Anda di halaman 1dari 2

Latihan 1

Baca ayat-ayat di bawah. Gariskan perkataan berimbuhan pinjaman.

1. Encik Mazlan merupakan seorang usahawan yang berjaya dalam


perniagaan yang diceburinya sejak lima tahun lepas.
2. Hartawan itu seorang yang merendah diri dan beliau amat disenangi
oleh jiran-jirannya.
3. Datuk Siti Nurhaliza merupakan seniwati yang disegani ramai.
4. Banyak wartawan asing hadir pada majlis tersebut.
5. Abang Syafiq merupakan seorang jurutera lulusan luar negara yang
6.
7.
8.
9.

berwibawa.
Jamilah merupakan seorang peragawati yang terkenal.
Nabila belajar membaca sejak di kelas prasekolah lagi.
Kami akan belajar tatabahasa pada setiap hari Selasa.
``Cuba jauhi prasangka buruk terhadap kawan-kawan kamu, pesan

Cikgu Marina.
10. Buku yang tebal biasanya didahului dengan prakata.

Latihan 2

Baca petikan di bawah. Kemudian, salin semula ayat-ayat yang


mengandungi perkataan berimbuhan pinjaman.

Farish dan ibunya berjalan kaki untuk pergi ke poliklinik. Farish


hendak mendapatkan rawatan doktor. Adik Farish, Fariza yang baru pulang
dari kelas prasekolah turut mengikut mereka.
Terdapat ramai orang di poliklinik itu. Farish mengambil nombor
giliran. Sementara menunggu giliran, Farish membaca senaskhah majalah.
Dia membaca rencana mengenai seorang hartawan yang terkenal. Beliau
seorang dermawan yang banyak membantu golongan miskin. Isterinya
pula seorang karyawan berbakat yang gemar menghasilkan lukisan
abstrak. Ramai jutawan telah membeli hasil karya seninya yang cantik.
Tidak lama kemudian, jururawat di kaunter memanggil nama Farish.
Farish pun masuk ke dalam bilik rawatan. Farish menjaga tatasusila
semasa berurusan dengan doktor itu. Doktor memeriksa Farish dan
memberinya ubat antibiotik.

Anda mungkin juga menyukai