Anda di halaman 1dari 34

Hikayat Badak Sumbu dan Monyet

Alhikayat, dalam sebuah hutan di negeri Pahang ada seekor badak


sumbu dan seekor monyet. Mereka ni memang tak pernah baik,
selalu jer bertengkar. Pada suatu hari, sedang mereka bertengkar,
mereka terjumpa sebuah pelita ajaib. Dipendekkan cerita, setelah
digosok,keluarlah jin. Jin itu setuju untuk mengabulkan tiga
permintaan bagi kedua-dua menatang itu.
Permintaan 1 Badak: "Saya mau semua badak sumbu di dalam
hutan ini adalah betina, kecuali saya.."
Permintaan 1 Monyet: "Saya mau sebuah motor Harley Davidson."
Jin tu kelip mata, bling. Semua badak lain kat situ jadi betina, pastu
ada sebuah Harley Davidson 1300cc warna hitam.
Permintaan 2 badak: "Saya mau semua badak sumbu kat negeri
pahang ni betina kecuali saya.."
Permintaan 2 monyet: "Saya mau jaket kulit hitam dengan helmet
Shoei."
Jin tu kelip mata lagi, semua badak di Pahang dah jadi betina, dan
monyet tu pun dapat barang-barang mat motornya tu..
Lepas tu jin tu kata "Ini permintaan terakhir kamu, pikirlah dengan
baik-baik!"
Badak tu pun pikir sejenak lepas tu kata, "Saya mau semua badak
sumbu kat Malaysia ni betina yang cun melencun ghilerr.. kecuali
saya."
Jin tu pun kelipkan mata and then bling... maka tinggallah badak tu

satu-satunya badak jantan satu Malaya nihh..


"Hah monyet, awak nak apa pulak.. kasut boot kulit ke?" tanya jin.
Monyet tu memakai helmetnya, naik atas motor Harleynya, start
enjin, kemudian melihat pada badak yang tersengih lebarr tu, "Saya
mau badak tu jadi GAY!!"
Jin tu pun kelipkan mata, bling..
Maka meraunglah badak sumbu tu. sepuas-puasnya.. "Mana aku
nak cari badak jantan ni nyah.. Ish.. Tak kuaassa nyah.."

Source: https://www.ceritalawak.com/2014/06/822-hikayat-badaksumbu-dan-monyet.html

Kisah Ayam dan Lembu


Ayam: "Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!"
Lembu: "Kenapa kau kata macam tu?"
Ayam: "Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!"
Lembu: "Hah! Buat apa pulak?"
Ayam: "Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak
dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de
nanti. Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia
orang makan telor aku, Macamana aku nak dapat anak!"
Lembu: "Alah! Kau punya masalah kecil aja!"
Ayam: "Maksud kau?"
Lembu: "Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak
bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku
tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!"
Ayam: "??" (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)

Source: https://www.ceritalawak.com/2014/06/795-kisah-ayamdan-lembu.html

Kisah Durian dan Belimbing


Dalam satu pertandingan antara buah-buahan tempatan, berkatalah
buah durian dengan angkuhnya, "Siapa lagi diantara kamu yang
sanggup berlawan dengan aku, aku percaya tiada lagi yang dapat
mengalahkan aku."
Dikalangan buah-buahan tempatan yang mendengar kata-kata
durian itu berkatalah belimbing kepada durian, "Kalau kau setuju
aku akan membawa saudaraku untuk bertarung dengan kamu.."
Mendengar kata-kata belimbing tadi durian pun ketawa sembil
berkata, "Ha.. Ha.. ha.. aku tau kau nak membawa belimbing besi
untuk bertarung dengan aku kan,.. silakan bawalah berapa ramai
sekali pun mereka kemari aku sedia menerima cabaran mereka."
Buah-buah lain yang hadir di pertandingan itu menasihatkan
belimbing agar membatalkan saja niatnya untuk membawa
saudaranya bertarung dengan durian, tetapi belimbing tetap
berkeras hendak membawa saudaranya bertarung. Belimbing
merasa geram dengan sikap durian yang semakin sombong dan
angkuh.
Maka belimbing pun membawa saudaranya masuk ke dalam
gelangang dan pertandingan pun bermula. Durian dengan
angkuhnya baring sambil meniarap di gelangang dan berkata, "Aku
beri peluang saudaramu ini untuk menghempap diriku dulu dan kita
akan lihat nanti siapa yang merasa sakit pula ha..ha..ha.." kata
durian dengan sombongnya. Maka dihempap lah durian oleh
saudara belimbing tadi. Dengan hanya sekali hempap durian pecah
dan terbelah dua. Durian yang agaak terkejut dan merasa sakit
lantas bangun dan menoleh kepada saudara belimbing tadi.

Durian merasa terkejut melihatkan saudara belimbing tadi lalu


berteriak dan mengadu kepada Cempedak yang mengadili
pertandingan tersebut, "Hoiii... mana aci macam ni, ini dah kira
tipu.. dia ni kan penyu belimbing, kalau macam ni matilah aku..."

Source: https://www.ceritalawak.com/2014/06/790-kisah-duriandan-belimbing.html

Penyakit Malu yang Amat Sangat


Saya dilahirkan didalam sebuah keluarga yang besar. Ibu bapa saya
tidaklah sekaya mana tapi masih mampu menyara hidup kami. Saya
mempunyai 12 adik-beradik. Saya anak ke 8 dan sudah meningkat
menjadi gadis sunti. Abang dan kakak saya semuanya berjaya
dalam hidup mereka tetapi bila sampai turn saya, saya seolah-olah
memalukan ibubapa saya. Apa boleh buat.
Sebenarnya saya ni cacat, tak cantik dan hitam pulak tu. Dan lebih
teruk lagi saya mempunyai penyakit malu yang amat sangat. Saya
malu nak berhadapan dengan masyarakat, malu dengan adik
beradik malah malu yang amat dengan mak abah. Memang malulah
hidup saya nih. Hinggakan nak tengok muka saya di cermin pun
malu yang amat. Kalau jalan saya pasti menunduk, menunjukkan
malunya saya pada tahap kronik. Apatah lagi berhadapan
masyarakat, rasa macam nak pakai topeng je. Tapi mak abah selalu
marahkan saya, mereka kata saya tak mensyukuri nikmat tuhan.
Tapi malu tu kan anugerah Tuhan juga.
Disebabkan mak dan abah dah fedap, maka mereka merancang
untuk mengahwinkan saya. Apa lagi, meraung la saya. Saya ni kan
malu yang amat dasyat. Macam mana nak berhadapan dengan
suami pulak nanti? Dah la saya cacat, hitam ditambahkan dengan
sifat malu yang menebal, macam mana saya nak hadapi semua tu?
Hari ni saya nekad, saya musti berjumpa abah untuk menghalang
perkahwinan saya. Apa nak jadi, jadilah!!
"Abah kan tahu yang saya ni malu nak berjumpa orang ramai. Lagi
abah mahu saya kawin dengan orang lain. Abah tak berperasaan
ke?" Tempik aku penuh semangat.

"Apa yang kau nak malukan sangat?" Tanya abah saya serius.
"Laaa.. abah tak nampak ke, saya ni kan ke cacat, hidung panjang,
hitam pulak tu, gemuk lagi. Malu la saya macam ni." balas aku
penuh keyakinan.
"Woi anak durhaka, kau tau tak kenapa hidung kau panjang, hitam
dan gemuk, kau tau tak kenapa? Sebab kau tu tapir. Tapir memang
la muka macam tu. Tapir atau nama saintifiknya cipan adalah spesis
kau!! paham tak tapirrrrr!!!"
Lerr... tapir ke saya ni? Patut la saya malu amat sangat. Tapir
rupanya saya ni. Ingatkan saya cacat semualajadi. Itulah dia kalau
talau tak rajin menanya. Bodoh sungguh saya sampai ke tulang.
MORAL: kenalilah diri anda. Janganlah menapirkan diri anda walau
dimana jua anda berada.

Source: https://www.ceritalawak.com/2014/04/688-penyakit-maluyang-amat-sangat.html

Pertandingan Menyanyi Peringkat Haiwan


Hutan
Pada suatu hari tu ada 1 pertandingan menyanyi peringkat haiwan
hutan. Pertandingan tu pun mula la... Burung nuri pun menyanyi.
Merdu sungguh sora nuri tu. Kendian musang pun menyanyi diikuti
pula oleh sang babi nie..
Sang babi pun nyanyi la.. tiba-tiba semua haiwan melarikan diri.
Tahu kenapa? Kerana babi ni nyanyikan lagu dari Headwind "Kita
serupa..."

Source: https://www.ceritalawak.com/2014/03/678-pertandinganmenyanyi-peringkat-haiwan-hutan.html

Cinta di Antara Darjat yang Berbeda


Aku diberi nama Hitam. Pelikkan nama tu. Macam takde nama lain
aje. Sebenarnya aku pun cukup tak suka dengan nama tu.. macam
nama gangster. Tapi.. apa nak buat dah memang nama aku gitu,
bersyukur ajelah. Aku dilahirkan sebagai anak yatim piatu. Memang
malang nasibku tak seperti kawan-kawanku yang lain ada ibu dan
bapa. Kadang-kadang aku cemburu melihat mereka sekeluarga
bergurau senda dan bermesra.Syukurlah ada Pak Mat sekeluarga,
dapatlah juga aku menumpang kasih. Beliaulah yang menjaga aku
sejak kecil dan memberikan aku sepenuh kasih sayang.
Ibuku meninggal dunia kerana tak tertahan menanggung sengsara
ketika melahirkan aku. Mungkin kerana saiz aku yang agak besar.
Macam anak gajah, kata Pak Mat. Ayahku pula terkorban akibat
kemalangan jalanraya. Menurut cerita yang aku dengar, ayahku
mati dilanggar kereta ketika hendak melintas jalan. Wallahualam.
Sekarang aku sudah remaja he..he.. Seronoknya!! Seronoknya!!
Seperti remaja lain aku juga tak dapat lari perasaan ingin disayangi
dan menyayangi dan perasaan ini aku peruntukkan khas.. untuk dia
seorang.. Nurlida namanya... orangnya cantik manis, lemah-lembut,
sopan santun.. ahhhh.. kira perfectlah!! Come lote,.. kata oghe
Kelate..
Hai kalaulah aku dapat dia.. tentu kawan-kawan aku jealous. Tapi
masalahnya.. itulah.. dia tu anak Pak Mat!! Jadi.. terpaksalah aku
pendamkan sahaja perasaan aku ni sendiri. Lagipun aku sedar siapa
diri aku ini.. sekadar menumpang.
Kajang pak malau kajang berlipat.. kajang hamba mengkuang layu..
dagang tuan dagang bertempat.. dagang hamba musafir lalu.. hai

sedihnya semalam. Ahhh.. semalam.. merupakan hari yang paling


malang dalam hidupku. Bunga yang aku puja- puja selama ini telah
dirampas orang!! Sewaktu aku sedang merayau-rayau keliling
kampung aku terserempak dengan si Nurlida.. gadisku itu sedang
membonceng motosikal dengan Zarir.. Cis!! bukan main mesra lagi.
Cilaka!!! Binawe kau Zarir, kan ramai lagi perempuan lain dalam
kampung nie.. kenapa awek aku jugak yang kau kacau.. nanti kau
Nurlida, aku report kat ayah kau!! Malam tadi aku tak senang tidur.
Memang sukar aku nak terima kenyataan ini..
Tak sanggup lagi aku menengok muka gadis idaman aku tu..
melihat dia bermesra-mesra. Aku cemburu..cemburu!! Aku mesti
lari dari sini. Ya, itulah keputusan aku.. aku nekad,..apa nak jadi,
jadilah.aku mesti keluar dari kampung nie!! Tapi kemana aku nak
pergi? KL? JB?.. Yaa.. KL.. aku akan pergi ke KL. Biarlah aku
membawa diri ke sana. Baru sebentar tadi aku pergi berjumpa
dengan kawan-kawan aku, nak ucapkan selamat tinggal.. Semua
kawan-kawan aku menasihatkan aku agar jangan pergi.. terimalah
kenyataan ini, aku dan Nurlida tak setaraf..
Ya, aku tahu..aku tahu, aku niii... aku niii... cuma seekor kambing?
So what?? Kambing tak buleh bercinta ke?ke? ke?

Source: https://www.ceritalawak.com/2014/03/676-cinta-di-antaradarjat-yang-berbeda.html

Kisah Cinta dalam Hidupku


Kisah ini adalah kisah benar yang berlaku dalam hidupku beberapa
tahun yang lalu. Kisah tragis yang membawa aku ke kotaraya ini.
Aku mengenali Farhana sejak kecil lagi, kami berjiran. Rumahnya
hanya selang 3 rumah dari rumahku. Dialah rakan sepermainanku,
dialah temanku ke sekolah. Walaupun usiaku 3 tahun lebih tua
darinya, tidak menghalang untuk kami sama-sama mengulangkaji
pelajaran. Kalau tidak di rumahku, pasti di rumahnya. Ayah dan ibu
kami tidak pernah menghalang hubungan kami.
Hubungan kami sejak kecil berlarutan hingga dewasa. Semakin
lama kami semakin akrab, akhirnya aku akur yang sebenarnya aku
sangat menyintai dia. Farhana, aku terlalu menyintaimu!"
Hanya itu yang bermain difikiranku setiap hari. Pada suatu hari
dihari lahirnya, aku telah menghadiahkannya sebuah kek yang ku
buat sendiri khas untuknya. Dia sangat terharu dengan
pemberianku yang sungguh istimewa itu. Aku telah berterus-terang
dengannya mengenai perasaan cintaku padanya dan hasratku
untuk! melamarnya. Ternyata aku tidak bertepuk sebelah tangan.
Dia juga sangat menyintaiku. Kami telah sepakat untuk membina
mahligai bahagia bersama.
Hasrat murniku telah ku suarakan kepada bonda tercinta; "Ibu,
Syah nak tanya sikit boleh tak?". Aku memulakan bicara, sebaik
saja selesai menikmati makan malam. "Apa dia sayang?"
Balas ibuku lembut. "Syah rasa.. Syah nak kawin la bu.."
Dengan perlahan aku suarakan apa yang terpendam. Aku hanya
tunduk menanti reaksi ibu. "Betul ke ni Syah? Gadis bertuah mana

yang jadi pilihan Syah tu?". Aku jadi lebih serba salah. Perlukah aku
berterus-terang sekarang? Ah, aku mesti mencuba. "Syah nak
kawin dengan Farhana." Aku semakin pasrah, apa nak jadi-jadilah.
Tiba-tiba pinggan yang ibuku tatang sedari tadi jatuh berderai. "Kau
dah gila ke Syah? Kau sedar tak apa yang kau cakap ni? Kau sedar
tak kita ni siapa, dia tu siapa?" Tempik ibuku memecah kesunyian.
Tak pernah aku lihat ibuku semarah itu selama hidupku. "Tapi ibu,
Syah sayangkan dia, Syah tak sanggup nak berpisah dengan dia.
Sejak kecil lagi Syah berkawan dengan dia, salah ke kalau Syah nak
kawin dengan dia?" Aku cuba memujuk.
"Tidak! Kau jangan nak jadi anak derhaka Syah! Ibu tak rela!"
"Tapi ibu.."
"Tiada tapi-tapi lagi, kau mesti putuskan hubungan dengan dia.."
suara ibu semakin perlahan. "Dari kecik ibu bela kau Syah, tak
pernah ibu bantah apa saja permintaan kau nak. Tapi kali ini,
tolonglah faham. Kita ni kambing Syah.. kau sedar tak yang kita ni
kambing? Mana boleh kambing kawin dengan ayam?"
Air mata ibu jatuh berderai. Aku hanya terkedu, memang benar
kata-kata ibu. Aku pasrah. Farhana.. aku tetap sayang padamu,
walau kau dilahirkan sebagai seekor ayam.

Source: https://www.ceritalawak.com/2014/02/628-kisah-cintadalam-hidupku.html

Teka-teki Monyet dan Kura-kura


Satu pertandingan menjawab teka-teki telah diadakan antara sang
monyet dan kura-kura. Al-kisahnya, mereka sebenarnya nak beradu
kekuatan, tetapi tidak mahu menggunakan cara cerita zaman
kanak-kanak dulu yang mana arnab berlumba lari dengan kurakura.
Mengikut mereka, zaman IT ni lebih baik meraka menggunakan
kepintaran akal dalam menjawab teka-teki. Teka-teki dimulakan
dengan monyet (yang agak angkuh) bertanya soalan kepada kurakura.
Monyet: "Apakah yang sama macam lembu, muka macam lembu,
ekor macam lembu, tanduk macam lembu... tetapi bukan lembu..."
Kura-kura: "Nanti aku fikir sekejap.."
Monyet: "Jangan lama-lama sangat. Ini tak main talian hayat tau!"
(Monyet merasakan bahawa kura-kura pasti tidak boleh menjawab
soalannya.)
Kura-kura: "Aku rasa jawapannya ialah.. GAMBAR LEMBU.. Betul tak
nyet??"
Monyet: "Betul!"
Kura-kura: "Soalan tu, budak pra sekolah pun boleh jawab."
Monyet: "Ye lah tu.. Soalan kau pulak macamana?? Aku tak sabar
nak jawab ni.."

Kura-kura: "Buah apa yang sering menimbulkan pertanyaan??"


Monyet: "Ada berapa talian hayat?"
Kura-kura: "Aku bagi kau teka sampai 3 kali."
Monyet: "Durian.."
Kura-kura: "Salah.."
Monyet: "Rambutan."
Kura-kura: "Salah jugak."
Monyet: "Buah tangan."
Kura-kura: "Pun salah."
Monyet: "Kalau semua salah.. apa jawapannya?"
Kura-kura: "Buah epal."
Monyet: "Kenapa buah epal??"
Kura-kura: "Tu.. kau dah buat pertanyaan..... Ini bermakna buah
epallah jawapannya. Ini bermakna aku menang!!"
Kura-kura meninggalkan monyet yang masih termanggu-manggu
memikirkan jawapan yang diberi oleh kura-kura tadi sambil berkata,
"Dah la tue monyet ko dah kalah dari ko susah-susah nak pikir
jawapannye tu lebih baik ko pergi buat kerja, layan web nie sehari
semalam pon tak boleh abis.. dah nyet gi buat kerja yer nyet!!"

Source: https://www.ceritalawak.com/2014/02/615-teka-tekimonyet-dan-kura-kura.html

Kisah Seriti dan Keluarganya


"Sungguh memalukan!!"
"Maafkan saya bapak, sa..saya..saya menyesal!", Seriti terisak-isak
di hadapan bapaknya.
"Menyesal? Dah terlambat! Kau tahu tak? Nama keluarga kita dah
tercemar! Belum pernah keturunan kita kena macam nie? Kau tahu
tak!" herdik bapak Seriti.
"Sudahlah bang", mak Seriti menyampok, "Kita bincangkan
sekeluarga."
"Nak bincang aper lagi? Anak awak nie dah mengaku.. isshh.." balas
bapanya sambil memalingkan mukanya ke arah pokok di luar.
Seriti betul betul menyesal dengan pengakuannya itu. Kalau dia
tahu bapaknya jadi camnie dia diam je, toksah mengaku lagi baik.
Seluruh hidupnya seakan-akan runtuh di depan matanya, masa
depan dia gelap? Dia telah mencemarkan nama baik keluarga dan
keturunannya. Dia tahu masyarakatnya tidak akan dapat menerima
dia lagi. Dia tahu keluarganya dah kecewa. What a letdown? (Sigh).
Di satu pagi yg hening dia keluar berjalan ke arah satu bangunan
pencakar langit yg tinggi. Perlahan-lahan dia menaiki tangga sampai
ke atas bumbung bangunan itu. Dia memandang ke bawah. Dia
lihat kereta dan orang ramai bersepah kat bawah macam semutsemut yg baru kena spray dengan Baygon. Seriti dah nekad apa
terjadi, jadilah.. Dia dah memalukan keluarganya, dia
mencemarkan keturunannya, bapanya tidak mahu menerima atas

kelemahannya itu.
Seriti tebayangkan wajah maknya, air matanya menitis. Emaknya
lah tempat dia bermanja, emaknya la yg akan meyelimutkan dikala
sejuk, menyuapkan dikala lapar, wajah adik-beradik kembarnya
juga terbayang dimata. Sambil mengesat airmatanya, dia menarik
nafas panjang.. berjalan kehadapan hingga ke hujung bangunan itu.
Setapak demi setapak dia melangkah ke hadapan hingga dirinya
terjatuh melayang ke bawah. Dia dapat rasakan angin yg begitu
deras memukul mukanya.. Jantungnya berdegup pantas bila dia
melihat bumi semakin dekat.. dengan satu tarikan nafas yg dalam,
Seriti mengembangkan sayapnya, "SWOOOSSSSHHHHHH!!!" Dia
terbang!!
"Yess! Yess! Yessss! I've made it!!" dia memekik keriangan.
Finally dia dapat melawan fobianya.. dia dah no longer afraid of
height.S ebagai seekor burung, itulah yg sepatutnya menjadi fitrah
semulajadi.. selama ini dia takut pada tempat tinggi dan kerana
ketakutan inilah membuatnya tidak mahu terbang. Dah bertahun
dia rahsiakan hal ini dari keluarganya. Sebab tu bapak dia kecewa
bila dia membuat pengakuan itu kerana memang tak pernah
seumur hidup seekor burung takut pada ketinggian. Tapi sekarang
dia dah tak takut, dia dah berani.. dia dah boleh terbang..
SEKIAN

Source: https://www.ceritalawak.com/2014/02/605-kisah-seritidan-keluarganya.html

Cacing Makan Malam Bersama


Ada suatu keluarga cacing sedang makan malam, bersama sama
dengan saudara saudaranya. Sedang asyik makan, anak cacing
yang paling kecil tanya kepada ibunya.
"Ibu, manusia itu apa..?" Tanyanya.
"Hisssh... kalau sedang makan jangan sebut manusia.. jijik." Kata
ibunya.

Source: https://www.ceritalawak.com/2014/02/584-cacing-makanmalam-bersama.html

Kisah Anjing Pandai Berenang

Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan ingin


berenang menuju ke seberang.
Untuk sampai ke seberang ia memerlukan stamina yang cukup.
Anjing A pun training habis-habisan, anjing B relaks je. Tiba
masanya kedua-duanya pun menyeberang dan anjing B sampai
awal daripada A, malahan sempat makan lagi.
Anjing A tak puas hati, tapi anjing B kata,"Ala.. releks le, aku ni kan
anjing laut."

Source: https://www.ceritalawak.com/2013/12/492-kisah-anjingpandai-berenang.html

Ayam di Kediaman Kambing


Pada suatu hari,ayam telah menghiaskan dirinya dengan
menyangkut manik-manik yang berkilauan pada setiap helaian
bulunya. Tajinya diasah sehingga berkilauan dan berjalanlah ia
menuju ke kediaman kambing.
Tiba di kediaman kambing, ayam pun menyapa sahabatnya itu.
Ayam: "Kambing, pekabo?"
Kambing: "Baik. Wah,ayam. Bukan main lagi kau. Kau nak ke mana
hensem-hensem ni."
Ayam: "Takde ke mana. Sesajalah nak tengok riaksi engko."
Kambing: "Tapi kan ayam, macam mana pun ko berhias, ko jalan
tetap kaki ayam, kan?"
Ayam: "Ko kutuk aku ye. Ko pun apa kurangnya..."
Kambing: "Apsal pulak?"
Ayam: "Nampak macam alim. Bela janggut. Tapi TELUR nampak..."

Source: https://www.ceritalawak.com/2013/11/414-ayam-dikediaman-kambing.html

Kisah Tiga Kekura


Pada suatu hari, ada 3 ekor kekura (kura kura) nak gi bekelah
bersama sama. Kekura pertama membawa makanan, Kekura kedua
membawa minuman, sedangkan kekura ketiga tidak membawa apaapa pun selamber jek lenggang perut.
Didalam perjalanan tiba-tiba ujan pun turun dengan lebat dan
derasnya, sehingga mereka tak boleh meneruskan perjalanan.
Kemudian timbul perbualan di antara mereka.
Kekura I : "Ermmm..... salah sekor dari kita mesti balik untuk amik
payung. Siapa yang nak pegi ni?"
Kekura II dan I saling pandang memandang, dan sepakat menuding
Kekura III.
Kekura III : "Tak nak ahhh. Aku jalan lambat dan nanti aku nak
sampai sini lagilah terlambat. Sure nkorang akan bedal mengkanan
ni semua."
Kekura I dan II : "Takk lah. Kita orang tunggu sampai nko datang."
Kekura III : "Betul??? Kalau aku lambat 1 jam?"
Kekura I dan II : "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III : "Kalau 3 jam ??"
Kekura I dan II "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III : "Kalau 1 hari ?? "

Kekura I dan II : "Kita orang akan tetap tunggu."


Kekura III : "3 hari ???"
Kekura I dan II :"Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III : "5 hari???? "
Kekura I dan II : "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III : "1 minggu? "
Kura I dan II : ""Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III : "2 minggu?"
Kekura I dan II : ""Kita orang akan tetap tunggu. Ngko pegi jek
lah"
Dengan berat hati, akhirnya Kekura III pun berangkat. Kekura I dan
II menunggu dengan setia. Sehari, dua hari dan seminggu telah
berlalu. Kekura III tak jugak balik balik. Setelah dua minggu
berlalu, Kekura I dan II sudah tidak dapat menahan lapar.
Kekura I : "Aku dah tak tahan lapar ni. Kita makan jek lah."
Kekura II : "Aku pun dah nak pensan ni. Jom ahh kiter perabih
mengkanan ni"
Tiba-tiba Kekura III muncul dari semak-semak dan berseru, "Hoii!

Nasib baik aku belom pegi lagi... kalau tak sure nkorang abiskan
mengkanan ni kan kan??!!"

Source: https://www.ceritalawak.com/2013/11/405-kisah-tigakekura.html

Kepala Ketam Kena Keperok


Suatu masa dahulu. Kawan karib Ketam, Kodok, kata kepada
Ketam,
"Kenapa kau ketip kuku kaki kau, Ketam? kenapa?"
Ketam kata, "Ku ketip kuku kakiku kerana kuku kakiku kelurut..
Kakakku kata, kalau kukuku kelurut, kita kena ketiplah!"
Kodok kentut kekeliruan. Kodok kata kekalutan, "Kadang-kadang
kalau kukuku kelurut, ku ketip kenapa keluar kudis?"
Ketam ketawa, "Kah..kah..kih..kih..kuh..kuh..kuh..!! Kodok..
Kodok.. kenapa kadar kebodohan kau ketara keterlaluan?"
Kodok kata kepada Ketam, "Ketam. Kenapa kau ketawakan ku?"
Ketam kilas, "Kelakar."
"Kelakar ke kurang-ajar?" kata Kodok.
Kerana kemarahan Kodok keterlaluan, Kodok keperok kepala ketam
kuat kadar kilat.
"Kelekuk !" kepala Ketam kehancuran kerana kena keperok Kodok.
Ketam kata, "Kodok.. Kodok.. kenapa kau keperok kepalaku? Kan
kesakitan."
Kesian Ketam. Kerana kurang-ajar, kepala kena keperok.

Source: https://www.ceritalawak.com/2013/11/370-kepala-ketamkena-keperok.html

Ayam dan Kambing Hebat


Satu hari berlakulah bertengkaran yang hebat disebuah reban
kambing dan sebuah reban ayam. Pertelingkahan tu menyebabkan
satu kampong heboh. Beginilah kisahnya.
Kambing: "Apalah kau ni ayam? Baju ada tapi berkaki ayam tak
malu ke.. kah kah kah.."
Ayam: "Kau tu dah baju jarang nampak kemaluan... lagi malu pa.
kah kah kah.."
Ayam: "Daging aku lazat.. enak sehingga menjilat jari.."
Kambing: "Lazat pun bukan boleh buat korban.."
Kambing: "Apalah kau ni bertelur sebiji riuh sekampong."
Ayam: "Aku bertelur setiap hari, kau tu beranak setahun sekali..
hebat apa ke bendanya.?
Kambing: "Aku hebat... Yahoooo!!"
Ayam: "Aku hebat... Yahoooo!!"
Perbualan mereka yang riuh menyebabkan tuan rumah terjaga lalu
keluar melihat apa pasal yang riuh. Tuan rumah lalu keluar dan
mengambil pisau terus menyembelih kedua dua binatang tu sambil
berkata, "Ha... sekarang sapa yang hebat.??!!"

Source: https://www.ceritalawak.com/2013/11/368-ayam-dankambing-hebat.html

Melukis Kerbau dan Babi


Diceritakan di dalam sebuah hutan, tinggal la berbagai-bagai jenis
binatang.. Ada pun dalam banyak-banyak binatang nie terdapat dua
sahabat karib iaitu seekor anak babi dan seekor anak kerbau.
Pada suatu petang, sedang mereka melepak-lepak di sebuah taman
hutan...
Babi: "Isk, boring la plak kan kerbau.."
Kerbau: "A'ah, boring betul.. Kau pikir ape yang patut kite buat agar
hilang boring kiter nie.."
Babi: "Ha, aku ade satu cadangan. Ape kate kite melukis. Kau lukis
muka aku dan aku lukis muka kau."
Kerbau: "Hm, ok gak. First kau lukis muka aku dulu pastu aku plak
lukis muka kau."
Babi: "Ok. Kau dok diam-diam.."
5 minit kemudian......
Babi: "Hah, dah siap, nah.."
Kerbau: "Wa lawa nya kau lukis.. Ok sekarang aku plak lukis muka
kau.."
Maka anak kerbau pun mula melukis muka anak babi..
5 minit kemudian...
Kerbau: "Nah dah siap muka kau yang lawa ni.."
Babi: (Muke tetiba jadi merah, lalu marah kat anak kerbau) "Ape
yang kau! lukis nie kerbau??"
Kerbau: "La betul la ape yang aku lukis tu." (Kerbau tak puas hati)

Babi: "Nie bukan muke aku... Nie muke BABI.."


P/s: kite mesti sedar diri kite nie.. jangan asyik duk lupa akan diri
kita nie...

Source: https://www.ceritalawak.com/2013/10/274-melukiskerbau-dan-babi.html

Ketam Jantan Macho


Sekor ketam jantan bertemu ketam betina di tepi pantai, lalu
mengajaknya kahwin. Ketam betina hairan bagaimana ketam jantan
yang baru ditemuinya berjalan betul-tidak mengiring seperti dirinya.
"Wowwwww.." kata ketam betina, "Cara dia berjalan luar biasa. Dia
jantan special. Begini punya macho takkan aku nak lepaskan begitu
saja," bisiknya dalam hati.
Dipendekkan citer, mereka berkahwin.
Keesokan harinya, ketam betina terkejut melihat suaminya berjalan
seperti dirinya-mengiring.
"Apa dah jadi ni, sayang?" ketam betina bertanya, "Semalam cara
abang berjalan cukup cantik, kenapa hari nie jadi seperti saya?"
"Sayang..." kata ketam jantan, "takkan sayang nak tengok abang
mabuk setiap masa."

Source: https://www.ceritalawak.com/2013/09/247-ketam-jantanmacho.html

Menyoal Pada Monyet


Pada suatu hari, ada sebuah kereta yang dipandu terhoyong hayang
melanggar tinga lampu dan terbalik..
Kesemua penumpangnya yang terdiri dari seorang lelaki tua..
seorang wanita tua.. dan dua orang anak kecil.. luka parah tak
berdaya. Hanya seekor monyet yang merupakan binatang
peliharaan keluarga.. masih sihat tanpa sedikit lukapun
Pihak polis kebingungan melihat kejadian itu. Lalu dia memutuskan
untuk menyoal saja pada si monyet untuk memperoleh keterangan
mengenai kejadian tersebut..
Polis: "Monyet.. apa yang terjadi sebenarnya?"
Si monyet kemudian merebahkan dirinya dalam keadaan terbalik
beberapa kali.
Polis: "Oh... kereta terbalik beberapa kali... jadi apa yang dilakukan
oleh lelaki tua itu?"
Si monyet menirukan gerakan mabuk sambil mengayakan minum
arak..
Polis: "Oh... lelaki itu sedang mabuk masa memandu. Dan
bagaimana pulak wanita tua itu? Anak-anak juga buat apa?"
Si monyet menirukan posisi orang tidur.. kemudian bergerak-gerak
seperti orang sedang bertengkar.
"Oh...okey.. saya dah faham.. wanita tua itu tido dan anak2nya

bertengkar dalam kereta.. dan kamu sendiri pula buat apa monyet?"
Dan... si monyet kemudian menirukan gaya memandu...

Source: https://www.ceritalawak.com/2013/09/242-menyoal-padamonyet.html

Harimau Takut Batang Pelir


Pada masa yang lampau dan dahulu, maka terdapat la di suatu
kampung yang aman lagi bersih. Kampung ini terletak di KELANTAN.
Pada masa itu, haji Amran Arsyad menjadi seorang ketua kampung
yang adil lagi saksama. Mahu dijadikan cerita, kampung ini diserang
harimau belang. Harimau ini telah membaham ramai manusia. Tak
cukup manusia haiwan ternakan juga ia makan. Ketua kampung
menjadi semakin resah dan takut. Dengan satu suara terus
memanggil semua orang kampung. Maka datanglah semua
penduduk kampung itu. Tok ketua telah memilih 3 orang wira
kampung yang sudahpun berkahwin.
Tok ketua: "Asan, Taib, Nodin, male (malam) ni mu buat la gapogapo (apa-apa) sebab ore (orang) kapung (kampung) setuju doh
mu ore di jadikan hero besok. Esok mu ore bawok la gapo-gapo
dehh..."
Asan, Taib, Nodin: "Bereh bohhh!!"
Pada malam itu, Asan dan Taib telah memesan isteri mereka supaya
memasak lauk pauk yang sedap-sedap dek kerana esok nya dah
nak kena tangkap rimau. Pada keesokan hari nya mereka bertiga
berkumpul di rumah tok ketua.
Tok ketua: "Hoh.. mari dowh awok-awok ni blako. Hoh mu asan,
gapo dio mu bawok tuh?"
Asan: "Golok tok!! Pada masa yang sama sang belang turut berada
di semak berhampiran dan terdengar perbualan mereka itu."
Harimau(dalam hati): "Golok? Ahhh.. stakat golok tu, dop (tidak)
takut la aku."
Tok ketua: "Hoh mu taib, gapo pulok mu bawok tu?"

Taib: "Kawe bawo bedil (senapang). Kalu kawe napok (nampak) dio
kawe hente (hentam) dio tok."
Harimau: "Bedil?? Takdan kau bedil kau aku baham."
Tok ketua: "Bagus-bagus. Hoh mu Nodin, mu ni blenggang je mu
bawok gapo??"
Nodin: "Kawe tak bawak gapo-gapo tok. Kawe bawok batang pelir je
tok."
Harimau: "Hoh? Batang Pelir? Apo dio plok (pulak) mnate senjato
tuh? Hoh.. ini nok keno tanyo ni.."
Lalu harimau pun lintang pukang lalu berada lah dio di perkarangan
rumah Nodin. Kebetulan isteri Nodin tengah menyidai baju di
ampaian, lalu terus harimau menerkam. terkejut isteri lalu
menjerit..."
Isteri Nodin: "Tulunnnnnnnnnnnnnn!!!!"
Harimau: "Ehhh kak, jgn jerit kak... kawe nok(nak) tanyo satu
benda je. kak jangan takut. kawe dop make kakok."
Isteri Nodin: "Gapo dia dik rimau....??"
Harimau: "Kak, Gapo dio batang pelir tuh kak??"
Isteri Nodin: "Huh Biso. Kalu mu keno, mu histeria kesakitan,
kekejangan. kalu dia doh tembok (tembak) silap hari bulan perut
mu busung 9 bulan. antara mati hidup je mu."
Comform.. Harimau bila dengar jer isteri Nodin cakap macam tu
terus dia gabra dan lintang pukang la harimau ini mencabutkan
dirinya ntah kemana. HABIS...

Source: https://www.ceritalawak.com/2013/08/161-harimau-takutbatang-pelir.html

Anda mungkin juga menyukai