Anda di halaman 1dari 6

KEMAHIRAN TULISAN

DEFINISI Tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis adalah proses memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi.

PERANAN TULISAN Tulisan telah menjadi salah satu peranan yang penting dalam kehidupan kita terutamanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Antara peranan tulisan ialah untuk mendirikan asas yang kukuh supaya seseorang kanak-kanak itu dapat melahirkan idea, fikiran serta perasaan dengan baik, pantas dan cekap.Selain itu,tulisan juga berperanan untuk membolehkan kanak-kanak menyusun huruf-huruf menjadi suku kata,perkataan dan ayat sebagai alat komunikasi dalam kelompok masyarakat.Tulisan juga berperanan untuk membolehkan kanak-kanak berkemahiran dalam satu lagi komponen bahasa dan meluaskan pengetahuan, perhubungan serta matlamat hidup.Tambahan pula,peranan tulisan semakin penting bagi menyediakan, menyemai, mengasah serta mengukuhkan minat serta bakat kanak-kanak sebagai memenuhi kehendak masyarakat moden ini kerana membaca, menulis dan mengira adalah sebahagian daripada asas utama keperluan hidup masa kini. Akhir sekali,tulisan juga berperanan sebagai menghasilkan bentuk-bentuk penulisan kreatif seperti pantun, syair, sajak lain-lain bentuk puisi dan prosa yang dapat memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, perasaan bukan sahaja diri kanak-kanak itu sendiri, bahkan juga seluruh insan umumnya.

PERINGKAT- PERINGKAT PENGAJARAN MENULIS

PRATULISAN Peringkat pengajaran menulis terbahagi kepada tiga iaitu peringkat pratulisan, peringkat mekanis dan peringkat untuk pelahiran. Peringkat pertama iaitu pratulisan adalah tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Dalam tempoh masa ini latihan otot-otot, tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberi kepada murid-murid dari awal-awal lagi. Bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran membentuk lambang-lambang yang kemas dan jelas, pelajaran tulisan yang dirancangkan haruslah sistematik, bertitik-tolak daripada aktiviti-aktiviti pratulisan yang berbentuk bebas. Latihan-latihan pratulisan menitikberatkan beberapa perkara seperti melakukan latihanlatihan pergerakan tangan terebih dahulu seperti mengerakkan jari diatas garisan atau corak yang dilakarkan di atas kertas supaya murid-murid dapat menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan sempurna. Latihan seperti membentuk bulatan di udara, di meja, di lantai, di atas pasir, di atas rumput tanpa mengunakan alat tulis seperti melukis bulatan besar dan kecil juga boleh dilakukan. Di samping itu murid-murid boleh melakukan latihan pergerakan jari dengan memainkan jari, menekan jari, mengoyangkan tangan, meramas-ramas jari dan sebagainya. Setelah mahir aktiviti tersebut murid-murid boleh melakukan latihan-latihan pergerakan mata dan seterusnya melakukan latihan-latihan yang melbatkan koordinasi tangan dan mata. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti latihan mengikut garisan-garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan, latihan membentuk garisan lurus, latihan mewarnakan rajah berbentuk mudah dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri dan seterusnya membentuk corak-corak gabungan antara bulatan dan garis lurus secara bebas.

PERINGKAT TULISAN MEKANIS Setelah murid-murid menjalankan latihan pratulisan, faham dan tahu memegang pensel serta boleh duduk dengan cara yang betul, mereka boleh dilatih membentuk lambang-lambang tulisan. Pada peringkat awal, dicadangkan murid membentuk huruf di atas kertas kosong yang tidak mempunyai sebarang garisan. Setelah didapati memuaskan barulah dilatih membentuk huruf pada halaman yang bergaris. Apabila murid mula membentuk huruf-huruf pada kertas bergaris, kawalan tulisan perlu dilakukan. Ia harus bermula daripada garisan lebar hingga kepada lembaran satu garis. Di bawah latihan menulis terkawal dari mula hingga ke lembaran satu garis itu. Contoh aktiviti yang boleh dijalankan adalah seperti latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan terkawal, latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua, latihan menulis huruf di atas kertas bergaris satu dan latihan membentuk lambang tulisan dengan cara yang betul untuk mendapat keseragaman cara menulis bagi menghasilkan tulisan yang seragam. Semasa menyampaikan kemahiran tersebut guru haruslah memberi perhatian kepada beberapa perkara iaitu kanak-kanak harus diperkenalkan kepada lambanglambang huruf dengan menggunakan gambar. Sebelum melatih menulis, baik juga diberi latihan bebas untuk membetulkan urat-urat daging kanak-kanak. Selain itu guru haruslah memberi perhatian kepada kanak untuk menulis dengan mengeja dan menyebut nama-nama huruf. Latihan juga dilakukan dengan menggunakan kertas yang dimulakan dengan tidak bergaris dan selepas itu barulah menggunakan buku yang bergaris. Seterusnya apabila kanak-kanak dapat menggunakan alat-alat dengan baik , baruah dilatih menggunakan buku dan alat-alat lain yang sesuai. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti menekap dan barulah menulis mengikut urutan yang ditetapkan. Kemudian murid-murid disuruh memadan dan menyalin dua suku kata supaya menjadi perkataan yang bermakna. Seterusnya menulis huruf yang tertinggal dalam ruang atau petak yang dikosongkan. Latihan ini diteruskan dengan menyalin perkataan yang mudah dan menyalin ayat-ayat yang mudah dan sebagainya.

PERINGKAT MENULIS UNTUK PELAHIRAN Setelah menguasai menulis mekanis, murid-murid patut digalakkan melahirkan fikiran mereka secara bertulis. Cara-cara yang dicadangkan ialah bermula daripada yang terkawal iaitu berpandukan gambar-gambar dan perkataan, mengisi tempat kosong, melengkapkan ayat-ayat dengan perenggan sehingga murid-murid itu boleh menghasilkan tulisan tanpa panduan. Di antara aktiviti aktiviti-aktiviti menulis yang boleh dijalankan adalah seperti mengisi silang kata, mengisi tempat kosong dalam ayat, melengkapkan ayat dengan menambah rangkai kata yang sesuai, menulis ayat yang lengkap dengan perkataan yang diberi. Selain itu aktiviti seperti memanjangkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai juga boleh dilakukan. Seterusnya adalah aktiviti seperti membentuk ayat-ayat bagi menyudahkan cerita, menulis ayat berdasarkan gambar yang disediakan, menulis jawapan-jawapn kefahaman, menulis rencana daripada bahan yang diperlihatkan dan menulis karangan daripada tajuk yang disediakan. Pelbagai aktiviti yang dapat dijalankan supaya murid-murid dapat menguasai kemahiran menulis.

AKTIVITI-AKTIVITI LATIHAN PRATULISAN

a) Latihan mengikut garisan-garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan. i. --------- . .. ...

b) Latihan membentuk bulatan di udara, di meja, di lantai, di atas pasir, di rumput tanpa menggunakan alat tulis. BULATAN BESAR BULATAN KECIL

c) Latihan-latihan gerak jari dengan mempermain-mainkan jari, menekan-nekan jari, menggoyangkan tangan, meramas-ramas jari dan sebagainya.

d) Latihan membentuk garisan lurus. _____________________________________________________________________

f) Latihan membentuk corak-corak campuran bulatan dan garisan lurus. Dilakukan secara bebas.

g) Latihan melukis gambar-gambar yang mengandungi garisan-garisan lurus dan bulat.

AKTIVITI-AKTIVITI LATIHAN TULISAN MEKANIS i. Latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan yang terkawal.

___________________________ ___________________________

ii. Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua. iii. Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris iv.Latihan membentuk lambang tulisan dengan cara yang betul untuk mendapat keseragaman cara menulis.

Anda mungkin juga menyukai