Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI KENDIRI NAMA : SYAWARI BIN SAUFI NO I/C : 910808-03-5285 OPSYEN : PISMP 1111 PA Assalamualaikum W.B.

T Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan ini.Saya bersyukur kerana dapat menyiapkan kerja kursus pendek ini dalam tempoh yang ditetapkan dengan bantuan rakan sekumpulan yang banyak menolong saya. Semasa melaksanakan kerja kursus pendek ini banyak pengetahuan dan nilainilai yang saya perolehi. Alhamdulillah sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya dapat menyelesaikannya walaupun terdapat banyak kesilapan dan kelemahan dari pelbagai aspek yang mungkin akan mencacatkan kualiti keseluruhan tugasan. Tidak dapat dinafikan setiap kelemahan tersebut dilakukan tanpa disedari atau disedari,maka dengan itu saya dapat mengambil pengajaran buat pedoman dalam melakukan kerjakerja pada masa akan datang dengan lebih baik lagi. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Abg Mohd Daud bin Abg Taha, selaku pensyarah pembimbing bagi mata pelajaran Literasi Bahasa ini kerana memberi tunjuk ajar kepada kami sepanjang menyiapkan kerja kursus pendek ini. Melalui melaksanakan kerja kursus pendek ini,kami saya telah dikehendaki daripada untuk Aina

secara

berkumpulan,kumpulan

terdiri

Munirah,Khairel Azman dan Nurizatul Husna.Kami telah mengadakan undian bagi mendapat keputusan yang terbaik dan adil untuk menyiapkan tugasan ini dan saya mendapat tajuk tentang pra tulisan.Kami dikehendaki membuat rujukan perpustakaan dan melayari internet dan akses kepada laman web berkaitan bagi mendapatkan dan menyediakan maklumat serta membuat analisis tentang aktiviti

prabacaan,pratulisan,pemulihan bacaan dan pemulihan tulisan.Seterusnya,kami juga dihendaki membina dan menggunakan bahan bantu belajar di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik kelas dan menggunakan teknik yang telah dipilih.Kumpulan saya telah dipilih untuk menggunakan teknik boneka untuk melaksanakan tugasan

ini.Selain itu,kami juga dikehendaki untuk menyediakan nota berkenaan dalam bentuk grafik,kumpulan kami telah membahagikan tugas bagi menjimatkan masa dan saya telah mendapat tajuk tentang pratulisan.Saya mencari bahan di dalam laman web dan rujukan di perpustakaan tetapi kadang-kadang masalah internet di maktab terlalu lambat dan bahan-bahan yang penting ada juga tidak dapat diakses.Oleh sebab itu,saya telah mencari penyelesaian yang lain bagi menyiapkan tugasan ini seperti meminjam broadband kawan-kawan dan merujuk buku di luar perpustakaan serta bertukar-tukar idea dengan rakan-rakan yang lain.Kumpulan saya telah menggunakan stoking,senduk dan sebagainya sebagai bahan bantu mengajar bagi mengaplikasikan teknik boneka.Saya mendapat banyak pengalaman dan pengetahuan tentang kepentingan kepelbagaian teknik bagi menarik minat murid-murid ingin belajar. Selain itu,walaupun mengambil masa untuk menyiapkan kerja kursus pendek ini,tetapi banyak manfaat yang saya dapat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Melalui perlaksanaan kerja kursus ini,saya juga memahami betapa pentingnya kita memahami sesuatu arahan supaya objektif sesuatu kerja akan tercapai.Satu lagi yang paling penting ketepatan dalam memperolehi maklumat supaya maklumat yang kita perolehi sahih dan ada bukti. Amalan bertanya pula amat perlu dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan supaya tidak tersesat ke arah lain. Selain memperolehi pengetahuan,saya juga menghayati nilai kesabaran dan ketabahan serta sikap berkerjasama dengan rakan-rakan,untuk menyiapkan kerja kursus pendek ini,kami telah membahagikan tugas untuk mencari maklumat bagi menyiapkan tugasan ini.Kami saling berkongsi maklumat antara satu sama lain bagi menjimat dan mempercepatkan masa untuk menyiapkan tugasan yang diberikan kepada kami. Masa yang diberikan kepada kami bagi menyiapkan kerja kursus pendek ini cukup padat ,jika saya tidak membuat jadual atau perancangan yang betul-betul besar kemungkinan saya tidak dapat menyiapkan kerja kursus ini tepat pada masa yang ditetapkan kerana semua pensyarah memberi kerja kursus secara serentak dan tempoh yang diberikan untuk menyiapkan semua kerja kursus adalah singkat.

Walaubagaimanapun,saya sudah membuat perancangan dari awal-awal lagi supaya dapat menyiapkan semua kerja kursus tepat pada masanya dan cukup tidur agar tidak

mengganggu masa pembelajaran saya di dalam kelas. Akhir sekali,saya amat berterima kasih atas bantuan yang telah dihulurkan oleh rakan-rakan kerana membantu saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing kami yang telah memberi penerangan dan tunjuk ajar kepada saya sepanjang menyiapkan kerja kursus pendek ini. Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai