Anda di halaman 1dari 21

TOPIK 1 KEMAHIRAN MENULIS 1.1 Definisi Menulis dan Tulisan 1.1.

1 Menulis Menulis merupakan keupayaan murid membina perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui. Juriah Long & rakan-rakan (1990): Menulis adalah satu proses untuk menyampaikan buah fikiran, idea atau pendapat dengan tepat dan berkesan kepada khalayak atau pembaca dengan menggunakan bentuk grafik. Tarigan (Hasani, 2005:1): menulis adalah menurunkan atau melukiskan lambang-lambang grafik yang menggambarkan suatu bahasa yang dipahami oleh seseorang, sehingga orang lain dapat membaca lambang-lambang grafik tersebut kalau mereka memahami bahasa dan grafik tersebut. Rusyana (Hasani, 2005:1): menyatakan bahwa wujud pengutaran mempergunakan bahasa disebut karangan.

sesuatu

secara

tersusun

dengan

Hasani (2005:2): menulis merupakan keterampilan berbahasa yang dipergunakan untuk berkomunikasi secara tidak langsung. Menulis merupakan kegiatan yang produktifdan ekspresif, sehingga penulis harus mampu memanfaatkan kemampuan dalam menggunakan tata tulis, struktur bahasa, dan kosakata.

1.1.2 Tulisan Tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang dipindahkan dalam bentuk grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis adalah proses memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi.

1.2 Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Kemahiran Menulis 1.2.1 Kematangan Kognitif Menurut penemuan psikolinguistik kognitif, pemerolehan bahasa dan keupayaan membaca seseorang individu bermula sejak ia dilahirkan malah kanak-kanak sememangnya telah mula belajar menulis sejak dari peringkat awal perkembangan mereka. Permulaan kanak-kanak belajar menulis boleh diperhatikan melalui tingkah laku mereka, isyarat (gesture), perbualan, cara mereka bermain dan contengan yang mereka lakukan membentukkan makna yang tertentu (Vygotsky, 1978). Ketika kanak-kanak mencipta satu penemuan baru tentang menulis melalui penerokaan kendiri dan penglibatan mereka dengan buku-buku bergambar, mereka sebenarnya telah membina pandangan kendiri tentang tulisan. Menurut Tempel et.al (1993), pembelajaran menulis di kalangan kanak-kanak adalah satu tindakan mereka melalui penemuan-penemuan kendiri. Daripada pandangan-pandangan tersebut mungkinkah kita boleh menegaskan di sini bahawa kanak-kanak mengajar diri mereka sendiri untuk bercakap, menulis dan juga membaca. 1.2.2 Kematangan Fizikal / Kemahiran Motor Perkembangan fizikal amat ditekankan dalam aspek kemahiran menulis. Terutama sekali perkembangan motor halus. Perkembangan motor halus ini ialah pertumbuhan atau perkembangan otot-otot kecil pada bahagian jari seorang kanak-kanak yang membolehkan mereka memegang objek-objek kecil seperti pensil, guli dan sebagainya dengan cekap. Perkembangan motor halus yang sempurna membolehkan seseorang kanak-kanak menulis dengan tulisan yang cantik dan cekap. Selain itu, koordinasi mata dan tangan juga dititik beratkan kerana dalam aspek perkembangan kemahiran menulis, koordinasi mata dan tangan akan menentukan sama ada seseorang kanak-kanak itu sudah bersedia unuk menulis atau tidak. Aktiviti-aktiviti yang bolah dilakukan untuk meningkatkan perkembangan motor halus : Merantai manik Menjahit kad lubang Menconteng kertas Menguli Mengunting kertas Menjentik getah Melukis gambar

Penulisan

a. Pratulisan: Melakukan pergerakkan tangan jari Mengoyak Menulis diatas pasir Membuat contengan bebas membuat contengan:- atas, bawah, sendeng, melentang, bulat ombak, gerigi. Melakukan koordinasi mata dan tangan

b. Awal tulisan Meniru abjad Menekap abjad-abjad yang terkumpul

c. Minta mereka gerak jari mengikut bentuk tulisan yang dibuat daripada pasir. Menulis asas huruf kecil Melukis bentuk asas- bentuk putus2 Menulis huruf besar.

1.1.1

Persekitaran

1. Ibu bapa Ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan anak-anak mereka dapat menulis dengan baik. Ibu bapa harus menyediakan barang-barang mainan yang dapat menggalakan perkembangan motor halus yang dapat membentuk otot-otot halus dijari. 1. Guru Guru harus menyediakan bahan-bahan latihan yang sesuai kepada kanak-kanak seperti huruf putus-putus.

1.1 Peringkat Perkembangan Menulis 1.1.1 Pra Tulisan

Peringkat pertama iaitu pratulisan adalah tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Dalam tempoh masa ini latihan otot-otot, tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberi kepada murid-murid dari awal-awal lagi. Bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran membentuk lambang-lambang yang kemas dan jelas, pelajaran tulisan yang dirancangkan haruslah sistematik, bertitik-tolak daripada aktiviti-aktiviti pratulisan yang berbentuk bebas. Latihan-latihan pratulisan menitikberatkan beberapa perkara seperti melakukan latihan-latihan pergerakan tangan terebih dahulu seperti mengerakkan jari diatas garisan atau corak yang dilakarkan di atas kertas supaya murid-murid dapat menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan sempurna. Latihan seperti membentuk bulatan di udara, di meja, di lantai, di atas pasir, di atas rumput tanpa mengunakan alat tulis seperti melukis bulatan besar dan kecil juga boleh dilakukan. Di samping itu murid-murid boleh melakukan latihan pergerakan jari dengan memainkan jari, menekan jari, mengoyangkan tangan, meramas-ramas jari dan sebagainya. Setelah mahir aktiviti tersebut murid-murid boleh melakukan latihan-latihan pergerakan mata dan seterusnya melakukan latihan-latihan yang melbatkan koordinasi tangan dan mata. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti: latihan mengikut garisan-garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan, latihan membentuk garisan lurus, latihan mewarnakan rajah berbentuk mudah dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri membentuk corak-corak gabungan antara bulatan dan garis lurus secara bebas.

1.1.1

Tulisan Mekanis Setelah murid-murid menjalankan latihan pratulisan, faham dan tahu memegang pensel serta boleh duduk dengan cara yang betul, mereka boleh dilatih membentuk lambang-lambang tulisan. Pada peringkat awal, dicadangkan murid membentuk huruf di atas kertas kosong yang tidak mempunyai sebarang garisan. Setelah didapati memuaskan barulah dilatih membentuk huruf pada halaman yang bergaris. Apabila murid mula membentuk huruf-huruf pada kertas bergaris, kawalan tulisan perlu dilakukan. Ia harus bermula daripada garisan lebar hingga kepada lembaran satu garis. Di bawah latihan menulis terkawal dari mula hingga ke lembaran satu garis itu.

Contoh aktiviti yang boleh dijalankan adalah seperti: latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan terkawal, latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua, latihan menulis huruf di atas kertas bergaris satu latihan membentuk lambang tulisan dengan cara yang betul untuk mendapat keseragaman cara menulis bagi menghasilkan tulisan yang seragam. Semasa menyampaikan kemahiran tersebut guru haruslah memberi perhatian kepada beberapa perkara iaitu kanak-kanak harus diperkenalkan kepada lambanglambang huruf dengan menggunakan gambar. Sebelum melatih menulis, baik juga diberi latihan bebas untuk membetulkan urat-urat daging kanak-kanak. Selain itu guru haruslah memberi perhatian kepada kanak untuk menulis dengan mengeja dan menyebut nama-nama huruf. Latihan juga dilakukan dengan menggunakan kertas yang dimulakan dengan tidak bergaris dan selepas itu barulah menggunakan buku yang bergaris. Seterusnya apabila kanak-kanak dapat menggunakan alat-alat dengan baik, baruah dilatih menggunakan buku dan alat-alat lain yang sesuai. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti menekap dan barulah menulis mengikut urutan yang ditetapkan. Kemudian murid-murid disuruh memadan dan menyalin dua suku kata supaya menjadi perkataan yang bermakna. Seterusnya menulis huruf yang tertinggal dalam ruang atau petak yang dikosongkan. Latihan ini diteruskan dengan menyalin perkataan yang mudah dan menyalin ayatayat yang mudah dan sebagainya.

1.1.1

Penulisan Mentalis Setelah menguasai menulis mekanis, murid-murid patut digalakkan melahirkan fikiran mereka secara bertulis. Cara-cara yang dicadangkan ialah bermula daripada yang terkawal iaitu berpandukan gambar-gambar dan perkataan, mengisi tenpat kosong, melengkapkan

ayat-ayat dengan perenggan sehingga murid-murid itu boleh menghasilkan tulisan tanpa panduan. Di antara aktiviti aktivit-aktiviti menulis yang boleh dijalankan adalah seperti mengisi silang kata, mengisi tempat kosong dalam ayat, melengkapkan ayat dengan menambah rangkai kata yang sesuai, menulis ayat yang lengkap dengan perkataan yang diberi. Selain itu aktiviti seperti memanjangkan ayat dengan menambahkan rangka kata yang sesuai juga boleh dilakukan. Seterusnya adalah aktiviti seperti membentuk ayat-ayat bagi menyudahkan cerita, menulis ayat berdasarkan gambar yang disediakan, menulis jawapan-jawapn kefahaman, menulis rencana daripada bahan yang diperlihatkan dan menulis karangan daripada tajuk yang disediakan. Pelbagai aktiviti yang dapat dijalankan supaya murid-murid dapat menguasai kemahiran menulis.

1.1.2

Kemahiran Mengarang Tujuan utama dalam pengajaran kemahiran mengarang ialah untuk membolehkan para pelajar menulis pelbagai jenis karangan tentang ilmu pengetahuan dan kegiatan harian dengan berkesan dalam erti kata dapat menyampaikan mesej penulisan kepada pembaca. (Kementerian Pendidikan Malaysia 1987) Dalam kegiatan mengarang, terdapat beberapa aspek yang perlu diajar kepada murid. Aspek-aspek tersebut ialah; Proses penulisan (peringkat) Situasi penulisan Tanggapan pelajar terhadap aspek penulis Tanggapan pelajar terhadap aspek subjek penulisan Tanggapan pelajar terhadap aspek pembaca Proses Penulisan 1. Pra penulisan Brainstorming tajuk yg dipilih Perbincangan kumpulan kecil Pembacaan @ rujukan di pusat sumber Rangka karangan Mencari pendekatan yg sesuai utk menyampaikan idea dlm bntuk karangan

2. Menulis Beri bukti utk idea Bina + kembang isi Hubung ayat + perenggan = idea luas Membentuk ayat yg jelas dan konkrit Guna tanda baca yg sesuai maksud jelas

Rancang tajuk, pengenalan dan penutup yg sesuai dgn tajuk

3. Penulisan semula Menyalin dan meniru Menghasilkan semula Menggabungkan Penulisan berpandu Penulisan bebas

Masalah mengarang: Kesalahan struktur ayat Lemah kosa kata Penggunaan ayat mudah Strategi pemulihan kemahiran mengarang: Menulis ayat mudah Menulis karangan berpandukan gambar bersiri dan tunggal Menulis karangan terkawal dan berpandu

1.1 Masalah dalam Tulisan dan Penulisan 1.1.1 Masalah Membentuk Huruf dengan Tepat

1.1.2

Ruang antara Huruf

1.1.3

Kecondongan Huruf

1.1.4

Keselarasan Saiz Huruf

1.1.5

Membina Ayat Mudah

Subjek + predikat = ayat Contoh: budak itu menangis (subjek) 1.1.6 (predikat)

Masalah Struktur Ayat (Tatabahasa) kata-kata sahaja blm beerti bahasa jika kata-kata itu tidak tersusun di dalam bentuk ayat. Apabila kata-kata tidak betul susunannya, maka bentuk bahasa menjadi salah. Contoh: ini hari Abu tidak datang.

1.1.1

Ali dan Abu baik berkawan. buku ini Awang tidak mahu membaca. Bulu di kepala saya lebat.

Membina Ayat Berdasarkan Gambar Tidak dapat mengaitkan peristiwa yang dilihat dalam gambar. Lemah dalam memahami urutan gambar bersiri. Tidak dapat memastikan bila , di mana dan bagaimana peristiwa berlaku supaya penulisan lebih jelas.

1.1.2

Menulis Karangan Pendek Lemah dalam penghasilan idea untuk penulisan. Tidak dapat membina ayat yang berkesinambungan. Idea yang sangat terhad kepada pengalaman pernah yang dilalui.

1.1.3

Salah Ejaan Meninggalkan huruf, perkataan atau imbuhan. mengganggu menganggu Pengaruh dialek mengatasi ejaan bahasa baku. calon - calun Menterbalikkan suku kata atau huruf. merdeka - medreka

1.2 Strategi Pemulihan Masalah Tulisan/Pratulis, Latihan-Latihan Pratulisan Kanak-kanak membuat contengan di atas permukaan benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran mereka dengan menggunakan bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesan ke atas permukaan benda tersebut. Peringkat contengan ini perkembangan dari membuat contengan bebas hingga ke peringkat contengan terkawal. Peringkat pra tulisan ini adalah bagi kanak-kanak mendapatkan latihan otot, tangan,jari serta kordinasi mata tangan.

Peringkat pra tulisan perlu menitikberatkan perkara-perkara berikut; Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui aktiviti seperti menggunting, mengoyak, menganyam, menampal, menguli tepung dan lain-lain. Menguasai gerak tangan bebas, cara memegang alat tulis, cara duduk dan sebagainya supaya boleh menulis dengan sempurna dan selesa. Melakukan latihan-latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dari atas ke bawah dan lain-lain. Melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata dan tangan.

1.1.1

Pergerakan Tangan dan Jari Murid disuruh mernegang pensil dengan semua jari mengelilingi pensil tersebut. Kemudian, murid diberitahu supaya membayangkan bahawa mereka sedang mengacau kuih. Mereka patut mengacau dari kanan ke kiri dalam besen yang bulat, dan seluruh anggota tangan harus dihayun; bukanlah setakat tapak tangan sahaja. Apabila murid telah mahir membuat pergerakan bulat ini, murid ditunjukkan bagaimana tiga jari harus berada di sebelah belakang pensil. pensil harus dipegang dengan ibu jari dan jari telunjuk. Murid disuruh menggerakkan pensil naik dan turun dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, sambil membiarkan tiga jari yang lain berada di keadaan senang dan selesa. Kemudian, murid disuruh meletakkan ibu jari dan jari telunjuk hampir dengan mata pensil dan disuruh melatihkan kawalan jari di kedudukan ini. Setelah itu, murid diajar melonggarkan pegangan pensil oleh ibu jari serta, jari telunjuk, supaya pensil dapat bersandar ke atas jari tengah jari hantu) di kedudukan yang betul.

1.1.2

Memegang Alat Tulis Pelbagai Jenis dan saiz Posisikan pensil pada lekukan jari tengah dan diantara jari telunjuk dan ibu jari Gunakan Ibu jari dan telunjuk untuk menggenggam pensil Pastikan posisi genggaman pensil benar saat menorehkan pensilnya diatas kertas (seperti gambar) Tidak setiap anak dapat secara alamiah bisa memegang pensil dengan baik dan benar, beberapa bahkan membutuhkan bimbingan ekstra dari orang tua dan guru agar mereka terbiasa memegang pensil dengan benar.Berikut beberapa tips yang mungkin berguna bagi anda dalam mengajarkan si kecil memegang pensil dengan tepat : Belajar Sejak Kecil Mulai usia 2 tahun ajaklah si kecil menggambar dan bermain dengan menggunakan crayon. Penggunaan crayon bersaiz lebih besar lebih bagus daripada menggunakan pensil atau bolpen.

Perlu Waktu Si kecil usia lima tahun, biasanya sudah punya keinginan untuk belajar menulis.Saat inilah diperlukan bimbingan anda untuk melatih mereka memegang pensil dengan betul baik ketika menggambar maupun menulis. Yang harus anda garisbawahi, mengubah kebiasaan lama pada anak tidak semudah anda membalikan telapak tangan, bersabarlah, kerana diperlukan beberapa waktu sebelum sikecil bisa mengubah kebiasaannya

Kedudukan Tubuh Perhatikan Posisi Tubuh sikecil tegak tetapi tidak kaku saat menulis. Hal ini dapat membantunya menggenggam pensil dengan betul. Latihan Teratur "Practices make perfect" Peraturan ini juga berlaku bagi si kecil dalam belajar memegang pensil dengan betul. Luangkan waktu paling tidak lima minit dalam sehari untuk melatih si kecil memegang pensil saat ia berusia lima tahun. Sementara untuk anak usia 9 tahun tambah 5-10 minit waktu latihan. Agar tercipta suasana yang lebih menyenangkan meminta anak untuk menggambar disela-sela waktu belajar boleh dijadikan salah satu strategi membuat anak semangat belajar. Penggunaan Pencil Grip * Penggunaan pencil grip * saat menggambar atau menulis dapat membantu anak terbiasa menggenggam pelbagai jenis pensil dengan betul, untuk kegiatan seharihari anda boleh menggunakan pencil grip * ukuran jumbo, atau alternatif lain gunakan pensil segitiga. * Pencil Grip : alat bantu menggenggam pensil berbentuk karet yang biasanya dipasangkan pada bagian bawah pensil letak jari menggenggam"

1.1.3

Koordinasi Mata dan Tangan Aktiviti pergerakan Tangan dan Mata 1 Membentuk benda daripada plastisin, tanah liat atau bubur kertas dan lain-lain. Bahan: Plastisin, tanah liat, dan bubur kertas. Aktiviti Guru/Murid: 1. Buat satu atau dua benda daripada bahan yang diberi sebagai contoh. 2. Berikan bahan kepada murid dan minta mereka membentuk benda atau model yang disukainya. Minta murid menceritakan hasil kerja mereka.

Aktiviti Pergerakan Tangan dan Mata 2

Melakar bentuk yang sesuai dari kiri ke kanan, dari kanan ke kiri dan dari atas ke bawah untuk membolehkan membentuk huruf. Bahan: Lembaran kerja, benda maujud (dulang berpasir, model pokok, model tiang bendera, bola, manik, cawan, air), kertas pendua yang mengandungi perjalanan atau arah yang dibuat dengan garisan putus-putus. Aktiviti Murid: 1. Menggolekkan bola di atas dulang berpasir dengan jari dari kiri ke kanan dan sebagainya. 2. Murid memegang cawan plastik yang penuh dengan air dengan tangan kanan dan menggerak-gerakkan tangan kanan mereka ke kiri ke kanan dan sebaliknya. Teknik memegang cawan dipelbagaikan. Murid melakar garis pada dulang pasir dari model pokok ke tiang bendera.

1.1 Latihan Tulisan Mekanis Selepas kanak2 mempelajari peringkat pramenulis, faham dan tahu memegang penselmereka dilatih membentuk lambang tulisan. Permulaannya, kanak2 dicadangkan membentuk huruf di kertas kosong tanpa garisan. Membentuk huruf pada permukaan bergaris- kawalan tulisan perlu dilakukan. Pada peringkat awal, dicadangkan murid membentuk huruf di kertas kosong yg tak mempunyai sebarang garisan. Setelah didapati memuaskan, baharulah dilatih membentuk huruf pada halaman yang bergaris. Aktiviti awal adalah tertumpu kepada menulis huruf-huruf secara bebas di atas kertas kosong, kertas petak, dan kertas garis tiga. Pada peringkat ini guru menekankan cara memegang pensel yang betul, kedudukan badan, dan bentuk huruf. Bagi kanak-kanak berkeperluan khas, guru hendaklah menggunakan berbagai-bagai kaedah dan teknik untuk mengajar kanak-kanak menulis. 1.1.1 Membentuk Huruf, Sukukata dan Perkataan Dilakukan secara berperingkat iaitu daripada akktiviti menulis huruf, sukukata dan perkataan. Melibatkan motor halus iaitu penggunaan jari murid utk menulis dan guna motor kasar iaitu cara murid memegang pensel. Kanak-kanak menulise dgn mengeja dan menyebut nama-nama huruf. Membentuk Huruf

Membentuk suku kata a-ir a-ur a-la cina ca-wan cu-ka ja-di je-da ka-yu ku-sut

Membentuk perkataan

1.1.2 1.1.3

Menulis Huruf, Sukukata dan Perkataan Menulis Huruf Kecil

1.1.4

Menulis Huruf Besar

1.1.5

Menyalin dari Pelbagai Jarak

1.2 Latihan Penulisan Mentalis 1.2.1 Menyusun dan Menulis semula Perkataan Contoh Aktiviti Menyusun dan Menulis Semula Perkataan Arahan : Susun perkataan dan tulis semula perkataan yang diberi.

1. bola.

Saya

ada

2. Adik

susu.

minum

suka

Menulis Perkataan Mudah secara Terkawal dan Berpandu Memahami dan menulis berdasarkan bahan rangsangan. Keupayaan menguasai kemahiran menulis berdasarkan bahan rangsangan. Menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan. Kaedah Pentadbiran a. Guru - Meminta murid memerhatikan gambar yang disediakan. Murid - Memerhatikan gambar yang disediakan. b. Guru - Minta murid melengkapkan ayat Murid - Melengkapkan ayat * Penilaian guru berdasarkan ayat yang dibina oleh murid.

STRATEGI PEMULIHAN MASALAH TULISAN/PRATULIS (LATIHAN-LATIHAN PRATULISAN) PENGENALAN Kanak-kanak membuat contengan di atas permukaan benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran mereka dengan menggunakan bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesan ke atas permukaan benda tersebut. Peringkat contengan ini perkembangan dari membuat contengan bebas hingga ke peringkat contengan terkawal. Peringkat pra tulisan ini adalah bagi kanak-kanak mendapatkan latihan otot, tangan,jari serta kordinasi mata tangan. Peringkat pra tulisan perlu menitikberatkan perkara-perkara berikut;

a) Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui aktiviti seperti menggunting, mengoyak, menganyam, menampal, menguli tepung dan lain-lain. b) Menguasai gerak tangan bebas, cara memegang alat tulis, cara duduk dan sebagainya supaya boleh menulis dengan sempurna dan selesa. c) Melakukan latihan-latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dari atas ke bawah dan lain-lain. d) Melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata dan tangan.

STRATEGI PEMULIHAN MASALAH TULISAN/PRATULIS Pergerakan tangan dan jari 1. Murid disuruh mernegang pensil dengan semua jari mengelilingi pensil tersebut. Kemudian, murid diberitahu supaya membayangkan bahawa mereka sedang mengacau kuih. Mereka patut mengacau dari kanan ke kiri dalam besen yang bulat, dan seluruh anggota tangan harus dihayun; bukanlah setakat tapak tangan sahaja. 2. Apabila murid telah mahir membuat pergerakan bulat ini, murid ditunjukkan bagaimana tiga jari harus berada di sebelah belakang pensil. pensil harus dipegang dengan ibu jari dan jari telunjuk. 3. Murid disuruh menggerakkan pensil naik dan turun dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, sambil membiarkan tiga jari yang lain berada di keadaan senang dan selesa. 4. Kemudian, murid disuruh meletakkan ibu jari dan jari telunjuk hampir dengan mata pensil dan disuruh melatihkan kawalan jari di kedudukan ini. 5. Setelah itu, murid diajar melonggarkan pegangan pensil oleh ibu jari serta, jari telunjuk, supaya pensil dapat bersandar ke atas jari tengah jari hantu) di kedudukan yang betul.

Memegang alat tulis Posisikan pensil pada lekukan jari tengah dan diantara jari telunjuk dan ibu jari Gunakan Ibu jari dan telunjuk untuk menggenggam pensil Pastikan posisi genggaman pensil benar saat menorehkan pensilnya diatas kertas (seperti gambar)

Tidak setiap anak dapat secara alamiah bisa memegang pensil dengan baik dan benar, beberapa bahkan membutuhkan bimbingan ekstra dari orang tua dan guru agar mereka terbiasa memegang pensil dengan benar.Berikut beberapa tips yang mungkin berguna bagi anda dalam mengajarkan si kecil memegang pensil dengan tepat : a) Belajar Sejak Kecil Mulai usia 2 tahun ajaklah si kecil menggambar dan bermain dengan menggunakan crayon. Penggunaan crayon bersaiz lebih besar lebih bagus daripada menggunakan pensil atau bolpen. b) Perlu Waktu Si kecil usia lima tahun, biasanya sudah punya keinginan untuk belajar menulis.Saat inilah diperlukan bimbingan anda untuk melatih mereka memegang pensil dengan betul baik ketika menggambar maupun menulis. Yang harus anda garisbawahi, mengubah kebiasaan lama pada anak tidak semudah anda membalikan telapak tangan, bersabarlah, kerana diperlukan beberapa waktu sebelum sikecil bisa mengubah kebiasaannya c) Kedudukan Tubuh Perhatikan Posisi Tubuh sikecil tegak tetapi tidak kaku saat menulis. Hal ini dapat membantunya menggenggam pensil dengan betul. d) Latihan Teratur "Practices make perfect" Peraturan ini juga berlaku bagi si kecil dalam belajar memegang pensil dengan betul. Luangkan waktu paling tidak lima minit dalam sehari untuk melatih si kecil memegang pensil saat ia berusia lima tahun. Sementara untuk anak usia 9 tahun tambah 5-10 minit waktu latihan. Agar tercipta suasana yang lebih menyenangkan meminta anak untuk menggambar disela-sela waktu belajar boleh dijadikan salah satu strategi membuat anak semangat belajar. e) Penggunaan Pencil Grip * Penggunaan pencil grip * saat menggambar atau menulis dapat membantu anak terbiasa menggenggam pelbagai jenis pensil dengan betul, untuk kegiatan sehari-hari anda boleh menggunakan pencil grip * ukuran jumbo, atau alternatif lain gunakan pensil segitiga. * Pencil Grip : alat bantu menggenggam pensil berbentuk getah yang biasanya dipasangkan pada bagian bawah pensil letak jari menggenggam"

Aktiviti Pergerakan Tangan dan Mata

Aktiviti pergerakan Tangan dan Mata 1 Membentuk benda daripada plastisin, tanah liat atau bubur kertas dan lain-lain. Bahan: Plastisin, tanah liat, dan bubur kertas. Aktiviti Guru/Murid: 1. Buat satu atau dua benda daripada bahan yang diberi sebagai contoh. 2. Berikan bahan kepada murid dan minta mereka membentuk benda atau model yang disukainya. 3. Minta murid menceritakan hasil kerja mereka.

Aktiviti Pergerakan Tangan dan Mata 2 Melakar bentuk yang sesuai dari kiri ke kanan, dari kanan ke kiri dan dari atas ke bawah untuk membolehkan membentuk huruf. Bahan: Lembaran kerja, benda maujud (dulang berpasir, model pokok, model tiang bendera, bola, manik, cawan, air), kertas pendua yang mengandungi perjalanan atau arah yang dibuat dengan garisan putus-putus. Aktiviti Murid:

1. Menggolekkan bola di atas dulang berpasir dengan jari dari kiri ke kanan dan sebagainya. 2. Murid memegang cawan plastic yang penuh dengan air dengan tangan kanan dan menggerak-gerakkan tangan kanan mereka ke kiri ke kanan dan sebaliknya. Teknik memegang cawan dipelbagaikan. 3. Murid melakar garis pada dulang pasir dari model pokok ke tiang bendera.

Latihan Penulisan Mentalis Penulisan

Penulisan boleh merujuk kepada dua kegiatan:

menulis aksara pada perantara dengan tujuan untuk membentukkan perkataan dan gagasan yang lain yang mewakili bahasa atau maklumattercatat; dan

penciptaan bahan-bahan yang disampaikan melalui bahasa tulisan. Terdapatnya beberapa kekecualian; umpamanya, penggunakan mesin taip untuk mencatat

bahasa secara amnya dipanggil penaipan, dan bukannya penulisan. Penulisan merujuk kepada kedua-dua kegiatan itu, dan kedua-dua kegiatan itu boleh berlaku dengan serentak. Tulisan dapat membantu ahli-ahli sejarah untuk memperolehi maklumat mengenai zaman silam daripada sumber ditulis, dilakar atau dipahat pada batu, dinding gua, kulit kayu, logam, gading, dan kertas.

Penulisan Mentalis

PENGLAHIRAN(MENTALIS) Latihan penyatuan fikiran dan kehendak. Latihan pernyataan perasaan. Latihan pernyataan kehendak. Latihan mengeluarkan pendapat tulen

Jenis-jenis dan Contoh-contoh latihan penulisan mentalis Menyusun dan menulis semula perkataan

ContohAktiv

Menulis perkataan mudah secara terkawal dan berpandu. Aktiviti Menulis perkataan mudah secara terkawal dan berpandu Memahami dan menulis berdasarkan bahan rangsangan. Keupayaan menguasai kemahiran menulis berdasarkan bahan rangsangan. Menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan.Kaedah Pentadbiran a. Guru - Meminta murid memerhatikan gambar yang disediakan. Murid - Memerhatikan gambar yang disediakan. b. Guru - Minta murid melengkapkan ayat Murid - Melengkapkan ayat * Penilaian guru berdasarkan ayat yang dibina oleh murid.

Anda mungkin juga menyukai