Anda di halaman 1dari 1

Interaksi 7

Nama ahli kumpulan


1. Nurhidayah binti Rashidi
2. Siti nur solehah binti azeri
3. Nurul qistina binti jamal
4. Nur alia khairunnisa binti saad

1. Secara berkumpulan, andaikan anda sebagai guru di salah sebuah sekolah, rancang
aktiviti sama ada terapi seni atau bercerita untuk anda jalankan bersama murid-
murid yang bermasalah tingkah laku di sekolah anda.

Terapi seni juga dikenali sebagai terapi ekspresif kerana murid dapat meluahkan apa yang
terpendam di dalam jiwa melalui aktiviti melukis. Ia turut menggabungkan unsur psikologi
bakat dan kelakuan.

Contoh aktiviti:
1. Guru menyediakan kertas A4 dan sebatang pensel untuk diberikan kepada murid
2. Murid dikehendaki membawa pensel warna sendiri untuk memudahkan mereka
mewarna lukisan mereka.
3. Murid diminta oleh guru untuk melukis tentang ahli keluarga mereka mengikut tema
yang ditetapkan iaitu ‘Keluargaku’.
4. Murid dikehendaki melukis setiap ahli keluarga mereka melakukan aktiviti yang
sering kali dilakukan oleh ahli keluarga mereka di rumah.
5. Setelah lukisan siap dilukis, murid diminta untuk menjelaskan tentang lukisan
mereka.
6. Guru akan mendengar dengan sepenuh perhatian penerangan yang diberikan oleh
murid tersebut.
7. Guru akan memberi pujian terhadap lukisan murid.
8. Guru akan menilai punca masalah murid berdasarkan lukisan dan penjelasan murid.
9. Seterusnya, guru akan menyelesaikan masalah yang membelengu murid sama ada
memberi kata-kata semangat, memberi cadangan langkah yang boleh dilakukan
murid atau mengambil sesuatu tindakan lanjut sekiranya guru mendapati murid
menghadapi masalah yang serius.

Anda mungkin juga menyukai