Anda di halaman 1dari 2

LATIHAN PENGUKUHAN (IMBUHAN APITAN)

NAMA:_____________________________( )
KELAS:_______________
LATIHAN 1
Tambahkan imbuhan apitan ber……an atau ber……kan yang paling sesuai dalam ayat di bawah.

1. Meja makan itu ________________________ kain berwarna putih. (alas)

2. Belon berwarna-warni ________________________ di dinding ruang tamu itu. (gantung)

3. Aminah ke rumah Cikgu Wani ________________________ alamat yang dibawanya. (pandu)

4. Pengemis itu tidur ________________________ lengan. (bantal)

5. Abu ________________________ peluh setelah selesai berkebun. (mandi)

6. Puan Loh dan Puan Geeta ________________________ sebelum Puan Geeta bertolak ke Kuala Lumpur.
(salam)

7. Suzana ________________________ seorang jurutera terkenal. (suami)

8. Daun-daun dari pokok rambutan itu _________________.(gugur)

9. Bendera Malaysia ________________________ di stadium Bukit Jalil. (kibar)

10. Nenek tua di rumah usang itu ________________________ seekor kucing. (teman)

11. Negeri Darul Aman ________________________ seorang yang sangat prihatin dan penyanyang. (raja)

12. Mangsa peperangan tersebut ________________________ mendapatkan bantuan makanan. (rebut)

13. Perompak itu ________________________ sepucuk pistol. (senjata)

14. Saya selesa ________________________ dengan pengurus bank itu. (urus)

15. Burung-burung itu ________________________ di udara. (terbang)

16. Kami saling ________________________ di pagi Hari Raya Aidilfitri. (maaf)

17. Majlis perkahwinan itu ________________________ warisan Melayu tradisional. (konsep)

18. Firdaus ________________________ dengan isterinya sejak dua tahun yang lalu. (kenal)

19. Saya mendoakan ikatan perkahwinan mereka ________________________ sampai akhir hayat. (kekal)

20. Puan Lily sering ________________________ khabar anak-anaknya yang belajar di luar negara.(tanya)
LATIHAN 2

Tambahkan imbuhan apitan meN-……kan atau meN-……i yang paling sesuai dalam ayat di bawah.

1. Rakyat Malaysia _______________________ sejumlah wang untuk mangsa gempa bumi. (derma)

2. Doktor Ganesh _______________________ luka pada tangan mangsa kemalangan itu. (balut)

3. Pak ismail _______________________ harga jualan lembu-lembunya. (turun)

4. Ibu _______________________ wang saku kepada adik sebelum ke sekolah. (beri)

5. Kak Amy _______________________ saya seutas jam tangan. (hadiah)

6. Lelaki tua itu _______________________ rumah usang itu hampir sepuluh tahun. (diam)

7. kamala _______________________ kayu api untuk membakar ikan. (nyala)

8. En Hairi _______________________ halaman rumah pada waktu petang. (bersih)

9. Ketua pelajar itu _______________________ bacaan ikrar pelajar. (ketua)

10. Virus selesema burung H1N1 telah _______________________ penduduk negara ini. (jangkit)

11. Chef Wan sedang _______________________ bahan-bahan untuk membuat kek. (adun)

12. Penjajah Jepun _______________________ Tanah Melayu pada tahun 1941. (duduk)

13. Su Ann _______________________ ucapan hari jadi kepada ibunya melalui aplikasi ‘whatsapp’. (kirim)

14. Unsur-unsur negatif dalam filem dikhuatiri akan _______________________ fikiran remaja. (racun)

15. Pihak sekolah _______________________ dua orang pelajarnya sebagai tokoh pelajar kerana telah
mengharumkan nama sekolah. (anugerah)

16. Ibu ______________________ teh ke dalam cawan tetamu lalu menjemput tetamu minum. (tuang)

17. Mary ______________________ daging ayam yang telah dibersihkan itu. (garam)

18. Mekanik itu sedang _______________________ kereta saya. (baik)

19. Encik Amran ingin _______________________ Siti kerana Siti sangat baik dan cantik. (kahwin)

20. Ibu ____________________ kerepek pisang yang baru digoreng itu ke dalam bekas plastik. (masuk)

Anda mungkin juga menyukai