Anda di halaman 1dari 24

PENULISAN MEKANIS

KEMAHIRAN BERBAHASA-kemahiran menulis


KEMAHIRAN MENULIS
1. Konsep Menulis
- Menulis merupakan aktiviti menghasilkan bahan-bahan bertulis.
- Menulis merupakan hasil kerja penulis-sebarang perkara diluahkan dalam bentuk huruf dan
alphabet.
- Menulis merupakan huruf atau simbol bagi menggambarkan sesuatu makna.
- Menulis merupakan satu bentuk penulisan yang digunakan oleh penulis bagi mempersembahkan
idea dan pendapat.
- Membolehkan kanak-kanak menulis dengan kemas, cantik dan tersusun.
- Kanak-kanak dapat mempelajari cara dan teknik penulisan dengan betul.
- Kanak-kanak dapat memahami apa yang ditulis mereka.
- Kanak-kanak dapat membaca apa yang ditulis.
2. Tujuan Menulis
i.Tujuan Serta-Merta
a) Mendirikan asas menulis yang kukuh
b) Membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan dengan pantas dan menyusun ayat dengan
betul
c) Membolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan dengan sempurna dalam bentuk
penulisan
d) Menyuburkan minat suka menulis dan mengarang
e) Menambah dan meluaskan pengetahuan dalam perbendaharaan kata,perkembangan bahasa
dan tulisan
ii.Tujuan Lanjut :
a) Meluaskan pengetahuan,pengalaman,perhubungan dan matlamat menerusi penulisan
b) Memberi kepuasan jiwa dalam pemikiran, pengalaman dan perasaan
c) Menyediakan mereka dengan pengetahuan supaya dapat memenuhi kehendak dan hasrat
masyarakat
3.fungsi menulis
-merangsang n melahirkan tatabahasa, idea, perbendaharaan kata, n perasaan.
-br peluang pljar teroka bdg bhs.
-perluaskn pengetahuan, lahirkn idea, n gunakn sluruh anggota mekanis9mata,tgn, akal) untuk
rgsg pmbljrn.

4. Peringkat Kemahiran Menulis


peringkat 1-(Pra menulis/persediaan)
Definisi:
- Tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti-aktiviti menulis sebelum mereka dapat
menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul
- Latihan otot tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberikan tumpuan.
- Bagi membolehkan murid menguasai kemahiran membentuk lambang huruf yang betul dan
tepat, latihan menulis hendaklah dirancang secara sistematik dan bebas agar tidak menimbulkan
rasa bosan.
Latihan2/aktiviti2nya:
Latihan pergerakan tangan mengikut arah yang betul
Gerak tangan bebas mengikut bentuk huruf

Latihan pergerakan mata melalui aktiviti menulis huruf di udara atau di atas meja
Latihan koordinasi tangan dan mata dalam membentuk corak campuran garisan lurus dan
bulatan
Latihan membentuk bulatan di udara, di meja, di lantai, di atas pasir atau di rumput
tanpa menggunakan alat tulis
peringkat 2 - (Mendirikan asas)
Definisi:
- Membentuk lambang-lambang tulisan secara bebas di atas kertas kosong yang tiada sebarang
garisan
- Kemudian, menulis dan membentuk huruf pada halaman buku bergaris empat
- Penekanan diberikan dari segi kawalan tulisan yang bertujuan.
Latihan2nya:
Latih tubi secara berterusan
Menulis perkataan dalam buku latihan bergaris empat
Menulis perkataan dengan memberikan tumpuan pada bentuk, saiz dan jarak yang betul
Melukis gambar dan menulis frasa berdasarkan gambar
Aktiviti2nya:
Menekap huruf mengikut urutan yang ditetapkan.
Menulis huruf mengikut urutan yang ditetapkan.
Memadan dan menyalin dua suku kata supaya menjadi perkataan bermakna.
Menulis huruf yang tertinggal dalam ruang kosong
Menyalin perkataan yang mudah.
Menyalin ayat-ayat yang mudah.

peringkat 3- (peringkat untuk pelahiran)


Definisi:
- Peringkat pelahiran merupakan latihan menulis sebenar
- Melahirkan fikiran secara bertulis
- Murid telah menguasai kemahiran menulis setiap huruf / abjad dan seterusnya menulis ayat-ayat.
- Murid menulis ayat-ayat yang dicontohkan oleh guru dan selanjutnya digalakkan untuk
menghasilkan ayat mereka sendiri.
Latihan2nya:
-Latihan bermula secara terkawal melalui penggunaan bahan rangsangan seperti gambar atau
perkataan.
-murid menulis dan membina ayat berdasarkan bahan rangsangan tersebut.
Aktiviti2nya :
- Membina ayat bagi melengkapkan cerita.
- Meluaskan ayat dengan menambahkan frasa yang sesuai
- Menulis jawapan bagi soalan kefahaman
- Menulis rencana yang dibacakan oleh guru
- Menulis karangan berdasarkan tajuk yang disediakan
- Menyusun semula ayat dan perenggan
5.Peringkat-peringkat penulisan juga boleh diperincikan seperti yang berikut :
1. Persediaan
2. Percubaan
3. Prakomunikasi
4. Suku kata
5. Menulis ayat
6. Memperluas dan menambah maklumat
6.Lima Kategori Penulisan
Karangan
Penulisan ringkas
Penulisan untuk majlis rasmi

Surat
Penulisan untuk papan kenyataan

7.Jenis-jenis penulisan
a. Terkawal
Definisi:
Karangan yang disediakan oleh guru. Penggunaan bahasa dan isi yang terdapat dalam Karangan
Terkawal ditentukan oleh guru,bertujuan untuk mengurangkan kesilapan dalam penulisan.
Karangan ini dapat membantu murid mengeluarkan idea tanpa diganggu oleh kesilapan
penggunaan bahasa.
Contoh:
Mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai dalam karangan yang disediakan.
Menyusun ayat-ayat yang disediakan mengikut urutan supaya menjadi sebuah karangan
lengkap.
b. Separa terkawal
Definisi:
Karangan Separa Terkawal ialah karangan yang disediakan oleh guru, tetapi murid diberi peluang
untuk menggunakan daya pemikiran mereka bagi membuat pemilihan perkataan sesuai dengan
tajuk yang disediakan.
Contoh:
Menggantikan beberapa perkataan yang telah dipadamkan dengan perkataan lain yang telah
disediakan.
c. Berpandu
Definisi:
Karangan berpandu ialah satu penulisan karangan berdasarkan panduan guru.
Contoh:
Menulis semula cerita/petikan yang dibaca.
Menulis karangan berdasarkan soalan-soalan berurutan mengenai sesuatu tajuk.
Menulis karangan dengan memindahkan bentuk daripada dialog kepada karangan penceritaan
atau sebaliknya.
d.Bebas
Definisi:
- Jenis karangan ini memberi kebebasan kepada murid untuk melahirkan idea tentang sesuatu
tajuk yang disediakan dengan menggunakan perkataan sendiri
Contoh/bentuk:

Naratif: cerita, berita, laporan, rencana, ulasan.


Argumentatif: bahas, perbincangan, kritikan.
Deskriptif: gambaran, peristiwa, benda, perwatakan.
Kreatif: puisi, cerpen, drama
Imaginatif: pengalaman.

8.kesalahan2 biasa dalam tulisan


- Kesalahan pelajar dalam menghasilkan sesuatu penulisan biasanya berdasarkan tiga faktor yang
berikut:
1. isi
2. bahasa

3. tulisan
- Faktor-faktor ini berlaku kerana masalah yang terdapat dalam p&p BM itu sendiri. Akibat
kurangnya penguasan pelajar-pelajar terhadap pelbagai jenis ayat bahasa Melayu maka berlakulah
pelbagai kesalahan dalam penulisan
4.kesalahan ejaan
- Kesalahan ini biasa dilakukan tanpa disedari pelajar
- Ini kerana mereka kurang pengetahuan atau pun terlalu terikat dengan dialek atau loghat
mereka.
5.kesalahan tatabahasa
- Kesalahan ini biasanya berlaku kerana kurangnya ilmu tentang penguasaan dan penggunaan
dalam tatabahasa.
- Boleh juga berlaku jika kurang latihan dan perhatian dari pelajar.
9.jenis penulisan secara mentalis/penglahiran
Dikuasai setelah kanak-kanak memperoleh kemahiran menulis mekanis.
Banyak melibatkan mental.
Latihan yang dijalankan untuk mendapatkan kemahiran menulis ini ialah :
I. Latihan pernyataan fikiran atau pendapat
II. Latihan pernyataan perasaan.
III. Latihan pernyataan kehendak.
IV. Latihan mengeluarkan pendapat yang tulen dan asli.
Peringkat mengajar menulis mental:
Menyalin dan meniru.
Bahan yang diberi untuk ditiru oleh murid mestilah didahului oleh karangan-karanagn lisan atau
perbincangan dalam kelas dan akhirnya ditiru dalam buku masing-masing.
Bahan yang ditiru menarik minat dan bermakna buat murid.
Contoh : seni kata lagu, resipi masakan, sajak dan kata-kata hikmat.
Menghasilkan semula
Murid menghasilkan semula tulisan tanpa bahan tulisan yang dicontohkan.
Guru menyuruh murid menghafaznya atau memperdengarkan satu bahan mudah kepada murid.
Menggabungkan
Latihan yang dibuat adalah bahan-bahan yang telah dipelajari.
Apabila murid menulisnya, mereka melakukan ubah suai bila perlu.
Contoh : latihan menggantikan perkataan, latihan tranformasi ayat.
Penulisan berpandu
Murid diberi sedikit kebebasan untuk memilih unit leksikal dan bentuk ayat tetapi dengan bahan
isi yang dikawal.
Contoh : menyudahkan cerita, diberikan perenggan-perenggan, ayat-ayat mudah dan latihan
diperluaskan dengan ayat itu.
Memerlukan murid bertindak balas secara individu.
Penulisan bebas
Murid membuat pemilihan perkara dengan mencipta ayat-ayat sendiri.
Hasil kerja murid lebih panjang dan murid menghasilkan karangan yang lebih kompleks.

BM Literasi - Konsep Penulisan


Definisi dan Konsep Penulisan

Menulis ditakrifkan sebagai proses penghasilan simbol-simbol grafik yang


disusun berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan dan seterusnya
disusun menjadi ayat. Ayat yang disusun ada kalanya panjang dan ada
kalanya pendek berdasarkan beberapa urutan yang bermakna yang
membentuk teks, nota, draf dan bahan bercetak.
Takrif lain menyebutkan menulis sebagai suatu kegiatan penghasilan simbolsimbol grafik yang disusun atur menjadi perkataan-perkataan, yang
seterusnya membentuk ayat-ayat yang bermakna. Dalam konteks yang lebih
luas, penulisan bermaksud penghasilan wacana yang bermakna dan
bermaklumat. Oleh itu, kemahiran menulis secara mekanis, iaitu kemahiran
membentuk dan menyusun simbol-simbol tulisan tidak selesai pada peringkat
itu sahaja. Sebaliknya kemahiran ini akan diteruskan dengan aktiviti
mengarang yang memerlukan penggemblengan aspek psikologi dan kognitif.
Kamarudin Husin (1999) mentakrifkan penulisan sebagai pelahiran perasaan,
fikiran dan idea dalam bentuk grafik. Bentuk-bentuk grafik itu disusun hingga
melambangkan bunyi bahasa yang dapat dibaca dan difahami maksudnya.
Rumusannya, kemahiran menulis merupakan satu kemahiran yang paling
tinggi dan penting berbanding kemahiran bahasa lain, untuk dikuasai oleh
murid-murid bukan sahaja dalam pembelajaran bahasa tetapi juga untuk
beberapa mata pelajaran lain.
3.1.2 Fungsi Menulis
Ada lapan fungsi menulis kepada murid-murid dan guru, iaitu:

1 Memotivasi atau merangsang idea dan perasaan untuk diterjemahkan


dalam bentuk tulisan.
2 Menjadikan diri mahir dalam penguasaan tatabahasa dan perbendaharaan
kata.
3 Murid-murid berpeluang untuk menerokai pelbagai bidang bahasa.
4 Memperluaskan pengetahuan dan melahirkan idea dalam bentuk
penulisan.
5 Menggunakan seluruh anggota mekanis iaitu mata, tangan, akal dan lainlain untuk merangsang pembelajaran.
6 Melatih murid mengeluarkan pendapat dan idea dalam bentuk tulisan.
7 Melatih murid menyusun huruf supaya menjadi suku kata, perkataan dan
ayat.
8 Kepuasan diri kerana boleh mengemukakan idea secara bertulis untuk
bacaan generasi akan datang.
3.1.3 Tujuan Menulis
Ada dua tujuan menulis, iaitu serta-merta dan lanjutan. Walau
bagaimanapun, tujuan seseorang itu menulis harus dilihat dari aspek kenapa
seseorang itu perlu menulis.
Tujuan Serta-merta
1 Mendirikan asas menulis yang cukup kukuh untuk membolehkan muridmurid menulis dengan baik, cekap dan pantas.
2 Membolehkan murid-murid mengeja perkataan dengan pantas dan
menyusun ayat dengan betul dan boleh difahami oleh pembacanya.
3 Kanak-kanak mengulangi pelajaran dengan membaca tulisan-tulisan yang
tercatat atau membaca buku-buku luar untuk menambah lagi isi bacaannya.
4 Membolehkan murid-murid melahirkan fikiran dan perasaan dengan
sempurna dalam bentuk tulisan.
5 Menyuburkan minat suka menulis atau mengarang.
6 Menambah dan meluaskan pengetahuan dalam perbendaharaan kata,
perkembangan bahasa dan tulisan.
7 Menyediakan murid-murid untuk menghadapi peperiksaan.
Tujuan Lanjutan
1 Meluaskan pengetahuan, pengalaman, perhubungan dan matlamat
menerusi penulisan.
2 Memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, pengalaman dan perasaan.
3 Menyediakan murid-murid dengan pengetahuan supaya mereka dapat
memenuhi kehendak dan hasrat masyarakat moden, terutamanya untuk
kepentingan diri sendiri dan masyarakat umum.

3.1.4 Jenis Kemahiran Menulis


Terdapat dua jenis kemahiran menulis, iaitu kemahiran menulis secara
mekanis dan kedua, kemahiran menulis untuk pelahiran (mental).
1 Kemahiran menulis mekanis
Merupakan kemahiran yang dikuasai pada peringkat awal supaya murid
dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca. Antara aktiviti
jenis ini termasuklah membuat corak, menekap dan membentuk huruf.
2 Kemahiran menulis untuk pelahiran (mental)
Merupakan kemahiran menulis yang bertujuan pelahiran. Biasanya dikuasai
setelah kanak-kanak memperoleh kemahiran menulis mekanis. Kemahiran ini
banyak melibatkan mental dan terbahagi kepada empat bahagian, iaitu
penyataan fikiran atau pendapat, pernyataan perasaan, pernyataan
kehendak dan terakhir mengeluarkan pendapat yang asli.
3.1.5 Aktiviti Kemahiran Menulis
1 Kemahiran menulis mekanis
(a) Latihan menulis berdasarkan beberapa bentuk geometri dan garisan yang
ada mirip bentuk-bentuk huruf. Contohnya bulat (huruf O,D), segi empat
sama (huruf H,L), segi tiga (A,V,W), garisan bengkok (S) dan lain-lain.
(b) Latihan menulis huruf daripada gambar. Contohnya bola sepak (O),
payung (J), bumbung rumah (A), tangga (H), roti (D), tongkat (T) dan lainlain.
(c) Latihan menekap huruf mengikut acuan huruf yang diperbuat daripada
kad yang berlubang atau huruf untuk nombor plat kenderaan.
(d) Menekap huruf atau perkataan yang ditulis dalam bentuk garis putusputus.
(e) Latihan menulis huruf dalam bentuk suku mudah, iaitu seperti KV atau
KVK.
(f) Latihan menamakan gambar secara terkawal. Contohnya A __ A M untuk
gambar ayam, B __ L A untuk gambar bola, atau __ U K __ untuk gambar
buku.
(g) Latihan menamakan gambar secara bebas, iaitu gambar dan eja.
(h) Latihan menyalin ayat atau frasa.

(i) Latihan menyalin ayat daripada buku teks.


2 Kemahiran menulis untuk pelahiran (mental)
(a) Aktiviti menyalin dan meniru lirik lagu, pantun, resipi masakan, sajak dan
lain-lain.
(b) Aktiviti menghasilkan semula tulisan tanpa bahan berbentuk tulisan. Ini
boleh dilaksanakan dengan memperdengarkan satu bahan mudah secara
lisan menerusi pita rakaman, kemudian meminta murid menulis semula
mengikut persepsi ayat sendiri sendiri.
(c) Aktiviti menggabungkan beberapa latihan. Caranya murid dikehendaki
menggantikan beberapa perkataan tertentu, frasa atau perenggan dalam
cerita yang diperdengarkan. Hal ini bermakna, murid menulis semula cerita
atau puisi yang diperdengarkan dengan sedikit pengubahsuaian.
(d) Penulisan berpandu, iaitu murid diminta untuk menyudahkan cerita,
memperluaskan perenggan atau ayat mudah dan sebagainya. Latihan pada
peringkat ini memerlukan murid untuk bertindak balas secara individu.
(e) Aktiviti penulisan bebas dengan memberikan kebebasan kepada muridmurid mencipta ayat sendiri bagi melahirkan pendapat. Pada peringkat ini,
hasil kerja murid lebih panjang dan murid menghasilkan karangan yang lebih
kompleks.
3.1.6 Prinsip Pemilihan dan Penyesuaian Bahan Pengajaran Penulisan
Sebelum sesuatu bahan pengajaran dibina, seseorang guru perlu mengambil
kira prinsip-prinsip pemilihan dan penyesuaian bahan pengajaran. Secara
umumnya prinsip-prinsip yang dimaksudkan itu ialah:
1 Ketetapan maklumat kandungan
2 Ketepatan bahasa dan gaya
3 Sesuai dengan umur, tahap, dan keupayaan murid
4 Sesuai dengan masyarakat, agama dan budaya
5 Sesuai dengan objektif pengajaran
6 Sesuai dengan masa pengajaran
7 Mudah diguna dan dikendalikan
Dalam pengajaran kemahiran menulis, bahan-bahan rangsangan seperti
gambar, petikan, rakaman audio (ceramah, ucapan, perbahasan dan
sebagainya), rakaman video dan filem sangat sesuai dijadikan bahan
pengajaran.
3.2 Aktiviti Pratulisan

Pratulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh murid-murid bagi
menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi yang khusus
dan boleh diterima oleh kelompok masyarakat. Pada peringkat ini, aktiviti
contengan dilakukan atas permukaan benda sedia ada dalam persekitaran
mereka dengan menggunakan bahan yang boleh meninggalkan kesan ke
atas permukaan benda tersebut. Peringkat contengan ini berkembang dari
membuat contengan bebas hingga peringkat contengan terkawal.
3.2.1 Takrif Pratulisan
Merupakan suatu kemahiran di mana murid-murid telah mempunyai
keupayaan menggunakan alat tulis dan mengetahui teknik serta cara
gerakan tangan untuk membentuk huruf. Oleh itu, penguasaan kemahiran
pratulisan bermaksud seseorang murid itu telah bersedia dari segi fizikal dan
mentalnya untuk memulakan penulisan secara mekanis.

NOTA BMM 3104 KEMAHIRAN BM (KEMAHIRAN MENULIS)

KEMAHIRAN MENULIS

Konsep Menulis

1)
Menulis ialah proses merakam atau menghasilkan bahan yang berbentuk
idea, pendapat, pengalaman, perasaan, maklumat dalam bentuk tulisan untuk
berhubung dengan orang lain atau dengan diri sendiri.

2)

Kamarudin Hj. Hj. Husin (1988;178)

Tulisan ialah bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi. Jika tulisan
itu dibunyikan semua dikatakan bahasa. Tulisan ialah alat untuk melahirkan
fikiran dan perasaan. Ia merupakan bahasa yang tersusun yang berupa rangkairangkai kata dan ayat-ayat.

3)
Asas menulis ialah pembentukan simbol-simbol tulisan dalam bahasa.
Oleh itu kemahiran asas dalam penulisan berkait rapat dengan kebolehan murid
menulis dalam bentuk tulisan yang terang, jelas dan lengkap.

4)

Juriah Long dan rakan-rakan (1990)

Menulis adalah satu proses menyampaikan buah fikiran, idea atau pendapat
dengan tepat dan berkesan kepada khalayak atau pembaca dengan
menggunakan bentuk grafik

5)

Raminah Hj. Sabran (1985 : 183)

Penulisan ialah bentuk penglahiran perasaan, fikiran dan idea ke dalam bentuk
grafik. Bentuk-bentuk grafik ini disusun hingga melambangkan bunyi bahasa
yang dapat dibaca dan difahami maksudnya.

6)

Don Bryne (1979:1)

Kita menggunakan simbol-simbol grafik semasa menulis, iaitu penggunaan


huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang-lambang
bunyi yang kita buat semasa kita bercakap

7) Rumusan

TUJUAN KEMAHIRAN MENULIS

a)
Mendirikan asas menulis yang kukuh bagi membolehkan kanak-kanak
menulis dengan baik
b)
Membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan dengan pantas dan
menyusun ayat-ayat dengan betul dan boleh difahami oleh pembaca
c)
Membolehkan kanak-kanak mengulang kaji pelajarannya dengan cara
membaca bahan-bahan bacaan
d)
Membolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan dengan
sempurna dalam bentuk tulisan
e)

Menyuburkan minat suka menulis atau mengarang

f)
Menambah dan meluaskan pengetahuan dalam perbendaharaan kata,
perkembangan bahasa dan tulisan
g)

Menyediakan kanak-kanak untuk menghadapi peperiksaan

Secara amnya terdapat dua tujuan kemahiran menulis

Tujuan serta merta

a)
Mendirikan asas menulis yang kukuh bagi membolehkan kanak-kanak
menulis dengan baik, cekap dan pantas
b)
Membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan-perkataan dengan pantas
dan menyusun ayat-ayat dengan betul dan boleh difahami oleh pembaca

c)
Kanak-kanak dapat mengulangkaji pelajarannya dengan cara membaca
tulisan-tulisan yang tercatat atau membaca buku-buku luar untuk menambah
lagi isi bacaannya
d)
Membolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan dengan
sempurna dalam bentuk penulisan
e)

Menyuburkan minat suka menulis atau mengarang.

f)
Menambah dan meluaskan pengetahuan dalam perbendaharaan kata,
perkembangan bahasa dan tulisan
g)

Menyediakan kanak-kanak untuk menghadapi peperiksaan

Tujuan Lanjut

a)
Meluaskan pengetahuan, pengalaman, perhubungan dan matlamat
menerusi penulisan
b)
Memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, pengalaman dan
perasaan. Misalnya penulis melaporkan sesuatu yang telah berlaku,
mendedahkan perkara-perkara semasa yang sedang berlaku, membuat ramalanramalan peristiwa masa depan
c)
Menyediakan mereka dengan pengetahuan ini supaya dapat
memenuhi kehendak dan hasrat masyarakat moden khasnya bagi kepentingan
diri sendiri dan untuk orang ramai umumnya.

Jenis-jenis kemahiran menulis

a)

Kemahiran menulis secara mekanis

Peringkat awal

Hasil tulisan yang kemas dan mudah dibaca

Menekap, buat corak, bentuk huruf

Bertujuan memberi latihan dan pengalaman asas sebelum tulis huruf

Latihan mekanikal yang boleh dijalankan untuk mendapatkan kemahiran


tersebut ialah :

1.
Latihan pergerakan tangan, otot, jari dan membentuk garisan, bulatan,
segi-segi, bentuk awan larat dan sebagainya.
2.
Tunjukkan cara pergerakan tangan, tulis di awangan, di pasir, di papan tulis
dan sebagainya
3.
Bermain dengan benda-benda seperti plastisin dan melatih menulis unsurunsur huruf dan perkataan
4.
Melatih atau tunjukkan cara membentuk huruf, menulis perkataan dan
ayat.
5.

Mengawasi tulisan murid tentang bentuk, saiz, tegak atau condong, jarak

6.

Melatih menulis cepat, jelas dan senang dibaca

7.

Melatih menulis cantik

Kemahiran Menulis untuk Pelahiran (Mental)

Diajar setelah kanak-kanak menguasai kemahiran

a)

Latihan pernyataan fikiran atau pendapat

b)

Latihan pernyataan perasaan

mekanis.

c)

Latihan pernyataan kehendak

d)

Latihan mengeluarkan pendapat-pendapat yang tulen dan asli

Kemahiran Dalam Penulisan

Terdapat 6 peringkat dalam kemahiran menulis

a)

Kemahiran mekanis

kemahiran membentuk huruf

dilatih guna tanda baca

selepas latihan huruf cerai, murid diasah dengan kemahiran huruf


sambung
b)

Kemahiran mengeja

disepadukan dengan kemahiran membaca

Proses pembinaan konsep

c)

Kemahiran menulis perkataan dan Kemahiran tatabahasa

menggunakan tatabahasa dengan tepat dan berkesan dalam menulis

menggunakan pelbagai jenis kata dalam pelbagai konteks

membina frasa dan ayat dengan tepat, indah dan jelas dalam penulisan

d)

Kemahiran mengumpul, memilih da menyusun isi

dapat menyusun fakta dengan berkesan

dapat memilih dan mentusun pengalaman sendiri

membuat rangka untuk tujuan penulisan

e)

Kemahiran menggunakan gaya bahasa

aspek pemilihan perkataan, kesesuaian dan kegunaan bahan yang ditulis

kesesuaian bahasa yang digunakan dalam penulisan

f)

Kemahiran membuat pertimbangan

kebolehan murid menentukan penggunaan laras bahasa yang sesuai


untuk jenis-jenis penulisan yang berlainan

Panduan merancang Kemahiran Menulis

Semasa merancang kemahiran menulis guru perlu memberi perhatian terhadap


beberapa perkara :

a)
Murid menghasilkan penulisan yang lebih baik dalam persekitaran yang
tidak formal
b)
Murid sekolah rendah lebih selesa menulis pengalaman sendiri, hal-hal
keluarga dan kawan-kawan
c)
Proses menulis dibahagi kepada tiga peringkat iaitu pramenulis, menulis
dan menyemak
d)

Menulis dilakukan untuk beberapa tujuan

e)

Murid perlu memastikan pembaca mereka apabila menulis

f)
Kualiti penulisan murid akan meningkat melalui latihan yang kerap dan
banyak

Peringkat-peringkat Pengajaran Kemahiran Menulis


a)

Peringkat Pramenulis

b)

Peringkat Mendirikan Asas

c)

Peringkat untuk Pelahiran

Peringkat Pramenulis

-Tempoh masa murid disediakan dengan aktiviti menulis


-Latihan pergerakan tangan
-Menguasai gerak tangan yang bebas
-Latihan pergerakan mata
-Latihan kordinasi tangan dan mata

Aktiviti-aktiviti Latihan Pramenulis

a)

Latihan mengikut garisan rajah dari kiri ke kanan

b)

Latihan mewarna dari kiri ke kanan atau sebaliknya

c)

Latihan membentuk bulatan tanpa menggunakan alat tulis

d)

Latihan gerak jari

e)

Latihan membentuk garisan lurus

f)

Latihan membentuk corak campuran

g)

Latihan melukis gambar yang ada garisan lurus dan bulatan

Panduan Mengajar Peringkat Pramenulis

Guru mengajar tiga peringkat perkembangan menulis


-

mengenal huruf dan bentuk-bentuk huruf

peringkat model (peniruan)

peringkat menghafal dan latih tubi (nama sendiri)

Guru mengajar cara kedudukan badan, kertas dan pensil


-

duduk dengan selesa, siku di atas meja


letakkan kertas di atas meja
Pensil dipegang dengan mengambil kira keadaan jari

Guru mengajar teknik dan prinsip asas menulis huruf


-

menyalin model huruf

menulis huruf di atas garis lurus

huruf berbentuk lurus ditulis dari atas

huruf bebentuk bulatan ditulis pusingan lawan jam

semasa menulis, mulakan dari kiri ke kanan

ruang huruf berbenuk bulat didekatkan

ruang huruf yang lurus hendaklah dijauhkan

ruang antara perkataan dijarakkan satu jari

menulis di atas garisan

Guru menolong pelajar mengenal pasti kesalahan mereka semasa menulis


-

Kesalahan dari segi bentuk huruf

Kesalahan dari segi ruang, perlu jarak atau rapat

Kesalahan dari segi saiz

Kesalahan dari segi susunan

Guru perlu sedia pelbagai alat untuk memperkembangkan kemahiran menulis


pelajar

Peringkat Mendirikan Asas

Setelah murid menjalankan latihan pramenulis, faham dan tahu memegang


pensil, duduk dengan betul, mereka boleh dilatih membentuk lambang-lambang
tulisan.

Peringkat awal murid diajar membentuk huruf di atas kertas kosong.

Jika guru berpuas hati, ajar menggunakan halaman bergaris

Langkah berikut perlu diambil kira

a)

latihan membentuk bulatan dan garis lurus di atas garisan

b)

latihan menulis huruf di atas kertas garis tiga

c)

latihan menulis huruf di atas kertas garis dua

d)
latihan membentuk lambang tulisan dengan cara yang betul dan seragam
serta mudah dibaca

Semasa menyampaikan kemahiran tersebut perkara berikut perlu diambil kira.

a)

Murid harus diperkenalkan dengan lambang huruf menggunakan gambar

b)
Sebelum latihan menulis , beri latihan bebas unuk membetulkan urat-urat
daging
c)

Kanak-kanak menulis sambil mengeja atau menyebut nama huruf

d)

Menggunakan kertas dahulu, kemudian barulah guna buku yang bergaris

e)
Setelah murid boleh menggunakan alat dengan baik, barulah dilatih
menggunakan buku dan alat-alat lain yang sesuai

Aktivti-aktiviti yang dicadangkan

a)

Menekap huruf mengikut urutan yang ditetapkan

b)

Menulis huruf mengikut urutan

c)
Memadan dan menyalin dua suku kata supaya menjadi perkataan yang
bermakna
d)

Menulis huruf yang tertinggal dalam ruang atau petak yang dikosongkan

e)

Menyalin perkataan yang mudah

f)

Menyalin ayat-ayat yang mudah dan sebagainya.

Peringkat Latihan Menulis (Imlak)

a)

Ejaan

Guru perlu pilih perkataan yang sesuai

Berlandaskan perbendaharaan kata mereka

Perkataan yang pernah didengar

Peringkatkan. Bermula yang mudah kepada yang lebih susah

Jumlah perkataan jangan terlalu banyak

Boleh gunakan aktiviti mengeja selepas aktiviti bacaan

Harus dilakukan secara lisan , kemudian dilakukan secara bertulis

Sebaik-baiknya guru dedahkan dahulu perkataan tersebut

Guru sebut dua kali barulah murid menulis

Perkataan yang ditulis haruslah diperiksa oleh guru atau secara


berpasangan

b)

Rencana

Satu cara untuk memperkukuh kemahiran membaca dan menulis

Tujuan supaya murid mahir mendengar mengeja dan menulis

Bahan-bahan rencana hendaklah berkait rapat dengan aspek-aspek


bahasa yang hendak dipelajari
-

Beri juga perhatian terhadap tanda baca

Aktiviti rencana
1.
Guru edar bahan daripada buku teks,majalah, petikan dan sebagainya.
Murid diminta membaca, mengecam dan menulis semula
2.

meminta murid menulis sama ada daripada lisan atau rakaman

3.
menukar karangan pendek atau petikan bercetak dari tulisan jawi ke dalam
tulisan rumi

Cara Menjalankan
-

Murid diberi petikan dan diminta membaca

Guru pilih bahagian-bahagian tertentu untuk direncanakan

Guru sebut ayat-ayat sama ada secara lisan atau rakaman dan murid
diminta menulis
Unsur yang dilihat dalam rencana ialah ketepatan ejaan, penggunaan
perkataan, bentuk huruf dan tanda baca
-

Periksa kerja murid. Beri markah. Setiap kesalahan perlu dibincangkan

Sebaik-baiknya dilakukan selepas aktiviti lisan atau bacaan

Peringkat Untuk Pelahiran

Setelah menguasai peringkat pramenulis dan mendirikan asas murid-murid


hendaklah digalakkan melahirkan fikiran secara bertulis.
Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah ;
a)

Mengisi silang kata

b)

Mengisi tempat kosong dalam ayat

c)

Melengkapkan ayat

d)

Menulis ayat berdasarkan perkataan

e)

Memanjangkan ayat dengan menambah rangkai kata

f)

Membentuk ayat bagi menyudahkan cerita

g)

Menulis ayat berdasarkan gambar

h)

Menulis jawapan pemahaman

i)

Menulis rencana bagi bahan yang diperlihatkan

j)

Menulis karangan daripada tajuk yang disediakan

k)
l)

Menulis cerita
Mencipta puisi

Langkah-langkah dalam mengajar tulisan

a)

Motivasi- beri kesedaran kepada murid tentang tujuan penulisan

b)
Persediaan- Pastikan murid sudah bersedia untuk menulis, peralatan dan
sebagainya
c)

Persembahan

d)
Tunjukkan peringkat atau langkah menulis kepada murid. Sila dapatkan
perhatian murid
e)

Pelaksanaan-Guru perlu beri bimbingan semasa mereka menulis

f)
Penilaian- Pilih kerja terbaik dan beri peneguhan. Tunjukkan kepada rakanrakan yang lain

JENIS-JENIS PENULISAN

Terbahagi kepada 5 jenis iaitu

a)

Terkawal

b)

Separa terkawal

c)

Berpandu

d)

Separa berpandu

e)

Bebas

Terkawal

Karangan peringkat asas.

Isi dan bahasa dikawal oleh guru

Susunan dikawal ketat

Hampir menyerupai peringkat menyalin

Tujuan untuk kurangkan kesilapan

Kelancaran dalam penggunaan bahasa sangat penting


- Peringkat meniru dan menyalin

Murid diberi banyak latihan meniru dan menyalin tulisan daripada bahan
ransangan
Semasa murid menyalin mereka melihat perkataan dengan cermat dan
menyalin dengan betul.
-

Dapat mempelajari dan mengukuh ejaan dan struktur ayat

Bahan untuk menyalin perlu dipilih untuk kesesuaian umur

Contoh latihan peringkat ini

idan prosa
ii-

menyalin ayat mudah dalam perenggan pendek atau rangkap puisi


meniru dan menyalin karangan dengan membuat pertukaran kecil

iiimenyalin karangan berformat dengan tujuan memberi pendedahan


tentang format

Separa Terkawal
Pada peringkat ini murid masih diberi kawalan walaupun tidak sepenuhnya
Murid-murid diberi peluang menggunakan sedikit daya pemikiran mereka.
Terdapat 2 peringkat iaitu :
a)

Peringkat mengingat kembali

menggunakan daya ingatan untuk mengingat kembali apa yang ditulis,


didengar dan dilihat.
-

Contoh latihan

i) Guru perdengarkan sesuatu bahan, kemudian murid tulis semula.

ii) guru padam bahan yang ditulis minta murid tulis semula
iii)Guru perlihatkan gambar, minta murid tulis semula apa yang dilihat

b)

Peringkat menggabung

Pada peringkat ini, murid bukan sahaja menggunakan daya ingatan tetapi
juga pemikiran
-

Contoh latihan

i) Guru susun kad ikut urutan cerita di papan tulis. Murid baca cerita. Kad
ditanggal dan dicampuradukkan. Murid susun semula kad kemudian menulis
mengikut urutan.
ii) Melengkapkan baris-baris puisi yang telah diberi pilihan jawapan
iii) Menyesuaikan ayat-ayat dengan gambar yang diberi lalu menyusun semula
menjadi sebuah cerita lengkap
iv) Menggabungkan rangkaikata supaya menjadi ayat yang lengkap.

Berpandu

Penulisan jenis ini memerlukan bahan ransangan untuk membantu murid


menulis. Contohnya ntuk menulis ayat mereka diberi gambar-gambar yang
berkaitan. Murid perlu menulis ayat berdasarkan gambar tersebut.
Contoh bahan ransangan seperti bahan grafik, gambar tunggal, gambar bersiri,
peta, iklan, rajah, jadual dan sebagainya.

Hasil penulisan murid hanya bergantung kepada bahan ransangan tersebut.


Murid-murid akan membina ayat-ayat berdasarkan apa yang terdapat dalam
bahan tersebut.
Penulisan jenis ini paling sesuai untuk mengajar asas karangan.

Separa Berpandu

Penulisan jenis ini memerlukan bahan ransangan juga untuk membantu murid
menulis. Namun tidak semua hasil penulisan murid begantung kepada bahan
ransangan tersebut. Murid hanya menjadikan bahan tersebut sebagai panduan
untuk atau gambaran untuk mendapatkan idea-idea untuk menulis.

Penulisan murid hanyalah berdasarkan tema atau tajuk yang diberi pada bahan
ransangan tersebut. Maksud yang tersirat boleh diambil daripada bahan
ransangan. Contoh bahan ransangan ialah gambar kemalangan : Murid-murid
boleh membina ayat-ayat atau menulis karangan berkaitan Kesan-kesan
kemalangan atau Punca-punca kemalangan

Bebas

Penulisan bebas atau karangan bebas hanya dapat dijalankan setelah muridmurid sudah mula boleh menguasai bahasa yang diajar dengan baik. Pada
peringkat ini murid-murid diberi tajuk-tajuk umum dan mereka diminta untuk
terus menumpukan perhatian kepada apa yang hendak ditulis dan bukan lagi
bagaimana hendak menulis.

Oleh kerana murid-murid ini telah mempunyai kemahiran tatabahasa dan


kemahiran mekanikal yang mencukupi, maka guru hanya perlu menumpukan
kepada isi-isi dan kesilapan bahasa yang dilakukan.

Jenis-jenis penulisan bebas seperti bentuk cerita, laporan, rencana, surat, bahan
puisi, karangan fakta dan sebagainya. Terdapat juga karangan jenis deskriptif
iaitu merangkumi gambaran suasana, peristiwa, benda dan perwatakan

Pada peringkat awal mengajar penulisan bebas guru perlu membimbing murid
untuk mendapatkan idea-idea untuk menulis. Contohnya bersoaljawab atau
membuat rangka karangan

Anda mungkin juga menyukai