Anda di halaman 1dari 31

BMMB 3043

PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA

KULIAH 6
• 6. Kemahiran Menulis
• Standard Kandungan 3.1 – 3.9
• Penghuraian Standard Pembelajaran
Konsep menulis
• Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan
muridmenulis perkataan dan ayat, serta mengeluarkan
idea yangberkaitan dengan ilmu pengetahuan dan
pengalamanperibadi melalui pelbagai jenis penulisan
kreatif dan bukan kreatif.
• Menulis ialah proses merakam atau menghasilkan bahan
yang berbentuk idea, pendapat, pengalaman, perasaan,
maklumat dalam bentuk tulisan untuk berhubung dengan
orang lain atau dengan diri sendiri.
• Penekanan juga diberi pada penulisan yang menggunakan
ayat yang gramatis, tanda baca dantatabahasa serta ejaan
yang betul dengan tulisan yang jelas dan kemas.
Matlamat Kemahiran Menulis
• Mendirikan asas menulis yang kukuh bagi
membolehkan kanak-kanak menulis dengan baik

• Membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan


dengan pantas dan menyusun ayat-ayat dengan
betul dan boleh difahami oleh pembaca

• Membolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran dan


perasaan dengan sempurna dalam bentuk tulisan
• Menyuburkan minat suka menulis atau mengarang

• Menambah dan meluaskan pengetahuan dalam


perbendaharaan kata, perkembangan bahasa dan tulisan

• Membolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran dan


perasaan dengan sempurna dalam bentuk penulisan

• Menyediakan kanak-kanak untuk menghadapi


peperiksaan
• Meluaskan pengetahuan, pengalaman,
perhubungan dan matlamat menerusi penulisan

• Memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran,


pengalaman dan perasaan. Misalnya penulis
melaporkan sesuatu yang telah berlaku,
mendedahkan perkara-perkara semasa yang
sedang berlaku, membuat ramalan-ramalan
peristiwa masa depan
Jenis-jenis Kemahiran Menulis
• Kemahiran menulis secara mekanis
– Peringkat awal
– Hasil tulisan yang kemas dan mudah dibaca
– Menekap, buat corak, bentuk huruf
– Bertujuan memberi latihan dan pengalaman asas
sebelum tulis huruf
– Latihan mekanikal yang boleh dijalankan untuk
mendapatkan kemahiran tersebut ialah :
• Latihan pergerakan tangan, otot, jari dan
membentuk garisan, bulatan, segi-segi, bentuk
awan larat dan sebagainya.
• Tunjukkan cara pergerakan tangan, tulis di
awangan, di pasir, di papan tulis dan sebagainya
• Bermain dengan benda-benda seperti plastisin
dan melatih menulis unsur-unsur huruf dan
perkataan
• Melatih atau tunjukkan cara membentuk huruf,
menulis perkataan dan ayat.
Kemahiran Menulis untuk Pelahiran (Mentalis)
 
 Diajar setelah kanak-kanak menguasai kemahiran mekanis.
 Berfokus kepada penyataan fikiran atau pendapat
 Melibatkan penyataan perasaan
 Melibatkan proses kognitif yang perlu dipupuk melalui latihan.
 Berupaya mengeluarkan pendapat-pendapat yang tulen dan
asli secara bertulis
 Melibatkan proses mental untuk menghasilkan penulisan
seperti membian ayat, perengan, karangan dan karya-karya.
Peringkat-peringkat Kemahiran Menulis

• Kemahiran mekanis
– kemahiran membentuk huruf
– dilatih guna tanda baca
– selepas latihan huruf cerai, murid diasah dengan
kemahiran huruf sambung
• Kemahiran mengeja
– disepadukan dengan kemahiran membaca
– Proses pembinaan konsep
• Kemahiran menulis perkataan dan
Kemahiran tatabahasa
– menggunakan tatabahasa dengan tepat dan
berkesan dalam menulis
– menggunakan pelbagai jenis kata dalam pelbagai
konteks
– membina frasa dan ayat dengan tepat, indah dan
jelas dalam penulisan
• Kemahiran mengumpul, memilih, menyusun
isi dan mengedit
– dapat menyusun fakta dengan berkesan
– dapat memilih dan menyusun pengalaman sendiri
– membuat rangka untuk tujuan penulisan
– Kebolehan mengedit dan memurnikan hasil
penulisan
• Kemahiran menggunakan gaya bahasa
– aspek pemilihan perkataan, kesesuaian dan
kegunaan bahan yang ditulis
– kesesuaian bahasa yang digunakan dalam penulisan
– kebolehan murid menentukan penggunaan laras
bahasa yang sesuai untuk jenis-jenis penulisan yang
berlainan
– Kebolehan mmengedit dan memurnikan hasil
penulisan
• Kemahiran menghasilkan bahan penulisan
- Peringkat paling tinggi
- Melibatkan aktiviti menulis peringkat
penglahiran
- Menghasilkan sesuatu bentuk penulisan atau
karya
Panduan Merancang Kemahiran Menulis
• Semasa merancang kemahiran menulis guru perlu
beri perhatian terhadap beberapa perkara
 Murid akan menghasilkan penulisan yang lebih baik
dalam persekitaran yang tidak formal
 Murid sekolah rendah lebih selesa menulis
pengalaman sendiri, hal-hal keluarga dan rakan-rakan
 Murid perlu memastikan pembaca mereka apabila
menulis
 Kualiti penulisan murid akan meningkat melalui
latihan yang kerap dan banyak
Panduan melahirkan fikiran atau idea
Aktiviti yang boleh dijalankan
 Mengisi silang kata
Mengisi tempat kosong dalam ayat
Menulis ayat berdasarkan perkataan
Memanjangkan ayat dengan menambah rangkaikata
Membentuk ayat bagi menyudahkan cerita
Menulis ayat berdasarkan gambar
Menulis jawapan kefahaman
Menulis karangan dariapada tajuk
Menulis cerita
• Perkara yang perlu ada dalam sesebuah penulisan karangan yang
jelas,menarik ,dan berkesan dalam penyampaian idea.
 
• Menentukan tujuan penulisan
• Proses penulisan - mendapatkan idea
• Isi – releven , jelas ,logik dan keaslian.
• Mekanis – tanda baca dan kebolehan tulisan tangan
• Tatabahasa – rumus bagi penambahan awalam , akhiran.
• Sintaksis – struktur ayat ,pemilihan gaya, ragam ayat
• Pemilihan kata - kosa kata dan rangkai kata
• Penyusunan – paragraf , topik ,huraian dan pertalian
• Pembaca – orang yang bakal membaca.
Kesilapan dalam penulisan

Kesilapan dalam binaan ayat

1) Ayat tidak gramatis (contohnya: tiada subjek atau tiada predikat, kesalahan dari segi
morfologi, dan sebagainya). Contoh:
• Adalah mustahak bagi ASEAN untuk terus memperkukuhkan serta memperluaskan
hubungan baik dengan negara lain.
• Novel yang dikarang oleh Abu Hassan sudah dibaca oleh saya.
2) Ayat-ayat yang terdapat unsur lewah. Contoh:
• a. Aktiviti sukan dan riadah mampu mengeratkan hubungan silaturrahim sesama
masyarakat.
3) Kesalahan dalam penggunaan laras bahasa. Contoh:
• a. Pelbagai insentif telah dilakukan oleh pihak sekolah untuk meningkatkan prestasi pelajar.
4) Tidak / kurang mahir dalam mengembangkan ayat
– peluasan bahagian subjek / predikat
– peluasan ayat dasar kepada ayat terbitan
– antara ayat tiada pautan dan kesepaduan makna
Kesalahan tatabahasa
a. Ejaan:
• Contoh ejaan yang kerap kali salah ejaannya.
• Diatas, didalam, juru cakap, antirusia, proMalaysia kau dengar, ku lihat,
walaubagaimanapun, dan lain-lain.
• (ejaan yang salah, di potong ½ markah. )
b.Penggunaan kata sendi nama (di, dari, daripada, pada, kepada,
• antara, di antara, dalam, di dalam )
c. Penggunaan kata pemeri (ialah, adalah)
d.Penggunaan kata majmuk (dijarakkan, dirapatkan)
• Penggunaan kata hubung
• Penggunaan imbuhan awalan, awalan, akhiran, apitan dan sisipan
• Contoh kesalahan imbuhan : Penggunaan imbuhan memper…,
• memper…kan, meng…i, ber…, ber…kan dll
Contoh
• Kebanyakkan orang pasti bercita-cita untuk
mencapai hierarki yang teratas di dalam
bidang pekerjaan yang diceburi.
Walaubagaimanapun, untuk menempatkan
diri di kalangan kepimpinan tertinggi bukanlah
satu tugas yang mudah. Lebih-lebih lagi
jika seseorang itu adalah wanita, yang
seringkali dilabelkan sebagai golongan yang
lemah, emosional, dan sensitif.
Kesilapan kosa kata
• Pemilihan perkataan tidak sesuai dan tidak
tepat.
• Perkataan tidak menepati maksud
sebenarnya
• Perkataan yang dipilih bersalahan dengan
konteks
• Perkataan tidak menepati laras bahasa
Kesilapan tanda baca

Tidak mahir menggunakan tanda baca.(tanda


noktah, tanda koma, tanda koma bertindih(;),
tanda titik bertindih(:), tanda tanya, tanda
seru, dan lain-lain)
Langkah sebelum memulakan penulisan
• Menentukan tujuan penulisan
• Proses penulisan - mendapatkan idea
• Isi – relevan, jelas, logik, dan asli.
• Mekanis – tanda baca dan kebolehan tulisan tangan
• Tatabahasa – rumus bagi imbuhan awalan, akhiran, apitan dan
sisipan.
• Sintaksis – struktur ayat, ragam ayat, pemilihan gaya.
• Pemilihan kata - kosa kata dan rangkai kata
• Penyusunan – paragraf, topik, huraian, dan pertalian
• Pembaca – orang yang bakal membaca.
 
Ciri-ciri karangan yang baik
• Jawapan hendaklah menepati kehendak tajuk yang dipilih.
• Takrifan soalan mesti tepat, jelas, dan relevan.
• Isi yang cukup, disokong dengan isi sokongan yang bernas dan matang.
• Menggunakan kaedah retorik (penjelasan, penghujahan, pemerian,
dan perbincangan) yang relevan.
• Pemerenggan yang baik dan seimbang, mengandungi huraian isi
disertai dengan contoh yang sesuai.
• Gaya persembahan yang baik dan relevan dengan kehendak soalan.
• Penggunaan ayat yang pelbagai dan frasa yang menarik.
• Mengandungi sisipan peribahasa, slogan, dan sebagainya yang
berkaitan dengan isu atau tajuk.
• Menepati format yang dikehendaki dalam soalan
• Sebagai kesimpulannya, pelajar yang menulis
karangan mengikut kemahuan sendiri tidak mungkin
dapat menghasilkan karangan yang berkesan.
• Pelajar seharusnya berusaha untuk mematuhi
peraturan penulisan karangan dengan format yang
betul dan persembahan yang mantap.
• Yang pastinya, pelajar yang mengikut peraturan
menulis karangan yang betul akan menjanjikan
markah yang cemerlang.
Contoh SK dan SP Menulis Mekanis
3.1. Asas Menulis
• 3.1.1 Menulis secara mekanis menggunakan
tulisan berangkai dalam bentuk;
• (i) huruf
• (ii) perkataan
• (iii) frasa
Contoh SK dan SP menulis mentalis
• 3.2 Menulis perkataan, frasa, dan ayat yang
bermakna.

• 3.2.2 Menghasilkan jawapan pemahaman


berdasarkan soalan;
• (i) bertumpu
• (ii) bercapah
Tutorial
Bincang dalam kumpulan melaksanakan tugasan
berikut
1) Berpandukan DSKP tahun 1 hingga 6, asingkan
SP menulis secara mekanis dan SP menulis
mentalis (pelahiran).
2) Pilih satu SK dan SP daripada mana-mana
tahun. Bina objektif pengajaran dan aktiviti
berdasarkan SP tersebut
3) Panduan menulis objektif akan diberikan oleh
pensyarah.
Cara menulis objektif pembelajaran
1. Mesti rujuk tingkah laku yang ada pada SP (selari
dengan SP)
2. Perlu mulakan pada akhir pengajaran dan
pembelajaran murid-murid dapat :
3. Perlu ada perubahan tingkah laku (eksplisit)
4. Masukkan pencapaian minimum
5. Syarat (bahan ransangan atau seumpamanya)
*Objektif boleh ditulis lebih daripada 1bergantung
apa yang nak dicapai pada SP.
Contoh SK TAHUN 3
• Tahun : 3
• Tema : Keselamatan
• SK : 3.3 Menghasilkan penulisan
• SP : 3.3.2 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan daripada aspek;
(i) ejaan , tanda baca dan penggunaan imbuhan
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :
i) Mengedit 8 daripada 10 kesilapan dalam petikan teks ‘Berhati-hati di jalan raya
berdasarkan ejaan, tanda baca dan penggunaan imbuhan.
ii) Memurnikan 2 daripada 3 perenggan hasil penulisan teks ‘ Berhati-hati di jalan
raya” dengan tepat berdasarkan ejaan, tanda baca dan penggunaan imbuhan
menggunakan kertas majong
1. Guru menayangkan video satu kejadian kemalangan di jalan raya.
2. Guru dan murid bersoal jawab cara menjaga kesalamatan di jalan raya
3. Guru mengedarkan petikan teks berkaitan ‘ Berhati-hati di jalan raya”
4. Murid-murid diminta membaca teks sambil mengenal pasti dan mengedit
kesalahan ejaan, tanda baca dan penggunaan imbuhan yang terdapat dalam teks.
5. Guru membimbing murid menyatakan kesalahan-kesalahan yang terdapat dalam
teks
6. Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan
7. Setiap kumpulan berbincang untuk memurnikan kesalahan-
kesalahan yang terdapat dalam teks
8. Setiap kumpulan perlu menulis semula teks yang telah dimurnikan
pada kertas majong
9. Setiap kumpulan akan menampal hasil penulisan pada ruang yang
telah disediakan guru.
10 Semua murid akan melaksanakan aktiviti ‘gallery walk’ untuk
melihat hasil kerja kumpulan lain dan mencatat komen
menggunakan nota kecil yang ditampal pada kertas majong
11. Guru dan murid bersama-sama membuat rumusan hasil
pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai