Anda di halaman 1dari 24

Sekolah Menengah Sains Machang

Sutera
dalam Lukisan
NAMA : AHMAD ZUL FIKRI B MOHAMAD NO K/P: 950126-03-5639 KELAS: 5 AL- BIRUNI GURU : EN.RIDZUAN B ISMAIL

Isi Kandungan
1

Sinopsis3~8 Tema dan Persoalan.9~10 Plot11 Teknik Plot.12~13 Watak dan Perwatakan14~17 Latar.18~19
Tempat..18 Masa.18 Masyarakat...19

Gaya Bahasa20~21 Nilai..22 Pengajaran23

Sinopsis

Bab 1:-Suratan yang perlu kuterima


2

Bab permulaan ini menceritakan bagaimana kehidupan seorang lelaki yang hidup dalam keadaan yang tidak terurus. Makan minum, tidur baring atau sebarang pekerjaannya tidak menentu dan orang kampung menganggapnya tidak memiliki daya untuk berfikir. Dia mengimbau kembali kisah silam dirinya, bapanya merupakan seorang tentera namun meninggal dunia dalam satu kemalangan di Lebuh Raya Karak. Selepas itu, dia bersama ibunya berpindah ke kampong. Fatimah telah berkahwin dengan Harun. Sikap Harun yang suka mengikis harta Fatimah menyebabkan rumah tangga mereka tidak tenteram. Satu senja, Harun memaksa Fatimah memberikan seutas rantai. Keengganan Fatimah menyebabkan rumah mereka terbakar akibat tindakan ganas Harun. Akibatnya, ibunya meninggal dunia. lamunannya tersentak apabila terdengar bunyi motosikal milik Tuk Sidang.

Bab 2:- Inilah dunia ciptaannya


Bujei sering dibuli oleh Alias. Dia tinggal di rumah neneknya yang tiada bekalan elektrik. Rumahnya itu hanya diterangi oleh pelita minyak tanah. Pada malam itu, dia hanya mengisi perutnya dengan lebihan pisang berangan semalam. Dia selalu berangan sebelum tidur, antaranya bercita-cita untuk mendapat kesenangan dan berkahwin dengan Sameah iaitu anak Sidang Saman. Dia bangun seawal subuh dan bergegas ke persimpangan jalan berhampiran jambatan untuk mendapatkan pekerjaan. Pagi itu, bujei hanya mengisi perut dengan makanan yang diminta daripada Kasim, Sani dan Husin. Mereka merupakan pelajar sekolah. Setelah itu, Bujei menuju ke kedai Pak Sulong untuk mengisi perutnya, namun tiada siapa yang mempelawanya. Dia kemudiaannya, duduk bersandar pada tiang dan melakupkan kepala di atas lututnya. Kemudian, dia tertidur.

Bab 3:-Masih ada yang simpati


Bab ini mangisahkan tentang kedatangan Adila iaitu sepupu Sameah ke kampong Bujei. Adila merupakan seorang anak gadis yang terpelajar dari universiti luar nrgara. Kedatangannya ke kampung ini sememangnya ada tujuan tersendiri iaitu ingin mengkaji tentang orang abnormal. Dalam pada itu, kedatangannya sememangnya sedikit sebanyak dapat membantu Sameah menyelesaikan urusan perkahwinannya. Adila sangat seronok berada di kampung. Pada suatu hari, Adila dipertemukan dengan Bujei secara tidak sengaja. Sejak kali pertama Adila melihat Bujei, Adila merasakan Bujei adalah orang abnormal yang ingin dikajinya. Terdetik rasa simpati dan belas kasihan kepada Bujei yang berpakaian compang-camping itu. Setelah mendengar kisah hidup Bujei daripada Sameah barulah Adila mamahami situasi yang dialami Bujei. Walaupun Adila takut akan perangainya yang aneh, namun Adila tetap ingin menyelidik kehidupan Bujei dengan lebih mendalam lagi.

Bab 4:-Siapa yang mengerti hatinya


3

Bab ini mengisahkan tentang Bujei yang selalu dibuli oleh Alias, seorang pemuda kampung yang sangat terkenal kerana dia diibaratkan samseng di kampung itu. Alias sering menyuruh Bujei melakukan kerja-kerja berat. Namun, Bujei tetap mengikut kata-kata Alias kerana dia menharapkan upah untuk membeli makanan. Bujei juga amat takut dengan Alias dan rakan-rakannya, Sani dan Sahak sering berbual bersama. Alias berniat untuk mengorat Adila untuk membuktikan bahawa dia seorang jaguh di kampungnya. Opah Aron, nenek Alias turut membenci Bujei dan tidak pernah melarang atau memarahi Alias sekiranya membuli Bujei. Namun, Bujei tetap menerima nasib yang menimpanya itu

Bab 5:-Rajuk yang tak terpujuk


Adila menunjukkan rasa simpatinya terhadap Bujei. Adila telah berhasrat untuk membuat dan menyiapkan kajian. Adila juga berhasrat untik memulihkan Bujei agar Bujei tidak dianggap sampah masyarakat di kampung itu. Sementara itu, Sameah terus curiga akan hasrat Adila untuk menetap lama di kampungnya. Semasa Adila dan Sameah bermalam di rumah Mak Usu Bakyah, Adila menceritakan kepada Sameah tentang sebab-sebab dia tidak tinggal di bandar selepas pulang dari luar Negara. Adila menceritakan bahawa dia melarikan dirinya daripada lelaki yang bernama Faisal. Faisal merupakan bekas teman lelakinya. Namun, setelah Adila tamat pengajiannya, dia diberitahu bahawa Faisal telah berkahwin. Dia amat sedih dan kecewa. Dia berasa tertipu. Oleh itu, Adila berusaha mengelakkan dirinya daripada bertemu Faisal.

Bab 6:-Pasang umpan


Manceritakan tentang Harun yang cuba memasang umpan kepada Sidang Saman untuk mendapatkan hak tanah sawah dan tapak rumah itu. Beliau cuba untuk menawan hati Sidang Saman. Pada hakikatnya, tanah dua ekar itu telah dijual dengan harga empat ribu kepada Wak Senan. Tetapi dia ingin memiliki semula tanah tersebut dengan membayar enam ribu kepada Wak Senen dan memerlukan tandatangan Bujei. Siding Saman cuba menjerat Harun supaya menjual tanah getah di sebelah barat sawah. Harun sekali lagi hamper terjerumus, beliau sempat mengatakan bahawa tapak rumah yang suku ekar ialah lima ribu. Lama kelamaan, Harun meninggalkan rumah Sidang Saman dan Mak Lamah segera mendapatkan suaminya. Mak Lamah kesal dengan sikap suaminya itu, yang melayan Harun dengan ramah mesra, tapi pada hakikat yang sebenar, Sidang Saman tidak sebodoh yang Mak Lamah sangkakan. Sebenarnya itu untuk melayan perasaan riak Harun yang iginkan harta anak yatim.

Bab 7:-Malu
Bujei tidak mahu melalui tanah sawah dan tapak rumah pusakanya itu setelah kematian ibunya. Selain itu, Wak Senen juga pernah mamberikan wang kepada Bujei tetapi tidak pernah beliau gunakan kerana khuatir akan orang seperti Alias. Oleh itu, Bujei manyimpan wang tersebut di dalam kendi dan tiada sesiapa yang mengetahuinya. Bujei mencuri betik di kebun Sidang Saman dan Samsul ternampak beliau melakukan perkara tersebut. Samsul mengejutkan Bujei dan memperolokkan beliau. Sebenarnya, kedatangan Samsul adalah untuk menjemput Bujei ke rumahnya, kerana Adila ingin berjumpa dengan Bujei. Akhirnya, Bujei datang ke rumah
4

Sidang Saman dan ditemani oleh Samsul. Adila menjelaskan tujuannya untuk berjumpa dengan Bujei. Bujei memberitahu yang nama sebanarnya ialah Mohamad Hafiz. Adila juga ingin meneruskan kajiannya tentang manusia abnormal.

Bab 8:-Berharap dalam curiga


Perbualan Adila dan Bujei menjadi tumpuan penduduk kampung terutamanya Alias. Selepas Alias mengetahui tentang hal itu, beliau berasa sangat marah dan sakit hati terhadap Bujei. Selepas diberitahu oleh Sahak, Alias bergegas ke rumah Sidang Saman, maka terhentilah perbualan antara Adila dan Bujei. Melihatkan mata Alias yang tajam, Bujei memohon untuk beredar kerana takut menganggu Alias dan Adila. Bujei bergerak menjauhi mereka dan Alias memberitahu kepada Alias tentang penyakit Bujei iaitu Maniac. Dalam masa yang sama, Adila ternampak isyarat daripada Sameah walaupun pada ketika itu jiwanya terganggu. Alias memberitahu niatnya yang sebenar bertemu dengan Adila iaitu ingin berkenalan dengan lebih mendalam lagi. Bujei terperanjat apabila seseorang memegangnya dengan cemas. Ruparupanya Harun iaitu bapa tirinya yang datang untuk mendapatkan tandatangan ataupun cap jari Bujei. Harun menyuruh Bujei mengecap jarinya di atas sehelai borang sehingga menyebabkan dakwat tumpah di atas borang tersebut. Harun ingin memukul Bujei dan menyebabkan Bujei melarikan diri ke tebing. Harun mengikuti Bujei dan menyebabkan beliau jatuh ke dalam tanah, lalu Bujei cuba untuk menyelamatkannya. Setelah Harun berjaya diselamatkan, belau dengan pantas menumbuk ke perut Bujei dan menyebabkan Bujei tidak sedarkan diri.

Bab 9:-Usah kauragu


Adila menunggu kedatangan Bujei di pangkin berdekatan dengan pokok belimbing besi di rumah Sidang Saman. Tiba-tiba datang Sameah dari dapur yang mengatakan bahawa Bujei mungkin tidak akan datang kerana telah diugut oleh Alias. Sedang Sameah dan Adila berbincang tentang perkahwinan, tiba-tiba datang sebuah kereta yang bergerak masuk ke halaman rumah. Seorang pemuda datang untuk bertemu dengan Sidang Saman. Mak Lamah terus mengejutkan Sidang Saman yang sedang tidur, rupa-rupanya pemuda tersebut ialah Faisal. Sebenarnya, Faisal datang untuk bertemu dengan Adila, untuk menjelaskan mengapa beliau berkahwin. Faisal masih mencintai Adila, dan beliau mengatakan bahawa baliau telah menceraikan isterinya. Faisal mengatakan bahawa beliau masih menginginkan Adila. Tidal lama kemudian, Adila memberi alasan bahawa beliau masih belum solat lalu meninggalkan Faisal. Bujei bangun dari kelambunya dan menarik gebar. Beliau menitiskan air mata dan sempat menyebut nama Allah ketika menjerang air, lalu beliau merasakan bahawa ajal akan tiba menjempunya.

Bab 10:-Bimbang
Adila bimbang akan keselamatan Bujei kerana takut diapa-apakan oleh Alias. Adila percaya akan kata-kata Alias yang mengatakan Bujei menghidap penyakit Maniac. Selepas itu, Sameah menceritakan kepada Adila tentang peristwa Bujei yang sangat melucukan ketika Sameah di Tingkatan 5. Alias dan rakan-rakannya mengusik Bujei dan menyebabkan mereka bergaduh. Bujei akan membaling apa-apa barang yang sempat dicapainya. Tidak lama
5

kemudian, Bujei tercapai suatu benda yang berwarna hijau dan menyerupai bom tangan. Alias dan rakan-rakannya yang ternampak Bujei memegang benda tersebut terus melarikan diri dan menyebarkan tentang perkara tersebut. Penduduk kampung yang mengetahui tentang perkara tersebut segera menjauhkan diri dari Bujei kerana takut kalau bom tersebut akan meletup. Bujei menyerahkan putik nenas tersebut kepada Pak Sulong. Akhirnya, Pak Sulong membuang putik nanas yang dikatakan bom itu kepada orang ramai. Litang-pukang orang ramai lari. Adila dan Sameah ketawa terbahak-bahak tentang hal itu.

Bab 11:-Kasihan Bujei


Alias galak menceritakan layanan baik Adila terhadapnya kepada Sahak dan Sani. Samsul disapa oleh Alias ketika beliau sedang mencari Bujei dan Alias memesan kepada Samsul untuk mengajak Adila ke pekan pagi esok. Sidang Saman membawa Bujei yang masih lemah keadaanya ke rumah beliau dan dibawa ke bangsal tempat menyimpan barang. Bujei menceritakan tentang perihal beliau dipukul oleh Harun kepada Sidang Saman. Keesokan harinya, Bujei ke pecan bersama-sama dengan Adila, Sameah, Samsul dan Saniah. Selepas mengunting rambutnya, Bujei membeli baju, seluar, kasut, jam tangan, dan radio. Bujei bersemangat mengemas dan membersihkan rumahnya setelah mendengar kata-kata dari Adila. Bujei menjadi berang apabila Alias sengaja merosakkan radio barunya lalu menumbuk perut Alias dan menghayunkan parang karat ke arah Alias serta meminta ganti rugi. Sidang Saman menyuruh Alias membayar wang tersebut kepada Bujei selepas mengetahui perkara yang sebenarnya.

Bab 12:-Kebenaran terbukti


Peristiwa pertelingkahan antara Alias dan Bujei menjadi buah mulut penduduk kampung. Bujei semakin menunjukkan perubahan baik dari segi berpakaian, tutur kata, dan tingkah laku. Sepuluh hari sebelum majlis perkahwinan Sameah, Sidang Saman dikunjungi oleh Pak Imam dan isterinya yang mewakili Opah Arah yang ingin merisik dan meminang Adila untuk Alias. Namun, Adila menolak peminangan tersebut kerana masih belum bersedia untuk berumah tangga. Berita peminangan tersebut tersebar dalam kalangan orang kampung dan menyebabkan Bujei menganggap bahawa Adila telah menerima peminangan daripada Alias. Bujei kecewa dan menjadi pelamun disebabkan oleh hal peminangan ini. Alias terlalu seronok dan mengaku bahawa Adila bakal menjadi isterinya kelak.

Bab 13:-Siapa sangka.Merdu suaranya


Jiwa Bujei agak terganggu sejak mengetahui yang Alias menghantar rombongan meminang Adila. Bujei membantu membuat astaka pelamin untuk majlis perkahwinan Sameah dan telah berkenalan dengan bapa Adila, iaitu Pak Lang Dahlan. Pada malam pengantin, Bujei telah menyampaikan lagu Bahtera Merdeka dengan begitu baik atas permintaan daripada seseorang. Orang ramai tidak menyangka bahawa Bujei mempunyai bakat yang terpendam. Masyarakat kampong memuji usaha Adila yang telah berjaya memulihkan Bujei.

Bab 14:-Tanah Pusaka


Bujei tertidur hingga hampir petang kerana keletihan selepas majlis perkahwinan Sameah. Bujei dikejutkan oleh Samsul yang membawa bekalan makanan dan menyampaikan pesanan daripada bapa Adila. Setelah itu, Bujei ke rumah Sidang Saman untuk menemui Pak Lang Dahlan, namun perbualan mereka terganggu dengan kedatangan kawan Adila iaitu Faizal yang menghantar Adila pulang ke rumah. Wak Senen menemui Bujei untuk mengembalikan semula tanah sawah yang dibeli daripada Harun, namun Bujei mahu Wak Senen terus tinggal di atas tanah tersebut. Wak Senen berpesan kepada Bujei agar berhati-hati dengan Harun. Bujei ke rumah Sidang Saman untuk membantu merobohkan balai masak. Bujei masih keliru akan status Adila yang sebenarnya.

Bab 15:-Serba salah


Adila ingin pulang ke Kuala Lumpur kerana kesunyian selepas Sameah mengikut suaminya berpindah ke kota. Mak Limah menasihati Adila agar memikirkan masa depannya dan tidak terlalu memikirkan soal Bujei. Adila takut perasaannya terganggu dan hatinya terluka lagi jika dia pulang ke Kuala Lumpur. Adila membuat perbandingan antara Faizal dan Bujei.

Bab 16:-Dirasuk gelisah


Alias meminta maaf atas sikapnya terhadap Bujei selama ini yang selalu membulinya. Bujei mempercayai kata-kata hasutan Alias yang mengatakan bahawa Faizal merupakan punca Adila memutuskan tali pertunangannya. Alias juga mengatakan bahawa Adila menghidapi penyakit AIDS dan sebab yang sebenar Adila berbuat baik terhadap Bujei. Bujei tidak ke rumah Sidang Saman lagi kerana bimbang akan dijangkiti penyakit AIDS. Bujei membuat andaian bahawa penyakit Adila semakin tenat. Adila menerima surat laying yang menyatakan bahawa dia menolak pinagan Alias kerana dirinya sudah rosak dan melakukan hubungan intim dengan Bujei serta akan berkahwin dengan Bujei kelak. Adila mengambil keputusan untuk pulang ke Kuala Lumpur buat seketika. Bapa Adila mengesyorkan agar Adila mencari pekerjaan di samping manyambung pengajiannya semula. Ibu Adila pula mangingatkannya agar berhati-hati dengan masyarakat kampung kerana ada dikalangan mereka yang mengamalkan ilmu hitam.

Bab 17:-Rindu
Bujei hilang selera makan apabila dikhabarkan bahawa Adila telah pulang ke Kuala Lumpur. Bujei dan Samsul berbual bersama di bangsal tentang kisah lucu Alias mamaksa bujei merokok sambil minum air teh. Samsul juga bertanya kepada Bujei sejauh manakah hubungan antaranya dengan Adila dan perasaannya selama ini terhadap Adila.

Bab 18:-Keliru
Perasaan Bujei semakin tidak tenteram kerana memikirkan tnetang penyakit yang dihidapi oleh Adila. Alias terus-menerus memburukkan Adila sehingga Berjaya meracuni fikiran
7

Bujei. Samsul ke rumah Bujei untuk menyampaikan pesanan Adila supaya Bujei datang ke rumah Sidang Saman dan mengajak Bujei malawat seseorang di hospital. Bujei yang menyangkakan Adila sakit, terkejut apabila melihat Adila berada dalam keadaan sihat. Samsul memberitahu Bujei bahawa Sahak yang dimasukkan ke hospital kerana terlanggar tiang pagar jambatan sewaktu berlumba motosikal dengan Alias.

Bab 19:-Aku cinta Adila


Adila mendermakan darahnya kepada Sahak dan Alias tidak menunjukkan sedikit pun rasa simpati kepada kawan baiknya itu. Bujei dimarahi oleh Alias kerana masih berkawan dengan Adila. Bujei sengaja mengajak Alias menghalau Adila yang berpenyakit AIDS keluar dari kampung, sebaliknya Alias cuba berdalih. Dendam Alias kian membara kerana Bujei tidak dapat dijadikan orang suruhannya lagi dan Adila menolak peminagannya. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh Alias untuk memikat Adila iaitu dengan meminta kawan-kawannya menculik Adila, tetapi tidak diendahkan. Selain itu, Alias juga mengutus surat kepada Adila agar menerima cintanya, tetapi tiada balasan dan mandapatkan ilmu pengasih daripada dukun, tetapi tidak berkesan. Fikiran Alias semakin terganggu sehingga menjadi kurang siuman.

Bab 20:- Mereka tidak ragu-ragu lagi


Adila meluahkan hasratnya kepada Sidang Saman dan Mak Lamah untuk memilih Bujei sebagai suaminya. Pada mulanya, Sidang Saman dan Mak Lamah kurang bersetuju di atas hasrat Adila, namun akhirnya mereka terpaksa akur dengan pilihan hati Adila dan keputusan itu menjadi rahsia mereka bertiga. Sehari sebelum Adila pulang ke Kuala Lumpur, Adila memberitahu Bujei bahawa dia akan bekerja sebagai pensyarah di institut swasta di Kuala Lumpur. Di luar pagar halaman rumah Sidang Saman, ada seorang pemuda yang memandang kearah mereka. Bujei dan Adila tidak pernah membenci atau meminta keadaan sedemikian menimpa Alias yang kini menjadi kurang siuman.

Tema

Konflik jiwa seorang pemuda dalam mengharungi kehidupan setelah kematian kedua ibu bapa dan neneknya. Pandangan negatif orang kampung akibat fitnah yang ditabur oleh bapa tirinya telah membentuk keperibadiannya menjadi manusia abnormal. Kehadiran Adila telah membawa sinar baru dalam hidup pemuda tersebut dan kembali menjadi manusia normal seperti sediakala.

Persoalan
Sikap memandang hina terhadap insan yang dianggap tidak siuman Contoh:- Alias sering menjadikan Bujei sebagai sasaran untuk melakukan tugas membersihkan motosikalnya dan jarang diberi upah. Selain itu, Bujei juga dipaksa menyelam ke dalam sungai oleh Alias. Selain itu, Opah Arah begitu memandang hina kepada Bujei apabila sering kali menyelar perlakuan Bujei seperti bersiul. Tanggungjawab terhadap sesama insan Contoh:- Adila berasa dia harus membantu memulihkan Bujei yang dianggap gila oleh penduduk kampung. Setelah berbual dengan Bujei, Adila berasa Bujei sebenarnya mempunyai kelebihan dan keistimewaan serta boleh menjadi manusia normal sekiranya sentiasa dibimbing. Seterusnya, sikap keluarga Sidang Saman yang sentiasa mengambil berat terhadap Bujei. Hal ini dapat dibuktikan apabila Sameah menasihati Bujei supaya menjaga kebersihan diri. Mak Lamah juga sering menghidangkan makanan kepada Bujei setiap kali Bujei ke rumahnya. Sidang Saman juga pergi mencari Bujei apabila Bujei tidak kelihatan dalam tempoh yang agak lama. Sikap suka menabur fitnah terhadap orang lain Contoh:- Alias telah memfitnah Adila dengan tujuan untuk menjauhkan diri Bujei daripada Adila. Alias mengatakan Adila berpenyakit AIDS dan Bujei harus menjauhi Adila serta keluarga Sidang Saman yang juga turut terkena penyakit tersebut. Selain itu, Adila juga difitnah telah rosak dan menjadikan Bujei sebagai batu loncatan untuk dijadikan teman hidupnya. Sikap ikhlas dalam membantu insan dalam kesusahan. Contoh:- Adila sanggup mendermakan darah terhadap Sahak yang telah terlibat dengan kemalangan ketika berlumba motosikal dengan Alias. Memandangkan darah jenis AB sukar diperoleh, Adila sanggup mendermakan darahnya walaupun tidak begitu mengenali Sahak. Kasih sayang sesama insan

Contoh:- Adila yang pada mulanya hanya berniat membimbing Bujei akhirnya tertarik akan keistimewaan yang ada pada diri Bujei. Dan berharap agar Bujei akan menjadi suaminya kelak. Bujei juga menyimpan perasaan terhadap Adila terutamanya ketika mengetahui Alias masuk untuk meminang Adila, dia menjadi tidak keruan.

Plot
10

Permulaan Bujei merupakan seorang pemuda yang mengalami penyakit sasau dan sering menghabiskan masanya di tebing sungai bagi menenangkan fikiran. Namun, ingatan terhadap peristiwa ngeri yang menyebabkan dia kehilangan ibu sentiasa mengganggunya. Akibat perbuatan bapa tirinya, dia kehilangan ibu ketika usia masih muda. Kelakuan peliknya semakin menjadi-jadi semenjak opahnya meninggal dunia. Bujei rela dirinya berkeadaan begitu dan sanggup mengikut segala suruhan Alias yang memandang hina pada dirinya. Perkembangan Adila, anak saudara Sidang Saman yang membawa diri ke kampung itu menunjukkan sikap belas kasihan dan prihatinnya kepada Bujei. Adila yang berkelulusan dari luar negeri itu beranggapan bahawa Bujei tidak harus dibiarakan terus menrus berkeadaan sedemikianlalu menyatakan hasratnya untuk memulihkan Bujei. Konflik Adila menjemput Bujei ke rumah Sidang Saman untuk kajian manusia abnormalnya. Alias berasa cemburu melihat kemesraan yang terjalin antara Bujei dengan Adila kerana dia juga menyimpan perasaan terhadap Adila. Dalam pada itu, Bujei dihantui perasaan takut apabila mengetahui tentang kepulangan bapa tirinya ke kampung itu. Harun berjaya menemui Bujei di tebing sungai untuk memujuknya menurunkan cap jari pada surat jual beli tanah pusaka arwah ibunya, namun usaha tersebut tidak berhasil. Alias pula menghasut Bujei supaya menjauhi Adila yang kononnya menghidap penyakit AIDS. Adila membuat keputusan untuk pulang ke Kuala Lumpur buat seketika kerana sedih selepas menerima surat layang yang berbaur fitnah. Klimaks Bujei mempercayai segala fitnah yang direka oleh Alias untuk memburuk-burukkan Adila. Muslihat Alias untuk merosakkan hubungan Bujei dan Adila gagal apabila Bujei mengetahui keadaan Adila yang sebenarnya setelah Adila kembali semula ke kampung itu. Disebabkan Bujei masih berhubungan dengan Adila, Alias memarahi Bujei kerana tidak takut dijangkiti penyakit AIDS. Namun, Alias tidak menganggu Bujei lagi setelah dia mencabar Alias pergi bersamasamanya untuk menghalau Adila yang dikatakan berpenyakit AIDS itu keluar dari kampung mereka. Peleraian Alias semakin terganggu apabila Adila menolak cintanya. Pelbagai usaha yang dilakukan untuk memiliki Adila juga menemukan jalan buntu. Alias berubah menjadi pemuda yang tidak siuman. Adila kemudiannya menyatakan isi hatinya untuk mamilih Bujei sebagai suaminya kepada Pak Long dan Mak Longnya. Mereka terpaksa akur dengan pilihan Adila, tetapi hasrat itu menjadi rahsia mereka bertiga. Hal ini demikian kerana Bujei masih memerlukan masa untuk pulih sepenuhnya dan masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami.

Teknik Plot
11

Pemerian Seperti orang kampung yang menganggapnya tidak memiliki daya untuk berfikir, apalagi untuk mengatur kehidupannya, dia sendiri merasakan begitu. Dia mahu manjadikan dirinya apa-apa yang orang lain ingin dia jadi. Kebanyakan orang mengatakan dia bodoh, dungu, tidak berakal lalu seperti tertunai hasrat mereka begitu; dai merasakan dirinya bodoh, dungu dan tidak berakal. (hal.5) Dialog Kamu belum makan ke? Terus menyeringai, Bujei menggeleng. Belum? Angguk Nak makan betik? Angguk. Imbas kembali Begitulah juga akhirnya tragedy atas dirinya pada suatu senja apabila bapa tirinya memaksa ibunya memberinya wang atau seutas rantai yang masih ada. Keengganan ibunya menyemarakkan kemarahan bapa tirinya lagi. Ibunya diterajang sehinga pengsan. Dia cuba berbuat sesuatu, naluri kemanusiaannya mendorong agar dia membela ibunya. Dia menerkam marah kepada bapa dirinya. Namun apalah kudrat seorang anak kecil berbanding dengan tenaga lelaki yang sememangnya ganas. Sekali libas sahaja dia tercampak ke dinding. Untuk seketika dia menjadi mamai. Dilihat bapa tirinya menyepak pelita. Pelita terpelanting , bersemburan minyak tanah apabila kepala sumbunya tertanggal dan menyambar api. (hal.9) Imbas muka Dia kerap sekali mengingati keadaan dirinya, yang akan berubah suatu hari nanti. Dia bercitacita untuk mendapat kesenangan, bekerja dan bergaji besar. Dia ingin memandu sebuah kereta mewah yang kan menjadi pandangan dan sebutan seluruh penduduk kampung. Ketika itulah nanti dia akan berkahwin dengan Sameah. (hal.21) Monolog Nak pergi kerja ni, mestilah bergaya, katanya sendirian dan terus menyisir rambutnya semula. (hal.24) Konflik
12

(hal.81-82)

Kamu mesti ganti radio akukamu mesti ganti, tegas Bujei. Parang sudah diangkat ke atas, menunggu saat untuk dilibas kepada Alias. Menggigil Alias dibuatnya. Tanggapan dan penilaiannya terhadap Bujei terhapus serta-merta. Dalam berani-berani dahulu, sekarang dia tewas dengan kegilaan Bujei. (hal.201) Saspens Antara unsur saspens yang terdapat dalam novel ini ialah pembaca pasti ingin mengetahui sama ada Adila berjaya atau tidak membimbing Bujei sehingga sembuh. Selain itu, pembaca juga pasti tertanya-tanya sama ada Adila akan menerima Faizal kembali. Seterusnya , pembaca juga pasti tertanya-tanya kesudahan hubungan Adila dan Bujei.

13

Watak dan Perwatakan


Bujei/Mohamad Hafiz Bertanggungjawab Bujei sanggup mempertahankan ibunya daripada terus dipukul oleh bapa tirinya sehingga dirinya sendiri turut dipukul. Rajin Bujei akan bangun pada awal pagi dan menunggu penduduk kampung yang sanggup mengajaknya membantu menorah getah. Wang upah yang diperoleh akan digunakan untuk mengalas perutnya. Berani Bujei yang sudah dididik oleh Adila berani menyanyi semasa majlis perkahwinan Sameah walaupun penduduk kampung tidak yakin Bujei akan naik ke pentas. Tidak suka meminta-minta Bujei sama sekali tidak akan meminta-minta untuk mendapatkan makanan kecuali ada yang mempelawanya makan. Dia sanggup berlapar sekiranya tiada sesiapa yang mempelawanya makan. Gemar bergaul dengan kanak-kanak Bujei lebih senang berkawan dengan kanak-kanak terutamanya Samsul. Selain itu, Bujei juga berbaik-baik dengan kank-kanak sekolah seperti Kasim, Sani, Sulaiman dan Husin. Penakut Bujei sangat takut akan Alias sehingga sanggup melakuka apa-apa sahaja yang disuruh oleh Alias seperti terjun ke dalam sungai dan mencuci motosikal Alias. Bujei juga sangat takut ketika terpisah dengan Samsul sewaktu di pekan. Mudah percaya dengan kata-kata orang lain Bujei mempercayai kata-kata Alias yang memfitnah Adila menghidap penyakit AIDS . Adila Ikhlas membantu orang lain Adila ikhlas membantu untuk memulihkan diri Bujei yang dirasakan memerlukan bimbingan agar Bujei kembali pulih seperti biasa dan menjadi manusia normal. Tegas dalam membuat keputusan Adila tegas menyatakan bahawa dia tidak akan menerima Faizal kembali kerana Faizal telah mungkir janji dengan mengahwini orang lain. Walaupun dipujuk rayu oleh Faizal, Adila tidak tunduk pada kehendak Faizal. Baginya, Faizal merupakan lelaki yang lemah kerana sanggup menceraikn isterinya demi memenuhi keinginannya.

14

Prihatin terhadap orang lain Adila risau apabila tidak melihat kelibat Bujei setelah Bujei jatuh sakit akibat dipukul oleh bapa tirinya. Adila meminta Samsul mencari Bujei kerana bimbang akan keselamatan Bujei. Gigih berusaha Adila gigih berusaha memulihkan Bujei walaupun pada awalnya, hasrat Adila diragui oleh orang lain. Namun, berkat kesungguhannya, Bujei berjaya dipulihkan. Bijak Adila bijak memberi nasihat dan membimbing Bujei sehingga mampu menyedarkan Bujei bahawa dirinya juga manusia normal yang mempunyai perasaan. Adila menyatakan bahawa Bujei harus memastikan dirinya tidak dipermainkan oleh orang lain dengan mudah dan menyedari bahawa dirinya juga mempunyai keistimewaan. Alias Suka membuli Alias memang gemar mengenakan Bujei dengan memaksa Bujei menurut segala kehendaknya. Bujei dipaksa terjun ke dalam sungai dan mencuci motosikalnya. Alias juga sentiasa mengugut Bujei agar Bujei takut akan dirinya. Anak atau cucu yang manja Alias membawa neneknya, Opah Arah untuk mempertahankan dirinya ketika dipaksa oleh Bujei membayar ganti rugi radio Bujei yang dirosakkannya. Suka memfitnah Alias sanggup memfitnah Adila apabila Adila menolak pinangannya. Alias menuduh Adila sudah rosak. Alias menyatakan Adila telah dijangkiti AIDS semata-mata untuk menakutkan Bujei dan berharap Bujei akan menjauhi Adila . Usahanya ternyata berjaya kerana sejak Bujei mengetahui berita rekaan Alias itu, Bujei tidak lagi pergi berjumpa dengan Adila. Sidang Saman Bertanggungjawab Sebagai ketua kampung, Sidang Saman sentiasa menunaikan tanggungjawabnya untuk menjaga keamanan kampung. Contohnya, ketika berlaku pergaduhan antara Bujei dengan Alias, Sidang Saman bertindak dengan segera menyelesaikan pergaduhan tersebut secara bijak agar pergelutan itu dapat diselesaikan dengan baik. Prihatin Sidang Saman segera ke rumah Bujei apabila Bujei tidak kelihatan di rumahnya kerana risau akan keselamatan Bujei. Adil dalam menyelesaikan masalah Sidang Saman tidak menyebelahi mana-mana pihak ketika berlaku pergaduhan antara Bujei dengan Alias. Malah, Sidang Saman segera meminta Alias memulangkan baki wang yang diminta oleh Bujei setelah mengetahui Alias yang bersalah merosakkan radio yag baru dibeli oleh Bujei.

15

Sameah Prihatin Sameah sentiasa menasihati Bujei supaya sentiasa menjaga kebersihan dan penampilan diri. Ambil berat Sameah kurang senang apabila melihat Adila melayan Alias ketika Alias ingin berkenalan dengan Adila dengan member isyarat kepada Adila agar menghentikan perbualan dengan Alias. Hal ini kerana dia mengetahui sifat buruk Alias yang merupakan kaki perempuan. Samsul Gemar mempermainkan orang Dia mengarahkan Bujei memanjat pokok betik sambil mempermainkan Bujei. Patuh akan arahan Samsul mengikut arahan supaya mencari Bujei apabila Bujei tidak dating ke rumah Sidang Saman akibat dipukul oleh bapa tirinya. Samsul juga keluar mencari Bujei apabila diminta oleh Adila. Amanah Walaupun Samsul kurang menyukai Alias tetapi dia tetap menyampaiakn pesanan Alias kepada Adila untuk bertemu Adila. Mak Lamah Prihatin Mak Lamah sering mempelawa Bujei untuk makan setiap kali Bujei dating ke rumahnya. Ambil berat Mak Lamah sentiasa memberi nasihat kepada Adila agar berhati-hati dalam setiap tindakannya. Mak Lamah juga menasihati Adila agar berfikir masak masak sebelum membuat keputusan untuk memilih Bujei sebagai suaminya kerana Adila berpendidikan tinggi dan masih ada banyak lelaki yang setaraf dengannya. Sentiasa memberi sokongan Mak Lamah sentiasa menyokong keinginan Adila untuk berusaha memulihkan Bujei kerana bersimpati akan nasib malang yang menipa Bujei. Harun Bersikap pentingkan diri Harun hanya akan pulang ke kampung ketika musim buah-buahan untuk mengutip hasil yang lumayan tanpa memberikan sedikit pun bahagian kepada Bujei walaupun Bujei juga berhak menerimanya. Malah, dia juga pulang semula ke kampung untuk mendapatkan tandatangan Bujei supaya dia dapat menjual semula tanah sawah dan tanah tapak rumah yan g telah pun dijual kepada Wak Senen kepada orang lain untuk mendapatkan keuntungan yang berlipat ganda.

16

Tidak ada sifat belas kasihan Harun yang marah akan Bujei kerana merosakkan surat yang perlu dicap jari oleh Bujei telah bertindak membelasah Bujei dengan begitu teruk sehingga Bujei jatuh pengsan. Harun juga pernah memukul ibu Bujei sehingga pengsan apabila hajatnya untuk mendapatkan wang tidak kesampaian. Tidak berperikemanusiaan Fatimah diterajang oleh Harun sehingga pengsan apabila dia enggan memberi wang atau seutas rantai yang masih ada kepada Harun. Harun juga melibas Bujei sehingga tercampak ke dinding apabila Bujei cuba membela ibunya. Fatimah Penyayang kasih saying yang diberikan Fatimah kepada Bujei menjadikan Bujei kembali bersemangat setelah kematian bapanya dalam kemalangan. Cepat percaya kepada orang lain Fatimah tidak percaya pada kata-kata orang yang mengatakan suaminya bermasalah sehingga sanggup membelikan sebuah kereta untuk Harun dengan menggunakan duit simpanannnya sebanyak RM 15000.00. Padahal duit tersebut seharusnya digunakan untuk menunaikan fardhu haji dan membiayai persekolahan Bujei. Suka memendam rasa Fatimah tidak pernah bercerita kepada orang lain tentang sikap buruk Harun kerana malu pada jiran tetangga dan kesilapan dirinya sendiri sehingga meneyerah kepada keadaan sahaja. Opah Arah Bertindak terburu-buru Dia terus memaki hamun Bujei apabila mengetahui Bujei menyerang cucunya, Alias. Padahal Alias ternyata bersalah dalam kejadian itu. Sentiasa mempertahankan cucunya Opah Arah akan memarahi Bujei sekiranya Bujei bersiul tetapi sekiranya Alias bersiul tidak pernah ditegurnya. Sentiasa memenuhi keinginan cucunya Opah Arah akan melakukan apa-apa sahaja demi cucu kesayangannya, Alias. Hal ini menyebabkan Alias menjadi manja dan bertindak sesuka hatinya. Segala keinginan cucunya akan dipenuhi termasuklah meminang Adila.

17

Latar
Latar Tempat Sebuah kampung di negeri Perak Sidang Saman merupakan ketua kampung. Namun tidak dinyatakan nama kampung Cuma jaraknya dari Kuala Lumpur kurang 200km dan lebih kurang sepuluh kilometer dari Ipoh. Rumah Bujei Bujei menetap di rumah ini setelah ibunya meninggal dunia diikuti pula oleh neneknya. Tebing Sungai Bujei menjadikan tebing sungai sebagai tempat rutin yang akan sentiasa dikunjunginya. Di sinilah, Bujei melayan perasaannya. Di sini jugalah Bujei terjun ke dalam sungai apabila mendengar bunyi motosikal kerana dia sering dipaksa oleh Alias berbuat demikian. Di bawah pokok belimbing besi Adila dan Bujei sering bertemu di bawah pokok belimbing besi di pekarangan rumah Sidang Saman. Di sini jugalah Alias dating untuk mengganggu perbualan Adila dengan Bujei kerana cemburu akan Bujei yang dilayan mesra oleh Adila.

Latar Masa Waktu awal subuh Bujei akan terjaga apabila terdengar bunyi azan Subuh dan segera mandi serta menyiapkan dirinya untuk pergi bekerja. Bujei membersihkan diri seperti pesanan Sameah kepada dirinya. Waktu Pagi Bujei akan menunggu penoreh getah dengan harapan dia dipelawa membantu mereka di kebun getah. Bujei juga berbual-bual dengan kanak-kanak sekolah yang dalam perjalanan ke sekolah. Waktu hampir Maghrib Sidang saman yang melalui kawasan jambatan terkejut apabila melihat Bujei terjun ke sungai. Apabila kedengaran azan Maghrib, Sidang Saman menyuruh Bujei segera pulang. Waktu Malam Pada malam perkahwinan Sameah, Bujei dijemput naik ke pentas untuk menyampaikan sebuah lagu. Semua penduduk kampung terkejut apabila Bujei menyanyi dengan baik.

18

Latar Masyarakat Masyarakat pelbagai golongan Sidang Saman, Mak Lamah, Mak Som, Opah Arah dan Pak Lang Dahlan mewakili golongan tua. Manakala Adila, Bujei, Faizal dan Sameah mewakili golongan muda dan golongan kanak-kanak diwakili oleh Samsul, Husin dan Zulkarnain. Masyarakat yang memandang serong terhadap insan yang tidak berdaya Bujei yang dituduh oleh bapa tirinya sebagai penyebab kematian ibu sendiri dipandang serong oleh penduduk kampung sehingga Bujei mengalami tekanan dan rela dirinya dianggap tidak waras walaupun dalam dirinya masih ada sifat kemanusiaan. Masyarakat yang tamak dan pentingkan diri Harun yang merupakan bapa tiri Bujei sanggup merampas harta peninggalan arwah bapa Bujei setelah berkahwin dengan ibu Bujei. Harun juga mengambil semua hasil yang diperoleh dari kebun milik ibunya tanpa memberi satu sen pun kepada Bujei. Masyarakat yang prihatin terhadap insan yang bernasib malang Adila amat prihatin terhadap Bujei dan ingin mendekati serta membimbing Bujei kerana Adila yakin Bujei sebenarnya mampu sembuh sekiranya diberi bimbingan dan perhatian. Siding Saman, Mak Lamah dan bapa Adila juga yakin Bujei akan pulih sekiranya dibantu oleh Adila dan mereka menyokong hasrat murni Adila. Masyarakat yang percaya akan fitnah Masyarakat kampung percaya apabila Harun menyatakan bahawa Bujei yang bersalah sehingga menyebabkan kematian ibunya padahal yang bersalah adalah dirinya sendiri. Selain itu, fitnah juga disebarkan yang mengatakan Adila telah rosak dan ingin memperalatkan Bujei agar menjadi suaminya.

19

Gaya Bahasa
Diksi Biasanya dia akan duduk di hadapan peti televisyen, berlagak seperti sedang menonton; atau mendengar radio yang tidak pernah terdengar suaranya. Namun itulah sebahagian daripada alamnya, kegembiraannya. Tidak sesiapa pun yang mengganggunya. Dia akan bersendiri dalam alamnya, berkhayal dan berpuas hati dengan apa-apa yang ada. (hal. 18-19) Personifikasi Angin lembut bersih menjamah tubuhnya dan ledakan bunyi air membuai perasaannya. (hal.113) Daun-daun, ranting serta sampah daripada hulu melenggok-lenggok, bagai menari menuju ke hilir. (hal.112) Namun, perutnya sudah meminta, tekaknya sudah mengharap, dan mulutnya berair. (hal.30) Metafora melihatkan seorang pemuda kacak kemas tercegat berdiri memandang ke arah mereka, membuatkan hati Bujei jatuh ke lembah pilu yang tidak berdasar Simile Detik-detik yang berlalu bagaikan aliran lahar daripada gunung berapi. (hal.136) Bujei memandang Samsul bagaikan mengharapkan pengertian dan simpati. (hal.317) Dia seperti mendengar kedatangan pagi, kemudian melihat cahaya matahari yang menyinar masuk ke dalam rumah melalui lubang dan celah-celah dinding. Hiperbola tidak pernah diduga, apalagi mengharap satu lorong yang akan membebaskan dirinya daripada pasung peribadi itu (hal.136) walau bagaimana tinggi harapannya untuk bersama gadis terpelajar itu, dirasainya gunung dan ngarai, luas lebar memisahkan (hal.226)

20

Sinkope Deluar dengan baju kamu tu, buang dekat pangkal pisang tu. Biar makan dek kambing, kata Samsul memerintah, begitu seronok dia dapat memberikan perintah. (hal.172) Nak buat cerita? Menulis novel mungkin? Peribahasa Janji Harun untuk memberikan kasih saying kepada anak tirinya hanyalah janji pemanis mulut (hal.8) Dia pernah dengar orang mengatakan, hidung tak mancung pipi tersorong-sorong (hal.228) Bunga bukan sekuntum, kumbang bukannya seekor (hal.64) Penggunaan Bahasa Inggeris Dia tu bodoh. Stupidmoron (hal.106) Please Faizal. The answer is no (hal.132) takut infection kuman (hal.144)

21

Nilai
Simpati Mak Lamah bersimpati dengan nasib malang yang menipa Bujei. Oleh sebab itu, Mak Lamah sentiasa memastikan Bujei makan ketika berada di rumahnya. Adila juga bersimpati dengan Bujei yang hidup terbiar lalu berhasrat membantu Bujei. Kasih sayang Perasaan kasih mulai timbul apabila Adila mengenali Bujei dengan lebih rapat. Malah, Adila memaklumkan kepada bapa dan ibu saudaranya tentang perasaannya terhadap Bujei. Selain itu, ibu Adila yang begitu menyayangi Adila tidak mahu Adila begitu rapat dengan Bujei kerana bimbang akan keadaan Adila. Hormat menghormati Bujei walaupun berkeadaan sasau tetapi masih menghormati keluarga Sidang Saman terutamanya berkeadaan tertib ketika waktu makan. Selain itu, penduduk kampung amat menghormati Sidang Saman dan mendengar segala arahan Sidang Saman ketika berlaku pergaduhan anatara Bujei dan Alias. Keikhlasan Adila ikhlas ingin membantu memulihkan Bujei daripada penyakit sasau akibat tragedi yang menimpa ibunya. Adila juga ikhlas membantu Sahak yang memerlukan darah jenis AB ketika terlibat dengan kemalangan semasa berlumba motosikal dengan Alias. Kejujuran Mak Usu Bakyah mengatakan Bujei merupakan manusia paling jujur yang pernah ditemuinya. Selain itu, Bujei jujr menceritakan perkara sebenar yang berlaku terhadap dirinya kepada Adila. Dengan itu, Adila yakin Bujei tidak bersalah.

22

Pengajaran

Kita haruslah membantu seseorang yang berada dalam kesusahan Contohnya, Sidang SAman membawa Bujei pulang ke rumahnya setelah mendapati Bujei cedera dan sakit di rumahnya. Kita hendaklah menghormati hak orang lain. Contohnya, Wak Senen menghormati hak Bujei dengan menyatakan hasratnya untuk memulangkan semula tanah sawah dan tapak rumah yang telah dijual oleh bapa tiri Bujei kepada Bujei. Kita disarankan bekerjasama ketika melakukan sesuatu perkara Contohnya, Samsul meminta Bujei membantunya menurunkan khemah setelah selesai majlis perkahwinan Sameah. Penduduk kampung juga membantu dalam menguruskan majlis perkahwinan Sameah. Adila juga membantu Sameah mengurus majlis perkahwinannya dengan membawa Sameah ke pekan bagi membeli peralatan perkahwinan. Kita wajar menjaga harga diri kita agar tidak diperkotak-katikkan oleh orang lain Contohnya, Bujei yang telah dibimbing oleh Adila mula mendapat keyakinan diri dan tidak lagi takut akan Alias malah menuntut balik haknya apabila radionya dirosakkan. Kita tidak boleh memandang hina terhadap insan yang tidak berdaya. Contohnya, Mak Lamah dan Mak Som sentiasa menjaga kebajikan Bujei manakala Opah Arah sentiasa memandang hina terhadap Bujei yang baginya tidak siuman.

23

Terima Kasih kerana sudi membaca,

24

Anda mungkin juga menyukai