Anda di halaman 1dari 38

*TAJUK : ISTERI AKU PEMBUNUH*

*KARYA : IKA PURNAMA*


*PART 1~15 + part akhir Ending*

Intro

"Tolonggggggg!!!!! Lepaskan aku Melati. Jangan seksa aku macam ni. Tolonglah, aku
merayu" Rayu si mangsa. Suaranya sudah mula serak kerana terlalu sering menjerit.
Melati mengheret sebilah kapak berkarat yang berlumuran darah. Sesekali dia tertawa
dan tergelak.
"Siapa suruh kau ada skandal dengan laki aku? Aku dah banyak kali beri kau amaran.
Tapi kau? Hurmmm..jadi kau tanggunglah" Melati mundar mandir dengan mengheret kapak
tersebut mengelilingi mangsanya yang terikat.
"Melati, maafkan aku. Maafkan aku.. Tolong aku. Aku sanggup sembah kaki kau.
Asalkan kau lepaskan aku. Aku janji aku takkan ganggu suami kau lagi"
Melati memberhentikan langkahnya. Wanita itu berdiri di belakang mangsanya itu.
Kapak berkarat yang setia bersamanya di julang dan di letakkan di atas bahu. Melati
membungkukkan sedikit tubuhnya. Bibirnya menghampiri ke sisi wajah si mangsa.
"Malam ni, aku tak rasa nak bunuh kau. Tapi, aku rasa nk bagi sesuatu yang istimewa
untuk kau."
Wanita yang terikat itu mulai rasa cuak. Wajahnya berubah serta merta. Peluh dingin
merecik di dahi.
"Kau takut?" soal Melati berbisik di pendengaran mangsanya.
Tiba-tiba..
"Aaarrggghhhhhhhhhhh!!!!!!" suara wanita itu menjerit nyaring.
Darah membuak-buak keluar dari potongan yang di lakukan Melati. Secebis daging yang
menyerupai telinga berada di tangan Melati. Telinga yang di potong, di layangkan di
hadapan mata si mangsa..
"Hadiah dari aku untuk seorang bakal madu. Hahahahahaha!!" Melati ketawa mengekek-
ngekek..
Karya � Ika Purnama

Part 1

Aku jadi bingung. Mahu menolak, takut di katakan derhaka pada orang tua. Mahu
menurut, dia sudah berjanji dengan seseorang untuk sehidup dan semati. Mahu
membantah suruhan orang tua, dia tidak sampai hati. Kini dirinya berada di tengah-
tengah antara kekasih hati dan ibu bapanya.

"Tak perlu nak berfikir lagi Rizal. Minggu depan kami dengan makcik pakcik kamu
akan datang ke rumah gadis itu untuk melamar. Kau setuju sahajalah. Untung kau
dapat dia untuk di jadikan bini" Suara Mak membuatkan aku tersentak dari lamunan.

Bagaimana dengan Misya? Aku tak mahu sakitkan hatinya. Tapi, aku tak boleh ingkar
dengan kata-kata mak dan ayah aku. Aku dalam dilema untuk membuat keputusan. Yang
pastinya, keputusan yang bakal aku putuskan melibatkan masa depan aku. Aduh! macam
mana ni. Ya Tuhan, tolong aku untuk membuat keputusan.

"Bagilah masa pada saya Mak. lagipun ini melibatkan masa depan saya, sudahlah saya
tak kenal perempuan tu siapa. Tiba-tiba aje, mak suruh saya kahwin dengan dia,"
Aku mula menunjukkan protes,

"Jangan kau cakap dengan ayah, yang kau tak nak kahwin sebab kau tak ada perasaan
dengan dia. cinta dan kasih sayang tu boleh di pupuk selepas kahwin." nasihat ayah
kepadaku, satu-satunya anak bujang mereka.

"Tak payah nak fikir-fikir lagi. setuju aje lah. yang lain biar mak dan ayah yang
uruskan. hah, ini gambar budaknya, cantik. mak yakin kau pasti suka." kata Mak
sambil menghulurkan sekeping gambar kepadaku.

Aku menyambut huluran mak itu. terkebl-kebil mataku menatap wajah yang di miliki
oleh gadis itu.

"Cantik.." ucapku perlahan. senyuman manis segera terukir di hujung bibirku tanpa
kusedari.

"Kan mak dah kata, kau mesti suka, mak dah jumpa orangnya. cantik dan lemah lembut.
sesuai untuk kau Rizal." puji mak lagi sambil tersengih-sengih.

"Mak, ayah, saya setuju. tapi, saya perlu jumpa dia untuk berkenalan." cadangku.
aku dapat lihat, mak dan ayah saling bertukar pandangan.

"Tak perlulah. lagipun dia tak ada kat sini. dia ada di luar negara. seminggu
sebelum tarikh kahwin nanti dia balik" beritahu mak.

Aku merasa sedikit kecewa. Aku mahu tahu siapakah gadis itu. Gadis yang pandai
memikat hati kedua ibu bapa aku.

"Tak apalah kalau macam tu. nak buat macam mana lagi. dia tak ada di sini. Tapi
sekurang-kurangnya bagitahulah nama dia dia." kataku sambil memandang wajah kedua
org tua ku itu.

"Melati Insyirah nama dia. kan bang" jawab mak.

Ayah hanya mengangguk mengiyakan apa yang di katakan mak,

"Sedap namanya secantik pemiliknya" getus ku dalam hati,

"Jadi? kau setujulah ni?" Soal Ayah.

Aku hanya tersenyum menandakan aku setuju. Jodoh itu ketentuan Allah kan. Nak buat
macam mana lagi.

"Tak sabarnya saya bang, tak lama lagi kita dapat menantu. lepas tu dapat cucu."
Ujar mak teruja. Aku jumpa tok kadi pun belum, dah sampai ke bab cucu pulak dia.

"Awak ni Tini, sabarlah. budak tu belum akad nikah lagi. Awak pulak melebih." tegur
ayah. Mak hanya tersengih-sengih kerang.

"Saya teruja sangat ni bang. tak sabar dah." jawab Mak bersungguh-sungguh.

Aku hanya mendiamkan diri. Malas mahu menyampuk perbualan mereka berdua.

"Mak,ayah Rizal nak keluar sekejap" kataku sambil bingkas bangun menuju ke bilik
untuk menyalinkan pakaian..

"Kemana sahaja kau nak keluar Rizal. duduklah ke rumah sesekali " Soal mak.

"Sekejap aje." Akhirnya Mak memberikan keizinan pada aku untuk keluar..

bersambung

karya. 👉Ika Purnama

Part 2
Rizal cuma mendiamkan diri sahaja. begitu juga Melati. Kedua-duanya kaku tidak
berkata-kata. suasana begitu sunyi dan sepi di antara mereka berdua, walaupun
berada di tempat umum. Teh ais limau di hirup perlahan oleh Rizal. Matanya sesekali
menjeling ke arah wajah jelita si gadis yang ada di hadapannya.

Melati Insyirah hanya tersenyum. Dia malu apabila dirinya di renung begitu oleh
lelaki yang bakal menjadi suaminya tidak lama lagi.

"Ada apa abang nak jumpa saya?" Tanya Melati tersipu-sipu. pandangannya di alihkan
ke tempat lain. Dia membetulkan sedikit rambutnya yang agak berserabut apabila
rambutnya di tiup angin.
Rizal tersedak. Hampir tersembur air yang dia minum sebentar tadi. Rizal terkejut
apabila dirinya di panggil abang oleh Melati.

"Abang tak apa-apa ke?" Tanya Melati. di samping itu, dia menghulurkan sehelai sapu
tangan kepada Rizal. sapu tangan itu di sambut walaupun lelaki itu terasa malu.

"Ermm.. macam ni, sebelum kita .. kita..kita berdua di satukan, sssay..abang nak
tanya Melati betul-betul, dah fikir masak-masak ke nak jadi isteri abang?" soal
Rizal tergagap-gagap. wajahnya yang hitam manis menjadi basah akibat peluh dingin
yang merecik dari liang pori-pori kulitnya.

"Kenapa abang tanya Mel macam tu? Mel tak kisah bang. sebab Mel percaya, mak dan
ayah akan jodohkan Mel dengan lelaki yang baik-baik" Jawab Melati dengan yakin.

"Melati tak kenal abang lagi macam mana. kalau abang ni jenis lelaki jahat, Melati
juga yang akan menyesal" Rizal cuba menguji sejauh mana keikhlasan hati gadis itu
dalam menerima dirinya.

"Tak apa, Mel tak kisah. Mel dah biasa jumpa dengan lelaki yang macam abang cakap
tu" jawab Mel dengan senyuman sinis.

Melati menyandar di kerusi. sesekali rambutnya yang perang dan berikal di pintal-
pintal. wajahnya yang cantik jelita seiras Rita Rudaini memandang tajam ke wajah
Rizal. "Aku tak akan menyesal jumpa kau, tapi... kau yang akan menyesal bila kenal
aku. jangan harap, kau ada peluang untuk sakitkan hati aku!" getusnya sendiri di
dalam hati.

"Menung jauh nampak? teringatkan seseorang ke?" soal Rizal sekadar ingin menduga.

"Eh tak adalah, Mel mana ada boyfriend. sebab tu, Mak dan Ayah jodohkan kita
berdua."

"Ye ke? gadis secantik Mel, seorang yang manja macam ni, takkan tak ada yang
berkenan?"

"Ada, tapi semua dah mati" jawab Mel bersahaja.

"Mati? mati sebab apa?"

"Mati excident bang" balas Melati bersahaja.


Rizal menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. kemudian, dia memandang lagi wajah
Melati dengan satu renungan.

"Okay, macam ni. Abang setuju dengan cadangan mak ayah kita berdua. tapi, abang nak
berterus terang dengan Mel. abang dah ada teman wanita. abang harap, Mel bagi masa
pada abang untuk selesaikan masalah abang dengan dia dulu." ujar Rizal berterus
terang. gadis itu perlu tahu keadaan dan situasi dirinya yang sebenar. Dia tidak
mahu bakal isterinya menuduhnya melulu jika ada sesuatu yang menghancurkan
rumahtangganya kelak, dia tidak mahu menyakiti hati isterinya jika mereka berkahwin
nanti.
Melati hanya menghadiahkan sebuah senyuman. Hanya senyuman itu yang di fahami oleh
Melati sendiri. senyuman sinis yang berbahaya. Entah apa yang ada di dalam
fikirannya ketika itu.

bersambung...

karya oleh👉Ika Purnama

Part 3

Dia membuang pandang keluar jendela. Hujan masih lagi turun dengan lebat. Wajahnya
menunjukkan riak tenang dan bersahaja. Orang yang di nantikan masih lagi tidak
berkunjung tiba.

"Manusia hanya tahu berjanji" getusnya di dalam hati.

Jam sudah menunjukkan pukul 9.50 malam. Melati terus sahaja mencapai telefon
pintarnya yang sudah sedia ada di atas meja.

Gadis itu cuba untuk menghubungi Tunangnya, Rizal. Tapi gagal.

Dengan pantas dia terus sahaja bingkas bangun dan mencapai segugus kunci dan bag
tangan. Pintu rumah di tutup.

"Hai, nak keluar ke mana hujan-hujan lebat ni. Malam pula tu" Tegur Cik Hasnah
kepoci.

Melati hanya menjeling tajam. Tidak berminat untuk menjawab soalan dari jirannya
itu.

"Sombong betul" marah Cik Hasnah tidak berpuas hati.

Kereta Honda Jazz berwarna biru milik Melati meluncur laju membelah kepekatan malam
dan hujan lebat. Hatinya berombak kencang, apabila memikirkan Rizal senyap
sepanjang hari, tanpa menghubungi atau menghantar teks kepadanya.

Melati memandu menghala ke rumah orang tua tunangnya itu, bukan mahu menemui Rizal,
tetapi hanya mahu tahu di mana dan dengan siapa Rizal berjumpa.

Puan Tini dan Encik Ghafar sungguh terkejut dengan kehadiran Melati, yang secara
tiba-tiba muncul di hadapan rumah mereka. Terlihat jelas wajah gadis itu menahan
marah.

"Kenapa ni Mel, ada yang tak kena ke?" soal Puan Tini. Hatinya cukup bimbang jika
ada perkara berlaku yang tak elok kepada bakal menantunya yang satu itu.

"Maaf mak, Mel cuma nak tahu ke mana abang Rizal pergi" Tanya Melati dengan tenang.
Dia tidak boleh menunjukkan reaksi marahnya kepada kedua bakal mertua.

"Lah..bukan ke tadi Rizal kata nak jumpa Mel. Dia tak sampai lagi ke?" Puan Tini
seolah-olah terkejut. Di sangkanya, Rizal keluar berdua dengan Melati. Rupa-
rupanya, anak lelakinya itu langsung tidak ke rumah gadis itu.

"Ni mesti dia jumpa budak perempuan tu. Dah banyak kali mak nasihatkan. Jangan
jumpa lagi" Bebel Puan Tini.
"Mak tahu abang selalu jumpa dia di mana?" Tanya Melati inginkan kepastian. Dia
mengharap bakal mertuanya itu dapat membantu.

"Alah kak, abang selalu jumpa kak Misya tu. Kak Misya tu kerja kat 7e Taman Tasek.
Akak pergi je ke sana." balas Angah tiba-tiba. Entah munculnya dari mana, tiba-tiba
sahaja ada di belakang Melati.

"Mana Angah tahu ni?" Soal Encik Ghafar. Sebolehnya, dia tidak mahu ada perkara
yang tidak elok terjadi di antara anak dan menantunya. Lagi pula, majlis
perkahwinan mereka semakin hampir.

"Angah tahulah ayah, Angah selalu nampak abang keluar berdua dengan kak Misya.
Selalu nampak abang hantar kak Misya ke tempat kerja. Lupa ea, Angah keja kat area
situ juga." ujar Angah panjang lebar.

Melati mengetap bibir dengan kuat. Tanpa dia sedar, bibirnya mengalami sedikit
luka. Darah merah keluar dari celahan luka dan membuatkan Angah ternampak.

"Mak, bibir kak Mel berdarah tu!" tegur Angah.

Puan Tini dan suaminya terus berkalih memandang ke arah wajah Melati.

"Jangan risau. Sikit je ni. Kejap lagi baiklah tu" Dengan pantas, Darah yang ada di
bibir, di kesat dengan sehelai tisu.

"Mel okay?" soal Puan Tini, bimbang.

"Mel okay mak. Jangan risau. Okaylah, Mel nak balik dulu. Kirim salam dengan abang
ya mak" ujar Melati terus mencapai tangan bakal ibu mertuanya dan di cium sebagai
tanda hormatnya kepada wanita itu.

"Hati-hati memandu Mel" balas Puan Tini dengan satu senyuman manis yang terukir di
hujung bibirnya.

Melati hanya mengangguk dan tersenyum.

Di dalam perjalanan, Melati menahan amarah. Dadanya menahan gelora cemburu yang
maha hebat. Pemanduannya di tala ke hadapan dan gadis itu terus membelok ke sebelah
kiri untuk menuju ke satu tempat, iaitu ke Taman Tasek.

Gadis itu dengan perlahan, menelusuri jalan dengan berhati-hati. Matanya yang di
arahkan kepada deretan kedai yang ada di situ, dan pandangannya tertancap terus ke
arah satu kedai yang masih lagi di buka. Itulah dia 7e..

Kereta di pandu dengan amat berhati-hati. Dia melalui hadapan kedai di mana tempat
gadis yang bernama Misya bekerja. Kereta di parking di hujung kedai yang paling
akhir. Kedai 7e tempat di mana gadis itu bekerja hanya terletak 3 buah kedai dari
tempat Melati sedang memerhati.

Sebatang rokok di nyalakan. Melati menyedut rokok tersebut sedalam-dalamnya.


Kemudian, dia melepaskan segumpal asap ke ruang udara.

Dengan jelas, matanya merenung ke arah dua manusia yang sedang bergelak ketawa
ketika keduanya sedang keluar dari kedai tempat gadis itu berkerja. Melati amat
mengenali kedua-dua manusia itu.

"Cantik..tapi, kecantikkan kau tak akan kekal lama. Kau tunggu!" ucap Melati sambil
tersenyum sinis.
Rokok yang di hisapnya di campak ke bawah dan di pijak-pijak.

Bersambung

Karya Ika Purnama

Part 4

"Awak, tahniah ya?" ucap Misya. Pandangannya di halakan ke hadapan jalan. Air mata
sudah bergenang di pelupuk mata.

"Tahniah untuk apa?" Tanya Rizal semula.

"Tahniahlah sebab awak dah nak berkahwin tak lama lagi." jawab Misya dengan nada
yang sedih. Ada getar pada suaranya.

"Janganlah macam tu, kita masih lagi tetap berkawankan? Walaupun saya dah kahwin"
ujar Rizal cuba memujuk.

"Tapi situasi kita dah lain, dah berbeza. Kita tak boleh jumpa lagi macam selalu"

"Kita jumpa senyap-senyap bolehkan?"

"Rizal, dengar sini. Saya dah tak nak ada hubungan dengan awak lagi. Saya tak nak,
isteri awak tuduh saya perampas!. Awak faham tak?" Misya mula meninggikan suara.

Rizal tergamam dengan sikap Misya yang berubah secara tiba-tiba. Selama 3 tahun dia
berkawan dengan Misya, gadis ini tidak pernah menunjukkan kekasarannya.

"Macam ni lah, awak lupakan saya. Awak bina hidup baru bakal isteri awak" ujar
Misya. Air mata yang di tahan-tahan tadi akhirnya merembes juga.

"Awak baliklah.." Misya memusingkan tubuhnya membelakangkan lelaki itu.

Tidak sanggup rasanya dia mahu memandang wajah kekasih hatinya yang bakal menjadi
suami kepada gadis lain. Dia harus menerima hakikat, Jodoh pertemuan semuanya
terletak di tangan Allah. Dia dan Rizal beriya-iya merancang pernikahan yang gilang
gemilang, menyimpan impian untuk mempunyai cahaya mata bersama. Tetapi, dia redha,
Allah lebih berhak menentukan perjalanan hidupnya.

"Huh.." Rizal melepaskan keluhan berat.

"Misya, awak kena tahu, sampai bila-bila saya tetapkan sayangkan awak. Saya tak
boleh lupakan awak macam tu je" luah Rizal. Dia juga berbelah bahagi untuk memilih
siapa yang harus dia pilih. Rizal rasa terhimpit.

"Awak baliklah" Arah Misya, kemudian gadis itu melangkah masuk ke dalam kedai.
Langkahnya meninggalkan si lelaki yang masih lagi setia menanti di situ.

***

Misya merasa tidak sihat. Tubuhnya terasa lenguh. Kepalanya juga berat. Dia
akhirnya memohon cuti untuk berehat.

Hostel yang di sediakan oleh pihak 7e, terletak berdekatan dengan kedai tempatnya
berkerja. Jadi, Misya lebih senang berjalan kaki berulang alik ke tempat kerjanya.
Jam di tangan sudah menunjukkan waktu 11.00 malam. Keadaan jalan raya semakin lama,
semakin lengang. Misya berjalan keseorangan tanpa di temani oleh sesiapa pun.
Lorong yang di laluinya juga begitu sunyi. Tiada org yang lalu lalang di situ.
Abang Leman burger pun tak berniaga hari ini. Biasanya lelaki itu tutup pada hari
jumaat. Tetapi, hari ini bukan hari jumaat. Hari ini hari khamis. Misya tak peduli.
Yang penting, dia sampai ke rumah dengan selamat.

"Hoi!" panggil satu suara. Suara itu milik seorang gadis.

Misya menoleh ke belakang. Dia ternampak satu susuk tubuh berdiri di hadapan
matanya. Tetapi sayang, Misya tidak dapat melihat dengan jelas raut wajah gadis
itu.

"Awak siapa?" Soal Misya. Langkahnya terhenti.

Susuk gadis yang berhud itu melangkah menghampiri Misya. Tanpa sempat berbuat apa-
apa, leher Misya di cengkam dengan kuat.

"Ap..apa..apa ni?" soal Misya tergagap. Nafasnya tersekat-sekat akibat cengkaman


dari gadis itu. Dadanya berombak kencang.

"Aku tak perlu jelaskan apa-apa pada kau. Cukup sekadar kau tahu..yang kau dah
menganggu hak aku!" herdik Melati. Pandangan matanya di tikam ke anak mata Misya.

Misya terkapai-kapai. Dia meronta mencuba untuk memboloskan diri dari cengkaman
gadis itu. Tetapi, cengkama tangan Melati nampaknya lebih kuat sehinggakan Misya
sukar untuk bernafas.

Sebilah pisau kecil yang cukup halus, di keluarkan. Pisau yang masih kelihatan baru
dan berkilat, di usap-usap ke wajah mulus Misya. Misya ketakutan. Jelas terpamer di
wajahnya ketakutan yang tak boleh di bayangkan.

"Jangan risau, aku cuma nak cantikkan muka kau aje." Melati mula menghiris sedikit
kulit pipinya. Darah mula keluar dan menitik.

"Kau siapa? Kenapa buat aku macam ni? Aku tak kenal kau pun"

"Shhhhhh... Jangan banyak cakap. Aku tengah buat kerja ni. Diam-diam okay"

Misya cuba meronta. Tetapi rontaannya mendatangkan kemarahan Melati. Dengan sekali
torehan, wajah Misya terluka dan menjadi cacat.

Tidak cukup dengan itu, Melati mengheret Misya ke kereta dan menyumbat gadis itu ke
dalam bonet.

"Aku suruh kau duduk diam-diam tadi kan? Tapi kau degil. Sekarang kau rasalah!!!!!"
tengking Melati. Tangannya yang berlumuran darah di kesat pada uniform Misya. Dia
tak mahu ada setitik darah pun melekat pada bajunya.

Melati menghalakan keretanya ke rumah. Waktu itu, kawasan perumahan yang di duduki
Melati senyap sunyi. Sesekali terdengar bunyi burung hantu bersuara.

Bonet kereta di buka. Melati dapati, Misya masih lagi menangis. Gadis itu merayu
agar dirinya di lepaskan.

"Ssshhhhhhh..." Dengan cepat, Melati meletakkan jari telunjuknya ke bibir Misya.

"Diam sekejap boleh tak? Jangan bising. Aku tak suka teman serumah aku bising-
bising" Ujar Melati. Rambut Misya di renggut dengan kasar. Kemudian di tarik menuju
ke sebuah bilik di bawah tangga. Bilik itu sedikit gelap hanya di terangi oleh
sebatang lilin yang sudah pendek. Ruang bilik itu juga sempit. Hanya boleh
memuatkan dua org sahaja di dalamnya.

Misya di dudukkan pada sebuah kerusi kayu. Mulutnya diikat dengan kain. Tangan dan
kakinya turut di ikat dengan seutas tali.

Misya sekali lagi cuba meronta-ronta untuk melepaskan diri, tetapi tetap juga
gagal.

"Kau tinggal kat sini ya, temankan aku. Aku ni duduk sini sorang-sorang. Aku bosan
tau. Temankan aku ya?" ujar Melati sambil mengenyitkan mata. Pintu bilik kecil itu
di tutup dan dan di kunci dengan sebuah mangga yang besar.

"Duduk situ sampai kau mampuss! Ha..ha..ha..ha.." kata Melati sambil ketawa
berdekah- dekah.

Bersambung..

Karya 👉 Ika Purnama

Part 5

Majlis perkahwinan Melati dan Rizal hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Ianya
membuatkan Rizal termenung panjang.

"Kau ni kenapa Rizal? Dari tadi termenung tak sudah-sudah. Ada masalah?" tegur
Haikal.

"Tunang aku tu.." jawab Rizal ringkas.

"Kenapa dengan dia? Melati curang dengan kau ke?" Tanya Haikal. Dia menghenyakkan
punggungnya di kerusi yang bersebelahan dengan rakan sekerjanya itu.

"Dah beberapa hari, dia senyap je. Call aku tidak, mesej apa lagi." ujar Rizal.
Wajahnya kusut.

"Dia tak call kau, tak mesej kau, kaulah yang call atau mesej dia. Apa yang
susahnya?"

"Aku dah buat dah. Tapi telefonnya di matikan. Jenuh aku. Dia tiba-tiba hilang
macam tu je" luah RIzal. Telefon pintar miliknya di tenung.

"Ada hal lah tu. Sabar lah."

Rizal terdiam. Bukan itu sahaja yang menyerang mindanya ketika ini. Ada satu lagi
yang membuatkan Rizal kehairanan. Misya di didapati hilang dalam sekelip mata.
Tidak seorang pun dari rakan-rakan serumah Misya yang tahu ke mana gadis itu
menghilangkan diri.

"Ni apa lagi yang kau menungkan tu. Dah macam ayam berak kapur aku tengok kau ni.
Orang lain nak kahwin, bukan main suka dan gembira. Tapi kau? Tunjuk muka ketat."
tegur seorang lagi lelaki. Namanya Faiq.

"Aku okay je lah" Faiq tergelak. Jawapan 'okay' yang di berikan oleh Rizal adalah
lucu baginya. Rizal tidak pandai berdolak dalih. Itu yang dia pasti.

"Kau ni nak menipu pun agak-agaklah. Macamlah kami ni baru kenal kau sehari dua.
Kau tak okay, cakap ajelah kau tak okay. Apa masalahnya?" kata Faiq sambil menepuk
bahu Rizal yang masih lagi berteleku di situ.

"Aku fikirkan Melati, dalam masa yang sama, aku risaukan Misya. Misya pun hilang.
Aku tak tahu kat mana dia sekarang" jelas di raut wajahnya yang begitu bimbangkan
akan kehilangan kedua-dua gadis itu. Dia sudah hampir putus asa sebenarnya.

"Bertenanglah bro. Dia tak akan apa-apa. Pandailah dia nak jaga diri dia sendiri.
Mungkin dia perlukan masa untuk diri dia. Kau ni pun, takkan tak faham lagi maksud
aku" ujar Haikal pula. Kemudian, dia dan Faiq mula mengatur langkah untuk
meninggalkan Rizal di meja kerjanya.

"Aku blah dululah. Nanti si gedik tu datang, kita juga yang susah. Aku sakit mata
betul dengan perempuan tu" sejurus selepas Faiq berbicara, pandangan mereka
tertumpu kepada satu arah.

"Panjang umur. Baru je sebut, dah muncul. Rizal, aku blah dulu. Kita jumpa kat
rumah je nanti" Faiq mencebik-cebik di hadapan Haikal dan Rizal. Kemudian, dia
terus berlalu pergi. Haikal juga turut membuntuti langkah kaki rakannya Faiq.

"Eh, korang nak pergi mana? Aku baru je sampai. Lepaklah dulu" sapa seorang gadis.
Dengan gaya menggoda, gadis berambut panjang lurus itu duduk di samping Rizal.

"You, temankan i lunch boleh tak.? I tak ada orang yang nak temankan. Please..."
pujuk gadis itu dengan lembut.

"Sorry Nera, i tak boleh temankan you"

"Alah, kali ni aje. Bolehlah. I belanja you" pujuknya lagi. Tubuhnya yang seksi di
rapatkan ke tubuh Rizal. Tangannya menjalar ke leher lelaki itu.

Rizal cuba menepis. Tetapi, nampaknya Nera seperti memaksa. Selagi lelaki itu tidak
memberikan jawapan yang dia mahukan, Sukar untuk Rizal meloloskan diri.

Sebagai jalan terakhir, Rizal terpaksa setuju untuk menemankan Nera makan tengahari
pada hari itu.

Kedua-duanya berjalan beriringan, keluar dari pejabat. Lengan Rizal, di paut manja
oleh Nera. Rizal hanya mendiamkan diri.

Tanpa di sangka-sangka, tubuh Nera di langgar seseorang. Nera pantas memberhentikan


langkahnya. Dia segera menoleh ke belakang untuk melihat siapa gerangan yang begitu
berani melanggarnya.

"Hoi! Mata kau letak mana? Buta ke?" herdik si Nera. Kelembutan yang sering di
tunjukkan olehnya selama ini lenyap tiba-tiba.

"Maaf, saya tak sengaja."

"Maaf..maaf.. Aku tak ada masa nak maafkan orang macam kau ni" butir bicara yang
keluar dari mulut Nera boleh di katakan agak kurang ajar dan sombong.

Rizal hanya memerhatikan adegan pergaduhan di antara Nera dan seorang gadis yang
berhud. Dia cuba untuk mengintai wajah gadis itu, tetapi agak sukar untuk di lihat.

"Pergi!" Arah Nera menyuruh gadis berhud itu beredar dari situ.

Rizal sepertinya mengenali susuk tubuh gadis yang memakai hud hitam yang baru
sahaja menghilangkan diri. Sepertinya seakan-akan...'Ah! Perasaan aku aje kot'
getus di hatinya.

"Jom sayang, pedulikan dia" ujar Nera sambil menarik lengan Rizal dengan manja.

Di sebalik tembok, gadis berhud hitam membuka hudnya dengan perlahan-lahan. Tembok
yang di perbuat dari batu bata itu di tumbuk berkali-kali sehingga jari-jarinya
mengalami luka dan berdarah.

"Kau akan menyesal nanti." ucapnya perlahan. Riak wajahnya tegang dan bengis.
Matanya merenung tajam ke arah kedua-dua makhluk tuhan itu. Tiada sekelumit
senyuman pun yang terukir di bibirnya.

Bersambung..

Karya Ika Purnama

Part 6

Melati duduk di birai katil. Cadar merah berbunga putih di sentuh dengan lembut.
Senyuman manisnya terukir sepanjang masa.

Tubuhnya yang masih lagi berbalut dengan pakaian pengantin tidak di hiraukan.
Rasanya mahu sahaja dia memakai baju itu sepanjang masa. Hari ini, adalah hari yang
paling membahagiakan dalam hidupnya. Hari dia di tabalkan sebagai permaisuri hati
suaminya, Rizal.

Melati bangun dan terus menghampiri cermin besar yang ada di ruang beradu tersebut.
Di belek-belek wajahnya yang ayu jelita. Di pusing-pusing tubuhnya ke kiri dan ke
kanan.

"Hurmm, cantik." ujarnya sendirian. Senyuman bahagia tidak pernah lekang dari
bibirnya.

"Kau dah jadi milik aku,Rizal. Hanya akan jadi milik aku seorang" gumamnya sendiri
sambil tergelak kecil.

"Assalamualaikum, boleh abang masuk"

Melati segera menoleh. Serta merta, dia terus mendapatkan suaminya yang masih lagi
berdiri di muka pintu. Lengan Rizal di paut mesra.

"Apa yang tak boleh masuknya. Ini kan bilik abang." kata Melati manja. Kepalanya di
letakkan di bahu Rizal.

"Bilik kita, ini bilik kita berdua. Bukan bilik abang sorang" balas Rizal. Wajah
Melati di usap dengan penuh kasih.

"Abang" panggil Melati.

"Ye"

"Abang cintakan Mel?" Soal Melati tiba-tiba.

"Mestilah abang cintakan Mel. Mel kan isteri abang. Suami mana yang tak sayangkan
isterinya." jawab Rizal, bohong. Jawapan itu hanya sekadar untuk mengaburi
isterinya sahaja, ini kerana ingatan dan cintanya masih lg terpahat kepada Misya
yang masih lenyap tanpa di ketahui kemana hilangnya gadis itu.
Melati tersenyum lagi. Tetapi senyuman itu begitu sinis.

"Dusta!" balas Melati. Tetapi kata-kata hanya ada di dalam hatinya.

"Mel tak nak tukar baju tu ke? Tak rimas?" Melati hanya menggelengkan kepala.
Sepertinya, dia akan memakai terus persalinan pengantin di tubuhnya sehingga esok.

"Abang dah makan?" Tanya Melati pula. Leher Rizal di usap-usap.

"Dah, dengan ayah tadi. Okaylah, abang nak tidur dulu. Badan ni letih sangat" Rizal
terus sahaja merebahkan tubuhnya di atas katil. Dengan hanya beberapa saat, dia
sudah lena diulit mimpi.

Melati hanya memerhati tingkah suaminya. Dia dapat merasakan, cinta yang di ungkap
lelaki itu hanya palsu semata-mata. Dia juga dapat merasakan, lelaki itu tiada
perasaan terhadapnya.

"Kau jangan ingat, aku tak tahu apa yang kau fikir." getusnya..

Melati terus sahaja ke bilik air. Kemudian menyalin pakaiannya. Dengan pantas dia
terus mencapai kunci kereta untuk keluar.

"Nak kemana tu Mel. Dah malam ni." tegur satu suara. Melati berpaling. Rupa-rupanya
itu adalah suara ibu mertuanya, Puan Tini.

"Nak balik sekejap mak. Nak ambil barang yang tertinggal" kata Melati, berbohong.

"Dah malam sangat ni. Tak elok. Esok-esok sahajalah Mel balik ye. Lagipun, tak
penat ke Mel, satu hari jadi raja sehari. Layan tetamu lagi. Rehatlah, temankan
Rizal dalam bilik tu" omel Puan Tini.

Sebelah kaki Melati di undurkan setapak. Wajahnya berubah riak. Dia bengang dengan
sikap ibu mertuanya. Selama ini, apa sahaja yang dia lakukan, tiada sesiapa yang
berani menghalang.

"Takpe, lain kali ada" bisiknya perlahan.

Dengan langkah yang berhati-hati, dia terus kembali semula ke dalam bilik tidur.

Wajah Rizal di tenung sedalam-dalamnya. Lelaki yang sudah pun menjadi suaminya yang
sah. Walaupun, jodoh mereka di tentukan oleh orang tua.

"Aku sayang kau. Tapi, kau jangan cuba-cuba nak khianat aku. Kalau kau berani, aku
akan bunuh orang yang kau sayang satu persatu sebagai ganti rugi utk pengkhianatan
yang kau dah buat."

Melati terus sahaja berbaring di sebelah suaminya. Lengan Rizal di tegakkan dan
Melati meletakkan kepalanya di atas lengan suaminya itu.

Wajah Rizal yang kepenatan di pandang lagi. Kemudian wajah itu di usap lembut.

"Aku sayangkan kau sangat-sangat tau" ucap Melati. Kemudian matanya terus di pejam
rapat.

*****

Perkahwinan mereka sudah pun mencecah 2 bulan. Tiada apa yang kurang bagi Melati.
Semuanya cukup bagi dirinya. Kebahagiaan mereka jelas tergambar di wajah kedua-dua
insan ini.
Pagi itu, sebelum ke pejabat. Rizal menemui Melati terlebih dahulu. Pada waktu itu,
isterinya sedang sibuk memotong daging.

"Sayang, abang nak ke pejabat dah ni." tegur Rizal. Dia memeluk pinggang isterinya
dari belakang.

Melati hanya mendiamkn diri apabila Rizal memeluknya.

"Tap!! Tap!!"

Bunyi tetakkan dari perbuatan Melati membuatkan Rizal sedikit menjauh

Melati kemudiannya memusingkan tubuhnya dengan perlahan sambil memandang suaminya.

"Abang, kenapa ni?" soal Melati pelik.

Rizal terdiam. Pandangannya melurus ke arah pisau daging yang tajam berkilat dan
berlumuran darah yang di genggam kemas oleh isterinya. Air liur di telan perlahan,
terasa pahit di tekaknya.

"Abang" panggil Melati sambil melayangkan tangannya di mata Rizal.

"Ya, Ab...abang nak pergi kerja dah ni" beritahu Rizal dengan cepat, ada getaran
pada bicaranya.

Melati melihat dengan jelas ketakutan di wajahnya apabila melihat keadaan dirinya
yang sedikit kotor dengan darah yang terpecik di muka dan juga pakaiannya.

Melati mengiringi langkah kaki suaminya sampai ke hadapan pintu.

"Tengahari nanti balik makan ya, Mel masak sedap-sedap untuk abang"

Rizal menoleh semula memandang Melati. Senyuman manis terukir di bibir isterinya
itu, tetapi kenapa perasaanya terasa senyuman isterinya itu seperti menyeramkan.

"Insha Allah, kalau abang tak sibuk, abang balik makan ya" jawab Rizal dengan
lembut.

Melati melangkah mendekati Rizal. Baju dan tali leher suaminya di perkemaskan.
Rizal hanya mendiamkan diri. Matanya merenung ke wajah Melati dengan pelbagai
perasaan.

"Jangan pandang Mel macam tu bang, seganlah" tegur Melati dengan lembut.

Rizal hanya mrngangguk. Sebelum dia memasuki kereta, tangannya di capai dan di cium
oleh Melati. Pipinya juga di kucup dengan kasih.

"Jangan nakal-nakal di pejabat ya, sayang" pesan Melati sambil mengenyitkan


matanya. Rizal hanya mengangguk dan terus menghidupkan enjin kereta, kemudian
berlalu pergi meninggalkan perkarangan rumah dengan hati yang gundah.

Sementara Melati pula hanya tersenyum, kemudian tiba-tiba bertukar menjadi gelakkan
halus dan akhirnya dari gelakkan halus, bertukar pula dengan ketawa yang mengekek-
ngekek.. Dia kembali ke dapur menyambung kerjanya yang tertangguh. Pisau daging di
capai dan diangkat tinggi-tinggi kemudian terus menghayunkan pisau itu ke daging
yang masih lg berdarah dengan senyuman sinisnya di hujung bibir.

"Taappppp!!!"
Bersambung

Karya Ika Purnama

Part 7
Cik Hasnah keluar dengan memikul sebakul baju yang sudah di basuh. selipar di
sarung kemudian terus melangkah keluar menuju ke ampaian. tiba-tiba sahaja
hidungnya tercium satu bau busuk yang meloyakan. Cik Hasnah menekup hidungnya
menahan dari terus-terusan terhidu bau tersebut.

"Busuknya" Getus Cik Hasnah. Matanya di liarkan mencari arah bau itu datang dari
mana. Busuknya seperti bau bangkai reput.

"Ada kucing mati ke kat sini? setahu aku kat taman ni, tak ada orang bela kucing"
ujar Cik Hasnah membuat andaiannya sendiri.

Seketika kemudian, pandangannya menjurus ke halaman rumah jiranya, Melati. Sudah


beberapa bulan gadis itu tidak pernah pulang ke rumahnya. Sekali lagi, wanita yang
sudah kematian suami ini kembali memandang ke rumah jirannya itu.

Apa yang ada di dalam fikirannya kini, kemungkinan bau itu datangnya dari rumah
Melati. Mana tahu ada kucing yang mati di dalam.

Cik Hasnah melangkah perlahan-lahan memasuki perkarangan rumah Melati. Pintu pagar
di dapati tidak berkunci. Tanpa berfikir, Cik Hasnah terus menuju ke pintu masuk
rumah itu. Tetapi sayangnya, pintu itu di mangga. Cik Hasnah kecewa kerana tidak
dapat memasuki ke dalam rumah tersebut. kemudian, Cik Hasnah meninjau ke sebuah
tingkap yang sedikit terbuka. Dengan pantas, tingkap yang berkaca gelap di tolak
sedikit supaya dia dapat melihat isi rumah itu dengan lebih jelas.

"Akak buat apa kat rumah saya ni?"

Cik Hasnah tersentak. Tubuhnya kaku tiba-tiba apabila terdengar teguran dari suara
seseorang. Tangan dan kakinya menggeletar hebat. Bibirnya bergerak untuk berkata
sesuatu tetapi, tiada apa yang keluar dari mulutnya.

"Hai" sapa Cik Hasnah sambil tersengih-sengih.

"Saya tanya ni, apa yang kak Hasnah buat kat halaman rumah saya ni. Kak Hasnah cari
apa?"
ada nada marah pada suara Melati.

Cik Hasnah terasa agak takut untuk bertentang mata dengan Melati. Wajah gadis itu
menakutkannya. Dengan kaki yang terketar-ketar, Cik Hasnah cuba menghampiri Melati
yang masih lagi tegak berdiri di hadapannya.

"Akak tercium bau busuk tadi. Jadi akak carilah datang dari mana bau tu. Akak rasa,
bau tu datang dari sini" jawab Cik Hasnah perlahan. Dia harus bercakap dengan
berhati-hati agar gadis itu tidak terasa hati.

"Saya tak ada bau apa-apa pun. Lebih baik akak balik sekarang. Saya tak suka orang
luar masuk kawasan rumah saya ni. balik!" Herdik Melati. matanya di cerlungkan ke
wajah Cik Hasnah. Dengan cara pandangan itu, Cik Hasnah merasa gerun. Dengan
pantas, wanita itu terus melangkah pulang ke rumahnya.

"Kepoci" getus Melati.


Kunci rumah di keluarkan dari bag. Pagar dan pintu di buka. tidak semena-mena, bau
bangkai menusuk terus ke ruang pernafasannya.

Melati hanya tersenyum. senyumannya lebar sehingga ke telinga. bag tangannya di


letakkan atas sofa, tanpa berehat terlebih dahulu, Melati terus mengemas-ngemas
ruang tamunya, dapur dan segala isi rumah.

"Kau ni, dasar pemalas kan? apalah salahnya kau kemas sikit rumah ni masa aku tak
ada. asyik terperap aje dalam bilik tu" bebel Melati. Entah di bebelnya kepada
siapa.

Setelah siap berkemas, Melati mula memasak. Daging ayam yang baru di belinya tadi
di pasaraya sebelum datang di keluarkan. Ayam itu di kerat-kerat, di potong-potong
menjadi ketulan kecil. Ayam itu mahu di masak untuk hidangannya pada tengahari itu.

Hari ini, mood Melati dalam keadaan yang baik dan ceria. Maka sebab itu dia kembali
semula ke rumahnya untuk berkemas dan memasak. Melati juga bernyanyi-nyanyi riang.

Selesai memasak, Melati menghidangkan segala juadah di atas meja. Siap dengan
hiasan bunga lili bersama pasu yang comel.

"Siap dah" ujar Melati sendiri. kemudian, matanya di kalihkan ke arah pintu bilik
di bawah tangga. pintu yang bermangga besar itu di perhatikan. senyuman Melati
terukir lagi.

"Kesian kaukan. dah lama terkurung dalam tu. hari ni mood aku baik. aku bebaskan
kau"

Melati dengan pantas mengambil kunci yang di simpan di dalam laci kabinet yang ada
di situ. mangga yang sudah melekat selama hampir 4 bulan di buka, dan pintu bilik
kecil itu serta merta ternganga sedikit. bau busuk yang menyengat keluar dari bilik
kecil yang gelap itu.

Melati terus sahaja membuka pintu itu dengan lebih luas. maka, ternampaklah satu
tubuh yang hanya tinggal sedikit sisa yang merupakan cebisan daging dan kulit.

Melati menunjukkan riak sedih. lantas wajah mayat yang hanya tinggal tulang itu di
sentuh.

"Kesiannya kau" ujar Melati seakan berbisik.


Mayat Misya yang sudah mereput dan hanya tinggal tulang itu di keluarkan dari ruang
bilik. Melati meletakkan mayat itu di dalam bilik air untuk di mandikan.

"Kau ni bau busuklah. loya tekak aku tau. tapi takpe, memandangkan hari ni aku baik
hati, aku mandikan kau. lepas tu kita makan sama-sama ya" Melati tersenyum, dan
sikit demi sikit, mayat Misya di siram dengan air dan di lumurkan dengan sabun.
Sambil memandikan, Melati menyanyi..

setelah siap semuanya, mayat Misya di dudukkan di atas kerusi. Melati mencedukkan
nasi dan juga sedikit lauk di atas pinggan. segelas air juga di letakkan berhadapan
mayat itu.

"Makanlah, aku masak sedap ni" suruh Melati. nasi yang berada di pinggan disua-
suakan ke wajah mayat reput itu.

tiba-tiba..

"Prangggggg!" terdengar sesuatu benda pecah. Melati serta merta terus menoleh ke
arah tingkap yang terbuka sedikit. ternampak kelibat seseorang yang sedang
mengintai.
Melati tersenyum sinis. Dia sudah tahu siapakah yang berani menceroboh masuk ke
kawasan rumahnya itu. dengan langkah yang bersahaja. Melati keluar melalui pintu
belakang dengan berbekalkan sebilah parang, dia terus menuju ke arah hadapan
rumahnya.
****
Cik Hasnah tergamam. Dia telah melanggar pasu yang sudah pun retak. Tetapi, apa
yang membuatkan wanita itu terkejut, dia ternampak sebuah rangka yang duduk bersama
dengan jirannya itu. Mulut Cik Hasnah melopong. Matanya terbeliak. Sungguh dia
tidak mempercayai apa yang dia lihat ketika ini. Apa yang muncul di benaknya
adalah, punca bau busuk yang meloyakan itu adalah datang dari rangka itu.

"Seronok mengintai?"

Cik Hasnah terkaku. Dengan perlahan, dia memusingkan kepalanya, peluh dingin
merecik membasahi tubuh dan pakaiannya.

Belum sempat Cik Hasnah membuka mulut, Parang yang berkilat itu terus melayang ke
arahnya

"Zaaasssss"

bersambung..

Karya oleh Ika Purnama

Part 8

Hujan agak lebat malam itu, Rizal yang masih lagi di pejabat hanya termenung. kerja
yang di berikan oleh Nera petang tadi terlalu banyak. tidak tahulah sama ada gadis
itu sengaja atau tidak. kerja-kerja itu sepatutnya di lakukan oleh Daniel. kenapa
pula dia yang memikul tanggungjawab itu.

"Tak habis-habis dengan termenung dia. Kau ni, kalau asyik termenung je memang
kerja kau tak akan siap. Jangan lupa, bini kau tunggu kat rumah tu" tegur Rahmat.
lelaki itu juga membuat kerja lebih masa. sekurang-kurangnya, boleh temani Rizal di
pejabat.

"Kau tak balik Mat? dah pukul 8 lebih ni." balas Rizal pula sambil mengerling jam
di pergelangan tangannya.

"Sekejap lagi aku baliklah. sikit je lagi ni.. kau tu kenapa tak balik lagi?" Soal
Rahmat pula.

"Nera ni, suruh aku settlekan benda ni. padahal bukan kerja aku nak settle bil-bil
ni. ni semua kerja Daniel" jawab Rizal dengan nada tidak puas hati.

"Lahhh, yeke?"

"Hurmm,,,"

"Nera tuh sukakan kau Rizal. Kau tahu ke tak?"


Serta merta mata Rizal membulat. kemudian, tawa Rizal pecah. Rahmat hanya tersenyum
sinis dengan sikap yang di tunjukkan oleh kawannya itu.

"Kenapa kau ketawa? betul apa aku kata tadi" Soal Rahmat tidak berpuas hati.

"Aku tak berminatlah dengan dia tu. gedik semacam. ni kalau bini aku tahu,
habislah" jawab Rizal jujur.

Baru sahaja Rahmat ingin bersuara, telefon pintar milik Rizal berbunyi.. dengan
segera telefon itu di capai.

"Bini aku mesejlah"

Rahmat tersenyum.

"Mat, aku balik dululah." Ujar Rizal terus sahaja bingkas bangun.

"Sayang juga kau kat bini kau tu ya?" sempat lagi Rahmat mengusik.

"Namapun bini, siapa yang tak sayang oi. hahaha" balas Rizal sambil ketawa.

"Baik-baik memandu tu. hujan lebat ni. jalan licin." nasihat Rahmat.

"Okay Mat, aku balik dulu." ujar Rizal yang kemudiannya terus melangkah pergi
keluar dari ruang pejabatnya yang sudah pun sunyi.

Sesampainya di rumah, Rizal terus membuka kunci rumah menggunakan kunci pendua. Dia
melangkah masuk dan di dapati keadaan dalam rumahnya sunyi sepi di tambah pula
dengan kesuraman cahaya yang menyinari ruang tersebut.

"Mel!" Panggil Rizal.

senyap

"Mel! abang dah balik ni" jeritnya lagi. tetapi, masih lagi tiada sahutan.

Rizal bertindak memanjat anak tangga menuju ke bilik. kemungkinan, isterinya sedang
nyenyak tidur. ketika Rizal menghampiri bilik tidurnya, Rizal terdengar suara
seseorang sedang menyanyi. Rizal mendekatkan telinganya ke pintu.

"Tanya sama pokok,


Apa sebab goyang?
Nanti jawab pokok,
Angin yang goncang..
Tanya sama langit,
Apa sebab hujan?
Nanti jawab langit,
Tanyalah awan..la..la..la.."

Rizal tersenyum. dia tidak menyangka isterinya pandai menyanyi. merdu pula
suaranya, beruntung sungguh dia dapat memperisterikan gadis seperti Melati.

Tombol pintu di pulas perlahan, Rizal menjengah sedikit ke dalam bilik. Kemudian,
matanya tertumpu ke arah Melati yang duduk membelakangkan dirinya.

"Sayanggg, abang balik ni" tegur Rizal sambil memeluk isterinya.

"Ehhhh,,abang dah balik? mesti abang laparkan? Mel dah masak makanan kegemaran
abang tau. mesti abang suka" ujar Melati. Senyuman manis di hadiahkan untuk
suaminya yang tercinta.

Rizal memanjangkan sikit lehernya untuk menjengah apa yang di lakukan oleh
isterinya sehingga tidak sedar akan kepulangannya. Tanpa di duga, mata Rizal
membesar. wajahnya berkerut seribu.
depan mata kepalanya, Melati sedang menyusun satu set pisau yang pelbagai jenis dan
saiz. dari saiz yang kecil sehingga ke saiz yang besar. Rizal menjadi pelik.

"Banyaknya pisau. siapa punya?" Tanya Rizal ingin tahu.

"Mel punyalah. siapa lagi" jawab Melati dengan bersahaja.

"Mel punya? kenapa banyak sangat? Mel nak buat apa banyak-banyak macam ni?" Rizal
bertanya lagi, dia masih lagi tidak berpuas hati.

"Inilah hobi Mel, kalau abang nak tahu."

"Hah?" Rizal terkejut. mulutnya melopong. dia seolah-olah tidak percaya dengan apa
yang di katakan Melati.

Rizal memandang wajah isterinya mengharapkan penjelasan yang lebih lagi. setahunya,
perempuan lebih suka menyimpan bag tangan, kasut,atau aksesori yang hanya berkaitan
dengan diri seorang perempuan sebagai hobi.

"Bang, jom turun makan." ajak Melati sambil menarik tangan suaminya menuju ke ruang
makan.

Diatas meja, pelbagai hidangan yang sudah tersedia. semuanya enak-enak belaka,
Rizal sendiri kecur dan sudah tidak sabar-sabar ingin menikmati hidangan tersebut.

"Banyak lauk yang Mel masak malam ni. sedap-sedap pula tu. Boleh habis ke ni?"
Tanya Rizal dan di samping itu dia turut memuji.

"Hehehehe, untuk abang, apa sahaja Mel boleh buatkan. sebab tu, Mel lebih suka
abang balik rumah makan masakkan Mel." ujar Melati sambil tergelak-gelak.

Rizal terpandang satu hidangan yang menarik perhatiannya. satu hidangan yang
membuatkannya kecur.

"Apa tu?" Tanya Rizal sambil menunjukkan ke arah hidangan itu.

"Daging masak merah bang. Mel tahu, itu lauk kegemaran abang kan?"

Rizal tersenyum

"Ini mesti mak yang bagitahu kan?"

Melati mengangguk-angguk. kemudian, Melati menceduk beberapa sudu lauk daging itu
ke pinggan Rizal. Suaminya yang begitu teruja, terus menyuapkan lauk itu bersama
nasi ke dalam mulut.

"Sedap tak bang?" soal Melati teruja. suka benar dia, apabila melihat suaminya
begitu suka dengan masakkannya yang satu itu.

"Sedap, pandai Mel masak. kalau hari-hari Mel masak macam ni, lagi abang suka."
puji Rizal.

Melati tersipu-sipu malu. " Mel tak nak abang jemu je nanti"

"Kalau Mel yang masak, abang tak akan jemu." ujar Rizal sambil menyuap sekali lagi
makanan itu ke dalam mulut.

'Jangan risau abang, masih banyak lagi daging tu dalam simpanan Mel.'
jawab Melati di dalam hati. serta merta, senyuman sinisnya terukir.
****
Kejadian petang itu,

"Zaaaassssss!"

Melati berdiri hanya memerhati. Darah memancut-mancut keluar dari kelaran di leher
Cik Hasnah. Kemudian, tanpa membuang masa, Cik Hasnah masih cuba untuk bangun demi
menyelamatkan dirinya dari gadis gila tersebut.

Cik Hasnah cuba berpaut dengan dinding. tetapi, kakinya gagal untuk berdiri tegak.
Sebelah tangannya cuba menekup luka di lehernya agar darah itu tidak lagi mengalir
dengan banyak.

"Kak Hasssnnnaaahhhhh, lajunya berjalan, nak kemana tu?" panggil Melati. dengan
wajah yang tidak menunjukkan apa-apa riak, gadis itu melangkah mengekori mangsanya.

Tanpa lengah, tudung yang di pakai Cik Hasnah di rentap, kemudian, di tarik terus
masuk ke dalam rumah. Cik Hasnah tidak mampu lagi untuk menolak atau meronta.
tubuhnya sudah semakin lemah akibat kehilangan banyak darah.

Tubuh wanita yang berusia 30an itu di dudukkan ke atas kerusi meja makan. Melati
menghadapkan Cik Hasnah dengan mayat Misya yang sudah reput itu. Cik Hasnah mula
mengalirkan air mata. dia dapat merasakan akan menerima nasib yang serupa. tetapi,
sangkaannya meleset. Tindakkan Melati kepadanya jauh lebih dahsyat dari itu.

Cik Hasnah tidak mampu lagi berkata apa-apa. tubuhnya sudah mulai merasa sejuk, dan
tiba-tiba, tubuh Cik Hasnah rebah ke bawah. Mulutnya mula mengeluarkan darah.

"Lain kali jangan masuk campur urusan orang. jangan suka mengintai. sekarang, apa
yang kau dapat?" Soal Melati, sambil mencangkung di hadapan tubuh Cik Hasnah yang
sudah terlentang.

Tangan Cik Hasnah cuba mencapai Melati, tetapi, tangannya longlai dan jatuh. Dengan
matanya yang terbuka dan mulut yang ternganga, Cik Hasnah akhirnya tewas juga di
tangan Melati.

"Penyibuk!" Cela Melati. mayat Cik Hasnah di ludah.

Tanpa membuang masa, mayat wanita itu ditarik ke dalam bilik mandi, dengan parang
yang sudah tersedia, tubuh mayat wanita itu di lapah. kepalanya di penggal. sambil
melapah dan mengerat, Melati bernyanyi..

"Tanya sama hati,


Apa rasa sayang?
adakah tandanya, nampak di pandang,
la..la..la..hihihihihi.."

Bersambung....

Karya oleh Ika Purnama

Part 9
Nera memandang tepat ke mata Azuan. Dia tidak mahu mendengar sebarang alasan dari
mulut jejaka itu. Yang dia tahu adalah kata-kata jaminan sahaja bahawa segala kerja
yang di arahkan harus di lakukan dengan baik dan cepat, lain dia tidak mahu tahu.
Nera menjungkit kening menandakan dia mahukan jawapan waktu itu juga.
"Aku tak nak gagal. Kalau kau gagal, kau tak akan dapat sesen pun dari aku. Faham?"

Azuan membelek-belek sekeping gambar yang di berikan oleh gadis itu sebentar tadi.
Dengan penuh rasa minat, jejaka itu merenung gambar itu agak lama. Kemudian, dia
tersenyum-senyum sendiri.

"Cantik perempuan ni. Siapa dia?" Tanya Azuan.

"Dia musuh aku yang paling utama. Aku nak kau hancurkan rumahtangga dia" arah Nera.
Riak wajahnya seolah-olah tiada perasaan.

"Macam mana?"

"Macam mana apa? takkan itu pun kau tak tahu? sebelum-sebelum ni macam mana kau
buat kerja? kalau aku kata kau bodoh, kau tak terima" Nera mula naik angin.
Apalagi, dia terbayangkan kemesraan Rizal bersama isterinya tempoh hari.

"Imbuhan dia besar tak?" tanya Azuan mengenai bayarannya kepada gadis itu.

"Cukup besar dan lumayan bila kau lenyapkan dia dari muka bumi ni" balas Nera
bersahaja.

"Baik kalau macam tu. kau tunggu jawapan dari aku. Aku tahu apa yang aku nak buat"
jawab jejaka itu dengan begitu yakin sekali.

kemudian, jejaka yang bernama Azuan itu terus beredar meninggalkan Nera
berseorangan di meja makan. Nera memandang keluar tingkap dengan senyuman lebar.

"Mampus kau Melati. Rizal akan jadi milik aku." getus Nera perlahan.

****

Rizal dan Haikal sedang berbual di kafe. Mereka berbual dengan rancak sekali tanpa
menyedari kedatangan Nera semakin menghampiri meja mereka. Dengan senyuman yang
penuh menggoda, gadis itu terus sahaja melingkari tangannya ke bahu Rizal.

Rizal terkejut. begitu juga dengan Haikal. Meraka tidak menjangka akan keberanian
Nera memeluk Rizal di hadapan khalayak ramai yang turut berada di situ.

"Kau buat apa kat sini?" Soal Haikal, lelaki ini tidak menyenangi kehadiran gadis
itu di situ. Haikal meluat.

"Nak lepak-lepak dengan korang berdualah. tak boleh ke?" Soal Nera selamba.
bibirnya sentiasa menguntum senyuman manis buat Rizal yang berada di sebelahnya.

Rizal menepis tangan gadis itu. Dia cukup tidak suka akan perbuatan gadis itu.
Sudah acap kali di tegur dan di marah, tetapi gadis itu seolah-olah tidak makan
saman dengan teguran Rizal.

"Malam ni, kita lepak kat kelab. aku belanja. lagipun dah lama sangat kita tak
berkumpulkan?" cadang Nera tiba-tiba.

"Sorry, aku tak dapat join kau, Nera. kalau kau nak, minta Haikal ni temankan kau"
Ujar Rizal cuba mengelak dari menemani Nera di kelab malam.

"oohhh no, aku pun tak boleh. aku dah janji dengan tunang aku nak keluar dinner
malam ni" Jawab Haikal pula. Air oren yang masih lagi bersisa di hadapannya di
minum sampai habis.
"Okaylah, aku nak naik ke pejabat, masa rehat pun nak habis dah ni. jom Rizal" Ujar
Haikal sambil mengajak Rizal sama-sana naik ke tingkat 6, di mana pejabat mereka
berada.
Tanpa lengah, Rizal juga bingkas bangun dan membuntuti langkah rakannya, Haikal
menuju ke lif. Nera yang tinggal keseorangan merasa bengang dan tidak puas hati
kerana usahanya untuk memujuk Rizal ke kelab malam menemui kegagalan.

"Tak pe Rizal. sekarang ni kau reject aku. kau tengok apa jadi nanti pada bini
kesayangan kau yang cantik tu" ujar Nera sendirian,

*****

Melati sedang khusyuk mengemas dapur sambil menyanyi. Hatinya girang dan gembira
kerana suami tercinta selalu pulang untuk makan tengahari bersamanya. isteri mana
yang tidak suka, jika suaminya berselera memakan masakkan hasil air tangan
isterinya sendiri. Melati masih teringat pesanan mamanya sebelum mama dan papanya
berangkat ke New York untuk menetap terus di sana,

"Nak pikat suami, kena melalui perutnya. Mel kena belajar masak. belajar masak
makanan yang bakal suami Mel suka."

"Ye ke Ma, alahhhh..Mel tak suka memasaklah. Nanti Mel suruh kak Irda yang masakkan
untuk Mel dengan suami Mel nanti. Kan senang"

"Tak boleh macam tu. Nanti kalau suami Mel lari cari perempuan lain macam mana? Mel
suka ke?" Soalan mamanya itu menyentap terus tangkai hatinya. Tak mungkin perkara
itu akan berlaku.

Sejak dari hari itu, Mel terus-terusan belajar memasak dengan mama dan ibu
mertuanya. Mujur, ibu mertuanya jenis manusia yang tidak kedekut ilmu dan tidak
kisah dengan kekurangan yang ada pada dirinya. Mel tersenyum puas.

"Tett..tett.." Loceng di rumah Melati berbunyi nyaring. Lamunan Mel terhadap


mamanya terus lenyap dari bayangan. Mel bingkas bangun dan melangkah terus ke
tingkap. Di selak sedikit langsir yang menutupi keseluruhan tingkap rumahnya. Apa
yang di lihat, tiada sesiapa di luar.

Tetapi,Melati masih juga berhasrat untuk keluar dan mencari sesuatu di halaman
rumahnya. Pintu bercermin gelap itu di tolak sedikit untuk memberikan ruang
kepadanya. Matanya meliar memandang ke setiap kawasan. kemudian, matanya di halakan
ke arah pagar hitam miliknya. Ada sepucuk surat yang terselit di celah-celah pagar
rumahnya.

Surat itu di buka, ada beberapa keping gambar yang bakal membuatkan dirinya
tersenyum meleret. Gambar seorang gadis seksi yang cantik sedang memeluk bahu
seorang lelaki yang Melati cukup-cukup kenal. Lelaki yang di dakap oleh gadis dalam
gambar itu adalah Rizal, suaminya sendiri.

"Cantik.. tapi tak secantik aku" ucap Melati sambil tersenyum-senyum sendiri.

Melati menuju ke dapur, dengan perlahan, Dia mengeluarkan satu set pisau yang
pelbagai saiz yang menjadi koleksinya selama ini. Memang sengaja dia menyimpan set
itu di laci kabinet dapur rumahnya.

"Lama sangat kau tersimpan, tiba masanya kau akan beraksi." Ucap Melati sambil
membelek-belek koleksi pisaunya itu.

Melati tersenyum-senyum apabila sudah terencana sesuatu di kepalanya..


"Aku sayang laki aku, tak akan ada sesiapa yang boleh rampas dia dari aku tau" ucap
Melati.

bersambung..

karya oleh Ika Purnama.

Part 10

Suasana di pejabat agak sibuk hari itu, Rizal, Haikal dan seorang lagi rakan mereka
Faiq masing-masing tekun dan khusyuk menyiapkan tugas yang di beri. Rizal yang
berada di tengah-tengah antara Haikal dan Faiq menjadi perhatian seseorang.
Seseorang yang sudah lama menyimpan perasaan terhadap lelaki itu. Senyumannya
sentiasa mekar apabila lelaki yang menjadi impiannya itu selalu ada di hadapan
matanya.

"Hai, Rizal ada?" Nera menoleh ke arah suara yang menegurnya sebentar tadi. Nera
terkejut apabila isteri Rizal, Melati tiba-tiba sahaja ada di situ.

"Oh Melati, nak jumpa Rizal ke?" Soal Nera berpura-pura tidak tahu, sedangkan dia
sudah sedia maklum tujuan Melati datang ke situ untuk menemui suaminya. siapa lagi
kalau bukan Rizal.

"Ada tu, tapi Rizal sibuklah. Banyak kerja yang dia perlu siapkan sebelum jam 5
petang nanti" ujar Nera lagi, cuba memberi alasan agar wanita itu tidak menemui
suaminya.

"Oh ya? saya peduli apa." jawab Melati selamba sambil memberikan jelingan maut
kepada Nera yang hanya berdiri di sebelahnya. wanita itu terus sahaja melangkah
menghampiri Rizal yang kelihatannya amat sibuk sekali.

Jawapan Melati itu membuatkan Nera panas hati. Rasa cemburunya kepada pasangan itu
semakin membuak-buak. Nera terus sahaja melangkah masuk ke ruangan pejabatnya
sendiri. dari ruangan itu, Nera hanya mampu memerhati adegan mesra dari suami
isteri itu.

"Kau belum tahu siapa aku Melati" kata Nera di dalam hati. wajahnya panas tiba-
tiba. segera dia melangkah menuju ke tandas yang berdekatan.

Sementara di meja Rizal pula, Melati membawa makanan kegemaran suaminya. Rizal
memberikan senyuman manis kepada isteri tersayang. Sejak dia mengahwini Melati,
segala-galanya di sediakan oleh wanita itu. tidak ada istilah tidak sempurna di
matanya. serba serbi Melati adalah seorang isteri yang baik hati dan penyayang. Dan
sedikit demi sedikit, Rizal semakin lupa akan kekasih lamanya yang telah menghilang
sejak beberapa bulan lalu.

"Abang makan ya, Mel nak balik dah. malam ni balik awal tau" pesan Melati sebelum
melangkah pergi. satu flying kiss di berikan oleh Melati buat suaminya yang
tercinta.

Rizal tersenyum riang. wajahnya ceria dengan kedatangan isterinya. di tambah pula,
Melati membawa makanan kegemarannya.

"Untunglah orang tu. ada isteri cantik. lemah lembut pulak tu. bahagia je aku
tengok. cemburu aku ni tau." ujar Faiq sekadar mengusik. Rizal hanya tersengih-
sengih.

"Itulah kau, aku suruh kau kahwin tak nak. hah, sekarang ni gigit jarilah" giliran
Haikal pula mengusik Faiq.

"Kau tu lainlah, dah ada tunang. aku ni mana ada calon lagi. siapa yang nak kat
aku. tak ada orang sudi" ujar Faiq sambil mencebik-cebik bibirnya.

Rizal dan Haikal saling berpandangan. kedua-duanya ketawa secara serentak.

"Macam mana orang nak dengan kau, dah terang-terang orang yang kau suka tu Emma
Maembong! sah-sah lah dia tak nak dengan kau. Itu ha, Naomi. punyalah tangkap
lentok kat kau. tapi kau reject dia mentah-mentah." ujar Haikal panjang lebar. Faiq
hanya mencebik. wajahnya bertukar kelat.

"Naomi? tak naklah aku. dah macam Dayang Senandung je aku tengok muka dia." kutuk
Faiq dengan suara yang tinggi. mujur ketika itu, gadis yang bernama Naomi masih
lagi bercuti.

"Tak baik kau kutuk ciptaan tuhan Faiq. Naomi tu manusia tau. bukan barang. dia ada
perasaan macam kita juga. kau, kalau bercakap tu, beringat-ingatlah sikit. jangan
esok lusa, aku dapat kad jemputan tertulis nama kau dengan Naomi dalam tu. dia
walaupun kau kata macam Dayang Senandung, hati dia baik tau, kalau nak di
bandingkan dengan Nera. gedik semacam. rimas aku" Luah Rizal.

"Yelah-yelah, aku minta maaf. aku tak kutuk lagi Naomi tu. aku janji" kata Faiq,
dia bengang apabila di sekolahkan oleh sahabat-sahabatnya itu.

*****
Ketika di tandas, Nera berdiri di hadapan cermin. wajahnya yang mulus dan gebu di
belek-belek dengan teliti. Tubuhnya yang langsing dan seksi di pusing-pusingkan.
Nera masih tidak berpuas hati dengan apa yang dia miliki.

"Apa yang dia ada, yang aku tak ada. aku cantik, seksi lebih dari dia." Luah Nera
sendiri. seolah-olah berbicara dengan dirinya sendiri.

"Jauhkan diri kau dari suami aku" Nera tersentak. dia menoleh apabila terdengar
suara dari seseorang. orang itu adalah Melati.
Nera tergamam dengan adanya wanita itu di situ. apa yang tidak di jangkanya, Melati
cukup berani bertanyakan soalan itu terus kepadanya tanpa berselindung.

"Kenapa? kau rasa tergugat?" Balas Nera semula dengan soalan juga. Nera berkeras
untuk menunjukkan keberaniannya tanpa mengetahui kemampuan luar biasa yang di
miliki Melati.

"Kau salah pilih orang Nera. kalau kau tak mahu aku apa-apakan kau, lagi-lagi muka
kau yang cantik tu, lebih baik kau jauhkan diri dari suami aku." ujar Melati terus-
terusan memberi amaran. ketika ini dia masih lagi mahu memberikan gadis itu
peluang.

"Kau ingat aku takut ke dengan ugutan kau tu?" Nera masih lagi mahu bertindak
berani. Dia yakin, dia akan dapat merampas Rizal dari Melati.

"Kau tak tahu siapa aku, Nera. Aku harap kau jangan menyesal nanti." kata Melati
memberikan peringatan buat gadis angkuh tersebut. Melati merenung wajah gadis itu
dalam-dalam. kemudian mengundur dan terus melangkah pergi meninggalkan Nera
sendirian di dalam tandas tersebut.

"Perempuan sial!" maki Nera sekuat hati. darahnya mendidih dengan ugutan wanita
itu. dia akui, agak takut apabila melihat wajah bengis wanita itu tadi. seolah-olah
tiada apa-apa perasaan pada jiwanya. tetapi, itu bukan alasan untuk dia mengalah.
****

Melati terus turun ke lobi bangunan di mana tempat suaminya berkerja. perasaannya
berkecamuk dengan tindakkan berani mati gadis itu. tetapi, Melati masih lagi mampu
bersikap tenang. Melati masih lagi mampu untuk tersenyum. dengan langkah yang
sedikit laju, dia terus sahaja menuju ke parking di mana dia meletakkan keretanya.

kawasan parking itu sedikit sunyi. Hanya melati seorang sahaja di situ. tetapi,
Melati dapat merasakan ada seseorang yang mengekorinya sejak beberapa hari yang
lalu. Maka, kerana sebab itu Melati hanya berada di rumah sahaja. paling kurang
pun, dia ke pasar membeli bahan-bahan basah atau ke shopping mall untuk mendapatkan
barangan peribadi dirinya.

langkah Melati di perlahankan, dengan berhati-hati dia menggenggam sesuatu untuk


mempertahankan dirinya sendiri. Melati adalah seorang yang peka dan cukup
berwaspada.

Melati memasang telinga mengamati derap langkah seseorang. wanita ini dengan pantas
terus berlari menuju ke keretanya, pintu kereta di buka, dan tanpa di sangka,
seorang lelaki tiba-tiba sahaja menghunuskan sebilah pisau yang berkilat di leher
Melati.

"Masuk dalam kereta cepat, kalau kau tak nak mati kat sini" Arah Azuan dengan
tegas.

Melati hanya mendiamkan diri. Dia mencongak-congak mencari jalan untuk melepaskan
diri.

"Masuk!" arah Azuan lagi sambil menolak-nolak kepala Melati. Matanya meliar
memandang keadaan sekeliling untuk memastikan tiada sesiapa di situ selain mereka
berdua.

Melati hanya menurut perintah. di dalam kepalanya sudah terencana sesuatu.Melati


tersenyum-senyum.

Di dalam perjalanan, Melati mulai bersuara.

"Kau nak bawa aku ke mana?"

"Kau diam boleh tak?" Marah Azuan. pandangannya masih tertumpu ke arah
pemanduannya.

"Aku tanya pun salah ke?" jawab Melati.

"Kau nak apa ni?" Soal Azuan semula.

"Aku ada tawaran untuk kau. bayarannya cukup lumayan" Azuan terus berkalih
memandang Melati.

"Maksud kau apa?" Soal Azuan semula, sepertinya lelaki itu seakan-akan berminat
dengan tawaran yang di berikan oleh Melati.

"Aku tahu kau di upah seseorang untuk hancurkan aku kan?" Melati cuba menduga
lelaki yang ada di sebelahnya itu.

"Apa tawaran yang kau nak bagi tu?" Melati tersenyum sinis. perangkapnya sudah
mengena.

"Aku nak kita bincang di rumah aku. berdua tanpa gangguan sesiapa. setuju?" Ujar
Melati memberikan cadangannya.

"Baik, kalau itu yang kau nak, aku ikut. asalkan kau tak tipu aku. kalau kau cuba-
cuba berani menipu aku, tubuh kau akan aku kerat-kerat" ujar Azuan memberikan
persetujuannya. manakan tidak, Azuan memang pantang bila terdengar sahaja tentang
duit. Azuan menjadi tamak dan dia sendiri tidak menyedari persetujuannya kepada
wanita itu adalah tanda dia menyerahkan dirinya kepada Melati dengan rela hati.

Melati tersenyum lebar. senyuman manis yang kadang kala menggerunkan sesiapa sahaja
yang melihatnya.

Tanpa berfikir panjang, Azuan meneruskan pemanduannya ke rumah Melati untuk sesuatu
yang di anggap penting.

"Akhirnya.." ucap Melati di dalam hati.

Bersambung..

karya oleh Ika purnama.


*Written by Ika Purnama*
*Title #IsteriAkuPembunuh*
*Part 11~15 + Part Akhir (Ending)*

Part 11

"tinggg..tongg.." kedengaran bunyi loceng di luar pagar. Nera yang baru sahaja
selesai mandi, menjengah keluar tingkap.

Kelihatan seorang lelaki yang bertopi dan berjaket biru gelap berdiri di luar pagar
sambil memegang sebuah kotak berwarna merah. Nera mengerutkan dahinya kerana dia
tidak mengenali lelaki itu. "Atas urusan apa dia di sini ya?" getusnya di dalam
hati.

Nera segera menyalin pakaian, lantas terus sahaja menuruni tangga menuju ke ruang
bawah.

"Bik Nita!" panggil Nera. Bibik Nita terkedek-kedek berlari anak menghampiri
majikannya.

"Ada apa non, Bibik lagi masak di dapur. Ada yang bisa bibik bantu?" terkulat-kulat
Bibik Nita memandang Nera.

"Bibik, ada orang di luar tu, tanya dia, ada urusan apa dia ke sini" arah Nera
kepada pembantu rumahnya.

"Baik Non Nera" Bibik Nita terus sahaja membuka pintu dan menuju keluar menemui
tetamu yang tidak diundang itu. Nera hanya memerhati dari sebalik jendela.

kemudian, Bibik Nita kembali masuk ke rumah menemui majikannya. kotak hadiah dari
pemberian lelaki itu sudah berpindah tangan. Nera merasa agak pelik kerana tarikh
lahirnya belum lagi sampai masanya, dan siapakah pemberi hadiah ini. Nera merasa
tidak puas hati kerana tiada langsung nama pengirim yang tertera di situ.

Tanpa membuang masa, Nera terus sahaja membuka penutup kotak hadiah itu dengan
perlahan, dan tiba-tiba Nera menjerit sekuat hati.

"Aaaaarrrrggghhhhhhh!!!"

Serta-merta kotak itu di campak ke lantai. Mata Nera terbeliak. Bibirnya bergetar.
peluh dingin merecik keluar dari liang-liang romanya. Nera mundur ke belakang
menjauhi kotak itu.

"Siapa punya kerja ni? siapa lelaki itu?" soalnya sendiri bertubi-tubi.

Bibik Nita yang sedang sibuk memasak di dapur segera berlari keluar mendapatkan
majikannya itu yang kelihatannya takutkan akan sesuatu. Spontan juga, Bibik Nita
menjerit apabila dia melihat sepasang tangan jatuh tergeletak di atas lantai.

"Bibik, ada nota di situ, tolong ambilkan untuk saya" suruh Nera. gadis itu memang
tidak sanggup untuk datang dekat mengambilnya.

Bibik Nita merasa serba salah. Dia juga merasa takut. Takut apabila melihat tangan
yang sudah di potong berada di situ. Itu adalah satu pemandangan ngeri baginya.

Dengan langkah yang berhati-hati. Bibik Nita mengambil sekeping nota yang berada di
atas tangan tersebut dengan terketar-ketar.

Kemudian,nota itu di serahkan kepada Nera. Nota yang terpalit dengan darah itu di
buka dan di baca.

Hadiah dari aku untuk kau. Mesti kau teruja kan? - Melati

Nera menekup mulutnya. Dia tidak menyangka akan tindakkan nekad wanita itu. Nera
memandang pula ke arah sepasang tangan yang berlumuran darah. terbit satu persoalan
di hatinya, milik siapa tangan itu. apa yang gadis itu dapat lihat, ada sebentuk
cincin berwarna hijau di jari manis tangan itu. Nera seakan tidak percaya, mustahil
tangan itu milik.... "Argghhh!" jerit Nera di dalam hati.

Tanpa berlengah sikit pun, Nera mencapai telefon bimbitnya. Butang telefon di
tekan-tekan. Nombor telefon di dail. Seminit, dua minit sehingga beberapa jam
seterusnya, panggilannya tidak di jawab. Nera mulai gelisah.

"Kemana pula dia ni pergi. time-time macam ni lesap pula." bebel Nera. Hati dan
perasaan Nera di serang rasa tidak enak. Matanya di alih semula ke arah sepasang
tangan yang masih lagi terletak elok di hadapannya. Dia percaya, tangan itu milik
seorang lelaki berdasarkan saiz dan bentuknya.

"Sial!" kutuk Nera. telefon di campak ke atas sofa. Nera tidak berpuas hati.

***

Azuan perlahan-lahan membuka matanya. Dia cuba menggerakkan tubuhnya tetapi,


ternyata dia gagal untuk berbuat demikian. kaki dan tangannya terikat ketat. Azuan
meliarkan pandangan ke arah sekeliling. tetapi pandangannya terbatas kerana keadaan
di situ agak gelap.

"Hoi! apa ni? kenapa ikat aku?" Jerit Azuan sekuat hati.
Senyap

"Hoi! kau pekak ke?!" Azuan menjerit lagi untuk kali kedua.
Masih lagi senyap.

Azuan semakin gelisah. Dia tidak tahu apa yang terjadi sebenarnya. kepalanya pula
terasa sakit yang amat sangat. seolah-olah di pukul sesuatu. Lelaki itu mencuba
untuk mengingat kembali apa yang brlaku kepada dirinya. Dia mengikuti seorang
wanita yang telah menjadi sasarannya untuk di bunuh. Tanpa di sangka, wanita itu
menawarkan tawaran yang juga cukup lumayan baginya, dan ketika itu, apa yang ada di
dalam kepalanya adalah, dia mahu mengambil kesempatan dari kedua-dua belah pihak.
Kerana sifat tamak itulah, dia berada terikat seperti ini. Azuan percaya, wanita
itu sengaja memerangkap dirinya.

"Dah bangun rupanya. lena tidur?" terdengar satu suara wanita di sebalik kegelapan.
Azuan mencari-cari arah datangnya suara itu.

"Kau memang sengaja cari masalah dengan aku, Melati!" Jerit Azuan. Dia meronta-
ronta untuk melepaskan ikatannya.

"Aku? cari masalah dengan kau? hahahahahaha! aku salah dengar ke ni?" Melati mula
menapak sedikit demi sedikit menunjukkan diri.

"Kau yang cari masalah dengan aku. Ada hati pula nak kerat aku? Siapa kerat siapa
ya nanti?" ujar Melati yang sudah memunculkan diri sepenuhnya.

Azuan memandang lurus ke arah wanita itu. Melati yang berbaju kurung merah jambu
dengan rambut ikal yang ikat tocang tinggi hanya tersenyum manis ke arahnya. apa
yang membuatkan Azuan gementar ialah sebilah parang daging yang di genggam kemas
oleh wanita itu.

"Kau nak buat apa dengan parang tu, hah?" Soal Azuan yang sudah pun ketakutan.

Melati menghampiri tubuh Azuan yang terikat di atas kerusi, kepala Azuan di usap.
pipi Azuan di belai-belai dengan lembut. Melati bergerak mengelilingi lelaki itu.
Adakalanya terdengar tawa halus wanita itu.

"Kau ni, siapa sebenarnya?" Soal Azuan lagi. Dia sudah dapat merasakan sesuatu yang
buruk bakal berlaku. Dia juga pasti, Melati bukan jenis wanita sembarangan.
Nampaknya, dia sudah tersilap memilih mangsa.

"Tak perlulah kau tahu. Cukuplah kau tahu nama aku Melati." jawab wanita itu sambil
tergelak-gelak.

Parang daging yang ada di tangannya di letakkan di leher Azuan. Kemudian, di wajah
lelaki itu. Azuan semakin takut. Dia tidak mahu nyawanya di renggut oleh wanita
gila yang ada di hadapannya kini. Azuan sudah sedar, dia menyerahkan nyawanya
sendiri dengan rela hati. Air matanya sudah bergenang. air mata dari seorang
pembunuh upahan!.

"Aku belum ada hati nak bunuh kau malam ni. tapi, aku mahukan sesuatu dari kau.
sesuatu yang berharga." Melati tersenyum sinis di hujung bibirnya.
Azuan semakin tidak keruan. peluh dingin merecik membasahi tubuh dan pakaiannya.
Dia cuba meronta sekali lagi agar ikatannya terlerai. Dia tidak mahu mati di tangan
wanita itu dengan percuma.

"Tangan kau ni sungguh kuat. mesti dah ramai mangsa yang kau bunuh kan?" Tanya
Melati, sambil membelai tangan sasa lelaki itu.

"Tolong aku Melati, maafkan aku. lepaskan aku. aku janji, aku takkan ganggu kau.
lagipun, semua ni aku buat sebab ada orang upah aku. dia nak kau hancur" Akhirnya
Azuan membuka mulut.

"Aku tahu. Kau tak cerita pun, aku dah tahu. Sebab tu, aku perlukan tangan kau ni"

"Tolong jangan buat macam ni pada aku Melati, aku merayu."

"Pembunuh bunuh pembunuh. hurmmm..ironiknya kisah kita kan. hehehe" sindir Melati.

"Tapi nasib kau baik hari ni, aku cuma perlukan sepasang tangan kau je, aku akan
biarkan kau hidup sampai aku bawa perempuan tu ke sini. aku akan temukan kau dengan
dia. Semestinya kau amat-amat rindukan dia kan?"

"Jangan! jangan Melati. Ampunkan aku! Ampunkan aku!" Azuan ketakutan. semakin hebat
tubuhnya meronta-ronta. Tetapi, Melati langsung tidak menghiraukan rayuan dari
Azuan.

Melati tesengih-sengih. Parang di angkat tinggi. jeritan Azuan semakin kuat. Tetapi
sayangnya, tiada sesiapa pun yang mendengar jeritan lelaki itu, kerana Azuan di
letakkan di sebuah bangunan kosong yang terbengkalai.

"Prakkkkk"
sebelah tangan jatuh tergeletak di hujung kaki Melati. darah yang keluar semakin
melimpah ke lantai.

"Aku nak satu lagi boleh?"

Azuan menggelengkan kepalanya. keperitan yang dirasa ketika ini memang tidak dapat
di bayangkan oleh sesiapa. Azuan mengetap bibir menahan sakit dan pedih.

"Prakkk"

sebelah lagi tangannya jatuh ke bawah. Darah melimpah dengan banyaknya membentuk
seakan lopak. Tangan yang telah di potong itu di ambil oleh Melati. kemudian, di
letakkan di pipinya.

"Terima kasih" Ucap melati sambil berlalu pergi meninggalkan Azuan yang merintih
kesakitan..

Bersambung..

karya oleh Ika Purnama

*#IsteriAkuPembunuh*
*BY Ika Purnama*

*Part 12*

Rizal terkebil-kebil memandang isterinya. Sejak balik dari kerja, Rizal dapat
melihat keanehan dari sikap Melati. Isterinya itu hanya mendiamkan diri. Senyum
tidak, menoleh ke arahnya pun tidak, apalagi mahu berbicara dengannya. Rizal
menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

Tubuh isterinya di dakap. Bahunya di kucup. Rizal menantikan respon dari Melati.
Tetapi, wanita itu tidak mengendahkannya. Malah, dia terus bangun dan menuju ke
dapur.

Rizal semakin pelik dengan sikap yang di tunjukkan oleh Melati. Ini bukan seperti
kebiasaannya. Melati cukup dingin malam ini. Apakah kesalahan yang di lakukan
sehingga dia di layan seperti acuh tidak acuh. Rizal mengekori langkah Melati ke
dapur.

"Abang ada buat salah pada Mel ke?" tubuh Melati di dakap sekali lagi.

"Abang sayangkan Mel tak?" soal Melati, tetapi, wanita itu langsung tidak menghadap
ke arahnya.

"Mel kan isteri abang. Mestilah abang sayangkan Mel. Kenapa tanya macam tu?"
"Abang.."

"Ya"

"Nak tak abang berjanji dengan Mel?" tubuh Melati terus sahaja berpusing menghadap
suaminya. Wajah Rizal di sentuh lembut. Mata di antara mereka bertaut.

"Untuk Mel, abang sanggup berjanji apa sahaja" Jawab Rizal tanpa mengesyaki apa-
apa.

"Sungguh?"

Rizal mengangguk sambil tersenyum.

"Sungguh?" Soal Melati sekali lagi.

"Sungguh. Abang akan tunaikan janji abang untuk Melati, sumpah" ujar Rizal sambil
mengangkat tangannya sebagai tanda dia benar-benar berjanji dengan Isterinya,
walaupun dia tidak begitu pasti apakah dia.

"Janji dengan Mel, yang kita berdua tetap bersama hingga ke akhir nafas kita. Janji
dengan Mel, yang kita takkan berpisah walaupun apa pun yang terjadi pada kita
berdua. Janji dengan Mel.." belum habis Melati berkata-kata, Rizal terus meletakkan
jari telunjuknya ke bibir Melati.

"Abang janji dan bersumpah, kita berdua akan terus bersama-sama hingga ke akhir
hayat. Abang sayangkan Mel. Pegang janji abang sampai bila-bila" ujar Rizal. Tubuh
Melati di dakap erat.

Melati tersenyum sinis. Dia tahu, lelaki ini akan setia dengan janjinya. Apa pun
yang berlaku nanti kepada dirinya, Rizal akan di bawa bersama, Melati membalas
dakapan suaminya dengan erat seolah-olah tidak mahu di lepaskan.

******

Nera tidak senang duduk. Jam sudah menunjukkan ke angka 2 pagi. Matanya langsung
tidak boleh di lelapkan. Suasana di dalam ruang beradunya terasa bahang, sedangkan
dia telah membuka penghawa dingin dengan suhu yang tinggi.

Nera bangun dan duduk di birai katil. Rambutnya yang panjang di sebak ke belakang.
Tekaknya pula tiba-tiba terasa haus. Selipar berbulu berwarna unggu di sarung. Nera
terus sahaja melangkah keluar menuju ke ruang bawah.

Anak tangga di pijak satu persatu. Malam ini, Nera dapat merasakan sesuatu yang
tidak kena. Tetapi, dia sendiri tidak pasti apakah dia. walaupun, dia masih belum
lupa apa yang terjadi padanya beberapa hari yang lepas tentang sepasang tangan yang
berlumuran darah pemberian dari wanita gila itu. Nera seolah-olah hanya menganggap,
ianya sekadar ugutan biasa. Siapa tahu, tangan itu adalah tangan patung mannequine
yang menyerupai tangan manusia.

Nera menuju ke dapur. membuka peti ais dan mengambil sebotol air sejuk. Air itu di
tuang ke dalam gelas dan Nera terus sahaja meneguk air itu sampai habis tanpa
sedikit sisa.
Kemudian, tanpa menunggu lebih lama, Nera terus sahaja menapak perlahan menuju ke
bilik tidurnya yang berada di tingkat atas, baru sahaja kakinya memijak anak tangga
pertama, Nera sepertinya dapat merasakan seseorang sedang memerhati dirinya. Dari
hujung mata, dia seolah-olah dapat melihat satu kelibat manusia serba hitam berlari
dengan laju di hadapan tingkap.
Nera terdiam. langkahnya juga terhenti. Dadanya berdebar-debar dengan kencang.
"Siapa agaknya?"getusnya di dalam hati.

Dengan sedikit keberanian yang di miliki, Nera menyelak langsir tingkapnya.


Pandangannya di liarkan ke arah sekeliling. Tetapi, tiada sesiapa di situ. Serta-
merta berdiri segala bulu romanya.

Nera dengan pantas terus sahaja berlari menuju ke bilik tidur. Pintu di tutup dan
gadis itu terus sahaja merebahkan diri ke atas katil.Seluruh tubuhnya menggigil.
Selimut di tarik menutup sedikit wajahnya.

******

"Krekk..krekk..krekkkkk" terdengar satu bunyi seretan di dinding. Bunyi itu agak


kuat dan jelas. Yang pastinya bunyi itu datangnya dari luar. Bunyi seretan itu
semakin panjang dan ianya menimbulkan rasa ketakutan kepada sesiapa yang mendengar.

Bibik Nita yang sedang lena tidur tiba-tiba sahaja tersedar. Dia terdengar bunyi
seretan itu di luar biliknya.

"Siapa aja yang masih lagi keluyuran di malam-malam seperti ini? ganggu aja orang
mau tidur" bebel Bibik Nita.

Bunyi seretan itu semakin menjadi-jadi, dan ianya membuatkan Bibik Nita mula rasa
hilang sabar. Bibik Nita terus sahaja bingkas bangun menuju ke arah pintu bilik.
Tombolnya di putar perlahan. Bibik Nita menjengah sedikit kepalanya untuk melihat
apa yang menyebabkan bunyi tersebut.

"Non..Non Nera!" panggil Bibik Nita. Disangka mungkin majikannya itu masih belum
tidur.

Bunyi seretan itu sudah pun senyap dan tidak kedengaran lagi. Bibik Nita terus
sahaja menutup kembali pintu biliknya, Baru sahaja kakinya mencecah ke atas katil,
pendengaran Bibik Nita mendengar pula suara nyanyian seseorang. Suara yang merdu
tetapi, agak menyeramkan, Bibik Nita menutup wajahnya dengan bantal.

tiba-tiba,

"Tok! tok! tok!" Bibik Nita terkejut. Pintu biliknya di ketuk seseorang. cukup kuat
dan boleh menggegarkan perasaan Bibik Nita.

"Siapa?" Jerit Bibik Nita.

Senyap.

Kemudian kedengaran lagi bunyi ketukkan itu.

"Tok! tok! tok!"

"Siapa? udah lewat begini, jangan bercanda terus. takut tahu" ujar Bibik Nita.
Tubuhnya sudah mengigil hebat.

Kemudian, tiada kedengaran lagi ketukkan itu di pintunya. Bibik Nita segera bangun.
Dengan rasa was-was dan rasa keinginan yang kuat, Bibik Nita memulas tombol pintu
biliknya. Pintunya di buka sedikit untuk memastikan tiada sesiapa yang berada di
luar.

Dengan rasa tidak puas hati, Bibik Nita terus sahaja keluar dari bilik dan
memeriksa di sekitar yang berdekatan dengan biliknya, Bibik Nita juga dengan
berhati-hati menuju ke ruang tamu, keadaan disitu agak gelap, tanpa disedari Bibik
Nita, ada seseorang yang berdiri di belakangnya. Seseorang yang sedang menghunus
sebilah pisau yang tajam dan berkilat apabila terkena pancaran cahaya dari luar.

"Zzzaappppp"

Bibik Nita tiba-tiba sahaja kaku tidak bergerak. Dia terpempan seketika. Matanya
yang bundar masih lagi terbuka, Bibik Nita menyentuh perutnya, Terasa ada cecair
yang keluar dari tengah-tengah perutnya yang luka. kemudian, Bibik Nita terus rebah
ke atas lantai.

Bersambung..

Karya oleh Ika Purnama

*IsteriAkuPembunuh*
*BY_Ika Purnama*

Part 13

Rizal tersedar dari lenanya. Tidurnya terganggu kerana terdengar bunyi di tingkat
bawah. Di pandang ke sebelah, isterinya tiada. Rizal bangun dan terus sahaja turun
untuk melihat. ketika mahu menuruni tangga, Rizal ternampak kelibat seseorang
melintas menuju ke dapur. Dia tersentak, matanya memandang ke arah jam di dinding.
'Dah pukul 5 pagi. Ke mana aje dia ni pergi' soalnya kepada diri sendiri. Rizal
terus sahaja mengekori Melati dari belakang secara senyap-senyap.

Rizal mengintai di sebalik pintu. Matanya memandang terus kelakuan Melati. Apa yang
Rizal nampak, Melati memegang sebilah pisau. Pisau yang sama dia lihat tempoh hari.
Pisau yang di katakan koleksi hobi isterinya. Tetapi pisau itu berlumuran darah.
Apa yang terjadi sebenarnya?. Keinginan Rizal untuk mengetahui rahsia isterinya
semakin meluap-luap. Sudah kerap kali dia ternampak, Isterinya keluar di waktu
tengah malam. Di tambah pula, sikap Melati agak berlainan sejak akhir-akhir ini.

"Sayang, buat apa tu? awal bangun?" Tegur Rizal, sejurus dia keluar dari tempat
persembunyiannya.

Melati kaget. Pisau yang di pegang tadi hampir-hampir terlepas. Mujur, pisau itu
sudah di cuci terlebih dahulu. Melati mengalihkan tubuhnya menghadap Rizal.
Senyuman manis segera di ukir. Melati berpura-pura bersikap tenang.

"Mel rasa haus tadi." Jawab Melati cuba berbohong.

Rizal hanya mendiamkan diri seketika, Pisau yang berada di dalam sinki di pandang.
Pisau itu bersih dari sebarang palitan darah. Melati juga memandang ke arah yang
sama. Dadanya kian berdebar. Dia tidak mahu Rizal mengetahui apa yang dia lakukan
selama ini.

"Kalau macam tu, tak apalah. Jom, kita siap-siap. kejap lagi nak azan subuh. kita
solat sama-sama ya?" ujar Rizal mengusap pipi Melati dengan rasa kasih sambil terus
beredar dari situ.

"Baik bang, sekejap lagi Mel naik ya" Balas Melati. Wanita ini menarik nafas lega.

Rizal merasa curiga dengan kelakuan isterinya. Dalam seminggu, kerap benar Melati
keluar pada lewat malam. Bukannya dia tidak perasan, tetapi dia hanya tutup mata
dan bersangka baik sahaja. Tetapi, kali ini Rizal tidak boleh menahan rasa ingin
tahu. Dia perlu tahu semuanya.
Terdengar derap langkah kaki naik ke atas. Rizal cepat-cepat masuk ke dalam bilik.

****
"Neraaaa..oooohhhh, Nera. Awak di mana?"

Nera tersentak. Suara itu, dia kenal suara itu. Suara milik perempuan bernama
Melati. Dirinya tertanya-tanya, bagaimana wanita itu boleh ada di dalam rumahnya.
Nera sudah tidak senang duduk. Dia berjalan mundar mandir di ruang beradunya.

Tanpa lengah, Nera terus sahaja mencapai ganggang telefon. Dia mahu menghubungi
pihak pengawal yang bertugas. Dia pasti, rumahnya sudah di ceroboh. Berkali-kali di
dail, tetapi tiada sebarang respon. Nera sudah gelisah.

"Nnneeeraaaaa.."

Telefon bimbit di capai. Nombor Azuan di dail, Juga tiada respon. Nera merengus
kasar. sudah beberapa hari panggilannya tidak berjawab. Bermacam-macam andaian yang
di buat bagi menyedapkan hatinya sendiri.

Tiba-tiba derap langkah dari luar kedengaran. Nera seakan mahu menangis. Dia amat
takut waktu itu.Di pandang pula ke arah tingkap. Mahu sahaja dia melompat melalui
tingkap itu, tetapi, dia tiada keberanian untuk melakukannya, pada hal dia tidak
sanggup lagi mahu berlama-lama di situ.

Tombol pintu biliknya bergetar. seolah-olah seperti ada yang mengusiknya. Nera
berdiam diri kerana dia takut nyawanya akan terancam. Dirinya juga serba salah.
Sekali lagi, telefon bimbitnya di tekan-tekan. Nera mencari nombor seseorang.
Seseorang yang mampu memberikannya peluang untuk hidup. Hanya dia sahaja yang mampu
menyelamatkan dirinya.

Panggilan tidak berjawab. Nera semakin gelisah. Sekejap-sekejap dia duduk,


ssekejap-sekejap berdiri. kemudian dia terus berjalan dan berdiri tegak berdekatan
dengan pintu biliknya. Telinganya di rapatkan ke dinding. Tiada lagi bunyi derapan
kaki, tiada lagi suara yang memanggilnya, tiada lagi bunyi apa-apa di luar sana,
Keadaan menjadi sunyi.

Nera memulas tombol. Di buka sedikit untuk memastikan tiada apa-apa di luar,
Setelah agak lama berdiri situ, Nera mula memberanikan diri untuk melangkah keluar
dari bilik. Hasratnya cuma satu, ingin mencari pembantu rumahnya, Bibik Nita dan
keluar selamatkn diri. Dia juga risaukan wanita itu. Bibik Nita adalah pembantu
rumahnya yang berasal dari sumatera barat. Dia mendapatkan khidmat pembantu rumah
dari agent yang di percayai. Mujur, pembantu rumahnya kali ini, boleh menurut kata-
kata dan perintahnya. Nera boleh di katakan bernasib baik kerana Bibik Nita seorang
pekerja yang jujur dan ikhlas melakukan sebarang kerja. Nera tidak pernah mendengar
sebarang rungutan dari wanita itu. Maka, kerana itu Nera suka dengan Bibik Nita dan
tiada sebarang masalah dengan pembantu rumahnya itu.

Nera menapak keluar selangkah dari biliknya. Matanya meliar memandang keadaan
sekeliling. Peluh dingin merecik keluar dari liang-liang romanya. Demi untuk
mempertahankan diri, gadis itu mencapai sebiji pasu kecil yang berdekatan
dengannya.

Tangga di pijak perlahan. Nera begitu berhati-hati. Dia tidak mahu tersalah
langkah, sesampainya dia ke bawah, tiba-tiba sahaja dirinya rebah. Kepalanya sakit
dan merasa pedih. Pandangannya mulai kabur. Didalam kekaburan itu, Nera nampak satu
bayangan seseorang datang menghampirinya. Bayang seakan-akan wanita. Kemudian,
pandangannya menjadi gelap.

Bersambung..
Karya oleh Ika Purnama
Part 14

Nera terasa kakinya di sepak-sepak dengan kasar. Pipinya juga terasa pedih seolah-
olah telah di tampar. Kepalanya terasa perit dan pening. Nera memejamkan mata
rapat-rapat kerana menahan semua kesakitan itu. Air matanya mula bergenang. Hanya
tunggu masa mahu gugur.

"Bangun!" sekali lagi kakinya di sepak kasar.

Nera cuba membuka mata. Keadaan di tempatnya berada agak kelam dan suram. Hidungnya
pula terbau sesuatu yang busuk dan hanyir.

"Hei! Bangunlah!" Pipinya yang pedih bertambah perit kerana di tampar sekali lagi.
Dengan rasa payah, Nera tetap juga berusaha membuka matanya luas-luas.

Kini, terbentang di hadapan matanya. Jasad Azuan yang masih lagi terikat sudah pun
mereput di jamah ulat yang gemuk-gemuk. Mungkin kekenyangan melapah rezeki yang
terhidang.

Daging di wajah Azuan dan tubuhnya ada yang sudah luruh dan jatuh ke lantai. Begitu
juga dengan ulat-ulat yang ada di situ, mengulit-ngulit isi perut si mayat.

Nera hampir termuntah. Sungguh dia tidak sanggup untuk melihat lebih lama lagi. Apa
yang membuatkan Nera terkesima dan tergamam, mayat Azuan kehilangan kedua-dua
tangannya!. Ini bermakna, tangan yang dia terima tempohari adalah tangan milik
Azuan.

"Kau memang gila Melati! Kau gila!" jerit Nera sekuat hati. Dalam waktu yang sama,
dia benar-benar takut.

"Aku gila? Atau kau yang gila?" Soal Melati pula. Kapak berkarat yang di jumpai di
bangunan terbengkalai itu di asah setajam mungkin.

"Kau tu yang gila! Kau gilakan laki aku!" Sambung Melati lagi. Kapak berkarat itu
di asah dengan penuh nafsu.

"Tapi aku tak bunuh orang." jawab Nera.

"Sebab wujudnya perempuan macam kaulah, aku jadi macam ni" Balas Melati.

Bunyi kapak di asah semakin kuat. Nera semakin takut.

"Kau nak buat apa dengan aku?" Soal Nera lagi ingin tahu.

"Aku nak basmi wabak-wabak macam kau ni. Kau tu virus. Wabak yang tiada ubatnya"
ujar Melati sambil ketawa.

"Maksud kau apa hah? Tak payah nak berkias dengan aku" herdik Nera. Begitu berani
gadis ini walaupun tubuhnya terikat.

"Kau memang tak tahu atau kau bodoh? Manusia penggoda dan perosak rumahtangga orang
memang patut aku bunuh!" tengking Melati. Usai mengasah, Melati menghampiri Nera
yang sedang berusaha mahu melepaskan diri.

Melati melabuhkan punggungnya di tepi kerusi. Dia tersenyum pahit memandang wajah
Nera.
Kapak di heret dan ianya menghasilkan bunyi seretan. Sesekali terdengar cukup
membuatkn Nera kecut perut.

Melati mencengkam leher Nera. Satu jari telunjuk di arahkn ke jasad mayat Azuan
yang membusuk.

"Dia ni orang yang kau upah untuk hancurkan hidup aku kan?"

Nera hanya memdiam diri. Dia tidak berani untuk bertentang mata dengan Melati
apalagi memandang rupa mayat Azuan yang di hadapannya.

"Kesian dia kan? Lama tunggu kau kat sini. Tapi, kau x muncul-muncul."

" Melati, maafkan aku, aku tahu aku dah silap" Rayu Nera

"Dah terlambat!" Balas Melati dengan dengan herdikkan.

"Please Melati. Aku rayu pada kau. Lepaskan aku." Nera mula menangis.

"Tak payah buat drama kat sini. Jangan fikir aku bodohlah"

"Tolonglah aku Melati"

"Hahahahaha. Merayulah kau dengan air mata darah sekalipun. Aku tak peduli."

"Tolonggggggg!!!!! Lepaskan aku Melati. Jangan seksa aku macam ni. Tolonglah, aku
merayu" Rayu Nera. Suaranya sudah mula serak kerana terlalu sering menjerit.

Melati mengheret lagi kapak berkarat itu. Sesekali dia tertawa dan tergelak.

"Siapa suruh kau ada skandal dengan laki aku? Aku dah beri kau amaran. Tapi kau?
Hurmmm..jadi kau tanggunglah" Melati mundar mandir dengan mengheret kapak tersebut
mengelilingi mangsanya yang terikat.

"Melati, maafkan aku. Maafkan aku.. Tolong aku. Aku sanggup sembah kaki kau.
Asalkan kau lepaskan aku. Aku janji aku takkan ganggu suami kau lagi"

Melati memberhentikan langkahnya. Wanita itu berdiri di belakang mangsanya yang


sedang menangis. Kapak berkarat yang setia bersamanya di julang dan di letakkan di
bahu. Melati membungkukkan sedikit tubuhnya. Bibirnya menghampiri ke sisi wajah
mangsanya.

"Malam ni, aku tak rasa nak membunuh. Tapi, aku rasa nk bagi sesuatu yang istimewa
untuk kau."

Nera mulai rasa cuak. Wajahnya berubah serta merta. Peluh dinginnya tidak berhenti
- henti mengalir.

"Kau takut?" soal Melati berbisik di pendengaran mangsanya.

Tiba-tiba..

"Aaarrggghhhhhhhhhhh!!!!!!" suara wanita itu menjerit nyaring.

Darah membuak-buak keluar dari potongan yang di lakukan Melati. Secebis daging yang
menyerupai telinga berada di tangan Melati. Telinga yang di potong di layangkan di
hadapan mata si mangsa..

Disebalik tembok yang berhampiran, seseorang sedang bersembunyi dan mengintai.


Matanya membuntang melihat apa yang terhidang di depan mata. Rizal seperti tidak
mahu percaya, bahawa isterinya yang tercinta sanggup lakukan perbuatan itu. Ianya
amat-amat memilukan hatinya.

"Hadiah dari aku untuk seorang bakal madu. Hahahahahaha!!" Melati ketawa mengekek-
ngekek.. Melati mula melangkah meninggalkan Nera di situ bersama mayat reput milik
Azuan. Lelaki yang di upah untuk membunuh Melati.

Nera menangis, dia sudah mulai merasa pedih dan sakit. Darah keluar semakin banyak
dan sekaligus melencunkan tubuh dan pakaiannya.

"Tolonggg.." Rayu Nera sekali lagi menjerit meminta tolong. Suaranya juga sudah
mulai hilang. Tubuhnya juga di rasakan seakan tidak mampu lagi untuk bertahan.

Dari jauh, terdengar suara Melati mengekek-ngekek ketawa.

Rizal yang sudah sedia ada di situ, mengambil peluang untuk menyelamatkn Nera..

"Awak, tolong saya" ujar Nera. Dia mengharapkn lelaki itu membantu dan menyelamatkn
nyawanya.

"Shhh.. Diam. Kalau tak, dia dengar nanti." kata Rizal sambil berbisik. Matanya
kadangkala memerhati keadaan sekeliling takut-takut isterinya kembali lagi ke situ.

Tali yang terikat ketat di tangan Nera, sukar untuk di leraikan. Ianya mungkin
mengambil masa yang agak lama sedikit.

"Abanggg.." Rizal tersentak. Serta-merta tindakkannya terhenti. Dadanya berdebar


hebat. Rizal menelan air liur berkali-kali.

"Buat apa tu?"

Bersambung

Karya oleh ika purnama

Part 15

Rizal berdiri di samping Nera. Melati memandang mereka berdua silih berganti.
Dadanya terasa seperti mahu pecah apabila melihat Melati menggenggam kapak yang
masih lagi berlumuran darah.

"Sa..sa..sayang bu..buat apa kat sini?" Rizal cuba memberanikan diri bertanya.

"Apa yang abang nampak? Itulah yang Mel buat." jawab Melati sambil tersenyum-
senyum.

"Mel sedar tak, apa yang Mel buat ni salah. Lepaskan Nera, Melati"

Melati merenung wajah suaminya dalam-dalam. Kemudian, dia bergerak menghampiri


Rizal. Rizal gugup.
Bahu suaminya di sentuh. Leher dan wajah suaminya di usap. Melati berdiri di
belakang Rizal. Kemudian, Melati kembali berdiri di hadapan lelaki itu.

Tanpa di sangka, Melati bertindak nekad mencengkam leher Rizal dan menolak Rizal ke
dinding bangunan itu. Mata Melati mencerlung tajam ke mata Rizal. Rizal hanya
mendiamkan diri.
"Kau kena ingat semua janji kau pada aku. Jangan sesekali kau mungkir, Rizal"

Nafas Rizal tersekat-sekat. Tangan Melati di sentuh. Kemudian, tubuh Rizal di tarik
dengan kasar dan tanpa di sangka, Rizal juga diikat di sebatang tiang batu.

"Mel, jangan buat abang macam ni. Mel tak sayangkan abang ke?" ujar Rizal sambil
berusaha memujuk isterinya.

Melati hanya berlagak biasa. Kata-kata suaminya tidak di endah. Melati mengeluarkan
sesuatu dari bag sandangnya. Sebuah gambar perkahwinan di usap perlahan, kemudian
di letakkan di atas meja usang yang terdapat di situ.

Melati menghampiri jasad kaku Azuan. Rambut mayat Azuan yang kusut di renggut
dengan kasar.

"Kau tengok ni. Kau tahu dia ni siapa? Dia lelaki yang betina ni upah untuk bunuh
aku, semata-mata nak dapatkan kau!" Melati menunjukkan jari telunjuknya ke arah
Nera yang sudah pucat lesi.

Rizal terpempan. Dia tidak menyangka begitu jauh sekali tindakkan gadis itu.
Sanggup mahu menghancurkan rumahtangganya.

"Aku minta maaf, Rizal. Aku tahu, aku salah. Maafkan aku" Nera menundukkan
wajahnya. Tidak berani lagi untuk bertemu mata dengan lelaki itu.

"Kau fikir, kau bijak? Sebelum kau usik aku. Aku terlebih dahulu bertindak. Tapi,
bukan aku yang bunuh dia ni. Dia yang mari sendiri aku cuma potong tangan dia je.
Jadi bukan salah aku kalau dia mati, kan.."

Gambar perkahwinan mereka berdua, Melati dakap dengan erat. Gugur satu persatu air
matanya. Sejak sekian lama, Melati tidak pernah mengalirkan air mata. Kali terakhir
dia menangis adalah kerana mamanya.

"Jangan sia-siakan aku, Rizal. Kau dah berjanji dengan aku untuk bersama dengan
aku. Jangan tinggalkan aku" Ujar Melati. Ada getaran pada suaranya. Ada sedih dalam
nada bicaranya.

"Sayang, abang masih pegang janji kita. Sayang kena percaya pada abang"

Melati bersandar di tubuh suaminya yang terikat. Gambar perkahwinan mereka di sua-
sua di hadapan Rizal. Adakalanya, Melati menangis, kadangkala ketawa. Keadaan
Melati membimbangkan Rizal.

Melati bergerak pula ke arah Nera. Rambut Nera yang panjang di belai. Nera
ketakutan. Nafasnya turun naik. Dia takut akan tindakkan yang bakal Melati lakukan
pada dirinya.

"Kau cintakan dia?" Soal Melati kepada Nera.


Kedua - duanya mengalihkan pandangan serentak ke arah Rizal.

"Sorry Melati. Tolonglah"

"Jawab soalan aku! Kau cintakan dia?"


Melati menarik rambut Nera dengan kasar.

"Kalau kau cintakan dia, aku boleh serahkan dia pada kau. Mahu?"

"Sayang, apa ni!"


"Ssshhhh.. Jangan masuk campur. Ini antara aku dengan betina ni. Kau duduk diam-
diam kat situ"

Melati mencapai sebilah pisau. Pisau itu di genggam kemas. Dengan langkah yang
longlai, Melati menghampiri Nera semula. Wanita ini berdiri di belakang gadis itu.
Kemudian, pisau itu di letakkan ke leher Nera.

"Manusia macam kau, selayaknya mati sahaja. Manusia macam kaulah, punca rumahtangga
orang lain menjadi rosak, Manusia macam kau ni lah, aku hilang papa aku. Manusia
macam kau ni lah, aku jadi pembunuh, aku hilang zaman kanak-kanak aku. Manusia
macam kau ni lah, aku di sumbat ke dalam penjara. Manusia macam kaulah, aku jadi
gila. Kerana manusia macam kau, aku di kurung bertahun-tahun. Kau tahu tak apa aku
rasa? Seksa!"

Nera menangis kerana ketakutan. Sudah puas dia merayu. Tetapi, nampknya usaha dia
gagal. Yang pasti, nyawanya bakal berakhir sebentar lagi.

"Aku minta maaf Nera, aku terpaksa hantar kau ke neraka. Mamat ni, dah tunggu kau
di sana, hahahahaha!"

"Tolong Melati. Tolong aku. Jangan buat macam.." belum habis Nera berkata-kata,
Melati terus mengelar leher Nera dengan pantas. Darah segar memancut-mancut keluar
dari kesan kelaran itu.

Tubuh Nera terkujat-kujat sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Air matanya
yang masih lagi bersisa mengalir laju ke bawah.

Melati tersenyum-senyum. Di pandang nya pula ke arah Rizal. Keempat-empat mata


mereka bertemu.

Bersambung..

*Apa yang berlaku kepada pasangan ini? sama-sama kita tunggu part terakhir esok
ye...😘

Karya oleh ika purnama

PART AKHIR

Melati memandang Rizal dengan seulas senyuman. Senyuman yang sukar untuk di
ertikan. Rizal hanya mendiamkan diri sehinggalah, dia ternampak isterinya datang
menghampirinya dengan satu botol yang berisi minyak tanah.

"Mel, Mel nak buat apa dengan minyak tanah tu? Jangan buat yang bukan-bukan Mel.
Abang suami Mel. Mel pun tahu kan, abang sayang kat Mel?" Rizal mulai cuak. Melati
pula langsung tidak bersuara. Hanya senyuman manis yang menghiasi wajahnya sejak
dari tadi.

Botol minyak tanah di letakkan di bawah. Kemudian, ikatan pada tubuh Rizal di
ketatkan dengan lebih kuat.

"Mel tahu abang sayang pada Mel. Mel pun sayang pada abang. Sayang Mel pada abang
lebih dari segala-galanya. Tapi, abang dah janjikan, apa sahaja yang terjadi pada
kita berdua, abang tetap setia dengan Mel. Abang takkan tinggalkan Mel macam tu aje
kan?. Mel masih ingat janji abang tu. Mel harap, abang pegang janji-janji tu sampai
akhir hayat abang" ujar Melati sambil memeluk erat tubuh Rizal. Kemudian, wajah
Rizal di cium dengan penuh rasa sayang dan cinta.
"Abang janji takkan tinggalkan Mel. Abang janji sayang..abang janji. Abang sumpah!"

Tanpa di pinta, air mata bergenang di pelupuk mata Melati. Laju-laju di seka dengan
belakang tapak tangannya. Melati tidak mahu suaminya melihat dia dalam keadaan
sedih.

Pelukkan di renggangkan. Penutup botol minyak tanah di buka dengan perlahan sambil
menyanyi-nyanyi.

"Dimana kan ku cari ganti, serupa dengan mu.."

Kemudian, minyak tanah itu di siram ke tubuh Rizal. Rizal meronta-ronta ingin
melepaskan diri. Minyak tanah yang masih lagi bersisa di siram juga ke tubuhnya
sendiri sehingga lencun.

Tidak lama selepas itu, Melati mencapai telefon pintar miliknya. Di dail nombor
seseorang. Entah siapa, Rizal sendiri kurang pasti.

"Hello.."

Selesai bercakap di dalam telefon. Melati mencapai semula botol minyak tanah yang
masih lagi bersisa. Matanya terus-menerus memandang ke arah Rizal. Tiada lagi
senyuman di wajahnya. Tiada lagi keceriaan pada diri wanita itu.

"Kita mati sama-sama. Kita hidup di syurga sama-sama. Abang dah janji dengan Melati
kan? Sayang nak tuntut janji tu sekarang ni" Melati berdiri tegak di hadapan Rizal.
Di dakap semula lelaki itu. Wajah suaminya di belai dan di kucup. Air mata kedua-
duanya mengalir deras. Rizal sudah tidak mampu lagi untuk memujuk. Dia redha dengan
segala ketentuan yang sudah di takdirkan untuknya. Rizal juga sudah bersedia untuk
sehidup semati bersama Melati.

Melati mengeluarkan pemetik api. Kemudian di nyalakan. Melati kembali tersenyum.


Sekali lagi wajah Rizal di kucup sebagai kucupan terakhirnya. Api yang di nyalakan
di dekatkan kepada tubuh mereka berdua. Rizal memejamkan matanya kerana tidak
sanggup untuk melihat apa yang berlaku nanti kepada mereka berdua.

Tetapi, lain pula yang berlaku. Melati menjauhi diri Rizal. Dengan sebuah senyuman
indah, Melati memberikan pesanan terakhir untuk Rizal.

"Melati sayangkan abang, sampai bila-bila" ucap Melati.

Kemudian, Melati terus bertindak membakar dirinya..

Rizal tergamam. Dia tidak mampu lagi untuk bersuara. Hanya air mata yang mengiringi
pemergian isterinya.

***

Kini, dia mengerti mengapa Melati bersikap aneh. Mengapa Melati sanggup membunuh
Misha dan Nera, hanya kerana wanita itu amat menyayanginya.
Beberapa minit selepas kejadian itu, pihak polis datang membuat serbuan. Rizal yang
terikat di sebatang tiang di lepaskan. Serta merta tubuh hangus Melati di dakap
seerat-eratnya. Rizal menjerit sekuat hati, melepaskan rasa sesalnya dengan apa
yang terjadi.

Mayat Nera dan Azuan di ambil dan di hantar ke hospital untuk di bedah siasat.
Begitu dengan mayat Melati. Rizal pula seolah-olah tidak mahu berpisah dengan Mayat
Melati. Dia mengikut sahaja mayat isterinya yang di bawa pergi.
Rumah mewah milik Melati di bongkar. Pihak polis melakukan siasatan hasil maklumat
dari Melati sendiri ketika wanita itu menghubungi pihak mereka. Rangka mayat Misha
dan beberapa tulang temulang yang tersimpan didalam sebuah stor di bawah tangga
telah di temui.

Beberapa ketulan daging yang sudah mula berbau di temui didalam peti sejuk. Ketulan
daging itu di percayai adalah daging manusia hasil pemeriksaan anggota forensik
yang bertugas.

Rizal mengalami satu trauma yang hebat. Dia kehilangan isteri, malah di hadapan
matanya sendiri Melati membakar dirinya hidup-hidup. Semuanya masih lagi terbayang-
bayang di ruang matanya. Kini, di tambah pula, Melati penyebab kehilangan Misha.
Ianya memberikan satu tamparan hebat kepada dirinya. Sesuatu yang tak di jangka
bahawa isterinya seorang pembunuh selama ini.

Rizal melepaskan satu keluhan berat. Dia tidak menyalahkan isterinya. Tetapi,
menyalahkan dirinya sendiri. Kerana dia, Melati sanggup membunuh hanya kerana
terlalu cinta dan sayangkan dirinya.

***

Suasana di Rumah Kasih tenang dan sunyi. Hanya terdengar kicauan burung yang berada
di celah rimbunan pohon. Seorang lelaki tua, merenung jauh ke arah pagar putih yang
besar dan gah. Matanya tidak berkelip apalagi untuk mengalihkan pandangannya ke
arah lain.

Terbit seulas senyuman di bibirnya. Matanya berkaca-kaca. Lelaki tua itu bingkas
berdiri, melepaskan sebatang pen dan kertas di atas meja.

"Sayang pergi mana? Lama abang tunggu." ucap lelaki tua itu. Tubuh wanita yang
berbaju hitam itu di dakap erat seolah-olah terlalu lama menyimpan rindu.

"Mel ada je kat sini. Teman abang.."

Lelaki tua itu tersenyum meleret.

"Assalamualaikum pakcik, jom masuk dalam. Dah senja ni" ujar seorang lelaki yang
berkerja di Rumah Kasih tersebut.

"Aku tak mahu! Aku nak duduk dengan isteri aku."

"Dah senja ni pakcik Rizal. Kita masuk ya. Pakcik mandi, makan, lepas tu pakcik
sambung cerita kisah pakcik dengan Melati pada saya ya." pujuk pekerja tersebut.

Pakcik tua yang bernama Rizal itu akhirnya menurut dan tersenyum. Senyuman rindu di
berikan buat Melati yang duduk di bangku bersamanya tadi. Hanya pakcik tua itu
sahaja yang bisa melihatnya. Perlahan-lahan Melati hilang dari pandangannya..

Tamat..

*Terima kasih buat semua pembaca kerana sudi mengikuti cerita saya ini. Di harap
semua pembaca terhibur dan faham akan jalan ceritanya. Apa yang terkurang dan yang
terlebih, maafkan saya ye. Terima kasih sekali lagi kerana support karya saya yang
tak sehebat mana ni. Love u all 😘

Kredit: Ika Purnama


# IsteriAkuPembunuh

Anda mungkin juga menyukai