Anda di halaman 1dari 7

NUR SYAZWANI BINTI HUSSAIN ( IB 96 )

WORLD LITERATURE


TAJUK:
Bagaimanakah pengarang memaparkan kedudukan wanita di dalam novel Isteri
Hanaoka Seishu?
Slogan, kata-kata mahupun pepatah seperti pemuda harapan bangsa, pemudi tiang
negara , di sebalik seorang lelaki yang berjaya sentiasa berdiri seorang wanita yang
memberi sokongan dan menjadi inspirasi dan tidak lupa tangan yang mengayun buaian
mampu menggoncang dunia sering diungkap setiap kali peranan wanita dibicarakan.
Begitulah, kaum wanita itu bukan sahaja dilihat sebagai golongan yang penuh dengan
kelembutan dan kesopanan malahan mempunyai keyakinan, karisma dan wibawa yang
tersendiri. Maka, jelaslah wanita memainkan peranan penting bukan sahaja di dalam
sesebuah institusi kekeluargaan tetapi di dalam masyarakat itu sendiri. Namun begitu, taraf
atau darjat wanita itu sering dipandang rendah dan menjadi satu budaya apabila wanita
dianggap sebagai hamba kepada kaum lelaki pada zaman dahulu. Diskriminasi terhadap
wanita telah menjadi perdebatan hebat semenjak dahulu dan isu ini masih wujud di dalam
masyarakat sekarang. Elemen perbezaan taraf ini seolah-olah menjadi norma kehidupan dan
isu ni telah cuba dikupas oleh Sawako Ariyoshi di dalam karyanya Isteri Hanaoka Seishu.

Penulis telah menggarap isu yang cuba diketengahkan melalui isu diskriminasi wanita
di dalam pendidikan. Lelaki diberikan peluang untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke
peringkat yang lebih tinggi tetapi berbeza pula dengan wanita, mereka hanya diberikan
pendidikan tidak formal seperti belajar memasak, menenun, dan menjahit supaya dapat
memudahkan mereka untuk berkhidmat kepada kaum lelaki sewaktu menjadi isteri kelak.
Segala ilmu dan keperluan yang wajib diketahui sebagai seorang isteri untuk menyenangkan
NUR SYAZWANI BINTI HUSSAIN ( IB 96 )
WORLD LITERATURE


suami telah diajar kepada mereka semenjak kecil lagi. Petikan artikel di bawah memberi
sedikit penjelasan mengenai punca diskriminasi wanita di dalam pendidikan:

...salah satu punca kurangnya kepercayaan ibu bapa terhadap sistem pendidikan di
sekolah kerana mereka khuatir anak mereka akan dicabuli oleh pelajar-pelajar lelaki
mahupun guru-guru lelaki. Jurang masa mencapai akil baligh, boleh mencecah awal sepuluh
tahun, adalah masa yang sangat penting. Kebanyakan masyarakat, ibu bapa yang mengambil
keputusan menyekolahkan anak perempuan mereka akan di berhentikan dari sekolah apabila
anak perempuan tersebut mencecah akil baligh dan akan dikahwinkan bagi mengelakkan
mengandung anak luar nikah...
1


Sawako Ariyoshi jelas menunjukkan diskriminasi gender ini apabila Umpei dan
Ryuohei telah dihantar oleh ibu bapa mereka ke Kyoto untuk menyambung pelajaran dalam
bidang perubatan dan pulang menjadi doktor seperti ayah mereka, Naomichi, namun anak-
anak perempuan mereka, Okatsu dan Koriku, dikerah untuk melakukan kerja-kerja rumah
seperti memasak dan mencuci kain di rumah tanpa diberi pilihan yang sama seperti abang
mereka untuk meneruskan pelajaran. Segala keuntungan yang diperoleh hasil titik peluh dan
usaha Okatsu dan Koriku dalam hasil jualan kain yang mereka tenun bukan digunakan untuk
persediaan mas kahwin mereka, tetapi dihantar ke Kyoto pula untuk menampung
perbelanjaan abang-abang mereka. Ternyata, Otsugi dan Naomichi bersikap berat sebelah
dengan anak-anaknya, anak lelaki diberikan layanan lebih berbanding perempuan.


1
T.V. Sekher and Neelambar Hatti, Discrimination of Female Children in Modern India: from
conception childhood.

NUR SYAZWANI BINTI HUSSAIN ( IB 96 )
WORLD LITERATURE


Begitu juga dengan watak Kae. Dia telah diajar oleh ibunya perkara-perkara berguna
yang patut diketahui oleh seorang isteri seperti memasak dan menjahit dan dia turut diajar
tentang peraturan pergaulan dan adat istiadat Jepun yang membolehkan dia menghidangkan
masakannya sendiri kepada Raja Kishu. Ini bertepatan dengan artikel yang dikeluarkan
mengenai diskriminasi wanita di dalam pendidikan:

...anak perempuan diharapkan untuk melakukan kerja-kerja rumah dan membantu
menjaga saudara-saudara mereka atau mereka akan dikahwinkan pada usia yang muda...
2


Selain itu, pengarang turut memaparkan bagaimana kedudukan wanita itu mengikut
status suaminya. Sekiranya seseorang wanita itu berkahwin dengan lelaki yang lebih rendah
daripada tarafnya, maka wanita itu turut jatuh di dalam golongan yang sama seperti
suaminya. Pengarang menggambarkan seolah-olah wanita itu hanya membawa nama
keluarga sehingga sebelum mereka berkahwin sahaja. Apabila mereka berkahwin, mereka
tidak lagi dikenali dan diberi layanan mengikut status dan taraf keluarga asal mereka,
sebaliknya bergantung kepada suami mereka. Berbeza dengan kaum lelaki di mana mereka
memegang dan membawa nama keluarga sepanjang hayat mereka dan turut
bertanggungjawab untuk menaikkan nama dan status keluarga yang dibawa. Oleh itu, jelaslah
ibu bapa berperanan mencarikan suami yang terbaik untuk anak-anak perempuan mereka
bagi menjamin kesenangan dan kemudahan anak tersebut.

Menyusuri novel Isteri Hanaoka Seishu, pengarang jelas memaparkan bagaimana
taraf Otsugi yang datang dari keluarga usahawan dan tuan tanah yang berjaya serta-merta

2
http://www.unesco.org/education/wef/en-press/press-kit_wome.shtm

NUR SYAZWANI BINTI HUSSAIN ( IB 96 )
WORLD LITERATURE


berubah apabila dia berkahwin dengan Naomichi yang merupakan golongan doktor yang
miskin ketika itu. Dia tidak lagi diberikan kesenangan dan layanan seperti sebelumnya dan ini
dilihat melalui pemaparan pengarang di dalam babak peminangan Kae oleh Otsugi. Watak
Sajihei yang merupakan ayah kepada Kae merasa lucu dan tidak masuk akal apabila Otsugi
datang utuk meminang Kae bagi pihak Umpei. Baginya, mustahil untuk seorang wanita dari
keluarga samurai untuk berkahwin dengan lelaki dari keluarga doktor yang miskin. Sajihei
turut risau dan khuatir kehidupan Kae akan menjadi susah sekiranya dia menerima pinangan
tersebut. Perbezaan taraf dan kedudukan yang wujud dalam masyarakat Jepun turut menjadi
kayu ukur dalam pemilihan suami untuk anak-anak perempuan mereka. Jelaslah di sini,
dalam budaya masyarakat Jepun kedudukan seorang wanita itu bergantung kepada
kedudukan suaminya.

Isu perbezaan kedudukan wanita turut dilakarkan oleh penulis melalui sikap pilih
kasih ibu bapa terhadap anak lelaki berbanding anak perempuan. Anak lelaki lebih
menjadi keinginan bagi pasangan suami isteri berbanding anak perempuan kerana faktor
kedudukan lelaki yang lebih tinggi berbanding wanita di dalam kasta masyarakat
keseluruhannya. Anak lelaki lebih diberi keistimewaan dan perhatian kerana mereka
dianggap sebagai tunggak di dalam keluarga selepas bapa dan anak lelaki bertanggungjawab
memelihara keluarga setelah berkahwin, malahan mereka akan mewarisi harta ibu bapa
mereka.

...Peranan anak lelaki yang mampu membawa nama baik keluarga.....anak lelaki
lebih dinilai di dalam keluarga...
3


3
http://www.bioline.org.br/request?ep06004

NUR SYAZWANI BINTI HUSSAIN ( IB 96 )
WORLD LITERATURE



Melirik teks Isteri Hanaoka Seishu, Naomichi sering bermegah-megah dan
menceritakan kisah kelahiran anak lelaki sulungnya, Umpei kepada pelanggan yang dirawat
olehnya. Namun dia tidak pula pernah menceritakan kisah kelahiran anak-anaknya yang lain.
Umpei turut menjadi anak emas kepada Otsugi dan Naomichi dan mereka menaruh harapan
penuh kepada anak lelakinya itu untuk pulang dari Kyoto untuk menjadi doktor dan
seterusnya menyambung kerjaya bapanya sebagai doktor yang berbakti kepada masyarakat.
Otsugi turut menyatakan kesakitan melahirkan anak pertama begitu berat dan sukar untuk
dilupakan turut menjadi punca dia menyayangi anak lelakinya berbanding anak-anak
perempuannya. Otsugi turut memberikan sepenuh komitmen dalam penyelidikan Umpei
mengenai ubat tsusansen yang dipercayai mampu menjadi penemuan besar dan bersejarah
dalam bidang perubatan serta membawa perubahan dalam status keluarga. Otsugi dan Kae
sanggup menjadi bahan uji kaji yang akhirnya membuahkan hasil dan menyumbang dalam
kejayaan Umpei.

Di samping itu, pengarang turut memaparkan isu pilih kasih ibu bapa terhadap anak
lelaki berbanding wanita di dalam perkahwinan. Otsugi beriya-iya mencarikan isteri yang
terbaik untuk anak lelakinya Umpei, namun dia tidak pula kisah apabila anak perempuannya
Okatsu dan Koriku tidak berkahwin. Otsugi telah menggunakan kelebihannya yang pandai
menyusun kata-kata dan kelembutannya untuk memujuk Sajihei supaya mengahwinkan Kae
dengan anaknya. Dia bersungguh-sungguh mencarikan isteri yang terbaik untuk Umpei dan
membuat pertimbangan yang sangat terperinci mengenai ciri-ciri yang diperlukan untuk
menjadi isteri yang sempurna untuk anak kesayangannya Umpei. Namun begitu, nasib
Okatsu dan Koriku yang membujang sehingga ke akhir hayat mereka langsung tidak


NUR SYAZWANI BINTI HUSSAIN ( IB 96 )
WORLD LITERATURE


dihiraukan. Bukan itu sahaja, yang menyedihkan lagi apabila Koriku merasakan dirinya
malang dilahirkan sebagai wanita ke dunia ini. Dia merasakan anak perempuan itu
dikahwinkan bukanlah untuk kebahagiaan mereka sendiri tetapi setelah mereka tidak lagi
berguna kepada abang-abang mereka.

Kemudian, pengarang turut memaparkan isu perbezaan taraf ini melalui penggunaan
simbolik saiz batu nisan di pengakhiran cerita. Pada perenggan terakhir cerita, pengarang
telah menulis,

...sekiranya anda berdiri betul-betul di hadapan batu nisan Seishu, batu nisan
kepunyaan Kae dan Otsugi terlindung sama sekali daripada pandangan anda..

Jelaslah di sini pengarang cuba menyampaikan bahawa kedudukan wanita itu hanya
dilihat sebagai pembantu dan hamba kepada seorang suami dan pengorbanan mereka itu
begitu mudah sekali ditutup dengan bayang-bayang kejayaan seorang lelaki. Benarlah seperti
pepatah yang disebutkan sebelum ini, di sebalik kejayaan seorang lelaki sesungguhnya di
belakangnya adalah seorang wanita yang memberi sokongan dan inspirasi. Memang tidak
dapat digambarkan dengan kata-kata betapa hebatnya pengorbanan yang dilakukan oleh Kae
dan Otsugi sebagai seorang isteri dan seorang ibu. Mereka mengambil serius peranan yang
perlu dipikul sebagai seorang isteri dan ibu kepada seorang doktor. Bagi mereka Umpei
adalah dunia mereka. Tiada yang lebih utama daripada kebahagiaan dan kejayaan Umpei dan
ini dapat dilihat keputusan yang diambil kedua-dua wanita itu untuk menawarkan diri sebagai
bahan uji kaji ubat pada manusia kali pertama setelah berkali-kali uji kaji dijalankan ke atas
haiwan. Walaupun Umpei sendiri tidak tahu peratusan keberkesanan ubat itu, namun mereka
berdua masih bersetuju menjalani ujian itu. Memang tidak dapat dinafikan wujudnya
NUR SYAZWANI BINTI HUSSAIN ( IB 96 )
WORLD LITERATURE


perbezaan taraf antara wanita dan lelaki apabila pengorbanan mereka ini seolah-olah tidak
dihargai melalui pemaparan saiz batu nisan Umpei yang dua kali ganda lebih besar
berbanding saiz batu nisan Umpei dan Otsugi.

Kesimpulannya, isu perbezaan antara wanita dan lelaki ini bukan lagi menjadi satu
kepelikan dalam masyarakat dahulu malah isu ini masih wujud di dalam zaman moden ini.
Isu perbezaan taraf dan diskriminasi wujud di dalam pendidikan, perkahwinan dan
kedudukan wanita dalam keluarga dan di dalam kalangan masyarakat. Pengarang turut
bijak dalam penyusunan dan penggunaan bahasa sehinggakan isu ini secara halus di dalam
novel dan tidak menunjukkan seolah-olah tindakannya itu bias. Pengarang yang bijak turut
mampu menghasilkan karya agung seperti Isteri Hanaoka Seishu yang mampu menjadi
wahana dalam kepada para pengarang untuk menyampaikan isu yang wujud dalam kalangan
masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai