Anda di halaman 1dari 10

Analisis Lengkap Novel Leftenan Adnan

May 27, 2018

SINOPSIS

Novel Leftenan Adnan mengisahkan perjuangan anak Melayu, iaitu Leftenan Adnan dalam
mempertahankan Tanah Melayu daripada pihak Jepun. Anak Pak Saidi dan Mak Milah telah bercita-
cita menjadi askar sejak kecil lagi. Apabila tamat persekolahan di sekolah Inggerish, Adnan menjadi
guru pelatih di Kampung Sungai Ramal. Walaupun dia telah menjadi guru pelatih, cita-citanya tidak
pernah pudar. 

 Ketika dia menjadi tenaga pengajar, dia mendapat berita bahawa Askar Melayu Diraja diperlukan.
Pak Saidi menyokong cita-cita anaknya itu, malah dua orang adik Adnan, iaitu Ahmad dan Amarullah
turut menjadi askar. Mak Milah yang pada mulanya tidak bersetuju akhirnya akur dengan cita-cita
Adnan. Akhirnya, Adnan dan kawannya, Mamat terpilih dalam menyertai askar. Mereka telah
menjalani latihan selama setahun di Port Dickson. 

  Adnan juga dikejutkan dengan berita pertunangannya dengan Sophia apabila pulang ke kampung
halaman untuk bercuti. Adnan terkilan dengan keputusan Pak Saidi dan Mak Milah yang tidak
berbincang dengannya terlebih dahulu malah perkahwinan yang diatur juga seminggu daripada
tarikh kepulangannya. Oleh itu, dia tidak dapat berbuat apa-apa dan patuh akan keputusan Pak Saidi
dan Mak Milah. 

 Adnan kembali ke bukit Candu untuk melaksanakan tugasnya selepas perkahwinan tersebut,
isterinya ditinggalkan di kampung halaman bersama-sama ibunya kerana masih tiada kemudahan
untuk dia dan isteri tinggal sekali. Beberapa lama berpisah, Adnan telah membawa Sophia dan
anaknya tinggal sekali ketika dia bertugas di Pasir Panjang oleh sebab kemudahan seperti rumah
telah disediakan untuk pegawai. Leftenan Adnan dan Sophia sempat tinggal selama setahun di
bawah satu bumbung. Hal ini demikian, ada ura-ura Jepun ingin menyerang Singapura seterusnya
menjajah Tanah Melayu. Oleh itu, Sophia dihantar pulang ke kampung halaman demi keselamatan
anak-anak dan isterinya. 

  Episod getir bermula apabila Leftenan Adnan dan rakan seperjuangan berhadapan dengan serangan
Jepun. Mereka menunjukkan keberanian dan semangat keperwiraan yang tinggi sehingga ke titisan
darah yang terakhir. 

TEMA

Keberanian dan keperwiraan anak muda yang bernama Adnan bin Saidi dalam usaha untuk
mempertahankan Tanah Melayu daripada dijajah oleh orang asing. Leftenan Adnan sanggup
meninggalkan kerjayanya sebagai seorang guru pelatih dan berusaha melunaskan cita-citanya sejak
kecil yang ingin menjadi askar. Novel ini turut memaparkan perjuangan askar-askar Melayu lain yang
turut bersama-sama Leftenan Adnan mematahkan serangan Jepun ke atas Tanah Melayu.

PERSOALAN
 Persoalan semangat cinta akan negara - Leftenan Adnan memohon untuk menjadi tentera
apabila mendapat tahu Askar Melayu Diraja diperlukan. Beliau menghadiri temu tuga
bersama-sama Mamat di Port Dickson. Leftenan Adnan yang bertugas sebagai guru sanggup
meninggal kerjaya untuk memasuki bidang ketenteraan demi berjuang mempertahankan
tanah air. 

 Persoalan pengorbanan seorang isteri - Sophia sanggup berkorban apabila perlu berpisah
dengan suaminya, Leftenan Adnan yang berkhidmat di Pasir Panjang. Sophia taat akan
suaminya yang mengarahkan pulang ke kampung halaman walaupun hatinya berasa sedih
untuk berjauhan dengan suaminya itu kerana meraka baru sahaja tinggal bersama-sama di
Singapura. 

 Persoalan pandangan jauh seorang ketua keluarga - Ayah Leftenan Adnan iaitu Pak Saidi
menyekolahkan Leftenan Adnan di sekolah Inggeris walaupun anak-anak Melayu lain
bersekolah pondok. Pak Saidi sanggup melakukan apa-apa sahaja seperti membeli basikal
untuk Leftenan Adnan agar mudah pergi ke sekolah walaupun terpaksa berhutang. 

 Persoalan kebijaksanaan menggunakan taktik dalam peperangan - Leftenan Adnan bijak


membaca helah tentera Jepun walaupun tentera Jepun menyamar sebagai askar India
dengan memakai turban ketika cuba menyerang askar Melayu. 

WATAK DAN PERWATAKAN

WATAK UTAMA

Leftenan Adnan 

Fizikal

 Dilahirkan di kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor dan mendapat pendidikan di sekolah
Inggeris pekan Sungai Ramal. 

 Anak sulung daripada tiga orang adik beradik. Bapanya bernama Pak Saidi dan ibunya
bernama Mak Milah. 

 Pernah menjadi guru pelatih sebelum memasuki bidang ketenteraan yang bertempat di Kem
Latihan Haig Lines Port Dickson. 

Dalaman

 Seorang yang bijak dalam membuat keputusan - Leftenan Adnan bijak mengesan helah
tentera Jepun yang menyamar sebagai tentera India yang memakai turban ketika menyerang
askar Melayu di Pasir Panjang. 

 Mempunyai semangat patriotik yang tinggi - Leftenan Adnan sanggup melepaskan jawatan
sebagai guru pelatih dan memohon untuk menjadi tentera apabila mendapat. Beliau
menghadiri temu tuga bersama-sama Mamat di Port Dickson bagi menyertai askar Melayu
Diraja. Leftenan Adnan menjadikan semangat pejuang tokoh terdahulu seperti Maharajalela,
Tok Gajah, dan Mat Kilau yang sanggup berjuang untuk negara sebagai suri teladan. 
 Anak yang rajin - Leftenan Adnan rajin membantu ayahnya di sawah dan menoreh getah
pada setiap pagi bagi membantu meringankan beban yang ditanggung oleh ayahnya
walaupun baru berusia 10 tahun. 

 Sayang akan keluarga - Leftenan Adnan sangat sayang akan isterinya dan berasa sayu ketika
ingin meninggalkannya di Sungai Ramal sebelum dia berangkat ke Singapura untuk berjuang
menyekat kemaraan Jepun. 

 Berani menempuh cabaran - Leftenan Adnan merupakan seorang anggota tentera yang
memiliki keberanian yang luar biasa apabila tidak gentar berhadapan dengan tentera Jepun
yang cuba menakluk Tanah Melayu walaupun ramai daripada pasukan terkorban. Selain itu,
Leftenan Adnan merupakan seorang yang berani mencuba sesuatu yang baharu. Buktinya,
Lertenan Adnan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menyertai pertandingan
pidato bahasa Inggeris yang diumumkan oleh cikgu Nazri. 

WATAK SAMPINGAN

Pak Saidi

 Tinggal di Kampung Sungai Ramal 

 Bekerja sebagai pesawah 

 Isteri bernama Mak Milah dan mempunyai tiga orang anak lelaki iaitu Adnan, Ahmad dan
Amarullah. 

 Berpandangan jauh - Pak Saidi sangat bijak apabila menghantar anaknya bersekolah di
sekolah Inggeris berbanding sekolah pondok kerana dia berfikiran jauh bahawa anaknya
akan mendapat pendidikan yang berbeza, tambahan lagi ilmu agama sudah diajar sejak
anak-anaknya kecil. 

 Berani - Pak Saidi tidak gentar menentang tentera Jepun. Ketika persengketaan antara dia
dengan Jepun, Pak Saidi telah membunuh beberapa orang tentera Jepun dengan
menggunakan sebilah keris pusaka peninggalan ayahnya, namun Pak Saidi telah dibunuh
oleh Jepun. 

 Bertanggungjawab - Pak Saidi sangat sayang akan anak-anaknya, iaitu memberikan


pendidikan yang terbaik buat mereka sehingga sanggup melakukan apa-apa sahaja seperti
membeli basikal untuk Leftenan Adnan agar mudah pergi ke sekolah walaupun terpaksa
berhutang. Selain itu, Pak Saidi mengayuh basikal setiap pagi menghantar Adnan ke sekolah
Inggeris sebelum pergi ke sawah dan menjemputnya balik pada waktu tengahari. 

Sophia

 Nama sebenarnya ialah Sophia Pakih Muda. 

 Isteri kepada Leftenan Adnan dan mempunyai dua orang anak, iaitu Zainuddin dan Mokhtar. 

 Seorang guru di sekolah Sungai Ramal sebelum berkahwin dan selepas kematian suaminya.
Sophia juga mengajar kanak-kanak Singapura tentang kemahiran membaca dan menulis
kerana dia berasa bosan tidak melakukan sebarang kerja berbanding ketika dia menetap di
Tanah Melayu. 
 Penyayang - Seorang yang sangat sayang akan suaminya. Sophia menangis ketika hendak
berpisah dengan Leftenan Adnan sebelum berlepas ke Singapura. Selain itu, Sofea
mengutuskan sepucuk surat kepada suaminya Leftenan Adnan yang bertugas sebagai
seorang tentera di Singapura untuk meluahkan rasa rindu akan suaminya itu. 

 Taat akan suami - Sophia taat akan suaminya yang mengarahkan pulang ke kampung
halaman walaupun hatinya berasa sedih untuk berjauhan dengan suaminya itu kerana
meraka baru sahaja tinggal bersama-sama di Singapura. 

 Tabah dengan ujian hidup - Sophia juga reda dengan kematian suaminya, Leftenan Adnan di
Bukit Candu oleh sebab dia tahu dia tidak dapat menghalang ketentuan Tuhan andai itu
sudah tertulis pada takdir-Nya. 

 Ibu yang bertanggungjawab - Sofea menyara anak-anaknya dengan bekerja sebagai penoreh
getah dan pesawah sebelum menjadi guru semula setelah kehilangan suami tercinta,
Leftenan Adnan dalam perjuangan mempertahankan Tanah Melayu. 

LATAR

Latar Tempat

 Kampung Sungai Ramal - Tempat kelahiran dan membesar Leftenan Adnan dan adik-
adiknya. 

 Rumah Pak Saidi - Tempat Mak Milah menceritakan kisah-kisan pahlawan Melayu serta
pahlawan Islam kepada Adnan sehingga Adnan berangan-angan dan membawa kisah
tersebut ke dalam mimpi dia menjadi pahlawan. 

 Kem Latihan Haig Lines Port Dickson - Tempat Leftenan Adnan dan Mamat menjalani latihan
ketenteraan. 

 Pasir panjang - Kompeni C di bawah pimpinan Leftenan Adnan memberi tentangan hebat
terhadap tentera Jepun sehingga tentera Jepun terpaksa berundur - Askar Melayu berjaya
mengalahkan tentera Jepun pimpinan Leftenan Renya Mutuguchi. 

 Bukit Candu - Leftenan Adnan terkorban dan mayatnya digantung di dahan pokok ceri.
Mayatnya digantung dengan kepala ke bawah dan ditikam bertalu-talu oleh tentera Jepun. 

 Alexandria - Benteng terakhir tentera British yang diserang oleh tentera Jepun. 

Latar Masa

 Tahun 1937 - Leftenan Adnan dinaikkan pangkat menjadi Sarjan dan pada tahun yang sama
juga dia pergi ke London untuk menyertai upacara pertabalan King George VI. 

 Tahun 1941 - Jepun menjajah Tanah Melayu melalui jalan darat. 

 Waktu pagi - Setiap pagi sebelum pergi ke sawah Pak Saidi mengayuh basikal menghantar
Adnan ke sekolah Inggeris di pekan Sungai Ramal - Adnan gelisah memikirkan nasibnya yang
akan dikhatankan. Tok Mudim tiba lalu menjalankan tugasnya dengan tenang disertakan
bacaan dua kalimah syahadah. 

 Waktu malam - Adnan meminta restu Pak Saidi dan Mak Milah untuk pergi ke kem latihan
ketenteraan di Port Dickson - Kompeni C menerima perintah untuk bergerak ke Bukit Candu 
 Waktu petang - Tentera Jepun melancarkan serangan berhelah dengan menyamar sebagai
tentera India yang berturban - Tok Ketua dan Lebai Piai pergi ke rumah Pak Saidi untuk
mendapat kepastian tentang perihal Adnan bersekolah di sekolah Inggeris. 

Latar Masyarakat 

 Masyarakat kampung - Pak Saidi dan penduduk kampung menjalani kehidupan di Kampung
Sungai Ramal yang bergantung hidup dengan menoreh getah dan bersawah. 

 Masyarakat yang bijak - Pak Saidi sangat bijak apabila menghantar anaknya bersekolah di
sekolah Inggeris kerana dia berfikiran jauh bahawa anaknya akan mendapat pendidikan yang
berbeza, tambahan lagi ilmu agama sudah diajar sejak anak-anaknya kecil. Leftenan Adnan
bijak mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai tentera India yang memakai
turban ketika menyerang askar Melayu di Pasir Panjang. 

 Masyarakat yang rajin - Setiap pagi, Pak Saidi menoreh getah dan mengerjakan sawah untuk
menampung kehidupan mereka. Selain itu, Leftenan Adnan rajin membantu ayahnya di
sawah dan menoreh getah pada setiap pagi bagi membantu meringankan beban yang
ditanggung oleh ayahnya walaupun baru berusia 10 tahun. 

 Masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan - Pak Said memilih untuk menghantar
anak-anaknya bersekolah dalam aliran Inggeris untuk anak-anaknya kerana dia sedar banyak
ilmu pengetahuan yang dapat ditimba di sana. Dia yakin pendidikan agama yang diajar untuk
anak-anaknya sudah mencukupi. Hasilnya, anak-anaknya menjadi teladan kepada anak-anak
kampung untuk belajar bahasa Inggeris. 

 Masyarakat yang berani - Leftenan Adnan merupakan seorang anggota tentera yang
memiliki keberanian yang luar biasa apabila tidak gentar berhadapan dengan tentera Jepun
yang cuba menakluk Tanah Melayu walaupun ramai daripada pasukan terkorban. Selain itu,
Leftenan Adnan merupakan seorang yang berani mencuba sesuatu yang baharu. Buktinya,
Lertenan Adnan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menyertai pertandingan
syarahan dalam bahasa Inggeris yang diumumkan oleh cikgu Nazri. Di samping itu, Pak Saidi
tidak gentar menentang tentera Jepun. Ketika persengketaan antara dia dengan Jepun, Pak
Saidi telah membunuh beberapa orang tentera Jepun dengan menggunakan sebilah keris
pusaka peninggalan ayahnya, namun Pak Saidi telah dibunuh oleh Jepun. 

PLOT

BINAAN PLOT

Permulaan

Pengarang menceritakan kehidupan Leftenan Adnan semasa kecil, iaitu cita-cita Adnan, kebolehan
dan minat Adnan. Mak Milah selalu bercerita kisah perjuangan tokoh-tokoh dahulu. Pak Saidi
menghantar Adnan itu di sekolah Inggeris di pekan Sungai Ramal. Selain itu, pengarang turut
menyatakan perihal masyarakatKampung Sungai Ramal. 

Perkembangan
Setelah tamat sekolah Inggeris, Adnan menjadi guru pelatih sebelum memasuki kem tentera di Port
Dickson selama setahun untuk melayakkannya menjadi askar Melayu. Leftenan Adnan berkahwin
dengan Sophia dan mendapat tiga orang anak sebelum Perang Dunia Kedua. Jepun mula mendarat
di Kota Bharu dan tercetusnya Perang Dunia Kedua. Leftenan Adnan dan kumpulannya daripada
Kompeni C diarahkan ke Pasir panjang dan Bukir Candu bagi menyekat kemaraan tentera Jepun yang
ketika itu sudahpun berjaya menguasai beberapa tempat di Tanah Melayu. Pasir Panjang dan Bukit
Candu merupakan laluan ke Alexandria yang merupakan depot penyimpanan peluru dan hospital
tentera. Di Pasir Panjang, pasukan Leftenan Adnan berjaya menembak mati beberapa orang tentera
Jepun sehingga memaksa tentera Jepun berundur. Namun begitu, kedatangan semula pasukan
tentera Jepun dengan bilangan yang lebih ramai menyebabkan askar dalam Kompeni C berjuang
bermati-matian sehingga kehabisan peluru.

Klimaks

Pertahanan di Bukit Candu semakin meruncing oleh sebab askar Melayu terus diserang oleh tentera
Jepun. Askar Melayu terus berjuang dan tidak mudah menyerah kalah walaupun ketika itu peluru
hampir habis dan banyak askar Melayu terkorban. Banyak askar Melayu terkorban dan Leftenan
Adnan turut tercedera. Tentera Jepun telah berjaya menawan Leftenan Adnan lalu diserkup dengan
guni, kemudian Leftenan Adnan yang cedera parah itu telah digantung pada dahan pokok ceri lalu
ditikam bertubi-tubi oleh setiap tentera Jepun dengan bayonet sehingga mayatnya hancur.

Peleraian

Pada 15 Ogos 1945, Jepun telah menyerah kalah dengan pengeboman Hiroshima dan Nagasaki.
Sophia membesarkan anak-anaknya dengan mengerjakan sawah dan menoreh getah sebelum
berkhidmat semula sebagai guru di sekolah Sungai Ramal. Akhirnya, Sophia berkahwin dengan Ustaz
Ridwan dan berpindah ke Melaka.

TEKNIK PLOT

Pemerian 

Pengarang menggambarkan watak utama, iaitu Adnan menghunus keris kayu pemberian ayahnya
lalu menikam batang pisang. Dia berlagak seperti Hang Tuah yang menikam musuhnya. Pak Saidi
yang baru pulang dari kebun tersenyum melihat telatah anak sulungnya itu. 

Pengarang membuat pemerian tentang kehidupan Adnan di kem. Pengarang menggambarkan


banyak latihan berat dan mencabar fizikal dan mental yang dijalani oleh Adnan serta rakan-
rakannya. 

Dialog

Dialog antara Mamat dengan Adnan perihal temuduga Askar Melayu Diraja yang dilalui oleh Adnan. 

“Macam mana dengan temuduga tadi? Apa yang mereka tanya?” tanya Mamat ingin tahu. 
“Kau jangan risau sangat, Mamat. Bawa bertenang,” jawab Adnan sambil tersenyum.

[Hal. 118]

Dialog antara Pak Saidi dengan Karim perihal keputusan Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah
Inggeris. 

“Apa pula kata Ketua Kampung?” tanya Pak Saidi.

“Tok Ketua kata dia tidak boleh menghukum sesiapa yang hendak menghantar anaknya belajar di
sekolah Inggeris. Malah itu menyalahi undang-undang British. Tetapi Abu masih tidak berpuas hati.
Dia akan bertindak sendiri katanya,” jawab Pak Karim sambil menasihati Pak Saidi supaya berhati-
hati.

[Hal. 49]

NILAI

Keberanian

 Leftenan Adnan merupakan seorang anggota tentera yang memiliki keberanian yang luar
biasa apabila tidak gentar berhadapan dengan tentera Jepun yang cuba menakluk Tanah
Melayu walaupun ramai daripada pasukan terkorban di hadapan matanya. 

 Leftenan Adnan merupakan seorang yang berani mencuba sesuatu yang baharu. Buktinya,
Lertenan Adnan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menyertai pertandingan
pidato bahasa Inggeris yang diumumkan oleh cikgu Nazri.

 Pak Saidi tidak gentar menentang tentera Jepun. Ketika persengketaan antara dia dengan
Jepun, Pak Saidi telah membunuh beberapa orang tentera Jepun dengan menggunakan
sebilah keris pusaka peninggalan ayahnya, namun Pak Saidi telah dibunuh oleh Jepun.

 Leftenan Adnan berani berjuang menentang tentera Jepun sehingga ke titisan darah terakhir
walaupun tanpa senjata.

 Kompeni C askar Melayu berani berjuang menentang tentera Jepun sehingga ke titisan darah
yang terakhir walaupun dalam jumlah pejuang yang sedikit dan kehabisan peluru. 

Patriotisme

 Sejak kecil, Adnan bercita-cita menjadi askar berpangkat tinggi. Dia selalu berangan-angan
menjadi pahlawan seperti Hang Tuah.
 Leftenan Adnan yang bertugas sebagai guru sanggup meninggalkan kerjaya untuk memasuki
bidang ketenteraan kerana cinta akan tanah air.

 Leftenan Adnan menjadikan semangat pejuang tokoh terdahulu seperti Maharajalela, Tok
Gajah, dan Mat Kilau yang sanggup berjuang tuntuk negara sebagai suri teladan. Leftenan
Adnan juga sanggup melepaskan jawatan sebagai guru pelatih dan memohon untuk menjadi
tentera apabila mendapat. Beliau menghadiri temu tuga bersama-sama Mamat di Port
Dickson bagi menyertai askar Melayu Diraja. 

 Perjuangan Leftenan Adnan dan askar Melayu membuktikan mereka memiliki semangat
cinta akan negara yang tinggi. Askar Diraja Melayu gigih mempertahankan Tanah Melayu
daripada dijajah oleh Jepun sehingga sanggup mengorbankan nyawa masing-masing. 

 Leftenan Adnan sanggup dihantar bertugas di Pasir Panjang, Singapura dan berjauhan
dengan anak dan isterinya kerana dia sedar dia memikul tanggungjawab besar untuk
mempertahankan tanah air melalui Rejimen Askar Melayu.

 Pak Saidi amat mengambil berat tentang sejarah tanah air. Beliau sentiasa menekankan
betapa pentingnya orang-orang Melayu mengubah kehidupan di negara sendiri oleh sebab
penjajah telah mengambil kekayaan negeri ini dan menjadikan kaum peribuminya hidup
dalam kemiskinan. Pak Saidi yang berpengetahuan luas tentang sejarah tanah air. Pak Saidi
banyak membaca tulisan pengarang tanah air seperti Syed Syeikh Al-Hadi. Beliau juga
menjadikan keberanian pahlawan Melayu seperti Dol Said, Mat Kilau, Datuk Bahanam dan
Datuk Siamang Gagap sebagai sumber inspirasi dalam meningkatkan semangat patriotisme
dalam diri. 

Kasih sayang 

 Leftenan Adnan amat sayang akan isterinya, Sophia dan dua orang anaknya, iaitu Mokhtar
dan Zainuddin. Beliau menghantar anak isterinya pulang ke kampung halaman agar tidak
membahayakan keselamatan anak isterinya apabila dijangkakan Jepun akan mendarat di
Singapura. 

 Pak Saidi sangat sayang akan anak-anaknya, iaitu memberikan pendidikan yang terbaik buat
mereka sehingga sanggup melakukan apa-apa sahaja seperti membeli basikal untuk Leftenan
Adnan agar mudah pergi ke sekolah walaupun terpaksa berhutang. 

 Di samping itu, Sofea mengutuskan sepucuk surat kepada suaminya Leftenan Adnan yang
bertugas sebagai seorang tentera di Singapura untuk meluahkan rasa rindu akan suaminya
itu.

 Leftenan Adnan sangat sayang akan isterinya, Sofea dan berasa sayu ketika ingin
meninggalkannya di Sungai Ramal sebelum dia berangkat ke Singapura untuk berjuang
menyekat kemaraan Jepun. 

 Leftenan Adnan membawa Sofea tinggal bersama-sama dengannya di Pasir Panjang kerana
tidak mahu berjauhan. Namun begitu, Sofea dihantar pulang ke kampung halaman demi
keselamatan ahli keluarganya apabila Inggerish ingin melakukan serangan ke atas Pasir
Panjang.

 Leftenan Adnan sayang akan ibu bapanya, Pak Saidi dan Mak Milah apabila memenuhi
kehendak ibu bapanya dengan mengahwinkan dia dengan Sofea walaupun dia tidak
bersetuju pada awalnya. 
Ketaatan 

 Leftenan Adnan terkejut apabila mendapat tahu ibu bapanya telah membuat keputusan
untuk menjodohkannya dengan Sophia tanpa meminta kebenarannya terlebih dahulu.
Namun, beliau taat walaupun pada awalnya kurang bersetuju dengan tindakan ibu bapanya. 

 Selain itu, Sophia taat akan suaminya yang mengarahkan pulang ke kampung halaman
walaupun hatinya berasa sedih untuk berjauhan dengan suaminya itu kerana meraka baru
sahaja tinggal bersama-sama di Singapura. 

Bertanggungjawab

 Pada setiap pagi, Pak Saidi mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah Inggeris
sebelum pergi ke sawah dan menjemputnya balik pada waktu tengahari.

 Sophia menyara anak-anaknya dengan hasil titik peluh sendiri tanpa mengharapkan belas
kasihan masyarakat sekeliling setelah kematian suaminya, Leftenan Adnan dengan bekerja
sebagai penoreh getah dan pesawah sebelum menjadi guru semula.

 Sebagai ketua yang bertanggungjawab, Leftenan Adnan turut sama dengan anggota
pasukannya bergotong-royong menyiapkan kubu-kubu pertahanan sebagai persiapan
menentang musuh.

 Pak Saidi menjalankan tanggungjawabnya mencari rezeki untuk keluarganya dengan


menoreh getah dan mengerjakan sawah.

 Pak Saidi menjalankan tanggunjawabnya sebagai seorang bapa dengan memberikan


pendidikan untuk ketiga-tiga anaknya, iaitu Adnan, Ahmad dan Amarullah. Dia telah
menghantar anaknya bersekolah Inggeris. 

Kerajinan 

 Setiap pagi, Pak Saidi menoreh getah dan mengerjakan sawah untuk menampung kehidupan
mereka. Leftenan Adnan rajin membantu ayahnya di sawah dan menoreh getah pada setiap
pagi bagi membantu meringankan beban yang ditanggung oleh ayahnya walaupun baru
berusia 10 tahun. 

Baik hati

 Sophia mengajar kanak-kanak Singupara secara percuma kerana dia berasa bosan tidak
melakukan sebarang kerja berbanding ketika dia menetap di Tanah Melayu. Leftenan Adnan
bersetuju dengan keinginan isterinya itu. 

Kegigihan

 Adnan gigih berusaha memperbaik kemahirannya berbahasa Inggeris dengan melakukan


pelbagai latihan. Kegigihannya itu membuahkan hasil apabila dia menjuarai pertandingan
syarahan yang diadakan di sekolahnya seterusnya membuka mata rakan-rakan sekelas akan
keupayaannya itu. 

Kebijaksanaan 

 Leftenan Adnan bijak mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai tentera India
yang memakai turban ketika menyerang askar Melayu di Pasir Panjang.
 Pak Saidi tetap berfikiran bijak apabila mengambil keputusan untuk menghantar Adnan ke
sekolah Inggeris kerana dia mempunyai pandangan yang tersendiri terhadap masa depan
anak-anaknya walaupun keputusannya ditentang oleh penduduk kampung.

Bekerjasama

 Penduduk kampung saling bekerjasama untuk tidak memberikan maklumat mengenai


kelaurga Leftenan Adnan ketika tentera Jepun mencari isteri dan anak-anak Leftenan Adnan
di Kampung Sungai Ramal.

PENGAJARAN

 Kita perlulah berani mempertahankan negara  Contohnya, Leftenan Adnan merupakan


seorang anggota tentera yang memiliki keberanian yang luar biasa apabila tidak gentar
berhadapan dengan tentera Jepun yang cuba menakluk Tanah Melayu walaupun ramai
daripada pasukan askar terkorban di hadapan matanya. Keberanian Leftenan Adnan dan
askar Melayu yang lain ketika mempertahankan negara menjadi buah mulut pihak rakan dan
pihak musuh. 

 Kita perlulah memiliki semangat cinta akan negara yang tinggi - Perjuangan Leftenan
Adnan dan askar Melayu membuktikan mereka memiliki semangat cinta akan negara yang
tinggi. Askar Diraja Melayu gigih mempertahankan Tanah Melayu daripada dijajah oleh
Jepun sehingga sanggup mengorbankan nyawa masing-masing. 

 Kita perlulah memiliki wawasan dan berpandangan jauh - Pak Said memilih untuk
menghantar anak-anaknya bersekolah dalam aliran Inggeris untuk anak-anaknya kerana dia
sedar banyak ilmu pengetahuan yang dapat ditimba di sana. Dia yakin pendidikan agama
yang diajar untuk anak-anaknya sudah mencukupi. Hasilnya, anak-anaknya menjadi teladan
kepada anak-anak kampung untuk belajar bahasa Inggerish. 

 Kita perlulah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan - Pak Said rajin membaca hasil
penulisan Syed Syeikh al-Hadi dalam majalah Al-Imam dan risalah yang diterbitkannya.
Malah, Pak Saidi juga melengkapkan diri berkaitan dengan isu semasa. Perbualannya dengan
orang kampung bukan cakap-cakap kosong oleh sebab ada sahaja pengetahuan baharu yang
disampaikan olehnya kepada rakan-rakan sekampungnya. 

 Kita perlulah pasrah menerima ketentuan takdir - Pak Saidi dan Mak Milah pasrah akan
kehilangan dua orang anak mereka yang mati dalam pertempuran dengan tentera Jepun,
iaitu Adnan dan Ahmad. Sophia juga reda dengan kematian suaminya, Leftenan Adnan oleh
sebab dia tahu dia tidak dapat menghalang ketentuan Tuhan andai itu sudah tertulis pada
takdir-Nya. 

Anda mungkin juga menyukai