Anda di halaman 1dari 9

TEMA:KEMANUSIAAN

CARA MENGHARGAI WARGA TUA


Kita hendaklah berbuat baik kepada warga tua. Hal ini adalah demikian kerana mereka lebih
banyak menabur bakti kepada keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. Mereka juga lebih
banyak memakan asam dan garam berbanding kita. Oleh sebab itu, kita semua perlulah
mengemukakan beberapa tindakan untuk menghargai warga istimewa ini.

Sudah terang lagikan bersuluh, duit merupakan suatu aset yang wajib dimiliki oleh semua
orang. Oleh sebab itu, sebagai menghargai warga tua, pihak kerajaan bolehlah memberi
bantuan dan sumbangan berbentuk kewangan kepada mereka. Hal ini adalah demikian kerana
tidak semestinya semua golongan emas ini mampu menyara keluarga dengan duit pencen
mereka. Jadi mereka memerlukan sokongan kewangan daripada luar. Contoh bantuan kerajaan
kepada warga tua dalam bentuk kewangan ialah bantuan daripada Jabatan Kebajikan
Masyarakat Malaysia (JKMM) sebanyak RM 300 sebulan kepada warga tua yang tidak
berkemampuan dari sudut kewangan. Selain itu, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak
RM 500 ada ditawarkan khas untuk warga tua. Secara tidak langsung, sokongan kewangan ini
dapat meringankan beban mereka disamping sebagai suatu penghargaan kepada mereka.

Selain itu, kita juga boleh menghargai warga tua dengan cara meraikan mereka. Jika kita
melihat kegembiraan seseorang itu menyambut hari lahirnya, begitulah juga apabila kita
meraikan warga tua. Contoh sambutan warga tua yang umum kita ketahui ialah Sambutan Hari
Warga Tua (SAHAWAT). Sambutan ini telah diperuntukkan dalam perlembagaan Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) melalui resolusi No. 45/100 yang telah menetapkan tarikh 1
Oktober sebagai hari sambutan ini. SAHAWAT telah disambut oleh negara Malaysia sejak tahun
1992 sebagai satu tanda apresiasi kepada warga emas ini. Melalui sambutan-sambutan
sebegini, mereka sudah tentu berasa gembira dan dihargai oleh masyarakat. Secara tidak
langsung, sambutan ini menjadi satu cara untuk menghargai warga tua.

Media juga berperanan untuk menghargai warga tua, sama ada media cetak mahupun media
elektronik. Media massa sentiasa memainkan peranan sebagai alat untuk menyampaikan
propaganda yang efektif sama ada yang baik ataupun yang buruk. Oleh itu, kita hendaklah
menggunakan kelebihan yang ada pada media massa untuk menyampaikan mesej menghargai
warga tua. Drama-drama dan filem-filem yang ditayangkan hendaklah memasukkan unsur
menghormati orang tua ke dalamnya. Contohnya, dalam filem KL Gangster, walaupun wataknya
utamanya,Malik (lakonan Aaron Aziz) ialah seorang ahli gangster, dia tetap sayang akan ibunya
dan sentiasa berusaha membantunya. Secara tidak langsung, para penonton yang menonton
filem ini dapat belajar untuk menghormati orang tua walau sesiapapun mereka. Para penonton
juga secara tidak langsung akan menghargai warga tua ini.

Cara lain untuk kita menghormati warga tua adalah dengan membentangkan dan melaksanakan
dasar-dasar yang bermanfaat buat warga tua. Dasar-dasar yang digubal untuk warga tua
hendaklah mempunyai peruntukan yang memberikan manfaat bukan untuk warga tua semata-
mata tetapi untuk semua lapisan masyarakat. Contoh dasar warga tua yang sedia ada di negara
kita ialah Dasar Warga Tua Negara (DAWARTUN). Dasar-dasar yang ada di dalam DAWARTUN
ialah mewujudkan negara tua yang sejahtera, bermaruah, dan bermartabat diri yang tinggi;
mengoptimumkan potensi diri; memastikan mereka menikmati semua peluang dan; mendapat
penjagaan serta perlindungan ahli keluarga, masyarakat dan negara. Penggubalan dasar-dasar
seperti ini adalah perlu. Hal ini adalah demikian kerana dasar-dasar ini menunjukkan bahawa
warga tua sangat berguna untuk semua lapisan masyarakat. Penggubalan dasar untuk warga
tua juga secara tidak langsung menunjukkan warga tua dihargai.
Konklusinya, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan oleh pelbagai pihak untuk
menghargai warga tua. Oleh itu, semua pihak hendaklah mengerah keringat dan bekerjasama
bagai aur dengan tebing untuk menghargai warga tua. Hal ini adalah demikian kerana warga tua
telah banyak berjasa kepada generasi yang lebih muda seperti kita. Walaupun pelaksanaannya
tidak semudah bicara, kita tidak boleh berputus asa.

Cara-cara Menghargai Orang Tua
Amalan kunjung - mengunjung
- ziarah mereka ketika musim perayaan, hari cuti - supaya mereka tidak kesunyian
Meluangkan masa bersama warga tua
- agar mereka tidak rasa dipinggirkan
Mengambil berat akan kebajikan mereka
- pastikan mereka hidup selesa, cukup makan pakai, ada tempat tinggal untuk
berlindung
Menghargai pandangan/pendapat mereka
- lebih berpengalaman
- lebih dahulu makan garam
Menjaga mereka apabila mereka uzur/sakit
Mengiktiraf jasa mereka - kerajaan/badan bukan kerajaan boleh memberikan anugerah
kepada orang tua yang banyak berjasa dan berkorban kepada negara
- angkat mereka sebagai tokoh yang perlu disanjung


Kepentingan Amalan Tolong-Menolong
sesuatu pekerjaan dapat dilakukan dengan lebih mudah
- berganding bahu ibarat aur dengan tebing
menjimatkan masa dan tenaga
- kerja yang dilakukan cepat siap
menjimatkan belanja
- jika sesebuah majlis perkahwinan dibuat secara gotong-royong (tolong-menolong),
tidak perlu membayar upah pekerja, katering atau kos penyediaan makanan, kos
pembinaan balai raya/surau di kawasan kediaman dapat dijimatkan jika penduduk saling
menolong membinanya.
memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan
- belajar bekerjasama, bertoleransi dan bergaul mesra dengan anggota masyarakat
mengikis sifat mementingkan diri
mengeratkan silaturahim/hubungan sesama anggota masyarakat
mewujudkan perpaduan kaum
- masyarakat hidup harmoni - saling membantu tanpa mengira warna kulit, bangsa atau
agama
meringankan beban orang lain
- golongan yang senang akan membantu golongan yang susah - kesejahteraan dan
keharmonian dapat dikekalkan

Usaha- usaha membantu Orang kurang Upaya(OKU)
Golongan orang kurang upaya (OKU) di negara ini masih boleh dikatakan umpama melukut di
tepi gantang. Masyarakat tidak begitu mempedulikan kehadiran mereka, sekali gus menerima
nasib seperti pungguk rindukan bulan. Orang Kurang Upaya termasuklah mereka yang
mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual, atau deria yang apabila
berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan
mereka dalam masyarakat. Ada juga yang menjadi cacat akibat mengalami kemalangan yang
menjejaskan anggota badan. Mereka tidak dapat menjalani kehidupan yang sempurna kerana
kekurangan yang dimiliki. Mereka perlu dibantu untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Sebagai
masyarakat yang cakna dan bertanggungjawab kita haruslah membantu golongan ini menikmati
hidup yang sama seperti mereka yang normal.

Antara usaha untuk membantu OKU ialah menyediakan peluang untuk mendapatkan
kemahiran dalam bidang tertentu. Program kemahiran tersebut sangat penting untuk melatih
OKU menguasai bidang kraftangan, membaiki kenderaan dan perniagaan. Dengan cara ini
mereka akan mudah untuk bekerja dan dapat menjana pendapatan keluarga walaupun cacat.
Oleh itu, sokongan daripada pihak kerajaan amat diperlukan untuk membangunkan pusat-pusat
latihan kemahiran OKU ini seperti Program Semai Bakti Pusat (PDK) di bawah pengawasan Felda
di seluruh Negara berjaya melatih kira-kira 7,700 orang OKU dalam pelbagai bidang. Jelaslah
kemahiran yang dimiliki oleh OKU itu akan membantu OKU berdikari dan menyumbangkan
kepada kemajuan serta pembangunan ekonomi negara kita.

Selain itu, pihak kerajaan perlu membuka peluang untuk menyambung pelajaran di peringkat
yang lebih tinggi kepada OKU. Sistem pendidikan khas perlu diperluaskan kepada OKU yang
berada di luar bandar supaya ibu bapa yang mempunyai anak-anak ini berpeluang
menyekolahkan anak-anak mereka. Sehubungan itu, kemudahan pendidikan khas ini mestilah
ditingkatkan bagi melahirkan para pelajar yang standing dengan pelajar yang normal. Malah
pihak kerajaan juga mestilah menyediakan tempat atau kaota pengajian di peringkat Institusi
Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kepada OKU yang mendapat keputusan yang baik dalam
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Oleh itu, peluang ini
akan meninkatkan lagi motivasi pelajar OKU untuk mengubah nasib hidup mereka kea rah yang
lebih baik pada masa akan datang dengan ilmu yang dimiliki itu.

Di samping itu, pihak swasta pula tidak boleh mengamalkan dasar pilih kasih semasa
mengambil pekerja untuk berkhidmat dalam syarikat mereka. Mereka perlu bersikap adil
kerana golongan OKU juga mampu menyumbangkan kemahiran yang ada untuk memajukan
syarikat tersebut. Di kilang umpamanya sudah ada OKU yang bekerja sebagai operator
pengeluaran, pembantu pejabat dan kerani dimana sebelum ini kerja sebegini hanya dilakukan
oleh pekerja yang normal sahaja. Kita harus memuji Pasaraya Besar Carrefour telah
mensasarkan 5 peratus daripada pekerjanya adalah OKU menjelang tahun 2010 nanti iaitu
berjumlah kira-kira 200 orang. Oleh itu, peluang pekerjaan haruslah dibuka kepada OKU untuk
membantu mereka mendapatkan kerja bagi menyara kehidupan keluarga mereka.

Bantuan modal juga diperlukan oleh golongan OKU untuk memulakan sesuatu perniagaan. Hal
ini demikian kerana rata-rata golongan ini adalah terdiri daripada orang susah atau miskin.
Sehubungan itu, pihak kerajaan mestilah mengambil tindakan segera melalui Kementeriannya
agar minat OKU dalam bidang ini dapat dikembangkan dari masa ke masa. Sebagai contoh
dalam Rancangan Malaysia ke-9 kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM 22 juta melalui
Skim Bantuan Galakan Perniagaan OKU dibawah kelolaan Kementerian Sumber Manusia.
Semua OKU yang berminat boleh membuat permohonan dan perlu mendapat sokongan
daripada persatuan masing-masing. Oleh itu, bantuan kewangan atau modal ini sangat penting
untuk membolehkan golongan ini meningkatkan ekonomi mereka tanpa bergantung kepada
pertolongan daripada orang lain.

Intihannya negara kita semakin maju ke hadapan, terutama ke arah merealisasikan impian
menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020 yang memerlukan sumbangan dan
komitmen semua pihak termasuk golongan OKU untuk memberikan sumbangan kepada negara
dalam menjayakan impian berkenaan. Kita hendaklah percaya golongan OKU juga ada peranan
dan mampu memberi sumbangan bermakna andai diberi peluang dan ruang sewajarnya.
Semua pihak perlu berganding bahu, bak kata peribahasa berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing, bagi membela nasib dan masa depan golongan OKU. Sekiranya kita tidak bersungguh-
sunggguh membantu golongan ini sudah pasti mereka akan terus tersisih dalam era
pemodenan Negara menjelang tahun 2020 nanti.


Faedah mempunyai kawan yang banyak
Pendahuluan

mengapa penting mempunyai kawan yang banyak? - berkasih biarlah satu,berkawan biarlah
seribu - digalakkan berkawan sebanyak mungkin - tidak jadi kera sumbang

Isi-isi

tidak sunyi
- bergaul dengan kawan-kawan, ada teman berbual, hidup lebih terisi
belajar perkara baru setiap hari
- perkongsian pengalaman terutama dengan kawan-kawan yang duduk jauh di negara
lain
- bertukar-tukar pandangan
berpeluang mengenal budaya dan cara hidup yang berbeza
- kawan-kawan yang berlainan agama, budaya, tempat tinggal
- tidak seperti katak di bawah tempurung
memupuk perpaduan kaum
- mengeratkan silaturahim
- berkawan tanpa mengira bangsa, keturunan atau warna kulit
membentuk sahsiah dan peribadi diri
- apabila berkawan dengan pelbagai peringkat umur
- macam-macam ragam
- belajar menilai yang mana baik dan yang mana buruk
mendapat sokongan moral apabila berdepan dengan masalah
- ada kawan-kawan yang boleh menjadi tempat mendengar masalah
- beri nasihat yang sewajarnya
saling membantu
- terutamanya dalam pelajaran
- yang pandai dapat menolong yang lemah
- belajar secara berkumpulan
- bertukar-tukar nota/ kertas soalan periksa

Penutup

banyak kebaikan mempunyai banyak kawan - berhati-hati - perilaku, perangai dan
tindakan akan dipengaruhi oleh kawan-kawan - antara intan dengan kaca - pilih kawan yang
boleh mendorong untuk berjaya - bukan yang boleh memusnahkan kita



TEMA: SAINS DAN TEKNOLOGI
Kebaikan dan keburukan televisyen
Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, televisyen merupakan media
elektrik yang penting kepada manusia. Semua keluarga mampu memilikinya kerana ada
segelintir televisyen murah harganya. Selain itu, ia juga dijadikan sebagai bahan rujukan.
Terdapat beberapa kebaikan dan keburukan mengenai televisyen.
Antara kebaikan televisyen ialah ia memberi banyak maklumat kepada kita. Televisyen banyak
menyiarkan rancangan yang boleh meningkatkan ilmu pengetahuan seseorang itu. Contohnya
seperti rancangan berkenaan dengan kemajuan sains dan teknologi, kepelbagaian haiwan-
haiwan di negara-negara lain dan sebagainya. Ramai ibu bapa tidak menyedari akan kebaikan
televisyen dan melarang anak-anak mereka menonton televisyen. Sepatutnya ibu bapa
menggalakkan anak-anak mereka menonton televisyen kerana anak-anak mereka dapat
meningkatkan ilmu pengetahuan mereka. Jika peluang ada di depan mata kita, kenapa kita
melepaskannya begitu sahaja? Kita seharusnya merebut peluang tersebut kerana peluang
hanya datang sekali.
Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa televisyen juga menyiarkan rancangan
berbentuk pengetahuan tidak kira dari segi informasi, dokumentasi, berita, majalah tiga dan
sebagainya. Ia juga boleh dijadikan bahan rujukan kepada kita. Contohnya ialah dengan
menonton berita, kita dapat tahu apa yang terjadi di dunia seperti berlaku bencana alam, orang
awam terlibat dalam kemalangan ngeri dan sebagainya. Di samping itu, jika kita seorang yang
baik budi pekertinya dan mengambil berat tentang orang lain, majalah tiga banyak
menceritakan tentang kehidupan setinggan orang luar sana, aduan rakyat tentang isu semasa
dan sebagainya.
Seterusnya, kita boleh mengisi masa yang terluang denagn menonton televisyen. Sebenarnya
kita sepatutnya mengisi masa yang terluang kita dengan mengulang kaji pelajaran tetapi jika
kita mula berasa bosan, kita boleh menonton rancangan yang berkaitan dengan subjek yang
kita pelajari seperti rancangan di Astro Tutor Tv. Astro Tutor Tv ini menyiarkan rancangan
yang berkaitan dengan pelajaran kita di sekolah. Kita tidak akan berasa bosan jika kita
menonton televisyen di Astro Tutor Tv kerana animasi-animasi yang terdapat dalam
rancangan tersebut seolah-olah sedang berkomunikasi dengan kita dan kita juga boleh
menganggapnya sebagai guru kedua kita.
Sama ada kita sedar atau tidak sedar, jika sesuatu benda itu mempunyai kebaikan, pasti
terdapat juga kebaikannya. Sepertimana yang kita maklumi, remaja zaman sekarang suka
menonton filem-filem yang berunsurkan keganasan. Ini menyebabkan mereka mudah
terpengaruh dengan aksi-aksi ganas dalam filem tersebut. Ini sangat berbahaya kerana ada
kemungkinan mereka akan membuli rakan-rakan mereka di sekolah.
Selain itu juga, dengan menonton televisyen, kita akan terlalu asyik dan mengabaikan pelajaran.
Terdapat ramai pelajar yang gagal dalam peperiksaan kerana menonton televisyen berlebihan
kerana ia tidak akan memberi apa-apa faedah. Daripada kita menonton televisyen, lebih baik
kita belajar bersungguh-sungguh hingga ke menara gading.
Bagi menggulung segala kenyataan yang telah diperkatakan di atas, kita perlu bijak memilih
rancangan yang bermanfaat dan tidak merosakkan diri kita. Jangan kita menyesal di kemudian
hari kerana ia tidak ada gunanya lagi. Bak kata pepatah, menyesal dulu pendapatan, menyesal
kemudian tiada gunanya lagi.

Kamajuan sains dan teknologi memudahkan kehidupan manusia
1. Mampu mempercepatkan kerja kita. Hal ini terbukti apabila majoriti populasi masyarakat di
Malaysia kini mencari bahan atau sumber maklumat mereka hanya daripada Internet.Mereka
tidak mencari bahan yang mereka perlukan di perpustakaan kerana di situ mereka perlu
bersusah payah mencari buku-buku yang mengandungi maklumat yang mereka inginkan di atas
rak yang disusuni dengan ribuan buku.
2. Dapat membuatkan kita berhubung dengan orang yang jauh. Misalnya, seorang anak yang
melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yang jauh daripada tempat tinggal mereka boleh
melepaskan kerinduan terhadap ibu bapa mereka dengan hanya menelefon mereka.
3. Membantu pembelajaran mereka juga antara kepentingan teknologi maklumat kepada
manusia. Senario ini dapat dilihat apabila sudah ada banyak laman blog yang berkaitan dengan
sesuatu subjek mengikut sukatan pembelajaran di sekolah yang memenuhi Internet. Dalam
blog tersebut, terdapat banyak cara menjawab soalan peperiksaan dan tips yang diberikan
untuk menghafal sesuatu sukatan pembelajaran.
4. Dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Kita dapat mengetahui dunia luar dengan lebih
mendalam. Pelbagai perkara boleh diketahui melalui internet kerana maklumat pada masa kini
berada di hujung jari sahaja. Pelbagai aplikasi boleh digunakan untuk mencari maklumat melalui
internet contohnya, Mozilla Firefox, Google Chrome, Internet Explorer dan sebagainya.

Faedah komputer
Dewasa ini, komputer merupakan alat penting yang digunakan di kebanyakan sekolah di
negara kita. Sebagai contoh, komputer acapkali digunakan oleh guru-guru semasa
menyampaikan pengajaran kepada para pelajar. Kini boleh dikatakan ramai dalam kalangan
murid sekolah telah mahir dalam menggunakan computer seperti kata kata peribahasa alah
bisa tegal biasa. Oleh itu, terdapat banyak faedah belajar menggunakan komputer.
Antara faedah belajar menggunakan komputer ialah pelajar-pelajar dapat
berkongsi maklumat bersama-sama rakan. Hal ini demikian kerana rakan-rakan yang
berkebolehan dalam mengendalikan komputer akan saling menunjuk cara dan menyampaikan
maklumat antara satu sama lain. Sebagai contoh, memuat turun bahan pembelajaran daripada
Internet dan lain-lain. Oleh itu belajar menggunakan komputer akan membentuk perkongsian
maklumat dalam kalangan pelajar.

Di samping itu, belajar dengan menggunakan komputer akan menjadikan
aktiviti pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Hal ini demikian kerana setiap pelajar akan
berasa seronok dan ingin melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran secara aktif. Sebagai
contoh, program Skor A atau program interaktif yang memerlukan pelajar menyelesaikan
tugasan secara langsung atas talian. Sudah terang lagi bersuluh, belajar menggunakan
komputer menjadikan suasana pembelajaran akan lebih ceria.

Semenelahan itu pula, faedah belajar menggunakan komputer adalah dapat
menjimatkan masa sesi pembelajaran. Pada kebiasaannya bahan-bahan pembelajaran akan
disediakan terlebih dahulu oleh guru atau pelajar. Selain itu, tugasan atau latihan pelajar juga
dapat dijawab atas talian tanpa memerlukan bahan edaran bersesuaian dengan kata
peribahasa, masa itu emas. Oleh itu, faedah belajar menggunakan komputer dapat
menjimatkan masa dalam pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas.

Selain itu, belajar menggunakan komputer boleh meningkatkan prestasi akademik
seseorang pelajar di sekolah. Hal ini demikian kerana terdapat banyak informasi dan
maklumat terkini boleh dijadikan sumber ilmu. Sebagai contohnya, pelajar-pelajar boleh
mengakses internet untuk menambahkan ilmu pengetahuan dalam subjek tertentu. Jika ini
dilakukan, sudah tentu pelajar-pelajar boleh meningkatkan kejayaan dalam peperiksaan seperti
kata cogan kata , Usaha Tangga Kejayaan. Oleh itu, belajar menggunakan komputer akan
memudahkan pelajar berjaya dalam pelajaran.

Kesimpulannya, semua pihak perlu bersinergi bagai aur dengan tebing dan berganding
bahu untuk menjadikan komputer sebagai alat teknologi yang berkesan dalam
pembelajaran. Namun begitu, perlu diingat jika komputer digunakan untuk tujuan yang tidak
mendatangkan faedah, maka implikasinya sangat buruk. Gunakanlah teknologi komputer
sebaik-baiknya supaya kita tidak ketinggalan dalam arus globalisasi masa ini.

Anda mungkin juga menyukai