kata. Di luar sedar, dia mara ke hadapan untuk mengejar Daniel yang
kian menjauh lantas memeluknya. Bergema tepukan serta sorak-sorai orang ramai di
pusat membeli-belah tersebut. Daniel menguntumkan senyuman senang hati serta lega.

"Aviana, will you marry me?" –Daniel

Pandangan Aviana melilau ke sekeliling. Gila sungguh Daniel melamarnya di khalayak


ramai begitu. Cepat-cepat Aviana menundukkan kepala akibat malu.

"Bos, ko tidak malukah? Ramai orang tingu ni..." –Aviana

'Amaaa... besar kemaluannn...' –Aviana (dalam hati)

"Jangan panggil bos sudah bah! Pedulilah kena tingu, saya mau dorang pun ikut
dengar jawapan ko." –Daniel

"Kami pun setia juga ni mau tunggu jawapan kau, mandak. Jangan kasi lama-lama,
kesian tu si somboi menunggu."

'Uisehhh... menyibuk juga ni orang-orang semua ni? Macam tingu drama romantik ja
kunu... yaiii...' –Aviana (dalam hati)

Dengan perlahan seraya tersipu-sipu malu, Aviana menganggukkan kepala.

"Yes!" seru Daniel lantas memeluk Aviana erat-erat.

Kesemua orang yang ada di sekeliling bertepuk tangan sekali lagi sambil
memerhatikan kebahagiaan pasangan dua sejoli itu.

******

Dengan penuh debaran Aviana menunggu Daniel datang untuk menjemputnya. Tiba-tiba
sahaja Aviana jadi gelabah tak tentu arah, sekejap duduk, sekejap berdiri.

Pet, pet, pet...!!!

Kedengaraan bunyi hon kereta Daniel di luar. Perlahan-lahan Aviana menapak keluar,
menuju ke kereta Daniel.

"Kenapa ni? Takutkah?" –Daniel

"Macam mana tidak rasa takut sama nervous kalau first time mau jumpa family
love..." –Aviana

"Dont worry, sayang. Family love Ok juga tu. Even my Mom pun nda sabar mau jumpa
sayang." –Daniel

Sesampainya di hadapan rumah Daniel, Aviana tak putus-putus menarik nafas panjang.
Daniel cuma menggelengkan kepala memerhatikan gelagat Aviana yang kegugupan.

"Sejuk juga tangan sayang ni?" –Daniel

"Pasal tulah saya takut, love..." –Aviana


Puan Marina tersenyum manis menyambut kedatangan Aviana dan Daniel. Perlahan-lahan
Puan Marina mendekati Aviana yang masih tercegat di muka pintu.

"Inikah dia, Dan?" –Puan Marina

Daniel tersengih manis, lalu mengangguk kecil.

"Ya, Mom. Mana Daddy?" –Daniel

"Ada di atas, kejap lagi turunlah tu..." –Puan Marina

Puan Marina memeluk dan mencium kedua belah pipi Aviana. Daniel tersenyum senang
hati melihatkan ibunya menerima Aviana seadanya.

Tuan Marvis yang baru sahaja turun, perlahan-lahan menghampiri Daniel.

"Cantik, pandai Daniel pilih arrr? Daddy suka..." –Tuan Marvis

Aviana tersipu-sipu malu dipuji cantik. Kehadirannya di rumah Daniel diterima dan
dilayan dengan baik. Puan Marina dan Tuan Marvis gembira sekiranya perkahwinan
Daniel dipercepatkan.

"Bila kami boleh jumpa family Aviana?" –Puan Marina

"Ya, lagi cepat, lagi bagus..." –Tuan Marvis

"Bagi saya masa, Aunty, Uncle. Nanti sudah bincang bagus² sama my family, baru saya
bagitau arrr...?" –Aviana

"Kalau Aviana rasa takut, biar kami ja yang pigi rumah Aviana bincang terus pasal
hal ni." –Puan Marina

"Family saya tiada di sini, dorang sanaaa di kampung." –Aviana

"Tidak apa. Biar jauh mana pun family Aviana, kami tetap juga mau pigi." –Tuan
Marvis

'Ni kalilah...' –Aviana (dalam hati)

Aviana terkedu, fikirannya betul-betul kosong. Daniel lantas menggenggam tangan


Aviana, memberikan semangat.

"Bagi Aviana masa untuk fikir dulu, Daddy, Mom. Tidak juga lama tu..." –Daniel

Selesai makan malam, Daniel menghantar Aviana pulang. Sepanjang perjalanan, Aviana
hanya mendiamkan diri. Daniel menghentikan kereta di bahu jalan, membuatkan Aviana
berasa hairan.

"Kenapa berhenti di sini?" –Aviana

"Apa bah sayang sibuk fikir ni? Sudahlah tu, jangan banyak fikir. Semua Ok ja tu
nanti." –Daniel

"Entah macam mana mau terus-terang sama family sayang nanti bei. Bah, manalah tau
dorang fikir yang bukan-bukan kan..." –Aviana

"Kalau sayang takut, biar family love terus ja datang merisik." –Daniel

"Nanti sayang bincang sama family sayang dulu pasal ni." –Aviana
"Ok. Sudahlah, jangan terlampau banyak fikir. Semua Ok juga tu nanti. Sayang ja tu
yang lebih-lebih..." –Daniel

Seminggu kemudian, keluarga Daniel datang ke kampung Aviana. Orang-orang kampung


mula membawa mulut. Aviana dan keluarganya hanya mendiamkan diri.

Lebih teruk lagi, ada saudara-mara yang mula berfikir bukan-bukan. Ada yang
mengatakan kononnya Aviana sudah ditebuk tupai kerana berkahwin di usia yang masih
muda.

Setelah usai majlis perkahwinan, Aviana menarik nafas lega. Kini sahlah dia menjadi
isteri Daniel. Walaupun majlis tersebut dilangsungkan secara sederhana, namun
suasananya tetap meriah.

Aviana mandi menyegarkan diri, manakala Daniel masih rancak bersembang dengan
keluarga Aviana di ruang tamu. Mujurlah Daniel jenis orang yang cepat mesra.

Selepas mandi, Aviana berbaring santai di katil dan sedar tak sedar terlelap.
Daniel yang perlahan-lahan masuk ke bilik, duduk di samping Aviana yang tidur lena
lalu tunduk lantas mencium dahi Aviana.

"Terima kasih sebab terima saya jadi pasangan hidup sayang. I love you so much." –
Daniel

Benih cinta di antara mereka berputik gara-gara buku bertemu dengan ruas. Daniel
tersenyum bahagia sendiri apabila terkenangkan detik perkenalan mereka.

Selepas dua minggu di kampung, Daniel dan Aviana pun kembali ke Kota Kinabalu. Puan
Marina tidak sabar-sabar menunggu kepulangan kedua mempelai baru itu. Ada banyak
hal penting yang hendak dibincangkan.

******

Aviana disambut mesra oleh ibu mertuanya, Puan Marina. Daniel mengangkat beg untuk
dibawa naik ke atas.

"Aviana, pigilah rest dulu. Mesti kau penat tu, kan?" –Puan Marina

Tidak mengesyaki apa-apa, Aviana terus naik ke tingkat atas tanpa banyak soal.
Daniel turun ke tingkat bawah kerana ada hal penting yang hendak dibincangkan oleh
Puan Marina. Sementara itu, Aviana masuk ke bilik tidur, mencapai tuala lalu masuk
ke kamar mandi.

"Betulkah kau tiada apa-apa hubungan sama si Marisa?" –Puan Marina

Daniel merenung wajah Puan Marina, lantas menghelakan nafas panjang. Hanya keluhan
yang terpacul dari mulut Daniel.

"Takkan kau tidak mau tanggungjawab, Daniel? Macam manapun, anak dalam perut si
Marisa tu tetap anak kau." –Puan Marina

"Aiii... Mom? Saya nda pernah sentuh pun si Marisa tu. Macam mana pula dia tiba²
boleh pregnant? Saya bukan jenis lelaki yang suka² ja mau kasi rosak anak dara
orang. Cukuplah saya ada si Aviana, Mom..." –Daniel

"Kan saya sudah bilang, mustahil si Dan buat macam tu. Sengaja kali si Marisa cakap
yang dia tu pregnant, supaya dapat kahwin sama si Daniel. Tulah bah kau, Daniel!
Terlampau hensem sampaikan si Marisa pun gila bayang." –Tuan Marvis
"Bah, anak siapa juga bah ni? Sudahlah Daddy dia hensem, anak dia pun mestilah ikut
hensem si Daddy." –Daniel

Seloroh Daniel itu menyebabkan ketawa mereka pecah di ruang tamu. Aviana perlahan-
lahan turun ke bawah. Sambil tersipu-sipu malu Aviana masuk ke dapur, almaklum ahli
keluarga barulah katakan...

Daniel yang perasan akan kemunculan Aviana, perlahan-lahan membuntut masuk ke dapur
untuk menolong. Aviana sedang sibuk memotong sayur sementara Daniel mengambil
tempat duduk dekat dengan Aviana.

"Sayang, nda payahlah buat semua ni. Ada juga si Rusi. Meh naik atas rehat, mesti
sayang penat ni kan?" –Daniel

"Ishhh, bukan kerja berat pun ni, potong sayur ja pun. Love pigilah naik atas
mandi. Bau owh tu pangas..." –Aviana

Aviana main-main menekup hidungnya. Cepat-cepat tangan Daniel mencubit manja pipi
Aviana, terasa bahagia Aviana kini sudah menjadi isterinya yang sah.

–SEBULAN KEMUDIAN–

Aviana masih lagi bekerja sebagai P.A Daniel. Ke mana perginya Daniel, di situ juga
ada Aviana. Mereka asyik berkepit ke hulu ke hilir.

Semenjak dua tiga hari ini, Aviana kerap berasa tidak sihat. Malahan, di tempat
kerja pun Aviana balik-balik rasa loya dan mual sehinggakan Daniel perasan. Muka
Aviana nampak pucat. Kasihan sungguh dia melihat keadaan isteri tercintanya itu.
Perlahan-lahan Daniel mendekati Aviana, bahu sang isteri disentuhnya lembut.

"Gigi ko jongang! Eh, love..." –Aviana

Tergelak kecil Daniel mendengar Aviana melatah.

'Klasik betul tu gaya...' –Daniel (dalam hati)

"Sayang Ok kaini?" –Daniel

"Entahlah ni, love. Macam rasa mau muntah ja ni, balik-balik mual..." –Aviana

"Kalau macam tu, meh kita pigi klinik." –Daniel

"Nantilah, sayang. Ok juga ni..." –Aviana

Keesokannya, awal-awal pagi lagi Aviana sudah berjerih-payah menahan rasa mual.
Tergesa-gesa Aviana turun ke bawah dan langsung menuju ke dapur. Puan Marina yang
ketika itu juga berada di dapur hairan melihat Aviana tercari-cari sesuatu.

"Cari apa tu, Aviana?" –Puan Marina

"Amoi semalam bah... mana sudah tu arrr, Mom?" –Aviana

Puan Marina tersenyum penuh makna ke arah Aviana yang masih sibuk tercari-cari
kudapan masam. Rasa loyanya kian menjadi-jadi.

"Nanti kita pigi klinik,Via. Biar Mommy kasi kawan kau, tidak payah pigi kerja ni
hari." –Puan Marina
Daniel yang kebetulan masuk ke dapur, perlahan-lahan menghampiri Aviana. Muka
Aviana yang pucat ditenungnya, dahi Aviana disentuhnya lembut.

"Ishhh... sayang Ok ja bah ni, love." –Aviana

"Kalau Ok, kenapa tu muka pucat? Tidak payahlah turun kerja ni hari, bagus pigi
klinik." –Daniel

Di klinik, Aviana diminta untuk melakukan ujian air kencing. Dengan penuh debaran
Aviana menunggu keputusan ujian air kencing sebentar tadi. Tidak lama kemudian,
nama Aviana pun dipanggil.

"Tahniah, Puan Aviana. Puan dah pregnant 3 minggu. Lepas ni, Puan jangan buat
kerja-kerja berat ya? Dan banyakkan rehat." –Doktor

"Macam tidak percaya pula secepat ni saya pregnant, Doc. Oklah, lepas ni saya akan
hati-hati sama jaga kesihatan..." –Aviana

"Rezeki Puan awal. Mesti Mr. Husband happy dapat ni news nanti." –Doktor

Senyum berseri-seri Aviana keluar dari klinik. Puan Marina tidak sabar-sabar hendak
menyampaikan berita bahawa mereka akan menimang cucu tidak lama lagi kepada Tuan
Marvis.

******

Berdebar-debar hati Aviana menunggu Daniel pulang. Matanya sekejap-sekejap


mengerling jam di dinding. Pandangannya sekali-sekala melayang ke muka pintu bilik.

"Hmm... sibuk kali. Selalu awal ja pun balik..." –Aviana

Aviana mundar-mandir di dalam bilik. Jarum jam menunjukkan sudah pukul 9 malam,
namun batang hidung Daniel masih juga belum muncul². Gara² penat menunggu, Aviana
pun tertidur...

Puan Marina turut menantikan kepulangan Daniel, begitu jugalah dengan Tuan Marvis.
Tiba-tiba...

Krettt!!!

Kedengaran bunyi pintu dikuak. Laju sungguh langkah kaki Puan Marina menuju ke
pintu. Tuan Marvis hanya menggelengkan kepala.

"Ingatkan tersesat entah pi mana! Dari mana juga kau ni, Daniel? Sekarang baru
balik?" –Puan Marina

"Aik? Yang Mommy tiba-tiba serang Dan ni kenapa? Berlambak bah kerja di ofis ni
hari, Mom... pasal tu lambat balik..." –Daniel

"Ohhh... sampai bini Dan di rumah pun lupalah..." –Puan Marina

Daniel berkerut mendengarkan kata-kata ibunya. Tanpa menunggu lama, Daniel mengatur
langkah meninggalkan Puan Marina dan Tuan Marvis di situ.

"Sayang ni lebih-lebih pula membebel. Kasi chance lah si Daniel tu rehat dulu, baru
kasi bommm..." –Tuan Marvis

"Ishhh, biar! Nanti dia buat lagi..." –Puan Marina


Di bilik tidur, perlahan-lahan Daniel menyentuh bahu Aviana yang sedang lena dibuai
mimpi, kemudian mencium dahi Aviana dengan penuh kasih sayang.

Aviana terkebil-kebil mencelikkan matanya, lalu memandang Daniel. Serta-merta air


mukanya naik ceria.

"Love! Lama sudah sampai?" –Aviana

Aviana perlahan-lahan duduk, kepalanya dilentokkan ke dada Daniel. Tiba-tiba sahaja


mood manjanya datang.

"Macam mana tadi di klinik? Semua Ok bah, kan? Sorry, love ada sibuk sikit." Daniel

Aviana mengukirkan senyuman.

"Tidak lama lagi love mau jadi daddy sudah..." Aviana

"Betul bah sayang?" Daniel

Riak wajah Daniel kelihatan tidak percaya, namun tampak berseri-seri. Aviana
mengangguk. Tak semena-mena, Daniel meloncat tak ubah macam budak kecil yang
disuguhkan gula². Aviana mengeleng-gelengkan kepala memerhatikan telatah suaminya.

–9 BULAN KEMUDIAN–

Aviana tinggal menunggu detik kelahiran cahaya mata pertamanya. Kakinya pun sudah
membengkak, sehingga membataskan pergerakannya.

"Hati-hati, saying..." –Daniel

"Eh, love! Tidak pigi ofiskah ni hari?" –Aviana

"Cuti sudah ni, mau kasi kawan sayang..." –Daniel

Aviana tiba-tiba berasa tidak selesa. Perutnya yang boyot mengeras. Pinggangnya
semakin sakit, sekejap baring, sekejap duduk. Puan Marina mendekati Aviana yang
sedang duduk di sofa.

"Lain macam ja ni Mommy tingu? Via Ok ka juga ni?" –Puan Marina

"Entahlah ni, Mom. Perut rasa memulas-mulas sikit..." –Aviana

Baru Aviana hendak bangun, tiba-tiba... pakkk! Terasa ada cecair yang mengalir
menuruni selangkangannya. Aviana naik panik.

"Daniel!" seru Puan Marina.

Kelam-kabut Daniel naik ke tingkat atas kemudian berlari turun semula, siap membawa
beg yang sudah rapi dikemaskan untuk dibawa ke hospital.

"Macam tau-tau pula kau si Aviana mau bersalin. Turun siap bawa beg lagi. Bah,
cepatlah! Apa lagi yang ko tingu tu?" –Puan Marina

******

Daniel bahagia menatap mata si bayi comel yang pipinya merah, hidungnya mungil,
bibirnya merah delima itu. Dengan hati-hati, Daniel mencium pipi si comel. Aviana
senang hati memerhatikan keadaan Daniel sedemikian. Terpancar riak kebapaan di raut
wajah Daniel.
"Terima kasih atas pemberian yang tidak terhingga ni, sayang. Dan terima kasih
sebab sanggup gadaikan nyawa demi zuriat kita. I love you so much, sayang..." –
Daniel

Mata Daniel nampak berkaca-kaca. Diam-diam dia memanjatkan rasa syukur di dalam
hati.

"Sayang pun mau ucap thank you sebab terima sayang seadanya. Sudah jadi
tanggungjawab seorang isteri untuk lahirkan zuriat buat suami. Lelaki yang dulunya
garang, sekarang berubah jadi sweet sudah pula. Love you too, Mr. Boss... my
husband..." –Aviana

Puan Marina gembira melihatkan anak lelakinya diuliti kebahagiaan. Tuan Marvis
mencium pipi cucu lelaki pertama mereka yang dinamakan Danny oleh Puan Marina,
sempena nama ayahnya Daniel. Aviana sedikit pun tidak membantah. Lagipun, dia
sememangnya sukakan nama itu.

Demikianlah kisah di antara si gadis lincah, Aviana, serta si jejaka bengis,


Daniel, yang membawa mereka ke alam perkahwinan. Adakah mereka akan hidup bahagia
buat selama-lamanya? Itu semua terletak di tangan-Nya. Perjalanan cinta mereka
masih panjang...

–TAMAT–

A/N: Siou kalau ending tidak berapa best. Terima kasih readers sekalian sebab sudi
membaca story rekaan saya yang tidak sebarapa ini. Maaf sebab lambat baru terupdate
ni final My Boss, My Husband. Apa²pun, selamat membaca kio? Semoga terhibur...☺️

I LOVE YOU ALL... 😘! —💕Dya Farisa

Anda mungkin juga menyukai