Anda di halaman 1dari 2

LATIHAN TULISAN MEKANIS Peringkat tulisan mekanis juga dikenali sebagaiperingkat mendirikan asas.

Setelah murid menjalankan latihan pramenulis, fahamdan tahu memegang pensel serta boleh duduk dengancara yang betul, mereka boleh dilatih membentuklambang-lambang tulisan. Kemahiran menulis mekanis bertujuan untukmenguasai kemahiran membentuk huruf-huruf besardan kecil dalam abjad dengan betul dan selanjutnyamenguasai kemahiran menulis huruf, suku kata,perkataan dan ayat. Kemahiran ini dapat dikuasai melalui beberapa aktivitiseperti membuat corak, menekap, membentuk danmenyalin huruf. Pada peringkat awal, murid dicadangkan muridmembentuk huruf di kertas kosong yang tidakmempunyai sebarang garisan. Setelah didapati memuaskan, murid dilatih pulamembentuk huruf pada halaman yang bergaris. Apabila murid mula membentuk huruf-huruf pada kertas bergaris, kawalan tulisan perludilakukan. Ianya harus bermula daripada garisan yanglebar hingga kepada lembaran satu garis. Kemahiran tulisan mekanis ini, adalahsambungan kepada kemahiran pra tulisan. Latihan yang diberikan diharap dapatmembantu kanak-kanak : a) Kemahiran mengawal dan memegang penselb) Meneliti, mengenal dan menyalin bentuk-bentukhuruf mengikut urutan yang betulc) Mendapatkan kesedaran tentang perkaitanbunyi dengan tulisan Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Rendahmenentukan kemahiran-kemahiran tulisan mekanis iniseperti berikut :a) Menekap huruf-huruf mengikut urutan yang ditetapkanb) Menulis huruf menguikut urutan yang ditetapkanc) Mengisi tempat kosong dalam ayat dengan perkataangabungan vokal dan gabungan konsonan berpandukangambard) Menulis huruf yang tertinggal dalam ruang atau petakyang dikosongkane) Menyalin perkataan yang mudahf) Menyalin ayat yang mudahg) Menyalin peraturan-peraturan yang disenaraikan PENYAMPAIAN KEMAHIRAN Semasa menyampaikan kemahiran menulis, guruharuslah memberi perhatian pada beberapa perkara :Kanak-kanak haruslah diperkenalkan kepadalambang-lambang huruf dengan menggunakan gambar Sebelum dilatih menulis, adalah lebih baik jika kanak-kanak diberi latihan bebas untuk membetulkan urat-uratdaging- Kanak-kanak menulis dengan mengeja dan menyebutnama-nama huruf Menggunakan kertas, mula-mula tidak bergaris danselepas itu barulah menggunakan buku yang bergaris.- Setelah kanak-kanak dapat menggunakan alat-alatdengan baik, barulah dilatih menggunakan buku danalat-alat lain yang sesuai. KTIVITI-AKTIVITI KEMAHIRAN MENULIS 1) L atihan menulis bentuk yang bermirip kepada huruf mengikut teknikpenulisan2 )L

atihan menulis huruf daripada gambar yang mirip kepada huruf 3 )L atihan menekap huruf mengikut acuan huruf yang diperbuat daripadakad yang berlubang4 )L atihan menekap huruf atau perkataan yang ditulis dalam bentuk garisputus-putus5 ) Menulis huruf-huruf yang dicontohkan berulang-ulang6 ) Menyalin urutan-urutan huruf yang bergabung menjadi suku kataterbuka dan tertutup7 ) Menyalin perkataan-perkataan yang terhasil dari cantuman suku kata-suku kata diatas8 )L atihan menamakan gambar-gambar secara terkawal9 ) Menyalin rangkai kata atau ayat 10) Menyalin rangkaian ayat dari buku

Anda mungkin juga menyukai