Anda di halaman 1dari 4

Nama: ______________________________( )

TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM


 Ditulis dalam 4 perenggan
 Keseluruhan jawapan tidak melebihi 120 patah pekataan

PENANDA
BAHAGIAN WACANA ISI
PERENGGAN 1
( PENDAHULUAN ) Petikan membincangkan
 tukar kata kunci pertama isi tersurat
dengan kata sinonim

PERENGGAN 2 1.
( ISI TERSURAT )
 cari isi dalam teks
berdasarkan kata
kunci pertama 2. Selain itu,

3. Di samping itu,

4. Seterusnya,

5. Bukan itu
sahaja,

6. Akhir sekali,

PERENGGAN 3
( ISI TERSIRAT ) 1.
 idea sendiri

2. Selain itu,

PERENGGAN 4
( KESIMPULAN ) Kesimpulannya,
 ada subjek/pelaku
 cadangan (perlu/harus)
 harapan (agar/supaya)
 ada hubung kait dengan kehendak isi
tersurat

( _______ patah perkataan )


Baca petikan di bawah. Buat satu rumusan tentang keburukan-keburukan merokok dan kekangan
mengatasi masalah merokok dalam kalangan pelajar. Panjang rumusan hendaklah tidak lebih daripada
120 patah perkataan.

Bagi sesetengah pihak, merokok umpama makanan harian yang tidak dapat dipisahkan. Ada juga dalam
kalangan mereka yang mengaitkan perbuatan menghisap rokok sebagai status yang menunjukkan
seseorang individu tersebut telah matang atau sebagai melambangkan imej yang bersifat kemegahan.
Biar apapun pandangan dan pendapat daripada individu tersebut, seluruh makhluk yang mampu berfikir
dengan waras tetap berpandangan bahawa perbuatan menghisap rokok adalah sesuatu yang perlu
dielakkan kerana merokok menyebabkan pembaziran wang secara jelas, apatah lagi dengan kenaikan
harga rokok yang melambung tinggi. Rokok yang dibakar adalah umpama membakar wang kertas yang
sepatutnya dapat digunakan untuk tujuan lain yang lebih berfaedah.

Ramai sedia maklum bahawa merokok menjadi punca pelbagai penyakit yang digolongkan dalam
kategori penyakit berbahaya. Antaranya, penghisap rokok terdedah pada penyakit kanser paru-paru dan
penyakit jantung. Kedua-dua penyakit berbahaya ini telah diisytiharkan sebagai pembunuh nombor satu
negara. Perokok bukan sahaja membahayakan diri mereka sendiri malah pada masa yang sama turut
membahayakan kesihatan keluarga mereka dan orang lain di sekeliling mereka. Asap rokok yang
dikeluarkan setelah dihisap adalah lebih berbahaya kepada orang lain dan kesannya adalah sama
dengan siperokok.

Bau busuk asap rokok juga boleh mengganggu keselesaan orang lain. Keadaan bertambah buruk
apabila perbuatan merokok menjejaskan pergaulan siperokok dengan orang lain. Hal ini sudah pasti akan
menimbulkan suasana yang kurang selesa malah menjejaskan komunikasi seseorang. Bayangkanlah jika
anda terpaksa berhadapan dengan siperokok dalam suasana tempat menjamu selera tertutup dan
berhawa dingin! Oleh itu, kerajaan telah menguatkuasakan undang-undang bagi melarang orang ramai
menghisap rokok di tempat-tempat awam dan di premis-premis kerajaan.

Bagi siperokok, masalah yang timbul ialah mereka akan menghadapi gejala ketagihan yang sukar
diatasi. Hanya dengan usaha dan azam yang kuat sahaja perlakuan ini mampu dibanteras, tetapi
menurut kajian yang dijalankan oleh FOMCA hanya 12 peratus sahaja daripada jumlah yang ingin
berhenti merokok mampu berbuat demikian. Sementara itu, pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia
melaporkan kes kebakaran akibat pembuangan puntung rokok kian meningkat. Hal ini berpunca daripada
sikap perokok yang suka membuang puntung rokok di merata-rata tempat.

Natijahnya, merokok bukanlah sesuatu yang perlu dibanggakan. Bukan juga simbol yang
menunjukkan kedewasaan tetapi sikap negatif yang menggambarkan ketidakwarasan seseorang individu.
Justeru, katakan tak nak untuk sebatang rokok.
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang persediaan-persediaan
graduan sebelum memasuki alam pekerjaan dan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk
mengurangkan masalah pengangguran. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.

Lambakan graduan yang menyumbang peningkatan jumlah rakyat yang menganggur di negara
kita begitu membimbangkan, walaupun kerajaan telah menyediakan pelbagai peluang untuk
memastikan mereka dapat ditempatkan dalam sektor pekerjaan. Masalah ini dapat diatasi
sekiranya graduan membuat pelbagi persediaan sebelum memasuki alam pekerjaan. Mereka
perlu mempunyai kemahiran interaksi sosial, iaitu kemahiran cara-cara berhubung dalam
kelompok sosial seperti sanggup bekerjasama, semangat setia kawan dan nilai-nilai kebersamaan
yang lain. Kemahiran ini penting untuk membolehkan graduan menyesuaikan diri dalam pelbagai
situasi yang bakal dihadapi semasa bekerja.

Selain itu, graduan perlu menguasai kemahiran komunikasi yang berkesan. Kepetahan dan
kecekapan untuk berkomunikasi dapat menjadikan mereka berkarisma dan berwibawa semasa
ditemu duga. Penguasaan pelbagai jenis bahasa di samping bahasa kebangsaan sepatutnya
menjadi keutamaan para graduan. Oleh yang demikian, mereka dapat berinteraksi dengan rakan
sekerja dari luar negara dan berupaya untuk bersaing pada peringkat global. Tidak hairanlah
graduan yang fasih bertutur dalam pelbagai bahasa mudah diambil bekerja oleh syarikat swasta
kerana mereka mempunyai kelebihan berbanding dengan graduan yang lain. Mereka turut
berpeluang untuk bekerja di luar negara ataupun bekerja dengan syarikat antarabangsa yang
berpengkalan di negara ini.

Kajian mendapati bahawa graduan yang beretika dan mempunyai nilai spiritual yang
baik biasanya mudah ditawarkan pekerjaan. Hal ini kerana reputasi yang baik sebagai pelajar
tanpa sebarang tekod salah laku akan memberikan imej positif kepada bakal majikan. Memiliki
penampilan diri yang menarik juga merupakan suatu kelebihan yang dilihat dan dinilai oleh majikan
sebelum seorang itu diambil bekerja. Dengan memiliki kelebihan tersebut, seseorang graduan
dapat menarik minat majikan dan memberikan kesan positif kepada kerjayanya. Seterusnya, para
graduan perlu menonjolkan diri sebagai individu yang mempunyai kesabaran yang tinggi dalam
menghadapi tekanan kerana alam pekerjaan lazimnya memberikan pelbagai jenis tekanan.

Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi), setiap


graduan mesti melengkapkan diri dengan elemen kepimpinan yang baik. Ciri-ciri kepimpinan ini
hanya dapat dicapai melalui penyertaan graduan dalam pelbagai aktiviti yang melibatkan kerja
berpasukan yang memerlukan mereka berbincang, merancang, menilai dan membuat keputusan.
Di samping itu, graduan seharusnya menguasai kemahiran berfikir secara kirits dan analitis supaya
mereka dapat menyumbangkan idea-idea berkualiti yang berkait rapat dengan budaya kerja
cemerlang. Jelaslah, untuk memastikan para graduan berjaya memperoleh kerja yang diidamkan,
mereka sepatutnya melakukan beberapa persediaan dan mempunyai kemahiran-kemahiran yang
penting, bukan sekadar memiliki akademik yang tinggi semata-mata.
Petikan membincangkan persiapan-persiapan graduan sebelum memasuki alam pekerjaan dan
usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk mengurangkan masalah pengangguran. (P=2m)

Antara persediaannya ialah, graduan harus mempunyai kemahiran interaksi sosial(S1) serta
menguasai kemahiran komunikasi berkesan(S2). Graduan juga perlu beretika dan mempunyai nilai spiritual
yang baik(S3). Selain itu, graduan juga perlu memiliki penampilan diri yang menarik(S4) dan juga perlu
melengkapkan diri dengan elemen kepimpinan yang baik(S5) Akhir sekali graduan perlu menguasai
kemahiran berfikir secara kritis dan analitis.(S6)

Usaha-usaha untuk mengurangkan masalah pengangguran ialah kerajaan menyediakan peluang


pekerjaan yang lebih banyak dalam pelbagai bidang (T1) . Bantuan modal juga boleh diberikan kepada
usahawan untuk memulakan perniagaan.(T2)

Kesimpulannya, graduan haruslah melakukan persediaan untuk menghadapi alam pekerjaan,


agar masa depan mereka akan terjamin.(K=2 m)

Anda mungkin juga menyukai