Anda di halaman 1dari 56

KEMAHIRAN MENULIS AIZUDDIN HAKIM

KONSEP KEMAHIRAN MENULIS


Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis
perkataan dan ayat, mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis
penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan
pengalaman peribadi yang dilalui.

Penekanan dalam kemahiran menulis ialah terhadap


penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang
betul, di samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas.
KONSEP KEMAHIRAN MENULIS
Menulis melibatkan murid-murid supaya berfikir, menaakul,
menyusun dan mengolah idea sebelum dilahirkan dalam bentuk
wacana yang lengkap.

Murid-murid juga perlu menguasai struktur karangan seperti tahu


menulis panduan, pemerengganan dan menulis kesimpulan.
RUMUSAN KEMAHIRAN MENULIS

Merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan


mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan
dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah
dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan
ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik dan kemas.
Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk
menghasilkan penulisan bahan berunsur pengetahuan dan penulisan
imaginatif.
MATLAMAT KEMAHIRAN MENULIS
•Supaya sesuatu idea, maklumat, pendapat dan ilmu pengetahuan
dapat disampaikan dengan tepat, jelas dan berkesan.
•Meluaskan pengetahuan, pengalaman dan perhubungan.
•Memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, pengalaman dan
perasaan.
TUJUAN MENULIS
Tujuan mengarang bagi peringkat sekolah rendah secara amnya
adalah untuk melahirkan murid-murid yang dapat mengolah idea atau
pendapat berdasarkan situasi atau tajuk tentang sesuatu ke dalam
sesuatu bentuk karangan tertentu.
• Melatih murid-murid melahirkan idea.
• Melatih murid menghujah dan mengembangkan idea
• Melatih murid-murid mengembangkan karangan dalam bentuk
pemerengganan yang betul
• Melatih murid menggunakan bentuk penggunaan bahasa yang betul
berdasarkan jenis karangan tertentu.
TUJUAN MENULIS
• Melatih murid-murid menggunakan format karangan yang betul
• Menggunakan pengalaman menulis karangan ke dalam situasi
sebenar sehari-hari
• Menyiapkan murid menghadapi peperiksaan.
• Menyuburkan minat
• Meluaskan kosa kata
• Memberikan kepuasan jiwa.
PERINGKAT KEMAHIRAN MENULIS

Kemahiran menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan


ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang
berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang
telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca
dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik dan kemas.

Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk


menghasilkan penulisan imaginatif.

Peringkat- peringkat kemahiran menulis terdiri daripada :


PERINGKAT KEMAHIRAN MENULIS
1- Peringkat Pramenulis

2- Peringkat Mekanis

3- Peringkat Pelahiran
PERINGKAT MENULIS
1. Peringkat Pramenulis

Murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf
dengan kemas dan betul.
Latihan otot tangan dan jari serta kordinasi tangan dan mata diberikan
kepada murid.
Berikut ialah contoh aktiviti pramenulis:
• Menulis dari kiri ke kanan
• Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan.
• Latihan membentuk bulatan di udara, di atas meja, pasir, lantai tanpa
menggunakan alat tulis.
PERINGKAT MENULIS
1. Peringkat Pramenulis
Menyambung titik
• Latihan membentuk corak campuran bulatan dan garisan lurus yang
dilakukan secara bebas.
• Latihan membentuk garisan lurus
• Latihan melukis gambar yang mengandungi garis lurus dan bulat.
• Membuat pelbagai jenis garisan atau bentuk
• Melukis gambar
PERINGKAT MENULIS
1. Peringkat Pramenulis
Strategi Pengajaran Pratulisan
a. Latihan pergerakan tangan
b. Latihan pergerakan mata
c. Latihan kordinasi tangan dan mata
PERINGKAT MENULIS
2. Peringkat Mekanis
Selepas murid-murid melalui peringkat pramenulis, mereka akan melangkah ke
peringkat mekanis.
Pada peringkat ini, murid diajar menguasai kemahiran membentuk huruf besar
dan kecil dalam abjad. Seterusnya menguasai kemahiran menulis huruf, suku
kata, perkataan dan ayat.
Untuk membolehkan murid-murid menguasai kemahiran ini, anda boleh
menjalankan aktiviti-aktiviti yang berikut:
• Latihan menulis bentuk-bentuk yang mirip kepada huruf mengikut teknik
menulis.
• Latihan menulis huruf berdasarkan gambar-gambar yang mirip kepada
bentuk-bentuk huruf tertentu.
PERINGKAT MENULIS
2. Peringkat Mekanis
Latihan menekap huruf mengikut acuan huruf yang diperbuat
daripada kad yang berlubang.
• Latihan menekap huruf atau perkataan yang ditulis dalam bentuk
garis putus-putus.
• Latihan menulis huruf dalam suku kata.
• Latihan melengkapkan huruf pada perkataan bergambar.
• Latihan menamakan gambar-gambar.
• Latihan menyalin frasa atau ayat.
• Latihan menyalin ayat daripada buku
PERINGKAT MENULIS
2. Peringkat Mekanis
Strategi Pengajaran
a. Mengajar tulisan tangan
b. Mengajar ejaan
PERINGKAT MENULIS
3. Peringkat Pelahiran (Mengarang)

Pada peringkat ini murid-murid sudah menguasai pelbagai kemahiran seperti


kemahiran mendengar, bertutur membaca dan mengeja.
Mereka sudah boleh menulis pelbagai jenis karangan.
Anda boleh memulakan pengajaran menulis pada peringkat ini dengan jenis-
jenis penulisan terkawal, berpandu, separa terkawal,dan separa berpandu.
Kemudian mereka boleh didedahkan dengan penulisan bebas dan kreatif.
PERINGKAT MENULIS
3. Peringkat Pelahiran (Mengarang)
Pada peringkat ini, murid-murid dapat melahirkan idea dan pendapat
tentang pengetahuan serta pengalaman yang telah dilalui.
Dalam masa yang sama mereka akan menggunakan kemahiran
tatabahasa dan ejaan yang telah mereka kuasai.
Mereka juga akan merancang penulisan mereka dengan menggunakan
bentuk-bentuk grafik yang sudah dipelajari.
CONTOH AKTIVITI MENULIS
Ejaan
Imlak / Rencana
• Menulis jawapan pemahaman
• Menulis karangan
• Menulis ayat berdasarkan gambar
• Membina ayat
• Memanjangkan ayat
• Menulis rencana
• Mengisi silang kata
• Melengkapkan ayat
EJAAN
• Melibatkan proses perkembangan mental dan pembinaan konsep
•Tujuan ejaan untuk melatih murid mendengar dan menulis dengan
tepat, meningkatkan pemahaman makna perkataan dan
perbendaharaan kata murid.
•Aktiviti ejaan; menulis perkataan, rangkai kata, ayat dari sebutan,
gambar, pita rakaman; membetulkan kesalahan ejaan dan kenal pasti
ejaan yang salah dari petikan
CARA PENGAJARAN EJAAN
 Pilih perkataan yang sesuai dengan kemampuan murid
 Perkataan itu pernah dipelajari
 Jumlah ejaan tidak terlalu banyak
 Dijalankan selepas aktiviti bacaan
 Guru menyebut murid mengeja
 Disemak bersama
IMLAK
• Aktiviti menulis semula sesuatu petikan yang dibaca atau diperdengarkan
• Murid perlu kuasai kemahiran membentuk huruf, mengeja, menggunakan
tanda bacaan dan perbendaharaan kata
• Petikan perlu sesuai dari segi panjang petikan, bahasa, kandungan, dan
kosa kata
• Pastikan tempat hentian bacaan
• Petikan perlu dibaca dengan jelas
CARA PENGAJARAN IMLAK
 Berikan petikan teks dan minta murid baca
 Guru memilih bahagian dalam teks untuk diimlakkan
 Guru menyebut perkataan secara lisan atau rakaman dan murid
menulis
 Aspek yang dinilai seperti ketepatan ejaan, penggunaan perkataan,
bentuk huruf dan tanda baca
 Dilaksanakan selepas aktiviti lisan atau membaca
JENIS-JENIS PENULISAN
Penulisan boleh dibahagi kepada lima kategori, iaitu:
a. karangan,
b. penulisan ringkas,
c. penulisan untuk majlis rasmi,
d. surat dan
e. penulisan untuk papan kenyataan.
JENIS PENULISAN KARANGAN
Terkawal
Karangan yang disediakan oleh guru. Penggunaan bahasa dan isi yang
terdapat dalam Karangan Terkawal ditentukan oleh guru, bertujuan untuk
mengurangkan kesilapan dalam penulisan.
Karangan ini dapat membantu murid mengeluarkan idea tanpa diganggu
oleh kesilapan penggunaan bahasa.
• Contoh :
(vii) Mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai dalam
karangan yang disediakan.
(ii) Menyusun ayat-ayat yang disediakan mengikut urutan supaya menjadi
sebuah karangan lengkap.
JENIS PENULISAN KARANGAN
Separa Terkawal
Karangan Separa Terkawal ialah karangan yang disediakan oleh
guru, tetapi murid diberi peluang untuk menggunakan daya pemikiran
mereka bagi membuat pemilihan perkataan sesuai dengan tajuk
yang disediakan.
• Contoh :
(viii) Menggantikan beberapa perkataan yang telah dipadamkan
dengan perkataanperkataan lain yang telah disediakan.
JENIS PENULISAN KARANGAN
1. Berpandu
Karangan berpandu ialah satu penulisan karangan berdasarkan
panduan guru.
• Contoh:
(ii) Menulis semula cerita/petikan yang dibaca.
(iii) Menulis karanagn berdasarkan soalan-soalan berurutan mengenai
sesuatu tajuk.
(iv) Menulis karangan dengan memindahkan bentuk daripada dialog
kepada karangan penceritaan atau sebaliknya.
JENIS PENULISAN KARANGAN
2. Separa Berpandu
Karangan ini merupakan satu penulisan karangan yang mendapat sedikit
maklumat atau panduan guru.
• Contoh :
(i) Menulis semula cerita yang diperdengarkan.
(ii) Menyudahkan cerita.
(iii) Menulis karangan berdasarkan gambar bersiri atau tunggal.
(iv) Menulis karangan daripada perenggan atau isi-isi yang disediakan.
(v) Menulis karangan berdasarkan ayat atau frasa yang diberikan.
JENIS PENULISAN KARANGAN
3. Bebas
Jenis karangan ini memberi kebebasan kepada murid untuk melahirkan
idea tentang sesuatu tajuk yang disediakan dengan menggunakan
perkataan sendiri. Bentuk karangan bebas seperti berikut :
• Naratif: cerita, berita, laporan, rencana, ulasan.
• Argumentatif: bahas, perbincangan, kritikan.
• Deskriptif: gambaran, peristiwa, benda, perwatakan.
• Kreatif: puisi, cerpen, drama
• Imaginatif: pengalaman.
PERANCANGAN PENGAJARAN
MENGARANG

Pengajaran mengarang memerlukan perancangan berdasarkan


objektif yang ditentukan oleh guru.
Selain itu, pengajaran mengarang juga mengambil kira aspek aktiviti
peringkat pra mengarang, semasa mengarang dan pasca
mengarang.
Murid perlu diberikan pendedahan yang secukupnya sebelum mereka
benar-benar terlibat dalam aktiviti mengarang yang serius.
OBJEKTIF MENGARANG
Objektif mengarang bagi sekolah rendah adalah seperti yang terdapat di dalam
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Objektif ini disesuaikan
dengan kemahiran-kemahiran yang hendak dikuasai oleh murid-murid pada
sesuatu tahap tertentu.
Namun begitu, objektif mengarang pada umumnya adalah untuk:
• Melatih murid-murid melahirkan idea
• Melatih murid-murid menghujah dan mengembangkan idea
• Melatih murid-murid mengembangkan karangan dalam bentuk pemerengganan
yang betul
• Melatih murid-murid menggunakan bentuk penggunaan bahasa yang betul
berdasarkan sesuatu jenis karangan tertentu.
• Melatih murid-murid menggunakan format karangan yang betul
• Menggunakan pengalaman menulis karangan ke dalam situasi sebenar sehari-
hari
PERINGKAT PENGAJARAN
MENGARANG
Melibatkan aktivit-aktiviti pra mengarang, semasa mengarang dan pasca
mengarang.
1. Pra mengarang
(i) Berbincang untuk menentukan format
(ii) Berbincang untuk menentukan isi
(iii) Mendapat bahan daripada sumber bahan bercetak, internet dan bahan
elektronik yang lain
(iv) Membuat peta minda atau carta alaira cerita
(v) Menentukan watak
(vi) Menyaring bahan
(vii) Menulis draf
PERINGKAT PENGAJARAN
MENGARANG
2. Semasa mengarang
(iii)Mentransformasikan perancangan kepada bentuk karangan
(ii) Menentukan format
(iii) Mengambil kira aspek penghuraian yang melibatkan kosa kata, sistem bahasa,
gaya bahasa, tanda baca, ejaan (termasuk bentuk huruf) dan wacana.
(iv) Mengambil kira aspek kohesi dan koherens

3. Pasca mengarang
(i) Menyemak karangan
(ii) Melakukan pembetulan
(iii) Membuat penambahan sekiranya perlu
(iv) Menghantar karangan
PERINGKAT PENGAJARAN
MENGARANG
3. Pasca Mengarang
(i) Menyemak karangan
(ii) Melakukan pembetulan
(iii) Membuat penambahan sekiranya perlu
(iv) Menghantar karangan
MEMBINA BAHAN SUMBER
PENGAJARAN MENULIS
• Bahan sumber daripada internet
Guru memuat turun bahan-bahan yang berkaitan daripada internet. Bahan-bahan
berkenaan disimpan dalam folder. Bahan-bahan berkenaan boleh dipancar tayang
dengan menggunakan projektor LCD semasa di dalam bilik darjah. Murid-murid
berbincang dan berinteraksi dengan bahan yang berkenaan sebagai persediaan
mendapatkan idea untuk menulis karangan.
• Bahan sumber digital
Guru menyediakan bahan yang disediakan sendiri, bahan yang diimbas dengan
mesin pengimbas, atau bahan terpilih yang diturun muat daripada cakra digital untuk
dibakar. Cakra padat CD rom berinformasi itu kemudian boleh digunakan oleh guru
dalam pengajaran karangan mereka.
• Bahan audio dan audio visual
Di ambil daripada sumber media elektronik. Dirakam dan diedit untuk digunakan
oleh murid-murid sebagai bahan rangsangan.
MEMBINA BAHAN SUMBER
PENGAJARAN MENULIS
• Bahan audio dan audio visual
Di ambil daripada sumber media elektronik. Dirakam dan diedit untuk
digunakan oleh murid-murid sebagai bahan rangsangan
Gambar-gambar
Dalam bentuk gambar tuggal, gambar bersiri atau gambar foto yang
diambil dengan menggunakan kamera
• Filem
Filem jalur atau filem slaid.
CIRI BAHAN SUMBER YANG BAIK
• Sesuai dengan bilangan murid-murid di dalam kelas dan cara
pengelolaan kelas guru semasa mengajar.
• Sesuai dengan wang peruntukan yang ada terutama yang melibatkan
pralatan ICT.
• Mengambil kira kebolehupayaan murid-murid menggunakan bahan
berkenaan terutama sekiranya melibatkan bahan-bahan berteknologi
digital dan elektronik.
CIRI BAHAN SUMBER YANG BAIK
Mengambil kira kebolehupayaan guru untuk mengendalikan bahan yang
disediakan sendiri.
• Sesuai dengan peringkat umur murid-murid dan perlu juga diambil faktor
keselamatan murid-murid.
• Sesuai dengan latar belakang agama dan kepercayaan murid-murid yang
berbilang bangsa
• Sesuai dengan objektif pengajaran yang telah ditetapkan terlebih dahulu
oleh guru
• Hendaklah digunakan sekurang-kurangnya 70 peratus dalam langkah
pengajaran, terutama sekiranya bahan berkenaan mengambil masa dan
menggunakan kos yang tinggi dalam mengadakannya.
PENDEKATAN PENGAJARAN
MENGARANG
Kemahiran mengarang boleh diajarkan secara berperingkat-peringkat.
Untuk mencapai objektif kemahiran yang hendak dicapai, pengajaran
karangan boleh diajarkan dengan menggunakan pendekatan tertentu
seperti:
1. Terkawal
2. Berpandu
3. Bebas
4. Proses
5. Komunikatif
6. Pengalaman Bahasa
PENDEKATAN PENGAJARAN MENGARANG
1. Pendekatan Terkawal
Pendekatan terkawal merupakan satu pendekatan yang digunakan bagi
membantu murid-murid menimba pengalaman mengarang supaya mereka
biasa dengan struktur karangan.
Selain itu, pendekatan ini dapat mengelakkan murid-murid daripada
melakukan kesalahan baik dari segi bahasa mahu pun dari segi isi.
Murid-murid menulis karangan dengan berpandukan sepenuhnya kepada
bahan yang disediakan oleh guru.
• Contoh aktiviti:
1. mengisi tempat kosong dengan menggunakan perkataan-perkataan yang
telah disediakan terlebih dahulu..
2.menulis karangan berdasarkan gambar bersiri, menyusun ayat sehingga
membentuk sebuah karangan yang lengkap…
3.menyusun bahagian pendahuluan, bahagian isi dan bahagian penutup untuk
membentuk sebuah karangan yang lengkap bersturuktur…
PENDEKATAN PENGAJARAN MENGARANG
2. Pendekatan Berpandu
• Isi karangan telah diberikan oleh guru
• Murid membina ayat berdasarkan perkataan atau rangkai kata yang telah diberikan
oleh guru.
• Murid-murid mengisi tempat kosong dengan menggunakan perkataan mereka sendiri
bagi melengkapkan perenggan.
• Kad imbasan dan kad perkataan digunakan bagi membantu murid-murid.
• Murid mengolah isi berdasarkan pendahuluan atau pengakhiran cerita yang telah
diberikan oleh guru
• Kesalahan yang minima dapat dielakkan daripada dilakukan oleh murid
• Latihan memadankan ayat boleh diberikan terlebih dahulu kepada murid
Murid-murid yang pandai diberikan aras latihan yang lebih mencabar.
• Penulisan karangan boleh dilakukan dalam bentuk grafik sebelum ditulis dalam bentuk
wacana yang lengkap.
PENDEKATAN PENGAJARAN MENGARANG
3. Pendekatan Bebas
• Sesuai untuk kumpulan murid yang sudah menguasai aspek penulisan dengan
baik.
• Murid menulis karangan berdasarkan tajuk yang diberikan oleh guru
• Murid-murid mencari isi karangan sendiri
• Murid-murid menyusun isi dan membuat rangka karangan
• Guru memberikan beberapa perkataan ataua rangkai kata tertentu bagi
membantu murid memantapkan lagi pengolahan.
• Penggunaan peribahasa digalakkan.
PENDEKATAN PENGAJARAN MENGARANG
4. Pendekatan Proses
• Tidak memberatkan hasil tetapi melibatkan proses yang dilalui oleh murid-
murid.
• Murid-murid mengumpul bahan berdasarkan tajuk yang diberikan oleh guru
• Boleh dilakukan secara berkumpulan atau individu
• Bahan-bahan yang telah dikumpul disimpan di dalam folio
• Bahan daripada folio disaring untuk menentukan kesesuaian dengan tajuk
karangan yang diberikan
• Penggunaan sumber bahan berasaskan ICT adalah sangat digalakkan.
PENDEKATAN PENGAJARAN MENGARANG
4. Pendekatan Proses
•Bahan yang tidak digunakan disimpan semula ke dalam folio untuk digunakan
kepada tajuk karangan yang lain.
Aktiviti Pengajaran:
• Murid-murid menyusun isi
• Dalam peringkat menyusun isi, murid berbincang dengan guru.
• Isi yang telah disusun, ditulis dalam bentuk rangka karangan
• Rangka karangan yang telah mantap, ditulis dalam bentuk penulisan yang
lengkap.
• Murid-murid mengedit karangan yang telah disiapkan dan melakukan
pembetulan.
• Setelah siap dan lengkap, karangan dihantar kepada guru untuk dinilai.
PENDEKATAN PENGAJARAN
MENGARANG
4. Pendekatan Proses
Peringkat Pengajaran
a. Penentuan tajuk dan pengumpulan maklumat
b. Penulisan draf
c. Penyemakan pertama
d. Penyemakan kedua
e. Penulisan draf akhir
f. Persembahan
PENDEKATAN PENGAJARAN
MENGARANG
5. Pendekatan Komunikatif
• Penulisan karangan berdasarkan fungsi bahasa sebagai alat perhubungan
• Penekanan diberikan kepada penggunaan bahasa yang berkesan dalam
mengungkapkan isi cerita dan kurang kepada aspek penstrukturan karangan
• Murid-murid diberikan latihan mengemukakan pendapat mereka tentang sesuatu
idea.
• Murid-murid diminta bercerita tentang sesuatu dalam konteks perbincangan yang
autentik
• Bentuk penulisan murid-murid lebih mirip kepada melaporkan sesuatu kejadian
dalam konteks dan suasana kejadian sebenar.
• Penggunaan bahan rangsangan seperti bahan multi media dapat membantu
murid-murid dalam mengemukakan penceritaan.
PENDEKATAN PENGAJARAN
MENGARANG
6. Pendekatan Pengalaman Bahasa
• Guru meransang perbincangan berkaitan dengan tajuk yang dipilih
• Murid-murid digalakkan memberi sumbangan untuk membina cerita
• Perkataan-perkataan tertentu yang akan digunakan dalam petikan disebut
dalam perbincangan oleh guru
• Murid-murid diminta membina ayat berdasarkan berdasarkan idea yang
mereka berikan
• Setelah selesai, guru membimbing murid memberi tajuk cerita
PENDEKATAN PENGAJARAN
MENGARANG
6. Pendekatan Pengalaman Bahasa
• Guru menulis ayat-ayat untuk membina cerita bertulis
Setelah cerita selesai…
• Guru membaca secara nyaring, murid mendengar
• Murid menyalin teks yang telah ditulis oleh guru
• Murid menggariskan perkataan yang mereka tahu
• Guru meminta murid-murid menggunakan perkataan yang mereka tahu
dalam situasi
MASALAH PENGAJARAN MENGARANG

Terdapat banyak masalah yang berhubung kait dengan


pengajaran menulis di sekolah di negara ini.
Antaranya pengaruh kesebatian penggunaan bahasa dialek Bahasa Melayu
Brunei (BMB), daerah /tempatan dan inilah faktor utama menyumbang kepada
berlakunya kesalahan penggunaan tatabahasa Bahasa Melayu Standard
(BMS) dengan betul.
PENILAIAN KEMAHIRAN MENGARANG
1. Peringkat Pramenulis
Penilaian secara tidak formal
Melalui pemerhatian terhadap gerak balas murid dalam aktiviti
pramenulis
Contoh aktiviti; gerak tangan, kordinasi tangan dan mata sama atas
kertas atau udara, pasir membentuk bulatan, garisan, awan larat,
huruf.
PENILAIAN KEMAHIRAN MENULIS
2. Peringkat Penulisan Mekanis
Teknik yang boleh digunakan ialah;
• Menekan dan menyambung garis
• Memadankan
• Menyalin
• Mengisi ruang atau petak kosong
• Melabel dan menamakan gambar
• Membetuk perkataan daripada suku kata
PENILAIAN KEMAHIRAN MENULIS
3. Peringkat Mengarang (Aspek Teknikal)
Teknik yang boleh dilakukan ialah;
• Menyalin
• Ujian Imlak
• Menulis semula petikan
PENILAIAN KEMAHIRAN MENGARANG
Menyambungkan beberapa ayat untuk membentuk satu ayat
kompleks
• Meluaskan ayat dengan menambah keterangan
• Melengkapkan ayat
• Membina ayat daripada perkataan
• Menyusun semula perkataan untuk membentuk ayat
• Menulis cerita
PENILAIAN UMUM KARANGAN

Aspek yang dinilai:


• Isi
• Ejaan
• Bahasa
• Kosa kata
• Kelancaran
• Pengolahan isi
• Ketepatan dengan tajuk
• Format (sekiranya karangan berformat)
PENILAIAN KARANGAN
1. Penilaian Secara Holistik atau Global
• Karangan dibaca dengan menanda kesalahan-kesalahan ejaan,
tanda baca, ayat, fakta, kelancaran dan kepesongan
• Berikan kedudukan markah berdasarkan gred secara keseluruhan
• Tolak sejumlah markah yang dibenarkan bagi kesalahan format
• Berikan markah akhir.
PENILAIAN KARANGAN
2. Penilaian Secara Analitikal
Menilai mengikut aspek/ bidang yang ditetapkan dalam
pemarkahan
Contoh aspek ejaan, bahasa, isi, gaya penyampaian, tanda bacaan
Markah keseluruhan berdasarkan campuran keseluruhan aspek yang
dinilai
SEKIAN, TERIMA KASIH.

Anda mungkin juga menyukai