Anda di halaman 1dari 15

PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN MENANGANI PENGUASAAN KEMAHIRAN MENULIS BAHASA MELAYU

DISEDIAKAN OLEH: Pn. Hjh. Normah Bt. Mohamad Pn. Norhani Bt. Abd. Karim

Definisi menulis
Menulis adalah satu proses untuk menyampaikan buah fikiran, idea atau pendapat dengan tepat dan berkesan kepada khalayak atau pembaca dengan menggunakan grafik Kemahiran menulis merupakan kemahiran sukar dan hanya dapat dikuasai melalui pengajaran (Raminah Hj. Sabran 1994)

Peringkat Kemahiran Menulis


Pratulisan Mekanis Mentalis

Peringkat Kemahiran Menulis


KEMAHIRAN PRATULIS

Kemahiran yang paling asas untuk kemahiran mekanis. Murid-murid dilatih menggunakan dan mengawal otot-otot jari dan tangan bagi memudahkan mereka memegang alat tulis dan membentuk huruf

Aktiviti Kemahiran Pratulis


Latihan menggerakkan jari murid-murid supaya mereka bersedia untuk menggunakan jari bagi memegang pensil latihan memegang pensil atau alat tulis yang lain dengan betul latihan penggunaan otot tapak tangan contohnya membuat bentuk dari plastisin, tanah liat atau tepung gandum yang telah di bancuh dengan air. latihan pergerakan mata kiri ke kanan serta mengkordinasi pergerakan mata dengan pergerakan tangan. Contoh latihan: membentuk garisan-garisan menyambung titik dan mencari arah.

Aktiviti Kemahiran Pratulis


Latihan membuat dan membuat garisan melintang dan menegak latihan menampal gambar latihan membuat rajah, garisan dan gambar di atas pasir atau di atas kertas latihan penggunaan alat menulis dan mata serta merta latihan melukis dan mewarna rupa alam (gunung, sungai) latihan melakar bentuk rupa manusia atau binatang dan mewarnakan bentuk yang dilakarkan itu

Kemahiran Tulisan Mekanis


Bertujuan untuk murid menguasai: Kemahiran membentuk huruf kecil dan huruf besar kemahiran menulis huruf, suku kata, perkataan dan ayat.

Kemahiran ini dapat dikuasai melalui latihan-latihan/aktiviti:


Membuat corak/menulis bentuk yang mirip kepada huruf Menulis huruf daripada gambar yang mirip huruf (rsabit o-bola c- bulan) Menekap Membentuk huruf dalam bentuk garis putus-putus Menyalin huruf

Peringkat Kemahiran Menulis Mekanis


Guru mengajar murid cara kedudukan badan, kertas dan pensil dengan cara yang betul supaya murid-murid selesa Guru mengajar tiga peringkat perkembangan menuis: 1. Memperkenalkan lambang-lambang huruf dan membentuk huruf 2. Melatih menulis nama sendiri berdasarkan contoh 3. Menulis nama sendiri tanpa merujuk kepada contoh

Peringkat Kemahiran Menulis Mekanis


Guru mengajar teknik dan prinsip dan asas menulis huruf 1. Menyalin model huruf Aa Bb Cc Dd Ee
2. Membina kembali huruf di atas satu garis sama ada garisan lurus atau bulat. Contoh: baju

Peringkat Kemahiran Menulis Mekanis


3. Semua huruf yang berbentuk lurus bermula dari atas 4. Semua huruf yang berbentuk bulat ditulis mengikut pusingan lawan jam 5. Semasa menulis mulakan dari kiri ke kanan 6. Menulis atas garisan

Peringkat Mentalis
1. Menyalin dan meniru 2. Menghasilkan semula 3. Menggabung 4. Penulisan berpandu 5. Penulisan bebas

Aktiviti peringkat mentalis


1. Menyalin dan meniru Bahan yang disalin haruslah telah dibincangkan terlebih dahulu. Bahan juga harus menarik seperti seni kata lagu, resepi makanan, sajak atau kata pepatah. Semasa meniru murid-murid dapat melihat gaya bahasa dan perkataan-perkataan baru.

Aktiviti peringkat mentalis


2. Menghasilkan semula Murid-murid menghasilkan semula tulisan tanpa contoh. Guru boleh memperdengarkan bahan mudah untuk ditulis oleh murid. 3. Menggabung Latihan mestilah daripada bahan yang telah dipelajari. Murid-murid membuat sedikit ubah suai seperti menggantikan perkataan, menggabungkan ayat dan latihan tranformasi ayat atau menulis semula cerita yang telah diperdengarkan dengan ayat sendiri.

Aktiviti peringkat mentalis


4. Penulisan berpandu
Murid-murid diberi latihan memilih perkataan/leksikel dan bentuk ayat dengan bahan dan isi yang dikawal. Contohnya menyudahkan cerita, menyusun perenggan menulis ayat-ayat mudah atau memperluas ayat.

5. Penulisan bebas Murid-murid mencipta ayat-ayat sendiri bagi melahirkan pendapat. Pada masa ini hasil kerja murid-murid lebih panjang dan lebih kompleks seperti mempunyai kemahiran contohnya susunan mengikut kronologi, mengikut fakta dan sebab dan akibat.

Anda mungkin juga menyukai