Anda di halaman 1dari 32

Drama:

Cempaka Berdarah
Kisah Natrah (Maria Hertogh)
• https://
www.youtube.com/watch?v=DdFtO6aOH_k
Kisah Natrah
Zaman Penjajahan Jepun
Cempaka ( Natrah)
• gadis Inggeris
• anak angkat Mak Jah
• didakwa Prof Peter
sebagai adiknya
Zaman
•  anak Mak Jah
• tegas mempertahankan
maruah keluarga
Mak Jah
• ibu Zaman
• ibu angkat Cempaka
Prof Peter
• pensyarah antropologi
dan sosiologi (universiti
tempat Zaman belajar)
• memandang rendah
orang bukan kulit putih
• cuba merampas
Cempaka
Malik
• pemuda kampung yang
tidak berpelajaran
• digunakan oleh Prof.
Peter
Drama Cempaka Berdarah • Anak angkat Mak Jah
Cempaka (Natrah ) • Diserahkan oleh keluarganya
untuk dijaga oleh Mak jah
ketika berusia 5 tahun.
Permulaan
• Mak Jah dan Cempaka Perkembangan
sedang mengemas rumah • Prof Peter (pensyarah Zaman)
sementara menanti datang ke rumah Mak Jah.
kepulangan Zaman. • Prof. Peter melihat gambar
• Zaman belajar di sebuah Cempaka yang menarik
universiti di Kuala Lumpur. perhatiannya.  
• Peter berasa hairan melihat
Peleraian rambut Cempaka berwarna
• Prof. Peter melarikan diri. perang.
• Zaman mengejar Prof. Peter. • Peter mengatakan Cempaka
• Tiba-tiba terdengar satu das ialah adiknya yang dicari.
tembakan senapang. Klimaks
• Mak Jah bersyukur kerana • Prof Peter dan Zaman
Zaman selamat & mengangkat bergaduh kerana Peter mahu
Cempaka yang tidak sedarkan mengambil Cempaka.
diri. • Peter tertembak Cempaka.
Sinopsis
Babak 1
• Drama Cempaka Berdarah mengisahkan Mak Jah
dan Cempaka sedang mengemas rumah.
• Mereka menanti kepulangan Zaman yang belajar
di sebuah universiti di Kuala Lumpur.
• Kemudiannya, mereka terdengar orang
memanggil di luar rumah.
• Mereka mengintai melalui lubang pintu dan
mendapati seorang lelaki Orang Putih muncul.
• Mak Jah menyuruh Cempaka masuk ke biliknya.
• Orang Putih itu memperkenalkan dirinya sebagai
Prof. Peter , pensyarah Antropologi dan Sosiologi
dan merupakan pensyarah kepada Zaman (abang
Cempaka) di universiti.
• Dalam perbualan mereka, Prof. Peter meminta
Mak Jah menasihati Zaman supaya belajar betul-
betul sekiranya hendak berjaya.
• Prof. Peter bertanya tentang Cempaka apabila
melihat gambar Cempaka di dinding.
BABAK 2
• Semasa Zaman dan Cempaka mengambil buah
bidara dan akar kayu di sebuah belukar, Zaman
menyuruh Cempaka pulang untuk mengambil
parang.
• Mereka berbincang tentang bonsai dan ukiran
akar kayu.
• Semasa Cempaka pulang mengambil parang,
Prof. Peter muncul ditemani oleh Malik.
• Berlaku pertengkaran kecil antara mereka.
• Ketika Zaman mengambilkan Cempaka bunga
kenanga, Prof. Peter dan Malik muncul semula.
• Berlaku lagi pertengkaran antara Prof.Peter
dengan Zaman.
• Prof. Peter mempersoalkan rambut Cempaka
yang berwarna perang.
• Zaman membuat kesimpulan, Maliklah yang
menjadi orang perantaraan Prof. Peter.
• Prof. Peter juga mendakwa Cempaka ialah
adiknya yang dicari-cari selama ini.
• Menurut Prof. Peter, semasa perang Jepun, ibunya
telah menyembunyikan adiknya di tebing sungai
Bukit Putih dan ditemui oleh Mak Jah.
• Dia hendak mengambil Cempaka semula dan
mahu adiknya itu hidup dalam keluarganya.
• Sewaktu pertengkaran berlaku, Prof. Peter
ternampak seekor ular lalu melepaskan tembakan.
• Cempaka rebah berlumuran darah.
• Mak Jah meraung melihat keadaan Cempaka.
• Zaman berasa marah dan berlaku pergelutan
antara Zaman dan Prof. Peter.
• Prof. Peter telah melarikan diri ke dalam hutan.
Zaman mengejarnya dengan parang.
• Tiba-tiba terdengar satu das tembakan dan
semuanya tercengang.
• Mak Jah bersyukur kerana Zaman selamat dan
mengangkat Cempaka yang tidak sedarkan diri itu.
Drama Cempaka Berdarah • Anak angkat Mak Jah
Cempaka (Natrah ) • Diserahkan oleh keluarganya
untuk dijaga oleh Mak jah
ketika berusia 5 tahun.
Permulaan
• Mak Jah dan Cempaka Perkembangan
sedang mengemas rumah • Prof Peter (pensyarah Zaman)
sementara menanti datang ke rumah Mak Jah.
kepulangan Zaman. • Prof. Peter melihat gambar
• Zaman belajar di sebuah Cempaka yang menarik
universiti di Kuala Lumpur. perhatiannya.  
• Peter berasa hairan melihat
Peleraian rambut Cempaka berwarna
• Prof. Peter melarikan diri. perang.
• Zaman mengejar Prof. Peter. • Peter mengatakan Cempaka
• Tiba-tiba terdengar satu das ialah adiknya yang dicari.
tembakan senapang. Klimaks
• Mak Jah bersyukur kerana • Prof Peter dan Zaman
Zaman selamat & mengangkat bergaduh kerana Peter mahu
Cempaka yang tidak sedarkan mengambil Cempaka.
diri. • Peter tertembak Cempaka.
TEMA
Keberanian mempertahankan hak dan maruah
keluarga daripada dirampas oleh orang luar.
Contohnya, Zaman bertindak dengan berani dan
bersungguh-sungguh ketika bertengkar dengan
Prof. Peter.
PERSOALAN
• Persoalan kasih sayang sesama insan tidak
mengenal agama dan keturunan.
• Persoalan pendidikan penting untuk mengubah
dan membela nasib diri dan keluarga.
• Persoalan mempertahankan hak dengan cara
yang betul.
• Persoalan peperangan yang menyebabkan
perpisahan antara ahli keluarga.
• Persoalan tentang usaha mencari adik kandung
yang hilang semasa perang Jepun.
LATAR MASYARAKAT
• Masyarakat yang mempertahankan hak.
Contohnya, Mak Jah dan Zaman mempertahankan Cempaka
daripada diambil oleh Prof. Peter kerana Cempaka telah
dipelihara sejak kecil oleh Mak Jah.

• Masyarakat yang penyayang.


Contohnya, Mak Jah menyayangi anak-anaknya.Prof Peter juga
menyayangi adiknya.

• Masyarakat yang tidak mementingkan pendidikan wanita.


Contohnya, Mak Jah tidak menghantar Cempaka bersekolah
tinggi.
• Masyarakat yang tidak menghormati budaya
masyarakat tempatan.
Contohnya, Prof.Peter bersikap biadap kerana
merendahkan orang Melayu dan tidak
berunding secara berhemah dengan Mak Jah
dan Zaman.

• Masyarakat yang prihatin.


Contohnya, Mak Jah telah mengambil Cempaka
sebagai anak angkat setelah ibu Cempaka
terpaksa meninggalkannya.
NILAI
• Nilai kasih sayang. Contohnya, Mak Jah amat
menyayangi Cempaka walaupun Cempaka
hanya anak angkat.
• Nilai keberanian. Contohnya, Zaman berani
mempertahankan Cempaka daripada diambil
oleh Prof Peter.
• Nilai hormat-menghormati. Contohnya, Mah
Jah menghormati tetamunya Prof. Peter dan
melayannya dengan ramah.
• Nilai bertanggungjawab. Contohnya, Zaman
bertanggungjawab memenuhi keinginan
adiknya Cempaka untuk mengambil bunga
kenanga akar.

• Nilai kerajinan. Contohnya, Zaman rajin


belajar sehingga tahun ketika itu berada dalam
tahun akhir pengajian.
PENGAJARAN
• Kita hendaklah berusaha mempertahankan apa-
apa yang menjadi hak kita dengan cara yang betul
agar tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.
• Kita hendaklah menghormati masyarakat
tempatan jika kita berkunjung ke tempat mereka
supaya kita tidak mendapat kesusahan.
• Kita perlulah mengelak daripada menggunakan
kekerasan untuk menyelesaikan sesuatu masalah
kerana perbuatan itu membahayakan kita.
• Kita hendaklah gigih berusaha untuk mengubah
corak hidup supaya tidak terus dibelenggu
kemiskinan.
• Setiap ahli keluarga hendaklah melindungi
keluarganya yang lain kerana hal itu merupakan
tanggungjawab mereka.
• Kita perlu berwaspada terhadap orang yang tidak
kita kenali agar tidak diperdayakan oleh mereka.
• Kita berfikir secara bijak untuk menyelesaikan
sesuatu masalah agar hasrat yang diinginkan
akan memperoleh kejayaan.
Latihan Pemahaman Drama Cempaka Berdarah
1. Terangkan maksud perkataan di bawah ini berdasarkan
penggunaan dalam cerpen.
a) kejadian b) kerdil (2m)
2. Huraikan dua sebab Cempaka berhenti belajar. (2m)

3. Mengapakah Prof. Peter mengatakan bahawa Cempaka bukan


adik kandung kepada Zaman tetapi adiknya? (4m)

4. Berikan dua nilai kemanusiaan berdasarkan petikan teks.(4m)

5. Jika anda sebagai Cempaka, bagaimanakah anda membalas


jasa Mak Jah yang telah memelihara anda dengan penuh kasih
sayang? (5m)
JAWAPAN
1. Maksud perkataan:
a) Kejadian = peristiwa b) kerdil=kecil
2. Maksud rangkai kata tidak berguna ialah tiada
manfaat
3. Prof. Peter mengatakan bahawa Cempaka bukan
adik kandung kepada Zaman tetapi adiknya kerana
rambut Cempaka berwarna perang tidak sama dengan
warna rambut Zaman. Cempaka dikatakan adik Prof.
Peter kerana adiknya telah disembunyikan oleh
ibunya di tebing sungai Bukit Putih daripada tentera
Jepun dan ditemui oleh Mak jah lalu dijadikan anak
angkatnya.
• 4. Dua nilai kemanusiaan berdasarkan petikan
teks tersebut ialah nilai rasional. Contohnya,
Mohamad Zaman bersikap rasional untuk
membuat pertimbangan tentang peluang-
peluang perniagaan yang wujud di sekitarnya
dan berusaha untuk merebut peluang
tersebut demi mengaut keuntungan. Selain
itu, nilai kemanusiaan yang kedua ialah nilai
kerajinan. Contohnya, Mohamad Zaman rajin
berusaha dengan mengambil akar-akar kayu
tumbang untuk dijadikan ukiran dan dijual di
Kuala Lumpur.
5. Jika saya sebagai Cempaka, cara saya
membalas jasa Mak Jah yang telah memelihara
anda dengan penuh kasih sayang ialah saya akan
berusaha untuk meringankan bebanannya
dengan membantu menguruskan rumah dan
mencari pekerjaan untuk menyara
kehidupannnya. Selain itu, saya juga akan
berusaha untuk berkelakuan baik dan tidak
melakukan perkara-perkara negatif yang dapat
menjatuhkan nama baik Mak Jah.

Anda mungkin juga menyukai