Anda di halaman 1dari 100

Institut Perguruan Kampus Darulaman,

06000 Jitra, Kedah Darul Aman.



PKU 3063
Pentaksiran Dalam Pendidikan Khas
MENTAKSIR KEMAHIRAN MENULIS



Nama Ahli Kumpulan : Law Chia Zhee
Ng Hsiu Lee
Yoong See Wen
How Chui Yee
Koh Yia Yean
Kumpulan : PISMP/SEM 3- PK
Nama Pensyarah : En. Shamsul Rizal Bin Khalil

KONSEP
KEMAHIRAN
MENULIS
Menulis merupakan satu proses untuk menghasilkan
bahan yang berbentuk idea, pendapat, pengalaman,
perasaan dan maklumat dalam bentuk tulisan untuk
berhubung dengan orang lain atau dengan dirinya
sendiri.

Menulis merupakan satu proses untuk memberikan
simbol-simbol grafik bagi melambangkan bahasa
dalam menyusun perkataan, rangkai kata, ayat dan
seterusnya unit-unit yang lebih panjang mengikut
peraturan-peraturan tertentu dengan menunjukkan
wacana dan pelahiran idea yang jelas dan tersusun.
Don Bryne (1979) menyatakan bahawa simbol grafik
semasa menulis ialah penggunaan huruf-huruf atau
gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan
lambang bunyi yang kita buat semasa kita bercakap.

Hal ini meliputi beberapa aspek, iaitu:-
a) menggunakan pelbagai jenis ayat.
b) mencatat dan menyusun maklumat.
c) menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif.
d) membuat ulasan tentang bahan yang didengar,
ditonton dan dibaca.
Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan
murid menulis perkataan dan ayat dan
mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis
penulisan yang berkaitan dengan ilmu
pengetahuan dan pengalaman peribadi yang
dilalui.

Penekanan dalam kemahiran menulis ialah:-
Penggunaan ayat yang gramatis.
Tanda baca dan ejaan yang betul.
Tulisan yang jelas, cantik dan kemas.
KEMAHIRAN
MENULIS
Kemahiran Menulis
Tulisan
Ejaan Mengarang
3
2
1
Tulisan
Don Bryne (1979) menyatakan bahawa simbol
grafik semasa menulis ialah penggunaan
huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang
berkaitan dengan lambang bunyi yang kita
buat semasa kita bercakap.

Tulisan adalah lambang-lambang bunyi yang
diwakili oleh perkataan-perkataan yang ditulis.
1
Apabila lambang-lambang yang ditulis itu dibaca
atau dibunyikan semula, maka wujudnya bahasa
melalui tulisan itu.

Melalui tulisan, manusia melahirkan perasaan,
fikiran dan juga kemahuan mereka.

Melalui tulisan, manusia juga dapat menikmati
keindahan bahasa, melalui penulisan yang indah
dan penulisan yang banyak memberi maklumat.
Peranan Tulisan
Melatih murid-murid menghujah dan
mengembangkan idea.
Mendirikan asas menulis yang kukuh bagi
membolehkan kanak-kanak menulis dengan baik,
cekap dan pantas.
Meluaskan pengetahuan dalam perbendaharaan kata,
perkembangan bahasa dan tulisan.
Mendedahkan kanak-kanak cara penulisan yang betul.





Peringkat-peringkat
Kemahiran Menulis

Peringkat
Pramenulis
Peringkat
Mekanis
Peringkat
Pelahiran
Peringkat-peringkat Menulis
1.) Peringkat Pramenulis

Murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum
mereka dapat menulis huruf dengan kemas dan
betul.

Latihan otot tangan dan jari serta koordinasi tangan
dan mata diberikan kepada murid.
Berikut ialah contoh aktiviti pramenulis:

Menulis dari kiri ke kanan
Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan
Latihan membentuk bulatan di udara, di atas meja,
pasir, lantai tanpa menggunakan alat tulis
Menyambung titik
Latihan membentuk corak campuran bulatan dan
garisan lurus yang dilakukan secara bebas
Latihan melukis gambar yang mengandungi garis
lurus dan bulat
Membuat pelbagai jenis garisan atau bentuk
Melukis gambar
2. ) Peringkat Mekanis

Selepas murid-murid melalui peringkat pramenulis,
mereka akan melangkah ke peringkat mekanis.

Pada peringkat ini, murid diajar menguasai
kemahiran membentuk huruf besar dan kecil dalam
abjad.

Seterusnya menguasai kemahiran menulis huruf,
suku kata, perkataan dan ayat.
Contoh aktiviti-aktiviti menulis mekanis:

Latihan menulis bentuk-bentuk yang mirip kepada huruf
Latihan menulis huruf berdasarkan gambar-gambar yang
mirip kepada bentuk-bentuk huruf tertentu
Latihan menekap huruf mengikut acuan huruf yang
diperbuat daripada kad yang berlubang
Latihan menekap huruf atau perkataan yang ditulis dalam
bentuk garis putus-putus
Latihan menulis huruf dalam suku kata
Latihan melengkapkan huruf pada perkataan bergambar
Latihan menamakan gambar-gambar
Latihan menyalin frasa atau ayat daripada buku
3.) Peringkat Pelahiran (Mengarang)

Pada peringkat ini, murid-murid sudah menguasai
pelbagai kemahiran seperti kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan mengeja.

Murid-murid dapat melahirkan idea dan pendapat
tentang pengetahuan serta pengalaman yang telah
dilalui.

Dalam masa yang sama, mereka akan menggunakan
kemahiran tatabahasa dan ejaan yang telah mereka
kuasai.


Mereka juga boleh merancang penulisan mereka
dengan menggunakan bentuk-bentuk grafik yang
sudah dipelajari.

Oleh demikian, mereka sudah boleh menulis
pelbagai jenis karangan.
Contoh Aktiviti Menulis Berperingkat Pelahiran:
Ejaan
Imlak / Rencana
Menulis jawapan pemahaman
Menulis karangan
Menulis ayat berdasarkan gambar
Membina ayat
Memanjangkan ayat
Menulis rencana
Mengisi silang kata
Melengkapkan ayat


Ejaan
Proses memilih serta mengadunkan lambang-
lambang untuk melahirkan perkataan secara
lisan atau bertulis.

Sebahagian kanak-kanak mahir mengeja tanpa
bantuan guru kerana kemahiran mengeja
boleh diperolehi melalui kemahiran membaca.
2
Mengarang
Menurut Kamus Dewan Edisi Terkini, mengarang
didefinisikan sebagai perihal mengarang (cerita),
perbuatan (pekerjaan) mengarang.

Menurut Willliams (1989), mengarang adalah
aktiviti manusia yang paling kompleks yang
melibatkan proses kognitif, bahan, peraturan dan
sistem.
3
Peringkat Kemahiran Mengarang

Pra
Mengarang
Semasa
Mengarang
Pasca
Mengarang
1.) Pra Mengarang

Aktiviti pada peringkat pra mengarang ialah:-

Berbincang untuk menentukan format.
Berbincang untuk menentukan isi.
Mendapat bahan daripada sumber bahan bercetak,
internet dan bahan elektronik yang lain.
Membuat peta minda atau carta alir cerita.
Menentukan watak.
Menyaring bahan.
Menulis draf.


2.) Semasa Mengarang

Aktiviti pada peringkat ini ialah:-

Mentransformasikan perancangan kepada bentuk
karangan.
Menentukan format.
Mengambil kira aspek penghuraian yang melibatkan
kosa kata, wacana, sistem bahasa, gaya bahasa,
tanda baca dan ejaan.
Mengambil kira aspek kohesi dan koheren.
3.) Pasca Mengarang

Aktiviti pada peringkat pasca mengarang ialah:-

Menyemak karangan.
Melakukan pembetulan.
Membuat penambahan sekiranya perlu.
Menghantar karangan.
MASALAH
KEMAHIRAN
MENULIS
Masalah Kemahiran Menulis
Menurut Kaminsky dan Powers (1981), telah
mengenal pasti lima masalah yang ditunjukkan oleh
kanak-kanak dalam tulisan tangan.

(a)Kecelaruan persepsi visual, iaitu ketidakupayaan
mengingat bagaimana huruf itu kelihatan dan untuk
memperlihatkan semula huruf-huruf tersebut.





b) Kegagalan menggabungkan imej visual huruf
dengan pergerakan motor tangan atau jari yang
sesuai.

c) Tidak cekap dan lemah dalam kawalan otot-otot
dalaman tangan menjadikan sukar untuk menulis.

d) Ingatan motor yang tidak sempurna berkaitan
dengan penyimpanan maklumat-maklumat motor
di dalam otak.

e) Kesukaran untuk memahami atau melihat
keperluan ruang (spatial) tulisan tersebut.

Masalah Kemahiran Menulis
Mengarang
Tulisan
Ejaan
Masalah tulisan mekanis juga dilakukan oleh
kanak-kanak semasa menulis seperti berikut :
Masalah-masalah dalam Tulisan
Perkataan ditulis terlalu rapat di antara satu dengan
lain.

Bentuk-bentuk huruf ditulis terlalu condong.

Tiada keseragaman jarak di antara huruf dengan
huruf atau di antara perkataan dengan perkataan.

Bentuk-bentuk huruf yang tidak jelas / tepat / betul.

Menulis tanpa mengikut garisan-garisan yang
ditentukan.

Mencampuradukkan huruf besar dengan huruf kecil.

Masalah pembalikan huruf atau perkataan.


Huruf-huruf tidak ditulis mengikut posisi
(kedudukan) yang sepatutnya.

Menulis dengan meninggalkan huruf, perkataan
atau imbuhan.

Menulis melampaui garisan ruang muka surat yang
ditentukan.

Menulis huruf-huruf di dalam perkataan secara
bertindih.

Mengulang garis-garis huruf yang ditulis.


Menulis mengikut arah dari kanan ke kiri.

Menulis huruf atau perkataan mengikut urutan
yang salah.

Menulis atau menyalin ayat tanpa mengikut tertib
yang betul.

1) Lemah dalam ingatan
Tidak dapat ingat dan bayangkan bentuk sebenar
perkataan.
Masalah penglihatan (rabun / juling).

2) Lemah dari segi analisis pendengaran
Tidak dapat tentukan lambang yang wakil bunyi.
Tidak boleh cam perkataan.
Tidak dapat pilih lambang-lambang secara rawak.

Masalah-masalah dalam Ejaan
Masalah-masalah dalam Mengarang
1) Penggunaan Dialek
Tidak menggunakan bahasa baku.
Lemah dalam penguasaan kosa kata bahasa
standart.
Cantoh : Saya mau makan roti.

2) Kesilapan Ejaan
Contoh, masalah maasalah
kahwin khawin
makan makam



3) Kesilapan Tatabahasa
Contoh, ialah (kata nama ,kata kerja)
adalah (kata sendi,kata adjektif)


1. Ramli ialah abang saya. ( )
2. Ramli adalah abang saya. ( X )
3. Mesyuarat itu adalah dari pukul 8:00 pagi
hingga 10:00 pagi. ( )
4. Punca pencemaran adalah seperti pembuangan
sisa toksik oleh pihak kilang. ( )
5. Hobi saya adalah bermain badminton. ( X )

4) Kesalahan Struktur Ayat
Salah susunan subjek dan predikat dalam ayat
tunggal.
Cantoh: makan ikan adik.

Salah menggunakan kata penghubung dalam ayat
majmuk.
Contoh: Sara atau Nina sedang menangis.

Keliru dalam menggunakan ayat penyata dan ayat
perintah.

Salah menggunakan tanda baca.

5) Masalah Pemerengganan
Isi tidak saling berkaitan antara perenggan.
Terlalu banyak isi dalam satu perenggan.
Isi bercampur aduk.
Format perenggan yang salah.

6) Kesilapan Istilah




Salah Betul
Bersama Bersama-sama
Dia menaiki bendera Dia menaikkan bendera
Mereka-mereka Mereka
Di masa Pada masa
Cara Pentaksiran
Pemerhatian
Senarai
Semak
Analisis
Sampel Kerja
Ujian Rujukan
Kriteria
Inventori
Ejaan tak
Formal
Pemerhatian
Melalui pemerhatian guru dapat memperoleh
berbagai-bagai maklumat yang dapat
membantunya mengesan kelemahan murid
dalam aspek-aspek tertentu.
Pemerhatian yang dibuat perlu direkodkan.
Isu-isu Etika Pemerhatian
1
Mengenal pasti
keperluan kajian.
2
Menentu tema,
objektif dan
hipotesis kajian.
3
Menyedia dan
merancang kajian.
4
Menyedia
instrumen
mengumpul data.
5
Menentu
pensampelan dan
metodologi kajian.
6
Menyedia dan
melaksanakan
jadual pelaksanaan.
7
Mengumpul data
untuk analisis dan
interpretasi.
8
Menyediakan
laporan.
Senarai Semak
Senarai Semak ialah senarai item yang disediakan
untuk mengenal pasti perkembangan murid dari segi
pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai.
Senarai item menentukan :

Sesuatu tingkah laku dapat diperhatikan.
Kekerapan sesuatu tingkah laku itu berlaku.
Sesuatu tingkah laku yang dikehendaki telah berlaku.


Senarai semak boleh dibina dalam bentuk
dinyatakan sesuatu tingkah laku telah berlaku
atau tidak, iaitu dengan skor ya atau tidak.
Senarai semak juga boleh dilengkapkan dengan
skala kadar.
Skala kadar boleh digunakan untuk menunjukkan
darjah kemajuan dan pencapaian dalam
penguasaan pengetahuan, kemahiran, sikap dan
nilai murid.
Penilaian terhadap hasil kerja atau evidens
direkod berdasarkan skala.
Skala penskoran dibina bagi pentaksiran setiap
konstruk dalam setiap tunjang.


Guru perlu menentukan perkara-perkara
berikut dalam merancang senarai semak :

Konstruk yang hendak dinilai
Standard Prestasi dan kriteria ditulis dengan jelas.
Instrumen dan aktiviti yang digunakan
Skor digunakan: angka atau simbol
Contoh Rekod Senarai Semak
Rekod
Anekdot
Rekod
Berterusan
Rekod Anekdot

Rekod Anekdot adalah satu catatan ringkas mengenai
sesuatu peristiwa atau tingkah laku murid yang
dianggap penting, unik dan signifikan secara positif atau
negatif untuk direkod.
Pemerhatian tingkah laku biasanya tidak dirancang,
tetapi secara kebetulan tingkah laku tersebut berlaku.
Pemerhatian ini dilakukan terhadap murid secara
individu, walaupun peristiwa berlaku dalam kumpulan.

Tiada had masa ditentukan untuk pemerhatian
tingkah laku ini.
Catatan hendaklah ditulis secara objektif apa
sebenarnya yang berlaku.
Contoh maklumat yang boleh direkod adalah
peristiwa yang menggambarkan tentang
perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi
sosial dan kemahiran menyelesaikan masalah.

Panduan Menulis Rekod

1. Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang
berlaku.
2. Membuat catatan dalam buku nota sebaik sahaja
selepas peristiwa berlaku bagi memastikan peristiwa
yang akan direkodkan tidak tercicir.
3. Menulis apa yang dilihat secara objektif.
4. Mengenal pasti peristiwa itu penting dan signifikan
kepada aspek perkembangan murid.
5. Pastikan peristiwa dicatat mengikut urutan.
6. Merekod hasil pemerhatian sebaik sahaja
selesai pemerhatian dibuat.
7. Mencatat tingkah laku dan apa yang dikatakan
oleh murid.
8. Masukkan respon orang lain sekiranya ada
kaitan dengan tingkah laku murid yang
diperhatikan.


Rekod Berterusan

Rekod Berterusan merupakan catatan dalam
bentuk cerita narrative yang dibuat ke atas
individu atau kumpulan murid semasa berlakunya
sesuatu peristiwa.
Setiap perlakuan dan apa yang ditutur oleh murid
akan dicatatkan sepanjang tempoh pemerhatian.
Pemerhatian yang terperinci ini biasanya
dijalankan dalam tempoh 5 hingga 10 minit.
Berbeza dengan Rekod Anekdot, pemerhatian ini
dirancang oleh guru.


Panduan menulis rekod
Fokus kepada murid yang ingin diperhatikan.
Rekod hendaklah tepat dan padat.
Catatkan dengan jelas setiap perlakuan mengikut
urutan.
Rekodkan perkara-perkara yang sebenarnya berlaku.
Gunakan bahasa yang boleh difahami.
Boleh gunakan singkatan semasa mencatat.
Tulis secara terperinci tentang apa dilakukan murid
semasa peristiwa berlaku dan tingkah laku yang ingin
diperhatikan.
Tulis secara objektif, tidak terlalu deskriptif dan
judgmental.
Pastikan buku nota atau kertas catatan tidak
didedahkan dan diletak di tempat yang selamat.


SENARAI SEMAK KEMAHIRAN MENULIS
PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

BIL KEMAHIRAN MENGUASAI
( / )

TIDAK
MENGUASAI
( X )
CATATAN
1. Mengenal, menekap, meniru
bentuk huruf, suku kata dan
perkataan

2. Menulis dan menyalin huruf
suku kata, perkataan secara
terkawal

3. Menyalin dan menulis ayat
mudah
4. Melengkapkan perkataan,
rangkai kata dan ayat
5. Menyusun dan menulis
semula perkataan supaya
menjadi perkataan yang betul
Sampel kerja
Salah satu sumber maklumat yang sedia ada
berkaitan murid adalah sampel-sampel kerja
yang dihasilkan oleh murid dalam mata
pelajaran yang diikutinya di sekolah.
Untuk mendapat maklumat yang berfaedah,
guru pendidikan khas perlu membuat analisis
sampel kerja untuk mengetahui kelebihan dan
kekurangan murid dalam mata pelajaran yang
dipelajari.
Contoh Sampel Kerja
Faiz tekun menyiapkan
hasil kerjanya. Dia
berjaya menulis huruf
dan ayat mudah. Dia
menunjukkan usaha
untuk membetulkan
kesilapan sendiri.

Ujian Rujukan Kriteria
Taraf pencapaian yang dikehendaki daripada
seseorang murid dalam sesuatu bidang
kemahiran atau tajuk mengikut objektifnya.
Guru menetapkan kriteria dan standard
minimum yang mesti dicapai oleh murid dalam
pelajaran yang diuji.
Keputusan ujian dibandingkan dengan kriteria
yang telah ditetapkan.


Kriteria Asas Pembinaan Ujian
Kesahan
Kebolehpercayaan
Keobjektifan Kebolehtadbiran
Kemudahtasiran
Kesahan
Kesahan bermaksud benar dan tepat.
Oleh itu ciri kesahan dalam sesuatu ujian merujuk
kepada darjah sejauh manakah ujian itu dapat
mengukur apa yang ia sepatutnya mengukur.
Dengan lain perkataan, ciri kesahan ini merujuk
kepada setakat mana sesuatu ujian dapat memenuhi
objektifnya.
Sesuatu ujian dikatakan sah jika ujian tersebut benar-
benar dan tepat mengukur semua perkara yang
hendak diukur dan tidak lain daripada itu.
Keboleh Kepercayaan
Ciri kebolehpercayaan sesuatu ujian merujuk kepada
pencapaian calon adalah tekal apabila dia mengambil
ujian itu beberapa kali dalam satu jangka masa,
misalnya beberapa hari atau seminggu.
Ini bermakna ciri kebolehpercayaan dapat ditentukan
dengan memberikan ujian yang sama kepada
sekumpulan murid dua kali atau lebih di antara jarak
masa seminggu.
Sesungguhnya, kita amat sukar menentukan sama
ada item-item yang dibentuk mempunyai ciri
kebolehpercayaan yang tinggi.
Ini adalah kerana murid-murid yang mengambil ujian
dalam dua tempoh yang berlainan akan dipengaruhi
oleh faktor-faktor yang berlainan, seperti emosi,
tempat ujian, suasana persekitaran, kesihatan dan
sebagainya.
Perbezaan faktor-faktor ini boleh mempengaruhi
calon memberi jawapan yang berlainan dalam
kedua-dua situasi yang kurang sama.
Bagaimanapun, ciri kebolehpercayaan sesuatu ujian
dapat dipertingkatkan dengan menyediakan bilangan
soalan yang berpatutan.
Pada dasarnya, semakin bilangan soalan bertambah,
maka semakin tepat mengukur ketekalan pencapaian
calon dalam mengambil ujian itu, kerana bilangan
soalan diberikan berpatutan akan dapat
mengurangkan kesempatan calon meneka jawapan.
Di bawah keadaan ini, calon boleh dikatakan benar-
benar diuji dengan cara yang boleh dipercayai.
Keobjektifan
Ciri keobjektifan sesuatu ujian merujuk kepada
ketepatan seseorang memeriksa jawapan-jawapan
calon.
Sesuatu ujian dikatakan mengandungi ciri
keobjektifan yang tinggi sekiranya pemeriksa
memberikan markah yang sama kepada jawapan-
jawapan yang sama mengikut skim permarkahan
yang ditetapkan.
Berdasarkan huraian di atas, ujian objektif dan ujian
subjektif jenis respons terhad merupakan ujian yang
mengandungi ciri keobjektifan yang amat tinggi,
kerana jawapannya adalah satu sahaja dan
pemberian markah tidak mungkin dipengaruhi oleh
emosi atau pendapat pemeriksa sendiri.
Sebaliknya, ujian subjektif, khasnya jenis respons
bebas, mengandungi ciri keobjektifan yang amat
rendah.
Bagaimanapun, ciri keobjektifan dalam sesuatu ujian
subjektif boleh dipertingkatkan dengan cara
menyediakan suatu skim pemarkahan secara analitik,
iaitu poin-poin yang penting diberikan markah yang
berpatutan supaya menjadi panduan pemeriksaan
yang lebih jelas dan tepat.

Ciri keobjektifan ini boleh dipertingkatkan lagi jika
suatu mesyuarat penyelarasan bagi semua pemeriksa
diadakan sebagai latihan untuk memeriksa dan
memberi markah pada beberapa sampel skrip
jawapan calon dengan berpandukan kepada skim
pemarkahan.
Cara ini dapat mengurangkan perselisihan memberi
markah di kalangan pemeriksa.
Kebolehtadbiran
Ciri kebolehtadbiran sesuatu ujian merujuk kepada
sejauh manakah kelicinan proses pengujian dapat
dilaksanakan di dalam bilik atau dewan peperiksaan.
Kelicinan kebolehtadbiran sesuatu ujian merangkumi
aspek-aspek seperti penyediaan bilik peperiksaan
dalam masa yang singkat, ujian dapat dimulakan
tepat mengikut jadual masa, arahan dapat
disampaikan jelas kepada setiap calon, pengawasan
dapat dijalankan dengan rapi, pengutipan kertas
jawapan dapat diuruskan dengan cara yang sesuai
serta pemeriksaan kertas jawapan dapat dijalankan
mengikut jadual masa yang ditetapkan.
Kemudahtafsiran
Ciri kemudahtafsiran sesuatu ujian merujuk kepada
setakat mana hasil pencapaian calon dapat
ditafsirkan dengan cara yang boleh memberi
maklumat yang jelas mengikut objektif penilaiannya.
Ini bermakna keputusan ujian itu haruslah mudah
dikumpulkan dan ditafsirkan supaya dapat memberi
gambaran yang jelas serta tepat.

Hasil penilaian daripada proses pentafsiran tersebut
akan memberi gambaran yang jelas terhadap
pencapaian dan kedudukan calon, kekuatan dan
kelemahan calon, kesesuaian strategi pengajaran dan
pembelajaran, kesesuaian item ujian, dan
pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah.
Pencapaian calon dalam sesuatu ujian sama ada
dapat dinilaikan dengan mudah dan berkesan
bergantung kepada bagaimana markah-markah yang
diperolehi oleh calon dapat dikumpulkan dan
ditafsirkan dangan cara yang tepat dan mudah.
Sekiranya data-data daripada keputusan
sesuatu ujian dapat mudah dikumpulkan dan
ditukarkan dalam angka statistik serta
dinyatakan dalam jadual atau graf yang boleh
memberi gambaran pentafsiran yang jelas,
maka bolehlah dikatakan ujian tersebut
mempunyai ciri kemudahtafsiran yang tinggi.
Contoh
Inventori tidak formal
Ujian yang dibina untuk mengukur setakat
mana murid telah menguasai kemahiran yang
terkandung dalam sukatan yang digunakan di
sekolah.
Berdasarkan rujukan dibuat item-item ujian
akan dibina untuk menguji murid.

Langkah-langkah membina inventori
tidak formal
1. Tentukan dulu kemahiran dalam sukatan
yang anda ingin gunakan untuk menguji
murid.
2. Kenal pasti bahagian sukatan yang sesuai
digunakan untuk ujian berdasarkan umur,
darjah dan tahap kebolehan murid.
3. Sediakan item-item ujian bagi setiap
bahagian sukatan dengan memberi tumpuan
kepada aspek-aspek penting setiap bahagian.
4. Pastikan bahawa bilangan item-item yang
digunakan adalah dikawal.

5. Susunkan item-item soalan ujian daripada
yang paling senang kepada yang paling susah.

Pelaksanaan Pengujian Menulis
Contoh
Guru boleh menyediakan
kad perkataan kepada
murid-murid supaya
mereka menulis mengikut
kad.

MATLAMAT
PENGAJARAN
Matlamat merupakan suatu pernyataan yang
bersifat umum dan luas mengenai sesuatu yang
dihasratkan.
Matlamat hanya sebagai rangkai bingkai begi
menentukan isi kandungan, kemahiran, proses
dan sikap yang akan diajar.
Matlamat yang dibentuk adalah hasil
rumusan pentaksiran kemahiran menulis
kanak-kanak.
Matlamat juga merangkumi perincian
perancangan intervensi yang sesuai
dilaksanakan untuk modifikasi kemahiran
menulis kanak-kanak yang tertentu.
Dapat membantu guru mengenal pasti masalah
kemahiran menulis setiap murid. Oleh itu akan
memudahkan guru merancang proses pengajaran
dan pembelajaran yang bersesuaian.
Merupakan indikator untuk membina objektif
jangka pendek.
Dapat membantu guru merancang program
intervensi yang sesuai.

RUMUSAN
HASIL
PENTAKSIRAN
Merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
Mengesan keberkesanan pengajaran.
Mengenal pasti tahap kemahiran yang
dikuasai murid.
Mengenal pasti kelebihan dan
kekurangan murid dalam
pembelajaran dari semasa ke
semasa.
Mengenal pasti pelbagai kemahiran
dan potensi murid yang boleh
dikukuhkan.

PENGENALPASTIAN
MATLAMAT
PENGAJARAN
Dalam mentaksir kemahiran, guru boleh membuat
rujukan berdasarkan senarai semak, temubual,
temuduga, perbincangan bersama dan persembahan
kendiri oleh murid tersebut.
Ujian diagnostik penulisan akan dilakukan setelah guru
membuat pemerhatian dan penilaian terhadap
beberapa aspek seperti melihat hasil kerja murid.
Melalui ujian diagnostik guru akan dapat melihat
masalah murid yang terdapat dalam penulisan.
Pelaksanaan ujian diagnostik menulis melibatkan
beberapa kemahiran yang perlu diuji. Antara kemahiran
yang diuji adalah seperti nama huruf kecil, nama huruf
besar, suku kata v, suku kata kv, perkataan kv +kv dan
sebagainya. Kesemua kemahiran ini akan dinilai untuk
mencari daerah kelemahan murid dalam penulisan.
Semasa melakukan pentaksiran terhadap murid muird,
ujian yang diberikan mestilah normal dan biasa dengan
murid. Selain itu ujian yang diberikan perlulah bermakna
dan bersifat pelbagai dimensi.

PERANCANGAN
INTERVENSI
Perkembangan Neuro
Untuk melaksanakan tindak balas postur
normal dan corak pergerakan.
Integrasi Deria
Menyediakan sistem saraf dengan
peluang deria berbagai-bagai yang boleh
menyatukan maklumat dengan lebih
efisien yang mampu menghasilkan
satu pergerakan motor yang memuaskan.
Biomekanik
Tumpuan kepada faktor-faktor ergonomik
postur duduk, kedudukan kertas, memahami
pensel, alat menulis dan jenis kertas dalam
latihan kemahiran tulisan tangan.
Tingkah Laku
Menggunakan aktiviti untuk meningkatkan
kecekapan sosial kanak-kanak semasa
mengambil bahagian dalam kumpulan
intervensi tulisan.
Pemerolehan Ilmu
Memberi tumpuan kepada perkembangan
berstruktur iaitu memperkenalkan dan
mengajar huruf dan bentuk angka.

INTERVENSI
INTERVENSI
KEMAHIRAN
MENULIS

Terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan untuk
mengajar permulaan kemahiran tulisan mekanis dan juga
untuk pengajaran pemulihan masalah tulisan.

Kaminsky dan Powers (1981) mencadangkan bahawa
suatu program pengajaran kemahiran tulisan mekanis
hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:




Strategi Mengajar Kemahiran
Tulisan dan Menulis


Mengawal ruang tulisan iaitu bergerak dari ruang
yang luas kepada ruang yang lebih kecil.
Kelompokkan huruf yang memerlukan pergerakan
yang sama.
Menunjukkan contoh bentuk huruf yang betul dan
galakkan pelajar menyurih (tracing) model huruf.
Sediakan banyak sesi latihan menulis.
Melibatkan pelajar dalam penilaian kendiri iaitu
menggalakkan mereka mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan mereka.

Menerima bahawa tulisan bagi sesetengah pelajar
adalah satu proses yang sukar dan memerlukan
galakan dan sokongan.

Pengajaran pemulihan menulis untuk kanak-kanak
hendaklah dilakukan secara terkawal, iaitu garisan demi
garisan mengikut urutan (stroke-by-stroke sequence)
dengan bantuan guru.

Cara ini akan dapat menghalang pelajar daripada
melakukan kesalahan seperti menulis terbalik, tulisan
cermin, atau cara menulis huruf yang salah.

Mengajar pemulihan tulisan bukanlah perkara mudah
kerana pelajar yang mengalami masalah tulisan adalah
disebabkan oleh masalah-masalah lain seperti ingatan
jangka pendek, pengamatan penglihatan, pengamatan
pendengaran, koordinasi mata-tangan, dan lemah otot-
otot tangan.
Oleh itu aktiviti pengajaran hendaklah mengambil kira
masalah-masalah yang dihadapi pelajar dan dilakukan
peringkat demi peringkat.

Cadangan pengajaran di bawah boleh dilaksanakan
untuk pengajaran pemulihan tulisan pelajar.


Latihan memegang pensel dengan
betul.

Latihan membuat pergerakan tangan
dan jari semasa menulis.

Membuat garis-garis lakaran.
Menulis huruf di pasir atau udara.
Membetulkan cara duduk pelajar semasa menulis.
Memperkenalkan tulisan satu-satu (tulisan cap)
dan dimulai dengan huruf kecil dahulu, manakala
huruf besar diajar secara tidak langsung.
Kenal pasti kelemahan pelajar dan berikan latihan
koordinasi mata-tangan seperti menekap, menyalin,
melengkapkan, pertalian jarak, menyambung titik,
memadankan, mencari jalan keluar dan sebagainya.
Cadangan aktiviti pengajaran pemulihan yang dinyatakan
di atas boleh ditambah lagi mengikut kreativiti guru.

Namun begitu, semasa menjalankan aktiviti pemulihan
guru perlu memberi perhatian terhadap beberapa
perkara penting supaya pengajarannya akan lebih
berkesan lagi.



Guru perlu mengkaji kesediaan menulis pelajarnya
terlebih dahulu.
Latihan aktiviti menulis hendaklah diperbanyakkan.
Suasana bilik hendaklah selesa termasuk kedudukan
kerusi meja yang sesuai dengan pelajar.
Antaranya adalah:
Bahan untuk menulis seperti kertas, pensel
hendaklah sesuai.
Langkah dan urutan membentuk sesuatu huruf
hendaklah ditunjukkan kepada pelajar.
Pelajar jangan digalakkan menggunakan getah
pemadam.
Buku latihan khas hendaklah disediakan untuk
pelajar membuat latihan menulis di rumah.
SEKIAN,
TERIMA
KASIH.

Anda mungkin juga menyukai