Anda di halaman 1dari 4

TUTORIAL 4

TEMA :
Soalan tutorial:
• Analisis jumlah kemahiran bertutur bagi tahun 5.
• Pilih satu sk dan sp bagi tahun 5.
• Cadangkan contoh aktiviti yang bersesuaian
dengan kemahiran yang dipilih.

DISEDIAKAN OLEH:
NURUL QISTINA BINTI JAMAL
NURHIDAYAH BINTI RASHIDI
SITI NUR SOLEHAH BINTI NOOR AZERI
NUR ALIA KHAIRUNNISA BINTI SAAD
ANALISIS JUMLAH KEMAHIRAN
BERTUTUR

Jumlah kemahiran
bertutur tahun 5 adalah
tiga (3) seperti yang
dinyatakan dalam
DSKP
PILIH SATU SK & SP TAHUN 5 BESERTA
CADANGAN AKTIVITI
• Tahun : 5
• Tema: Alam Sekitar dan Teknologi Hijau
• SK: 1.2 Bertutur untuk menyampaikan maklumat dan idea bagi pelbagai tujuan.
• SP: 1.2.2 Bertutur dan menghuraikan maklumat tersurat dan tersirat yang dikenal pasti
dengan menggunakan idea yang kritis dan kreatif.
• Aktiviti
1) Guru menyediakan beberapa keping gambar yang berkaitan dengan flora dan fauna.
2) Guru mempamerkan gambar-gambar tersebut di hadapan murid.
3) Guru meminta murid untuk menghuraikan isi tersurat yang terdapat dalam gambar.
4) Murid diminta oleh guru untuk menghuraikan isi tersirat dalam gambar-gambar yang
dipamerkan dengan menyatakan peribahasa yang berkaitan dan bersesuaian dengan
gambar-gambar tersebut .
5) Murid diminta untuk memberikan contoh penggunaan peribahasa tersebut dalam ayat
majmuk dengan idea yang kritis dan kreatif secara lisan.
Gambar peribahasa

Jawapan: Seperti kera mendapat bunga


Contoh ayat majmuk: Tini bersikap seperti kera
mendapat bunga kerana langsung tidak
menghargai hadiah yang diberikan oleh kawan-
kawannya

Anda mungkin juga menyukai