Anda di halaman 1dari 2

DRAMA : CEMPAKA BERDARAH Baca petikan drama di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya

dengan menggunakan ayat anda sendiri. MAK JAH : Benar tuan, perangainya saling tak tumpah perangai arwah ayahnya. PROF. PETER : Ayahnya sudah lama meninggal? MAK JAH : Dah lama tuan, masa perang Jepun. Zaman pun lahir masa itu. Saya namakan dia Mohamad Zaman, zaman Jepun. PROF.PETER : Oo...begitu, tetapi mengapa Mak Jah tak menggunakan nama Mohamad Jepun? MAK JAH : Saya tak suka nama Jepun, tuan. Nama itu jahat. Orang Jepun ganas dan kejam,tentu tak baik nama mereka kita pakai. Nama orang Melayu banyak yang diambil daripada nama orang Islam, tuan. PROF. PETER : Saya tahu, apakah Orang Putih tidak baik, Mak Jah? MAK JAH : Orang Putih baik, tuan, tetapi...mereka bekas penjajah negeri ini, tuan. Tentu tak sesuai orang Melayu gunakan nama Orang Putih. PROF. PETER : Nampaknya Mak Jah begitu kuat faham nasionalisme ya... (Dipetik daripada drama Cempaka Berdarah karya A. Rahim Abdullah dalam antologi Harga Remaja, hlm 257) (i) Jelaskan pendapat Mak Jah tentang zaman pendudukan tentera Jepun. [3 markah] (ii) Pada pendapat anda, mengapakah Prof. Peter menganggap nasionalisme Mak Jah sangat kuat? [3 markah] (iii) Huraikan satu perwatakan Mak Jah berdasarkan petikan drama dan dua perwatakannya yang lain dalam keseluruhan drama. [3 markah] Skema jawapan :
(i) Pendapat Mak Jah tentang zaman pendudukan tentera Jepun. Penuh dengan kekejaman Penuh dengan keganasan Penindasan terhadap sesama manusia Orang Melayu tidak suka menggunakan nama orang Jepun untuk anak mereka, sebaliknya menggunakan nama orang Islam.

(ii) Prof Peter menganggap nasionalisme Mak Jah sangat kuat kerana

Mak Jah tidak suka menamakan anaknya dengan nama Jepun kerana Jepun ganas dan kejam. Orang Melayu tidak sesuai menggunakan nama Orang Putih keran mereka bekas penjajah Tanah Melayu.

(iii) Huraikan satu perwatakan Mak Jah berdasarkan petikan drama Memiliki semangat nasionalisme yang sangat kuat. Contohnya dia benci penjajah sehingga tidak mahu menamakan anaknya dengan nama penjajah. Duaa perwatakannya Mak Jah dalam keseluruhan drama. Prihatin tentang pelajaran anaknya. Contohnya, dia sempat bertanyakan pelajaran anaknya Zaman kepada Prof. Peter. Penyayang.

Contohnya dia bersungguh-sungguh menghalang Prof. Peter membawa Cempaka kerana amat menyayangi Cempaka seperti anaknya sendiri.

Anda mungkin juga menyukai