Anda di halaman 1dari 2

Josephen.

(1)
Writer by Maaruf Khuzairi
Katherine menghampiri Daniel. Pemuda itu tidak mempedulikan dirinya, walhal sudah
hampir beberapa minit dia tercegat di hadapan pemuda itu. Riak wajahnya kelihatan
jengkel dengan sikap Daniel.
Namun, ada sesuatu yang aneh pada wajah kekasihnya itu. Matanya, kelihatan putih
sahaja. Dia menggoncang badan Daniel, malangnya pemuda itu tiba-tiba saja mencekik
dengan kedua-dua tanggannya. Katherine cuba mengambil nafas dan menampar-nampar
tangan Daniel yang kekar itu.
Gagal. Namun dia mencuba kembali, sebelum tanggannya terkulai. Katherine mati di
tangan Daniel tanpa sempat mengetahui asbab perbuatan itu.
"Dasar wanita murahan. Engkau lebih sanggup mencurahkan kasih kepada lelaki ini,
sedangkan aku sudah lama cuba menagih kasih engkau. Tak guna," ujar entiti yang
merasuk tubuh badan Daniel. Sebiji batu besar dicapai lalu dihentak kepada kepala
pemuda itu sendiri.
Akhirnya, Josephen berjaya membalas dendam. Dua orang kekasih yang mengetahui
kematiannya kini bakal menemani kehidupannya di antara langit dan bumi.

Josephen. (2)
Writer by Maaruf Khuzairi
Josephen menerawang di langit tinggi, memerhati perilaku manusia lainnya. Kehidupan
ini amat dirinduinya, namun ajal terlebih dahulu datang menjemput. Matinya
Katherine dan Daniel hanyalah untuk melunaskan dendam, tidak pula mampu
membangkitkan dia daripada kematian sadis.
Dua orang manusia laknat itu membunuh dia, hanya untuk mendapatkan nama dalam satu
kajian paranormal, di mana dia merupakan tulang belakang kepada pasukan itu.
"Dasar manusia laknat! Aku punya kajian, kau orang lebih-lebih. Tak guna! Sanggup
bunuh aku. Sudahlah aku dijanjikan kasih-kasih palsu. Dasar wanita murahan!
Bangsat!" Luah Josephen. Kedinginan malam di ruang udara itu tidak memberikannya
kesan.
Kini, dia hanya mahu pergi dengan aman. Harapannya tinggi jika dapat bertemu dengan
manusia yang mempunyai deria keenam. Sudah hampir dua purnama dia berkeliaran di
dada langit London, namun hampa.
Mungkin saja dia patut ke tempat lain. Ketika itu, mindanya mengukirkan satu
tempat.
Nusantara, tempat kelahirannya.
"Malaysia, mu tunggu aku datang!"

Josephen. (3)
Writer by Maaruf Khuzairi
Setelah sepurnama, Josephen tiba di Malaysia. Lebih tepatnya di kampung
kelahirannya, Kedah. Dia amat merindui tempat ini, kerana banyak kenangan manisnya
tercipta di sini sebelum kematian ibu dan bapanya.
Dia menggeleng kepala dan terus kepada objektifnya, mencari manusia yang mampu
melihatnya. Perlahan-lahan dia mula mencari, sebelum cuba menghampiri kerumunan
manusia di bawah.
Dalam keramaian itu, dia menyedari sepasang mata memerhatinya. Seorang wanita
berkaca-mata di sebalik orang ramai kelihatan seperti merenungnya dengan tajam.
Josephen membalas pandangan itu dengan merenung wanita itu kembali, untuk
memastikan dia tidak tersilap tengok. Nyata wanita itu dapat melihatnya apabila dia
berlari daripada tempat itu.
Josephen terapung dan berterbangan. Dia melihat wanita itu dari langit. Dia harus
tunggu waktu yang sesuai sebelum menemui wanita itu.
"Allahu Akhbar! Siapakah lelaki itu? Sudahlah bajunya merah seperti dilimpahi
darah, boleh pula berdiri di tengah orang ramai," getus hati wanita itu. Dia tidak
menafikan bahawa pemuda aneh tadi kelihatan kacak walaupun menggerunkan.

Josephen. (4)
Writer by Maaruf Khuzairi
"Hei!" Josephen menegur wanita berkaca mata tadi apabila dia berjalan keseorang di
satu lorong. Wanita itu terkejut, tidak sangka akan menemui Josephen.
"Nama aku Josephen. Boleh aku tahu nama kau?" Ujar pemuda itu sambil memperkenalkan
diri.
"Aku- aku Ruhana. Siapa engkau?" Soal Ruhana setelah memberitahu namanya. Tanpa
mahu membuang masa, Josephen mula bercerita. Daripada A sampai Z, tiada satupun
peristiwa sadis yang menimpanya tidak diceritakan. Ruhana kelihatan begitu
terkejut.
"Sekarang, aku mahu kau tolong aku. Kebumikan mayat aku yang disimen di bangunan
lama tu secara elok. Bolehkan engkau menolong aku, Ruhana?" Pinta Josephen.
"Mana mungkin aku dapat menolong engkau. Mayat engkau sekarang berada di London.
Aku manalah ada duit untuk terbang ke sana, semata-mata untuk menolong engkau.
"Bukannya aku tidak mahu tolong, tapi engkau ada duit?"
Josephen tertunduk pasrah. Sia-sia sahaja jika dia terbang jauh hanya untuk makan
angin.
"Eh! Boleh kau beritahu tempat kau dibunuh itu sekali lagi?" Ujar Ruhana, dan
terpancar sinar harapan pada wajahnya. Josephen terkedu seketika.
Josephen. (5)
Writer by Maaruf Khuzairi
Ruhana telah menghubungi rakannya yang belajar di London. Mujurlah rakannya
bersetuju untuk membantu. Setelah beberapa hari, mayat Josephen berjaya dijumpai
dan disemadikan dengan elok.
"Terima kasih, Ruhana. Walaupun kita berbeza, tapi engkau sanggup menolong aku."
"Tak mengapa. Hal kecil saja, Josephen. Lagipun, rakan aku di sana yang menguruskan
hal engkau. Mungkin engkau patut berterima kasih padanya?" Ujar Ruhana.
"Entahlah. Ini mungkin hari terakhir aku di dunia ini. Hajat aku tercapai. Selamat
tinggal Ruhana. Lebih baik aku pergi sekarang."
Perlahan-lahan, Josephen mula berterbangan dan menghilang di sebalik kepekatan
malam.
Ruhana terus keluar daripada rumahnya, menuju ke sebuah pasar raya. Dan dia bertemu
dengan seorang.
Kelihatan pemuda yang wajahnya mirip Josephen!
TAMAT.
Hak Cipta Terpelihara.
(MaarufKhuzairi)

Anda mungkin juga menyukai