Anda di halaman 1dari 5

Artikell Sejarah SPM |1

SOALAN KBAT: SUATU KEFAHAMAN DALAM SEJARAH KERTAS 2

MENGENAL PASTI SOALAN KBAT

Bagaimana kita menentukan soalan itu adalah soalan KBAT? Selain daripada
stimulus (bahan rangsangan) dan kata tugas, melalui peruntukan markah dalam soalan juga
kita boleh mengagak soalan itu KBAT atau KBAR. Sebagai contoh, Kertas 2, Bahagian A,
sekiranya soalan itu 3-4 markah, kemungkinan soalan itu KBAT. Untuk Bahagian B pula,
sekiranya soalan itu 6-8 markah, kemungkinan soalan itu KBAT. Trend terkini soalan
memerlukan calon mengupas/menghurai isi. Hal ini dapat dibuktikan dalam Bahagian A,
soalannya memperuntukkan markah 2-4-4 dan Bahagian B pula 4-8-8 (bergantung kepada
perubahan). Sungguh pun begitu, soalan KBAT dapat dikenalpasti melalui konstruknya (aras
pemikiran) seperti yang dibincangkan di bawah:

MENGENAL PASTI KEHENDAK TUGASAN DALAM SOALAN KBAT

Respon atau jawapan murid mestilah bertepatan dengan kehendak tugasan. Ini
bermakna murid perlu tahu tingkatan atau aras KBAT. Apabila kehendak tugasan difahami,
maka murid dapat memberikan respon/jawapan yang betul. Lihat penerangan di bawah:

KBAT: Menganalisis:

 Antara soalan KBAT yang terbanyak dalam kertas peperiksaan.


 Murid perlu mencerakinkan maklumat/pengetahuan Sejarah kepada komponen yang
lebih kecil iaitu kepada FHC, atau FH atau F atau H, bergantung kepada sub topik.
Tiada inferens.
 Cerakinan tersebut juga boleh dalam komponen politik, ekonomi dan sosial,
bergantung kepada soalan.
 Kemahiran ini sangat penting dalam aktiviti pembelajaran sebelum menguasai
kemahiran KBAT yang lain.
 Cerakinan tersebut membolehkan murid mengenal pasti isi utama seperti kronologi
peristiwa, ciri-ciri, kesan, kepentingan, sebab-sebab, cara-cara atau proses.
 Jawapan bersifat tertutup kerana dari buku teks.
 Contoh soalan:
o Jelaskan ciri-ciri utama tamadun manusia.
o Jelaskan corak kehidupan masyarakat Arab Jahiliah.
o Huraikan sebab-sebab berlakunya peristiwa Hijrah.

Che’gu Arikata-Teri| Che’gu Sejarah


Artikell Sejarah SPM |2

KBAT: Mengaplikasi:

 Murid perlu menggunakan maklumat/pengetahuan Sejarah kepada satu situasi baharu.


 Jawapan bersifat terbuka, iaitu mengaitkan dengan masa kini/sekarang.
 Tidak boleh salin bulat-bulat pengetahuan Sejarah sebagai jawapan.
 Boleh design/reka jawapan FHCI selagi mana munasabah.
 Contoh soalan:
o Bagaimanakah sifat kerterbukaan Tamadun Indus dapat dicontohi oleh
pemerintah masa kini?
o Bagaimanakah anda mempraktikkan konsep Hijrah dalam kehidupan
seharian?

KBAT: Menilai:

 Murid berupaya membuat pertimbangan terhadap maklumat/pengetahuan Sejarah


berdasarkan kriteria tertentu atau mewajarkan keputusan/tindakan yang telah diambil.
 Berupaya memberikan bukti, berhujah, berbahas dan membuat ulasan.
 Jawapan bersifat terbuka.
 Boleh design/reka jawapan FHCI selagi mana munasabah.
 Contoh soalan:
o Sejauh manakah kejayaan gerakan penentangan pemimpin tempatan
menentang British di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
o Setujukah anda bahawa Zaman Renainssance adalah permulaan bagi kemajuan
orang Barat?

KBAT:Mencipta:

 Murid berupaya menggunakan maklumat/pengetahuan Sejarah kepada struktur


baharu.
 Berupaya berfikir secara kreatif, menjana idea dan memberi cadangan yang bernas.
 Jawapan bersifat terbuka.
 Boleh design/reka jawapan FHCI selagi mana munasabah.
 Contoh soalan:
o Cadangkan usaha-usaha berkesan untuk memelihara monumen negara.
o Ramalkan masa depan dunia sekiranya kuasa-kuasa besar dunia terlibat dalam
sebarang konflik.
o Bagaimanakah anda sebagai generasi muda, menghadapi cabaran globalisasi?
2

Che’gu Arikata-Teri| Che’gu Sejarah


Artikell Sejarah SPM |3

Perhatian!

 Jawapan dalam Bahagian A (Respon Terhad) pula memerlukan calon memberikan


jawapan secara jitu atau tepat atau huraian (bergantung kepada soalan). Hal ini
demikian kerana ruangan jawapannya terhad.
 Jawapan dalam Bahagian B pula memerlukan calon mengupas isi dengan lebih
mendalam kerana sifatnya Respon Terbuka.
 Sebagai asas, calon perlu menguasai pengetahuan sejarah dan berkemahiran
menganalisis fakta sejarah terlebih dahulu sebelum boleh menjawab soalan KBAT
menilai, mengaplikasi dan mencipta.

CIRI-CIRI SOALAN KBAT: LAZIM/RUTIN DAN BUKAN LAZIM/NON RUTIN

Situasi inilah yang memerangkap calon untuk memberikan respon jawapan sedangkan
ianya telah dipelajari dalam kelas dan sewaktu ulangkaji. Mengapakah hal ini boleh terjadi?
Ini kerana calon tidak memahami kehendak tugasan/soalan. Inilah soalan KBAT Non Rutin.
Soalan “twist” pengetahuan sejarah calon tanpa disedari ianya telah dipelajari oleh calon
sendiri. Lihat contoh pertama dibawah:

TAJUK/SUB TAJUK: PERSEKUTAN TANAH MELAYU 1948.


KONSTRUK/ARAS PEMIKIRAN: MENGANALISIS
ARAS KESUKARAN: RENDAH KEPADA SEDERHANA
SOALAN: Jelaskan faktor-faktor Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948?

Baik, mudah bukan! Soalan adalah direct dan calon sememangnya faham kehendak
tugasan iaitu perlu menghuraikan/mencerakinkan sebab-sebab. Lihat contoh kedua pula di
bawah; kali ini aras kesukarannya lebih tinggi.

TAJUK/SUB TAJUK: PERSEKUTAN TANAH MELAYU 1948.


KONSTRUK/ARAS PEMIKIRAN: MENGANALISIS
ARAS KESUKARAN: TINGGI
SOALAN: Mengapakah Malayan Union dibubarkan? Atau Jelaskan faktor-faktor
pembubaran Malayan Union.

Bagaimana? Agak keliru bukan? Seperti tidak pernah dipelajari. Sebenarnya


kehendak tugasannya sama. Jadi calon perlu faham bahawa dalam sukatan pelajaran
Persekutuan Tanah Melayu 1948, Malayan Union yang ditentang oleh orang Melayu
dibubarkan dan digantikan dengan konsep persekutuan seperti NNMB, iaitu Persekutuan
3
Tanah Melayu dengan mengiktiraf kembali kuasa Raja Melayu dan perlindungan terhadap
kedudukan orang Melayu. Maka jawapannya sama! Lihat buku teks Sejarah tingkatan 5

Che’gu Arikata-Teri| Che’gu Sejarah


Artikell Sejarah SPM |4

halaman 103-104. Inilah KBAT Non Rutin. Ianya diuji secara indirect. Lihat pula contoh
soalan di bawah:

Maklumat di bawah merujuk kepada laporan-laporan ke arah pembentukan Malaysia.

Maklumat 1: Maklumat 2:

Laporan Suruhanjaya Cobbold Laporan United Nations Malaysia


1962: Mission (UNMM) 1963:

 Sebahagian penduduk  Majoriti penduduk Sarawak


Sarawak dan Sabah dan Sabah bersetuju
menyokong pembentukan menyertai Persekutuan
Malaysia dengan syarat- Malaysia.
syarat tertentu.
 Ramai penduduk Sarawak
dan Sabah telah mengubah
pendirian mereka berbanding
dengan keputusan
Suruhanjaya Cobbold.

(a) Berdasarkan Maklumat 1, mengapakah sokongan penduduk Sabah dan


Sarawak berbeza?

Che’gu Arikata-Teri| Che’gu Sejarah


Artikell Sejarah SPM |5

Mengapakah soalan KBAR ini bersifat Non-Rutin? Hal ini demikian kerana dari aspek
stimulusnya, ianya TIDAK diambil bulat-bulat dari buku teks, yang pada murid adalah
sesuatu yang tidak biasa atau tidak lazim. Namun begitu, sebenarnya telah dipelajari oleh
murid dalam kelas. Jawapan sepatutnya ialah:

Sokongan penduduk Sarawak dan Sabah berbeza kerana ada di kalangan penduduk yang
mahu merdeka terlebih dahulu. Terdapat juga penduduk Sarawak dan Sabah ingin
kepentingan mereka harus dilindungi sebelum menyertai Malaysia. Sebahagian yang lain
pula bersetuju tanpa syarat untuk menyertai Malaysia.

Begitulah perkongsian cikgu. Semoga artikel ini bermanfaat kepada anda semua.

Good luck in SPM.

Wallahualam. Hanya Allah sahaja yang Maha Tinggi Ilmu-Nya.

Artikel ini ditulis/dikemaskini oleh:

Che’gu Arikata-Teri
History Teacher
“Rock With History”

Ditulis pada 0934hrs/14 Oct 2018


Dikemaskini pada 2200hrs/5 Januari 2020

Che’gu Arikata-Teri| Che’gu Sejarah

Anda mungkin juga menyukai