Anda di halaman 1dari 42

Petua Penulisan Karangan Bahasa Melayu Sekolah Rendah UPSR

Jenis-Jenis Karangan Karangan Berformat:


1. Jenis Surat Kiriman Rasmi
2. Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi
3. Karangan jenis Ucapan
4. Karangan jenis Syarahan
5. Karangan jenis Dialog / Temuramah / Perbualan / Wawancara
6. Karangan jenis Berita
7. Karangan jenis Catatan Diari
8. Karangan jenis Laporan
9. Karangan jenis Perbahasan
10. Kad Jemputan

Jenis-Jenis Karangan Tidak Berformat


1. Karangan Rangsangan Bergambar / Rangsangan Kata
2. Karangan Jenis Pengalaman / Cerita / Gambaran / Situasi
3. Karangan Jenis Fakta / Penerangan
4. Karangan Jenis Perbincangan
5. Karangan Jenis Melengkapkan Cerita
6. Karangan Jenis Autobiografi / Biografi
7. Karangan Jenis Peribahasa

PANDUAN MENGARANG / MENULIS


Sebelum membuat sesuatu karangan , kita hendaklah memilih dan memahami tajuk
atau kehendak soalan karangan itu. Selepas itu kita fikirkanlah pula tentang :
A. Pengenalan
B. Isi-isi dan
C. Penutup
A. Pengenalan
Setiap karangan mestilah mempunyai pembukaan atau pengenalan. Dalam pengenalan
kita hendaklah memperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang mungkin pembaca
tidak tahu atau faham. Kita hendaklah menarik perhatiannya supaya ingin membaca

karangan itu.
Pengenalan ini dibuat secara ringkas dan am sahaja, memadai tiga atau empat ayat.
Pembukaan karangan yang menarik akan meninggalkan kesan yang positif dan
mendalam pada pemeriksa. Oleh itu pastikanlah terlebih dahulu pembukaan karangan
hendaklah bersih daripada kesalahan tatabahasa atau ejaan.
Panduan mencari isi-isi berdasarkan peta minda:
Cara terbaik mencari isi adalah dengan menggunakan kaedah membuat peta minda.
Kemukakan pertanyaan kepada diri anda dan fikirkan jawapannya sama ada menerusi
logik akal atau berdasarkan bahan rujukan seperti buku, majalah, surat khabar,
ensiklopedia atau kamus bagi fakta. Antara lima pertanyaan paling utama dan popular
ialah:
Apa?
Siapa?

Bila?

Mengapa?

Di mana?

Bagaimana?

C. Penutup
Kalau pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik minat pembaca untuk mengikuti
karangan tersebut maka penutupnya juga hendaklah memberi suatu kepuasan kepada
pembaca. Penutuplah yang menjadi kesimpulan / rumusan atau akhiran sesuatu
karangan.
Dalam penutup digambarkan juga pendapat kita dengan ringkas tentang sesuatu
perbincangan atau tajuk. Elakkan menamatkan karangan secara mengejut atau
tergantung. Oleh itu penutup juga adalah penting dalam tiap-tiap karanganB. Isi
Isi hendaklah mengikut kehendak tajuk karangan itu. Karangan perlu mempunyai empat
isi. Isi yang lebih tidak mengapa tetapi mungkin menyebabkan kekurangan masa. Isi
hendaklah disusun dengan teratur dan berkait di antara satu dengan lain.
Isi-isi itu dipecahkan dalam perenggan-perenggan. Isi yang utama didahulukan. Sebaikbaiknya satu isi, satu perenggan kecuali jika isi pendek-pendek dan berkait rapat. Tiaptiap perenggan tidak semesti sama panjangnya. Mungkin sesuatu perenggan itu lebih
panjang daripada perenggan yang lain. Ini kerana sesuatu isi utama yang ingin
ditekankan oleh murid-murid biasanya lebih panjang daripada perenggan yang lain.
Jaga isinya supaya tidak terkeluar dari tajuk yang dikehendaki. Elakkan menyertakan isi
yang bercanggah dengan tajuk. Isi karangan hendaklah asli tidak ditiru bulat-bulat dari
karangan lain. Untuk mendapat isi yang baik dan banyak, kita hendaklah banyak

membaca surat khabar, majalah-majalah, makalah-makalah, rencana-rencana, bukubuku cerita, mendengar sesuatu, menyaksikan sendiri dan dari pengalaman sendiri.
Jangan campur adukkan isi. Elakkan daripada menulis sesuatu isi dalam perenggan
yang sama. Catatkan setiap isi sebelum menulis

KEMAHIRAN MENULIS
KONSEP KEMAHIRAN MENULIS Don Bryne (1979) menyatakan bahawa simbol
grafik semasa menulis ialah penggunaan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang
berkaitan dengan lambang bunyi yang kita buat semasa kita bercakap. Hal ini meliputi
beberapa aspek, iaitu; (a) menggunakan pelbagai jenis ayat (b) mencatat dan menyusun
maklumat (c) menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif (d) membuat ulasan
tentang bahan yang didengar, ditonton dan dibaca.

KONSEP KEMAHIRAN MENULIS Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan


murid menulis perkataan dan ayat, dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis
penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang
dilalui. Penekanan dalam kemahiran menulis ialah terhadap penggunaan ayat yang
gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, di samping tulisan yang jelas, cantik dan
kemas.

KONSEP KEMAHIRAN MENULIS Menulis melibatkan murid-murid supaya berfikir,


menaakul, menyusun dan mengolah idea sebelum dilahirkan dalam bentuk wacana yang
lengkap. Murid-murid juga perlu menguasai struktur karangan seperti tahu menulis
panduan, pemerengganan dan menulis kesimpulan.

RUMUSAN KEMAHIRAN MENULIS Merupakan keupayaan murid menulis perkataan


dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan
ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat
yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik dan
kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan
penulisan bahan berunsur pengetahuan dan penulisan imaginatif.

MATLAMAT KEMAHIRAN MENULIS Supaya sesuatu idea, maklumat, pendapat dan


ilmu pengetahuan dapat disampaikan dengan tepat, jelas dan berkesan. Meluaskan
pengetahuan, pengalaman dan perhubungan. Memberikan kepuasan jiwa dalam
pemikiran, pengalaman dan perasaan.

TUJUAN MENULIS Tujuan mengarang bagi peringkat sekolah rendah secara amnya
adalah untuk melahirkan murid-murid yang dapat mengolah idea atau pendapat
berdasarkan situasi atau tajuk tentang sesuatu ke dalam sesuatu bentuk karangan
tertentu. Melatih murid-murid melahirkan idea. Melatih murid menghujah dan
mengembangkan idea Melatih murid-murid mengembangkan karangan dalam bentuk
pemerengganan yang betul Melatih murid menggunakan bentuk penggunaan bahasa
yang betul berdasarkan jenis karangan tertentu.

TUJUAN MENULIS Melatih murid-murid menggunakan format karangan yang betul


Menggunakan pengalaman menulis karangan ke dalam situasi sebenar sehari-hari
Menyiapkan murid menghadapi peperiksaan. Menyuburkan minat Meluaskan kosa
kata Memberikan kepuasan jiwa.

PERINGKAT KEMAHIRAN MENULIS Kemahiran menulis merupakan keupayaan


murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis
penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah
dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta
tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti
mereka untuk menghasilkan penulisan imaginatif. Peringkat- peringkat kemahiran
menulis terdiri daripada :

PERINGKAT KEMAHIRAN MENULIS Peringkat Pramenulis Peringkat Mekanis


Peringkat Pelahiran

PERINGKAT MENULIS1. Peringkat Pramenulis Murid disediakan dengan aktiviti


menulis sebelum mereka dapat menulis huruf dengan kemas dan betul. Latihan otot
tangan dan jari serta kordinasi tangan dan mata diberikan kepada murid. Berikut ialah
contoh aktiviti pramenulis: Menulis dari kiri ke kanan Latihan mewarnakan dari kiri
ke kanan. Latihan membentuk bulatan di udara, di atas meja, pasir, lantai tanpa
menggunakan alat tulis.

PERINGKAT MENULIS1. Peringkat Pramenulis Menyambung titik Latihan


membentuk corak campuran bulatan dan garisan lurus yang dilakukan secara bebas.
Latihan membentuk garisan lurus Latihan melukis gambar yang mengandungi garis
lurus dan bulat. Membuat pelbagai jenis garisan atau bentuk Melukis gambar

PERINGKAT MENULIS1. Peringkat Pramenulis Strategi Pengajaran Pratulisan a.


Latihan pergerakan tangan b. Latihan pergerakan mata c. Latihan kordinasi tangan dan
mata

PERINGKAT MENULIS 2. Peringkat Mekanis Selepas murid-murid melalui peringkat


pramenulis, mereka akan melangkah ke peringkat mekanis. Pada peringkat ini, murid
diajar menguasai kemahiran membentuk huruf besar dan kecil dalam abjad. Seterusnya
menguasai kemahiran menulis huruf, suku kata, perkataan dan ayat. Untuk
membolehkan murid-murid menguasai kemahiran ini, anda boleh menjalankan aktivitiaktiviti yang berikut: Latihan menulis bentuk-bentuk yang mirip kepada huruf mengikut
teknik menulis. Latihan menulis huruf berdasarkan gambar-gambar yang mirip kepada
bentuk-bentuk huruf tertentu.

PERINGKAT MENULIS2. Peringkat Mekanis Latihan menekap huruf mengikut acuan


huruf yang diperbuat daripada kad yang berlubang. Latihan menekap huruf atau
perkataan yang ditulis dalam bentuk garis putus-putus. Latihan menulis huruf dalam
suku kata. Latihan melengkapkan huruf pada perkataan bergambar. Latihan menamakan
gambar-gambar. Latihan menyalin frasa atau ayat. Latihan menyalin ayat daripada
buku

PERINGKAT MENULIS 2. Peringkat Mekanis Strategi Pengajaran a. Mengajar


tulisan tangan b. Mengajar ejaan

PERINGKAT MENULIS3. Peringkat Pelahiran (Mengarang) Pada peringkat ini muridmurid sudah menguasai pelbagai kemahiran seperti kemahiran mendengar, bertutur
membaca dan mengeja. Mereka sudah boleh menulis pelbagai jenis karangan. Anda
boleh memulakan pengajaran menulis pada peringkat ini dengan jenis-jenis penulisan
terkawal, berpandu, separa terkawal,dan separa berpandu. Kemudian mereka boleh
didedahkan dengan penulisan bebas dan kreatif.

PERINGKAT MENULIS3. Peringkat Pelahiran (Mengarang) Pada peringkat ini, muridmurid dapat melahirkan idea dan pendapat tentang pengetahuan serta pengalaman yang
telah dilalui. Dalam masa yang sama mereka akan menggunakan kemahiran tatabahasa
dan ejaan yang telah mereka kuasai. Mereka juga akan merancang penulisan mereka
dengan menggunakan bentuk-bentuk grafik yang sudah dipelajari.

CONTOH AKTIVITI MENULIS Ejaan Imlak / Rencana Menulis jawapan pemahaman


Menulis karangan Menulis ayat berdasarkan gambar Membina ayat Memanjangkan
ayat Menulis rencana Mengisi silang kata Melengkapkan ayat

EJAAN Melibatkan proses perkembangan mental dan pembinaan konsep Tujuan ejaan
untuk melatih murid mendengar dan menulis dengan tepat, meningkatkan pemahaman
makna perkataan dan perbendaharaan kata murid Aktiviti ejaan; menulis perkataan,
rangkai kata, ayat dari sebutan, gambar, pita rakaman; membetulkan kesalahan ejaan dan
kenal pasti ejaan yang salah dari petikan

CARA PENGAJARAN EJAAN Pilih perkataan yang sesuai dengan kemampuan murid
Perkataan itu pernah dipelajari Jumlah ejaan tidak terlalu banyak Dijalankan selepas
aktiviti bacaan Guru menyebut murid mengeja Disemak bersama

IMLAK Aktiviti menulis semula sesuatu petikan yang dibaca atau diperdengarkan
Murid perlu kuasai kemahiran membentuk huruf, mengeja, menggunakan tanda bacaan
dan perbendaharaan kata Petikan perlu sesuai dari segi panjang petikan, bahasa,
kandungan, dan kosa kata Pastikan tempat hentian bacaan Petikan perlu dibaca dengan
jelas

CARA PENGAJARAN IMLAK Berikan petikan teks dan minta murid baca Guru
memilih bahagian dalam teks untuk diimlakkan Guru menyebut perkataan secara lisan
atau rakaman dan murid menulis Aspek yang dinilai seperti ketepatan ejaan, penggunaan
perkataan, bentuk huruf dan tanda baca Dilaksanakan selepas aktiviti lisan atau
membaca

JENIS-JENIS PENULISAN Penulisan boleh dibahagi kepada lima kategori, iaitu a.


karangan, b. penulisan ringkas, c. penulisan untuk majlis rasmi, d. surat dan e. penulisan
untuk papan kenyataan.

JENIS PENULISAN KARANGAN Terkawal Karangan yang disediakan oleh guru.


Penggunaan bahasa dan isi yang terdapat dalam Karangan Terkawal ditentukan oleh
guru, bertujuan untuk mengurangkan kesilapan dalam penulisan. Karangan ini dapat

membantu murid mengeluarkan idea tanpa diganggu oleh kesilapan penggunaan


bahasa. Contoh : (vii)Mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai dalam
karangan yang disediakan. (ii) Menyusun ayat-ayat yang disediakan mengikut urutan
supaya menjadi sebuah karangan lengkap.

JENIS PENULISAN KARANGAN Separa Terkawal Karangan Separa Terkawal ialah


karangan yang disediakan oleh guru, tetapi murid diberi peluang untuk menggunakan
daya pemikiran mereka bagi membuat pemilihan perkataan sesuai dengan tajuk yang
disediakan. Contoh : (viii)Menggantikan beberapa perkataan yang telah dipadamkan
dengan perkataanperkataan lain yang telah disediakan.

JENIS PENULISAN KARANGAN1. Berpandu Karangan berpandu ialah satu penulisan


karangan berdasarkan panduan guru. Contoh: (ii) Menulis semula cerita/petikan yang
dibaca. (iii) Menulis karanagn berdasarkan soalan-soalan berurutan mengenai sesuatu
tajuk. (iv) Menulis karangan dengan memindahkan bentuk daripada dialog kepada
karangan penceritaan atau sebaliknya.

JENIS PENULISAN KARANGAN2. Separa Berpandu Karangan ini merupakan satu


penulisan karangan yang mendapat sedikit maklumat atau panduan guru. Contoh :
(i)Menulis semula cerita yang diperdengarkan. (ii) Menyudahkan cerita. (iii) Menulis
karangan berdasarkan gambar bersiri atau tunggal. (iv) Menulis karangan daripada
perenggan atau isi-isi yang disediakan. (v) Menulis karangan berdasarkan ayat atau frasa
yang diberikan.

JENIS PENULISAN KARANGAN3. Bebas Jenis karangan ini memberi kebebasan


kepada murid untuk melahirkan idea tentang sesuatu tajuk yang disediakan dengan
menggunakan perkataan sendiri. Bentuk karangan bebas seperti berikut : Naratif: cerita,
berita, laporan, rencana, ulasan. Argumentatif: bahas, perbincangan, kritikan.
Deskriptif: gambaran, peristiwa, benda, perwatakan. Kreatif: puisi, cerpen, drama
Imaginatif: pengalaman.

PERANCANGAN PENGAJARAN MENGARANG Pengajaran mengarang


memerlukan perancangan berdasarkan objektif yang ditentukanoleh guru. Selain itu,
pengajaran mengarang juga mengambil kira aspek aktiviti peringkat pra mengarang,
semasa mengarang dan pasca mengarang. Murid perlu diberikan pendedahan yang
secukupnya sebelum mereka benar-benar terlibat dalam aktiviti mengarang yang serius.

OBJEKTIF MENGARANG Objektif mengarang bagi sekolah rendah adalah seperti


yang terdapat di dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Objektif ini
disesuaikan dengan kemahiran-kemahiran yang hendak dikuasai oleh murid-murid pada
sesuatu tahap tertentu. Namun begitu, objektif mengarang pada umumnya adalah untuk:
Melatih murid-murid melahirkan idea Melatih murid-murid menghujah dan
mengembangkan idea Melatih murid-murid mengembangkan karangan dalam bentuk
pemerengganan yang betul Melatih murid-murid menggunakan bentuk penggunaan
bahasa yang betul berdasarkan sesuatu jenis karangan tertentu. Melatih murid-murid
menggunakan format karangan yang betul Menggunakan pengalaman menulis karangan
ke dalam situasi sebenar sehari- hari

PERINGKAT PENGAJARAN MENGARANG Melibatkan aktivit-aktiviti pra


mengarang, semasa mengarang dan pasca mengarang. 1. Pra mengarang (i) Berbincang
untuk menentukan format (ii) Berbincang untuk menentukan isi (iii) Mendapat bahan
daripada sumber bahan bercetak, internet dan bahan elektronik yang lain (iv) Membuat
peta minda atau carta alaira cerita (v) Menentukan watak (vi) Menyaring bahan (vii)
Menulis draf

PERINGKAT PENGAJARAN MENGARANG 2. Semasa mengarang


(iii)Mentransformasikan perancangan kepada bentuk karangan (ii) Menentukan format
(iii) Mengambil kira aspek penghuraian yang melibatkan kosa kata, sistem bahasa, gaya
bahasa, tanda baca, ejaan (termasuk bentuk huruf) dan wacana. (iv) Mengambil kira
aspek kohesi dan koherens 3. Pasca mengarang (i) Menyemak karangan (ii)
Melakukan pembetulan (iii) Membuat penambahan sekiranya perlu (iv) Menghantar
karangan

PERINGKAT PENGAJARAN MENGARANG 3. Pasca Mengarang (i) Menyemak


karangan (ii) Melakukan pembetulan (iii) Membuat penambahan sekiranya perlu (iv)
Menghantar karangan

MEMBINA BAHAN SUMBER PENGAJARAN MENULIS Bahan sumber daripada


internet Guru memuat turun bahan-bahan yang berkaitan daripada internet. Bahanbahan
berkenaan disimpan dalam folder. Bahan-bahan berkenaan boleh dipancar tayang dengan
menggunakan projektor LCD semasa di dalam bilik darjah. Murid-murid berbincang dan
berinteraksi dengan bahan yang berkenaan sebagai persediaan mendapatkan idea untuk
menulis karangan. Bahan sumber digital Guru menyediakan bahan yang disediakan
sendiri, bahan yang diimbas dengan mesin pengimbas, atau bahan terpilih yang diturun
muat daripada cakra digital untuk dibakar. Cakra padat CD rom berinformasi itu
kemudian boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran karangan mereka. Bahan
audio dan audio visual Di ambil daripada sumber media elektronik. Dirakam dan diedit
untuk digunakan olehmurid-murid sebagai bahan rangsangan.

MEMBINA BAHAN SUMBER PENGAJARAN MENULIS Bahan audio dan audio


visual Di ambil daripada sumber media elektronik. Dirakam dan diedit untuk digunakan
oleh murid- murid sebagai bahan rangsangan Gambar-gambar Dalam bentuk gambar
tuggal, gambar bersiri, atau gambar foto yang diambil dengan menggunakan kamera
Filem Filem jalur atau filem slaid.

CIRI BAHAN SUMBER YANG BAIK Sesuai dengan bilangan murid-murid di dalam
kelas dan cara pengelolaan kelas guru semasa mengajar. Sesuai dengan wang
peruntukan yang ada terutama yang melibatkan pralatan ICT. Mengambil kira
kebolehupayaan murid-murid menggunakan bahan berkenaan terutama sekiranya
melibatkan bahan-bahan berteknologi digital dan elektronik.

CIRI BAHAN SUMBER YANG BAIK Mengambil kira kebolehupayaan guru untuk
mengendalikan bahan yang disediakan sendiri. Sesuai dengan peringkat umur muridmurid dan perlu juga diambil faktor keselamatan murid-murid. Sesuai dengan latar
belakang agama dan kepercayaan murid-murid yang berbilang bangsa Sesuai dengan
objektif pengajaran yang telah ditetapkan terlebih dahulu oleh guru Hendaklah

digunakan sekurang-kurangnya 70 peratus dalam langkah pengajaran, terutama sekiranya


bahan berkenaan mengambil masa dan menggunakan kos yang tinggi dalam
mengadakannya.

PENDEKATAN PENGAJARAN MENGARANG Kemahiran mengarang boleh


diajarkan secara berperingkat- peringkat. Untuk mencapai objektif kemahiran yang
hendak dicapai, pengajaran karangan boleh diajarkan dengan menggunakan pendekatan
tertentu seperti: 1. Terkawal 2. Berpandu 3. Bebas 4. Proses 5. Komunikatif 6.
Pengalaman Bahasa

PENDEKATAN PENGAJARAN MENGARANG 1. Pendekatan Terkawal Pendekatan


terkawal merupakan satu pendekatan yang digunakan bagi membantu murid-murid
menimba pengalaman mengarang supaya mereka biasa dengan struktur karangan. Selain
itu, pendekatan ini dapat mengelakkan murid-murid daripada melakukan kesalahan baik
dari segi bahasa mahu pun dari segi isi. Murid-murid menulis karangan dengan
berpandukan sepenuhnya kepada bahan yang disediakan oleh guru. Contoh aktiviti: 1.
mengisi tempat kosong dengan menggunakan perkataan- perkataan yang telah disediakan
terlebih dahulu.. 2.menulis karangan berdasarkan gambar bersiri, menyusun ayat
sehingga membentuk sebuah karangan yang lengkap 3.menyusun bahagian
pendahuluan, bahagian isi dan bahagian penutup untuk membentuk sebuah karangan
yang lengkap bersturuktur

PENDEKATAN PENGAJARAN MENGARANG2. Pendekatan Berpandu Isi karangan


telah diberikan oleh guru Murid membina ayat berdasarkan perkataan atau rangkai kata
yang telah diberikan oleh guru. Murid-murid mengisi tempat kosong dengan
menggunakan perkataan mereka sendiri bagi melengkapkan perenggan. Kad imbasan
dan kad perkataan digunakan bagi membantu murid-murid. Murid mengolah isi
berdasarkan pendahuluan atau pengakhiran cerita yang telah diberikan oleh guru
Kesalahan yang minima dapat dielakkan daripada dilakukan oleh murid Latihan
memadankan ayat boleh diberikan terlebih dahulu kepada murid Murid-murid yang
pandai diberikan aras latihan yang lebih mencabar. Penulisan karangan boleh dilakukan
dalam bentuk grafik sebelum ditulis dalam bentuk wacana yang lengkap.

PENDEKATAN PENGAJARAN MENGARANG3. Pendekatan Bebas Sesuai untuk


kumpulan murid yang sudah menguasai aspek penulisan dengan baik. Murid menulis
karangan berdasarkan tajuk yang diberikan oleh guru Murid-murid mencari isi karangan
sendiri Murid-murid menyusun isi dan membuat rangka karangan Guru memberikan
beberapa perkataan ataua rangkai kata tertentu bagi membantu murid memantapkan lagi
pengolahan. Penggunaan peribahasa digalakkan.

PENDEKATAN PENGAJARAN MENGARANG4. Pendekatan Proses Tidak


memberatkan hasil tetapi melibatkan proses yang dilalui oleh murid-murid. Murid-murid
mengumpul bahan berdasarkan tajuk yang diberikan oleh guru Boleh dilakukan secara
berkumpulan atau individu Bahan-bahan yang telah dikumpul disimpan di dalam folio
Bahan daripada folio disaring untuk menentukan kesesuaian dengan tajuk karangan yang
diberikan Penggunaan sumber bahan berasaskan ICT adalah sangat digalakkan.

PENDEKATAN PENGAJARAN MENGARANG 4. Pendekatan Proses Bahan yang


tidak digunakan disimpan semula ke dalam folio untuk digunakan kepada tajuk karangan
yang lain. Aktiviti Pengajaran: Murid-murid menyusun isi Dalam peringkat
menyusun isi, murid berbincang dengan guru. Isi yang telah disusun, ditulis dalam
bentuk rangka karangan Rangka karangan yang telah mantap, ditulis dalam bentuk
penulisan yang lengkap. Murid-murid mengedit karangan yang telah disiapkan dan
melakukan pembetulan. Setelah siap dan lengkap, karangan dihantar kepada guru
untuk dinilai.

PENDEKATAN PENGAJARAN MENGARANG 4. Pendekatan Proses Peringkat


Pengajaran a. Penentuan tajuk dan pengumpulan maklumat b. Penulisan draf c.
Penyemakan pertama d. Penyemakan kedua e. Penulisan draf akhir f. Persembahan

PENDEKATAN PENGAJARAN MENGARANG 5. Pendekatan Komunikatif


Penulisan karangan berdasarkan fungsi bahasa sebagai alat perhubungan Penekanan
diberikan kepada penggunaan bahasa yang berkesan dalam mengungkapkan isi cerita
dan kurang kepada aspek penstrukturan karangan Murid-murid diberikan latihan
mengemukakan pendapat mereka tentang sesuatu idea. Murid-murid diminta bercerita
tentang sesuatu dalam konteks perbincangan yang autentik Bentuk penulisan muridmurid lebih mirip kepada melaporkan sesuatu kejadian dalam konteks dan suasana
kejadian sebenar. Penggunaan bahan rangsangan seperti bahan multi media dapat
membantu murid-murid dalam mengemukakan penceritaan.

PENDEKATAN PENGAJARAN MENGARANG 6. Pendekatan Pengalaman Bahasa


Guru meransang perbincangan berkaitan dengan tajuk yang dipilih Murid-murid
digalakkan memberi sumbangan untuk membina cerita Perkataan-perkataan tertentu
yang akan digunakan dalam petikan disebut dalam perbincangan oleh guru Muridmurid diminta membina ayat berdasarkan berdasarkan idea yang mereka berikan
Setelah selesai, guru membimbing murid memberi tajuk cerita

PENDEKATAN PENGAJARAN MENGARANG6. Pendekatan Pengalaman Bahasa


Guru menulis ayat-ayat untuk membina cerita bertulis Setelah cerita selesai Guru
membaca secara nyaring, murid mendengar Murid menyalin teks yang telah ditulis oleh
guru Murid menggariskan perkataan yang mereka tahu Guru meminta murid-murid
menggunakan perkataan yang mereka tahu dalam situasi

MASALAH PENGAJARAN MENGARANG Terdapat banyak masalah yang berhubung


kait dengan pengajaran menulis

PENGENALAN KARANGAN ( PENULISAN )


1. Lazimnya , dalam ujian penulisan Bahasa Melayu adik-adik dikehendaki menulis dua buah karangan, iaitu
soalan satu dan soalan dua.
2. Dalam soalan 1, adik-adik diberi dua tajuk karangan , oleh itu pilihlah salah satu daripada dua tajuk
tersebut sama ada soalan 1(a) atau soalan 1(b). Soalan 2 tiada pilihan dan merupakan soalan wajib.
3.

Masa yang diperuntukkan untuk menjawab kedua-dua soalan itu ialah satu jam.

4.

Bagi tiap-tiap soalan, panjang karangan mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak
melebihi 120 patah perkataan.

Jenis-Jenis Karangan Karangan Berformat:


1. Jenis Surat Kiriman Rasmi
2. Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi
3.

Karangan jenis Ucapan

4.

Karangan jenis Syarahan

5.

Karangan jenis Dialog / Temuramah / Perbualan / Wawancara

6.

Karangan jenis Berita

7.

Karangan jenis Catatan Diari

8.

Karangan jenis Laporan

9.

Karangan jenis Perbahasan

10. Kad Jemputan

Jenis-Jenis Karangan Tidak Berformat


1. Karangan Rangsangan Bergambar / Rangsangan Kata
2. Karangan Jenis Pengalaman / Cerita / Gambaran / Situasi
3.

Karangan Jenis Fakta / Penerangan

4.

Karangan Jenis Perbincangan

5.

Karangan Jenis Melengkapkan Cerita

6.

Karangan Jenis Autobiografi / Biografi

7.

Karangan Jenis Peribahasa

TUJUAN ANDA MENGARANG


menguji kefahaman anda mengenai tajuk karangan itu.
menguji kebolehan, kemahiran dan keupayaan anda menarik minat pembaca.

menguji fikiran, pendapat, dan idea-idea anda.

menguji tentang sejauh mana pembacaan anda.

PANDUAN

MENGARANG

MENULIS

Sebelum membuat sesuatu karangan , kita hendaklah memilih dan memahami tajuk atau kehendak soalan karangan
itu. Selepas itu kita fikirkanlah pula tentang :
A.
Pengenalan
B.
Isi-isi
dan
C. Penutup

A.
Pengenalan
Setiap karangan mestilah mempunyai pembukaan atau pengenalan. Dalam pengenalan kita hendaklah
memperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang mungkin pembaca tidak tahu atau faham. Kita hendaklah menarik
perhatiannya
supaya
ingin
membaca
karangan
itu.
Pengenalan ini dibuat secara ringkas dan am sahaja, memadai tiga atau empat ayat. Pembukaan karangan yang
menarik akan meninggalkan kesan yang positif dan mendalam pada pemeriksa. Oleh itu pastikanlah terlebih dahulu
pembukaan
karangan
hendaklah
bersih
daripada
kesalahan
tatabahasa
atau
ejaan.
B.
Isi
Isi hendaklah mengikut kehendak tajuk karangan itu. Karangan perlu mempunyai empat isi. Isi yang lebih tidak
mengapa tetapi mungkin menyebabkan kekurangan masa. Isi hendaklah disusun dengan teratur dan berkait di antara
satu
dengan
lain.
Isi-isi itu dipecahkan dalam perenggan-perenggan. Isi yang utama didahulukan. Sebaik-baiknya satu isi, satu
perenggan kecuali jika isi pendek-pendek dan berkait rapat. Tiap-tiap perenggan tidak semesti sama panjangnya.
Mungkin sesuatu perenggan itu lebih panjang daripada perenggan yang lain. Ini kerana sesuatu isi utama yang ingin
ditekankan
oleh
murid-murid
biasanya
lebih
panjang
daripada
perenggan
yang
lain.
Jaga isinya supaya tidak terkeluar dari tajuk yang dikehendaki. Elakkan menyertakan isi yang bercanggah dengan
tajuk. Isi karangan hendaklah asli tidak ditiru bulat-bulat dari karangan lain. Untuk mendapat isi yang baik dan
banyak, kita hendaklah banyak membaca surat khabar, majalah-majalah, makalah-makalah, rencana-rencana, bukubuku
cerita,
mendengar
sesuatu,
menyaksikan
sendiri
dan
dari
pengalaman
sendiri.
Jangan campur adukkan isi. Elakkan daripada menulis sesuatu isi dalam perenggan yang sama. Catatkan setiap isi
sebelum
menulis.
Panduan
mencari
isi-isi
berdasarkan
peta
minda:
Cara terbaik mencari isi adalah dengan menggunakan kaedah membuat peta minda. Kemukakan pertanyaan kepada
diri anda dan fikirkan jawapannya sama ada menerusi logik akal atau berdasarkan bahan rujukan seperti buku,
majalah, surat khabar, ensiklopedia atau kamus bagi fakta. Antara lima pertanyaan paling utama dan popular ialah:
Apa?
Siapa?

Bila?

Mengapa?

Di mana?

Bagaimana?

C.
Penutup
Kalau pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik minat pembaca untuk mengikuti karangan tersebut maka
penutupnya juga hendaklah memberi suatu kepuasan kepada pembaca. Penutuplah yang menjadi kesimpulan /
rumusan
atau
akhiran
sesuatu
karangan.
Dalam penutup digambarkan juga pendapat kita dengan ringkas tentang sesuatu perbincangan atau tajuk. Elakkan
menamatkan karangan secara mengejut atau tergantung. Oleh itu penutup juga adalah penting dalam tiap-tiap
karangan.

CARA-CARA
1.

MENGARANG

Sebelum

menulis

perkara

yang

STRATEGI
dilakukan

seperti

MENULIS
di

bawah

a. Memilih tajuk atau soalan 1 (a) atau 1 (b) dan soalan 2


Baca dan fahami setiap tajuk / soalan yang diberi.
Fahami bentuk soalan sama ada jenis berformat atau tidak berformat.

Kamu mesti memilih soalan / tajuk yang benar-benar boleh dikuasai

Memahami benar-benar kata kunci atau kehendak soalan

Bagaimana
Kehendak

hendak
soalan

CONTOH
Sekolah anda

telah

memahami
biasanya

kehendak

berada

mengadakan

di
"Hari

soalan
akhir
Sukan".

supaya
arahan
Tuliskan

tidak

terkeluar

seperti

daripada

contoh-contoh

sebuah

karangan

di

tajuk?
bawah:

1:
mengenainya.

CONTOH
2:
Sekolah anda telah mengadakan "Hari Sukan". Tuliskan laporan mengenainya untuk dimuatkan dalam majalah
sekolah.
Komen: Tajuk karangan di atas adalah sama, tetapi dari segi formatnya berbeza. Soalan satu merupakan karangan
biasa
,
manakala
soalan
2
berformat.
Tips: Adalah lebih baik jika adik semua menggariskan perkataan-perkataan yang menjadi kata kunci dalam soalan
itu. Ini mengelakkan karangan daripada terpesong atau terkeluar daripada tajuk sebenar.
b. Menyusun rangka karangan
Pilih mana-mana kaedah yang mudah bagi anda mencari isi
Senaraikan semua isi penting secara ringkas yang mungkin.

Susun isi mengikut urutan kepentingannya.

Masukkan huraian serta contoh yang sesuai bagi setiap isi yang akan dihurai.

Isi penting jangan diulang-ulang

c. Menulis karangan
Semasa menulis karangan kamu mulakan dengan menulis pendahuluan terlebih dalu satu perenggan.
Setiap isi yang dihurai perlu ditulis dalam satu perenggan berserta dengan contohnya. Bahagian-bahagian
karangan yang ideal:

1. Perenggan Pendahuluan
2. Perenggan isi pertama dengan contoh berkaitan isi pertama
3. Perenggan isi kedua dengan contoh berkaitan isi kedua
4. Perenggan isi ketiga dengan contoh berkaitan isi ketiga
5. Perenggan isi keempat dengan contoh berkaitan isi keempat
6. Perenggan Penutup

Tulislah mengikut urutan rangka yang telah dibuat selain menjaga kekemasan tulisan.

d. Menyemak karangan
Setelah habis menulis karangan kamu perlu menyemak bagi memastikan jika ada tulisan anda yang kurang
jelas, kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan, struktur ayat yang salah dan aspek tatabahasa
yang lain.
Baca berulang kali bagi memastikan ketepatan karangan kamu.

e. Secara umum peruntukan masa untuk sebuah karangan


4 minit mencari isi
24 minit menulis karangan

2 minit menyemak semula karangan

Jumlah = 30 minit

Tips Pengurusan Masa: Jika tidak faham soalan satu, cubalah jawab soalan lain
Kamu mesti menepati masa yang ditetapkan.
Adalah diingatkan jangan terlalu leka menjawab satu soalan. Jika masa telah melebihi 30 minit beralih
kepada soalan yang kedua pula. Ini kerana adalah lebih baik menjawab dua soalan daripada menjawab satu
soalan yang baik.

Tips Menulis Ayat: Ayat biarlah ringkas tetapi padat.


Kamu digalakkan menulis ayat yang pendek , ringkas dan padat berbanding yang panjang. Ini kerana ayat
yang panjang biasanya terdedah kepada kesalahan tatabahasa.
Biasakan diri kamu mengolah ayat daripada isi yang telah disenaraikan.

Satu perenggan biasanya mengandungi 3, 4 atau 5 ayat sahaja bagi huraian satu isi.

Panduan
Menulis
Dialog:
Bagaimana
hendak
menulis
dialog
dengan
baik?
Di bawah ini adalah contoh yang baik untuk menulis dialog dalam karangan anda. Mulakan setiap dialog di baris
baru.
Ini
mengelakkan
kekeliruan
pemeriksa.
Lihat
contoh:

Contoh

Penulisan

"Kamu

Dialog

Yang

baru

"Baru

sebentar

"Memang

tadi."

Jawab

saya

Contoh

Bagus

pulang
saya.

"Tentu

Kamu

tertunggu-tunggu,"
Penulisan

?"

tertunggu

luah

kepulangan
Jamal,

Dialog

saya."
lembut.

Yang

Teruk

"Kamu baru pulang ?" "Baru sebentar tadi." Jawab saya. "Tentu Kamu tertunggu kepulangan saya." "Memang saya
tertunggu-tunggu,"
luah
Jamal,
lembut.

PETUA BILA MENULIS KARANGAN


Perlu memahami betul-betul kehendak soalan.
Catatkan apa sahaja isi-isi yang terlintas di fikiran, kemudian susun mengikut mana yang lebih penting.

Tuliskan karangan berdasarkan rangka yang kamu sediakan.

Karangan mestilah mempunyai pendahuluan, isi-isi dan penutup.

Bagi karangan meminta fakta, sekurang-kurangnya mempunyai empat isi ( seelok-eloknya cari lima isi )
dan setiap perenggan mengandungi satu isi.

Gunakan ayat yang pendek dan bahasa yang mudah.

PEMARKAHAN

PENULISAN

A.
Soalan
Soalan
Soalan
Jumlah
1.

Pemberian
1
2
1
keseluruhan
Penilaian

Markah

=
=
+
=
aspek

Soalan
50

25
25
2

X
isi

2
(

=
10

50
100
markah

markah
markah
markah
markah
)

Isi
mestilah
terdiri
daripada
4
atau
5
isi
penting:
Setiap isi memerlukan HURAIAN, KETERANGAN dan CONTOH yang sesuai. Huraian isi perlu jelas dan tepat.
Contoh yang diberikan mestilah bersesuaian dengan isi atau tema yang hendak ditulis.
2
markah
x
4
isi
yang
lengkap
=
8
markah
1
markah
pendahuluan
=
1
markah
1
markah
penutup
=
1
markah
Jumlah markah isi = 10 markah

2.

Penilaian

aspek

Aspek bahasa terbahagi


a.
Perbendaharaan
b.
Struktur
c.
Imbuhan
d.
Tanda
e.
Ejaan

Bahasa

kata

15

markah

ayat

=
=

baca

markah
markah
markah
markah
markah

3
3

=
=

3
3

Jadi jumlah markah keseluruhannya ialah 15 + 10 = 25 markah untuk satu soalan.

Markah penuh diberi untuk satu-satu isi yang dapat disampaikan dengan baik iaitu pengolahannya menarik
dan sangat berkesan.

1 markah diberi untuk satu-satu isi yang pengolahannya kurang menarik. Maksudnya tidak dapat markah
penuh.

markah pula untuk satu-satu isi yang pengolahannya lemah.

Penulisan yang kemas, bersih, teratur serta senang dibaca juga mempengaruhi markah.

Pembahagian markah adalah sama banyak bagi kedua-dua soalan tersebut. Adik-adik mesti menjawab
kedua-dua soalan untuk lulus dengan gred yang baik.

* Peringatan:
Karangan yang terpesong, markah yang diberi tidak melebihi 5 markah daripada 25 markah. Ini
bermakna walau baik sekali pun karangan tersebut , jika terpesong, markah tertinggi hanyalah 5 markah
sahaja.
Isi yang berunsur negatif tidak akan diberi markah. ( ukuran nilai ialah yang berteraskan budaya
Melayu / Islam )

Tahukah kamu?
1. Ada markah tambahan (bonus) diberikan untuk karangan yang mempunyai susunan isi dan jalinan idea
yang baik.
2. Kata aluan dan ucap terima kasih bagi karangan berbentuk surat kiriman dan ucapan adalah dikira sebagai
format.
3.

B.

Markah tambahan juga mungkin akan diberikan bagi karangan yang bertulisan cantik.

Potong

Markah:

Perkara

yang

perlu

dielakkan

1. Bilangan perkataan tidak mencukupi:


kurang daripada 40 perkataan ( markah penuh tidak melebihi 10 )
41 hingga 50 patah ( tolak 3 markah )

51 hingga 60 patah ( tolak 2 markah )

semasa

menulis

karangan.

61 hingga 70 patah ( tolak 1 markah )

2. Bagi setiap satu kesalahan:


imbuhan tolak markah
tanda baca tolak markah

ejaan tolak markah

3. Karangan yang terpesong langsung:


markah yang diperolehi tidak melebihi 10 markah

4. Format:
salah format tolak 3 markah daripada jumlah markah (markah keseluruhan) yang diperolehi untuk soalan
itu.

Contoh pemotongan markah surat kiriman:


tiada alamat = tolak 1
tiada nama pengirim = tolak 1

tiada tanda tangan = tolak 1

tiada tarikh tolak =

tiada kata panggilan hormat = tolak 1

tiada ucapan terima kasih = tolak 1

Salah letak format = tolak

tiada tajuk bagi surat rasmi = tolak

Tahukah kamu ?
Kesalahan yang melebihi enam (6) kali bermakna anda tidak mendapat sebarang markah, (0 markah) bagi
setiap satu aspek tatabahasa.
Tiada potongan bagi kesalahan ejaan yang berulang.

TANDA
isi

Potongan keseluruhan bagi tiap-tiap 5 aspek tatabahasa tidak lebih daripada 3 markah.

MEMERIKSA

salah

guna

kesalahan

perkataan
struktur

_____________________
ayat

kesalahan

/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\

ejaan

kesalahan

ejaan

tanda

yang
yang

berulang

//

tertinggal

kesalahan

imbuhan

kesalahan
isi

tanda
yang

tidak

baca
berkaitan

O
(

Tips
:
Cara
membilang
perkataan
Nama khas yang terdiri daripada beberapa patah perkataan dikira sebagai satu perkataan saja contoh 'Bahasa Melayu
Tahun
Enam'

BAGAIMANA MENDAPAT MARKAH TINGGI ATAU GRED A DI DALAM PENULISAN KARANGAN


BAHASA
MELAYU?
1. Baca semua soalan yang diberi:
Fahami arahan kehendak soalan.
Kenal pasti format yang perlu digunakan.

Karangan yang tidak terlalu panjang atau pendek mengikut jumlah perkataan yang ditetapkan.

2. Guna isi yang berlainan:


susun isi secara berturutan
letak isi mengikut perenggan

memberi huraian yang tepat kepada isi.

sebaik-baiknya karangan mengandungi nilai-nilai murni.

3. Penggunaan perkataan yang pelbagai:


ada menggunakan perkataan yang terkini
elak penggunaan perkataan sama yang berulang / kerap

penggunaan perkataan teknikal dengan tepat

elak perkataan dialek atau daerah yang tidak diterima.

4. Susun ayat dengan kemas:

elak pengaruh struktur ayat percakapan daerah / dialek


guna ayat yang pendek tetapi lengkap

kebolehan menggunakan rangkai kata / ungkapan yang menarik

5. Penggunaan tanda baca pada tempat yang betul:


gunakan tanda baca pada tempat yang diperlukan
gunakan huruf kecil dan huruf besar pada tempatnya.

6. Dapat membezakan antara kata depan dan kata imbuhan:


dapat membezakan imbuhan an dan kan
guna imbuhan yang pelbagai - awalan / akhiran / sisipan / apitan ( sekurang-kurangnya 5 imbuhan yang
berbagai jenis )

7. Tulis mengikut ejaan yang betul:


elak mengikut sebutan dialek / daerah
elak menulis huruf yang mengelirukan / cermat dalam bentuk tulisan

Tahukah
kamu
?
Hanya terdapat 29 perkataan sahaja menggunakan ejaan yang disatukan. (contoh keretapi, jawatankuasa, dan lainlain
)

PUNCA-PUNCA PENULISAN

KARANGAN

MENJADI

LEMAH

DAN

DIPOTONG

MARKAH

A. Kesalahan memilih tajuk


Kesalahan memilih tajuk biasanya berlaku kerana calon tidak memahami apa yang dikehendaki oleh
soalan. Keadaan ini terjadi mungkin calon terburu-buru menyiapkan karangan. Mereka menulis karangan
asalkan siap sahaja.

B. Kekurangan isi
Oleh sebab kekurangan isi, sesetengah calon menghuraikan isi secara mendatar atau meleret-leret. Ini juga
boleh menyebabkan terjadinya pengulangan isi yang sama. Hal ini berlaku kerana calon kurang membaca
dan terhadnya pengetahuan.

C. Pembahagian perenggan
Ada calon meletakkan beberapa isi dalam satu perenggan. Ini menyebabkan sesuatu isi tidak dapat dihurai
secara mendalam. Malah ada calon menulis hanya satu perenggan untuk satu karangan!

D. Tidak merangka karangan

Ada calon yang terus menulis tanpa mencari isi terlebih dahulu. Calon yang tidak merangka bererti calon
tersebut tidak menyusun isi. Ini menyebabkan karangan tidak kemas dan bercelaru. Ia juga menyebabkan
susunan isi tidak berturutan.
Terdapat juga isi yang sama diulang. Malah ada calon yang menulis sambil mengharapkan isi datang
kemudian ( terlintas di fikiran ).

E. Kesalahan tatabahasa
Calon perlu tahu , penguasaan bahasa terkini amat penting bagi memastikan karangan mendapat A.
Pada tahap Tahun 6 , sepatutnya masalah kesalahan ejaan tidak lagi timbul. Masih ada calon yang tidak
dapat membezakan antara "pada" dengan "di", "dari" dengan "daripada", "bila" dengan "apabila" dan
pelbagai lagi. Ramai yang tidak menggunakan imbuhan dengan betul. Lebih malang lagi calon tidak
menggunakan imbuhan langsung untuk karangannya.

F. Kesuntukan masa
Masa membina karangan sangat terhad. Pengurusan masa memainkan peranan penting. Calon yang tidak
peka akan terburu-buru menyiapkan karangan. Ini menyebabkan tiada masa untuk menyemak kesalahan
tatabahasa. Malah nombor soalan pun tidak sempat ditulis.
Terdapat kes calon yang cemerlang, hanya menjawab satu soalan sahaja dengan baik dan mendapat markah
penuh. Tetapi tidak menjawab satu soalan lagi. Akibatnya beliau hanya mendapat 50 % ( C ) sahaja.

G. Kesalahan lain
Tidak mengikut jumlah perkataan yang ditetapkan.
Tidak dapat mengenal pasti format yang diperlukan.

Di

Masih ada yang menggunakan bahasa dialek daerah ( bahasa kampung / bahasa Kelantan / bahasa Utara /
bahasa Jawa / bahasa Bugis / bahasa SMS )

bawah

ini

adalah

contoh

kesalahan

tatabahasa

dan

pembetulannya.

A. Penggunaan Perkataan Yang Berulang Dalam Suatu Ayat.


SALAH: Selepas mandi Yusri bersarapan, selepas itu dia memakai baju, selepas itu dia pergi ke sekolah
pula dengan menaiki basikal.
BETUL: Selepas mandi, Yusri bersarapan dan memakai baju. Kemudian Yusri pergi ke sekolah dengan
menaiki basikal.

B.

Salah

Menggunakan

dari

dan

SALAH:
BETUL:
Nota

Perkataan

Kain
Kain
Cikgu

Amiene

batik
batik
Rev:

itu
itu
Perkataan

daripada
datang
datang
'dari'

daripada
dari
digunakan

Terengganu.
Terengganu.
untuk

tempat.

SALAH:
BETUL:
Nota

Saya
Saya
Cikgu

Amiene

baru
baru
Rev:

terima
terima

surat
surat

Perkataan

'daripada'

itu
itu

digunakan

untuk , supaya dan selama


SALAH: Jenna Bush pergi ke pasar untuk membeli sayur.
BETUL: Jenna Bush pergi ke pasar membeli sayur.

SALAH: Steve McNair menjerit untuk meminta tolong.

BETUL: Steve McNair menjerit meminta tolong.

SALAH: Rihanna bercita-cita untuk menjadi doktor.

BETUL: Rihanna bercita-cita hendak menjadi doktor.

SALAH: Siti Nurhaliza belajar bersungguh-sungguh untuk lulus dalam ujian.

BETUL: Siti Nurhaliza belajar bersungguh-sungguh supaya lulus dalam ujian.

SALAH: Kami akan tinggal untuk dua minggu.

BETUL: Kami akan tinggal selamadua minggu.

SALAH: Ujian mata pelajaran Bahasa Melayu itu berlangsung untuksatu jam.

BETUL: Ujian mata pelajaran Bahasa Melayu itu berlangsung selama satu jam.

adalah dan ialah


BETUL: Adalahdengan hormatnya dimaklumkan .
SALAH: Denganhormatnya dimaklumkan .

BETUL: Tuduhan itu adalah fitnah belaka.

SALAH: Tuduhan itu fitnah belaka.

SALAH: Keperluan asas manusia adalah makanan, perlindungan dan pakaian.

BETUL: Keperluan asas manusia ialah makanan, perlindungan dan pakaian.

bila dan apabila


SALAH: Zainal pun bangun bila namanya dipanggil.

dari
daripada
untuk

kakak.
kakak.
orang.

BETUL: Zainal pun bangun apabila namanya dipanggil.

SALAH: Bila dimarahi ayah, adik menangis tersedu-sedu.

BETUL: Apabila dimarahi ayah, adik menangis tersedu-sedu.

ramai, banyak, semua dan para


SALAH: Ramai murid-murid menonton pertandingan bola sepak itu.
BETUL: Ramai murid menonton pertandingan bola sepak itu.

SALAH: Banyak pakaian-pakaian terpakai dijual oleh Ali.

BETUL: Banyak pakaian terpakai dijual oleh Ali.

SALAH: Semua guru-guru Sekolah Kebangsaan Darau diberi penghargaan.

BETUL: Semua guru Sekolah Kebangsaan Darau diberi penghargaan.

SALAH: Para-para jemputan dipersilakan masuk ke dewan.

BETUL: Para jemputan dipersilakan masuk ke dewan.

SALAH: Guru Besar tampil ke hadapan untuk menyampaikan hadiah-hadiah pemenang-pemenang.

BETUL: Guru Besar tampil ke hadapan untuk menyampaikan hadiah pemenang-pemenang.

yang dan bahawa


SALAH: Hasri memberitahu yang dia tidak dapat hadir ke sekolah.
BETUL: Hasri memberitahu bahawa dia tidak dapat hadir ke sekolah.

SALAH: Mereka memberitahu yang tindakan itu tidak adil.

BETUL: Mereka memberitahu bahawa tindakan itu tidak adil.

kata ganti nama


SALAH: Ambil lauk-pauk itu dan hidangkan di meja sini.
BETUL: Ambil lauk-pauk itu dan hidangkan di meja ini.

SALAH: Entah siapa yang difikirkannya, sejak tadi asyik termenung.

BETUL: Entah apa yang difikirkannya, sejak tadi asyik termenung.

kata

ganti

"dia"

dan

"ia"

Nota : kata ganti "dia" ialah kata ganti nama untuk manusia sahaja. Kata ganti nama "ia" ialah untuk
binatang, benda, pokok masalah dan sebagainya.
SALAH: Pokok bunga itu tumbuh dengan subur. Dia dijaga dengan rapi oleh Sani.
BETUL: Pokok bunga itu tumbuh dengan subur. Ia dijaga dengan rapi oleh Sani.

SALAH: Perut Rosli memulas. Ia memulas sejak malam tadi lagi.

BETUL: Perut Rosli memulas sejak malam tadi lagi.

apa, mana dan bagaimana


SALAH: Baju apa yang kamu pakai ?
BETUL: Baju mana yang kamu pakai ?

SALAH: Mana katanya betul belaka.

BETUL: Apa katanya betul belaka.

SALAH: Apa pendapat tuan mengenai soal itu ?

BETUL: Bagaimana pendapat tuan mengenai soal itu ?

penjodoh bilangan
SALAH: Ibunya seorangyang baik hati.
BETUL: Ibunya baik hati.

SALAH: Amran pulang ke rumah dengan sebuah bas sekolah.

BETUL: Amran pulang ke rumah dengan bas sekolah.

Pada

dan

SALAH:
BETUL:
Nota

Beri
Beri
Cikgu

Amiene

surat
surat
Rev:

ini
ini

Gunakan

Di

pada
kepada

perkataan

Hasrul.
Hasrul.

'kepada'

untuk

dan

SALAH:
BETUL:
Nota

kepada

Di
Pada
Cikgu

masa
masa
Amiene

Rev:

orang.
pada

rehat
rehat
Perkataan

C. Kesalahan Struktur Ayat (ayat bercelaru dan berbelit-belit)

saya
saya
'pada'

ke
ke
mewakili

kantin.
kantin.
masa.

SALAH: Dengan cepat berjalan adik kerana mengikut emak hendak ke pasar.
BETUL: Adik berjalan dengan cepat kerana hendak mengikut emak ke pasar.

SALAH: Semua kuih di atas meja itu telah dimakan oleh saya.

BETUL: Semua kuih di atas meja itu telah saya makan.

SALAH: Bila bangun tidur saya mandi dan makan pagi lepas itu pergi ke sekolah

BETUL: Apabila bangun tidur saya mandi dan bersarapan. Kemudian, saya pergi ke sekolah.

SALAH: Mamat kelihatan muram ibunya meninggal dunia

BETUL: Mamat kelihatan muram semenjak ibunya meninggal dunia.

SALAH: Saya tidak akan melupai peristiwa itu sampai selama-lamanya.

BETUL: Saya tidak akan melupai peristiwa itu sampai bila-bila.

SALAH: Apakah nama kamu?

BETUL: Siapakah nama kamu?

D.

Tanda

Menggunakan tanda baca pada tempat yang salah

SALAH: Rahman pandai bermain pelbagai alat muzik, gitar, piano dan, dram.
BETUL: Rahman pandai bermain pelbagai alat muzik; gitar, piano, dan dram.

tidak menggunakan tanda baca pada tempat yang betul


SALAH: Jangan bergerak Kalau bergerak kamu akan ditembak, jerit polis kepada perompak itu.
BETUL: "Jangan bergerak! Kalau bergerak kamu akan ditembak," jerit polis kepada perompak itu.

Penggunaan huruf kecil / besar tidak pada tempat

SALAH: Siapakah pemenang dalam Pertandingan Syarahan anjuran berita harian itu?
BETUL: Siapakah pemenang dalam pertandingan syarahan anjuran Berita Harian itu?

SALAH: Jarak rumah saya dari Bandar Jerteh ialah 2.5 Kilometer.

BETUL: Jarak rumah saya dari bandar Jerteh ialah 2.5 kilometer.

baca

E.

Imbuhan

Tidak dapat membezakan antara kata depan dengan.imbuhan "di" dan "ke"
SALAH: Masukkan buku ini didalam beg.
BETUL: Masukkan buku ini ke dalam beg.

SALAH: Semua murid di kehendaki beratur dipadang sebelum masuk ke dewan.

BETUL: Semua murid dikehendaki beratur di padang sebelum masuk ke dewan.

Tidak dapat membezakan imbuhan "an dan "kan"


SALAH: Masakkan ibu sungguh lazat.
BETUL: Masakan ibu sungguh lazat.

SALAH: Masukan buku ini ke dalam almari.

BETUL: Masukkan buku ini ke dalam almari.

Lain-lain kesalahan
SALAH: Kejayaan Najib membanggakan dan mengembirakan ibu bapanya.
BETUL: Kejayaan Najib membangga dan menggembirakan ibu bapanya.

SALAH: Pasar Besar Jertih mempunyai tempat meletak kereta yang menyelesa.

BETUL: Pasar Besar Jertih mempunyai tempat letak kereta yang selesa.

Karangan Jenis Dialog / Temu Ramah / Perbualan / Wawancara

terbahagi kepada dua jenis

i. dialog dan perbualan ( lebih berkisar kepada persoalan biasa seperti bertanya khabar dan
perbualan menerusi telefon.)
ii. wawancara dan temu ramah ( lebih kepada perbualan rasmi, pertanyaan kepada orang
yang
lebih dihormati , atau ingin tahu sesuatu perkara )

seperti jenis karangan lain, karangan jenis ini juga mempunyai tajuk / topik yang utama

setiap karangan ini mempunyai sekurang-kurangnya dua watak atau lebih


sebelum memulakan karangan boleh disertakan keterangan tetapi janganlah terlalu
panjang. Lihat contoh :
Abu diminta oleh guru kelas menemu ramah Guru Besar sebelum beliau bersara. Hasil temu
ramah itu akan dimuatkan di dalam majalah sekolah. Berikut merupakan hasil temu ramah
tersebut.

Format karangan ini

nama watak ditulis selari di sebelah kiri


selepas nama watak dibubuh tanda titik bertindih ( : ) juga dalam keadaan selari
contoh :
Nama A

Assalamualaikum, Makcik.

Nama B

Waalaikummussalam

Nama A

Apa khabar Makcik ?

Nama B

Mulakan perbualan dengan salam sejahtera

anda perlu menggunakan kata ganti nama diri yang sesuai. Jika orang yang dibawa
berbual itu berumur gunakan panggilan Encik, Tuan, ataupun Makcik

pastikan anda tahu tentang hal atau perkara yang akan kita tulis untuk bahan
temuramah / dialog.

boleh gunakan bahasa kiasan atau peribahasa dan kata singkatan seperti tak , dah

soalan yang dikemukakan adalah ringkas , tidak rumit dan berbelit-belit. Dalam dialog
itu, kedua-dua pihak harus bertanya, memberi pendapat atau pandangan.

Jawapan yang diberi kepada soalan adalah panjang lebar

elakkan penggunaan soalan yang cuma memerlukan jawapan ya atau tidak.

soalan-soalan disusun dengan baik supaya terus berkesinambungan.

kawal jumlah perkataan yang digunakan ( lebih kurang 80 patah perkataan )

tanda baca yang digunakan harus sesuai dengan nada percakapan. Hati-hati dengan
ayat tanya kerana ia berakhir dengan tanda tanya. ( ? )

mesti di tulis mengikut format ( terpesong format , tolak 3 markah )

soalan yang diikuti dengan jawapan lengkap di beri markah penuh

Akhiri perbualan dengan mengucapkan terima kasih kepada yang ditemuramah.

CONTOH KARANGAN
TAJUK
Andaikan bahawa anda menyertai pertandingan syarahan. Dalam pertandingan itu anda
telah mendapat tempat kedua. Anda telah dikalahkan oleh peserta bukan Melayu. Anda
ingin mengucapkan tahniah dan menyatakan perasaan kagum anda akan kebolehannya.
Tulislah dialog anda selengkapnya.
RANGKA.
PENDAHULUAN

mengucapkan tahniah

ISI
a)
Siva berharap agar kejayaannya memberi semangat kepada pelajar bukan Melayu
yang lain untuk mempelajari Bahasa Melayu.
b)

menyatakan perasaan kagum -bertanya tentang cara dia mempelajari Bahasa Melayu

c)

Siva menyatakan cara dia mempelajari Bahasa Melayu.

PENUTUP
Siva memberikan dorongan agar sama-sama menguasai bahasa kebangsaan
KARANGAN
( Siva sedang asyik membaca sebuah buku cerita di perpustakaan sekolah )
Azman : Tahniah,Siva,kerana kamu berjaya dalam pertandingan syarahan itu.
Siva : Terima kasih. Saya berharap supaya kejayaan ini akan menaikkan semangat
pelajar-pelajar bukan
Melayu yang lain untuk mempelajari Bahasa Melayu.
Azman : Saya kagum melihat kamu bersyarah pada hari ini. Setiap perkataan yang awak
ucapkan jelas dan
lancar. Bagaimanakah cara kamu mempelajari Bahasa Melayu ?
Siva : Keluarga saya menggalakkan saya membaca buku-buku Bahasa Melayu yang
bermutu .Di

samping itu,saya mempelajari tatabahasa dengan baik. Saya selalu membuka kamus
untuk
mempelajari ejaan dan makna kata-kata yang saya baca. Saya melatih diri saya
menggunakan
bahasa baku apabila membaca atau bercakap
Azman : Kalau begitu ,tidak hairanlah saya apabila kamu berjaya mengalahkan saya dan
beberapa pelajar
Melayu yang lain dalam pertandingan itu. Saya malu,Siva.
Siva

: Mengapa ?

Azman : Selama ini saya menganggap Bahasa Melayu sebagai bahasa yang mudah kerana
itu adalah
bahasa ibunda saya. Rupa-rupanya saya silap.
Siva : Baguslah, Azman,kalau kamu sudah sedar. Sama-samalah kita belajar menguasai
bahasa
kebangsaan negara kita
Azman : Ya,baiklah ,Siva...
Tajuk : Kawan kamu telah kehilangan duit. Dia suka menuduh orang lain tanpa usul periksa.
Bagaimanakah cara kamu menasihatinya ? Tuliskan perbualan di antara kamu berdua.
( Kamu dan Azma berada di sudut kantin sekolah )
Malim : Mengapa kamu bermuram saja, Azma ? Apakah kamu ada masalah ?
Azma

: Duit saya sebanyak sepuluh ringgit telah hilang Malim.

Malim : Macam mana boleh hilang ?


Azma : Saya letakkan dalam beg. Balik dari rehat sahaja duit dah tak ada. Saya syak
Tahir yang
curi,sebab waktu rehat dia tak keluar.
Malim : Bukankah cikgu selalu menasihati agar duit jangan ditinggalkan dalam beg.
Sekarang sudah
hilang, mengapa pula menuduh tanpa usul periksa ?
Azma

: Jika bukan Tahir, siapa lagi ? Saya pasti memang Tahir ! Dia dengkikan saya !

Malim : Jangan sesekali serkap jarang. Jika bukan dia, bagaimana kita mahu tutup muka
kita ? Baik kita
jumpa Cikgu Zaidi. Guru disiplin itu boleh membantu kita.
Azma : Betul juga kata kamu, Malim. Saya berasa bangga mendapat kawan
kamu.

macam

Soalan : Kamu berpeluang menemuramah seorang bapa kepada sepasang anak kembar
yang telah berjaya menjadi doktor perubatan , semasa majlis penyampaian ijazah di
Universiti Malaya. Cuba buat satu temuramah itu dengan bertanyakan hal-hal yang
berkaitan.
( Setelah memperkenalkan diri kamu , maka kamu mengemukakan soalan-soalan kepada
Encik Karim )
Murid
: Encik, sebenarnya bagaimana encik mengasuh kedua-dua anak kembar
encik Faizul dan
Faizal hingga berjaya menjadi doktor ?
En. Karim
kira Tuhan

: Oh ! Saya pun tidak tahu bagaimana hendak menceritakannya. Hanya saya

merestui kami sekeluarga.


Murid

: Boleh saya tahu bagaimana anak-anak encik ini belajar ?

En. Karim
: Mmmmmmm, kalau fasal belajar , mereka memang sungguh berusaha.
Hampir sepanjang
waktu mereka asyik dengan buku sahaja. Kalau menonton televisyen itu

jarang sekali.

Kerap kali kalau menonton pun mereka menonton siaran berita sahaja.
Murid

: Di mana mereka bersekolah ?

En. Karim
: Kesemuanya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Darau. Kemudian
bersekolah menengah

peringkat Sijil

di Sek. Men. Seri Nering, Jerteh. Semuanya mendapat pangkat satu di

Pelajaran Malaysia. Semasa itulah mereka mendapat tawaran dan


meneruskan pelajaran

mereka belajar di

di Tingkatan Enam iaitu di Sekolah Tinggi, Jerteh. Apabila mereka lulus

menjadi doktor.
Murid

Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Nah ! Sekarang mereka sudah lulus dan

: Apakah perasaan encik sekarang ?

En. Karim
: Sudah tentu gembira sekali. Kami sekeluarga bersyukur di atas kejayaan
gemilang itu.
Murid
ditemubual.
En. Karim

: Baiklah encik , saya berterima kasih kerana sudi melapangkan masa untuk

: Terima kasih kembali.


( Berjabat tangan dengan murid )

Tip :
Sediakan LIMA SOALAN terbaik. Setiap soalan diikuti oleh jawapan dan huraian sebanyak
20 patah perkataan KECUALI pendahuluan

Penulisan : Karangan Jenis Dialog

Nota
1.
2.

3.
4.

5.

6.

Dialog merupakan perbualan secara dua hala atau banyak hala, yang boleh
berlaku dalam pelbagai suasana.
Dialog boleh berlaku secara formal atau tidak formal. Contoh dialog formal
ialah temu ramah antara wartawan dengan seorang kenamaan. Contoh dialog
tidak formal ialah antara kawan dengan kawan dalam suasana yang juga tidak
formal.
Dialog boleh berlaku secara berdua, bertiga berempat atau ramai lagi.
Dialog yang berlaku secara formal sangat menitikberatkan kesantunan bahasa.
Kesantunan bahasa bermakna lebih berhati-hati menggunakan kata ganti diri
pertama atau kedua.
Contohnya, jika anda menemu bual Guru Besar sekolah anda, gunakanlah
kata ganti nama sapaan seperti ``Tuan Guru besar, atau ``Cikgu atau ``Tuan
Ali (jika mahu menyebutnya). Jangan guna kata ganti nama seperti ``kau,
``awak, ``kamu, ``anda, atau ``kamu.
Jika orang yang ditemu bual itu mempunyai gelaran Datuk, Tan Sri, Tun, atau
sapaan Yang Berhormat, maka gunakan gelaan atau sapan berkenaan
sepanjang wawancara.
Namun jika dialog berlaku dalam persekitaran yang tidak formal, misalnya
dengan kawan-kawan sahaja, bolehlah gunakan kata ganti diri ``kau, ``awak,
``kamu, ``anda, ``kamu, saya, ``aku, (boleh tetapi tidak digalakkan). Jika
berdialog dengan ibu, nama sebenar biasanya akan menjadi kata ganti nama

diri pertama untuk menunjukkan kesantunan atau kehalusan budi, Misalnya,


``Mak panggil Man ke? atau ``Tadi Man pergi sekolah, ayah.
7.

Terdapat beberapa perbezaan yang ketara dialog-dialog jenis wawancara,


temu ramah, temu bual/perbincangan.Perbezaannya ialah cara bertutur,
bahasa yang digunakan dan tujuan dialog. Sekiranya dialog bertujuan untuk
mendapatkan maklumat atau buah fikiran yang khusus, maka dialog bolehlah
dikelaskan secara umum sebagai wawancara, temu rumah atau temu bual.

8.

Adalah penting kepada calon-calon ketika membina dialog berbentuk


wawancara, temu bual atau temu ramah, supaya memahami terlebih dahulu
kehendak soalan peperiksaan.

Close Ad

PENGENALAN KARANGAN ( PENULISAN )


Jenis-Jenis Karangan :
A. Karangan Berformat
1. Jenis Surat Kiriman Rasmi
2. Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi
3. Karangan jenis Ucapan
4. Karangan jenis Syarahan
5. Karangan jenis Dialog / Temuramah / Perbualan / Wawancara
6. Karangan jenis Berita
7. Karangan jenis Catatan Diari
8. Karangan jenis Laporan
9. Karangan jenis Perbahasan
10. Kad Jemputan

B. Karangan Tidak Berformat

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Karangan
Karangan
Karangan
Karangan
Karangan
Karangan
Karangan

Rangsangan Bergambar / Rangsangan Kata


Jenis Pengalaman / Cerita / Gambaran / Situasi
Jenis Fakta / Penerangan
Jenis Perbincangan
Jenis Melengkapkan Cerita
Jenis Autobiografi / Biografi
Jenis Peribahasa

& TUJUAN ANDA MENGARANG


1.
2.
3.
4.

menguji
menguji
menguji
menguji

kefahaman anda mengenai tajuk karangan itu.


kebolehan, kemahiran dan keupayaan anda menarik minat pembaca.
fikiran, pendapat, dan idea-idea anda.
tentang sejauh mana pembacaan anda.
& PANDUAN MENGARANG / MENULIS

Sebelum membuat sesuatu karangan , kita hendaklah memilih dan memahami tajuk atau
kehendak soalan karangan itu. Selepas itu kita fikirkanlah pula tentang :
a) Pengenalan
b) Isi-isi dan
c) Penutup
A. Pengenalan
Setiap karangan mestilah mempunyai pembukaan atau pengenalan. Dalam pengenalan
kita hendaklah memperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang mungkin pembaca tidak
tahu atau faham. Kita hendaklah menarik perhatiannya supaya ingin membaca karangan
itu. Pengenalan ini dibuat secara ringkas dan am sahaja, memadai tiga atau empat ayat.
Pembukaan karangan yang menarik akan meninggalkan kesan yang positif dan mendalam
pada pemeriksa. Oleh itu pastikanlah terlebih dahulu pembukaan karangan hendaklah
bersih daripada kesalahan tatabahasa atau ejaan.
B. Isi
Isi hendaklah mengikut kehendak tajuk karangan itu. Karangan perlu mempunyai empat
isi. Isi yang lebih tidak mengapa tetapi mungkin menyebabkan kekurangan masa. Isi
hendaklah disusun dengan teratur dan berkait di antara satu dengan lain. Isi-isi itu
dipecahkan dalam perenggan-perenggan. Isi yang utama didahulukan. Sebaik-baiknya satu
isi, satu perenggan kecuali jika isi pendek-pendek dan berkait rapat. Tiap-tiap perenggan
tidak semesti sama panjangnya. Mungkin sesuatu perenggan itu lebih panjang daripada
perenggan yang lain. Ini kerana sesuatu isi utama yang ingin ditekankan oleh murid-murid
biasanya lebih panjang daripada perenggan yang lain. Jaga isinya supaya tidak terkeluar
dari tajuk yang dikehendaki. Elakkan menyertakan isi yang bercanggah dengan tajuk. Isi
karangan hendaklah asli tidak ditiru bulat-bulat dari karangan lain. Untuk mendapat isi yang
baik dan banyak, kita hendaklah banyak membaca surat khabar, majalah-majalah,
makalah-makalah, rencana-rencana, buku-buku cerita, mendengar sesuatu, menyaksikan
sendiri dan dari pengalaman sendiri. Jangan campur adukkan isi. Elakkan daripada menulis
sesuatu isi dalam perenggan yang sama. Catatkan setiap isi sebelum menulis.
Tip

Antara kaedah mencari isi


Kaedah I ( pertanyaan )
Apa ?
Siapa ?
Bila ?
Mengapa ?
Di mana ?
Bagaimana ?

Kaedah II ( peta minda )

C. Penutup
Kalau pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik minat pembaca untuk mengikuti
karangan tersebut maka penutupnya juga hendaklah memberi suatu kepuasan kepada
pembaca. Penutuplah yang menjadi kesimpulan / rumusan atau akhiran sesuatu karangan.
Dalam penutup digambarkan juga pendapat kita dengan ringkas tentang sesuatu
perbincangan atau tajuk. Elakkan menamatkan karangan secara mengejut atau tergantung.
Oleh itu penutup juga adalah penting dalam tiap-tiap karangan.

& CARA-CARA MENGARANG / STRATEGI MENULIS


1. Sebelum menulis perkara yang dilakukan seperti di bawah :
a. Memilih tajuk atau soalan 1 (a) atau 1 (b) dan soalan 2
- Baca dan fahami setiap tajuk / soalan yang diberi.
- Fahami bentuk soalan sama ada jenis berformat atau tidak berformat.
- Kamu mesti memilih soalan / tajuk yang benar-benar boleh dikuasai
- Memahami benar-benar kata kunci atau kehendak soalan
( Kehendak soalan biasanya berada di akhir arahan seperti :
Tuliskan laporan mengenai lawatan tersebut. )

Contoh :
Perhatikan soalan di bawah ini.
Soalan 1
Sekolah anda telah mengadakan "Hari Sukan". Tuliskan sebuah karangan mengenainya.
Soalan 2
Sekolah anda telah mengadakan "Hari Sukan". Tuliskan laporan mengenainya untuk
dimuatkan dalam majalah sekolah.
Komen : Tajuk karangan di atas adalah sama, tetapi dari segi formatnya berbeza.
Soalan satu merupakan karangan biasa , manakala soalan 2 berformat.
Tip
Adalah lebih baik jika adik semua menggariskan perkataan-perkataan yang menjadi kata
kunci dalam soalan itu. Ini mengelakkan karangan daripada terpesong atau terkeluar
daripada tajuk sebenar.

b. Menyusun rangka karangan


- Pilih mana-mana kaedah yang mudah bagi anda mencari isi
- Senaraikan semua isi penting secara ringkas yang mungkin.
- susun isi mengikut urutan kepentingannya.
- Masukkan huraian serta contoh yang sesuai bagi setiap isi yang akan dihurai.
- Isi penting jangan diulang-ulang
c. Menulis karangan
- Semasa menulis karangan kamu mulakan dengan menulis pendahuluan terlebih dalu satu
perenggan.
- Setiap isi yang dihurai perlu ditulis dalam satu perenggan berserta dengan contohnya.
( Bahagian-bahagian karangan yang ideal )
Perenggan Pendahuluan
Perenggan isi pertama
Perenggan isi kedua
Perenggan isi ketiga
Perenggan isi keempat
Perenggan Penutup
- Tulislah mengikut urutan rangka yang telah dibuat selain menjaga kekemasan tulisan.
d. Menyemak karangan
- Setelah habis menulis karangan kamu perlu menyemak bagi memastikan jika ada tulisan
anda yang kurang jelas, kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan, struktur ayat
yang salah dan aspek tatabahasa yang lain.
- baca berulang kali bagi memastikan ketepatan karangan kamu.
e. Secara umum peruntukan masa untuk sebuah karangan
a. 4 minit mencari isi
b. 24 minit menulis karangan
c. 2 minit menyemak semula karangan
Jumlah = 30 minit
Kamu mesti menepati masa yang ditetapkan.
Adalah diingatkan jangan terlalu leka menjawab satu soalan. Jika masa telah melebihi 30
minit beralih kepada soalan yang kedua pula. Ini kerana adalah lebih baik menjawab dua
soalan daripada menjawab satu soalan yang baik.
Tip
Kamu digalakkan menulis ayat yang pendek , ringkas dan padat berbanding yang panjang.
Ini kerana ayat yang panjang biasanya terdedah kepada kesalahan tatabahasa.
Biasakan diri kamu mengolah ayat daripada isi yang telah disenaraikan.
Satu perenggan biasanya mengandungi 3, 4 atau 5 ayat sahaja bagi huraian satu isi.
Tahukah kamu ?
Bagaimana hendak menulis dialog dengan baik ?
Di bawah ini adalah contoh yang baik untuk menulis dialog dalam karangan anda.

Mulakan setiap dialog di baris baru. Ini mengelakkan kekeliruan pemeriksa. Lihat contoh :
Contoh A ( dicadangkan )
"Kamu baru pulang ?"
"Baru sebentar tadi." Jawab saya. "Tentu Kamu tertunggu kepulangan saya."
"Memang saya tertunggu-tunggu," luah Jamal , lembut.
Contoh B ( mengelirukan )
"Kamu baru pulang ?" "Baru sebentar tadi." Jawab saya. "Tentu Kamu tertunggu
kepulangan saya." "Memang saya tertunggu-tunggu," luah Jamal , lembut.

& PETUA BILA MENULIS KARANGAN


Perlu memahami betul-betul kehendak soalan.
Catatkan apa sahaja isi-isi yang terlintas di fikiran, kemudian susun mengikut mana yang
lebih penting.
Tuliskan karangan berdasarkan rangka yang kamu sediakan.
Karangan mestilah mempunyai pendahuluan, isi-isi dan penutup.
Bagi karangan meminta fakta , sekurang-kurangnya mempunyai empat isi ( seelokeloknya cari lima isi ) dan setiap perenggan mengandungi satu isi.
Gunakan ayat yang pendek dan bahasa yang mudah.
& KELEMAHAN KARANGAN
A] Kesalahan memilih tajuk
Kesalahan memilih tajuk biasanya berlaku kerana calon tidak memahami apa yang
dikehendaki oleh soalan. Keadaan ini terjadi mungkin calon terburu-buru menyiapkan
karangan. Mereka menulis karangan asalkan siap sahaja.
B] Kekurangan isi
Oleh sebab kekurangan isi, sesetengah calon menghuraikan isi secara mendatar atau
meleret-leret. Ini juga boleh menyebabkan terjadinya pengulangan isi yang sama. Hal ini
berlaku kerana calon kurang membaca dan terhadnya pengetahuan.
C] Pembahagian perenggan
Ada calon meletakkan beberapa isi dalam satu perenggan. Ini menyebabkan sesuatu isi
tidak dapat dihurai secara mendalam. Malah ada calon menulis hanya satu perenggan untuk
satu karangan !
D] Tidak merangka karangan
Ada calon yang terus menulis tanpa mencari isi terlebih dahulu. Calon yang tidak
merangka bererti calon tersebut tidak menyusun isi. Ini menyebabkan karangan tidak
kemas dan bercelaru. Ia juga menyebabkan susunan isi tidak berturutan.
Terdapat juga isi yang sama diulang. Malah ada calon yang menulis sambil mengharapkan

isi datang kemudian ( terlintas di fikiran ).


E] Kesalahan tatabahasa
Calon perlu tahu , penguasaan bahasa terkini amat penting bagi memastikan karangan
mendapat A.
Pada tahap Tahun 6 , sepatutnya masalah kesalahan ejaan tidak lagi timbul. Masih ada
calon yang tidak dapat membezakan antara "pada" dengan "di", "dari" dengan "daripada",
"bila" dengan "apabila" dan pelbagai lagi. Ramai yang tidak menggunakan imbuhan dengan
betul. Lebih malang lagi calon tidak menggunakan imbuhan langsung untuk karangannya.
F] Kesuntukan masa
Masa membina karangan sangat terhad. Pengurusan masa memainkan peranan penting.
Calon yang tidak peka akan terburu-buru menyiapkan karangan. Ini menyebabkan tiada
masa untuk menyemak kesalahan tatabahasa. Malah nombor soalan pun tidak sempat
ditulis.
Terdapat kes calon yang cemerlang, hanya menjawab satu soalan sahaja dengan baik dan
mendapat markah penuh. Tetapi tidak menjawab satu soalan lagi. Akibatnya beliau hanya
mendapat 50 % ( C ) sahaja.
G] Kesalahan lain
Tidak mengikut jumlah perkataan yang ditetapkan.
Tidak dapat mengenal pasti format yang diperlukan.
Masih ada yang menggunakan bahasa dialek daerah ( bahasa kampung / bahasa Kelantan
)

Karangan Jenis Cerita


Pengenalan
Karangan jenis cerita merupakan karangan yang popular dalam UPSR. Dalam UPSR, karangan
yang hendak ditulis mestilah berdasarkan tema atau situasi yang diberi. Ini penting supaya
karangan cerita yang dihasilkan tidak terpesong. Untuk menghasilkan sebuah cerita yang baik,
kesinambungan jalan cerita mestilah berurutan dari satu perenggan ke perenggan yang lain.
Tajuk Perbincangan
Kamu telah menyertai pertandingan menulis cerita peringkat sekolah. Tema cerita yang hendak
ditulis hendaklah berkisar peristiwa yang tidak dapat dilupakan. Tuliskan cerita itu
selengkapnya. Panjang karangan kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan
tidak melebihi 120 patah perkataan.
Langkah 1
Kamu mestilah membaca soalan karangan dengan teliti. Fahamkan tema atau tajuk cerita yang
hendak ditulis. Gariskan maklumat-maklumat yang penting supaya kamu tidak melakukan

kesilapan semasa membuat rangka karangan.


Langkah 2
Berdasarkan tema atau tajuk, kamu bolehlah membuat kerangka karangan. Sebaik-baiknya,
kerangka karangan yang hendak dibuat hendaklah berdasarkan konsep peta minda. Peta minda
ini amat penting sebagai panduan untuk mengarang. Lihat dan baca contoh peta minda.
Langkah 3
Selepas peta minda telah siap, kamu bolehlah menulis karangan berita yang lengkap. pastikan
ayat yang dibina betul dari segi tatabahasa.
Baca contoh cerita di bawah.
Peristiwa yang Tidak Dapat Dilupakan
Pagi-pagi lagi aku, ibu dan ayah bersiap-siap untuk ke Ipoh menziarah nenek. Aku gembira
kerana sudah lama tidak menemui nenek.
Kami pergi dengan menaiki kereta Proton Waja ayah yang baru dibeli. Ayah memandu selaju
100 kilometer sejam. Kami berbual-bual sambil makan kuih pau.
Tiba-tiba sebuah lori yang sarat dengan muatan cuba memotong kereta ayah. Sungguh malang,
lori itu gagal memintas lalu bertembung dengan sebuah kereta yang datang dari hadapan. Ayah
pula gagal mengawal kereta lalu melanggar bahagian belakang lori itu.
Tanpa disedari, kereta ayah terbakar. Aku sempat keluar kerana ditarik oleh seorang pak cik.
Ayah dan ibu terus dimamah api.
Aku menjerit, Ibu! Ayah!. Aku dipeluk oleh seorang mak cik. Aku terus menangis.
Peristiwa itu sungguh menyayat hatiku. Aku tidak akan dapat melupakannya.

Langkah 4
Kamu hendaklah membaca semula karangan itu. Perbetulkan kesalahan tatabahasa. Antara
kesalahan yang perlu dibetulkan ialah kesalahan penggunaan perkataan, struktur ayat,
penggunaan imbuhan, tanda baca, dan ejaan.

Latihan:
Panjang karangan kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi
120 patah perkataan.

1 Tuliskan sebuah cerita bertemakan peristiwa aneh yang pernah kamu baca.
2 Kamu dan beberapa orang rakan kamu telah menemui sebuah dompet yang berisi wang.
Ceritakan tindakan-tindakan yang kamu dan kawan kamu ambil terhadap dompet itu.
3 Kamu dan beberapa orang rakan kamu sedang memancing di sebatang sungai. Tiba-tiba kamu
mendengar suara jeritan. Ceritakan tindakan yang kamu lakukan sebaik sahaja mendengar jeritan
itu.
Glosari
1. bacin - bau busuk
2. bingkas - bangun dengan cepat
3. bonus - bayaran tambahan
4. boros - tidak hemat
5. cabik - koyak
6. cabai - lada
7. cacamerba - ada pelbagai unsur
8. cagar - barang taruhan
9. calit - tanda seperti cat yang disapu
10. calon - bakal
11. damba - terlalu ingin
12. mendera - seksa
13. fitnah - tuduhan yang diada-adakan
14. gerenti - jaminan
15. gerih - ikan masin
16. golek - guling
17. hajat - niat, maksud
18. hamput - maki
19. kabur - tidak jelas
20. kacak - segak

Karangan Jenis Laporan.


1.

Karangan jenis ini menghendaki anda melaporkan sesuatu peristiwa yang


didengar atau dilihat.

2.

Hendaklah disampaikan dengan tepat dan mudah difahami.

3.

Dalam membuat karangan berbentuk laporan , kamu hendaklah menggunakan


butir-butir yang munasabah atau lojik.

4.

Kamu perlu memastikan jenis laporan, sama ada laporan aktiviti persatuan,
perayaan, sambutan, perasmian, atau lawatan ke sesuatu tempat.

5.

Untuk laporan aktiviti persatuan sertakan nama ahli jawatankuasa, sejarah

penubuhan, jumlah ahli, dan aktiviti sepanjang tahun. Pelapor mesti berjawatan
setiausaha.

6.

Untuk laporan lawatan pula , tulis apa yang dilihat, dirasa, dan dialami serta
kesan lawatan terhadap pembelajaran.

7.

Penulisan mengikut perkembangan peristiwa, yang dahulu didahulukan.

8.

Gunakan bahasa yang ringkas dan padat

Tajuk Laporan : Ditulis dengan huruf besar pada setiap awal kata dan digaris.
atau ditulis dengan huruf besar semuanya. Tajuk hendaklah ditulis ditengah-tengah.
Boleh ditulis dalam dua baris jika tajuk terlalu panjang.
Isi Laporan: Bermula dengan pendahuluan dan diakhiri dengan penutup.
Pengakuan pelapor: Ditulis di sebelah kiri selepas perenggan terakhir.
Tarikh: Ditulis di sebelah kanan laporan,setentang dengan pengakuan pelapor.
Tandatangan pelapor:Ditulis di sebelah kiri bahagian bawah selepas pengakuan
pelapor.
Nama Pelapor: Ditulis dengan huruf besar di dalam kurungan selepas tandatangan.
Jawatan Pelapor: Ditulis di sudut kiri bahagian bawah laporan dan dibubuh tanda
koma dihujungnya .
Seterusnya: ditulis nama persatuan yang diwakili
Contoh Karangan Laporan.
Tajuk : Andaikan bahawa anda setiausaha sesuatu persatuan di sekolah anda. Anda
dikehendaki menyediakan laporan tentang kegiatan-kegiatan yang telah dijalankan oleh
persatuan tersebut .Sediakan laporan itu selengkapnya.
Rangka:
1.Pendahuluan:
penubuhan persatuan-anggota persatuan-tujuan penubuhan
2.Isi
a)
kegiatan-peraduan menulis esei tentang sains-pemenang
b)
ceramah -pensyarah dari USM
c)
gotong-royong membersihkan kawasan sekolah
d)
lawatan ke Taman Ular
3.Penutup
Berterima kasih kepada guru penasihat.
KARANGAN
Laporan Kegiatan Persatuan Matematik Dan Sains Sekolah Kebangsaan Darau.

Persatuan Matematik dan Sains dibentuk pada tahun 1982.Anggota-anggota


persatuan ini berjumlah 60 orang. Mereka terdiri daripada pelajar Tahun Empat hingga
Tahun Enam. Persatuan ini dibentuk untuk meningkatkan taraf pencapaian pelajar dalam
mata pelajaran Sains dan Matematik. Selain itu ,melalui persatuan ini,pelajar dapat
bertukar-tukar pendapat tentang pelajaran masing-masing.
Persatuan ini telah menjalankan beberapa kegiatan sepanjang tahun 1995.Kegiatankegiatan tersebut berbentuk akademik dan bukan akademik. Kegiatan pertama yang kami
jalankan ialahPeraduan Menulis Esei Tentang Sains.Sambutan yang diberikan terhadap
peraduan ini adalah sangat menggalakkan. Peraduan ini dimenangi oleh Suriani Mat
Zin,pelajar Tahun Enam Mawar.
Kami juga menganjurkan ceramah tentang sains dan matematik .Ceramah ini
disampaikan oleh pensyarah dari Universiti Malaysia. Selain itu ,kami turut mengadakan
gotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Kami memperindahkan kawasan taman pra
dengan menanam berbagai jenis bunga dan menamakan pohon-pohon tersebut mengikut
istilah sains.
Pada cuti penggal kedua persekolahan,kami mengadakan lawatan ke Taman Ular di
Batu Pahat. Sebagai hasil lawatan ini,kami banyak memperolehi pengetahuan tentang
penyelidikan yang dijalankan oleh pihak Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia di situ.
Pada keseluruhannya,kami berpuas hati dengan kegiatan-kegiatan yang kami
jalankan .Kami juga berterima kasih kepada guru penasihat,Cikgu Rosmini Jaafar yang
banyak memberikan bimbingan kepada kami.
Disediakan oleh,

25 Januari 1996

Azmi
_______________
(AZMI SULAIMAN)
Setiausaha Persatuan Matematik dan Sains
Sekolah Kebangsaan Darau, Jerteh,Terengganu.

Tajuk : Sekolah anda telah mengadakan Kempen Penggunaan Bahasa Baku. Anda sebagai

setiausaha Badan Pengawas Sekolah diminta membuat laporan tersebut.


LAPORAN KEMPEN PENGUNAAN BAHASA BAKU
Pada 15 hingga 22 Februari 1997 , Sekolah Kebangsaan Darau telah mengadakan
Kempen Penggunaan Bahasa Baku. Kempen ini telah dilancarkan oleh Pegawai Pendidikan
Daerah Besut , Encik Ahmad Harif.
Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk meluaskan penggunaan bahasa baku di
kalangan murid-murid. Di samping itu, kempen ini juga bertujuan untuk memupuk minat
pelajar mendalami bahasa kebangsaan.
Sempena kempen ini, pelbagai acara menarik telah dijalankan. Bagi murid-murid
Tahun 4, 5 dan 6 pertandingan syarahan, perbahasan, mengarang esei telah dianjurkan.
Manakala bagi murid-murid Tahun 1, 2, dan 3 pula diadakan pertandingan membaca sajak
dan bercerita.
Pada hari penutup, Tuan Guru Besar melahirkan rasa kesyukuran kerana kempen ini
telah berjalan dengan lancar. Para pemenang setiap pertandingan telah diberi hadiah
berupa wang tunai dan sijil penghargaan.
Disediakan oleh,
Osman

( OSMAN BIN JUSOH )


Setiausaha,
Badan Pengawas,
Sekolah Kebangsaan Darau, Jerteh.

PENGGUNAAN BAHASA
1.

2.

Tatabahasa terdiri daripada beberapa komponen bahasa iaitu fonologi, morfologi,


sintaksis, dan sebagainya.
Bahagian ini menerangkan pembentukan golongan kata, penggunaan imbuhan, dan
pembinaan ayat yang betul.

3.

Kaedah pengajaran disampaikan dalam beberapa bentuk iaitu secara formal dan
tidak formal.

4.

Kesannya pelajar mapu bertutur, membaca, dan menulis karangan dengan baik.

5.

Penggunaan ayat-ayat yang ringkas, padat dan mudah difahami.

6.

Pelajar turut mempelajari perihal pembentukan perkataan dalam rangkaikata dan


ayat.
BAB 1: GOLONGAN KATA - Nota
1. KATA NAMA
KATA NAMA KHAS - ia merujuk kepada manusia, binatang, tempat, dan benda secara
khusus.
- Huruf awal dalam perkataan mestilah menggunakan huruf besar.
- Kata akronim yang dibentuk melalui pencantuman huruf awal beberapa perkataan jiuga
ialah kata nama khas. Contohnya : UMNO, ABIM, RISDA
KATA NAMA AM - digunakan untuk menyebut sesuatu secara umum seperti nama orang,
binatang, benda dan tempat. - Kata nama am ditulis menggunakan huruf kecil kecuali
dalam memulakan sesuatu ayat.
KATA NAMA TERBITAN - ia merupakan kata-kata yang terboit dari kata-kata dasar. - Kata
dasar yang digunakan ialah kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan adverb. - Kata dasar
ini ditambah dengan imbuhan. - Imbuhan kata nama yang digunakan ialah: -- an, pen an , per - an , ke - an.
KATA NAMA TERBITAN DARIPADA KATA NAMA
Kata Nama
sekolah
rumah
guru

Kata Nama Terbitan


persekolahan
perumahan
perguruan

Imbuhan
Per --- an
Pe --- an
Per --- an

KATA NAMA TERBITAN DARIPADA KATA KERJA


Kata Kerja
buat
duduk
tulis

Kata Nama Terbitan


Perbuatan, pembuat
Kedudukan , penduduk
Penulisan, tulisan, penulis

Imbuhan
Per - an , pem
Ke - an , pen
Pe - an, -- an, pen

KATA NAMA TERTERBITAN DARIPADA KATA ADJEKTIF


Kata Adjektif
bodoh
bersih

Kata Nama Terbitan


kebodohan
Kebersihan, pembersih

Imbuhan
Ke - an
Ke - an, pem

KATA NAMA TERTERBITAN DARIPADA KATA ADVERBA.


Kata Adverba
seluruh
laju

Kata Nama Terbitan


keseluruhan
kelajuan

Imbuhan
Ke - an
Ke --- an

Anda mungkin juga menyukai