Anda di halaman 1dari 2

PRATULISAN

Peringkat pengajaran menulis terbahagi kepada tiga peringkat iaitu peringkat pratulisan, peringkat makanis dan peringkat pelahiran. Di peringkat pertama iaitu peringkat pratulisan adalah tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Dalam tempoh masa ini latihan otot-otot, tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberi kepada murid-murid dari awal lagi. Bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran membentuk lambang-lambang yang kemas dan jelas, pelajaran tulisan yang dirancangkan haruslah sistematik. Latihan-latihan pratulisan menitikberatkan beberapa perkara seperi melakukan latihan-latihan pergerakan tangan terlebih dahulu supaya murid-murid dapat menguasai gerak tangan yang bebas dan boleh menulis dengan selesa dan sempurna. Setelah mahir aktiviti tersebut, murid-murid boleh melakukan latihan-latihan pergerakan mata den seterusnya melakukan latihan-latihan yang melibatkan koordinasi tangan dan mata. Semasa di peringkat tulisan mekanis,murid-murid boleh dilatih membentuk lambanglambang tulisan setelah murid-murid menjalankan aktiviti latihan pratulisan. Pada peringkat awal, murid-murid dicadangkan untuk membentuk huruf di atas kertas kosong yang tidak mempunyai sebarang garisan. Setelah didapati memuaskan barulah dilatih membentuk huruf pada halaman yang bergaris supaya mengawalkan tulisan. Ia harus bermula daripada garisan lebar sehingga kepada lembaran satu garis. Semasa menyampaikan kemahiran tersebut, guru haruslah memberi perhatian kepada beberapa perkara, iaitu kanak-kanak harus diperkenalkan kepada lambang-lambang huruf dengan menggunakan gambar. Sebelum melatih menulis, baik juga diberi latihan bebas untuk membetulkan urat-urat daging kanak-kanak. Selain itu, guru juga harus diberi perhatian kepada kanak-kanak untuk menulis dengan mengeja dan menyebut namanama huruf. Latihan dilakukan dengan menggunakan kertas yang dimulakan dengan tidak bergaris dan selepas itu barulah menggunakan buku yang bergaris. Seterusnya apabila kanak-kanak dapat menggunakan alat-alat dengan baik, barulah dilatih menggunakan buku dan alat-alat lain yang sesuai. Kemudian murid-murid disuruh memadan dan menyalin dua suku kata supaya menjadi perkataan yang bermakna. Latihan ini diteruskan dengan menyalin ayat-ayat yang mudah dan sebagainya.

PRATULISAN
Semasa di peringkat menulis untuk pelahiran, murid-murid patut digalakkan melahirkanfikiran mereka secara bertulis setelah menguasai menulis mekanis. Caracara yang dicadangkan ialah bermula daripada yang terkawal iaitu berpandukan gambar-gambar dan perkataan, mengisi tempat kosong, melengkapkan ayat-ayat dengan perenggan sehingga murid-murid menghasilkan tulisan tanpa panduan. Di sini terdapat beberapa aktiviti latihan pratulisan, di antaranya adalah latihan garisangarisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan, latihan membentuk bulatan di udara, di atas pasir, di meja, di lantai tanpa menggunakan alat, latihan membentuk garisan lurus serta latihan melukis gambar-gambar yang mengandungi garisan-garisan lurus dan bulat latihan membentuk corak-corak campuran bulatan dan garisan lurus secara bebas. Antara aktiviti latihan tulisan mekanis yang boleh dilakukan adalah seperti latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan yang terkawal, latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua, latihan menulis buruf di atas kertas bergaris dan latihan membentuk lambang tulisan dengan cara yang betul untuk mendapat keseragaman cara menulis bagi kanak-kanak. Manakala aktiviti latihan kepada menulis untuk pelahiran terdapat mengisi silang kata, mengisi tempat kosong dalam ayat, menulis ayat yang lengkap dengan perkataan yang diberi. Selain itu, memanjangkan ayat dengan menanbahkan rangka kata yang sesuai juga boleh dilakukan. Akitiviti seperti membentuk ayat menyambungkan cerita dan menulis ayat berdasarkan gambar yang disediakan.

Anda mungkin juga menyukai