Anda di halaman 1dari 11

BAB 1

Pada musim panas, Kae yang ketika itu berumur 8 tahun telah pergi ke kampung Hirayama
untuk berjumpa dengan otsugi bersama pengasuhnya, Tami. Otsugi ketika itu berumur 30
tahun. Kae sangat terpegun dengan kecantikannya. Matsumoto Shinjiro, bapa Otsugi merupak
an seorang tuan tanah yang disegani dan usahawan pencelupan yang maju. Otsugi seorang
yang bijak dan jelita. Namun, pada suatu ketika dia telah dijangkiti penyakit kulit yang tidak
dapat diubati. Pelbagai cara telah dilakukan tetapi tetap menemui jalan buntu. Hanaoka
Naomichi telah mendengar berita tersebut lalu menyeberang Sungai Kino dan mengat akan
baha'a di a boleh menyembuhkan penyakit Otsugi, dengan syarat Otsugi menjadi isterinya"
!anpa berlengah lagi mereka bersetuju dengan syarat tersebut. Sepatutnya kejayaan Naomichi
menyembuhkan penyakit otsugi mendapat pengiktirafan orang kampung, namun ianya tidak
terjadi. Hal ini kerana Naomichi seorang yang celupar dan tidak disukai oleh penduduk
kampung. Kae telah memberitahu ibunya tentang pemergiannya ke rumah otsugi dan dia
mendapat kebenarannya. meskipun Hirayama terletak berhampiran dengan kampung Kae,
namun sebagai anak perempuan Sajihei Imose, dia jarang dapat bertemu dengan Otsugi.
Keluarga Imose merupakan keluarga yang ternama dan mereka mengetuai semua ketua
kampung dan samurai. Tuan rumah keluarga Imose ditugaskan untuk melayani raja negeri
Kishu yang singgah di rumah keluarga Imose. Namun, keluarga Imose ialah sebuah keluarga
yang sederhana" Ibu Kae seorang yang praktikal. Dia telah mengajar Kae perkara-perkara yang
berguna seperti memasak. Hal ini terbukti apabila Kae yang pada ketika itu berumur 14 tahun
sudah pandai memasak bahkan menghidangkan masakannya kepada raja Kishu. Naomichi
Hanaoka merupakan doktor yang merawat datuk Kae. Walaupun terdapat ramai doktor yang
terkenal di Ichimabusa, namun dia sangat menyukai Naomichi kerana senang dengan
ceritanya. Kae tidak pernah berjumpa dengan Naomichi. Pada musim dingin, datuk Kae telah
dijangkiti kuman. Naomichi telah datang ke rumah untuk mera'atnya dan pada ketika itulah buat
pertama kalinya Kae bertemu dengan Naomichi. Kae berasa kecewa dengan perwatakan
Naomichi. Naomichi sangat mengagungkan ilmu perubatan Barat dan tubuh badan manusia.
Dia turut menceritakan peristiwa yang berlaku semasa kelahiran anaknya Shin (guruh) atau
lebih dikenali sebagai Umpei. Naomichi mempercayai anaknya akan memajukan bidang
perubatan. Naomichi 14 tahun lebih tua dari Otsugi. Salah satu sikap negatif Naomichi ialah dia
suka bercakap besar tentang anaknya. Dia jarang bercerita mengenai isterinya dan ianya
merupakan suatu adat.
BAB 2
Ketika Kae berumur 18 tahun, datuknya telah meninggal dunia kerana diserang sakit jantung.
Upacara pengebumian dijalankan secara besar-besaran dan ramai sahabat yang datang
melawat. Ketika upacara dijalankan, Otsugi datang dengan memakai kimono hitam untuk
memberi penghormatan terakhir. Kehadirannya mendapat perhatian ramai kerana dia jarang
muncul di khalayak ramai. walaupun Otsugi mempunyai 7 orang anak, namun wajahnya masih
kelihatan muda. Kecantikan Otsugi sangat dikagumi penduduk kampung. Orang-orang
kampung tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah, namun sebagai kawan yang disukai oleh si
mati, Naomichi dibenarkan masuk. Keluarga Hanaoka mempunyai taraf yang lebih rendah
berbanding keluarga Matsumoto. Disebabkan perkara itu, keluarga Matsumoto tidak
menyediakan kimono yang selalu dipakainya kerana mereka tahu Otsugi tidak akan berpeluang
memakainya. Kae hanya memerhatikan pergerakan dan perlakuan Otsugi ketika dia sedang
memberi hormat kepada datuknya. Dengan tidak semena-mena, Otsugi turut memandang Kae
dengan air muka simpati. Kae berasa takut dengan pandangan tersebut. Setelah itu, Otsugi
pergi meninggalkan rumah lipatan kainnya kimononya di bahagian bawah yang tetap lurus.

BAB 3
3 tahun selepas kematian datuk Kae, Otsugi telah datang berkunjung ke rumah keluarga Imose.
Perbincangan antara Otsugi dan Sajihei diadakan di pejabat Sajihei untuk mengelakkan
sebarang gangguan. Kae yang pada ketika itu berumur 21 tahun sama sekali tidak mengetahui
tujuan kedatangan Otsugi adalah untuk membincangkan dirinya. Walaupun sudah 3 tahun
kematian ayahnya, Sajihei tetap bersikap baik terhadap mereka yang rapat dengan ayahnya
termasuklah keluarga Dr. Naomichi Hanaoka. Otsugi menyatakan tujuannya kedatangannya
adalah untuk meminang Kae untuk Umpei. Bagi Sajihei yang berasal daripada keluarga
ternama, cadangan Otsugi adalah sangat tidak masuk akal. Otsugi mempunyai syarat-syarat
yang tertentu dalam memilih bakal menantunya. Antaranya ialah kesihatan yang baik,
keberanian, kekuatan jiwa dan keupayaan memahami pekerjaan seorang doktor, dan Kae
memiliki ciri-ciri tersebut. Otsugi menjelaskan anaknya merupakan bakal doktor dan tidak sesuai
untuk berkahwin dengan anak petani , pengusaha dan peniaga. Umpei telah pergi Kyoto
selama 3 tahun. Sebagai ibu, dia berasa bertanggungjawab untuk mencari isteri yang terbaik
untuk anaknya dan Kae merupakan pilihannya. Sajihei yang bersifat tolak ansur dan tidak suka
menunjukkan kemarahan di depan wanita dan kanak-kanak tetap bersabar mendengar
syarahan Otsugi. Sajihei meminta tempoh masa untuk memikirkan hal tersebut dahulu. Namun,
di dalam fikirannya dia sudah memutuskan untuk menolak lamaran tersebut. Ketika makan
malam, Sajihei memberitahu isterinya mengenai pinangan Otsugi untuk anaknya, Umpei.
Isterinya hanya mendiamkan diri sahaja. Kae telah mengetahui perkara tersebut melalui Tami
dan dia sangat gembira mendengarnya. Tetapi setelah mengetahui ayahnya ingin menolak
pinangan tersebut, dia berasa sangat sedih. Tanpa disangka-sangka pada keesokan harinya,
isteri Sajihei membincangkan semula lamaran Otsugi dan telah menyatakan beberapa sebab
mereka harus menerima lamatan tersebut. Antaranya ialah Otsugi menjadi penyebab kejayaan
keluarga Hanaoka dan mereka mula diterima masyarakat kampung setelah Naomichi
berkahwin dengan Otsugi. Pendapat yang dikemukakan oleh isterinya membuatkan Sajihei
berfikir untuk yang kedua kalinya mengenai pinangan Otsugi. Selain itu, Kae juga telah
melepasi zaman remajanya dan Sajihei telah menolak banyak pinangan lain kerana tidak
berpuas hati. Hal ini kerana kedudukan Kae sebagai anak tuan rumah yang menerima
kedatangan raja Kishu sebagai tamunya dan tidak ada kepastian sama ada Kae pernah tidur
dengan raja itu atau tidak. Sajihei mengakui doktor tidak seharusnya dipandang rendah kerana
mereka berpelajaran tinggi dan memberikan khidmat secara rela. Bapa Naomichi merupakan
doktor pertama di dalam keluarga Hanaoka. Sajihei akur dengan pendapat isterinya, namun dia
khuatir keluarga Hanaoka akan memperlakukan Kae sepertimana yang dilakukan oleh
Naomichi terhadap Otsugi ketika ingin melamarnya, iaitu mengambil kesempatan. Lalu,
isterinya mencadangkan agar keluarga Hanaoka menerima Kae tanpa sebarang hantaran.
Tidak lama selepas itu, Tami datang memberitahu keadaan sebenar kae kepada Sajihei dan
isterinya. Sajihei berasa terkejut bahawa Kae telah mengenali Otsugi. Cerita Tami membuatkan
Sajihei berasa gelisah dan risau dengan keadaan anaknya, namun pada masa yang sama dia
tidak mahu anak tunggalnya meninggalkannya. Walaupun isterinya tidak begitu mengenali
keluarga Hanaoka, namun melihat keadaan keluarga mereka, dia berharap Otsugi tidak akan
mengongkong Kae, seperti mana yang dilaluinya ketika berkahwin dengan Sajihei. Otsugi juga
telah menghantar sepucuk surat kepada keluarga Imose melalui ketua kampung. Isi surat
tersebut ada memberitahu keluarga Hanaoka ingin mengambil pengantin perempuan pada
hujung tahun Hal ini kerana, agar Kae dapat membiasakan dirinya sebagai isteri kepada bakal
seorang doktor dan juga untuk menyambut kepulangan bakal suaminya. Malah kandungan
surat tersebut ada menyatakan agar Kae datang ke rumah mereka tanpa sebarang hantaran
dan pakaian. Akhirnya, keluarga Imose telah bersetuju untuk menjodohkan Kae dan Umpei.
Salah satu sebab Otsugi memilih Kae sebagai menantunya ialah kerana kesihatannya. Namun,
Kae dilihat semakin hari semakin kurus, mungkin kerana cara didikan samurai yang ketat.
BAB 4
Menceritakan perpisahan Kae dengan keluarganya, pada 1782 untuk melangsungkan
perkahwinannya dengan anak lelaki Otsugi, Umpei. Dia berangkat ke Hirayama tanpa diiringi
oleh keluarganya. Setibanya di rumah keluarga Hanaoka, Kae disambut baik oleh Otsugi.
Perkahwinan dijalankan tanpa kehadiran pengantin lelaki yang ke Kyoto. Walaubagaimanapun,
kedudukan pengantin perempuan tidak terjejas jika pengantin lelaki memang dijangkakan
pulang selepas tamat pengajian. Buku Honzo Komoku menjadi pengganti Umpei. Sebuah
manuskrip perubatan yang telah ditulis semula oleh datuk Umpei dan digunakan hingga tiga
generasi. Kae sedar yang dia akan menjadi anggota keluarga yang berbakti kepada ilmu
perubatan. Setelah meminum sake’ , Kae menjadi ahli keluarga Hanaoka.Kae mendapati
keluarga Hanaoka merupakan keluarga yang sederhana berbanding keluarga Kae. Mela ui
hidangan yang disediakan yang tidak begitu banyak dan Okatsu dan Otsugi akan ke dapur
hanya sekali untuk mengambil hidangan tambahan. Kae mendengar cerita bapa mentuanya
mengenai asal usul keluarga yang bermula dengan Raja Bitatsu. Kae sangat seronok dan
merasai kepuasan yang belum pernah dirasainya. Naomichi menceritakan sejarah keluarga
Hanaoka dan bagaimana nama Hanaoka dipilih. Kae memerhatikan rupa Naomichi yang lucu
dan berbeza sekali dengan isterinya yang kemas dan cantik. Kae sangat tertarik dengan cerita
bapa mentuanya mengenai keluarga Hanaoka dan kesempurnaan bidang perubatan. Walaupun
Naomichi terkenal dengan sikap cakap besarnya di kampung itu, Kae turut berasa bangga
kerana orang yang dimegah-megahkan oleh Naomichi ialah suaminya sendiri. Naomichi turut
menceritakan kisah kelahiran Umpei yang begitu menarik. Otsugi menghentikan bicara
Naomichi yang sangat rancak. Kae dibawa ke bilik. Okatsu dan Kuriko membawakan air untuk
mencuci solekan Kae. Kae merindui ibunya dan bersusah payah menyiapkan kimono
perkahwinannya dan semua tetamu memujinya. Tetapi, di rumah keluarga Hanaoka, tiada siapa
memujinya. Ryohei menangis dan ingin melihat kakak iparnya dan memuji kecantikan Kae. Kae
tidur bersama mentuanya dan Ryohei dengan perasaan aman dan tenteram.

BAB 5
Hari seterusnya seperti sediakala. Setelah selesai membersih rumah dan menyediakan
makanan, Okatsu dan Kuriko akan mula menenun tanpa henti sehingga tiba masa penyediaan
makan malam. Okatsu dan Kuriko menenun untuk dijual kain tersebut di Sakai. Seorang
pedagang akan datang ke Hirayama untuk mengumpul hasil tenunan. Keluarga Hanaoka akan
meminta wang sahaja yang akan disimpan oleh Otsugi. Apabila wang itu mencukupi,
kesemuanya akan dihantar kepada Umpei. Kae meminta kebenaran Otsugi untuk turut sama
menenun apabila mengetahui ke mana wang itu pergi. Kae sangat pantas menguasai
penggunaan alatan menenun walaupun tidak pernah menggunakannya. Kedua-dua iparnya
telah membantunya. Oleh kerana hasil tenunannya itu, Otsugi sangat memujinya sehinggakan
nama Kae menjadi popular di pasar Sakai. Kae semakin berusaha menghasilkan kain tenunan
apabila ibu mentuanya menyenanginya. Umpei tidak pernah memberi khabar berita kepada
keluarganya. Naomichi menyerahkan semua wang pendapatannya kepada isterinya untuk
dihantar kepada Umpei kerana mengetahui hidup di bandar sangat sukar dan kos hidup yang
tinggi. Naomichi telah berusia 60 tahun dan rawatan luar telah dilakukan oleh Ryoan.
Kehadiran pesakit kulit yang mengerang kesakitan menakutkan Kae. Selepas setahun, Kae
dapat membiasakan dirinya dengan pesakit-pesakit yang hadir ke rumah tersebut. Keluarga
Hanaoka mengalami kesempitan dan mereka telah mengambil beberapa langkah untuk
berjimat. Mereka juga tidak merungut dengan kesempitan yang dialami. Mereka meletakkan
harapan kepada Umpei dan kejayaannya dan masing-masing mempertingkatkan usaha untuk
membantu Umpei. Kae tidak mempedulikan dirinya kerana terlalu tekun menenun manakala,
Otsugi sentiasa dalam keadaan yang rapi. Kae sangat mengagumi kecantikan Otsugi. Kae
menggunakan kampit sekam yang telah digunakan oleh Otsugi untuk menggosok badannya
dan merasakan kulitnya lebih cerah. Kae sangat rapat dengan ibu mentuanya. Otsugi akan
menerangkan tumbuh-tumbuhan yang dapat dijadikan ubat di kebun mereka kepada Kae.
Otsugi memberitahu Kae supaya tidak mendekatkan buah daripada pokok mandarage dekat
dengan mulut kerana boleh membawa maut. Kae menceritakan kepada ibu mentuanya bahawa
dia pernah ke rumah Otsugi pada usianya lapan tahun untuk mengintai Otsugi untuk melihat
sendiri wanita cantik di Hirayama. Mereka tertawa mesra ketika itu.

BAB 6
Hujan turun berterusan memusnahkan banyak tanaman. Alat tenunan diletakkan di serambi
yang terdedah kepada tiupan angin sejuk menyebabkan jari- jari Kae berwarna biru dan
merekah dengan teruk. Tetapi, kedua- dua iparnya tidak kelihatan terganggu dengan keadaan
tersebut. Suatu pagi, musim sejuk telah berakhir dan Umpei telah pulang ke rumah dan
disambut dengan gembira. Namun, Otsugi memberikan jelingan tajam kepada Kae dan
memperkenalkannya kepada Umpei. Kae mengambil air panas untuk merendam kaki Umpei
tetapi, adik Umpei telah mengelap kaki Umpei terlebih dahulu. Otsugi berterima kasih dengan
nada yang kasar kepada Kae. Kae sangat kecewa dan terasa dipingqirkan dalam keluarga
tersebut. Kae berangan- angan ingin memasak untuk suaminya namun, adik iparnya lebih
mengetahui citarasa Umpei. Perubahan sikap Otsugi juga menjadi tanda tanya adakah dia yang
terlalu sensitif. Perubahan sikap keluarga Hanaoka, tidak disenangi oleh Kae. Kae telah terpaut
pada suaminya walaupun rupa Umpei tidak seperti yang dibayangkannya. Susana makan
malam menjadi sangat gembira dan Naomichi bangun daripada tempat tidurnya untuk
mendengar cerita tentang Kyoto. Umpei menceritakan pengalamannya belajar daripada
pelbagai guru yang berlainan. Pelbagai teknik dipelajari dan alat pembedahan bar dibeli oleh
Umpei. Dia juga memutuskan untuk menyatukan teknik-teknik yang dipelajari tentang tubuh
badan manusia. Pembedahan pula adalah jalan terakhir yang perlu diambil untuk mengubati
pesakit. Cita- cita Umpei juga sangat tinggi iaitu ingin menjadi seperti Hua Tu, seorang doktor
Cina yang sangat terkenal. Pembedahan Hua Tu telah berjaya melalui penggunaan anestetik
namun, tiada laporan atau catatan mengenai pembedahan dan anestetik yang digunakannya.
Umpei begitu bersungguh- sungguh untuk menemui anestetik dan cara pembedahan terbaik
bagi barah buah dada. Kesungguhan dan impian Umpei ternyata menggembirakan Naomichi.
Umpei mengeluarkan pelbagai jenis alatan yang dibawa pulang dan mengagumkan semua
orang. Kae mengerti mengapa Umpei memerlukan begitu banyak wang semasa di Kyoto.
Otsugi telah memuji Okatsu dan Kuriko yang semakin pandai menenun tapi, dia tidak memuji
Kae yang berada di situ dan menimbulkan perasaan benci Kae terhadap ibu mentuanya. Otsugi
sebelum ini sangat memuji Kae tapi, tidak pada hari tersebut. Umpei menunjukkan kepada
Naomichi surat kenangan yang ditandatangani oleh sakura Keizan, seorang cendekiawan
Confucius yang terkenal dan diberi kepada Umpei. Naomichi ternyata sangat berbangga. Otsugi
menyuruh Umpei berehat bersendirian dan Kae tertanya- tanya adakah kata- kata Otsugi itu
membawa maksud Kae tidak dibenarkan menghampiri Umpei. Suara tawa Otsugi yang
bersama Umpei menjengkelkan Kae. Kae mula membenci Otsugi yang pernah dia sangat
sayangi dan hormati.

BAB 7
Naomichi menginggal dunia setelah lama sakit. Kae pula semakin membenci ibu mertuanya,
Otsugi. Keluarga Hanaoka bertambah miskin dek kerana musim hujan yang berterusan. Kae
dan Umpei telah bercakap secara bersendirian buat pertama kali di siang hari sejak mereka
berkahwin, tiga tahun lebih yang lepas. Umpei telah meminta Kae untuk menolongnya dalam
penyediaan herba dengan mengeringkan bunga bunga dari pokok terung gila yang telah dipetik
mereka berdua. Kae mengingati semula malam pertama mereka berdua kerena terlalu bahagia
apabila Umpei meminta dia yang mengeringkan bunga - bunga tersebut dan bukan ibu
mertuanya. musim hujan yang tidak berhenti telah menyebabkan harga ubat - ubatan untuk
mengingkat. Ramai orang telah jatuh sakit. Malah ada juga khabar tentang penyakit baru yang
telah berleluasa dimana tulang akan membengkak di sesuatu tempat di badan. Penjual bat dan
Umpei bercerita tentang kesengsaraan orang ramai yang sakit dan juga miskin. Suasana di
dalam rumah Hanaoka sungguh memilukan seolah - olah semua orang sedang berkabung.

BAB 8
Kae mengandung anak pertama dan dia telah diberi makanan berzat dan berkhasiat oleh
Otsugi kerena menginginkan cucunya lahir sihat, manakala orang lain di rumah Hanoaka cuba
makan makanan biasa dan secara minima iaitu hanba bubur Seiko dan ubi kentang. Pada
waktu itu ramai yang kebuluran. Hanya kucing dan anjing yang dibela mereka diberi makanan
berzat untuk tujuan penyelidikan Umpei. Kae makin membenci Otsugi kerana berfikiran bahawa
dirinya hanyalah salur kosong untuk melahirkan keturunan Hanaoka dan tiada guna yang lain
jika tidak berbadan dua serta Otsugi juga dianggap sedang cuba untuk memisahkan Kae dan
suaminva ketika sedang ingin melahirkan anaknya yang pertama. Kae pulang ke rumahnya
untuk bersalin. Ibu bapa Kae bahagia akan kepulangannya dan amat menyanjungi Otsugi
sehingga apabila Kae cuba untuk memberitahu tentang keburukan Otsugi kepada ibunya, dia
telah dinasihati supaya lebih menghargai Otsugi. Ibunya telah membandingkan pengalaman
mereka bersama dengan ibu mertua masing masing dan Kae telah mula tenang. Selepas
melawat kubur Tami, bekas pengasuh Kae, Kae mula merasa sakit ingin melahirkan anak. Anak
perempuan yang telah dilahirkan oleh Kae telah diberi nama Koben dan Koben sungguh cantik,
seperti Otsugi.

BAB 9
Penyakit Okatsu telah diketahui oleh seluruh ahli keluarga Hanaoka, bahawa dia menghidapi
penyakit barah buah dada. Kesibukan keluarga mereka tidak mengizinkan Okatsu dan Koriku
menerima pinangan dari mana mana pihak. Umpei tidak dapat merawat Okatsu kerana
pengetahuannya yang masih cetek dalam bidang pembedahan dan ketiadaan ubat bus. Umpei
juga berfikiran bahawa seorang wanita tidak boleh hidup tapa buah dadanya. Penyakit barah
Okatsu telah merebak dan tidak dapat diselamatkan lagi. Okatsu berada dalam kesakitan yang
terlalu banyak sehingga dia meminta pada Umpei supaya memberi ubat yang boleh
membunuhnya. Satu keluarga kecoh dengan peristiwa Byakuzen yang mati setelah jatuh dari
ketinggian yang rendah setelah diberi ubat bus yang dicampur oleh Umpei 10 hari yang lalu.
Okatsu mati pada bulan Januari. Umpei telah menyalahkan dirinya sendiri dan langsung tidak
menghiraukan kata - kata semangat yang telah diberikan oleh Ryoan.

BAB 10
Setelah berakhirnya bencana kebuluran di Nate, kehidupan keluarga Hanaoka semakin
bertambah baik. Dua orang adik Sheishu juga telah berkahwin dan Ryohei pula telah
menyambung pelajaran dalam bidang perubatan di Kyoto. Pertambahan penuntut di rumah
Sheishu menyebabkan dia telah membina sebuah rumah penginapan bagi menampung semua
penuntutnya. Walaupun sudah 15 tahun Kae hidup bersama dengan keluarga Hanoaka, tetapi
perbalahannya di antara ibu mertuanya Otsugi mash berlanjutan. Sehinggakan pada suatu
malam Otsugi telah menawarkan dirinya unutk dijadikan sebagai bahan ujian untuk anestetik
Sheishu kerana Otsugi tahu anaknya perlu menguji anestetik tersebut kepada manusia setelah
dia melihat ujian itu berjaya dilakukan terhadap kucing (Mafutsu). Tetapi Kae juga tidak ingin
mengalah terhadap Otsugi menyebabkan dia juga mahu dijadikan sebagai bahan ujian.
Akhirnya, Sheishu bersetuju menjadikan mereka sebagai bahan uji kajinya. Setelah menjalani
ujian tersebut Otsugi berjaya sedarkan diri dan dia berasa sangat gembira kerana dapat
membantu anaknya.

BAB 11
Setelah 6 bulan berlalu Kae telah bersedia untuk dijadikan bahan uji kaji suaminya untuk kali
yang kedua. Disebabkan campuran ubat untuk ujian kali ini lebih kuat kerana dicampur dengan
uzu, Kae tidak sedarkan diri selama 3 hari 2 malam setelah mengambil ubat tersebut. Namun
ujian itu telah berjaya dan ini menyebabkan Yonejiro telah memberitahu semua penuntut
Sheishu bahawa ujian Doktor Sheishu telah berjaya. Kae berasa sangat gembira kerana
akhirnya dia telah dapat mengatasi Otsugi di hadapan suaminya.

BAB 12
Untuk menyedapkan hati ibunya, Sheishu telah menjalankan uji kaji yang kedua untuk ibunya.
Namun malangnya ubat bus yang diberikan oleh Sheishu hanyalah ubat yang bertindak sebagai
ubat tidur yang kuat ini menyebabkan Otsugi berasa amat sedih.

BAB 13
Kae menangisi pemergian Koben yang meninggal disebabkan demam paru-paru. Pada
mulanya Koben hanya dijangkiti demam selesema dan akhirnya meninggal dunia tanpa sempat
diberi rawatan yg sesuai. Sebulan setengah sebelum pemergian Koben, Kae sudah menyedari
bahawa anaknya tiada peluang lagi untuk hidup. Mayat Koben telah dibakar dan disemadikan di
tanah perkuburan Hanaoka. Ketika ini, Kae sangat terharu dengan layanan Otsugi yang tampak
begitu pengasih dan memahaminya. Otsugi juga pernah kehilangan anak perempuan iaitu
Okatsu. Keadaan in membuatkan Kae melupakan segala persengketaan yang berlaku kepada
mereka dahulu. Kae bertambah sedih apabila mengenangkan bahawa peristiwa kematian
Koben mungkin merupakan hukuman kepadanya kerana dia membenci Otsugi. Koriku yang
berusia 35 tahun mengambil alih tugas Otsugi yang sudah tua dan membantu Kae.
Memandangkan jumlah penuntut semakin bertambah, tugas mencuci pakaian dan memasak
juga bertambah berat. Namun begitu, ramai tidak menyedari kehadiran Koriku yang sering kali
memencilkan diri. Dalam masa 3 bulan, Otsugi melihat keadaan Kae semakin teruk seperti apa
yang telah dijangkakannya. Kae cuba menutupi kesedihan dan kesakitan yang dialaminya
dengan membuat kerja pada waktu siang. Namun begitu, Kae tidak dapat membendung
kesengsaraan mental dan fizikalnya pada waktu malam sehinggalah dia menyedari bahawa
matanya tidak hanya mengalirkan air mata tetapi nanah kuning yg melekit. Seishu pula sering
mengambil ubat tidur kerana ingin menghapuskan keletihannya. Kae sangat risau akan nama
baik suaminya akan terjejas kerana Seishu tidak dapat bertugas pada waktu kecemasan
disebabkan ubat tidur itu. Kae memujuk Seishu untuk melakukan ujian ubat bus ke atasnya
sekali lagi. Alasan Kae bukanlah lagi untuk menyaingi Otsugi. Tidak lain tidak bukan, dia sudah
berasa putus asa untuk hidup dan ingin menyumbangkan dirinya untuk penyelidikan suaminya.
Kali ini ujian ubat bus yang dilakukan ke atas Kae agak berjaya. Walaubagaimanapun keadaan
mata Kae yang sakit merisaukan Seishu. Akhirnya, Koriku memberitahu rahsia bahawa mata
Kae sudah lama sakit sejak ujian 2 tahun yang lepas. Seishu berasa marah terhadap Kae,
tetapi dia lagi marah kepada Koriku dan Otsugi yang tidak memberitahunya awal-awal lagi.
Otsugi pula sangat kecewa dan berasa tidak berguna kerana dirinya dirasakan tidak sensitif
terhadap ubat bus Seishu. Kenyataannya Seishu hanya memberikan Otsugi ubat tidur yg kuat
sahaja. Kemuncaknya, Kae menjadi buta disebabkan uji kaji yang dijalankan oleh Seishu.
Otsugi pula meninggal dunia sewaktu musim dingin di mana waktu itu Kae sedang
mengandung. Otsugi disemadikan di tanah perkuburan Hanaoka. Hana Seishu, Kae dan Koriku
sahaja yang menghadiri upacara pengebumian Otsugi kerana Ryohei dan Jihei masih berada di
Kyoto.

BAB 14
1801, Kae melahirkan Umpei (anak lelaki pertama) sebagai penyambung generasi keluarga
Seishu. Kae tidak bimbang lagi tentang wasiat Otsugi yang mahukan Ryohei dijadikan anak
angkat mereka berdua. Seishu pula menjadi doktor terkenal di Kishu dengan gelaran samurai
terhormat. Dia mengadakan jamuan dan membina rumah bersaiz sederhana untuk isteri dan
anaknya. Koriko pula rajin melayan anak buahnya. Kae menyedari bahawa dia semakin
menjadi perhatian penduduk kampung. Kae risau Seishu mula hilang semangat dan bosan
melaksanakan rutin hariannya sebagai doktor. Seishu tahu kajian anestetiknya hampir selesai
dan dia mahu memulakan kajian yang baru pula. Kejadian seorang isteri kepada petani yang
cedera di bahagian buah dadanya akibat ditanduk seekor lembu liar memberi sinar harapan
kepada Seishu. Dia ingin menjalankan pembedahan bagi membuktikan teorinya bahawa wanita
boleh hidup seperti biasa tanpa buah dada. Wanita yang cedera itu dikhabarkan semakin pulih
oleh Koriku yang datang melawat Kae. Kini Seishu ingin melaksanakan uji kaji ke atas
penghidap barah payu dara pula. Bila Kae menyebut tentang kematian Okatsu, Seishu marah
kerana masyarakat Jepun percaya bahawa seorang doktor tidak dapat menolong saudara
sedarah sedagingnya sendiri.

Kae menyedari bahawa Koriku tidak sihat melalui suaranya yang bertukar garau dan semput.
Koriku pula mengenakan Kae yang pada ketika itu mengandung anak ketiga ketika berumur 44
tahun. Koriku menyedar bahawa bengkak di lehernya itu ialah hematoma (bengkak besar dIm
saluran darah yg menyedut darah bila ia semakin besar). Seishu menyuruh Yonejiro
menyediakan untuk dimakan 3 kali sehari. Seishu percaya bahawa Koriku menghidapi
hemangiosarcoma (barah). Dia juga menyatakan bahawa ada pesakit yang membunuh diri
dengan menikam bengkak di leher mereka. Seishu juga menyatakan bahawa ada wanita yang
menghidap barah payu dara datang berjumpa dengannya untuk dibedah. Sebelum meninggal
dunia, Koriku menyatakan bahawa Kae telah menang dalam persaingannya dengan Otsugi.
Koriku juga menyatakan tentang sikap abangnya yang seakan-akan menutup mata daripada
menyelesaikan perbalahan antara isteri dan ibunya Seishu dikatakan mengambil kesempatan
ke atas wanita-wanita ini dengan menjalankan uji kaji ubat bius. Koriku juga menyatakan
bahawa adik perempuan tidak akan berguna kepada abang mereka, sebab itulah mereka
disuruh berkahwin. Dia sangat lega kerana tidak berkahwin kerana tidak perlu diseksa mak
mentua.

Pada 13 Oktober 1805 (tahun sama Kame dilahirkan), Seishu berjaya menjalankan
pembedahan pertama barah payu dara ke atas Kan (ibu Rihei, pengusah kilang pencelup di
Yamato). Seishu memperincikan pembedahannya dalam buku Tentang Rawatan Barah Buah
Dada. Dia menjadi terkenal kerana menggunakan teknik Hua Tu (guna anestetik mafutsusan
bukan tsusensan). Bidang perubatan dan pembedahan terus berkembang dengan penemuan
anestetik lain oleh doktor luar negara. Koriku pula meninggal dunia pada usia 42 tahun.

BAB 15
Kejayaan Seishu memasyhurkan kampungnya. Penduduk dari Tsugaru (utara) Satsuma
(selatan) telah datang ke daerah Nate di wilayah Kishu. Penuntut Seishu pula kini melebihi 100
orang dan lebih banyak rumah perlu dibina. Bangunan dan kemudahan yang dibina meliputi
650 meter persegi. Seishu menamakannya Shunrinken (Rumah Rimba Musim Bunga) atau
lebih dikenali dalam kalangan penuntut sebagai Rumah Ilmu Shunrinken. Wujud juga restoran
Kaikaido, Hoteiya dan bilik sewa di rumah petani. Raja Kishu, Tokugawa Hirotomi menjemput
Motoori Norinaga untuk memajukan rancangan2 kebudayaan dan mnyebarkan pelajaran
Confucianisme. Dia juga membangunkan sekolah perubatan. 1802 - Seishu ditawarkan menjadi
Samurai kehormat (doktor peribadi raja), menolak dan menjadi doktor sekutu. 1819 - naik
pangkat jadi doktor pakar bedah. 1833 - ketua doktor negeri Kishu. Sugita Genpaku, 80 tahun
turut mengagumi Seishu yang ketika itu berusia 53 tahun. Keluarga Hanaoka mempunyai
agenda yang tersendiri iaitu tentang kesetiaaan Otsugi dan Kae yang menjadi asas penubuhan
Shunrinken. Shinomura Ryan dan Imose Yoneiiro pula sering menceritakan kembali kisah-kisah
lalu. Pada 1829, Kae meninggal dunia. Batu nisan Kae lebih bear dari Otsugi mungkin
disebabkan kemakmuran keluarga Hanaoka. Hanya nama buddhanya diukir di atas batu nisan.
6 tahun selepas itu (2 Oktober tahun 1835), Seishu (76 tahun) meninggal dunia. Batu nisannya
dua kali lebih besar dari gabungan batu nisan Kae dan Otsugi, 3 tingkat dan lebih 6 kaki tinggi
melebihi batu nisan lain. Batu nisan Seishu melindungi sama sekali batu nisan Kae dan Otsugi.

Anda mungkin juga menyukai