Anda di halaman 1dari 12

SINOPSIS UMUM SILIR DAKSINA

Novel Silir Daksina mengisahkan seorang remaja bernama Haiqal


Hakimi yang hidup bersama-sama dengan umi, bapa tirinya, dan adik
tirinya, Nurul Asiyah di Kuala Terengganu, Terengganu. Bapa Haiqal,
iaitu Abdullah bin Kayan berada di Kampung Seri Purnama, Parit Raja,
Batu Pahat, Johor. Haiqal terpisah dengan bapanya apabila uminya
berpisah dengan bapanya kerana mereka tidak sehaluan. Uminya yang
merupakan seorang usahawan batik dan mempunyai kedai di Pasar
Payang tidak dapat menerima bapanya sebagai seorang pencinta seni
sastera dan budaya. Akibatnya, perkahwinan antara mereka hanya
mampu bertahan selama tiga tahun.

Sejak kecil Haiqal tidak pernah berjumpa dengan ayahnya. Ketika


berusia 12 tahun, bapanya telah meninggal dunia sewaktu Haiqal
menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Umi dan bapa
tirinya pergi ke kampung arwah ayahnya untuk menziarahi jenazah
tetapi melarang Haiqal untuk turut sama atas alasan dia sedang
menduduki UPSR. Haiqal hanya mampu menangis kerana tidak dapat
melihat wajah ayahnya buat kali terakhir. Walaupun Haiqal berasa
terkilan namun dia amat menyayangi uminya dan tidak berani
membantah kata-katanya. Pada suatu hari, Haiqal menerima sebuah
manuskrip yang dihantar oleh seorang gadis berbangsa Cina melalui
kiriman pos. Sejak itu, hati Haiqal meronta-ronta untuk pergi ke Batu
Pahat, iaitu tempat arwah bapanya tinggal. Manuskrip yang diterima itu
menceritakan pelbagai peristiwa berkaitan dengan kehidupan bapanya
yang melibatkan diri dalam aktiviti untuk memperkasa seni dan budaya
zapin. Justeru, Haiqal berasa teruja untuk menjejaki sejarah kehidupan
bapanya itu bagi mengubat kerinduan yang ditanggung olehnya sejak
kecil.
Pada suatu malam, Haiqal telah memberitahu uminya bahawa dia ingin
ke kampung halaman bapanya. Umi Haiqal melarang Haiqal
meneruskan rancangannya itu dan memarahinya dengan alasan tiada
apa-apa di kampung tersebut memandangkan ayahnya sudah lama
meninggal dunia. Haiqal yang telah nekad tetap berkeras dengan
keputusannya itu. Umi Haiqal mengugut Haiqal bahawa dia tidak akan
memberikan wang kepadanya sekiranya dia kekampung arwah ayahnya
itu. Walid memahami perasaan Haiqal dan merestukan pemergiannya.
Walid akan menampung perbelanjaan Haiqal sepanjang dia berack di
Johor kelak.

Haiqal ke selatan tanpa diiringi oleh uminya. Di halaman rumah, walid


dan adik tirinya, Nurul Asiyah sahaja yang mengiringi Haiqal hingga ke
muka pintu. Haiqal dihantar oleh Ratna ke stesen bas. Haiqal sampai di
stesen bas Batu Pahat pada waktu subuh. Selesai menunaikan solat
subuh di surau, Haiqal menaiki sebuah teksi untuk ke Parit Raja, iaitu
kampung halaman bapanya.

Di sebuah warung, Haiqal bertanya kepada pemilik warung tersebut


tentang rumah arwah ayahnya. Pemilik warung tersebut, iaitu Wak
Sakimin menyuruhnya menunggu Tauke Ong untuk membawa Haiqal ke
rumah arwah ayahnya. Tidak lama kemudian, Tauke Ong tiba di warung
Wak Min. Tauke Ong menghantar Haiqal ke rumah arwah ayahnya.
Haiqal disuruh berehat dan dia akan membawa Haiqal makan tengah
hari di bandar. Di rumah arwah ayahnya, Haiqal melihat beberapa sijil
dan gambar yang ada. Haiqal mendapati arwah ayahnya, Abdullah bin
Kayan adalah lebih hebat daripada yang dia sangkakan.

Tepat jam 12:30 tengah hari, Tauke Ong dan anaknya, See Hwa datang
untuk membawa Haiqal makan tengah hari. Sewaktu di dalam kereta,
Tauke Ong memberitahu bahawa banyak kerja yang Haiqal perlu
uruskan. Tauke Ong memegang amanah untuk menguruskan ladang
kelapa sawit dan kebuh getah milik arwah ayah Haiqal dan dia akan
menyerahkan semua urusan itu kepada Haiqal.
Setibanya di pekan Parit Raja, Tauke Ong memberitahu Haiqal bahawa
dia ada urusan di bank dan meminta anaknya, See Hwa membawa
Haiqal makan di sebuah restoran. Di restoran itu, See Hwa berbual-bual
dengan Haiqal tentang tempat tinggal masing-masing. Pada waktu itu,
Haiqal teringatkan rakan karibnya, Ratna. Sejak tiba di kampung pada
pagi itu, dia masih belum menghantar SMS kepada Ratna. Semasa
makan, See Hwa memberitahu bahawa ayah Haiqal pandai memasak ciii
padi ikan haruan. Haiqal merasakan bahawa See Hwa beruntung kerana
dapat merasai kasih sayang arwah ayahnya dan dapat mengisi
kekosongan jiwa arwah ayahnya itu. Haiqal ingin mendekati See Hwa
kerana dia yakin bahawa See Hwa banyak menyimpan rahsia hidup
ayahnya. Dia jugs membuat telahan bahawa watak Ai Ling dalam
manuskrip yang ditulis oleh arwah ayahnya itu ialah See Hwa.

See Hwa membawa Haiqal berjalan-jalan di sekitar pekan Parit Raja dan
mereka berhenti di sebuah kedai buku. See Hwa memilih-milih novel
yang hendak dibelinya manakala Haiqal membeli majalah yang
berkaitan dengan bahasa dan sastera. Ketika itu, mereka mendapati
bahawa mereka meminati penulis yang sama. Pertemuan itu telah

menimbuikan kemesraan antara mereka berdua. Pada petang itu,


Haiqal tersedar daripada tidurnya. Haiqal membaca SMS yang dihantar
oleh Nurul Asiyah dan membaiasnya.
Haiqal menziarahi pusara ayahnya dengan menaiki motosikal yang
dipinjamkan oleh Tauke Ong. Haiqal membaca surah al-Fatihah dan
berselawat ke atas nabi, seterusnya membaca surah Yaasin. Semasa
Haiqal menunggang motosikal, hatinya tergerak untuk memberhentikan
motosikalnya berhampiran dengan sekumpulan remaja yang sedang
memancing ikan. Haiqal berbual-bual dengan Pak Cik Bakar. Pak Cik
Bakar mempelawa Haiqal ke rumahnya untuk bercerita lebih lanjut
tentang arwah ayahnya. Selepas menunaikan solat maghrib dan isyak
di masjid, Haiqal ke warung Wak Min untuk mengisi perut. Haiqal, Pak
Cik Bakar, Wak Arif, dan Haji Salim berbual-bual mengenai tarian zapin.

Pada suatu hari, Haiqal telah dibawa ke balai raya Kampung Seri
Purnama. Di situ, Haiqal dapat melihat hasil kegiatan ayahnya.
Beberapa album, majalah, dan buku-buku milik arwah ayahnya juga
dipamerkan di situ. Haiqal sedar bahawa ayahnya benar-benar seorang
penari zapin. Di warung, Haigal bertanya tentang Aksara kepada See
Hwa dan memberitahu bahawa perkara itu ada dalam manuskrip
ayahnya. See Hwa memberitahu bahawa Aksara merupakan satusatunya perkara yang tidak dapat dilaksanakan oleh arwah ayah Haiqal
sebelum dia meninggal dunia. See Hwa juga menjelaskan bahawa
Aksara ialah singkatan kepada Akademi Sastera Rakyat dan arwah ayah
Haiqal bercita-cita untuk menjadikan kampung Seri Purnama sebagai
pusat pengembangan sastera di daerah itu. Arwah ayah Haiqal amat
mencintai bidang sastera rakyat dan menganggap bahawa tugas itu
sebagai satu tanggungjawab sosial yang mesti dilaksanakan untuk
mendekatkan masyarakat dengan sastera.

Haiqal telah mencadangkan kepada Pak Cik Bakar untuk mengadakan


persembahan tarian zapin. Cadangan Haiqal itu dikemukakan kepada
ketua kampung. Mesyuarat untuk membincangkan cadangan Haiqal
telah diadakan di balai raya dan cadangan Haiqal itu diterima sebulat
suara oleh penduduk kampung. Pembahagian tugas sempena majlis
yang bakal diadakan itu turut dilakukan pada malam tersebut. Tauke
Ong menawarkan diri untuk menaja jamuan semasa majlis itu
berlangsung kelak. Oleh itu, persiapan sempena majlis tersebut
dilakukan oleh penduduk kampung. Haiqal juga turut serta dalam
membuat persiapan itu. Tauke Ong mencadangkan agar Haiqal turut
mempelajari tarian zapin. Haiqal akur apabila Pak Cik Bakar, Haji
Selamat, Wak Parmin, Abang Ramlan, dan Wak Seman bersungguhsungguh mahu mengajarnya tarian zapin.

Seminggu sebelum acara persembahan itu, Haiqal telah memaklumkan


kepada walidnya tentang tarian zapin jincat itu. Dia meminta walid,
umi, dan Nurul Asiyah mendoakannya agar dapat mempersembahkan
tarian itu dengan baik. Pada hari majlis tersebut, mereka mendapat
berita bahawa Lazim telah ditimpa kemalangan jalan raya sewaktu
pulang dari kerja. Haji Salim mengemukakan cadangan supaya See Hwa
menggantikan Lazim memandangkan Lazim tidak dapat menjadi
pasangan Haiqal untuk persembahan tarian tersebut. Haji Salim
menyuruh Haiqal memujuk See Hwa untuk menari zapin dengannya.

Selepas solat maghrib, Haiqal ke rumah Tauke Ong. Dia memberitahu


Tauke Ong tentang tujuannya untuk memujuk See Hwa supaya
berpasangan dengannya pada malam itu. Haiqal terkejut apabila
mendapati See Hwa sedang menggosok baju zapin. See Hwa berterus
terang kepada Haiqal bahawa dia dan Lazim sudah berpakat untuk
membuat kejutan kepada Haiqal. Haiqal meminta See Hwa menari
bersamanya bagi menggantikan tempat Lazim.

Akhirnya, malam itu menjadi kenyataan apabila Haiqal dapat


mempersembahkan tarian zapinnya dengan baik. YB Datuk Syaiful Azizi
terpesona melihat kelembutan gerak tari See Hwa dan Haiqal. Ketika
asyik menari, Haiqal terpandang uminya, walid, dan Nurul Aisyah yang
sedang berdiri di belakang balai raya sambil melihatnya menari di atas
pentas. Haiqal amat terharu dan bersyukur apabila melihat mereka
datang untuk melihatnya menari.

Haiqal membuat keputusan untuk menyambung pelajarannya di sebuah


universiti di Bumi Kenyalang. Haiqal percaya bahawa dendam uminya
terhadap ayahnya juga telah lebur apabila uminya datang ke Kampung
Seri Purnama untuk melihat dia menari zapin. Umi Haiqal sedar bahawa
darah merah yang mengalir dalam setiap pelosok tubuh Haiqal
merupakan darah Abdullah bin Kayan yang tidak boleh dinafikan.
Sahabat Haiqal, iaitu Ratna telah bertunang dengan seorang usahawan.
Ketika Haiqal meninggalkan Kampung Seri Purnama, See Hwa telah
menangis. Haiqal sedar bahawa dia perlu menjadi seperti ayahnya
untuk mewujudkan Aksara semula. Hasrat itu masih terlalu jauh
daripada jangkauannya kerana dia masih belum layak untuk memimpin
Aksara. Haiqal merasakan bahawa silir daksina benar-benar
mendamaikannya.

TEMA DAN PERSOALAN NOVEL SILIR DAKSINA


TEMA
Cinta akan seni sastera dan budaya bangsa.
Persoalan
1.Sastera dan budaya yang kian dilupakan oleh generasi hari ini.
Contohnya: Tarian zapin semakin dilupakan dalam kalangan anak-anak muda
Kampung Seri Purnama sebaliknya mereka lebih gemar berkumpul sesama
mereka dan menaiki motosikal masing-masing.

2.Ikatan kasih sayang dan hubungan kekeluargaan tidak boleh


diputuskan.
Contohnya:Haiqal yang dipisahkan oleh uminya daripada ayahnya sejak telah
menghadapi konflik untuk mengetahui sejarah hidup arwah ayahnya itu.

3.Sikap setiakawan dalam menjalinkan persahabatan.


Contohnya:Haiqal telah menenangkan Ratna yang menangis dan bersedih
kerana mendapat keputusan SPM yang tidak memuaskan.

4.Sikap ego dan mementingkan diri


Contohnya:Umi Haiqal yang mempunyai sikap ego terhadap suaminya sanggup
memsisahkan Haiqal
daripada ayahnya.

5.Perasaan simpati terhadap orang lain.


Contohnya: Datuk kepada Haiqal telah memberikan pertolongan kepada Tauke
Lim yang berada dalam kesusahan semasa dia dan keluarganya baru berpindah
ke Kampung Seri Purnama
PLOT DAN TEKNIK PLOT NOVEL SILIR DAKSINA
Binaan Plot
1. Peristiwa dalam novel ini disusun secara kronologi.
Pengenalan atau eksposisi-Haiqal yang mempunyai konflik jiwa, iaitu dia
ingin mengenali ayahnya, Abdullah bin Kayan. Konflik jiwa ini timbul apabila dia
menerima manuskrip daripada See Hwa yang merupakan hasil tulisan arwah

ayahnya. Sebelum Haiqal memasuki sekolah tadika, uminya telah memberitahu


bahawa walid itu bukanlah ayah kandungnya. Sewaktu ayahnya meninggal
dunia, Haiqal tidak dapat mengikut umi dan walidnya menziarahi jenazah arwah
ayahnya kerana dia sedang menduduki peperiksaan UPSR. Haiqal mengetahui
bahawa peperiksaan itu penting tetapi dia juga beranggapan bahawa memberi
penghormatan yang paling akhir kepada ayahnya juga penting.

Perkembangan-kisah Abdullah bin Kayan diceritakan dalam manuskrip sebagai


Cikgu Amirulnizam atau Cikgu Zam di kampung halamannya, Kampung Seri
Purnama. Di sana, Amirulnizam bertugas sebagai cikgu di sekolah rendah. Di
samping itu, Cikgu Zam juga terlibat aktif dalam aktiviti sastera dan budaya.
Cikgu Zam telah menghidupkan kumpulan zapin D'Purnama semula yang telah
terkubur. Balai raya di kampung itu menjadi meriah dengan latihan zapin dan
aktiviti sastera yang lain. Cikgu Zam juga mempunyai bakat dalam bidang
penulisan novel, cerpen, dan puisi. Di kampung itu, Cikgu Zam mendapat
sokongan padu daripada Tauke Lim, Pak Cik Bakar, Haji Salleh, dan orang-orang
kampung yang lain. Kegiatan sastera dan budaya yang digerakaktifkan oleh
Cikgu Zam telah mendapat perhatian Yang Berhormat Samsuri dan berjaya
mengharumkan nama kampung. Cikgu Zam juga bercadang untuk menubuhkan
Aksara di kampungnya. Namun demikian, kehidupan Cikgu Zam dirasakan
kosong kerana anaknya, Aiman tiada di sisinya. Dia amat rindu kepada anaknya
itu lalu menumpahkan kasih dan sayangnya terhadap anaknya itu kepada Ai
Ling. Ai Ling diberikan perhatian yang istimewa oleh Cikgu Zam. Bagaimanapun,
Cikgu Zam telah mengidap penyakit tetapi penyakit yang ditanggungnya itu
dirahsiakan. Sebelum akhir hayatnya, Cikgu Zam sempat menulis manuskrip dan
manuskrip itu diserahkan kepada Ai Ling untuk disampaikan kepada anaknya,
Aiman. Setelah dia meninggal dunia, manuskrip itu telah dihantar oleh Ai Ling
kepada Haiqal yang berada di Kuala Terengganu.

Perumitan -Haiqal berasa amat rindu kepada ayahnya. Dia ingin menjejaki
kehidupan ayahnya di Kampung Seri Purnama, Parit Raja, Batu Pahat. Namun
demikian, dia tahu bahawa uminya tidak akan membenarkan dia ke sana. Konflik
yang dihadapi oleh Haiqal banyak diceritakan kepada rakannya, Ratna sewaktu
dia mengunjungi gerai makan milik Ratna di Pantai Batu Buruk. Haiqal bertekad
untuk memberitahu uminya tentang hasratnya untuk menjejaki kehidupan
ayahnya, Abdullah bin Kayan. Selepas berbincang dengan Ratna, akhirnya Haiqal
nekad untuk mengemukakan hasratnya itu kepada uminya.

Puncak atau klimaks -Haiqal telah berbincang dengan umi dan walid selepas
dia selesai menunaikan solat maghrib. Haiqal memberitahu hasratnya untuk ke
kampung halaman arwah ayahnya di Batu Pahat, Johor kepada uminya. Umi
Haiqal tidak membenarkan Haigal ke kampung arwah ayahnya. Haigal dan
uminya bergaduh tentang hasrat Haiqal tersebut. Uminya mengugut Haiqal

bahawa dia tidak akan memberikan wang kepadanya sekiranya dia ke kampung
arwah ayahnya itu.Walid memahami perasaan Haiqal dan merestukan pemergian
Haigal. Walid akan menampung perbelanjaan Haiqal sepanjang dia berada di
Johor kelak.

Peleraian-Haiqal telah pergi ke kampung ayahnya, iaitu di Kampung Seri


Purnama. Dengan bantuan Tauke Ong, See Hwa, Pak Cik Bakar, dan Lazim,
Haiqal dapat menjejaki bekas-bekas ya kehidupan arwah ayahnya. Haiqal
mencadangkan agar kumpulan zapin D'Purnama dihidupkan semula selepas
sekian lama terkubur. Justeru, persiapan untuk majlis persembahan tarian zapin
telah nya. diadakan. Haiqal juga terlibat dalam latihan tarian zapin. Seminggu
sebelum acara persembahan itu, Haiqal telah memaklumkan kepada n walidnya
tentang tarian zapin jincat itu. Pada hari majlis tersebut, mereka mendapat
berita bahawa Lazim telah ditimpa kemalangan a jalan raya sewaktu pulang dari
kerja. Haji Salim mengemukakan rulis cadangan supaya See Hwa menggantikan
tempat Lazim. Persembahan Haiqal dan See Hwa mendapat sambutan daripada
Yang Berhormat fia, Datuk Syaiful Azizi dan penduduk kampung. Sewaktu Haiqal
erada mempersembahkan tarian zapin di atas pentas, Haiqal ternampak uminya,
walid, dan adik tirinya, Nurul Asiyah sedang menyaksikan ndu persembahannya
dari bahagian belakang balai tempat duduk kampung Haiqal berasa amat
gembira dan ingin berlari untuk memeluk ahli keluarganya itu sebagai tanda
kesyukuran.

Teknik Plot

1.
2.
3.
4.

Teknik Plot

Contoh

Pemerian

Penulis menceritakan Tauke Lim yang sudah


tinggal di kampung tersebut. (hlm.29)

Imbas Kembali

Ingatan Haiqal terhadap peristiwa dimana dia


hampir terlanggar seorang budak kecil. (hlm.1-2)

Saspens

Peristiwa semasa Haiqal diberitahu oleh uminya


bahawa walid bukan ayah kandungnya. (hlm.4-5)

Kejutan

Haiqal tidak menyangka bahawa umi,walid dan


adik tiri Haiqal datang pada malam persembahan
tarian zapin walaupun uminya melarang Haiqal
untuk menyertainya.(hlm.271)

5.

Monolog

Cikgu Zam sangat rindu akan anaknya iaitu


Haiqal. (hlm.95)

WATAK DAN PERWATAKAN NOVEL SILIR DAKSINA

Watak Utama

1. Haiqal Hakimi/Aiman
Anak kepada Umi dam Abdullah bin Kayan
Perwatakan

Contoh

1. Seorang remaja yang berbakat


dalam bidang seni sastera.

Haiqal sering memenangi pertandingan


mendeklamasikan puisi dan menulis
sajak serta puisi.

2. Seorang anak yang


penyayang.

Dia sayang umi,walid,ayah kandungnya


dan adik tiri.

3. Seorang yang baik hati

Haiqal telah memujuk Ratna yang


menangis kerana mendapat keputusan
SPM yang kurang cemerlang.

4. Seorang yang bijak dalam


pelajaran.

Dia berjaya melanjutkan pelajaran di


university selepas tamat tingkatan 6.

5. Seorang yang taat pada


perintah agama.

Haiqal solat subuh apabila tiba di stesen


bas Batu Pahat sebelum tiba di kampung
ayahnya.

Watak sampingan

1. See Hwa/ Ai Ling


Anak kepada Tauke Ling
Perwatakan

Contoh

1. Seorang yang pandai


mendeklamasikan puisi.

Dia pernah memenangi pertandingan


mendeklamasi sajak semasa di sekolah
rendah.

2. Seorang yang fasih Bahasa

Dia boleh bercakap Bahasa Melayu tanpa

Melayu.

ada pelat Bahasa Cina.

3. Seorang yang suka membaca

Dia suka membaca kisah-kisah nabi


sewaktu di sekolah rendah.

4. Seorang yang suka memasak

Dia suka memasak makanan yang pedaspedas.

2. Abdullah bin Kayan/Amirulnizam


Ayah kandung Haiqal
Perwatakan

Contoh

1. Seorang yang cintakan


sastera.

Dia sanggup berpisah daripada isterinya


berbanding bidang sastera.

2. Seorang yang penyayang

Dia sangat merindui dan menyayangi


Haiqal.

3. Seorang penari zapin.

Dia juga seorang penari zapin di


Kampung Seri Purnama.

3. Tauke Ong/Tauke Lim


Perwatakan

Contoh

1. Seorang yang sangat rajin

Tauke Lim membuat dua pekerjaan iaitu


pada waktu pergi dia akan menorah
getah manakala pada waktu petang
menjual pisang dan pinang di pekan.

2. Seorang yang murah hati.

Dia suka belanja kawan-kawannya di


warung.

3. Seorang yang tahu membalas


budi.

Dia melayan Haiqal sangat baik sebagai


membalas budi pertolongan datuk dan
ayah Haiqal.

4. Seorang yang jujur dan


amanah.

Dia menguruskan harta peninggalan


ayah Haiqal dengan baik.

4. Ratna
Perwatakan

Contoh

1. Seorang yang minat dalam


bidang perniagaan.

Ratna telah mengambil alih pengurusan


gerai makan daripada ibunya.

2. Seorang yang suka mengusik.

Dia selalu mengusik Haiqal semasa

Haiqal sedang berkhayal.


3. Seorang pendengar setia.

Dia sentiasa sudi mendengar masalah


yang dihadapi oleh Haiqal.

4. Seorang yang baik hati.

Dia sanggup menghantar Haiqal ke


stesen bas semasa Haiqal ingin pulang
ke kampung.

5. Umi
Ibu kepada Haiqal
Bercerai dengan ayah kandung Haiqal sejak Haiqal masih kecil dan
berkahwin dengan walid.
Perwatakan

Contoh

1. Seorang usahawan berjaya

Umi mempunyai kedai batik di Pasar


Payang.

2. Seorang yang penyayang

Dia sangat sayang Haikal sehingga tidak


membenarkan ayah kandung Haiqal
menjaga Haiqal.

3. Seorang yang ego.

Dia tidak suka dan menghargai bakat


seni bekas suaminya.

4. Seorang pemarah.

Dia melarang Haqal untuk pulang ke


kampung ayah kandungnya.

LATAR NOVEL SILIR DAKSINA


1. Latar Tempat
a) Kuala Terengganu (rumah umi dan walid).
Contoh: Tempat tinggal Haiqal bersama-sama dengan umi, walid, dan adik tirinya
iaitu Nurul Asiah di Kuala Lumpur.
b) Kampung Seri Purnama (rumah ayah kandung Haiqal).
Contoh: Ayah Haiqal tinggal di Kampung Seri Purnama selepas berpisah dengan
umi Haiwal.
c) Balai Raya Kampung Seri Purnama
Contoh:Tempat simpanan album,novel bahan sastera yang menunjukkan
kegiatan ayah Haiqal dalam bidang sastera dan budaya adalah di balai raya
Kampung Seri Purnama.

d) Gerai makan milik Ratna.


Contoh: Haiqal dan Ratna telah berbual-bual di gerai makan milik Ratna sambil
menikmati makanan yang disediakan.
e) Restoran mamak.(See Hwa dan Haiqal telah makan di restoran mamak, Parit
Raja sewaktu perjalanan ke kampung ayahnya.
Contoh: See Hwa dan Haiqal makan di restoran mamak yang terletak di Parit
Raja selepas Haiqal tiba dari Terengganu.
f) Pusara Abdullah bin Kayan.
Contoh: Haiqal membaca yasin dan berdoa agar roh arwah bapanya
ditempatkan di sisi orang yang baik-baik.
g) Rumah Tauke Ong.
Contoh: Haiqal ke rumah Tauke Ong untuk memujuk See Hwa supaya
berpasangan dengannya manari Zapin. Dia terkejut apabila melihat See Hwa
menggosook baju zapin.
h) Stesen Bas Batu Pahat.
Contoh: Haiqal tiba di stesen bas Batu Pahat dari Terengganu untuk ke kampung
arwah bapanya.

2. Latar Masa
a) Petang
Contohnya: peristiwa Haiqal teringat akan peristiwa dia hampir terlanggar
seorang budak kecil.
b) Usia enam tahun
Contohnya: Umi memberitahu Haiqal bahawa walid bukan ayah kandungnya.
c) Malam
Contohnya: Cik Zam berbual-bual semasa tamat latihan zain di Warung Pak
Dolah.
d) Pagi
Contohnya: Taukey Lim dan isteri menoreh getah.
e) Lapan belas tahun
Contohnya: Taukey Lim sudah tinggal di Kampung Seri Purnama 18 tahun.

3. Latar Masyarakat

a) Masyarakat peniaga.
Contoh: Tauke Lim menjalankan perniagaan dengan meraih pisang dan pinang di
kampung dan menjualnya di pekan.
b) Masyarakat yang cinta akan sastera dan seni budaya bangsa.
Contoh: Pak Cik Bakar, Haji Salim, dan Cikgu Zam melibatkan diri dalam seni
tarian zapin bagi memperkasa seni warisan.
c) Masyarakat yang berpendidikan.
Contoh: See Hwa belajar di kolej manakala Haiqal belajar di tingkatan enam.
d) Masyarakat yang berbilang kaum.
Contohnya: Pak Cik Bakar, Wak Min, Haji Salim , Tauke Lim dan See Hwa tinggal
di Kampung Seri Purnama.
f) Masyarakat penyayang.
Contohnya: Tauke Lim menunukkan sikap penyayangnya dengan selalu manja
jamuan yang diadakan di kampungnya dan membelanja kawan-kawannya di
warung.

Anda mungkin juga menyukai