Anda di halaman 1dari 2

Nama: ……………………………………………………………………..

Tingkatan:……………………………………

Tajuk: Pembentukan Hukum DM

Maksud: D- unsur yang diterangkan manakala M- unsur yang menerangkan unsur pertama

Contoh: perpustakaan mini (Betul)


(D- unsur yang diterangkan) perpustakaan (M - unsur yang
menerangkan)mini

Latihan:

Tentukan sama ada frasa bergaris adalah betul atau salah penggunaannya.

1. Ibu menyuruh kakak membeli sebotol cili sos di kedai runcit. [ ]

2. Lain-lain masalah yang tidak dapat diselesaikan akan dibincangkan dalam mesyuarat yang akan
datang. [ ]

3. Jualan murah itu ditawarkan oleh Giant Pasar Raya yang baru dibuka pada hujung minggu yang
lalu. [ ]

4. Makanan di Restoran Tarmizi memang enak kerana tukang masaknya didatangkan khas dari
luar negara. [ ]

5. Saya menukar tayar kereta di Rizalman Kedai Servis Tayar kerana tayar kereta saya telah haus.
[ ]

6. Mereka akan mengemukakan agenda lain-lain pada mesyuarat yang akan datang disebabkan
pertemuan yang diadakan gagal mencapai kata putus. [ ]

7. Warung Goreng Pisang itu dimiliki oleh Pak Samad sekeluarga. [ ]

8. Semasa tinggal di asrama, kami sering dihidangi roti bakar dan rebus telur. [ ]

9. Dia akan membincangkan perkara itu dengan lain-lain kawannya apabila mempunyai
kelapangan. [ ]

10. Negara-negara Tenggara Asia telah bergabung untuk membentuk pakatan yang dinamakan
ASEAN [ ]
LATIHAN PENGUKUHAN MENCERAKIN AYAT (Memisahkan ayat )
Cerakinkan setiap ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal tanpa mengubah maksud asalnya.
Tips:
Kenal pasti dan gariskan kata hubung dalam ayat
Pisahkan ayat kepada dua ayat tunggal

Contoh 1.
Tauke Lim menternak ayam daging dan ayam telur.
(i) Tauke Lim menternak ayam daging
(ii) Tauke Lim menternak ayam telur

Contoh 2:
Ibu bapa Alia telah bercerai sejak tiga tahun yang lalu.
(i) Ibu bapa Alia telah bercerai.
(ii) Ibu bapa Alia bererai tiga tahun yang lalu.

1. Ayah mencuci kereta di halaman rumah manakala ibu memasak rendang di dapur.
Ayat 1:
Ayat 2:

2. Salina yang menderita penyakit kanser tahap empat telah meninggal dunia di Hospital Sungai
Buloh petang semalam.
3. Ayat 1:
4. Ayat 2:

5. Pekerja-pekerja asing menjadi pilihan banyak majikan di negara ini kerana mereka sanggup
menerima upah lebih rendah.
Ayat 1:
Ayat 2:

6. Adakah Encik Amran hendak ke Muzium Negara atau ke Putrajaya.


Ayat 1:
Ayat 2:

7. Pendebat itu petah berhujah dan bijak mematahkan hujah lawan.


Ayat 1:
Ayat 2:

8. Siswazah yang berpandangan jauh tidak mengharapkan kerja makan gaji sahaja.
Ayat 1:
Ayat 2:

9. Semua anggota masyarakat hendaklah saling menghormati agar kehidupan rakyat di


negara ini bertambah harmoni.
Ayat 1:
Ayat 2:

10. Walaupun jadual kerja pemimpin besar itu padat, beliau masih dapat meluangkan masanya
untuk bertemu dengan penduduk setempat.
Ayat 1:
Ayat 2:

Anda mungkin juga menyukai