Anda di halaman 1dari 4

THE BEGINNING

30 NOVEMBER 2022, WEDNESDAY

Cuaca yang cerah pada hari itu bagai memberiku semangat baru yang selama ini pudar dimamah
era ini. Ops.. Sebelum aku meneruskan,let me introduce myself. My name is Alex and this is
my- oh sorry.. This is our story. Cerita kitaorang survive dalam era ni.

  Sebelum kau bertanya dengan lebih lanjut, kami tinggal dalam era akhir dunia. Era baharu
dimana manusia hancur-sehancurnya. Era dimana kejatuhan bangsa manusia disaksikan. Manusia
menjadi pemakan daging segar. Pemerintah yang kejam memerintah. Salji turun di merata tempat.
Balasan tuhan terhadap manusia. Mereka yang lalai, bongkak, tamak akan harta dunia,
pentingkan diri, riak, takbur.

    Di saat mereka semua sedang sedaya upaya bertahan diri menahan lapar dan dahaga, kami di
sini berhabis habisan membunuh makhluk jijik itu. Dataran utama kota metropolition menjadi
saksi sebuah pertempuran hebat sedang berlangsung. Perkenalkan team tempur aku, haikal, adam,
hafiz, lukas, iman dan termasuk aku aka kapten bravo Eagle. Headhunter aka lukas. Kata orang
mata eagle sangat tajam kan?tetapi mata Lukas lagi tajam dari mata eagle. Disebabkan
ketepatan dia dalam menembak dari jarak jauh dengan sangat baik, dia diberikan position
headhunters dalam kumpulan kami. Adam aka hacker in our team. The best hacker in malaysia.
Dia ni boleh dikira famous jugakla dalam dunia mafia, gengster semua tu. Pernah bekerjasama
dengan polis dalam misi besar besaran menangkap pengedar dadah yang paling diingini the whole
malaysia. Heh, kau ado??. Next, hafiz aka assassins dalam team kitaorang. Dia punya aura..
Jangan buat pasal woi. Aura membunuh. Dia ni paling pendiam la jugak berbanding kitaorang.
Tapi kerja dia semua clean wei. Sumpah clean. Tak tinggal apa apa. Hatta satu habuk pun
takde. Dia ni laju. Tahu tahu je dia dah ada kat sebelah kau, tgh acu pisau kat leher kau.
Jgn buat pasal dengan dia.

   Thats enough cerita pasal team aku je. Berbalik kepada situasi tadi, kami bertarung habis
habisan meyerang makhluk makhluk itu. Sumpah muka diaorang hodoh. Bukan nak faceshaming tapi
dah fakta. Fakta tak boldh diubah. Dengan daging manusia melekat kat badan diaorang, air liur
meleleh jatuh dari mulut, mulut yang comot dengan darah, pakaian koyak rabak, luka gigitan
jelas di badan diorang.. Eee.. Sumpah rasa nak muntah. Makhluk yang sedang menderam marah
didepan aku kerling dengan perasaan loya dan menyampah. Haih.. Bilalah aku boleh rehat ni?
Tidak membuang masa pedang tajam yang sudah berlumuran darah di tangan dia libaskan kuat ke
arah kepala makhluk tersebut. Makhluk itu melolong kesakitan serentak dengan itu kepalanya
jatuh melurut ke tanah terpisah dari badan.

Dia hanya memandang jijik sebelum pedang yang penuh dengan darah makhluk tadi dikesat dengan
tuala kecil yang sentiasa dia sangkutkan di bahagian poket seluarnya. Dia memandang
sekeliling sebelum matanya tertumpu ke arah pasukannya yang sedang fokus habis habisan
membunuh makhluk makhluk tersebut yang kini sedang rakus menerkam dahagakan darah dan daging
manusia.

  
   
"Alexx!! Watch out! "

Sebuah tempikan kuat kedengaran dari belakangnya mematikan lamunannya. Dia mengangkat
kepalanya serentak dengan itu seekor makhluk sedang rakus menuju ke arahnya sambil mulutnya
ternganga luas mahu menerkam. Entah kenapa dirinya seakan akan terpaku kaku di situ. Dia
seakan tidak mampu mengerakkan badannya. Kewarasannya seakan terbang meninggalkannya. Dia
bagaikan terkaku di situ memerhatikan makhluk yang sedang mahu menerkam dirinya saat itu
dilihat seperti malaikat pencabut nyawa yang bakal mencabut nyawanya bila bila masa saja
sebelum akhirnya dia tersedar kembali oleh tempikkan kuat dari haiqal.

" zappppzz."

    Kedengaran bunyi peluru membelah angin tepat mengenai makhluk tersebut. Matanya kini
dijamu dengan sekujur tubuh makhluk tadi kini sudah rebah ke lantai. Terbaring kaku tidak
bernyawa. Lukas merenung datar ke arahnya bersama sniper yang setia tersisip di sisinya.

      "kau dah kenapa bro? Macam tak makan setahun je aku tengok. Asyik mengelamun je. Dah
sampai ke mana tu? Planet pluto? " komen lukas tanpa emosi. Entah kenapa pelik dia tengok
kaptennya hari ni. Kaptennya dengan muka mendatarnya tidak boleh dipisahkan. Kemana sahaja
diaorang pergi, dia selalu perasan muka kaptennya memang takde emosi. Mendatar habis. Hari ni
pulak macam lain sikit. Dia perasan dahi kaptennya berkerut hebat. Buang tabiat ke apa?

    "Taklah. Aku macam tertanya.Sampai bila la kita nak hadap semua benda ni? Aku dah muak
dengan semua ni. " . Oh.. Sebab tu ke muka kaptennya berkerut hebat tadi? "Bukan kau sorang
je bro. Kitaorang pun sama. Balik balik hadap darah, daging,bau busuk yang hari hari kita
hidu. Hidung aku ni sampai dah nak tersumbat tahu tak? "  Hafiz menyampuk.

    " Bercakap je bila nak habis? Cepat la gerak"


Kedengaran si pendiam, hafiz bersuara mengeluarkan suara emasnya menyebabkan bravo eagle
terdiam. Dataran kota metropolition sunyi sepi bagai terpegun sekali mendengarnya. Alex
tergamam sambil jarinya menunjukkan bilangan nombor 8.
"Uish. Bapak ah.. Lapan patah perkataan wei.. Jauh lagi banyak daripada sebelum ni. " Haiqal
bersuara terkejut. Sempat lagi boleh dikira tu. Hafiz hanya menjeling tajam. Faham sangat
dah. Dia kan pendiam. Sebab tu sekali dia bukak mulut mesti kawan kawannya akan tease dia.
Haiqal hanya tersengih apabila menerima jelingan yang membawa maksud 'kau nak mati ke? ' dari
Hafiz.

          " dah dah. Jom cepat gerak. Hari dah nak masuk senja ni. Kau sudah lupa apa yang aku
sudah bilang waktu kita mulakan misi ini dahulu? Apabila hari bertukar senja cepat cepatlah
kau mengundurkan diri. Takut apa yang tidak diingini bakal terjaga dari mimpinya yang lena. "
penuh dingin Iman berkata. Tegas dan misteri. Itu yang boleh mereka katakan apabila hal itu
berkenaan dengan Iman. Mereka yang mendengarnya sudah mula seriau. Tegak bulu roma mendengar
setiap bait kata yang diungkapkan oleh Iman. Yelah. Iman ni tak pernah bergurau. Setiap patah
perkataannya kebanyakkannya semuanya tepat dan betul. Tidak boleh disangkal sangkal dan
dipatahkan. Aduh. Dari cerita zombie terus bertukar jadi cerita seram pulak gara gara si iman
ni bukak mulut.

      Mereka pun bergerak laju meninggalkan dataran kota metropolition tersebut. Mereka harus
cepat untuk sampai ke destinasi yang ingin dituju.Melihatkan pagi yang sudah mula mahu
bertukar malam menjadikan mereka tiba tiba cuak dan cemas. Yelah. Zombie akan mula aktif pada
waktu malam. Itulah yang Iman bimbangkan sejak dari tadi. Tetapi malangnya kebimbangan itu
benar benar menjadi betul tatkala mereka tiba di sebuah kawasan lapang yang berada dalam
daerah Nuang di dalam kota Metropolition. Alex dan semua yang lain sedang menyelusuri sebuah
jalan yang panjang dimana di penghujung jalan itu terdapat sebuah perkampungan kecil mengikut
peta yang mereka ikut sejak mula dari pengembaraan lagi.

              " This is Bravo Eagle one talking. Hello there. Can you hear us?? Is there anybody
there?? Please answer us. We need a quick responses from M. A. T. A. Bravo eagle one, out. "
kedengaran suara Alex cuba berkomunikasi kepada pihak pengurusan M.A.T.A melalui radio yang
sentiasa dibimbit ke mana mana mereka pergi.
" dah dah la tu wei. Kau cuba banyak kali pun diaorang takkan jawab. Aku rasa ni dah kali ke
449 kita try." Haiqal merungut kasar. Ye la. Setiap kali ketua dia ni cuba komunikasi dengan
pihak disana setiap kali itu jugak hanya bunyi ' no signal ' yang keluar dari walkie talkie.
Dah geram sangat ada aku baling jugak benda alah ni.

      " ye la wei. Aku pun rasa diaorang takkan jawab. Tengok gaya aku rasa pusat tu pun dah
terbelangkai and aku tak rasa ada lagi yang terselamat kat sana. "
Adam mengeluh kasar mengiakan kata kata haiqal.
Entah sampai bila diaorang kena teruskan misi ni. Ni bukan misi menyelamatkan dunia, ni misi
bunuh diri namanya. Sudah la bekalan peluru makin hari makin sikit. Alex yang mendengar
rungutan demi rungutan dari pasukannya hanya mampu diam. Kaku tanpa suara. Walhal dalam hati
sudah berbakul bakul cacian dilemparkan kepada pihak atasan mereka. Yelah. Bayangkan. Sudah
hampir dua bulan mereka melaksanakan misi ini. Nak nak pulak bekalan peluru makin lama makin
sedikit dari hari ke hari. Lepastu boleh pulak komander buat hal. Hubungan mereka dengan
pihak pengurusan M. A. T. A terputus begitu saja sejak sebulan yang lepas. Kekadang mahu saja
dia menjerit melepaskan tekanan yang membelenggu dirinya tatkala ini  tetapi dia tak mahu
dilabel cepat sangat melatah. Setiap situasi harus dihadapi dengan tenang dan bijak. Dia
sebagai ketua harus bijak menangani masalah masalah yang mendatang. Itulah pesanan terakhir
yang dititipkan kepadanya oleh komandernya tatkala dia menerima misi ini.
     
          " prakk! " kedengaran bunyi ranting kayu dipijak oleh seseorang tidak jauh dari arah
diaorang berada.
" shush! " Alex bertindak bijak dengan menyuruh ahli ahli pasukannya senyap. Takut kehadiran
mereka bakal disedari oleh 'gerangan tersebut'. Alex menyuruh pasukannya mencari tempat yang
selamat untuk diaorang menyorok. Namun tidak sempat mereka bertindak apa apa, gerangan
tersebut terlebih dahulu bersuara keras. " Kamu yang berada di sana! Apa kau buat di kawasan
aku ini? " gerangan itu bersuara. Suaranya seakan kedengaran seperti suara lelaki yang sudah
lanjut usianya. Team Bravo Eagle pelik. Pelik kerana dialek yang digunakan oleh lelaki itu
bagaikan dia tinggal di zaman zaman terdahulu. Bahasa yang digunakan jauh berbeza daripada
gaya percakapan orang zaman sekarang. Baku dan misteris nadanya.

        " um. Maaflah kalau menganggu pakcik. Pakcik ni siapa sebenarnya? Macam mana pakcik
boleh berada di sini? Macam mana pulak kawasan ni jadi milik pakcik? Bukankah semua ni tanah
kerajaan? Pakcik sorang sorang je ke kat sini? Pakcik tahu tak pasal virus yang menular kat
sini? " bertubi tubi pertanyaan dilontarkan Alex. Pada ketika itu, dia sangat keliru. Macam
mana pulak boleh ada tersesat seorang lelaki tua kat sini? Dia seorang je ke yang terselamat?
Entah entah pakcik ni dah kena gigit tetapi cuma transformasi dia bertukar menjadi makhluk tu
lambat? Pelbagai kekeliruan dan syak wasangka bermain di dalam kepalanya tika itu. Pakcik itu
hanya tersenyum.
Senyuman yang penuh sinis dan misteri.

- bersambung -

Tarikh tamat chapter : 11/12/2022 [ 12:29 ] [ Ahad ].

MYSTERIOUS OLD MEN

11 DECEMBER 2022, SUNDAY

                                 Chapter 2

Jika tadi kepalaku dipenuhi dengan pelbagai persoalan akhirnya kosong dengan jawapan yang
diberikan pakcik tadi. Kami sekarang sedang di dalam perjalanan menuju ke tempat tinggal
pakcik misteri tadi. Pada mulanya kami sukar untuk mempercayai lelaki tua dihadapan kami ini
namun digagahkan diri juga untuk berfikiran positif memandangkan hanya pakcik tua dihadapan
kami ini saja yang kami jumpa di dalam hutan tebal yang sunyi dan kelam ini. Sangat sunyi
sehinggakan hanya bunyi cengkerik saja yang didengari.

   Flashback..

[ Alex pov ]

Aku memandang pakcik tua di hadapanku ini dengan sejuta persoalan di kepala. Macam mana boleh
tersesat pakcik tua pulak kat sini? Siapa dia ni? Dia ni zombie ke manusia? Pistol kecik yang
sentiasa tersedia di tepi seluar aku capai sebelum diacukan ke arah pakcik itu. " kau buat
apa kat sini? Baik kau jujur dengan aku! Siapa kau? Seingat aku mana ada manusia kat sini.
Cepat cakap! " dengan kasarnya aku melontarkan pertanyaaan yang bermain di benakku. Maaflah
kalau aku bersikap biadab tapi apa aku kesah! Sudah pelbagai nyawa aku cabut sekaligus
mengorbankan segala perasaan empati yang ada di dalam diriku.

     Pakcik tersebut kelihatan menggumam sesuatu sebelum riak muka yang kelihatan ramah tadi
perlahan lahan bertukar marah. Dahi tuanya berkerut lebat. " Biadap sekali anak muda zaman
sekarang! Kau tak perlu tahu aku siapa! Kau belum tahu selok belok hutan ini! Lebih baik kamu
ikut aku sekarang! Hutan ini mempunyai semangat yang kuat. Sudah pasti ada pelbagai makhluk
yang tinggal di sini. "
Dengan keras pakcik tua
itu bersuara. Aku hanya mengerutkan dahi. pelik dengan slang yang
digunakan pakcik itu. Sangat baku.Bicaranya seperti orang dulu dulu. Tapi yang lagi
membuahkan soalan apa yang pakcik ni mengarut pulak?! Boleh mengucap aku macam ni la! Pakcik
oh pakcik. Boleh tak gunakan bahasa yang kitaorang faham? Dia membebel apa entah aku tak
tahu.

    " pakcik. Pakcik cakap apa ni? Saya tak faham. "
Seboleh bolehnya aku lembutkan suara aku. Lagipun dia orang tua kan.Tak naklah aku dicop
biadab pulak. Ceh. Padahal kau memang tak kesah kan. Saje je tu nak jaga imej kau depan
diaorang. " Kamu semua perlukan tempat untuk bermalam betul? Mahukah kalian bermalam di rumah
aku? " soalan yang dilontar pakcik tersebut membuatkan mataku sedikit bersinar teruja.
Tawaran yang dihulurkan sudah pasti aku terima. Bak kata pepatah melayu ' rezeki jangan
ditolak, musuh jangan dicari '. Alang-alang tu marilah kita bertemu ramah mesra dengan pakcik
kat depan aku ni. " Urm. A-apa patut kami panggil pakcik? " aku memulakan perbualan sambil
kaki melangkah mengikuti pakcik tadi menuju ke rumahnya.  Ahli pasukanku yang lain hanya
mengikuti dari belakang tanpa sebarang bunyi. " Kamu boleh gelar aku sebagai Tok Putih ".
Jawab pakcik tersebut dengan diiringi sebuah senyuman di bibir tuanya. Aku hanya mengangguk
faham sebelum kepala ditolehkan ke belakang. Kelihatan muka setiap satu ahli pasukannya sudah
mula menunjukkan riak muka penat. Nafas mereka juga termengah-mengah. Aku hanya mampu
tersengih sebelum memberi isyarat tangan kepada mereka menyuruh mereka bersabar.

End flashback..

        Akhirnya setelah beberapa jam berjalan, kami akhirnya sampai ke destinasi yang dituju.
Kelihatan sebuah kotej kecil tersergam indah di pandangan mataku. Angin malam yang bertiup
lembut memberikanku satu perasaan yang sudah lama aku tak pernah rasai semenjak menularnya
wabak ini. Lega dan tenang. Membuatkan aku tak perlu pening kepala memikirkan hari esok.
Cahaya kelihatan terang benderang dari dalam kotej kecil itu. Ada orang ke dalam tu? Keluarga
pakcik tu ke? Aku meneka sendiri. Dan bagaikan dapat membaca fikiranku pakcik tersebut
berkata " Ya, itu keluargaku. Aku tinggal bersama dua orang cucu perempuanku ." Aku memandang
pakcik tersebut lama. Uih pakcik ni macam tahu tahu je persoalan yang bermain di kepalaku
saat ini.

 
        " Apa yang kamu menungkan lagi itu? Ayuh masuk. Sekarang sudahpun bermulanya waktu
malam. Waktu dimana 'mereka' sentiasa berkeliaran. "
Pakcik itu menjemput kami masuk ke dalam kotej kecilnya. Sebaik sahaja aku melangkah
masuk,entah kenapa aku merasakan sesuatu yang tidak enak bakal  berlaku. Aku merasakan bagai
ada satu aura yang tidak menyenangkan berkeliaran di dalam kotej ini. Tetapi aku hanya
menghiraukan sahaja. Aku cuba berfikiran positif walaupun jantungku terasa berdegup tidak
sekata.

     " Jemput duduk.. Mari kita makan. " ajak pakcik itu dengan senyuman manis dibibir. Aku
hanya tersenyum nipis lalu punggung dilabuhkan di salah satu kerusi kayu yang terdapat di
ruangan meja makam itu. Namun perbuatan aku terhenti seketika pabila aku merasakan basah di
punggungku. Aku menoleh ke bawah. Jantungku terasa terhenti seketika apabila mataku dijamu
dengan darah yang berselerakan di kerusi tersebut. Aku dengan refleksnya terbangun sambil itu
tanganku menekup hidung apabila darah tersebut mengeluarkan bau hanyir yang cukup busuk dan
memualkan. Aku menoleh ke arah pakcik tersebut namun ajaibnya pakcik itu tidak kelihatan di
mataku. Aku memandang ahli-ahli pasukanku mengisyaratkan mereka agar berhati hati. Mereka
hanya mengangguk cemas. Mata kami menoleh memandang disetiap sudut kotej itu. Namun kelibat
pakcik tersebut tidak kelihatan.
Kami mula tertanya-tanya betulkah kami ada jumpa seorang pakcik tadi? Kami keluar dari situ
untuk bergerak pergi namun alangkah terkejutnya kami sebaik sahaja kami menoleh ke arah kotej
tersebut sebelum bergerak pergi. Kotej yang kami lihat mula-mula sampai tadi cantik bertukar
buruk dan usang. Bagaikan kotej itu sudah lama ditinggalkan. Bagaikan kotej itu sudah lama
tidak didiami. Bunga-bunga yang mekar di tepi kotej tadi kini diganti dengan Bunga-bunga yang
layu dan berwarna hitam. Berbeza sekali keadaannya semasa kami mula-mula sampai di sini tadi.
Aku hanya mengeleng sambil-sambil itu mulut tidak henti-henti berisgtigfar menyebut nama
Allah. Berharap semoga perjalanan ini berjalan dengan lancar dan tiada perkara buruk berlaku
kepada kami. Walaupun dunia ini semakin hancur, namun kami tak pernah berhenti percaya dan
beriman kepada-Nya. Aku yakin wabak ini bakal berakhir tak lama lagi.

Bersambung--

Anda mungkin juga menyukai