Anda di halaman 1dari 9

Setiap ayat mengandungi satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan

tatabahasa. Betulkan ayat tersebut tanpa menulis semula ayat tersebut.


1. “Adakah menu yang dihidangkan oleh tukang masak di hotel itu?” tanya para
peserta perlawanan memasak yang dianjurkan oleh hotel tersebut.
Istilah: perlawanan → pertandingan

Tatabahasa: Adakah → Apakah

2. Bapa saudaranya memperoleh pendapat yang agak lumayan hasil jualan pisang goreng


yang dia buat.
Istilah: buat → masak

Tatabahasa: pendapat → pendapatan

3. Biarpun wajah kedua-dua pemuda itu agak sempadan, tetapi perangai pemuda


bertubuh gempal itu lebih baik dari seorang pemuda lagi.
Istilah: sempadan → sepadan

Tatabahasa: dari → daripada

4. Seorang pegawai tinggi syarikat itu telah didakwa di mahkamah di atas


tuduhan memalapkan wang syarikat tersebut.
Istilah: memalapkan → menggelapkan

Tatabahasa: di → ke

5. Azmir tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan menjajah ke seluruh


negeri Melaka yang syarikat itu anjurkan. 
Istilah: menjajah → menjelajah

Tatabahasa: syarikat itu anjurkan → dianjurkan syarikat itu

6. Beribu ayam ternakan dimusnahkan oleh kerajaan Maxico akibat sindrom selsema


burung yang menyerang di beberapa buah daerah di negara itu.
Istilah: dimusnahkan → dihapuskan

Tatabahasa: Beribu→ Beribu-ribu


7. Semua mangsa tsunami dipindahkan oleh kami ke
pusat petempatan sementara sebaik-baik menerima arahan daripada pihak berkuasa.
Istilah: petempatan → penempatan

Tatabahasa: sebaik-baik → sebaik

8. Buku-buku Syarikat Maju Jaya paling laris sekali jualannya kerana penulis-penulis di


syarikat tersebut begitu mengutamakan kuantiti.
Istilah: kuantiti → kualiti

Tatabahasa: paling laris sekali → paling laris

9. Setelah meneliti semua syarat-syarat yang ditetapkan di dalam surat perjanjian oleh


peguam, akhirnya Muzammil bersetuju untuk menulis surat perjanjian tersebut.
Istilah: menulis → menandatangani

Tatabahasa: syarat-syarat → syarat

10. Buku itu telah saya hantar ke pengirimnya semalam mengikut alamat yang tercatat
pada bungkusan buku tersebut.
Istilah: pengirimnya → penerimanya

Tatabahasa: ke → kepada

11. Sebelum mesyuarat pada hari itu berakhir, pengerusi mesyuarat telah meminta
pandangan ahli yang hadir untuk membincangkan lain-lain hal dan
seterusnya menunda mesyuarat tersebut.
Istilah: menunda → menangguhkan

Tatabahasa: lain-lain hal → hal-hal lain

12. Pada hari ini, masalah penggunaan dadah di kalangan remaja semakin


membimbangkan dan jalan penyelesaian perlu segera diambil.
Istilah: penggunaan → pengambilan

Tatabahasa: di → dalam
13. Pada masa kini, bangunan-bangunan lama di kawasan bandar yang
sudah buruk akan dibaik pulih bagi menarik kehadiran pelancong ke negara kita.
Istilah: buruk → rosak

Tatabahasa: Pada masa kini → Kini / Pada masa ini

14. Pemilik kilang yang masih berdegil kerana membuang sisa toksik ke dalam sungai
akan disenaraihitam supaya menjadi teladan kepada pekilang yang lain.
Istilah: membuang → melepaskan

Tatabahasa: disenaraihitam → disenarai hitam

15. Remaja yang menunggang motosikal di lebuh raya itu saling potong-


memotong tanpa memikirkan takat keselamatan diri mereka sendiri.
Istilah: takat → tahap

Tatabahasa: saling potong-memotong → saling memotong

16. Ayah sangat gemarkan makanan yang dimasak oleh ibu terutamanya ayam goreng
yang dibaluti tepung itu.
Istilah: dibaluti → disaluti

Tatabahasa: gemarkan → menggemari

17. Berdasarkan kepada maklumat yang diberi oleh orang awam, akhirnya penjenayah


berbahaya itu berjaya ditangkap dan didakwa di muka perbicaraan.
Istilah: ditangkap → diberkas

Tatabahasa: kepada → daripada

18. Peminat bola sepak itu sedang membincangkan tentang corak permainan yang


ditunjukkan oleh kedua-dua buah kumpulan bola sepak dari luar negara.
Istilah: kumpulan → pasukan

Tatabahasa: membincangkan → berbincang

19. Mereka-mereka yang hadir ke majlis makan malam perdana pada malam itu


dihiburkan dengan petikan biola seorang ahli muzik tanah air yang amat terkenal.
Istilah: petikan → gesekan

Tatabahasa: Mereka-mereka → Mereka

20. Pihak polis di negara tersebut sedang giat memburu sekumpulan penjenayah yang


dipercayai masih pada ibu negara berkenaan.
Istilah: sekumpulan → segerombolan

Tatabahasa: pada → di

21. Seorang daripada peserta kereta lumba itu telah menarik diri daripada pertandingan
kerana dua butir tayar kereta yang dipandunya meletup.
Istilah: kereta lumba → lumba kereta

Tatabahasa: butir → buah

22. Tiap pagi hari minggu, ibu akan membangunkan kami daripada tidur dan mengajak


kami berjoging di taman yang berhampiran.
Istilah: membangunkan → mengejutkan

Tatabahasa: Tiap → Setiap

23. Pekerja di kilang menjahit songket itu memberi syarahan kepada kami tentang


perjalanan kilang tersebut sebaik sahaja kami sampai di situ.
Istilah: syarahan → taklimat

Tatabahasa: di → ke

24. Mereka menempuh berbagai cabaran sejak ketua keluarga itu tidak bekerja kerana
terlibat dalam kecederaan.
Istilah: kecederaan → kemalangan

Tatabahasa: berbagai → pelbagai

25. Kami amat terkejut bila mendapat tahu bahawa ada seekor lembu mati
kerana digiling kereta api di kawasan landasan itu.
Istilah: digiling → digilis
Tatabahasa: bila → apabila

26. Terdapat beribu ekor rusa telah dipelihara di kawasan ternakan Pulau Kerdas.


Istilah: dipelihara → diternak

Tatabahasa: beribu → beribu-ribu

27. Pekerja yang mengambil cuti itu menjatuhkan tandatangan kepada borang di atas


meja tersebut sebelum menyerahkan borang itu kepada pengurusnya.
Istilah: menjatuhkan → menurunkan

Tatabahasa: kepada → pada

28. Ibu menghadiahkan kakak sebuah telefon tangan kerana mendapat keputusan


cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
Istilah: tangan → bimbit

Tatabahasa: menghadiahkan → menghadiahi

29. Setengah penonton yang tidak berpuas hati telah membaling objek seperti botol
apabila para pemain gagal memasukkan gol.
Istilah: memasukkan → menjaringkan

Tatabahasa: Setengah → sesetengah

30. Pengkaji di hospital itu telah mengemukakan sebuah pendapat bagi membendung


wabak selsema burung daripada meluas kepada orang ramai.
Istilah: Pengkaji → Penyelidik

Tatabahasa: bagi → dalam

31. Adalah dimaklumkan bahawa pertunjukan pakaian ini akan dirasmikan oleh seorang


tokoh perniagaan yang terkenal.
Istilah: pertunjukan → peragaan

Tatabahasa: Adalah dimaklumkan bahawa → Dimaklumkan bahawa


32. Rakyat Malaysia perlu berusaha mengekalkan kemerdekaan negara dari masa ke
semasa agar tanah air yang tercinta ini tidak akan dijelajah lagi.
Istilah: dijelajah → dijajah

Tatabahasa: masa ke semasa  → semasa ke semasa

33. Rakyat diseru membeli barangan tempatan demi


untuk mengurangkan pegerakan wang ke luar negara.
Istilah: pegerakan → pertukaran

Tatabahasa: demi untuk → untuk

34. Anggota pasukan keselamatan itu sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan


tanah air kita dari ancaman musuh.
Istilah: bergadai → bertaruh

Tatabahasa: dari → daripada

35. Kebanyakan peserta-peserta yang menyertai acara lumba basikal itu terpaksa


melalui jalan yang berbelok-belok sebelum tiba ke garisan penamat.
Istilah: berbelok-belok → bersimpang-siur

Tatabahasa: Kebanyakan peserta-peserta → Kebanyakan peserta

36. Para peserta yang menyertai perlawanan memasak tersebut akan disediakan


dengan berapa jenis bahan masakan di ruang masakan itu.
Istilah: perlawanan → pertandingan

Tatabahasa: berapa → beberapa

37. Perdana Menteri menggesa pemaju-pemaju perumahan agar mempercepatkan kerja-


kerja pembinaan rumah kos bawah yang masih terbengkalai.
Istilah: bawah → rendah

Tatabahasa: masih → sedang

38. Menurut Badan Pencegah Rasuah, kejayaan perumahan itu ialah disebabkan oleh


kelemahan pengurusan syarikat terbabit.
Istilah: kejayaan → kegagalan

Tatabahasa: ialah → adalah

39. Nama julukan artis yang terkenal itu adalah Mawi.


Istilah: julukan → jolokan

Tatabahasa: adalah → ialah

40. Walaupun Rajagopal cuba untuk menyembunyikan perbuatan jenayah yang dia


lakukan, namun perbuatan jahatnya itu terbungkam juga.
Istilah: terbungkam → terbongkar

Tatabahasa: dia lakukan → dilakukan

41. Bagi mengatasi masalah pencemaran alam sekeliling, pihak berkuasa perlu memberi
pendidikan yang sewajarnya pada orang ramai.
Istilah: sekeliling → sekitar

Tatabahasa: pada → kepada

42. Tapak sisih yang dibawa oleh rombongan pengantin lelaki itu telah mereka


serahkan kepada pihak pengantin perempuan.
Istilah: sisih → sirih

Tatabahasa: mereka serahkan → diserahkan

43. Pengetua telah mengakui bahawa salinan sijil yang pemuda itu tunjukkan adalah
benar setelah melihat sijil asal yang dikemukakan.
Istilah: mengakui → mengesahkan

Tatabahasa: setelah→ selepas

44. Jabatan Perhilitan akan mengadakan penyiasatan untuk mendapatkan maklumat


tentang kepupusan beberapa jenis burung di negara kita dalam tempoh satu setengah
tahun.
Istilah: mengadakan → menjalankan
Tatabahasa: satu setengah tahun→ satu tahun setengah

45. Para budayawan mestilah memerah minda untuk sama-sama memikir dan mencari


jalan untuk mengatasi masalah pendidikan di negara kita.
Istilah: mengatasi → memulih

Tatabahasa: memikir → berfikir

46. Jika sekiranya surat itu hendak dikirim nanti, anda hendaklah menggunakan


khidmat pos segera.
Istilah: pos segera → pos laju

Tatabahasa: Jika sekiranya → Jika

47. Ini kerana cara ini lebih selamat dan mereka dapat menyiapkan tugasan itu
dalam tempuh yang singkat.
Istilah: tempuh → tempoh

Tatabahasa: Ini kerana → Hal ini demikian kerana

48. Sehubungan itu, beliau meminta ibu bapa dan pelajar terlibat supaya bersabar
menunggu keputusan yang bakal di buat pada minggu hadapan.
Istilah: di buat → diumumkan

Tatabahasa: Sehubungan itu → Sehubungan dengan itu

49. Tumpuan kini ialah kearah mempertingkatkan kemahiran dan keterampilan pekerja
dari masa ke semasa hingga mencapai satu tahap yang dikehendaki.
Istilah: mencapai → mencecah

Tatabahasa: masa ke semasa → semasa ke semasa

50. Kerajaan menyarankan agar pengilang dan pengusaha Malaysia sentiasa menjalankan
penyelidikan dan menggunakan teknologi terkini
untuk meningkatkan mutu barang keluaran mereka.
Istilah: meningkatkan → mempertingkatkan

Tatabahasa: barang → barangan

Anda mungkin juga menyukai