Anda di halaman 1dari 7

Kemahiran Menulis

1. Hazean Erdawati Jaffarudin PISMP PJ Jan 2012 IPG Kampus Tawau

2. Don Bryne (1979) menyatakan bahawa simbol grafik semasa menulis ialah penggunaan huruf-huruf
atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang bunyi yang kita buat semasa kita bercakap.
Hal ini meliputi beberapa aspek, iaitu; (a) menggunakan pelbagai jenis ayat (b) mencatat dan
menyusun maklumat (c) menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif (d) membuat ulasan tentang
bahan yang didengar, ditonton dan dibaca.

3. Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, dan
mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan
pengalaman peribadi yang dilalui. Penekanan dalam kemahiran menulis ialah terhadap penggunaan
ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, di samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas.

4. Menulis melibatkan murid-murid supaya berfikir, menaakul, menyusun dan mengolah idea sebelum
dilahirkan dalam bentuk wacana yang lengkap. Murid-murid juga perlu menguasai struktur karangan
seperti tahu menulis panduan, pemerengganan dan menulis kesimpulan.

5. Merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai
jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui
dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas,
cantik dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan
penulisan bahan berunsur pengetahuan dan penulisan imaginatif.

6. Supaya sesuatu idea, maklumat, pendapat dan ilmu pengetahuan dapat disampaikan dengan tepat,
jelas dan berkesan. Meluaskan pengetahuan, pengalaman dan perhubungan. Memberikan kepuasan
jiwa dalam pemikiran, pengalaman dan perasaan.

7. Tujuan mengarang bagi peringkat sekolah rendah secara amnya adalah untuk melahirkan murid-
murid yang dapat mengolah idea atau pendapat berdasarkan situasi atau tajuk tentang sesuatu ke
dalam sesuatu bentuk karangan tertentu. Melatih murid-murid melahirkan idea. Melatih murid
menghujah dan mengembangkan idea Melatih murid-murid mengembangkan karangan dalam bentuk
pemerengganan yang betul Melatih murid menggunakan bentuk penggunaan bahasa yang betul
berdasarkan jenis karangan tertentu.

8. Melatih murid-murid menggunakan format karangan yang betul Menggunakan pengalaman


menulis karangan ke dalam situasi sebenar sehari-hari Menyiapkan murid menghadapi peperiksaan.
Menyuburkan minat Meluaskan kosa kata Memberikan kepuasan jiwa.

9. Kemahiran menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan
idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman
peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul,
serta tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka
untuk menghasilkan penulisan imaginatif. Peringkat- peringkat kemahiran menulis terdiri daripada :

10. Peringkat Pramenulis Peringkat Mekanis Peringkat Pelahiran

11. 1.Peringkat Pramenulis Murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis
huruf dengan kemas dan betul. Latihan otot tangan dan jari serta kordinasi tangan dan mata diberikan
kepada murid. Berikut ialah contoh aktiviti pramenulis: Menulis dari kiri ke kanan Latihan
mewarnakan dari kiri ke kanan. Latihan membentuk bulatan di udara, di atas meja, pasir, lantai tanpa
menggunakan alat tulis.

12. 1.Peringkat Pramenulis Menyambung titik Latihan membentuk corak campuran bulatan dan
garisan lurus yang dilakukan secara bebas. Latihan membentuk garisan lurus Latihan melukis gambar
yang mengandungi garis lurus dan bulat. Membuat pelbagai jenis garisan atau bentuk Melukis
gambar

13. 1. Peringkat Pramenulis Strategi Pengajaran Pratulisan a. Latihan pergerakan tangan b. Latihan
pergerakan mata c. Latihan kordinasi tangan dan mata

14. 2. Peringkat Mekanis Selepas murid-murid melalui peringkat pramenulis, mereka akan
melangkah ke peringkat mekanis. Pada peringkat ini, murid diajar menguasai kemahiran membentuk
huruf besar dan kecil dalam abjad. Seterusnya menguasai kemahiran menulis huruf, suku kata,
perkataan dan ayat. Untuk membolehkan murid-murid menguasai kemahiran ini, anda boleh
menjalankan aktiviti-aktiviti yang berikut: Latihan menulis bentuk-bentuk yang mirip kepada huruf
mengikut teknik menulis. Latihan menulis huruf berdasarkan gambar-gambar yang mirip kepada
bentuk-bentuk huruf tertentu.

15. 2. Peringkat Mekanis Latihan menekap huruf mengikut acuan huruf yang diperbuat daripada kad
yang berlubang. Latihan menekap huruf atau perkataan yang ditulis dalam bentuk garis putus-putus.
Latihan menulis huruf dalam suku kata. Latihan melengkapkan huruf pada perkataan bergambar.
Latihan menamakan gambar-gambar. Latihan menyalin frasa atau ayat. Latihan menyalin ayat
daripada buku

16. 2. Peringkat Mekanis Strategi Pengajaran a. Mengajar tulisan tangan b. Mengajar ejaan

17. 3.Peringkat Pelahiran (Mengarang) Pada peringkat ini murid-murid sudah menguasai pelbagai
kemahiran seperti kemahiran mendengar, bertutur membaca dan mengeja. Mereka sudah boleh
menulis pelbagai jenis karangan. Anda boleh memulakan pengajaran menulis pada peringkat ini
dengan jenis-jenis penulisan terkawal, berpandu, separa terkawal,dan separa berpandu. Kemudian
mereka boleh didedahkan dengan penulisan bebas dan kreatif.

18. 3.Peringkat Pelahiran (Mengarang) Pada peringkat ini, murid-murid dapat melahirkan idea dan
pendapat tentang pengetahuan serta pengalaman yang telah dilalui. Dalam masa yang sama mereka
akan menggunakan kemahiran tatabahasa dan ejaan yang telah mereka kuasai. Mereka juga akan
merancang penulisan mereka dengan menggunakan bentuk-bentuk grafik yang sudah dipelajari.
19. Ejaan Imlak / Rencana Menulis jawapan pemahaman Menulis karangan Menulis ayat
berdasarkan gambar Membina ayat Memanjangkan ayat Menulis rencana Mengisi silang kata
Melengkapkan ayat

20. Melibatkan proses perkembangan mental dan pembinaan konsep Tujuan ejaan untuk melatih
murid mendengar dan menulis dengan tepat, meningkatkan pemahaman makna perkataan dan
perbendaharaan kata murid Aktiviti ejaan; menulis perkataan, rangkai kata, ayat dari sebutan, gambar,
pita rakaman; membetulkan kesalahan ejaan dan kenal pasti ejaan yang salah dari petikan

21. Pilih perkataan yang sesuai dengan kemampuan murid Perkataan itu pernah dipelajari Jumlah
ejaan tidak terlalu banyak Dijalankan selepas aktiviti bacaan Guru menyebut murid mengeja
Disemak bersama

22. Aktiviti menulis semula sesuatu petikan yang dibaca atau diperdengarkan Murid perlu kuasai
kemahiran membentuk huruf, mengeja, menggunakan tanda bacaan dan perbendaharaan kata
Petikan perlu sesuai dari segi panjang petikan, bahasa, kandungan, dan kosa kata Pastikan tempat
hentian bacaan Petikan perlu dibaca dengan jelas

23. Berikan petikan teks dan minta murid baca Guru memilih bahagian dalam teks untuk diimlakkan
Guru menyebut perkataan secara lisan atau rakaman dan murid menulis Aspek yang dinilai seperti
ketepatan ejaan, penggunaan perkataan, bentuk huruf dan tanda baca Dilaksanakan selepas aktiviti
lisan atau membaca

24. Penulisan boleh dibahagi kepada lima kategori, iaitu a. karangan, b. penulisan ringkas, c. penulisan
untuk majlis rasmi, d. surat dan e. penulisan untuk papan kenyataan.

25. Terkawal Karangan yang disediakan oleh guru. Penggunaan bahasa dan isi yang terdapat dalam
Karangan Terkawal ditentukan oleh guru, bertujuan untuk mengurangkan kesilapan dalam penulisan.
Karangan ini dapat membantu murid mengeluarkan idea tanpa diganggu oleh kesilapan penggunaan
bahasa. Contoh : (vii)Mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai dalam karangan yang
disediakan. (ii) Menyusun ayat-ayat yang disediakan mengikut urutan supaya menjadi sebuah
karangan lengkap.

26. Separa Terkawal Karangan Separa Terkawal ialah karangan yang disediakan oleh guru, tetapi
murid diberi peluang untuk menggunakan daya pemikiran mereka bagi membuat pemilihan
perkataan sesuai dengan tajuk yang disediakan. Contoh : (viii)Menggantikan beberapa perkataan
yang telah dipadamkan dengan perkataanperkataan lain yang telah disediakan.

27. 1.Berpandu Karangan berpandu ialah satu penulisan karangan berdasarkan panduan guru.
Contoh: (ii) Menulis semula cerita/petikan yang dibaca. (iii) Menulis karanagn berdasarkan soalan-soalan
berurutan mengenai sesuatu tajuk. (iv) Menulis karangan dengan memindahkan bentuk daripada dialog
kepada karangan penceritaan atau sebaliknya.

28. 2.Separa Berpandu Karangan ini merupakan satu penulisan karangan yang mendapat sedikit
maklumat atau panduan guru. Contoh : (i)Menulis semula cerita yang diperdengarkan. (ii)
Menyudahkan cerita. (iii) Menulis karangan berdasarkan gambar bersiri atau tunggal. (iv) Menulis
karangan daripada perenggan atau isi-isi yang disediakan. (v) Menulis karangan berdasarkan ayat atau
frasa yang diberikan.

29. 3.Bebas Jenis karangan ini memberi kebebasan kepada murid untuk melahirkan idea tentang
sesuatu tajuk yang disediakan dengan menggunakan perkataan sendiri. Bentuk karangan bebas seperti
berikut : Naratif: cerita, berita, laporan, rencana, ulasan. Argumentatif: bahas, perbincangan,
kritikan. Deskriptif: gambaran, peristiwa, benda, perwatakan. Kreatif: puisi, cerpen, drama
Imaginatif: pengalaman.

30. Pengajaran mengarang memerlukan perancangan berdasarkan objektif yang ditentukanoleh guru.
Selain itu, pengajaran mengarang juga mengambil kira aspek aktiviti peringkat pra mengarang, semasa
mengarang dan pasca mengarang. Murid perlu diberikan pendedahan yang secukupnya sebelum
mereka benar-benar terlibat dalam aktiviti mengarang yang serius.

31. Objektif mengarang bagi sekolah rendah adalah seperti yang terdapat di dalam Sukatan Pelajaran
Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Objektif ini disesuaikan dengan kemahiran-kemahiran yang hendak
dikuasai oleh murid-murid pada sesuatu tahap tertentu. Namun begitu, objektif mengarang pada
umumnya adalah untuk: Melatih murid-murid melahirkan idea Melatih murid-murid menghujah dan
mengembangkan idea Melatih murid-murid mengembangkan karangan dalam bentuk pemerengganan
yang betul Melatih murid-murid menggunakan bentuk penggunaan bahasa yang betul berdasarkan
sesuatu jenis karangan tertentu. Melatih murid-murid menggunakan format karangan yang betul
Menggunakan pengalaman menulis karangan ke dalam situasi sebenar sehari-hari

32. Melibatkan aktivit-aktiviti pra mengarang, semasa mengarang dan pasca mengarang. 1. Pra
mengarang (i) Berbincang untuk menentukan format (ii) Berbincang untuk menentukan isi (iii)
Mendapat bahan daripada sumber bahan bercetak, internet dan bahan elektronik yang lain (iv)
Membuat peta minda atau carta alaira cerita (v) Menentukan watak (vi) Menyaring bahan (vii)
Menulis draf

33. 2. Semasa mengarang (iii)Mentransformasikan perancangan kepada bentuk karangan (ii)


Menentukan format (iii) Mengambil kira aspek penghuraian yang melibatkan kosa kata, sistem
bahasa, gaya bahasa, tanda baca, ejaan (termasuk bentuk huruf) dan wacana. (iv) Mengambil kira
aspek kohesi dan koherens 3. Pasca mengarang (i) Menyemak karangan (ii) Melakukan pembetulan
(iii) Membuat penambahan sekiranya perlu (iv) Menghantar karangan

34. 3. Pasca Mengarang (i) Menyemak karangan (ii) Melakukan pembetulan (iii) Membuat
penambahan sekiranya perlu (iv) Menghantar karangan

35. Bahan sumber daripada internet Guru memuat turun bahan-bahan yang berkaitan daripada
internet. Bahanbahan berkenaan disimpan dalam folder. Bahan-bahan berkenaan boleh dipancar
tayang dengan menggunakan projektor LCD semasa di dalam bilik darjah. Murid-murid berbincang dan
berinteraksi dengan bahan yang berkenaan sebagai persediaan mendapatkan idea untuk menulis
karangan. Bahan sumber digital Guru menyediakan bahan yang disediakan sendiri, bahan yang
diimbas dengan mesin pengimbas, atau bahan terpilih yang diturun muat daripada cakra digital
untuk dibakar. Cakra padat CD rom berinformasi itu kemudian boleh digunakan oleh guru dalam
pengajaran karangan mereka. Bahan audio dan audio visual Di ambil daripada sumber media
elektronik. Dirakam dan diedit untuk digunakan olehmurid-murid sebagai bahan rangsangan.

36. Bahan audio dan audio visual Di ambil daripada sumber media elektronik. Dirakam dan diedit
untuk digunakan oleh murid-murid sebagai bahan rangsangan Gambar-gambar Dalam bentuk
gambar tuggal, gambar bersiri, atau gambar foto yang diambil dengan menggunakan kamera Filem
Filem jalur atau filem slaid.

37. Sesuai dengan bilangan murid-murid di dalam kelas dan cara pengelolaan kelas guru semasa
mengajar. Sesuai dengan wang peruntukan yang ada terutama yang melibatkan pralatan ICT.
Mengambil kira kebolehupayaan murid-murid menggunakan bahan berkenaan terutama sekiranya
melibatkan bahan-bahan berteknologi digital dan elektronik.

38. Mengambil kira kebolehupayaan guru untuk mengendalikan bahan yang disediakan sendiri.
Sesuai dengan peringkat umur murid-murid dan perlu juga diambil faktor keselamatan murid-murid.
Sesuai dengan latar belakang agama dan kepercayaan murid-murid yang berbilang bangsa Sesuai
dengan objektif pengajaran yang telah ditetapkan terlebih dahulu oleh guru Hendaklah digunakan
sekurang-kurangnya 70 peratus dalam langkah pengajaran, terutama sekiranya bahan berkenaan
mengambil masa dan menggunakan kos yang

39. Kemahiran mengarang boleh diajarkan secara berperingkat-peringkat. Untuk mencapai objektif
kemahiran yang hendak dicapai, pengajaran karangan boleh diajarkan dengan menggunakan
pendekatan tertentu seperti: 1. Terkawal 2. Berpandu 3. Bebas 4. Proses 5. Komunikatif 6.
Pengalaman Bahasa

40. 1. Pendekatan Terkawal Pendekatan terkawal merupakan satu pendekatan yang digunakan bagi
membantu murid-murid menimba pengalaman mengarang supaya mereka biasa dengan struktur
karangan. Selain itu, pendekatan ini dapat mengelakkan murid-murid daripada melakukan kesalahan
baik dari segi bahasa mahu pun dari segi isi. Murid-murid menulis karangan dengan berpandukan
sepenuhnya kepada bahan yang disediakan oleh guru. Contoh aktiviti: 1. mengisi tempat kosong
dengan menggunakan perkataan-perkataan yang telah disediakan terlebih dahulu.. 2.menulis karangan
berdasarkan gambar bersiri, menyusun ayat sehingga membentuk sebuah karangan yang lengkap
3.menyusun bahagian pendahuluan, bahagian isi dan bahagian penutup untuk membentuk sebuah
karangan yang lengkap bersturuktur

41. 2. Pendekatan Berpandu Isi karangan telah diberikan oleh guru Murid membina ayat berdasarkan
perkataan atau rangkai kata yang telah diberikan oleh guru. Murid-murid mengisi tempat kosong
dengan menggunakan perkataan mereka sendiri bagi melengkapkan perenggan. Kad imbasan dan kad
perkataan digunakan bagi membantu murid-murid. Murid mengolah isi berdasarkan pendahuluan
atau pengakhiran cerita yang telah diberikan oleh guru Kesalahan yang minima dapat dielakkan
daripada dilakukan oleh murid Latihan memadankan ayat boleh diberikan terlebih dahulu kepada
murid Murid-murid yang pandai diberikan aras latihan yang lebih mencabar. Penulisan karangan
boleh dilakukan dalam bentuk grafik sebelum

42. 3. Pendekatan Bebas Sesuai untuk kumpulan murid yang sudah menguasai aspek penulisan dengan
baik. Murid menulis karangan berdasarkan tajuk yang diberikan oleh guru Murid-murid mencari isi
karangan sendiri Murid-murid menyusun isi dan membuat rangka karangan Guru memberikan
beberapa perkataan ataua rangkai kata tertentu bagi membantu murid memantapkan lagi
pengolahan. Penggunaan peribahasa digalakkan.

43. 4. Pendekatan Proses Tidak memberatkan hasil tetapi melibatkan proses yang dilalui oleh murid-
murid. Murid-murid mengumpul bahan berdasarkan tajuk yang diberikan oleh guru Boleh dilakukan
secara berkumpulan atau individu Bahan-bahan yang telah dikumpul disimpan di dalam folio Bahan
daripada folio disaring untuk menentukan kesesuaian dengan tajuk karangan yang diberikan
Penggunaan sumber bahan berasaskan ICT adalah sangat digalakkan.

44. 4. Pendekatan Proses Bahan yang tidak digunakan disimpan semula ke dalam folio untuk
digunakan kepada tajuk karangan yang lain. Aktiviti Pengajaran: Murid-murid menyusun isi Dalam
peringkat menyusun isi, murid berbincang dengan guru. Isi yang telah disusun, ditulis dalam bentuk
rangka karangan Rangka karangan yang telah mantap, ditulis dalam bentuk penulisan yang lengkap.
Murid-murid mengedit karangan yang telah disiapkan dan melakukan pembetulan. Setelah siap
dan lengkap, karangan dihantar kepada guru untuk dinilai.

45. 4. Pendekatan Proses Peringkat Pengajaran a. Penentuan tajuk dan pengumpulan maklumat
b. Penulisan draf c. Penyemakan pertama d. Penyemakan kedua e. Penulisan draf akhir f.
Persembahan

46. 5. Pendekatan Komunikatif Penulisan karangan berdasarkan fungsi bahasa sebagai alat
perhubungan Penekanan diberikan kepada penggunaan bahasa yang berkesan dalam
mengungkapkan isi cerita dan kurang kepada aspek penstrukturan karangan Murid-murid diberikan
latihan mengemukakan pendapat mereka tentang sesuatu idea. Murid-murid diminta bercerita
tentang sesuatu dalam konteks perbincangan yang autentik Bentuk penulisan murid-murid lebih
mirip kepada melaporkan sesuatu kejadian dalam konteks dan suasana kejadian sebenar.
Penggunaan bahan rangsangan seperti bahan multi media dapat membantu murid-murid dalam
mengemukakan penceritaan.

47. 6. Pendekatan Pengalaman Bahasa Guru meransang perbincangan berkaitan dengan tajuk
yang dipilih Murid-murid digalakkan memberi sumbangan untuk membina cerita Perkataan-
perkataan tertentu yang akan digunakan dalam petikan disebut dalam perbincangan oleh guru
Murid-murid diminta membina ayat berdasarkan berdasarkan idea yang mereka berikan Setelah
selesai, guru membimbing murid memberi tajuk cerita

48. 6. Pendekatan Pengalaman Bahasa Guru menulis ayat-ayat untuk membina cerita bertulis
Setelah cerita selesai Guru membaca secara nyaring, murid mendengar Murid menyalin teks yang
telah ditulis oleh guru Murid menggariskan perkataan yang mereka tahu Guru meminta murid-murid
menggunakan perkataan yang mereka tahu dalam situasi

49. Terdapat banyak masalah yang berhubung kait dengan pengajaran menulis di sekolah di negara
ini. Antaranya pengaruh kesebatian penggunaan bahasa dialek Bahasa Melayu Brunei (BMB), daerah
/tempatan dan inilah faktor utama menyumbang kepada berlakunya kesalahanpenggunaan
tatabahasa Bahasa Melayu Standard (BMS) dengan betul.

50. 1. Peringkat Pramenulis Penilaian secara tidak formal Melalui pemerhatian terhadap gerak
balas murid dalam aktiviti pramenulis Contoh aktiviti; gerak tangan, kordinasi tangan dan mata sama
atas kertas atau udara, pasir membentuk bulatan, garisan, awan larat, huruf.

51. 2. Peringkat Penulisan Mekanis Teknik yang boleh digunakan ialah; Menekan dan menyambung
garis Memadankan Menyalin Mengisi ruang atau petak kosong Melabel dan menamakan gambar
Membetuk perkataan daripada suku kata

52. 3. Peringkat Mengarang (Aspek Teknikal) Teknik yang boleh dilakukan ialah; Menyalin Ujian
Imlak Menulis semula petikan

53. Menyambungkan beberapa ayat untuk membentuk satu ayat kompleks Meluaskan ayat dengan
menambah keterangan Melengkapkan ayat Membina ayat daripada perkataan Menyusun semula
perkataan untuk membentuk ayat Menulis cerita

54. Aspek yang dinilai: Isi Ejaan Bahasa Kosa kata Kelancaran Pengolahan isi Ketepatan
dengan tajuk Format (sekiranya karangan berformat)

55. 1.Penilaian Secara Holistik atau Global Karangan dibaca dengan menanda kesalahan-kesalahan
ejaan, tanda baca, ayat, fakta, kelancaran dan kepesongan Berikan kedudukan markah berdasarkan
gred secara keseluruhan Tolak sejumlah markah yang dibenarkan bagi kesalahan format Berikan
markah akhir.

56. 2.Penilaian Secara Analitikal Menilai mengikut aspek/ bidang yang ditetapkan dalam pemarkahan
Contoh aspek ejaan, bahasa, isi, gaya penyampaian, tanda bacaan Markah keseluruhan berdasarkan
campuran keseluruhan aspek yang dinilai

Anda mungkin juga menyukai