Anda di halaman 1dari 2

Pelbagai jenis contoh-contoh karangan dapat dilihat secara online oleh pelajar-pelajar.

Karangan yang
merangkumi pelbagai tema dan soalan dapat membantu pelajar untuk mengetahui isi-isi penting yang
berkait dengan soalan yang ingin dijawab dalam latihan atau peperiksaan. Berikut adalah contoh
karangan usaha-usaha membantu golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang boleh menjadi rujukan
dan panduan pelajar. Latihan tambahan amat digalakkan supaya pelajar terdedah dengan pelbagai jenis
soalan dan mampu membuat penulisan karangan yang baik dan cemerlang. Selain itu, penggunaan
frasa-frasa menarik seperti peribahasa dan penanda wacana akan membantu menambah daya penarik
terhadap penulisan karangan pelajar. Justeru, isi-isi penting yang berkaitan dan seimbang akan
menjadikan penulisan karangan pelajar berpotensi mendapat markah yang baik dan cemerlang. Isi
Kandungan [Tutup] Usaha-Usaha Membantu Golongan OKU (Orang Kurang Upaya) Contoh
Karangan Usaha-Usaha Membantu Golongan OKU Usaha-Usaha Membantu Golongan OKU (Orang
Kurang Upaya) Isi-isi penting membuka mata masyarakat akan keistimewaan golongan OKU
memberikan latihan kemahiran dan peluang pendidikan menggalakkan pengambilan OKU dalam
pekerjaan menyediakan infrastuktur yang mesra OKU memberikan pendidikan dan kempen tentang
golongan OKU di setiap peringkat menyediakan peruntukan khas bagi perkembangan dan kesejahteraan
golongan OKU Baca juga: Cara Kira Bilangan Patah Perkataan Dalam Karangan Bahasa Melayu Contoh
Karangan Usaha-Usaha Membantu Golongan OKU Pendahuluan Orang kurang upaya boleh
didefinisikan sebagai seseorang yang mengalami kekurangan atau kecederaan kekal fizikal atau
kecacatan mental yang mempunyai kesan jangka panjang ke atas keupayaannya untuk melakukan
aktiviti seharian secara normal. Golongan ini mempunyai spektrum ataupun jenis yang besar dan
terdapat kategori tertentu dalam menentukan kekurangan upaya mereka. Orang kurang upaya tidak
dapat menjalani kehidupan yang sempurna kerana kekurangan yang mereka hadapi. Walaupun banyak
kekurangan yang mereka hadapi, golongan kurang upaya ini tidak harus dipinggirkan kerana mereka juga
turut mampu memberi sumbangan kepada kita khususnya dan negara amnya. Persis peribahasa, tidak
memandang bulu, tidak melihat rupa dimana bersikap adil adalah nilai murni yang harus diterapkan oleh
setiap ahli masyarakat. Oleh itu, wajar untuk kita mengenal pasti usaha-usaha yang dapat dikerahkan
bagi membantu golongan orang kurang upaya (OKU) untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik. Isi 1
Prakarsa utama dalam membantu golongan OKU adalah dengan membuka mata masyarakat akan
keistimewaan yang dimiliki oleh OKU. Kita harus mengubah stigma masyarakat yang berpendapat
golongan OKU ini hanya menyusahkan dan tidak dapat menyumbang apa-apa ke arah kebaikan.
Persepsi yang tirus ini harus diubah di mana golongan OKU memerlukan bimbingan yang betul dan
sesuai dengan keadaan mereka sebelum mereka memahami sesuatu perkara dan mampu mempelajari
susuatu yang dapat memeberi nilai kepada diri mereka. Tamsilnya, atlet pecut paralimpik negara
Mohamad Ridzuan Puzi, yang berjaya mendapat pingat emas di Sukan Paralimpik Rio de Janeiro 2016
adalah bukti kemampuan golongan ini yang mampu mengharumkan nama negara di mata dunia. Begitu
juga atlet-atlet paralimpik negara yang lain seperti Mohamad Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly yang
berjaya memecahkan rekod dunia di kejohanan yang mereka sertai. Semoga kejayaan atelet paralimpik
negara ini menjadi contoh terbaik kepada masyarakat bahawa golongan OKU ini mampu berdiri sama
tinggi dengan manusia yang normal dan sempurna fizikal dan mental. Isi 2 Usaha lain yang dapat
dijakankan untuk membantu golongan OKU ini mendapat tempat dalam masyarakat adalah dengan
memberikan peluang pendidikan serta latihan kemahiran yang sesuai dengan kemampuan mereka.
Dewasa ini, terma autisme menjadi topik utama perbualan golongan ibu bapa kerana kadar golongan
kanak-kanak yang menghadapi keistimewaan ini semakin bertambah. Kekurangan upaya yang berkaitan
perkembangan mental boleh dirawat dan berpotensi untuk pulih dan mampu melakukan aktiviti-aktiviti
normal seperti manusia biasa. Golongan ini hanya memerlukan pendidikan secara bersemuka pada
tempoh yang tertentu mengikut tahap kemampuan mereka. Oleh itu, usaha pihak kerajaan dalam
memperkenalkan jurusan yang khusus dalam pendidikan khas di institusi pengajian harus disokong
sebagai langkah memebantu golongan ini. Pihak swasta juga boleh mengusahakan pusat-pusat terapi
dan pembelajaran bagi golongan OKU ini dimana ia adalah keperluan masyarakat hari ini. Pihak koporat
juga seharusnya menyumbang kepada inisiatif dalam memberi pendidikan kepada golongan OKU
sebagai tanggungjawab sosial koporat mereka. Isi 3 Selain itu, kerajaan juga boleh menggalakkan
masyarakat dan agensi kerajaan untuk mengambil golongan OKU sebagai pekerja dalam syarikat dan
agensi masing-masing. Misalnya, rantaian restoran makanan segera di Malaysia telah pun mengambil
golongan OKU sebagai pekerja mereka di cawangan tertentu dan membuktikan golongan ini mampu
bekerja untuk menyara kehidupan mereka sendiri. Pihak majikan perlu memberikan latihan kepada
pekerja mereka dalam kemahiran bahasa isyarat supaya mereka dapat berkomunikasi dan mengambil
pekerja daripada golongan yang bisu dan pekak. Rentetan itu, kita sebagai pelanggan juga harus
mempunyai kemahiran dalam bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengan pekerja di restoran tersebut
supaya tidak menjadi seperti Maka, sekarang adalah waktu yang sesuai untuk menjadikan bahasa
isyarat satu topik yang wajib dipelajari dalam modul pendidikan negara kita agar masyarakat hari ini dan
generasi akan datang menjadi masyarakat yang berkebolehan tinggi dalam komunikasi serta mampu
menghargai dan mengangkat golongan OKU bersama-sama ke arah kemajuan sejagat. Isi 4 Akhir sekali,
dalam meraikan golongan OKU ini, pihak kerajaan terutamanya perlu menyediakan infrastruktur yang
mesra OKU supaya mereka mudah untuk bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain.
Kemudahan seperti tempat duduk OKU, parkir khas OKU dan lif-lif di setiap bangunan samada bangunan
awam mahupun bangunan persendirian dapat membantu memudahkan golonan OKU ini untuk bekerja
ataupun memanfaatkan kemudahan awam. Justeru, masyarakat perlu peka dan cakna akan kehadiran
golongan OKU di sekeliling mereka dan sentiasa menawarkan bantuan sekiranya mereka memerlukan.
Sikap menggunakan lif di pusat membeli-belah yang semakin menjadi polemik masyarakat hari ini
perlulah diutamakan untuk golongan OKU, warga tua dan mereka yang membawa anak-anak kecil. Kita
sebagai manusia yang sempurn

Ⓒ Artikel Asal Di : https://www.ipendidikan.my/usaha-membantu-golongan-oku.html

Anda mungkin juga menyukai