Anda di halaman 1dari 21

MODUL GALUS 3J TAHUN 2010

( INI BUKANNYA SOALAN RAMALAN TETAPI SEKADAR PANDUAN BERDASARKAN ANALISIS TEMA
DARIPADA BUKU TEKS )
TEMA
:
PENGANGKUTAN AWAM
TUGASAN
:
Faedah-faedah pengangkutan awam
FORMAT
:
Tiada
Isi-isi penting :
Memudahkan urusan seharian
Dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas
Mengurangkan pencemaran
Mewujudkan peluang pekerjaan
Membantu menjanakan pendapatan negara
CONTOH KARANGAN GALUS
Pengangkutan awam merupakan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan. Sebagai contoh bas, kereta api, teksi,
dan kapal terbang. Kemudahan itu disediakan di kawasan bandar dan kawasan luar bandar. Kemudahan tersebut
boleh digunakan oleh semua orang. Pelancong juga boleh menggunakan pengangkutan awam untuk menuju ke
sesuatu tempat. Terdapat banyak kepentingan pengangkutan awam.
Pengangkutan awam penting bagi memudahkan urusan seharian masyarakat. Murid-murid menggunakan
pengangkutan awam untuk pergi ke sekolah. Orang ramai pula menggunakan pengangkutan awam untuk pergi ke
pasar. Pengangkutan awam juga digunakan untuk pergi ke tempat kerja. Orang ramai menggunakan
pengangkutan awam kerana tambangnya murah.
Selain itu, pengangkutan awam dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas. Keadaan ini berlaku terutamanya di
kawasan bandar. Hal ini adalah kerana orang ramai kurang menggunakan kenderaan persendirian. Kesannya,
jumlah kenderaan yang ada di jalan raya akan berkurangan. Hal ini juga dapat menjimatkan masa untuk menuju
ke sesuatu tempat. Oleh itu, kesesakan jalan raya dapat dikurangkan.
Di samping itu, pengangkutan awam dapat mengurangkan masalah pencemaran udara. Hal ini adalah kerana asap
kenderaan kurang dilepaskan ke udara. Udara yang tercemar dapat menjejaskan kesihatan.Di dalam asap yang
tercemar itu terdapat berbagai-bagai jenis gas beracun. Kesihatan yang terjejas akan menganggu aktiviti harian
seseorang. Oleh itu, pencemaran udara boleh dikurangkan melalui penggunaan pengangkutan awam.
Seterusnya, pengangkutan awam dapat mewujudkan peluang pekerjaan. Hal ini adalah kerana pemandu
diperlukan bagi mengendalikan kenderaan awam tersebut. Contohnya seperti pemandu bas. Begitu juga dengan
kereta api yang memberikan peluang pekerjaan di setesen-setesen kereta api yang ada. Peluang pekerjaan ini
mengurangkankan kadar pengangguran. Oleh itu, orang ramai boleh mencari sumber pendapatan.
Pengangkutan awam juga dapat menjanakan pendapatan negara. Hal ini kerana pengangkutan awam juga turut
digunakan oleh pelancong. Kos hidup masyarakat boleh ditingkatkan. Hal ini demikian kerana perbelanjaan untuk
petrol telah dikurangkan. Kadar pengangguran juga boleh dikurangkan. Pendapatan negara boleh dijanakan
melalui pengangkutan awam.
Kesimpulannya, terdapat berbagai-bagai kepentingan pengangkutan awam. Oleh itu, semua pihak hendaklah
memanfaatkan penggunaan pengangkutan awam yang disediakan dengan sebaik mungkin. Semoga dengan cara
yang demikian kehidupan kita akan menjadi lebih sejahtera.

TEMA
TUGASAN

:
:

ORANG KURANG UPAYA


PERANAN PELBAGAI PIHAK UNTUK MEMBANTU ORANG KURANG

UPAYA
FORMAT

ISI-ISI PENTING

TIADA
:

Ibu bapa mendidik anak-anak supaya tidak menghina Orang Kurang Upaya (OKU)
Kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan pendidikan dan memberikan kemahiran
Pihak swasta menjaga kebajikan OKU
Media massa menyampaikan maklumat tentang OKU
Setiap individu menunjukkan nilai murni
CONTOH KARANGAN GALUS :
Orang Kurang upaya merupakan orang yang kurang bernasib baik. Mereka tidak dapat menjalani kehidupan
yang sempurna seperti kita. Mereka perlu dibantu untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Terdapat pelbagai pihak
yang perlu memainkan peranan untuk membantu Orang Kurang Upaya (OKU).
Antara peranan untuk membantu OKU ialah ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak mereka supaya tidak
menghina OKU. Hal ini demikian kerana OKU juga mempunyai perasaan seperti kita. Sebagai contoh, anak-anak
diajar supaya tidak mentertawakan golongan tersebut. Tegasnya, ibu bapa perlu mendidik anak-anak supaya
menghormati OKU.
Selain itu, pihak kerajaan boleh menyediakan pelbagai peluang pendidikan dan memberikan kemahiran kepada
golongan ini. Hal ini demikian kerana .pendidikan dan kemahiran sangat penting demi masa depan mereka.
Langkah pihak kerajaan mewujudkan Kelas Pendidikan Khas patut dipuji..Jelaslah bahawa, pihak kerajaan
memainkan peranan penting dalam membantu OKU.
Di samping itu, pihak swasta juga hendaklah turut sama membantu golongan ini menjalani kehidupan yang lebih
baik. Mereka tidak seharusnya bersikap lepas tangan. Sebagai contoh, pengusaha pusat beli-belah perlu
menyediakan kemudahan untuk golongan ini seperti lorong khas, tandas dan tempat letak kenderaan. Oleh itu,
pihak swasta perlu menunjukkan tanggungjawab mereka terhadap golongan yang kurang bernasib baik ini.
Seterusnya, pihak media massa boleh memainkan peranan mereka dengan menyebarkan maklumat tentang OKU.
Setiap maklumat mestilah disampaikan dan disebarkan kepada orang ramai. Kempen Masyarakat Penyayang
yang dilancarkan oleh pihak kerajaan perlulah disampaikan melalui saluran media massa. Kesannya, orang ramai
akan mendapat maklumat tentang OKU. Jelaslah, nasib OKU akan terbela dengan adanya peranan media massa.
Akhir sekali, setiap individu perlu menunjukkan nilai-nilai murni. Hal ini demikan kerana setiap individu
mempunyai tangungjawab masing-masing. Sebagai contoh, mereka perlu membantu golongan ini semasa melintas
jalan, menaiki bas atau ketika OKU memerlukan bantuan. Pendek kata, setiap individu hendaklah mengamalkan
nilai-nilai murni bagi membantu golongan ini.
Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh bahawa pelbagai pihak perlu memainkan peranan untuk membantu
OKU. Setiap pihak perlu berganding bahu, bak kata peribahasa berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

TEMA
TUGASAN

:
:

KELUARGA BAHAGIA
PERANAN ANAK-ANAK UNTUK MEMBAHAGIAKAN IBU BAPA

FORMAT

TIADA

ISI-ISI PENTING
Menghormati ibu bapa
Mendengar nasihat
Belajar bersungguh-sungguh
Membantu ibu bapa melakukan kerja-kerja rumah
Mendoakan kesejahteraan ibu bapa
CONTOH KARANGAN GALUS
Setiap orang di dunia ini ada ibu bapa. Ibu bapa merupakan orang yang penting dalam kehidupan anak-anak.
Tanpa ibu bapa, anak-anak tidak akan lahir ke dunia. Mereka juga tidak dapat melihat keindahan alam ini.
Terdapat pelbagai peranan yang perlu dimainkan oleh anak-anak untuk membahagiakan ibu bapa.
Salah satu peranan anak-anak untuk membahagiakan ibu bapa adalah dengan menghormati ibu bapa mereka. Hal
ini demikian kerana ibu bapalah orang yang membesarkan kita sejak kecil. Anak-anak perlu berbudi bahasa
apabila bercakap dengan ibu bapa mereka. Sebagai contoh, anak-anak tidak meninggikan suara apabila bercakap
dengan ibu bapa. Tegasnya, ibu bapa perlu dihormati oleh anak-anak demi membahagiakan mereka.
Selain itu, anak-anak perlu mendengar nasihat ibu bapa mereka. Hal ini demikian kerana tujuan mereka adalah
untuk kebaikan anak-anak. Anak-anak mestilah mematuhi segala pesanan yang diberikan oleh orang tua mereka.
Sebagai contoh,,jika ibu bapa menasihati kita supaya berbuat baik kepada orang lain, kita perlulah mentaatinya.
Jelaslah bahawa, anak-anak dapat membahagiakan ibu bapa apabila mendengar nasihat mereka.
Di samping itu, peranan anak-anak bagi membahagiakan ibu bapa adalah dengan belajar bersungguh-sungguh. Ibu
bapa akan berasa gembira apabila anak-anak mereka berjaya. Anak-anak perlu rajin membaca dan membuat
ulang kaji setiap hari. Sebagai contoh, anak-anak menyelesaikan kerja rumah yang diberikan oleh guru tanpa
dipaksa. Oleh itu, anak-anak perlu belajar bersungguh-sungguh demi membahagiakan ibu bapa mereka.
Seterusnya, anak-anak hendaklah membantu ibu bapa melakukan kerja-kerja di rumah. Jika anak-anak
membantu ibu bapa, segala tugas dapat dilakukan dengan mudah. Anak-anak membantu ibu bapa mengemas
rumah, memasak, menjaga adik, menyiram pokok bunga dan kerja-kerja rumah yang lain. Kesannya, rumah akan
bersih dan ceria. Jelaslah, ibu bapa akan bahagia apabila anak-anak membantu mereka.
Akhir sekali, anak-anak mestilah mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka. Hal ini demikan kerana ibu bapa
akan mendapat kebaikan daripada doa yang dipohon. Sebagai contoh, ibu bapa akan dilindungi Tuhan daripada
keburukan seperti ditimpa sakit atau sebarang masalah lain. Pendek kata, anak-anak dapat membahagiakan ibu
bapa dengan mendoakan kesejahteraan mereka.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai cara yang dapat dilakukan oleh anak-anak untuk membahagiakan ibu bapa
mereka. Anak-anak tidak seharusnya melupakan jasa ibu bapa mereka seperti kacang lupakan kulit Anak-anak
perlu ingat bahawa syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu.

TEMA
TUGASAN

:
:

KARYA SASTERA / KOMSAS


FAEDAH MEMBACA KARYA SASTERA

FOTMAT

ISI-ISI PENTING

TIADA
:

Menambahkan ilmu pengetahuan


Memupuk nilai-nilai urni
Memberikan kesedaran/dapat dijadikan teladan
Meningkatkan kemahiran berbahasa
Meningkatkan semangat cinta akan negara
CONTOH KARANGAN GALUS
Membaca merupakan amalan yang mulia. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa membaca jambatan ilmu.
Membaca karya sastera perlu dipupuk dalam kalangan pelajar. Antara contoh karya sastera ialah novel, puisi,
cerpen dan prosa tradisional. Oleh itu, terdapat banyak faedah membaca karya sastera.
Faedah pertama membaca karya sastera ialah dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Dengan membaca karya
sastera, pelajar dapat mengetahui perkara-perkara baharu. Secara tidak langsung, mereka dapat membuka minda
dan meluaskan pengetahuan. Mereka tidaklah menjadi seperti katak di bawah tempurung. Jelaslah bahawa
membaca karya sastera meningkatkan ilmu pengetahuan.
Seterusnya, membaca karya sastera dapat memupuk nilai-nilai murni. Banyak nilai murni yang terkandung dalam
sesebuah karya novel. Antara nilai murni yang terdapat dalam karya sastera ialah nilai kasih sayang, tolongmenolong dan hormat-menghormati. Sebagai contoh, dalam novel Di Hadapan Pulau, Aziz menghormati orang
yang lebih tua daripadanya. Tegasnya, nilai-nilai murni dapat dipupuk sekiranya pelajar membaca karya sastera.
Selain itu, membaca karya sastera dapat memberi kesedaran kepada pembaca. Hal ini adalah kerana pengarang
banyak memasukkan unsur pengajaran dalam karya sastera. Sebagai contoh, dalam cerpen Menatap Wajahnya,
Muliati seorang pelajar yang gigih berusaha walaupun dia cacat. Jadi, pembaca dapat mengambil pengajaran
daripada peristiwa yang berlaku. Hal ini bertepatan dengan peribahasa, yang baik jadikan teladan, yang buruk
dijadikan sempadan. Oleh itu, membaca karya sastera akan menimbulkan kesedaran kepada pelajar.
Di samping itu, membaca karya sastera dapat meningkatkan penguasaan berbahasa. Karya sastera banyak
menggunakan bahasa yang menarik. Pemilihan kata yang indah dapat membantu dalam meningkatkan kemahiran
menulis pelajar dan dapat memberikan impak positif kepada pelajar. Sesungguhnya, karya sastera dapat
meluaskan kosa kata dan kemahiran berbahasa pelajar pelajar.
Faedah terakhir, membaca karya sastera meningkatkan semangat cinta akan negara.
Melalui novel Putera Gunung Tahan, Ratu Bongsu mempunyai semangat cinta akan negara dengan
mempertahankan puncak Gunung Tahan. Kesannya, semangat cinta akan negara dapat dipupuk dalam jiwa
pelajar. Jelaslah, semangat cinta akan negara dapat ditingkatkan melalui karya sastera.
Kesimpulannya, memang tidak dapat dinafikan bahawa karya sastera penting dalam kehidupan masyarakat. Oleh
itu,semua pihak perlulah bekerjasama memupuk minat membaca karya sastera dalam kalangan pelajar.
Kerjasama yang erat umpama aur dengan tebing dapat membantu pelajar menghayati karya sastera dengan baik.
Karya sastera sebenarnya dapat melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
[369 patah kata]

TEMA
TUGASAN

:
:

SEMANGAT KEJIRANAN
COGAN KATA JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT

FORMAT

TIADA

ISI-ISI PENTING :
Memupuk hubungan baik antara jiran
Memupuk nilai kerjasama
Membantu jiran yang menghadapi kesusahan
Menjamin keselamatan masyarakat
Mengenali adat budaya kaum yang lain
CONTOH KARANGAN GALUS :
Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita. Jiran sangat penting kerana
mereka menjadi sahabat dan orang yang rapat dengan kita. Mereka akan membantu kita apabila kita menghadapi
kesusahan. Oleh itu, jiran sepakat membawa berkat perlu diamalkan oleh masyarakat hari ini.
Jiran penting untuk memupuk hubungan baik antara jiran. Hubungan baik dapat dipupuk melalui aktiviti gotongroyong. Melalui aktiviti ini, mereka dapat berkenalan dan bertanya khabar antara satu sama lain. Kesannya,
hubungan sesama jiran semakin erat. Kerjasama yang erat ini bertepatan dengan peribahasa seperti aur dengan
tebing. Jelaslah, kerjasama penting untuk memupuk hubungan yang baik antara jiran.
Selain itu, jiran juga dapat memupuk nilai kerjasama sesama jiran. Nilai kerjasama ini penting untuk melahirkan
masyarakat yang sepakat. Setiap individu akan membantu jiran mereka semasa mengadakan majlis seperti
kenduri-kendara. Aktiviti akan menjadi mudah kerana muafakat membawa berkat. Oleh itu, nilai kerjasama
penting dalam amalan kejiranan.
Di samping itu, jiran yang baik akan membantu orang lain yang menghadapi
kesusahan. Mereka akan menziarahi jiran yang sakit. Mereka juga akan memberi bantuan wang ringgit untuk
meringankan beban jiran. Mereka dapat menyelesaikan banyak masalah. Sesungguhnya, amalan baik ini seperti
kata pepatah, ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.
Seterusnya, jiran juga dapat menjamin keselamatan masyarakat. Jiran akan
bersama-sama menjaga kawasan kediaman daripada kejadian pecah rumah. Mereka boleh membuat rondaan pada
waktu malam bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Selain itu, mereka akan melaporkan kejadian
tersebut kepada pihak polis. Jelaslah, jiran dapat menjamin keselamatan masyarakat setempat.
Akhirnya, jiran dapat mengenali adat dan budaya kaum yang lain. Pada musim perayaan, kita dapat mengenali
pakaian tradisional kaum yang lain seperti sari, baju kurung dan lain-lain. Mereka juga boleh menikmati pelbagai
jenis makanan tradisi. Selain itu, adat resam sesuatu kaum dapat diketahui oleh jiran yang berlainan kaum. Oleh
itu, kita perlu mengenali adat dan budaya jiran.
Kesimpulannya, jiran sepakat membawa berkat penting dalam masyarakat. Semua pihak hendaklah mengamalkan
semangat kejiranan. Amalan ini perlu diteruskan demi memelihara keamanan dan keharmonian masyarakat.
(355 patah perkataan)

TEMA
TUGASAN

:
:

SENI MEMPERTAHANKAN DIRI


FAEDAH-FAEDAH MEMPELAJARI SENI MEMPERTAHANKAN DIRI

FORMAT

ISI-ISI PENTING

TIADA
:

Membina disiplin diri


Menyihatkan tubuh badan/ kecerdasan minda
Mempertahankan diri daripada ancaman
Memupuk nilai murni
Membentuk hubungan baik dengan orang lain

Sejak kebelakangan ini, kegiatan jenayah yang semakin memuncak seperti kes ragut, rogol, rompak dan bunuh di
negara kita mendorong rakyat Malaysia untuk mempelajari seni mempertahankan diri terutamanya dalam
kalangan golongan remaja. Hal ini menyebabkan pusat seni mempertahankan diri semakin banyak ditubuhkan di
negara kita bagai cendawan tumbuh selepas hujan.
Seni mempertahankan diri dapat membentuk disiplin diri. Disiplin yang terbentuk ini akan menjadikan remaja
lebih rasional iaitu dapat menilai sesuatu perkara dengan lebih baik dan menerima perkara-perkara yang baik
sahaja. Hal in seterusnya dapat mengelakkan diri mereka daripada terjebak ke dalam lembah kehinaan. Selain
itu, akidah yang baik juga terbentuk daripada disiplin diri yang kukuh. Jelasnya, perkara-perkara yang tidak
bermoral tidak mungkin dilakukan oleh remaja yang menguasai seni mempetahankan diri.
Selain itu, seni mempertahankan diri mampu melindungi seseorang daripada sebarang ancaman. Hal ini amat
penting terutamanya kepada golongan remaja perempuan yang terdedah kepada pelbagai ancaman yang
melanda. Sebagai contoh silat bagi orang Melayu, wushu bagi orang Cina, silamban bagi orang India dan
sebagainya. Justeru, remaja perempuan patut menyediakan payung sebelum hujan dengan menguasai kemahiran
ini. Sesungguhnya seni mempertahankan diri merupakan satu perlindungan daripada sebarang ancaman.
Di samping itu, seni mempertahankan diri juga menyihatkan tubuh badan individu. Seni mempertahankan diri ini
melibatkan aktiviti senaman yang banyak. Badan seseorang yang mempelajari seni ini akan menjadi cergas, kuat
dan bertenaga. Contohnya,dalam seni silat, mereka akan membuat aktiviti memanaskan badan, berlatih
menggunakan peralatan dan bersenam. Selain itu, seni mempertahankan diri juga akan mencerdaskan
minda..Jelaslah, seni memepertahankan diri boleh menyihatkan badan dan mencerdaskan minda seseorang kerana
badan cergas minda cerdas.
Tambahan lagi, seni mempertahankan diri juga akan membentuk hubungan baik antara seseorang remaja dengan
orang lain. Mereka dapat berjumpa dan berkenalan dengan rakan-rakan yang berlainan bangsa. Di samping itu,
mereka dapat mengenali budaya bangsa mereka. Hal ini membentuk kerjasama dan hubungan yang erat antara
kaum. Oleh itu, hubungan baik antara satu sama lain dapat dijalin seperti aur dengan tebing.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai kebaikan mempelajari seni mempertahankan diri. Oleh itu setiap individu harus
mempelajari seni mempertahankan diri. Oleh itu, seni mempertahankan diri perlulah dijadikan amalan dalam
kehidupan seharian.

TEMA
TUGASAN
FORMAT

:
:
:

BELI BARANGAN BUATAN TEMPATAN


KEPENTINGAN MEMBELI BARANGAN BUATAN TEMPATAN
TIADA

ISI-ISI PENTING :
menjimatkan perbelanjaan
Industri tempatan semakin berkembang
Peluang pekerjaan dalam bidang industri tempatan semakin berkembang.
Imej negara dapat ditingkatkan
Pengaliran mata wang keluar negara dapat dikurangkan
CONTOH KARANGAN GALUS

Kempen 'Beli Barangan Malaysia' bertujuan menggalakkan rakyat membeli barangan tempatan. Rakyat perlu
menyokong kempen tersebut. Kini, sudah tiba masanya rakyat mengubah sikap dan menerima barangan tempatan.
Rakyat perlu menjadi pengguna yang bijak. Terdapat pelbagai kepentingan dalam menggunakan barangan
tempatan.
Kita dapat menjimatkan perbelanjaan jika kita membeli barangan tempatan. Harga barangan tempatan lebih
murah berbanding barangan import. Sebagai contoh harga motosikal buatan tempatan, iaitu Kriss lebih murah
berbanding motosikal import. Oleh itu, dengan membeli barangan buatan tempatan, kita dapat menjimatkan
perbelanjaan untuk membeli barangan lain. Dalam hal ini, kita dapat menabung untuk masa depan, bak kata
peribahasa sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.
Industri tempatan semakin berkembang. Banyak industri desa muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan.
Sebagai contoh, industri batik, kraf tangan, songket dan tembikar. Industri ini dapat membantu rakyat hidup
selesa. Dengan cara itu, industri tempatan dapat terus berkembang maju.
Peluang pekerjaan dalam bidang industri tempatan semakin berkembang. Rakyat mendapat peluang pekerjaan dan
pengangguran dapat dikurangkan. Masalah sosial dapat dikurangkan. Rakyat dapat menikmati hidup yang lebih
selesa. Oleh itu, rakyat dapat membantu perkembangan industri tempatan.
Imej negara dapat ditingkatkan. Negara dapat mengeluarkan barangan yang bermutu. Mutu barangan buatan
tempatan sama dengan mutu barangan import. Sebagai contoh barangan daripada kulit, seperti kasut, beg, dan
dompet. Barangan ini menjadi buah tangan pelancong yang datang ke negara kita. Malaysia dikenali dalam
kalangan pelancong kerana menghasilkan pelbagai barangan yang berkualiti.
Pengaliran mata wang keluar negara dapat dikurangkan. Wang tersebut dapat digunakan untuk membantu rakyat.
Sebagai contoh, kerajaan dapat menyediakan pelbagai kemudahan kepada rakyat seperti jalan raya, kemudahan
kesihatan dan pendidikan. Rakyat dapat hidup dengan lebih sejahtera. Oleh itu, ekonomi negara menjadi lebih
stabil.
Kesimpulannya, industri barangan tempatan memberi banyak kebaikan kepada pelbagai pihak. Kita perlu
bekerjasama untuk memajukan industri barangan tempatan. Kita bertanggungjawab untuk memastikan Malaysia
duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju. Belilah barangan buatan Malaysia kerana
barang buatan Malaysia kebanggaan kita bersama.

TEMA
:
TUGASAN
:
BUATAN TEMPATAN

BELI BARANGAN BUATAN MALAYSIA


USAHA-USAHA MENGGALAKKAN PEMBELIAN BARANG

FORMAT

TIADA

ISI-ISI PENTING :
Membeli dan menggunakan barangan tempatan
ibu bapa juga berperanan menggalakkan ahli keluarga membeli barangan buatan Malaysia
guru boleh menerangkan kebaikan pembelian barangan buatan Malaysia
Media massa sama ada media elektronik atau media cetak perlu menyiarkan iklan-iklan berkaitan barangan buatan
Malaysia
kerajaan sepatutnya mengadakan Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia secara berterusan
CONTOH KARANGAN GALUS.
Slogan Belilah Barang Buatan Malaysia merupakan slogan yang sering kita dengar sama ada di televisyen atau di
radio. Barang buatan Malaysia ialah barang yang dihasilkan di dalam negara. Antara barang buatan Malaysia ialah
kereta Proton Saga, barangan tembikar, batik lukis dan perabot rotan. Banyak kilang yang didirikan untuk
menghasilkan barangan tempatan. Pelbagai usaha yang boleh dilakukan untuk menggalakkan rakyat membeli
barangan buatan Malaysia.
Kita membeli barangan buatan Malaysia dan menggunakannya. Barangan buatan Malaysia berkualiti dan
setanding dengan barangan import. Kita harus berbangga dengan barangan buatan Malaysia, contohnya kereta
nasional Myvi, dan kasut Bata. Kita perlu menggunakan barang buatan Malaysia dalam kehidupan seharian. Oleh
itu sebagai rakyat Malaysia kita perlu berbangga dan menyokong barangan keluaran Malaysia.
Selain itu, ibu bapa juga berperanan menggalakkan ahli keluarga membeli barangan buatan Malaysia. Ibu bapa
perlu menjadi contoh kepada anak-anak dengan menggunakan barangan buatan Malaysia di rumah, contohnya
perabot, pakaian, makanan dan barangan elektrik. Kesannya, anak-anak akan mengikuti jejak langkah ibu bapa,
bak kata peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya. Oleh itu, ibu bapa perlu menunjukkan teladan kepada
anak-anak.
Guru-guru di sekolah juga seharusnya memupuk perasaan cinta akan negara. Guru-guru boleh menerangkan
kebaikan pembelian barangan buatan Malaysia dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh dalam
mata pelajaran bahasa Melayu dan kemahiran hidup. Guru juga boleh menjadi teladan kepada pelajar dengan
menggunakan barangan buatan Malaysia seperti kereta nasional, bak kata peribahasa kepimpinan melalui teladan.
Oleh hal yang demikian, guru adalah suri teladan kepada pelajar.
Media massa sama ada media elektronik atau media cetak perlu menyiarkan iklan-iklan berkaitan barangan buatan
Malaysia. Media massa boleh menjadikan iklan barangan buatan Malaysia sebagai selingan semasa menayangkan
sesuatu rancangan. Sebagai contoh iklan-iklan yang kreatif ini mampu menarik minat rakyat untuk membeli
barangan buatan Malaysia. Rakyat akan dapat maklumat terkini berkaitan barangan buatan Malaysia. Hal ini
jelas menunjukkan bahawa media massa bertanggungjawab menggalakkan rakyat membeli barangan buatan
Malaysia.
Akhir sekali, kerajaan sepatutnya mengadakan Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia secara berterusan. Hal
ini dapat menggalakkan rakyat membeli barangan buatan Malaysia dan seterusnya memupuk perasaan cinta akan
negara, bak kata peribahasa tak kenal maka tak cinta. Sehubungan dengan itu, kerajaan boleh mengadakan
promosi barangan buatan Malaysia melalui Karnival Barangan Tempatan. Oleh itu, kerajaan memainkan peranan
penting dalam menggalakkan rakyat membeli barangan buatan Malaysia demi Kerana Mu Malaysia.
Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh pelbagai usaha boleh dilakukan untuk meningkatkan penggunaan
barangan tempatan dalam kalangan rakyat Malaysia. Semua pihak memainkan peranan dalam menggalakkan
rakyat Malaysia menggunakan barangan buatan Malaysia. Marilah kita menyokong barangan buatan Malaysia
kerana produk kita kebanggaan kita.

TEMA
TUGASAN

:
:

KEMALANGAN JALAN RAYA


USAHA-USAHA UNTUK MENGURANGKAN KADAR KEMALANGAN
DI JALAN RAYA.

FORMAT

TIADA

ISI-ISI PENTING :
Pengguna perlu mematuhi peraturan jalan raya.
Ibu bapa menjadi contoh kepada anak-anak ketika berada di jalan raya.
Sekolah memperkenalkan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya.
Media massa menyiarkan dokumentari berkaitan kemalangan jalan raya untuk memberi kesedaran kepada
pengguna jalan raya.
Kerajaan menjalankan kempen-kempen secara berterusan.
CONTOH KARANGAN GALUS.
Kemalangan jalan raya sering berlaku di negara kita. Setiap hari, kita boleh membaca berita berkaitan kemalangan
di surat khabar. Kebanyakan kemalangan jalan raya berlaku pada musim perayaan. Banyak nyawa yang telah
terkorban dalam kemalangan tersebut. Terdapat pelbagai usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan
raya..
Antara usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya ialah pemandu mesti memastikan kenderaan
berada dalam keadaan yang baik. Mereka perlu sentiasa menghantar kenderaan masing-masing untuk diservis.
Kenderaan yang baik boleh menjamin keselamatan pemandu dan penumpang ketika di jalan raya. Sebaliknya,
kenderaan yang tidak diservis boleh mengakibatkan kenderaan tidak dapat dikawal semasa berlaku kecemasan.
Sebagai contoh, kenderaan yang rosak breknya tidak dapat diberhentikan dengan selamat..Oleh itu,keadaan
kenderaan yang baik dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
Selain itu,ibu bapa juga boleh membantu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Ibu bapa boleh
menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Mereka perlu
mematuhi peraturan jalan raya seperti memakai topi keledar ketika menunggang motosikal. Ibu bapa juga perlu
memandu kenderaan mengikut had laju yang ditetapkan. .Dengan itu,anak-anak akan mencontohi amalan yang
baik itu. Oleh hal yang demikian, ibu bapa sememangnya berperanan untuk mengurangkan kadar kemalangan
jalan raya.
Sekolah juga mampu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara kita. Sekolah boleh melaksanakan
Pendidikan Keselamatan Jalan Raya. Para pelajar akan diberi pendedahan tentang hal-hal yang berkaitan dengan
keselamatan jalan raya sejak kecil lagi kerana kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Seterusnya,
mereka akan menggunakan ilmu yang dipelajari di sekolah dan menjadi pengguna jalan raya yang berhemah. Oleh
itu, pendidikan di sekolah boleh mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
Di samping itu,media massa juga boleh membantu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Media massa
seperti televisyen boleh menyiarkan dokumentari berkaitan kemalangan jalan raya. Penonton akan menjadikan
peristiwa kemalangan yang ditonton sebagai pengajaran. Dengan itu,mereka tidak akan melakukan kesalahankesalahan jalan raya seperti memandu dengan laju dan menggunakan telefon ketika memandu. Tindakan ini dapat
mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara kita.
Seterusnya, kerajaan boleh mengurangkan kadar kemalangan jalan raya ialah dengan mengadakan pelbagai
kempen keselamatan jalan raya secara berterusan.. Antara kempen yang telah diadakan ialah Kempen Berhati-hati
di Jalan Raya. Kempen ini sangat penting untuk mengubah sikap pemandu agar lebih berhati-hati di jalan raya.
Kempen ini boleh dijalankan di sekolah dan disiarkan melalui televisyen. Oleh itu,melalui kempen yang berterusan
yang dijalankan oleh kerajaan dapat mengurangkan kemalangan jalan raya.
Kesimpulannya,kemalangan jalan raya boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Kadar
kemalangan jalan raya boleh dielakkan dengan wujudnya kerjasama daripada pelbagai pihak. Setiap pihak
bertanggungjawab melaksanakan usaha-usaha tersebut dengan bersungguh-sungguh. Dengan ini, kemalangan sifar
dapat dijadikan kenyataan. Hal ini bertepatan dengan slogan,Pandu Cermat Jiwa Selamat.

TEMA
PENULIS
TUGASAN

USAHA MENGEMBANGKAN BAKAT SEBAGAI

CIRI-CIRI PENULIS BERJAYA

FORMAT

TIADA

ISI-ISI PENTING :
rajin membaca
mempunyai minat yang mendalam
berpengetahuan luas
tabah / tidak mudah putus asa
berwawasan / bermotivasi tinggi
Penutup
CONTOH KARANGAN GALUS.
Pada masa ini kerjaya sebagai penulis semakin diminati. Kerjaya ini meliputi bidang seperti kewartawanan,
novelis dan penyajak. Bidang ini menjanjikan pulangan yang lumayan kepada sesiapa yang menceburinya. Sebagai
contoh tokoh penulis yang berjaya di Malaysia ialah A.Samad Said, Shahnon Ahmad dan Nisa Haron. Seseorang itu
memerlukan pelbagai ciri positif untuk menjadi penulis yang berjaya.
Ciri pertama yang perlu ada ialah seseorang itu perlu rajin membaca. Dengan membaca, kita akan mendapat
banyak pengetahuan yang berguna. Pengetahuan tentang ekonomi, masyarakat ,pertanian, sukan dan
antarabangsa dapat membantu kita untuk menulis bahan yang berkualiti. Hal ini demikian, kerana membaca
jambatan ilmu. Sesungguhnya, hasil penulisan yang diolah daripada bahan bacaan bermutu dapat menjadikan
seseorang, penulis yang berjaya.pada masa hadapan.
Selain itu, minat yang mendalam juga merupakan ciri yang perlu ada untuk menjadi penulis berjaya. Apabila kita
berminat dalam sesuatu bidang maka kita akan suka melakukannya secara bersungguh-sungguh. Minat yang
mendalam juga akan mendorong kita untuk terus mendalami bidang tersebut tanpa unsur paksaan. Oleh yang
demikian, kita akan terus mengasah bakat sedia ada dalam menghasilkan pelbagai karya. Jelaslah bahawa minat
yang mendalam penting untuk kita menjadi penulis yang berjaya.
Berpengetahauan luas juga menjadi ciri penting untuk kita menjadi penulis yang berjaya. Pengetahuan dapat
diperoleh dengan melakukan pemerhatian, perbincangan dan menimba pengalaman orang lain. Pengetahuan juga
boleh dipelajari daripada orang yang pakar dalam bidang tertentu. Sebagai contohnya, kita boleh mengikuti
kursus , seminar atau perbengkelan yang berkaitan dengan aspek penulisan. Oleh itu, kita dapat menggunakan
pelbagai pengetahuan yang diperoleh untuk menjadi penulis yang berjaya.
Di samping itu, seseorang itu juga haruslah memiliki sifat tabah untuk menjadi penulis yang berjaya. Perkara ini
penting kerana kejayaan tidak boleh dicapai dalam masa yang singkat. Kejayaan juga memerlukan usaha yang
berterusan tanpa sifat jemu dan tidak mudah berputus asa. Pelbagai dugaan dan cubaan akan ditempuh sebelum
kita mencapai kejayaan. Nyatalah, bahawa jika kita ingin menjadi penulis yang berjaya, maka sifat tabah dan
tidak mengenal putus asa perlu ada.
Seterusnya, motivasi diri juga amat penting untuk kita menjadi penulis berjaya. Motivasi penting untuk
mendorong dan menggerakkan kita untuk melakukan sesuatu perkara. Motivasi boleh dibahagikan kepada
motivasi dalaman dan motivasi luaran. Akan tetapi motivasi dalaman yang paling penting untuk mendorong kita
melakukan sesuatu. Dengan motivasi yang tinggi kita akan mampu menjadi penulis yang berjaya.
Kesimpulannya, pelbagai sifat dan sikap positif perlu ada dalam diri kita untuk menjadi penulis berjaya. Ciri-ciri
ini dimiliki secara semula jadi atau dipelajari dari semasa ke semasa. Belakang parang kalau diasah lagikan tajam.
Oleh itu,bakat dan minat dalam bidang penulisan perlu disertai dengan usaha yang bersungguh-sungguh untuk
menjadi penulis yang berjaya.

TEMA
TUGASAN
FORMAT

:
:
:

PERPADUAN KAUM
KEPENTINGAN MEMUPUK PERPADUAN KAUM
TIADA

ISI-ISI PENTING
dapat hidup dalam keadaan harmoni
dapat menyelesaikan masalah
dapat mengekalkan keamanan negara
dapat meningkatkan eknomi negara
dapat menjaga nama baik negara

CONTOH KARANGAN GALUS


Perpaduan kaum berkaitan dengan cogan kata bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Perpaduan kaum
membolehkan masyarakat hidup secara bersatu hati. Pergaduhan antara kaum memberikan banyak kesan kepada
negara. Banyak usaha perlu dilakukan untuk memupuk perpaduan kaum di negara kita. Pelbagai kepentingan
dapat diperoleh melalui perpaduan kaum dalam masyarakat.
Perpaduan kaum menyebabkan masyarakat hidup dalam keadaan yang harmoni. Keadaan yang harmoni
membolehkan masyarakat bergerak secara bebas di negara ini. Hal ini demikian kerana masyarakat tidak berasa
takut dan tidak terikat dengan mana-mana undang-undang darurat. Sebagai contoh rusuhan kaum 13 Mei 1969
menyebabkan negara menjadi tidak aman. Oleh itu, semua pihak perlu menjaga keharmonian negara.
Selain itu, perpaduan kaum dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang berlaku. Masalah yang berlaku lebih
mudah diatasi melalui usaha dan idea pelbagai pihak. Orang Melayu, Cina dan India yang tinggal di sesuatu
kawasan perlu bermesyuarat untuk membuat sesuatu keputusan. Sebagai contoh mereka bergotong- royong untuk
mengatasi masalah nyamuk aedes. Tanpa masalah yang dihadapi, negara menjadi semakin maju.
Keamanan negara juga dapat dikekalkan melalui perpaduan kaum. Keamanan negara penting bagi membolehkan
negara maju dalam pelbagai bidang. Masyarakat pelbagai kaum perlulah memisahkan perbezaan politik ketika
menghadapi masalah yang dihadapi. Sebagai contoh, kita perlulah bersatu hati mengatasi masalah kemasukan
pendatang tanpa izin ke negara kita. Keamanan negara dapat memastikan kemerdekaan negara terus terpelihara.
Perpaduan kaum juga, membantu meningkatkan ekonomi negara. Kemajuan ekonomi negara dapat memberikan
pelbagai kebaikan kepada penduduk. Dengan adanya perpaduan kaum penduduk dapat bekerja dan menambah
pendapatan diri, keluarga dan negara. Sebagai contoh, semua kaum bekerjasama dalam bidang perniagaan yang
memberikan banyak keuntungan. Kemajuan ekonomi negara membolekan negara kita terus maju.
Seterusnya, perpaduan kaum dapat menjaga nama baik negara. Nama baik negara penting bagi memperkenalkan
Malaysia di mata dunia. Masyarakat perlu bekerjasama dan tidak menimbulkan masalah kepada negara. Sebagai
contoh, pertunjukan budaya pelbagai kaum dan aktiviti rumah terbuka merupakan aktiviti yang baik. Nama baik
atau imej negara perlu dipelihara oleh generasi muda.
Kesimpulannya, perpaduan kaum mendatangkan pelbagai kebaikan kepada masyarakat dan negara. Kita perlulah
bersikap bagai aur dengan tebing untuk menjaga perpaduan kaum. Semua pihak perlulah menyokong segala usaha
yang dilakukan kerajaan untuk mengekalkan perpaduan kaum. Sesungguhnya, tanpa perpaduan kaum, negara
akan musnah.

TEMA
TUGASAN
FORMAT

:
:
:

PERPADUAN KAUM
USAHA-USAHA MEMUPUK PERPADUAN KAUM
TIADA

ISI-ISI PENTING :
Peranan ibu bapa
Peranan sekolah
Peranan masyarakat
Peranan media massa
Peranan kerajaan
CONTOH KARANGAN GALUS
Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Cogan kata ini menggambarkan kepentingan perpaduan kaum di Malaysia.
Hal ini kerana negara kita mempunyai rakyat yang berbilang kaum iaitu kaum Melayu, Cina, India, Iban ,
Kadazan dan lain-lain lagi. Mereka mengamalkan cara hidup yang berbeza-beza antara satu dengan yang lain .
Oleh sebab itu pelbagai usaha perlu dilakukan bagi mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia.
Ibu bapa ialah orang yang berperanan penting memupuk perpaduan dalam kalangan kaum di Malaysia. Mereka
perlulah menjadi suri teladan kepada anak-anak agar nilai perpaduan dapat dipupuk sejak kecil lagi. Hal ini
kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sebagai contoh ibu bapa perlulah berbaik-baik dengan jiran yang
berlainan kaum dan agama. Mereka juga boleh mengajar anak-anak agar menghormati kaum dan agama orang
lain. JIka hal ini dilakukan oleh ibu bapa kepada anak-anak tidak mustahil perpaduan kaum akan dapat
diwujudkan di Malaysia.
Pihak sekolah juga dapat membantu mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia. Melalui pendidikan di sekolah,
guru-guru dapat menerapkan nilai-nilai perpaduan. Sebagai contoh, mata pelajaran Pendidikan Islam,
Pengetahuan Moral, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, murid-murid dapat diajar nilai-nilai menghormati
kaum lain. Di samping itu, aktiviti kokurikulum seperti sukan, persatuan dan permainan dapat dilakukan bagi
menyemai nilai perpaduan dalam kalangan pelajar. Jelaslah aktiviti pendidikan dapat membentuk masyarakat
yang bersatu padu.
Nilai perpaduan juga dapat disemai melalui aktiviti kemasyarakatan. Masyarakat yang tinggal di kawasan
kampung dan taman-taman perumahan perlu mengadakan pelbagai aktiviti yang memupuk perpaduan. Antaranya
ialah aktiviti bergotong royong membersihkan kawasan kediaman, hari keluarga dan menyambut perayaan secara
bersama-sama. Dengan cara ini mereka dapat bekerjasama dan mengenali antara satu dengan lain. Apabila aktiviti
ini diamalkan sudah pasti mereka akan dapat hidup dalam suasana yang harmoni. Hal ini kerana muafakat
membawa berkat.
Di samping itu, media massa turut membantu dalam usaha memupuk perpaduan kaum. Media massa seperti
televisyen, radio, surat khabar dan majalah ialah alat yang penting pada masa ini. Media massa ini perlu
menyiarkan rancangan dan iklan yang menggambarkan perpaduan kaum. Jika rancangan dan iklan tersebut
disiarkan berulang kali, sudah pasti nilai perpaduan dapat diterapkan. Hal ini kerana masyarakat akan mudah
mengikuti teladan yang dipaparkan di media massa tersebut. Sesungguhnya, media massa memainkan peranan
yang penting bagi memupuk perpaduan.
Usaha memupuk perpaduan kaum oleh pihak kerajaan perlu dilakukan dari semasa ke semasa. Melalui konsep
Satu Malaysia setiap kaum perlu menghormati kaum yang lain. Selain itu, kempen-kempen perpaduan hendaklah
dilancarkan di seluruh negara. Aktviti Bulan Kemerdekaan . Bulan Bahasa dan Rukun Tetangga yang dijalankan
oleh pihak kerajaan amat penting dalam membentuk perpaduan rakyat. Justeru, kerajaan perlukan bersungguhsungguh dalam memupuk perpaduan dan janganlah bersikap hangat-hangat tahi ayam.
Sudah terang lagi bersuluh, sekiranya tiada langkah-langkah dilakukan untuk memupuk perpaduan kaum, tidak
mustahil masyarakat Malaysia akan berpecah belah. Jika hal ini dibiarkan, sudah tentu generasi akan datang tidak
akan hidup dengan aman. Apabila keadaan ini terjadi, usahlah kita sesalkan kerana sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tak ada gunanya.

TEMA
TUGASAN
FORMAT

:
:
:

PENDIDIKAN/ ILMU PENGETAHUAN


KEPENTINGAN MENCARI ILMU PENGETAHUAN.
TIADA

ISI-ISI PENTING
Ilmu pengetahuan dapat meluaskan kosa kata seseorang
Ilmu pengetahuan dapat menjamin masa hadapan seseorang
Seseorang akan mengetahui pelbagai bidang ilmu
Seseorang mampu menyelesaikan masalah
Ilmu pengetahuan mampu melahirkan insan bermoral
Seseorang tidak mudah terlibat dalam gejala sosial

CONTOH KARANGAN GALUS


Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China merupakan ungkapan yang amat sinonim dengan kepentingan ilmu
pengetahuan. Ilmu pengetahuan merupakan sesuatu maklumat yang diperoleh melalui pelbagai sumber. Antara
sumber untuk memperoleh pelbagai jenis ilmu pengetahuan ialah daripada media cetak dan media elektronik. Ilmu
pengetahuan mempunyai pelbagai kepentingan kepada semua anggota masyarakat.
Antara kepentingan memiliki ilmu pengetahuan ialah seseorang boleh meluaskan kosa kata. Hal ini demikian
kerana kosa kata seseorang boleh bertambah jika mereka banyak membaca. Bahan bacaan yang boleh membantu
untuk meluaskan kosa kata ialah seperti majalah, akhbar,novel,dan cerpen. Jelaslah bahawa penguasaan kosa kata
yang luas merupakan kepentingan ilmu yang harus dimanfaatkan oleh seseorang.
Selain itu, kepentingan ilmu pengetahuan juga boleh menjamin masa hadapan yang cemerlang. Jika seseorang
berusaha bersungguh-sungguh, mereka akan memperoleh ilmu yang dipelajari kerana usaha tangga kejayaan .
Sebagai contoh, mereka boleh menimba ilmu pengetahuan daripada guru yang mengajar mata pelajaran sejarah di
sekolah. Menerusi mata pelajaran ini mereka dapat mengetahui sejarah kejayaan seseorang tokoh. Secara tidak
langsung mereka akan menjadikan tokoh tersebut sebagai idola dalam usaha mencapai cita-cita.
Kepentingan ilmu pengetahuan lain yang boleh dimanfaatkan ialah seseorang dapat mengetahui ilmu dalam
pelbagai bidang yang dipelajari. Hal ini demikian kerana mereka boleh mendapat ilmu dalam pelbagai bidang
melalui mata pelajaran yang dipelajari di sekolah seperti sains, matematik, perdagangan, ekonomi dan sastera.
Ilmu yang diperoleh boleh diamalkan dalam kehidupan seharian mereka. Sudah terang lagi bersuluh seseorang
akan berjaya jika mereka boleh menguasai ilmu pelbagai bidang yang dipelajari.
Seterusnya, seseorang juga mampu menyelesaikan masalah jika mereka memiliki ilmu pengetahuan yang berguna.
Dalam menjalani kehidupan seharian kita akan mengalami pelbagai masalah. Cara yang paling baik untuk
mengatasi masalah dengan berkesan,mereka harus memiliki ilmu pengetahuan kerana ilmu pelita hidup.
Contohnya, jika seseorang pelajar mempunyai ilmu agama yang tinggi, mereka akan dapat menyelesaikan
masalah tanpa tindakan yang terburu-buru. Oleh itu kemahiran menyelesaikan masalah dengan berkesan boleh
dikuasai jika kita mempunyai ilmu pengetahuan.
Dengan memiliki ilmu pengetahuan, kita juga boleh menjadi insan yang memiliki sahsiah terpuji. Hal ini demikian
kerana kita akan mendapat panduan yang baik melalui ilmu pengetahuan yang dimiliki. Sebagai contoh, seseorang
yang berilmu akan dapat memanfaatkan nilai-nilai murni yang dipelajari dalam kehidupan seharian. Antara nilai
murni yang boleh diamalkan ialah saling menghormati, bertanggungjawab, bertimbang rasa dan menghargai.
Sesungguhnya, kita akan menjadi insan yang berakhlak mulia jika kita berilmu pengetahuan.
Kesimpulannya, setiap anggota masyarakat perlu menuntut ilmu pengetahuan bagi memastikan modal insan yang
cemerlang, gemilang dan terbilang dapat dilahirkan. Hasrat ini perlu direalisasikan agar rakyat dapat
menyumbang ke arah kemajuan negara menjelang tahun 2020.

TEMA
MEMBACA
TUGASAN

MEMUPUK BUDAYA ILMU MELALUI AMALAN

PERANAN IBU BAPA MEMUPUK AMALAN MEMBACA DALAM


KALANGAN ANAK-ANAK

FORMAT

TIADA

ISI-ISI PENTING :
Ibu bapa sebagai suri teladan
Ibu bapa membeli bahan bacaan secara tetap
Ibu bapa membawa anak-anak ke pesta buku,
Ibu bapa memberi galakan kepada anak-anak dengan menghadiahkan buku
Ibu bapa menyediakan perpustakaan mini
CONTOH KARANGAN GALUS
Dewasa ini amalan membaca amat kurang dalam kalangan masyarakat Malaysia. Kajian menunjukkan purata
rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku setahun. Amalan membaca amat penting dalam melahirkan
rakyat Malaysia yang cemerlang selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadi negara maju, bak kata pepatah
Cina bacalah sehingga tua, belajarlah sehingga akhir hayat. Oleh sebab itu, ibu bapa memainkan peranan penting
memupuk amalan membaca dalam diri anak-anak.
Memang tidak dapat dinafikan, ibu bapa memainkan peranan sebagai suri teladan untuk menarik minat anak-anak
membaca buku. Ibu bapa perlu membaca buku bersama-sama anak-anak semasa berada di rumah, seperti pepatah
melayu, melentur buluh biarlah dari rebung. Anak-anak akan lebih mudah untuk mengikut apa-apa yang
dilakukan oleh ibu bapa mereka. Aktiviti membaca boleh dilakukan pada hari cuti sewaktu semua ahli keluarga
berehat di rumah.
Sebagai ibu bapa, mereka hendaklah membeli bahan bacaan secara tetap setiap bulan. Secara tidak langsung anakanak akan tertarik untuk membaca buku yang baru dibeli oleh ibu bapa mereka. Oleh itu, anak-anak dapat
menambah ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang. Misalnya ibu bapa boleh membeli buku-buku terbitan Dewan
Bahasa dan Pustaka serta majalah Dewan Siswa.
Keluarga bahagia akan dapat dibentuk jika ibu bapa selalu bersama-sama anak-anak ke pesta buku. Anak-anak
dapat memilih sendiri buku-buku yang mereka minat. Hal tersebut secara tidak langsung dapat.memupuk minat
membaca dalam diri anak-anak. . Sebagai contoh ibu bapa boleh membawa anak-anak ke Pameran Buku
Antarabangsa kerana di pameran buku tersebut terdapat pelbagai pilihan buku.
Ibu bapa boleh memberikan hadiah berupa buku sebagai ganjaran kepada anak-anak yang berjaya dalam pelbagai
bidang. Hadiah tersebut dapat memotivasikan diri anak-anak. Mereka akan belajar lebih bersungguh-sungguh,
bak kata peribahasa Melayu membaca jambatan ilmu. Misalnya ibu bapa membelikan buku cerita atau buku
motivasi sempena hari lahir anak-anak.
Amalan membaca boleh dipupuk kepada anak-anak dengan menyediakan perpustakaan mini di rumah. Masa
lapang anak-anak terisi dengan aktiviti membaca tanpa mereka perlu keluar rumah. Perpustakaan mini boleh
disediakan oleh ibu bapa tanpa modal yang banyak. Buku-buku yang dibeli setiap bulan dapat disimpan dalam
perpustakaan mini tersebut. Pembacaan buku yang berulang kali dapat menguatkan minda seperti peribahasa
Melayu bangsa membaca bangsa berjaya.
Kesimpulannya, ibu bapa haruslah memainkan peranan penting untuk memupuk amalan membaca dalam
kalangan anak-anak. Hal in adalah untuk melahirkan generasi yang cemerlang. Amalan membaca amat penting
dalam hidup kita. Marilah kita membaca kerana membaca adalah jambatan ilmu.

TEMA
TUGASAN
FORMAT

:
:
:

KELESTARIAN ALAM SEKITAR


PUNCA-PUNCA KEJADIAN TANAH RUNTUH
TIADA

ISI-ISI PENTING :
Aktiviti pembangunan / ekonomi di lereng-lereng bukit
Penebangan pokok / hutan yang tidak terkawal
Aliran air bawah tanah.
Kerja-kerja penarahan bukit.
Faktor semula jadi seperti gempa bumi dan hujan lebat yang berterusan.
CONTOH KARANGAN GALUS
Belakangan ini, isu berkaitan kejadian tanah runtuh pernah menggemparkan negara kita. Kejadian tanah runtuh
bermaksud kawasan tanah di lereng bukit dan gunung jatuh atau menggelongsor. Tanah runtuh mengakibatkan
kemusnahan dan mengancam keselamatan. Kejadian tanah runtuh misalnya pernah berlaku di Bukit Antarabangsa
yang telah mengorbankan nyawa penduduk di situ. Terdapat pelbagai punca berlakunya kejadian tanah runtuh di
negara ini.
Kejadian tanah runtuh berpunca daripada aktiviti pembangunan yang dilaksanakan di lereng-lereng bukit. Aktiviti
pembangunan tersebut seperti mendirikan rumah kediaman atau kegiatan pertanian. Aktiviti ini menyebabkan
pokok-pokok di lereng bukit ditebang dan tumbuhan tutup bumi dibersihkan. Kesannya, air hujan akan mengalir
dengan deras di kawasan lereng bukit tersebut. Keadaan ini akan menyebabkan tanah dengan mudah dibawa oleh
arus air yang mengalir deras dan mengakibatkan kejadian tanah runtuh berlaku.
Kejadian tanah runtuh juga berlaku apabila pokok-pokok hutan ditebang dengan tidak terkawal. Perbuatan ini
dilakukan oleh syarikat-syarikat pembalakan terutama yang dijalankan oleh pembalak haram. Penebangan yang
tidak terkawal menyebabkan berlakunya tanah runtuh semasa hujan turun dengan lebat. Kejadian tanah runtuh
telah menyebabkan sebuah perkampungan orang asli di Kuala Dipang, Perak musnah. Kerakusan manusia untuk
mendapat kekayaan telah mengakibatkan penderitaan kepada manusia yang lain.
Seterusnya, kegiatan ekonomi juga boleh mengakibatkan kejadian tanah runtuh. Sebagai contoh semasa
masyarakat menjalankan kegiatan melombong pasir khususnya di kawasan sungai. Pasir-pasir sungai dikaut
dengan banyaknya untuk mendapatkan keuntungan yang berganda. Apabila pasir sungai dikorek tanpa kawalan,
aliran air sungai akan menjadi lebih deras. Aliran air yang deras menyebabkan tebing sungai runtuh. Kesannya,
rumah-rumah yang dibina berhampiran tebing-tebing sungai terdedah kepada bahaya tanah runtuh.
Selain kesan daripada aktiviti manusia, tanah runtuh juga berlaku disebabkan oleh aliran air bawah tanah. Hujan
lebat yang menakung air bawah tanah akan membentuk aliran menyebabkan struktur tanah menjadi longgar.
Struktur tanah yang longgar akan memudahkan tanah runtuh dengan sendirinya. Perkara ini biasanya berlaku di
kawasan-kawasan yang bercerun. Kita selalu terbaca berita tentang tanah runtuh di kawasan-kawasan lebuh raya
yang diakibatkan kewujudan aliran air bawah tanah.
Kejadian tanah runtuh yang lebih besar terjadi akibat kejadian gempa bumi. Walaupun Malaysia tidak mengalami
kejadian gempa bumi, negara jiran seperti Indonesia telah mendapat akibatnya. Gempa bumi akan mengakibatkan
gegaran di muka bumi. Gegaran ini menyebabkan struktur bumi menjadi lemah. Gegaran yang kuat, walaupun
dalam masa yang singkat telah menyebabkan kejadian tanah runtuh yang besar. Gempa bumi telah mengakibatkan
pelbagai kemusnahan .
Kesimpulannya, kejadian tanah runtuh telah mengakibatkan banyak kemusnahan harta benda dan kehilangan
nyawa. Oleh itu, kita perlu bersiap sedia untuk mengatasi masalah ini. Pihak berkuasa perlu mengawal kegiatankegiatan manusia yang boleh menyebabkan kejadian tanah runtuh. Pihak yang melakukan kegiatan yang
memungkinkan berlakunya tanah runtuh perlu diambil tindakan yang tegas supaya tidak mengulangi perbuatan
mereka. Sebaik-baiknya kita hendaklah mencegah kegiatan ini kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubat.

TEMA
TUGASAN
FORMAT

:
:
:

ISI-ISI PENTING :

MENGHARGAI WARGA TUA


CARA-CARA MENGHARGAI WARGA TUA
TIADA

Peranan keluarga menyayangi warga tua


Peranan masyarakat mengambil berat warga tua
Peranan media massa memaparkan kisah hidup/penderitaan warga tua
Peranan guru mengingatkan pelajar menghormati warga tua
Peranan kerajaan menyediakan kemudahan kesihatan untuk warga tua
CONTOH KARANGAN GALUS
Warga tua merupakan golongan yang paling berjasa kepada negara. Mereka telah melalui pelbagai rintangan dan
dugaan untuk membesarkan anak-anak. Namun, pada hari ini warga tua sering diabaikan ibarat peribahasa
melukut di tepi gantang dan jasa mereka dilupakan oleh masyarakat.
Keluarga perlu menyayangi warga tua. Warga tua yang terdiri daripada ibu melahirkan kita dan bapa pula
mencari rezeki untuk membesarkan kita. Pengorbanan mereka perlu dibalas dengan sebaik-baiknya. Sebagai anak
kita perlu menjaga ibu bapa kita ketika mereka tua dan tidak menghantar mereka ke rumah orang tua-tua.
Di sekolah,guru boleh menasihatkan pelajar agar menghormati warga tua. Warga tua yang terdiri daripada ibu
bapa kita perlu disayangi dan dihormati. Anak-anak perlu bertutur dengan sopan apabila berhubung dengan ibu
bapa mereka kerana syurga teletak di telapak kaki ibu.
Kerajaan juga perlu menghargai warga tua. Kerajaan boleh menyediakan pelbagai kemudahan untuk warga tua.
Sebagai contoh, warga tua akan mendapat rawatan percuma di hospital kerajaan ataupun kadar bayaran rendah di
hospital atau klinik swasta.
Media massa seperti surat khabar dan televisyen boleh menyiarkan cerita-cerita berkaitan penderitaan hidup
warga tua. Hal ini menyedarkan kita tentang pentingnya warga tua dalam hidup kita. Oleh itu, kita tidak boleh
mengabaikan warga tua..
Pihak swasta perlu membantu warga tua. Mereka boleh mengutip derma untuk mengurangkan beban warga tua
manakala kunjungan ke rumah orang tua-tua dapat mengeratkan hubungan .Warga tua akan berasa diri mereka
dihargai dan disayangi.
Kesimpulannya, pelbagai pihak perlu berusaha untuk menghargai jasa dan pengorbanan warga tua. Kita tidak
boleh mengabaikan warga tua kerana merekalah yang melahirkan kita dan membesarkan kita

TEMA
TUGASAN
FORMAT

:
:
:

ISI-ISI PENTING :

AMALAN PEMAKANAN SEIMBANG


KEPENTINGAN AMALAN PEMAKANAN SEIMBANG
TIADA

Menjadikan pembesaran manusia lebih sempurna daripada aspek fizikal


Menggelakkan perkembangan mental seseorang itu terganggu
Memberi vitamina yang cukup kepada badan seseorang
Mampu mengawal kadar obesiti
Mengelakkan penyakit
CONTOH KARANGAN GALUS

Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan
makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut berperanan menggalakkan
pengambilan makanan seimbang dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, makanan seimbang mendatangkan banyak
kebaikan.
Kepentingan pemakanan seimbang yang utama ialah sikap ini menjadikan pembesaran manusia itu lebih sempurna
daripada aspek fizikal. Bagi membina tubuh badan yang kuat kita memerlukan zat yang mencukupi. Antara zat
yang diperlukan oleh tubuh badan ialah protein, karbohidrat dan kalsium.Fizikal yang kuat membolehkan
seseorang manusia itu menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang
amat penting untuk tumbesaran fizikal manusia.
Selain itu, pemakanan yang seimbang boleh mengelakkan perkembangan mental seseorang itu terganggu.
Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas.Keadaan ini
juga menyebabkan kita mudah berasa letih. Hal ini juga menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan pemikiran manusia lebih stabil
dan berdaya tahan bersesuaian dengan cogan kata badan sihat otak cerdas.
Di samping itu, pemakanan seimbang juga dapat memberi vitamin yang cukup kepada badan seseorang. Keperluan
vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih sihat dan cergas. Sebagai contoh, vitamin c amat
diperlukan untuk kesihatan kulit. Antara pemakanan seimbang yang terdapat dalam piramid makanan ialah buahbuahan, sayur-sayuran dan bijirin. Oleh itu, keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan manusia lebih sihat.
Pengambilan makanan seimbang juga dapat mengelakkan seseorang daripada dijangkiti penyakit. Dengan cara
ini,seseorang itu tidak mudah dijangkiti penyakit.Penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi dapat
dielakkan.Hal ini bersesuaian dengan peribahasa mencegah lebih baik daripada mengubati. Sesungguhnya,
manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan sihat sejahtera .
Malahan, pemakanan seimbang turut dikatakan mampu mengawal kadar obesiti (kegemukan) dalam kalangan
masyarakat . Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan
dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup berkhasiat. Pengawalan pemakanan sebegini menjadikan tubuh seseorang
itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman
yang mampu menyihatkan badan. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan
seimbang dalam hidupnya.
Sudah terang lagi bersuluh,makanan seimbang amat penting kepada setiap orang. Oleh itu, kita perlu mengambil
makanan yang seimbang agar kesihatan kita terjamin. Jika kita masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti
jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan bertambah. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua
mengambil langkah pencegahan.

TEMA
TUGASAN
FORMAT

:
:
:

ISI-ISI PENTING :

MASYARAKAT PENYAYANG
PERANAN IBU BAPA MEWUJUDKAN MASYARAKAT PENYAYANG
TIADA

Ibu bapa perlu memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak
Ibu bapa perlu memberikan didikan agama kepada anak-anak
Ibu bapa perlu menyediakan semua keperluan atau kemudahan kepada anak-anak
Ibu bapa menjadi contoh teladan yang baik
Ibu bapa mengadakan aktiviti kekeluargaan
CONTOH KARANGAN GALUS
Pada alaf baru ini, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan masyarakat penyayang. Dalam
hal ini, media cetak mahupun media elektronik turut berperanan penting untuk menyedarkan masyarakat. Oleh
itu, terdapat pelbagai langkah yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk membentuk masyarakat penyayang.
Sehubungan dengan itu, ibu bapa seharusnya memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak
mereka seperti menatang minyak yang penuh.Namun begitu, terdapat kalangan ibu bapa yang mengabaikan anakanak mereka. Hal ini demikian kerana ibu bapa lebih mementingkan pekerjaan dan kekayaan. Oleh itu, ibu bapa
seharusnya meluangkan lebih banyak masa dengan anak-anak mereka. Sebagai contoh, mereka boleh makan dan
menonton bersama-sama anak-anak. Jelaslah aktiviti ini dapat mengeratkan silaturahim antara keluarga.
Selain itu, ibu bapa sewajarnya memberi didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak semenjak kecil lagi,
bak kata peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini demikian kerana terdapat sesetengah ibu bapa
yang mengabaikan didikan agama. Mereka beranggapan didikan agama tidak penting dalam kehidupan seharian.
Oleh itu, ibu bapa sewajarnya menerapkan didikan agama kepada anak-anak mereka. Misalnya, menggalakkan
anak-anak menghadiri kelas agama supaya anak-anak akan menjadi insan yang berakhlak mulia. Jelaslah, hasrat
ibu bapa dalam melahirkan masyarakat penyayang akan menjadi kenyataan pada suatu hari nanti.
Malahan, ibu bapa haruslah memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak mereka.Sebagai
contoh,ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah untuk mendapat pendidikan yang sempurna. Ringkasnya, sikap
ibu bapa yang sebegini mampu melahirkan generasi muda yang bersifat penyayang .Tegasnya, pendidikan yang
sempurna membolehkan anak-anak membezakan antara perkara yang baik dan buruk dalam kehidupan mereka.
Di samping itu, ibu bapa seharusnya menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak, bak kata
peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya. Namun demikian, terdapat kalangan ibu bapa yang berperangai
buruk dan tidak menunjukkan teladan. Hal ini demikian, ibu bapa perlu menunjukkan sikap yang baik kepada
anak-anak sejak kecil lagi. Umpamanya, ibu bapa boleh membawa anak-anak melawat ke rumah anak yatim atau
ke rumah orang tua-tua. Ringkasnya, ibu bapa wajar menunjukkan contoh teladan yang baik agar dapat
melahirkan masyarakat yang penyayang.
Seterusnya, ibu bapa juga boleh mengadakan aktiviti kekeluargaan dalam melahirkan masyarakat yang
penyayang. Antara aktiviti yang boleh dilakukan seperti mengadakan Hari Keluarga dan membawa anak-anak
mereka menziarahi datuk, nenek atau saudara mara di kampung untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Secara tidak langsung, aktiviti ini mampu membentuk masyarakat yang penyayang.
Sudah terang lagi bersuluh, peranan ibu bapa amat penting dalam melahirkan masyarakat penyayang. Namun,
semua pihak turut bertanggungjawab dalam mewujudkan budaya masyarakat penyayang.

TEMA
:
MEMANTAPKAN DISIPLIN DI SEKOLAH
TUGASAN
:
CARA BADAN PENGAWAS MEMBANTU MENINGKATKAN
DISIPLIN PELAJAR DI SEKOLAH
FORMAT
:
TIADA
ISI-ISI PENTING :
Menjadi suri teladan kepada pelajar lain

Berperanan sebagai mata dan teliga kepada pihak sekolah


Menjadi pembimbing rakan sebaya berkesan
Bersikap tegas ketika menjalankan tugas
Penonjolan imej seorang pelajar yang baik
CONTOH KARANGAN GALUS.
Disiplin sangat penting kepada setiap pelajar. Pelajar yang berdisiplin akan berjaya dan menjadi insan yang
cemerlang. Bagi meningkatkan disiplin pelajar, badan pengawas memainkan peranan yang penting di sekolah.
Pengawas akan menjadi suri teladan kepada pelajar-pelajar lain di sekolahnya. Mereka haruslah sentiasa mematuhi
peraturan ketika datang ke sekolah atau menyertai aktiviti kokurikulum. Mereka juga perlu rajin belajar dan gigih
menyertai pelbagai aktiviti di sekolah. Jelaslah bahawa pengawas akan sentiasa diperhatikan sama ada dari segi
tingkah laku dan pencapaian akademik.
Pengawas juga berperanan sebagai mata dan telinga kepada pihak sekolah dalam menguruskan masalah disiplin.
Mereka perlu bertanggungjawab untuk menyalurkan pelbagai maklumat salah laku pelajar. Maklumat yang
diperoleh perlulah dilaporkan dengan segera jika melibatkan kes disiplin yang serius. Mereka juga boleh
menyampaikan cadangan-cadangan bernas daripada pelajar demi kebaikan sekolah. Jelaslah bahawa pengawas
boleh menjadi pembantu yang cekap kepada pihak sekolah untuk menguruskan masalah disiplin.
Pengawas juga dapat menjadi pembimbing rakan sebaya yang berkesan untuk mengatasi masalah disiplin di
sekolah. Pengawas boleh menasihati rakan-rakan mereka yang mempunyai masalah disiplin supaya tidak
mengulangi salah laku mereka. Sebagai rakan sebaya yang berpengaruh, pengawas tersebut amat mudah menarik
perhatian rakan-rakan yang bermasalah agar menjadi pelajar yang mematuhi peraturan dan disiplin sekolah.
Jelaslah seorang pengawas juga menjadi pembimbing rakan sebaya yang berkesan.
Pengawas yang dilantik juga perlu bersikap tegas. Ketegasan pengawas ketika menjalankan tugas tanpa pilih kasih
akan membuka mata pelajar Mereka perlu tegas menjalankan tugas penguatkuasaan undang-undang sekolah
menyebabkan pelajar berasa gerun untuk berhadapan dengan mereka. Hal ini secara tidak langsung akan
mengurangkan kes pelanggaran masalah disiplin secara terbuka Jelaslah ketegasan dan keberanian pengawas
dalam menjalankan tugas akan mengurangkan masalah disiplin dalam kalangan pelajar.
Pengawas juga berperanan untuk menonjolkan imej yang baik kepada pelajar-pelajar di sekolahnya. Mereka harus
berbudi bahasa dan mengawal emosi agar tidak mencetuskan pergaduhan dengan pelajar lain. Mereka juga perlu
bersifat simpati dan memahami masalah pelajar. Keikhlasan mereka membantu rakan yang teraniaya menjadikan
kes-kes salah laku ini ditangani dengan berkesan dari masa ke masa. Imej yang baik sebagai pengawas akan
membantu mengurangkan masalah disiplin sekolah dalam jangka masa panjang.
Kesimpulannya, pengawas mampu melaksanakan peranan yang diberikan untuk mengurangkan masalah disiplin di
sekolah. Mereka perlu dilatih dari masa ke masa agar mempunyai pengetahuan tentang batas tugas dan kuasa yang
diberikan. Dalam jangka masa panjang, pengawas dapat membantu mewujudkan iklim sekolah yang sejahtera
serta selamat kepada pelajar.

TEMA
TUGASAN

:
:

FORMAT

HUBUNGAN KEKELUARGAAN YANG AKRAB


USAHA-USAHA UNTUK MEMANTAPKAN HUBUNGAN
KEKELUARGAAN
TIADA

ISI-ISI PENTING :
Memberitahu ibu bapa sebelum keluar dari rumah
Ibu bapa menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin keluarga

Peranan masyarakat
Peranan media massa
Peranan kerajaan melalui dasar tertentu
CONTOH KARANGAN GALUS
Hubungan kekeluargaan sangat penting. Hubungan ini penting bagi melahirkan keluarga bahagia. Hal ini sekali
gus dapat menangani gejala sosial. Pelbagai usaha perlu diambil untuk merapatkan hubungan kekeluargaan.
Antara usahanya ialah anak-anak perlu memberitahu ibu bapa sebelum keluar rumah. Hal ini demikan supaya
anak anak mendapat keizinan daripada ibu bapa sebelum keluar rumah terutama dalam menuntut ilmu. Hal ini
memudahkan ibu bapa mengetahui apa-apa yang dilakukan oleh anak-anak dan dengan siapa mereka berkawan.
Oleh yang demikian anak-anak perlu memberitahu ibu bapa sebelum mereka keluar dari rumah.
Selain itu, ibu bapa hendaklah menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin keluarga. Mereka
hendaklah sentiasa berbincang bersama anak-anak jika ada sebarang masalah. Sebagai contoh, jika akan-anak
berhadapan dengan masalah pelajaran, mereka perlu berbincang bersama-sama bagi mengatasinya. Amalan makan
bersama-sama dengan ahli keluarga juga dapat merapatkan hubungan kekeluargaan. Tegasnya, ibu bapa perlu
menjalankan tangunggjawab mereka dalam merapatkan hubungan kekeluargaan.
Masyarakat turut memainkan peranan penting dalam merapatkan hubungan kekeluargaan. Antaranya, adalah
dengan mengadakan hari keluarga dan temasya sukan. Hal ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan dan
menjalinkan kerjasama antara ahli keluarga semasa pertandingan. Dengan ini, jelaslah bahawa masyarakat penting
dalam usaha merapatkan hubungan kekeluargaan.
Di samping itu, peranan media massa juga penting untuk merapatkan hubungan kekeluargaan. Hal ini boleh
dilakukan melalui iklan di televisyen dan surat khabar. Sebagai contoh, terdapat iklan yang menggalakkan ahli
keluarga berhubung melalui telefon bimbit. Terdapat juga iklan yang mempengaruhi orang ramai supaya balik ke
kampung pada hari-hari perayaan. Oleh itu jelaslah bahawa media massa memainkan peranan penting untuk
merapatkan hubungan kekeluargaan.
Kerajaan pula telah memperkenalkan dasar bahawa setiap hari sabtu sebagai cuti umum. Hal ini bertujuan agar
ibu bapa dapat meluangkan masa bersama-sama dengan ahli keluarga. Langkah ini akan menjadikan hubungan
kekeluargaan lebih erat. Sebagai contoh, ibu bapa membawa ahli keluarga pergi melancong ke tempat yang
menarik di negara ini. Hal ini bertepatan dengan Kempen Cuti-Cuti Malaysia.
Kesimpulannya, pelbagai pihak perlu bekerjasama dalam merapatkan hubungan kekeluargaan . Usaha ini penting
kerana hubungan kekeluargaan yang baik dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan keluarga.
Seterusnya, mewujudkan masyarakat yang sejahtera dan melahirkan rakyat yang penyayang.

TEMA
TUGASAN
FORMAT

:
:
:

PERMAINAN TRADISIONAL
CARA-CARA MEMPOPULARKAN PERMAINAN TRADISIONAL
TIADA

ISI-ISI PENTING :
Individu mencari maklumat berkaitan permainan tradisional
Ibu bapa beri sokongan kepada anak-anak
Peranan pihak sekolah yang menubuhkan kelab permainan tradisional

Peranan kerajaan melalui media massa


Peranan pihak swasta
CONTOH KARANGAN GALUS
Permainan tradisional ialah permainan yang dimainkan oleh masyarakat dahulu pada masa lapang. Antara
permainan tradisional yang mendapat sambutan masyarakat ialah layang-layang, congkak dan batu seremban.
Namun demikian, permainan tradisional semakin dilupakan oleh generasi muda. Oleh sebab itu, pelbagai usaha
perlu dilakukan untuk mempopularkan permainan tradisional ini.
Antara cara mempopularkan permainan tradisional ini ialah kita perlu mencari maklumat tentang permainan
tradisional tersebut. Setelah maklumat diperoleh , kita perlu mencuba permainan tersebut dengan ahli keluarga.
Kita juga boleh mengambil bahagian dalam pertandingan permainan tradisional yang dianjurkan oleh mana-mana
pihak. Sebagai contoh pertandingan permainan congkak. Dengan ini, jelaslah bahawa generasi muda perlu
mempopularkan permainan tradisional negara kita.
Ibu bapa pula, perlu memberi sokongan kepada anak-anak dengan cara membelikan peralatan permainan
tradisional. Ibu bapa juga boleh membawa anak-anak menyaksikan pertandingan permainan tradisional ini.
Selain itu, ibu bapa boleh membawa anak-anak melawat ke muzium dan galeri seni untuk melihat dengan lebih
dekat peralatan permainan tradisional ini di samping memahami cara-cara permainan ini dimainkan. Usaha-usaha
yang dilakukan oleh ibu bapa ini dapat mempopularkan permainan tradisional.
Pihak sekolah juga boleh menubuhkan kelab permainan tradisional. Dengan tertubuhnya kelab permainan
tradisional ini, ahli-ahli kelab dapat menganjurkan pertandingan. Sekolah juga boleh menghantar ahli-ahli kelab
mengikuti kursus permainan tradisional bagi menarik minat pelajar melibatkan diri dalam permainan ini. Peserta
yang mengikuti kursus hendaklah diberi sijil penyertaan dan penghargaan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa
pihak sekolah berperanan penting untuk mempopularkan permainan tradisional.
Kerajaan perlu mempromosikan permainan tradisional melalui televisyen dan surat khabar. Usaha ini boleh
dilakukan melalui kempen yang berterusan. Sebagai contoh, kerajaan mengadakan karnival pertandingan
tradisional seperti Pesta Layang-layang yang diadakan di Pasir Gudang, Johor setiap tahun. Melalui Kementerian
Belia dan Sukan kerajaan boleh mengadakan kursus permainan tradisional ini untuk golongan belia. Hal ini
secara tidak langsung dapat mengurangkan gejala sosial dalam kalangan remaja. Usaha kerajaan ini dapat
menarik kedatangan pelancong asing ke negara kita sekali gus dapat mempopularkan permainan tradisional ini.
Sementara pihak swasta pula boleh menganjurkan pertandingan permainan tradisional ini. Pihak swasta boleh
menjadi penaja bagi pertandingan yang dianjurkan dengan menyediakan hadiah yang lumayan. Sebagai contoh,
penganjur menyediakan hadiah berbentuk tiket pelancongan ke luar negara kepada para pemenang. Hal ini dapat
menarik penyertaan pelbagai lapisan masyarakat untuk menyertainya. Pendek kata, jelaslah bahawa pihak swasta
juga memainkan peranan penting dalam mempopularkan permainan tradisional negara ini.
Kesimpulannya, pelbagai pihak perlu bekerjasama dalam mempopularkan permainan tradisional ini . Usaha yang
berterusan penting supaya generasi akan datang dapat mengenali dan meminati permainan tradisional. Kesannya,
permainan tradisional ini tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Anda mungkin juga menyukai