Anda di halaman 1dari 2

Latihan Imbuhan Pinjaman (Bahasa Malaysia - Tahun 5)

E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Kategori: Bahasa Malaysia UPSR, Tatabahasa

Latihan 1

Baca ayat-ayat di bawah. Gariskan perkataan berimbuhan pinjaman.

1. Encik Mazlan merupakan seorang usahawan yang berjaya dalam perniagaan


yang diceburinya sejak lima tahun lepas.

2. Hartawan itu seorang yang merendah diri dan beliau amat disenangi oleh
jiran-jirannya.

3. Datuk Siti Nurhaliza merupakan seniwati yang disegani ramai.

4. Banyak wartawan asing hadir pada majlis tersebut.

5. Abang Syafiq merupakan seorang jurutera lulusan luar negara yang


berwibawa.

6. Jamilah merupakan seorang peragawati yang terkenal

7. Nabila belajar membaca sejak di kelas prasekolah lagi.

8. Kami akan belajar tatabahasa pada setiap hari Selasa.

9. ``Cuba jauhi prasangka buruk terhadap kawan-kawan kamu, pesan Cikgu


Marina.

10.Buku yang tebal biasanya didahului dengan prakata.

Latihan 2
Baca petikan di bawah. Kemudian, salin semula ayat-ayat yang mengandungi
perkataan berimbuhan pinjaman.

Farish dan ibunya berjalan kaki untuk pergi ke poliklinik. Farishl hendak
mendapatkan rawatan doktor. Adik Farish, Fariza yang baru pulang dari kelas
prasekolah turut mengikut mereka.

Terdapat ramai orang di poliklinik itu. Farish mengambil nombor giliran.


Sementara menunggu giliran, Farish membaca senaskhah majalah. Dia membaca
rencana mengenai seorang hartawan yang terkenal. Beliau seorang dermawan yang
banyak membantu golongan miskin. Isterinya pula seorang karyawan berbakat
yang gemar menghasilkan lukisan abstrak. Ramai jutawan telah membeli hasil
karya seninya yang cantik.

Tidak lama kemudian, jururawat di kaunter memanggil nama Farish. Farish


pun masuk ke dalam bilik rawatan. Farish menjaga tatasusila semasa berurusan
dengan doktor itu. Doktor memeriksa Farish dan memberinya ubat antibiotik.

Anda mungkin juga menyukai