Anda di halaman 1dari 2

# cikbunga

By Rica Genesis Rica Genesis


Cerita ini mengisahkan waktu umur saya 12 tahun. Tidak lah seram sangat, hanya
sekadar berkongsi cerita.
Saya membesar tanpa bapa di sisi sepanjang masa sebab dia kerja jauh. Hujung minggu
saja bapa akan balik rumah. Bapa kerja sebagai pengurus ladang sawit di Felda Lahad
Datu dan kmi pula tinggal di Sandakan.
Kisahnya begini, pada tahun 2004-2005 bapa telah ditukar ke estet Sandakan bt 19.
So setiap hari Jumaat bapa akan balik rumah untuk mengambil kami sekeluarga (kmi
tggl di batu 2 "Taman Grandview") ke rumah estet untuk meluangkan masa bersama.
Perjalanan ke rumah itu sunyi dan berbatu halus. Kiri kanan semunyanya pokok kelapa
sawit dan tiada rumah. Yang ada hanyalah beberapa pondok terbiar. Bila sampai rumah
tu, ada 3 sekuriti berdiri dan salah satunya membuka pagar. Rumah itu besar. Sangat
besar berbeza dengan rumah-rumah ladang yang bapa pernah tinggal. Reka bentuknya
unik - reka bentuk British versi rumah kampung. Dalam rumah tu ada 5 bilik dan 3
tandas. Ruang tamu yang luas, dan paling saya suka ialah tempat meja makan. Boleh
pula sambil makan sambil tengok view taman bunga.
Tanpa membuang masa lagi, saya tarik tangan adik bongsu, Jaden menerokai keliling
rumah.
"Maaaa, saya sama Jaden keluar tgk luar rumah dulu..!"
"Ba.. jangan kamu main tapuk2. Nnt kena tapuk kmu tu hantu kokok. Balik sebelum
Maghrib." Bilang mama.
Dengan perasaan yg penuh ingin tahu, kita mula berlari-lari anak mengelilingi
rumah.
"Besar o ni rumah kak...", bilang si Jaden
"Yakan..mcm saya tkmau balik rumah.. ." Saya masih ingat lagi perbualan antara
kita. Biarpun sekarang saya sudah 26 tahun.
"Kak!! Ada buaian lahhhhh...", teriak si Jaden.
Bila saya berpusing, memang ada. Wow! Ada buaian! Tapi bukan buaian plastik macam
di taman permainan tu.. ini buaian yg talinya diikat di pokok besar. Tpt duduk itu
muat untuk saya dan adik duduk sekali.
Sedang syok main buaian, saya dengar ada orang bisik nama saya.
Saya tgk belakang. Tiada.
Kiri dan kanan. Pun tiada.
"Odoii odoii tanak hitii(Aduh aduh anak ini)...apa bah kamu main sana
tu...!!"teriak si mama tiba2.
"Turun!!!Turun!! Balik rumah!! Jangan pandang belakang!! Jalan terus.." Saya boleh
nampak mama dari tingkap dapur. Tingkap dapur menghadap tempat buaian tersebut.
Oleh sbb mama terlalu marah, saya dan Jaden x berani lawan. Kami pun masuk rumah.
"Syok bah tu buaian ma.." Saya cakap dengan nada merajuk. Jam baru menunjukkan 5
petang tapi kena suruh balik sudah.
"Bukan saya tidak mau kasi kmu main sana.. tapi ko tau ka itu pokok apa? Itu pokok
Ara. Pokok tu berhantu. Mama nampak banyak "orang" sana. Itulah mama suruh balik."
Tegas mama menjawab sambil mama renjis2 itu air suci di muka kami.
Malam itu selepas makan malam, saya meminta kebenaran dari mama untuk duduk di luar
rumah. Tidak lah jauh dari pintu masuk rumah. Mama pun ok saja.
"Tutup tu pintu kelambu, banyak nyamuk." Jawab mama.
Saya pun memanggil semua anjing. Masing2 datang ke arah saya sambil menggoyangkan
ekor.
Sambil usap sambil tengok keliling rumah. Gelap. Seram pula rumah ni kalau malam.
Sangat sunyi. Tiba2 angin sejuk datang. Berdiri bulu roma saya. Ntah dari mana saya
dengar ada suara bersenandung.
"Mmmmm...mmmm~"
Suaranya merdu dan memukau. Macam dalam mimpi. Mata saya mencari arah suara itu.
Tidak jauh dari saya dalam 10meter begitu, saya nampak ada orang duduk di atas
pokok mangga. Dua tangannya bergayut memegang dahan. Rambutnya panjang paras
pinggang. Gaun putih yang panjang tidak menampakkan kaki. Dan mukanya? Pucat sambil
senyum ke arah saya. Pucat tapi lawa. Saya akui saya masih ingat mukanya hinggalah
sekarang dan akan ingat sampai bila2 sebab mata kita bertentangan. Itulah kenapa
sampai sekarang saya tak berani tgk atas pokok waktu malam.
"PONTIANAK!!" itulah perkataan pertama yang terkeluar di pikiran saya.
Saya tau sebab saya suka baca majalah MASTIKA. Terus saya lari masuk rumah. Seluruh
keluarga saya terkejut.
"Kenapa kau?? Macam nampak hantu saja." Bilang mama.
"Maa! Pon..tiii.. ponti.. di luarr.. "Terketar ketar suara saya menjawab.
"Mana??Mana????" Tanya mama.
"Sana pokok mangga dekat pondok sekuriti."
Mama terus menjenguk ke luar tengok ke arah pokok mangga. Tiada. Tapi mama dapat
hidu bau bunga harum...
Malam itu, kami semua tidur di masteroom. Mama mengunci rapat pintu. Kami semua
adik beradik tidur di bawah lantai berlapiskan tilam. Mama pula berlutut sambil
sikunya bersandar di atas katil sambil sembahyang Rosary. Menurut mama, dia jaga
saya sampai jam 5am sebab dulu waktu umur 8 tahun, saya pernah berjalan tidur
keluar rumah. Bila mama tanya bobohizan, semangat saya tertinggal di kuburan waktu
melawat mendiang makcik. Jadi mungkin itu juga sebab mama tak mau tidur malam tu.
Bimbang semangat saya dipanggil oleh ponti.
Begitulah cerita saya. Perkara itu dilupakan begitu saja tapi ada masa saya akan
teringat semula.
Sejak dari peristiwa itu, asal ke rumah tu saya tidak akan main di luar kecuali ada
mama teman. Mama cakap bapa hanya bertahan selama 2 bulan. Rupa- rupanya bapa pun
dikacau. Malam waktu tidur ada bunyi tapak kaki yang kuat di dalam rumah dan
luar(rumah itu diperbuat oleh separuh papan dan bata). Bunyi pintu dibuka dan
ditutup. Bunyi guli. Lagi teruk bapa bilang suara perempuam bersenandung bertukar
ke menangis.. lpstu ketawa mcm orang gila.. dan selepas tu suara mcm memujuk bayi
supaya berhenti menangis. Pernah bapa sedang sibuk buat kerja di ruang tamu , tiba2
dengar bayi menangis. Bila bapa mencari suara tu, bapa nampak perempuan menggengon
bayi pusing2 pokok ara tu.
Saya pernah tanya mama kenapa gaji 3 sekuriti? Mama cakap sebab tiada orang kampung
berani jaga rumah itu sebab berhantu. Dan paling berani yang menjaga ialah orang
timur(om). 1 orang digaji tapi membawa kawannya 2 orang lagi sebab takut juga.
Paling lucu bila satu malam hujung minggu tu bapa terpaksa balik estet sebab on
call. Bila sampai di biliknya, alangkah terkejutnya 3 sekuriti tu tidur di lantai
biliknya. Rupa-rupanya dikacau cik ponti dan dorang lari terus ke bilik bapa (4
bilik semuanya dikunci) untuk bersembunyi.
Bapa mohon transfer sekali lagi dan dipindah ke Lahad Datu balik. Bila permohonan
bapa berjaya, barulah salah satu staff yang merupakan orang kg di sana buka mulut.
Menurutnya, dulu ada seorang perempuan kampung mengandung tidak bersuami.
Dihalaunya oleh ibu bapa dan orang kampung. Perempuan itu hilang arah tuju lalu
menggantungkan dirinya di pokok yang ada buaian tu. Dan bila tanah itu dibuka untuk
membuat rumah(orang putih berkahwin dengan tempatan) , tuan tanah selalu diganggu.
Dan akhirnya tuan tanah itu menjual tanah dan rumah itu kepada syarikat tpt kerja
bapa saya. Lalu rumah itu dijadikan rumah kepada pengurus ladang sawit dan bapa
saya salah satu mangsa gangguan.
Sekian di sini saja ceritanya.

Anda mungkin juga menyukai