Anda di halaman 1dari 14

SINOPSIS KESELURUHAN NOVEL LEFTENAN MUDA

ADNAN
NAMA: NURHAZWANI BINTI MOHD AZIZI
KELAS: 4 CEKAL
Novel Leltenan Adnan Wira Bangsa berlegar-Iegar sekitar watak utama, iaitu Adnan. Pada peringkat awal
penceritaan, novel ini mengisahkan kehidupan Adnan semasa kecil. Beliau dilahirkan di sebuah kampung di
Sungai Ramal, Selangor. Rata rata penduduk kampung itu masih berada dalam kemiskinan. Kehidupan mereka
bergantung pada sawah dan kebun getah yang luasnya sekadar cukup makan sahaja. Keadaan ini turut dirasai
oleh Pak Saidi dan Mak Milah, iaitu bapa dan ibu Adnan yang membesarkan tiga orang anak, iaitu Adnan,
Ahmad, dan Amarullah. Adnan merupakan anak sulung keluarga Pak Saidi. Sejak kecil, Adnan rajin membantu
keluarganya dan merupakan anak yang taat akan perintah orang tuanya. Walaupun usianya baru mencecah
sepuluh tahun, setiap pagi Adnan akan pergi ke kebun getah membantu orang tuanya menoreh getah. Selain itu,
dia turut membantu keluarganya mengerjakan sawah bendang. Pak Saidi dan anak-anaknya tidak suka
membuang masa dengan duduk bersembang di kedai-kedai kopi.
Pak Saidi sebenarnya berketurunan pahlawan. Beliau sengaja merahsiakan keturunannya kerana
khuatir akan diburu oleh pihak penjajah kerana moyangnya menjadi orang buruan Inggeris. Darah
kepahlawanan itulah yang mengalir dalam jiwa Adnan. Semangat patriotik yang dimiliki oleh Pak
Saidi amat tebal. Pak Saidi amat mengambil berat tentang sejarah tanah air. Beliau sentiasa
menekankan peri pentingnya orang-orang Melayu mengubah kehidupan di negara sendiri. Para
penjajah telah mengambil kekayaan negeri ini dan menjadikan kaum peribuminya hidup dalam
kemiskinan. Nasib orang Melayu terpinggir dan tidak terbela. Pak Saidi tidak mahu anak-anaknya
mewarisi pekerjaannya. Pengetahuan Pak Saidi yang luas tentang sejarah tanah air amat dikagumi oleh
penduduk kampungnya. Pak Saidi banyak membaca tulisan pengarang tanah air ketika itu seperti Syed
Syeikh Al Hadi. Keberanian pahlawan Melayu seperti Dol Said, Mat Kilau, Datuk Bahaman, dan
Datuk Siamang Gagap sering menjadi inspirasi dalam meningkatkan semangat patriotisme yang ada
dalam dirinya.
Pak Saidi tidak mengabaikan tanggungjawabnya untuk memberikan pendidikan terbaik kepada anak-
anaknya. Beliau mahu anak-anaknya berbakti kepada agama, bangsa, dan tanah air. Oleh sebab itu,
Adnan telah dilengkapi dengan ilmu keagamaan dan ilmu persilatan. Pak Saidi sedar bahawa dengan
ilmu pengetahuan sahajalah negara akan dapat dibangunkan. Pihak penjajah sememangnya tidak suka

orang Melayu menjadi pandai. Pelajaran yang diperoleh mereka setakat boleh membaca dan menulis
sahaja. Atas dasar itu, Pak Saidi berhasrat mahu menghantar anak-anaknya ke sekolah aliran Inggeris
untuk memperoleh ilmu pengetahuan.
Tindakan Pak Saidi itu mendapat tentangan daripada masyarakat kampung yang khuatir anak-anak
Pak Saidi akan diresapi pengaruh agama Kristian dan seterusnya menjadi murtad. Tentangan
penduduk kampung itu tidak mematahkan semangat Pak Saidi untuk menghantar anak anaknya
menimba ilmu di sekolah aliran Inggeris. Bagi Pak Saidi, masyarakat Melayu perlu belajar daripada
orang Inggeris yang lebih maju dalam pelbagai bidang keilmuan. Anak-anak perlulah dilengkapi
dengan ilmu pengetahuan kerana itu sahaja caranya untuk mengambil alih pemerintahan negara ini
daripada tangan penjajah.
Adnan bersekolah di sebuah sekolah aliran Inggeris. Di sekolah, Adnan terkenal sebagai pelajar yang
rajin dan pintar. Sikap ringan tulangnya amat disenangi oleh teman-teman dan juga guru-guru sekolah.
Adnan menyatakan cita-citanya untuk menjadi askar. Setelah tamat persekolahan, beliau diterima
menjadi guru pelatih di Sekolah Melayu Sungai Ramal. Namun, bidang perguruan bukanlah minatnya.
Cita-citanya hanyalah satu, iaitu untuk menjadi askar. Adnan telah terpilih menjadi askar dalam suatu
sesi temu duga yang diadakan di Port Dickson. Kejayaan Adnan terpilih untuk menjalani latihan
ketenteraan menjadi buah mulut di pelusuk kampung.
Konfiik berlaku apabila Nordin memperlekehkan usaha Adnan untuk menjadi tentera. Adnan dituduh
sebagai pengkhianat bangsa kerana menjadi tali barut Inggeris. Adnan tidak menghiraukan tempelak
rakan-rakan sekampungnya. Beliau menjadi pengasas Kampeni Percubaan Pasukan Askar Melayu
yang hanya berjumlah 25 orang. Kegigihan Adnan membolehkan beliau terpilih mewakili platun
Askar Melayu dalam perbarisan memberikan hormat bagi menyambut upacara pertabalan King
George VI di London. Adnan telah berkahwin dengan Sophia, anak Pak Fakih, Adnan membawa
Sophia dan anak-anaknya ke Singapura. Namun, Adnan terpaksa menghantar anak-anak dan isterinya
pulang ke kampung selepas mendapat berita yang mengejutkan. Beliau mendapat tahu bahawa Jepun
mahu menyerang Singapura. Mereka juga mahu menjajah Tanah Melayu.
Kesungguhan dan kecekalan 25 orang perintis askar Melayu ini telah berjaya menyakinkan Mejar
G.Mc Bruce mengenai kemampuan anak-anak muda Melayu menjadi tentera lalu diadakan
pengambilan rekrut baharu. Pada 1 Januari 1935, pasukan percubaan Askar Melayu telah ditukarkan
menjadi Rejimen Askar Melayu dengan kekuatan anggota sebanyak 150 orang. Kemudian
dipercepatkan pengambilan anggota baharu menjadi 232 orang. Mereka dibahagikan kepada dua
kompeni dilengkapi dengan platun mesingan, seksyen semboyan, dan unit tambur. Pada 1Januari
1938, Batalion Pertama Askar Melayu dltubuhkan dengan dianggatai 17 pegawai British, 6 pegawai
Melayu, 11 pegawai waran, 759 pegawai dan lain-lain pangkat. Pada bulan Mac 1941, Rejimen Askar
Melayu ditambah kekuatan menjadi dua batalion. Mereka diberi tanggungjawab mempertahankan
Tanah Melayu daripada serangan Jepun.
Pada Sabtu 6 Disember 1941, satu persidangan telah berlangsung di Manila yang dihadiri oleh
pegawai-pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat dan British. Laporan perisikan menyatakan bahawa
angkatan laut Jepun telah belayar menuju Asia. Risikan mendapati sekurang-kurangnya 25 buah kapal
pengangkut yang diiringi oleh kapal tempur, kapal penjajah, dan kapal pembinasa menuju Laut China
Selatan.
Hal ini merupakan isyarat yang jelas bahawa Jepun akan terlibat dalam Perang Dunia Kedua.
Batalion Kedua Askar Melayu ini ditempatkan di Kelantan menentang pendaratan askar Jepun dan
mereka terlibat dalam pertempuran di Pantai Cahaya Bulan pada 8 Disember 1941. Pada hari pertama
askar Jepun mendarat, mereka telah ditentang hebat oleh askar Melayu yang dibantu oleh tentera India
British yang berkubu di sepanjang pantai. Pada hari kedua, kapal-kapal perang Jepun telah
melepaskan tembakan di sepanjang pantai menyebabkan ramai yang terkorban. Hal ini menyebabkan
banyak askar India yang berkhidmat dengan tentera British melarikan diri. Namun, askar Melayu terus
bertahan dan berjaya menggagalkan pendaratan askar Jepun. Namun, pada hari yang ketiga, askar
Melayu yang sedang bertempur diarahkan berundur. Dengan itu, askar Jepun berjaya mendarat di
Kelantan setelah tiga hari bertempur.
Mitos keunggulan ketenteraan British di Tanah Melayu dapat dihancurkan oleh Jepun dalam masa tiga
hari sahaja apabila askar Jepun berjaya mendarat di Kota Bharu, Kelantan. Pertahanan tentera British
mudah sahaja ditewaskan oleh tentera Jepun yang cukup licik dan memiliki kemahiran dalam
peperangan. Akibatnya, negeri negeri di Tanah Melayu satu persatu jatuh ke tangan tentera Jepun.
Kemudian, mereka terus mara hingga ke Singapura dan dalam masa hari Inggeris terpaksa
menyerah kalah kepada Jepun.
Pada mulanya British begitu yakin akan kekuatan tenteranya untuk menangkis serangan askar
Jepun. Sebaik-baik sahaja mendapat laporan tentera Jepun mendarat di Kota Bharu, Inggeris
telah menghantar askarnya berkubu di sepanjang pantai. Brtish juga menghantar dua buah kapal
perang, iaitu Prince of Wales dan Repulse untuk mempertahankan Tanah Melayu. Malangnya,
kedua-dua buah kapal perang kebanggaan British itu berjaya ditengelamkan oleh kapal terbang
Jepun yang
melakukan serangan kamikaze. Berita tenggelamnya dua buah kapal perang itu telah

mengejutkan British sekali gus melemahkan moral dan semangat askarnya .


Namun, mereka masih percaya satu-satunya kubu pertahanan yang dianggap kebal ialah Singapura.
Malah Inggeris yakin kubunya di Singapura itu tidak akan dapat ditembusi oleh askar Jepun. Dalam
pertempuran dengan askar Melayu di Kelantan dan di Singapura, askar Melayu telah menunjukkan
keberanian dan semangat keperwiraan yang hebal. Sebanyak 152 orang askar Melayu, termasuk 7
pegawai Melayu yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu terkorban. Antara pegawai askar
Melayu yang terkorban termasuklah Leftenan Adnan bin Saidi. Beliau Bersama-sama dengan 42
orang anggotanya yang masih hidup telah berjuang sehingga titisan darah yang terakhir. Pada 15
Februari 1942, askar Jepun berjaya menakluki Singapura setelah berlaku pertempuran hebal.
Akhirnya, British terpaksa menyerah kalah kepada Jepun.
SEKIAN TERIMA KASIH !
Jaga diri semua 

Anda mungkin juga menyukai