Anda di halaman 1dari 5

Sinopsis Drama ini mengisahkan Tuk Wali yang seorang guru silat di Kampung Teluk Penyabung.

Tuk Wali mempunyai dua orang anak murid yang rapat dengan beliau bernama Ripin dan Mariam. Tuk Wali membuka gelanggang silat di hadapan rumahnya. Walaupun usianya telah meningkat, Tuk Wali masih gagah. Dia menerima jemputan untuk bersilat dalam majlis yang dianjurkan. Tuk Wali pandai mengurut, menjadi tuk mudim, menggali kubur, memandikan jenazah, dan sebagainya. Imam dan siak kurang menyenangi Tuk Wali. Mereka menganggap bahawa dalam usia begini, Tuk Wali perlulah menghabiskan masanya di masjid untuk beribadah bukannya berada di gelanggang silat. Tuk Wali ingin menyerahkan keris warisan kepada murid kesayangannya yang bernama Ripin. Ripin menolak penyerahan keris berkenaan kerana berasa dia belum layak menerimanya. Suatu hari, semasa Tuk Wali sedang tidur, Syafiee(Piee) telah mengambil biola dan keris pusaka miliknya. Tuk Wali tersedar dan berlakulah pergelutan yang berakhir dengan keris itu mengenai perut Tuk Wali. Piee melarikan diri bersama-sama biola. Ripin datang memberikan bantuan kepada Tuk Wali yang berlumuran darah. Tuk Wali sempat menyerahkan keris pusaka warisan kepada Ripin sebelum beliau menghembuskan nafas yang terakhir. Siak dan imam datang. Mereka menuduh Ripin membunuh Tuk Wali kerana pada tangan Ripin terhunus keris perguruan. Masing-masing menuduh antara satu dengan yang lain. Manakala Mak Umi pula menuduh siak yang menikam suaminya. Tema Drama ini memaparkan tema kekentalan semangat juang dan jati diri seorang guru silat dalam mempertahankan warisan budaya bangsanya. Persoalan 1. Halangan yang terpaksa ditempuh dalam usaha memelihara warisan bangsa. Contohnya, Tuk Wali menghadapi pelbagai cemuhan kerana masih memperjuangkan ilmu persilatannya walaupun sudah berusia. 2. Perasaan dengki dan dendam dalam kalangan masyarakat yang dapat menimbulkan suasana tidak harmoni. Contohnya, siak masih berdendam dengan Tuk Wali yang berkahwin dengan Mak Umi, bekas tunangannya. 3. Kegigihan golongan generasi muda dalam mempertahankan seni silat. Contohnya, Ripin dan Mariam berusaha membantu Tuk Wali mengekalkan warisan ilmu persilatan. 4. Peranan keris dalam melambangkan kepahlawanan dan warisan masyarakat Melayu. Contohnya, Tuk Wali menyerahkan keris pusaka warisan kepada Ripin sebagai suatu amanah supaya Ripin terns mempertahankan pusaka warisan seni nenek moyang. Watak dan Perwatakan Tuk Wali 1. Nama sebenar Tuk Wali ialah Wak Raja Wahudin bin Raja Agus Salam. Murid-muridnya memanggilnya sebagai Wak Raja atau wak. 2. Tuk Wali merupakan guru silat yang membuka gelanggang silat di depan

rumahnya. 3. Umur Tuk Wali dalam lingkungan 70-an. 4. Tuk Wali aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan clan tidak menghampakan jemputan orang terhadapnya. 5. Beliau pandai mengurut, menjadi tuk mudim, menggali kubur, memandikan jenazah, dan sebagainya. 6. Bersemangat waja dan memiliki jati diri kerana mempertahankan seni silat warisan bangsa. 7. Tuk Wali pernah dilantik sebagai ketua pengawal kampung. 8. Kuat beribadat walaupun sibuk mengajarkan ilmu persilatan. 9. Gagah, berani, dan cekap apabila dapat menewaskan empat orang perompak. 10. Pemarah apabila hilang sabar dengan perbuatan Piee yang suka mencuri dan tidak menerima nasihat. 11. Tegas kerana tidak mahu menerima permintaan empat orang remaja yang ingin belajar silat daripadanya kerana kebiadapan mereka. 12. Meminati muzik, iaitu mahir bermain biola. Mak Umi 1. Mak Umi ialah isteri Tuk Wali. 2. Umur Mak Umi dalam lingkungan 50-an. 3. Mak Umi mahir ilmu persilatan sewaktu muda. 4. Mak Umi penyabar kerana banyak memberikan kata-kata nasihat kepada Tuk Wali. 5. Mak Umi penyayang kerana masih menyayangi Piee yang menghisap dadah dan mencuri. 6. Mak Umi hormat dan pandai melayan tetamu. Ripin 1. Ripin mahir dalam ilmu persilatan. 2. Ripin anak murid yang paling dipercayai oleh Tuk Wali. 3. Ripin berumur dalam lingkungan 30-an. 4. Ripin sangat bersemangat untuk membantu Tuk Wall mengekalkan warisan ilmu persilatan. 5. Ripin berfikiran matang kerana menolak pemberian keris dan sekali gus menggantikan tempat Tuk Wali atas alasan masih belum layak memegang amanah tersebut. 6. Ripin berjanji untuk menuntut bela atas kematian Tuk Wali. Mariam 1. Mariam murid wanita terbaik Tuk Wali. 2. Dia berumur dalam lingkungan 20-an. 3. Mariam mahir ilmu persilatan. 4. Mariam bersemangat untuk membantu Tuk Wall bagi mengekalkan warisan ilmu persilatan. 5. Mariam hormat dan sayang akan Tuk Wah.

Piee (Syafiee) 1. Nama sebenar Piee ialah Syafiee. 2. Piee cucu tiri Tuk Wali. 3. Piee penagih dadah yang barn keluar dari pusat pemulihan. 4. Piee suka mencuri. 5. Piee sukar untuk mengubah tingkah lakunya yang buruk walaupun telah dinasihati dan dimarahi oleh Tuk Wali. 6. Piee bertindak kejam dengan menikam Tuk Wali apabila perbuatan mencurinya dihalang oleh Tuk Wali. Siak 1. Siak sebaya dengan Tuk Wali. 2. Siak bekas tunangan Mak Umi. 3. Siak pendendam kerana masih menyimpan rasa marah terhadap Tuk Wali yang mengahwini bekas tunangnya. 4. Siak cepat hilang pertimbangan dan mudah naik angin kerana sanggup mencabar Tuk Wali yang menampar cucunya. 5. Siak pandai berpura-pura di sebalik jawatannya untuk menjatuhkan orang lain, iaitu memburuk-burukkan nama Tuk Wali kepada orang ramai. 6. Siak cepat menyalahkan orang lain apabila bertindak menuduh Ripin membunuh Tuk Wali. Imam 1. Umur imam lebih muda daripada Tuk Wali. 2. Imam tidak berani untuk berterus terang. 3. Imam rakan baik Siak. 4. Imam gemar bertindak tanpa usul periksa apabila menuduh Ripin membunuh Tuk Wali. Nilai 1. Nilai kemasyarakatan. Contohnya, sungguhpun kurang sihat namun Tuk Wali masih mahu menerima undangan bersilat di majlis perkahwinan anak Haji Kodri. 2. Nilai jati diri yang kuat. Contohnya, Tuk Wali, Ripin, dan Mariam gigih mempertahankan seni silat yang merupakan budaya warisan bangsa. 3. Nilai keberanian. Contohnya, Tuk Wali berani melawan komunis dan menentang perompak. 4. Nilai kasih sayang. Contohnya, Ripin dan Mariam amat sayang akan gurunya. 5. Nilai menghormati tetamu. Contohnya, walaupun tujuan kedatangan siak dan imam ke rumah amat menjengkelkan Mak Umi namun dia tetap melayan mereka dengan mesra. 6. Nilai bertanggungjawab.Tuk Wali gigih memikul tanggungjawab mengajar seni silat kepada anak-anak muda di kampung itu. Pengajaran 1. Kita hendaklah mempertahankan warisan budaya bangsa.

2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Kita Kita Kita Kita Kita Kita Kita

hendaklah berani mempertahankan negara daripada ancaman musuh. hendaklah menghormati guru dan orang yang lebih tua. hendaklah bijak menilai kemampuan diri sendiri. hendaklah berbakti kepada masyarakat. janganlah suka menabur fitnah dan berdendam. hendaklah menjauhi tabiat buruk seperti menagih dadah dan mencuri. perlulah berunding bagi menyelesaikan masalah yang timbul.

Latar Latar Tempat Di rumah Tuk Wali. Contohnya, tempat tetamu datang menemui Tuk Wali. Di gelanggang silat. Contohnya, tempat Tuk Wali mengajar bersilat. Di Teluk Penyabung. Contohnya, kampung tempat tinggal Tuk Wali. Di rumah Haji Kodri. Contohnya, semasa majlis perkahwinan anak perempuannya, Haji Kodri menjemput Tuk Wali untuk membuat persembahan silat. Latar Masa 1. Pada waktu pagi. Contohnya, semasa Ripin datang ke rumah Tuk Wali. 2. Pada waktu petang. Contohnya, semasa Tuk Wali bersiap-siap untuk pergi ke rumah Haji Kodri. 3. Pada waktu malam. Contohnya, semasa Tuk Wali berada di beranda rumah sambil menggesek biola. Latar Masyarakat 1. Masyarakat yang ingin mengekalkan warisan budaya bangsa, iaitu ilmu persilatan. Contohnya, Tuk Wali masih bertahan dengan pendiriannya untuk mempersembahkan seni silat di khalayak ramai, misalnya di majlis perkahwinan. Tujuannya adalah untuk mendedahkan orang ramai dengan budaya bangsa. 2. Masyarakat yang mencuba berselindung di sebalik agama untuk kepentingan diri. Contohnya, sikap siak yang mencuba menasihati Tuk Wali agar tidak bersilat lagi. Sikapnya yang kurang elok kerana menggunakan agama sebagai alasan adalah tidak wajar sama sekali. 3. Masyarakat yang runtuh akhlaknya akibat terlibat dalam penagihan dadah. Contohnya, watak Piee yang terjebak dalam penagihan dadah hingga merosakkan dirinya dan menyusahkan orang lain. 4. Masyarakat yang kurang mengamalkan budaya bermusyawarah. Contohnya, sikap imam dan siak yang tidak mencuba untuk berbincang dengan Tuk Wali tentang ketidakpuasan hati mereka. Sebaliknya, mereka hanya berjumpa dengan Mak Umi sahaja. 5. Masyarakat yang menghormati golongan yang mempunyai kepandaian dalam seni pertahanan diri. Contohnya, anak-anak muda di kampung itu menghormati Tuk Wali kerana beliau mempunyai ilmu persilatan yang tinggi.)

Anda mungkin juga menyukai